23 June 2010

Siapa Yang Mampu?

 Kala hati menangis,
Siapakah yang mampu mendengarnya,
Memujuknya,
Juga mengubatnya?

Mama??
Rasa terlalu membebankan mama,
Sudah sering aku mengadu,
Aku malu terus-terusan mengadu,
Walau riaknya,
Seolah-olah mereka dihargai,
Aku tahu..
Mama sentiasa bersedia,
Mendengar setiap yang dibicarakan,
Mengeluarkan kalimah,
Yang menyejukkan..

Tapi maaf,
Aku tak mahu mama turut bersedih,
Melihat dan mendengar luahan hatiku,

Abah??
Raut wajahnya memilu kan hatiku,
Tak sanggup aku menambahkannya,
Tanggungjawab yang dipikulnya,
Sudah cukup menyatakan bebanannya,
Tegakah aku melihat abah,
Terus terbeban?

Tidak!!
Walau aku tahu abah ikhlas,
Cukuplah aku yang merasakan..

Sahabat??
Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya,
Tapi engkau takkan faham,
Apa yang bermukim di hatiku,
Aku hargai keikhlasan mu,
Mendengar setiap yang kuluahkan,
Memberi semangat kala aku terjatuh,

Maafkan aku,
Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya,
Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik,
"Andai aku dapat merasainya",
Aku sungguh bertuah,
Didampingi sahabat sepertimu,

Tapi aku akui,
Walau sederas mana air mataku jatuh,
Di hadapan mu,
Hatiku tetap menangis,
Tiada siapa yang mampu memujuknya,
Mahupun mengubatnya..

Hati..
siapakah yang mampu mengubatmu?

Walau aku membuat coretan,
Di atas 1000 helaian kertas sekalipun,
Mereka tetap tak dapat mengerti,
Mengapa aku tidak mahu berkongsi,
Membebaskan semuanya yang terbuku,

YA ALLAH..
KUPOHON PETUNJUK DAN HIDAYAHMU,
TUNJUKILAH HAMBA JALAN YANG ENGKAU REDHAI,
SESUNGGUHNYA ENGKAU  MAHA MENGETAHUI,
SETIAP YANG TERDETIK DI HATI HAMBA,
KUPOHON KEAMPUNAN MU YA ALLAH,

Aku yakin hanya kepada ALLAH,
hatiku akan tenang dan bahagia.


Luahan ikhlas,
NasrulFaizzAbdulRazak
23Jun2010  

Kita pemuda untuk pemuda

Tiada siapa yang tidak mahukan pernikahan, apatah lagi ditengah lautan godaan dan bisikan hedonisme yang dilanda amuk gelora. Sana sini suasana meresahkan jiwa. Dan bagi pemuda, ia bagaikan suntikan bius yang mengasyikkan. Gelekan si wanita dengan aroma si 'gedik' penggoda. Langsung lupa amaran Rasulullah s.a.w bahawa yang memakai aroma lebihan dari biasa umpama pelacur yang menjual maruah!

Innalillah, menginjak usia, mengejar masa, pemuda semakin resah, kerana ibarat zaman ini zaman kebinatangannya berleluasa. Manakan tidak, hidup manusia bagaikan hidup seekor harimau dominan yang berpaksikan menjaga kawasan dan mencari seberapa banyak harimau betina untuk meneruskan baka. Tapi malang sekali, manusia kini lebih hina dari haiwan-haiwan yang Allah ciptakan.
Mereka mendekati zina. Satu dosa. Mereka melakukan seks rambang. Satu dosa. Mereka membuang anak merata. Satu dosa. Mereka membunuh pula janin dan bayi tak berdosa. Satu dosa. Apakah mereka tidak melihat betapa penyesalan seberat gunung yang akan mereka kendong selepas ini?

Orang muda, darahnya boleh panas serta merta. Kata orang geloranya tidak dapat dikekang dengan sekadar terbuka matanya untuk menjauhi dosa. Ya benar. Tidak dinafikan mengapa baitul muslim juga tumbuh bagai cendawan melata. Ustaz dan ustazah bersungguh-sungguh mencarikan pasangan halal untuk anak muridnya.

Bahkan ada diantara mahasiswa yang 'bersengkang mata' demi memastikan rakannya menerima pasangan hidup yang soleh dan solehah. Walhal dirinya sendiri belum berpunya. Walhal dirinya sendiri dalam gelora.

Melihat sahaja lirikan kelibat muslimah berpurdah, hampir gugur jantungnya. Melihat sahaja muslimah bertudung labuh hingga ke bawah, sudah juling matanya. Bagaimana? Pakaian yang sememangnya sudah menutup aurat masih tetap tidak dapat mengelakkan fitnah. Salah siapa?
Pemuda... pemuda... pemuda.... bagaimana hidup kalian ketika ini? Adakah umpama Yusuf yang sanggup dipenjara demi cintanya kepada Allah?, atau seperti Musa yang sentiasa menjaga maruah biarpun hatinya terdetik untuk si gadis pengembala?

Pemudi, bagaimana kalian pula? Adakah kalian mencontohi Zulaikha yang kabur kerana ketampanan Yusuf?, atau seperti Asiah yang imannya tetap subur ditengah celakanya Fir'aun laknatullah?, atau kalian seperti Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan imannya?.

Nah...! Jauh sekali. Kita tidak berhadapan dengan seksaan Fir'aun dan Namrud laknatullah. Kita tidak berdepan dengan pemerintah zalim yang menghalang kalimah Allah seperti zaman Ashabul Kahfi. Kita tidak dikelilingi oleh mata-mata yang sentiasa mengawasi pergerakan kita seperti Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya di tengah jahiliah masyarakat Mekah.

Tetapi kita dikelilingi panahan-panahan hedonisme Yahudi celaka. Kita diselebungi nyanyian dan tarian dari kafir Bollywood sana. Kita dikaburi dengan sinaran harta dan kesenangan dari kafir laknatullah!!!

Panahan-panahan mereka yang berjaya memadamkan semarak api jemaah di Subuh hari. Panahan-panahan kurang ajar yang telah menidurkan pemuda dari bangkit bertahajud di malam hari. Panahan-panahan yang telah menumpaskan pemikiran seorang pemuda yang sepatutnya sedang memegang pedang dan panji Islam di muka bumi ini sambil melaungkan kalimah "LAILAHAILLALLAH!".

YA AYYUHA SYABAB! AINA ANTUM?
WAHAI PEMUDA! DI MANA KAMU?
APAKAH MASIH BERSELINGKUH,
MENARIK SELIMUT DAN BANTAL KEASYIKKAN DUNIA?
APAKAH KALIAN MASIH BERDENGKUR,
MENGECAP MIMPI TARIAN WANITA PENGGODA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN JAUH DI SANA,
PEMUDA PALESTINA BERJUANG MERAIH NYAWA HANYA DENGAN BATU BATA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN DI EROPAH SANA,
MUSLIMAH KITA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PENJARA, HANYA KERANA TETAP MAHU BERTUDUNG MENJAGA AURATNYA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, DI SINI, DI BUMI KITA BERDIRI,
RAKAN-RAKAN PEMUDA, YANG CELIK MATANYA, YANG MEMPUNYAI KEINGINAN MEMBANTU KALIAN,
TERCATUK TERPANA KERANA BERSENDIRIAN DITENGAH AMUKAN HEDONISME?

Andai kalian tidak mahu membantu, tidak mengapa. Tetapi sebentarlah. Berikan beberapa ketika untuk mendengar apa yang mahu kami katakan. Kami tidak menghina kalian. Kerana kami sayangkan kalian semua. Kita sama-sama pemuda, ada masalah, kita kongsi bersama.

Janganlah dibiarkan, hanya kerana kalian terleka lantas membuat dosa, kalian rasakan tidak ada yang akan duduk bersama, mendengar kekesalan dan rintihan dari kalian. Kami bersedia! kerana kami juga pemuda. Kami juga merasa. Kami merasa setiap kegundahan yang kalian rasakan.

Ayuhlah wahai pemuda!. Muslimin, muslimah. Alhamdulillah, kita dicelikkan mata kerana Allah. Jadi, jangan sesekali kita memandang sinis dan hina pada sahabat kita yang telah bergelumang dengan dosa diluar sana. Tiada siapa yang tahu, mungkin kelak, mereka akan bertaubat, lantas menjadi muslimin dan muslimah yang hidupnya hanya mengharapkan redha Allah. Dan mungkin kelak, kita akan terjatuh terduduk bergelumang dalam noda dan dosa, Na'uzubillah... tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang mahu.

Bukalah mata, kerana sinar mentari kan tetap terbit jua. Selagi mana nyawa masih ada, selagi itu keampunan Yang Maha Esa masih segar untuk kita. DIA sedang menunggu kita sahabatku. DIA sedang menunggu kita. DIA sedang menunggu kembalinya hamba kepada penciptanya....

p/s : entri ni aku ambik dari orang untuk berkongsi dengan anda semua sahabat yang disayangi. Sayangnya seorang sahabat bukannya pada keseronokkan bersama semata-mata. Tetapi ketika susah dan senang bersama. Sewaktu gembira dan sedih berkongsi perasaan bersama. Dan sering nasihat-menasihati agar bertambah baik dari hari ke hari yang mendatang. InsyaAllah.

Buat Insan Yang Diuji

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyeksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai. Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan engkau semakin dekat denganNya. Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

22 June 2010

Rukun Iman Ke Enam

Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:

‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi S.A.W. lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (ertinya): Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’

Iman dan Amal

Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

Sabar dan Iman

Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam. Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku". Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan." [Riwayat Muslim]

Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

Tiada siapa yang dapat lari dari ujian, bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)

Berpegang teguh kepada tali Allah swt

Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka, apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)

Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu

Oleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini.

Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah akan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji.

Wallahu’alam

21 June 2010

10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)

3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)

4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)

5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu semberono dan terburu-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

WanNurAtikah! Brazil 3 IvoryCoast 1

Pagi tadi game, Brazil menang 3-1 dengan Ivory Coast.. haha.. tulis ini bukan sebab suka dengan kemenangan Brazil tu, tapi disebabkan aku target jumlah gol untuk game ni tepat.. hahahahaha.. tak percaya tanya eka.. kan?

Mula-mula tanya dia, " pagi ni Brazil vs Ivory Coast rase sape menang? " Dia cakap " mestilaa Ivory Coast.. haha.. tanak Brasil ".. So okayy la, dia cakap macam tu aku pilih laa Brazil untuk game pagi tadi dengan target Brazil menang 3-1..

Tengok-tengok game pagi tadi its really happened.. haha.. aku pon macam tak percaya tepat target aku.. masa Brazil tengah leading 3-0, cakap dengan abang aku, " tadi aku cakap dengan member aku game ni Brazil akan menang 3-1, sekarang ni da 3-0.. kalau betul terjadi memang giler ar ".. Abang aku cakap " takkan nye Ivory Coast kene lagi sebijik ".. So kteorg sambung ar tengok, tiba-tiba minit-79 kalau tak silap, Drogba gol.. hahaha.. Aku cakap " ini satu benda ajaib, tadi aku cakap dengan member aku tu main target je " abang aku cakap balik " alaa.. ni Ivory Coast boleh dapat gol lagi ni " dalam hati aku cakap, " ohh.. dia taknak aku punye target tepat ni.. Tadi cakap Ivory Coast kene lagi sebijik, sekarang cakap Ivory Coast boleh dapat lagi satu gol ".. hmmm, layan kan je la.. Tengok-tengok keputusan kekal sampai tamat game.. hahahahaha.. UNBELIEVEABLE!!

Yang Nadia pulak semangat bangun tengok game pagi tadi sebab nak tengok Kaka.. hmm., tengok-tengok Kaka kene kad merah.. hahaha.. Abang aku cakap " Kaka tu dah bosan ar tu menang lagi, tu yang dia buat benda bodoh.. Lagi pon Brazil dah layak dia malas nak main untuk game lepas ni kott "

tapi Brazil pagi tadi cara maen dorg memang 1st class giler! short pass bagus, counter-attack yang menggila laju.. Memang layak mereka mempunyai title SAMBA KICK..

20 June 2010

OpenDay TUDM 2010

Pagi tadi kami (abah,angah,aku,pakli,syiqin) pergi Hari Terbuka TUDM 2010 di Pengkalan TUDM Sungai Besi.. Lebih kurang pukul 1030 sampai pastu trus g tengok gerai-gerai jualan yang ada kat situ.. Tiba-tiba orang ramai melihat ruang udara, ingatkan apatah rupa-rupanya anggota penerjun TUDM sedang menuju ke daratan menggunakan payung terjun.. Tinggi berapa kaki tah, tapi kecik giler kott mase dorg baru terjun dari pesawat tu.. Best giler! teringin jadi macam dorg.. Pastu dorg bwat demontrasi menyelamatkan anggota pesawat terhempas.. Terbaik!



Lepas da pusing semua tengok pesawat-pesawat yang dipamerkan masuk ke galeri TUDM plak.. Tengoklah serba sedikit barang-barang yang dipamerkan tu, tapi yang menarik perhatian kami, terteranya gambar-gambar dan sejarah Pak Ngah kami adik-beradik iaitu abang kepada ayah aku.. Dato' Seri Abdullah bin Ahmad merangkap Panglima TUDM..





Aku respect giler Pak Ngah aku ni sebab beliau dari keluarga yang susah tapi beliau berusaha sehingga dapat memegang jawatan Panglima TUDM Mac 2003-April 2004..





Dan beliau merupakan panglima pertama yang membuat aksi akrobatik sepeti gambar di bawah



Jadi kami adik-beradik juga abah didik untuk bersusah walaupun dye mampu memberikan kesenangan.. Aku bersyukur sebab abah dan mama dah memang didik kami susah dari kecil, jadi kami adik-beradik tak demand.. Aku pon tak pernah keluar jalan-jalan MINTA duit dari kedua ibubapaku malah pakaian dan barang yang aku inginkan memang guna duit aku 100% yang aku cari hasil titik peluh sendiri.. Tapi ade gak mereka BAGI duit sikit.. BAGI dan MINTA dua perkataan yang berbeza dari segi maksud, jadi fahamkan elok-elok..

Dalam pukul 1255 kami pun pulang trus ke rumah. Fuh!! penat giler bhai.. kulit memang konfem da hangus sebab berada di bawah pancaran matahari selama 2 jam, dengan mengantuknya lagi.. aduyai.. semalam da ar tidur pukul 330 pagi.. pastu Echah cerita pasal dye, kesian dohh.. Manusia manusia, rambut sama hitam hati lain-lain.. Bagi mana-mana lelaki yang baca entri aku ni, tolonglah baca entri aku yang bertajuk 'Lelaki Pelindung Wanita'..

Kita lelaki adalah pelindung kepada wanita, tak kesah lah wanita tu adik kita ke, mak kita ke, makcik kita ke, girlfriend kita ke, kawan-kawan kita ke.. Amanah bhai, ingat tu.. Allah jadikan kita golongan yang kuat bukan dengan tujuan menindas kaum hawa, tapi kita menjadi pelindung dan pemimpin kepada mereka.. Menindas termasuklah mainkan perasaan mereka, mempergunakan mereka dan macam-macam lagilah.. Malas aku nak hurai lagi, korang baca jelah entri yang bertajuk 'Lelaki Pelindung Wanita' tu..

Pada echah, eka, tira. Kalau korang ade masalah cerita je lah kat aku. Mungkin aku dapat tolong ke kan. Ape guna ade mmbe kan. Sebab bagi aku korang bertiga je yang KAMCING dengan aku. Cakap lepas je, takde malu segan yee tak! haha.. Yang lain baik ar gak tapi takde ar seNGAM macam dengan korang. Yang sebaya kita laa, yang bawah-bawah kita ade gak yang KAMCING.. 3 sekawan gak satu masa dulu dorg tu. hahahaha.