29 June 2010

Ada Apa Dengan Solat Berjemaah?

Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah.

Lazimnya, apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan berpanjangan. Sememangnya telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniat melakukan solat berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya,

''Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jemaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian(munfarid) atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).

Bila mana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya dan menyerah diri kepada Allah.


Justeru itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality. Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah (nauzubillahiminzalik).

Oleh itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita. Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi!


Solat itu tiang agama,
Wajiblah kita menunaikannya,
Saat disoal di akhirat sana,
Solat itu yang utama.

Teruskan usaha mengenal pencipta,
Kemanisan iman nikmat tak terhingga,
Moga istiqamah setiap masa,
Kelak Allah beri balasannya.

Perhitungan Nasib Pasukan Pilihanku

Pasukan pilihan pertama aku ARGENTINA
layak ke pusingan suku akhir dan bakal berdepan GERMANY 
Pasukan pilihan kedua aku  NETHERLANDS
bakal berdepan dengan BRAZIL (aku rasa walaupun game dorg belum mula) di pusingan suku akhir nanti

Dalam pengiraan kedua-dua team pilihan aku ini akan terkandas pada peringkat ini. Jika mahu dibandingkan corak permainan GERMANY jauh lebih baik berbanding dengan ARGENTINA. Corak permainan yang begitu agresif ketika menentang ENGLAND. Dua gol awal Argentina ternyata hanyalah tuah sahaja. Gol pertama off-side manakala gol kedua kesilapan defence.

Dalam perlawanan tadi Netherlands juga kelihatan tidak bermaya jika mahu dibandingkan cara permainan Brazil sebelum ini. Jika tuah berpihak pada Chile, mungkin perlawanan awal pagi nanti Brazil akan mengikut jejak langkah FRANCE , US , ENGLAND , ITALY.

Persoalannya, adakah ramalanku tentang nasib pasukan pilihan aku ini bakal benar-benar terjadi?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.. 

Tsamina mina eh eh..
Waka waka eh eh..
Tsamina mina zangalewa..
This time for Africa... (waka2-shakira)

 

28 June 2010

Selamatkan Masjid Al-Aqsa

P/S: Artikel di bawah merupakan teks khutbah Jumaat bertarikh 11Jun2010 terbitan Unit Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 1% diubahsuai 99% isi kekal. Baca dan menghayatinya. Aku sanggup ambil untuk berkongsi bersama pembaca kerana ketika khutbah ini dibaca khatib yang membacanya sebak. Jadi luangkan sedikit masa untuk membacanya, semoga Allah memberkati kalian. InsyaAllah.

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, hadith dan kitab-kitab sejarah ialah :

1. Sebagai kiblat pertama umat Islam
2. Terdapat Masjid Al-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi dan masjid ketiga paling suci selepas Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi
3. Tempat berlakunya Isra’ dan mikraj
4. Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari kiamat
5. Tempat kelahiran anbia’

Kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbina negara haram israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanahair, maruah, dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat didalamnya kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid Al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasullullah S.A.W. sebelum dimikrajkan ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 1 , bermaksud :

“ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui ”

Sejak berzaman lagi yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa bermula dengan siri pengeboman terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 1 Mei 1980 setelah mereka berusaha untuk memusnahkan dengan membakarnya pada tahun 1969. Hari ini usaha meruntuhkan Masjid Al-Aqsa giat dijalankan dengan mengali terowong-terowong Masjid Al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dengan sendirinya dan didirikan diatasnya Haikal Sulaiman (kuil yahudi) yang merupakan diantara matlamat mereka untuk menguasai Masjid Al-Aqsa. Kini Masjid Al-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis yahudi berusaha memastikan doktirin-doktirin thalmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan dengan proses pengyahudian dan projek-projek penempatan rumah-rumah haram.

Saudara sekalian,

Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit. Firman Allah dalam Surah Al-Hijarat ayat 15, bermaksud :

“ Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya) ”

Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan oleh oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin, pemimpin negara-negara Arab dan Islam seolah-olah merestui apa yang dilakukan oleh rejim zionis yang disokong oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britan untuk melakukan apa sahaja kepada saudara mereka.

Dimanakah maruah umat Islam? Inilah diantara bahana yang berlaku apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib mebantu rakyat Palestin dengan apa jua cara dan tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah sehinggalah kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan yahudi dihalau keluar dari negara yang mereka jajahi.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Masjid Al-Aqsa dikepung dan umat Islam yang berumur dibawah 45 tahun tidak dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus terus-menerus berlaku. Pembunuhan kejam menggunakan senjata-senjata moden yang dimiliki mereka dibenarkan oleh undang-undang. Mahkamah tinggi israel mengistiharkan keizinan untuk orang yahudi bersembahyang di Masjid Al-Aqsa. Ajaran yang dikeluarkan oleh paderi mereka ialah menyarankan agar warga israel membawa kitab thalmud tiga kali seminggu didalam Masjid Al-Aqsa.

Pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak oleh puak ekstremis yahudi dibawah pengawasan tentera israel berlaku pada hari Ahad 4 Oktober 2009 yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan itu dicetuskan selepas 9 tahun Airil Sharon melaksanakan tindakan memalukan, berlaku pada perayaan yahudi ‘ Yom Kippur ’. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi di penjarakan. Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci bagi umat Islam tidak boleh menerima sama sekali tentera israel bersama penduduknya melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, komuniti muslim dan masjid sucinya.

Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada israel melalui pembelian barangan makanan, rokok, mahupun perkhidmatan profesional yang secara jelas keuntungannya diberikan untuk membiayai negara israel. Dimanakah maruah umat Islam?

Wahai umat Islam semua,

Sesungguhnya kekejaman zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal sesiapa yang menjadi sasaran. Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2010 melaporkan Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu dengan bangga menyatakan Baitul Al-Maqdis adalah ibu negara israel yang sah, dengan itu tiada halangan bagi israel untuk membina penempatan baru untuk penduduk yahudi berhampiran Masjid Al-Aqsa. Dimanakah kita sekarang? Adakah kita masih lalai dan leka? Adakah kita masih nyenyak tidur dengan mimpi-mimpi yang indah? Umat Islam pada hakikatnya sekarang ini sedang disibukkan dengan isu-isu remeh-temeh, dipesongkan fikiran mereka dengan sukan dan hiburan yang menghancurkan, kadang-kala artis lebih dikenali daripada Masjid Al-Aqsa.

Majalah ‘Hareth’ israel baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan umat Islam, iaitu pada tarikh 16 Mei 2010 Masjid Al-Aqsa akan siap dirobohkan dan terbinalah kuil yahudi diatas tapak yang sama. Adakah ini sesuatu yang mustahil? Untuk mencapai tujuan yang besar ini, israel tidak melakukannya dengan serta-merta, akan tetapi mereka melaksanakan dengan perlahan-lahan. Berita yang dilaporkan oleh radio israel pada 24 Mac 2010, pihak berkuasa israel meluluskan pembinaan penempatan haram yahudi sebanyak 1000 unit rumah didalam kota Baitul Al-Maqdis berhampiran Masjid Al-Aqsa.

Namun umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hiburan hedonisme khayal yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seakidah kita. Tusukan tajam jarum-jarum zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru, perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.

Saudara yang dirahmati Allah,

Disaat ini masjid-masjid lain di Palestin telah ditukarkan menjadi kuil-kuil yahudi, kelab-kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Disaat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu siapakah pertolongan mahu dipinta. Dimanakah umat Islam? Adakah kita lupa pada kalimah syahadah yang sama-sama kita ucapkan? Adakah terdapat perbezaan antara dua kalimah syahadah umat Islam Palestin dengan umat Islam Malaysia? Jawapannya sudah tentu tiada bezanya. Bahkan solat kita sama, puasa kita sama, kiblat kita sama. Tuhan yang kita sembah juga sudah pasti sama, iaitu Allah yang Maha Esa. Akan tetapi persoalannya kenapa kita masih membiarkan mereka bersendirian mempertahankan Masjid Al-Aqsa?

Sahabat yang disayangi,

Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan hak mereka. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim zionis untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang mendapat sokongan dan dokongan dari dunia barat yang diketuai Amerika Syarikat.
Umat Islam perlu sedar, apakah yang hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam? Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul Maqdis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiupkan kepentingan individu.

Umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci Al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku. Maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fardhu ‘ain dan kefardhuan jihad telah dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fardhu ‘ain ke atas mereka, maka kefardhuan tersebut diganti dengan jihad harta dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita. Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.

Firman Allah di dalam surah al-Saf ayat 10-12 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku(Allah) tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjihad di jalan Allah(membela dan menegakkan agama Allah) dengan harta dan diri kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui(hakikat yang sebenar). Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu di tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar ”

Germany 4 : 1 England, satu kenyataan

Best giler ar tengok game Germany-England tadi..
rancak giler tempo perlawanan..
tapi aku respect giler player muda Germany..
larian dorang laju tahap gaban..
gol Germany banyak dari hasil counter-attack..
dan corak permainan Germany 1st class..

Tapi kesian England gol hasil dari percubaan Lampard tu tak dikira..
kalau 2-2 maybe England semangat untuk main lagi..
ni dah laa gol dorg tak dikira pastu kena lagi sebijik..
memang tak ar..

For fans England, terimalah kenyataan bahawa England hanya mampu melepasi peringkat kumpulan je. Hahaha. LEA? apa macam.. sekarang tinggal Portugal je la harapan. haha. Mase tu kat padang lepas netball dye marah kott tira dgn cikgu azrina kutok England. haha. Eka? percaya ke tak England dah terkandas? tapi Spain ade peluang lagi. Adik aku, same macam lea sokong England n Portugal. Pagi nanti dye bangun mesti dye membebel sebab England tak layak. haha. Kalau dalam padang terlampau banyak player star, memang tak ke mana nye sebab masing-masing buat kepala sendiri.

Echah! kalau game lepas ni Argentina menang maknanya Argentina akan bertemu Germany dalam suku akhir. So for this game, i'm not support Germany kayh. haha. Laen laa utk game tadi, sebab misi untuk menyingkirkan England. For this game, we hostile! haha.

27 June 2010

Hidup Kita Hanya Satu Jam?

Firman Allah,

و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون

Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. (Surah al-Haj ayat 47)-Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah


Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita

Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari

Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia

Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermakna,

setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.

Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.

Hakikat Kehidupan Dunia

Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Surah al-An'am ayat 32)

و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور

Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan. (Surah Ali Imran ayat 185 )


أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah at-Taubah ayat 38)


Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.


Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.

Fikir-fikirkanlah...

26 June 2010

Hanya Pada Nama

Datangnya Islam adalah sebagai pelengkap kesempurnaan kehidupan seorang manusia. Islam boleh diibaratkan ‘software’ yang paling sesuai bagi menggerakkan kehidupan manusia. Tanpa Islam, manusia bagaikan mayat hidup tanpa tujuan. Manusia akan menjadi rosak lantaran diresapi atau dijangkiti ‘virus’ dunia hasil suntikan syaitan laknatullah. Allah s.w.t itu Pencipta manusia. Dia juga yang menjadikan alam sekitarnya, haiwan, tumbuh-tumbuhan, daratan, lautan, bumi, bintang dan langit. Semuanya bagi kemudahan manusia. Jadi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada manusia dan Dia juga Maha Memahami apa yang buruk, yang boleh memudharatkan manusia. Allah mengutuskan para nabi dan Rasul sebagai mentor untuk memudahkan manusia memahami kehidupan yang sebenar yang digariskan oleh Allah. Agar manusia keluar dari kesesatan dan kegelapan ke arah jalan yang betul.

Al-Quran itu dan kitab-kitab lain diturunkan sebagai buku panduan manusia. Di dalamnya penuh dengan ilmu untuk mentadbir bumi dan alam serta peraturan-peraturan kehidupan yang mesti diikuti, dan jika diingkari manusia itu akan mengalami kerosakan. Ibaratnya, seorang pereka robot. Dia yang menciptakan robotnya, maka dia mengetahui di manakah kelebihan dan kelemahan robot tersebut. Bagi memastikan robotnya itu digunakan dengan baik, lalu dibuat satu buku panduan. Yang mana buku tersebut mengandungi cara-cara pemasangan komponen yang betul, peraturan-peraturan pengendaliannya yang tepat serta batasan menggunakannya. Disertakan juga program-program atau software yang sesuai untuk menggerakkan robot tersebut.

Jika disalahgunakannya atau tersilap memprogramkannya, maka robot itu akan rosak dan gagal berfungsi. Begitulah juga manusia, yang memerlukan Islam sebagai cara kehidupan. Jika mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup, mereka akan rosak akhlaknya, pemikirannya serta kehidupannya. Kerana mereka telah tergelincir daripada fitrah kehidupan manusia. Inilah yang melanda ummat Islam kini. Islam hanyalah terletak pada sesuatu perkara sahaja. Islam umpama pakaian, jika diperlukan, maka ia akan diambil. Jika tidak, mereka akan menanggalkannya bahkan dibuang jauh-jauh. Begitu jua dengan Al-Quran. Hanyalah sebuah buku hiasan di rak-rak. Hanya berguna jika berlaku kematian dan majlis tertentu sahaja. Al-Quran juga umpama wajib bagi kanak-kanak untuk membacanya sampai tamat 30 juzuk dan harus atau tidak perlu bagi yang dewasa membacanya. Kalau ditanya, “kenapa kau tak baca al-Quran?. Jawabnya mudah, “ aku dah tamat laa”. Inilah senario masyarakat Islam di Malaysia ini. Makin hari, makin jauh daripada budaya dan ajaran Islam yang suci. Islam hanya tinggal pada nama, bukan pada amali. Semakin hari semakin terhakis sikit demi sedikit daripada diri. Budaya hiburan melampau pula menjadi tempat di hati. Bagaimanalah hidup hendak diberkati. Jika Islam hanya diingat tika hendak mati. Buat diri yang alpa.

25 June 2010

5-4? Giler ahh!!

5-4? wow! sungguh menakjubkan..
Senior vs Junior..
Mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama,
Mereka merapatkan jaringan menjadi 4-4 sama di separuh masa kedua.
Namun nasib menyebelahi kami dengan kemenangan 5-4..
Seriously giler betul dorang bersemangat kejar walaupun dah ketinggalan.
Tapi yang penting ape aku cakap kat team aku hampir menjadi kenyataan..
Aku cakap " korang makan konfem lepas ni kalah "
That's my experience..
dan benda tu hampir terjadi kerana mereka berjaya menyamakan jaringan..
Tapi yang pelik team dorg makan semakin bertenaga pulak lepas makan..
hahaha..
Paling aku tension masa maen tadi bila aku sendiri sedar kesalahan yang aku buat..
Serius f**k giler rasa..
Tapi aku risau perempuan-perempuan tu nampak aku macam marah sebab hempas bola tadi,
3 kali kott kalau tak salah.. bagi aku tu normal, lelaki maa!!!

Lepas game tu, tunggu eka ambik sijil sebab nak g beli kek,
sementara dorg ambik sijil tu lebih baek aku solat dulu..
Tengah dalam perjalanan g surau, lea panggil
" asal semalam? macam kusut je? "
aku cakap " tak ade ape lah "
Yela, spontan je lea tanye,
memang tak terkata ar..
Laenlah tengah duduk sembang-sembang kan..
Ade lah feel nak jawab.. hahaha..
Tapi Aiman seriously cute giler..
geram aku tengok telatah dye..
teringat mase datang rumah lea sambut birtday dye
kecik lagi dye.. tapi time tu dye asek memekak je..
menangis, tak sempat nak maen dengan dye..
Tapi tadi puas giler dapat maen dengan dye..
Ayie tau laa kan aku, suka dengan budak-budak..
Tapi yang paling lawak tengok, kakak dye sanggup masukkan
dye dalam longkang untuk ambik bola.. bagus sebab ajar dye berdikari
dan pengalaman.. Rasenye aku umur 7 tahun pon tak pernah masuk longkang
sedalam tu.. haha.. gempaQ lea!!
Ikut hati memang nak je tergelak besar tadi, tapi nanti orang usha pelik
plak ketawa sorang-sorang.. aduyai.. lawak giler..
Entah bile laa dapat jumpe aiman lagi..

Balik tu kteorang lepak pink sebab celebrate birtday ayie, echah, dan cikgu azrina
Tapi sebelum tu eka, aku, tira g beli kek, last minute preparation.. haha..
Aku terpaksa cakap dengan ayie " kau lepak sini dulu, jangan lari mana-mana "
Risau gak aku dye balik ke sebab aku tak cakap aku nak g mane..
Lepas sampai sekolah balik je aku ajak dye lepak pink..
Yela mula-mula dye desak nak balik sebab nak main bola,
tengok-tengok tadi hujan bhai.. mane ade orang main bola..
Hikmah tu.. hahahaha..
Tapi sebelum gerak pink aku dapat bagi lea buku yang bertajuk
" Aku Terima Nikahnya " dan " Bercinta Sampai Ke Syurga "
Saje nak berkongsi ape yang aku dah bace.. khatam kott dua-dua buku tu..
Seriously tadi lepak sekejap je, mane tak nye,
da nak pukul 7..
Aku makan sepotong kek terus bla, tapi nasib baik ayie tanye
" kau dah bayar duit air belum "
baru aku teringat.. haha.. kalau tak memang haram laa air yang aku minum tu..
So bayar terus chow balik rumah..

p/s : lea, buku tu tak yah baca tergesa-gesa. Kalau ade masa baru bace sebab lea pon sibuk prepare for SPM. Jangan pulangkan buku tu selagi tak baca habes taw. Nas bagi pon sebab lepas ni maybe dah tak dapat jumpa lea lagi sebab dah nak sambung study balik minggu depan. Kalau jumpa pon maybe dalam bulan November sebab dah cuti balik. So sementara ada kesempatan ini, Nas nak wish selamat maju jaya dan gudluck for your SPM lea! gudluck gak untuk exam-exam sebelum SPM ni. Buat yang terbaik kayh! Kalau ade ape-ape yang memerlukan bantuan nas, call or msg taw. Nombor nas, pqa ade kan.