14 May 2010

Teringat Memori Silam

ADUYAI..!! baru bangun dari tido daa..
keletihan TAHAP melampau sbb maen bola petang tadi.. FUH!!!
orang sume tgh tido time ni aku plak MONOLOG sorang-sorang kat sini..
hurm.. anyway aku ada cerita utk dijadikan entri aku kali ni..

petang tadi... dalam suasana hujan renyai , aku ternampak.......
JENG JENG JENG.....
GADIS... MELAYU... WOW!!!
mulenya aku nampak dia , tapi buat-buat tak pandang..
bila fikir-fikir balik...
IKOT HATI MATI , IKOT RASA BINASA..

so aku panggil lah dia.. tanye dia
" nak balik naik bas ke ".. dia ckp " ha'ah "
aku pon ajak ar dia tumpang sekali.. da alang-alang nak balik jalan yang same apa salahnye tumpangkan orang.. so dia pon naek lah..

TAPI yang penting aku nak catatkan kat sini , gaye manje dia bile ckp dgn aku tu still same macam dulu.. hahahaha..
dan yg PALING penting , dia tanye KILLER QUESTION kat aku..
" MIMPI SAPE?? "

mula-mula aku tak faham maksud dia tu..
tiba-tiba dia ckp " yang kat blog tu.. "
time tu aku trus BLUR and BLANK seketika..
tergamam aku nak menjawab.. dan hanye mampu GELAK je.. hahahaha...
mane aku tak tergamam , dia ckp dia bace yang entri aku tu..
tak tau la betul ke tak dia ckp dia bace.. ataupon orang yang bagi tau dia..

cuba korang bayangkan..
kau tulis pasal orang tu TAPI tak tulis langsung nama dia..
tiba-tiba tuan punya badan tanye SAPE yang kita maksudkan dalam penulisan kita tu..
tak ke TERNGANGA nak menjawabnye..
TAPI aku rase dia tau sape gadis yang aku maksudkan tu..
sebab aku tulis " gadis idaman ' suatu masa dulu '.. "
so biarlah dia buat ANDAIAN sendiri..

dan aku nak catatkan gak , dia sempat wish birtday kat aku
walaupon sebulan telah berlalu.. TQ VERY MUCH..
aku ckp dgn dia " alaa.. lupa la tu.. "
tapi dia ckp dia ingat..
TAH BETUL KE TAK aku tak tau.. haha..

sepanjang perjalanan tu aku tersenyap sbb
MEMORI silam BERTAUT kembali..
sehelai demi sehelai memori silam tu melalui
benak fikiran aku..

..PENGALAMAN TELAH MENDEWASAKAN ,
MEMATANGKAN FIKIRAN
PAHIT GETIR YANG PERNAH DILALUI....

-sedutan lirik hanya utk hiasan-

sedikit KERINDUAN aku pada dia TERUBAT..
mana taknya HAMPIR 2TAHUN kott tak jumpa dia bertemu muka..
selama ni tgk gambar-gambar dia jeh..
aku tgk dia pon semua SEMAKIN..
SEMAKIN LAWA , SEMAKIN... (dan lain-lain)
malas nak tulis yang lain-lain takot nnt ada
MULUT-MULUT JAHAT menyampaikan pada pihak lain..
so hanye tu je aku mampu tulis..

aku harap ALLAH beri kesempatan utk aku bertemunya lagi.. INSYAALLAH..
sampai sini sajelah cerita aku yang dapat aku catatkan utk entri kali ini ,
utk dijadikan KENANGAN aku pada masa akan datang dan
utk TATAPAN korang semua..

'dia' yg disebutkan di atas : SDNbD

-SEKIAN-

12 May 2010

Bersatu Di Bawah Panji Islam!

Benarlah sabda baginda yang menyebutkan bahawa diakhir zaman nanti musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan Amerika laknatullah akan mengerumuni umat Islam seperti mengerumuni suatu hidangan yang lazat. Allah telah mencabut rasa gerun terhadap umat Islam dari dada musuh-musuh Islam. Baginda menerangkan lagi bahawa bukan kerana umat Islam di akhir zaman ini sedikit, tetapi kerana di dalam hati mereka ada suatu penyakit yang bernama Al-Wahnu, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Benarlah saudaraku sekelian. Marilah kita lihat bagaimana pemerintah-pemerintah arab telah diperkuda dan diperalat untuk melaksanakan niat jahat mereka untuk menghancurkan Islam. Mesir, Syria dan yang lainnya, mereka ini sanggup bersekongkol dengan laknat-laknat ini demi kepentingan dunia mereka.

Umat Islam hari ini terlalu mengejar kemewahan dunia sehingga menjadikan hati mereka telah tertipu dengan nikmat dunia yang bersifat sementara itu. Sedarlah saudaraku sekelian bahawa hanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sahaja Allah akan kembalikan kekuatan kepada kita.

Namun sebagai membantu saudara-saudara kita di sana yang menderita, marilah kita melakukan perkara-perkara di bawah sebagai tanda kasih kita kepada mereka.


1. Lakukan solat hajat khusus dan bermohon supaya Allah hancurkan musuh-musuhNya dan selamatkan hamba-hambaNya yang telah dizalimi.

2. Adakan demonstrasi-demonstrasi aman sebanyak mungkin bagi menunjukkan kutukan kita terhadap Israel dan Amerika.

3. Adakan kuliah dan ceramah yang menceritakan tentang kezaliman mereka ini agar umat Islam kembali kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

4. Boikot semua barangan keluaran Israel dan Amerika laknatullah ini dan bertukar kepada barangan lain yang ada pilihan terutamanya barangan keluaran Islam.


Dan banyak lagi perkara yang dapat kita lakukan. Mudah-mudahan usaha kita ini akan menjadi saksi dihadapan Allah Rabbul Jalil nanti,InsyaAllah.

11 May 2010

Sifat-sifat Pendakwah

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

Manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

10 May 2010

Hormati Ibu Bapa : Amalan Berterusan

TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik
kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.

Islam mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.
Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Allah SWT berfirman :


وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

"Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun)".
(Surah Al-Israk ayat 23)


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil."
(Surah al-Israk ayat 24)

FirmanNya lagi :

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan."
(Surah al-Ahqaf ayat 15)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda.
(Riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, "Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw)." (Riwayat Muslim)

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan."

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya di dalam Al-Quran :

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Surah Luqman ayat 14)

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau - dengan akal fikiranmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan."
(Surah Luqman ayat 15)


Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh' atau ‘aah' dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu." (Riwayat Muslim)

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

CHELSEA JUARA BPL ??? AWAS !!!!!


perlawanan terakhir BARCLAYS PREMIER LEAGUAGE 2009/2010 telah melabuhkan tirainya lebih kurang pukul 1.30A.M. waktu Malaysia.. perlawanan yang PALING MENCURI tumpuan adalah antara CHELSEA vs WIGAN ATHLETIC.. pada mulanya ramai PENGANALISIS meramalkan bahawa perlawanan itu SENGIT tapi hakikat yang telah berlaku adalah sebaliknya.. apakah semua ini?? adakah ini suatu PERMAINAN orang DALAMAN?? dengan jurang gol yang begitu besar 8-0.. namun kejuaraan BPL tetap milik CHELSEA bagi musim ini..




rentetan GOL chelsea hanya bermula dari pengadil melayangkan KAD MERAH kepada GARY CALDWELL pada minit ke-31.. adakah ini jua KONSPIRASI??


bermula dari itulah rentetan GOL dimulakan oleh LAMPARD menerusi sepakan PENALTI..


turut mencipta nama penjaring ialah DROGBA yang turut mencipta HATRIK..


KEPUASAN jelas TERPANCAR pada wajah TERRY selaku KAPTEN pasukan..


apa pun TAHNIAH pada CHELSEA kerana BERJAYA dalam adegan KEJAR-MENGEJAR dengan MANCHESTER UNITED untuk KEJUARAAN..

Dalam perlawanan yang cukup EMOSI iaitu antara MAN UTD vs STOKE CITY..
dalam 45minit pertama jelas PLAYER MANU menunjukkan kesungguhan bagi merebut KEJUARAAN LIGA kerana seperti mana yang dikatakan , ramai PENGANALISIS mengatakan perlawanan antara CHELSEA-WIGAN ATHLETIC sengit.. jadi PLAYER MANU bersungguh dalam mencari GOL.. tetapi yang JELAS selepas mereka keluar dari BILIK PERSALINAN untuk tempoh rehat itu , PLAYER MANU seolah-olah sudah mengetahui KEJUARAAN BPL milik CHELSEA.. apa tidaknya , mesti mereka mempunyai INFORMER yang turut berada di Stamford Bridge..
SIR ALEX turut mempamerkan reaksi wajah seperti CUKA kerana memang MANU tidak ada harapan JUARA..


pada perlawanan tersebut MANU menang hanya 4-0.. ROONEY juga hampa selepas rehat kerana mengetahui CHELSEA juara mutlak dengan bertindak keluar padang tanpa persediaan PLAYER untuk menggantinya.. namun kemasukan P.J.SUNG memBUAHkan hasil kerana BELIAU dapat mencipta nama sebagai penjaring..


apa pun aku tetap dengan PENDIRIAN aku untuk menyokong MANCHESTER UNITED..
GLORY , GLORY MAN UTD !!!!! ahaha

keputusan lain pelawanan yang TERAKHIR untuk BPL 2009/2010
seperti berikut :

Arsenal 4 - Fulham 0

Aston Villa 0 - Blackburn Rovers 1

Bolton Wanderers 2 - Birmingham 1

Burnley 4 - Tottenham Hotspur 2

Everton 1 - Portsmouth 0

Hull City 0 - Liverpool 0

West Ham United 1 - Manchester City 1

Wolverhampton Wanderers 2 - Sunderland 1

turut dipaparkan gambar bagi perlawan-perlawanan terakhir
BPL 2009/2010 ini :



























AWAS!!
MUSIM DEPAN MANU BAKAL MENGGANAS..



MANCHESTER UNITED TETAP GLORY

09 May 2010

Setelah Sekian Lame...........

assalamualaikum , salam SE-MALAYSIA..
dah lame siol aku tak update..
takde mase laa.. kan ALLAH dah bersumpah ,
" DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN. KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN MEREKA PULA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN "

so aku maybe tergolong dalam golongan manusia yang rugi tu kot..
AHAH!!!
maybe start malam ni aku akan aktif balik hantar-hantar entri
yang boleh kita jadikan panduan.. INSYAALLAH..
biase lah dah tak busy ni..
AHAH!!!
dah sebulan lebih tak main bola dowhh!!
harap INSYAALLAH petang ni dapat maen..
sekaligus prepare for futsal on 15MEI nnt..
GLORY2 THE SPECIAL ONE..