16 July 2010

Statistik Piala Dunia 2010

Jumlah Jaringan : 145 gol , purata 2.27 gol setiap perlawanan

Serangan Terbaik : Jerman (16 gol)

Pertahanan Terbaik : Portugal, Switzerland (bolos 1 gol)

Penjaring Terbanyak : 5 gol
•Diego Forlan (Uruguay)
•Wesley Sneijder (Belanda)
•David Villa (Sepanyol)
•Thomas Muller (Jerman)

Jaringan Terbanyak : Portugal 7 – 0 Korea Utara

Jarak Larian Tertinggi : 80.20 KM – Xavi Alonso (Sepanyol)

Kad Kuning
: 258

Kad Merah
: 10

Berakhirnya Piala Dunia 2010

TAMAK! TAMAK! TAMAK! TAMAK! TAMAK!

Congratulation to SPAIN!




Pada awal pagi tadi (12Julai), berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara pasukan Sepanyol dan Belanda yang berlangsung di Stadium Soccer City. Keputusan memihak kepada Sepanyol dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda hasil jaringan Andres Iniesta pada separuh masa kedua dalam masa tambahan 15 minit setelah kedua-dua pasukan gagal menemui jaringan dalam masa 90 minit permainan dan 15 minit masa tambahan separuh masa pertama. Bola tersebut berjaya menembusi gawang yang di kawal rapi oleh Maarten Stekelenburg pada minit ke 116.

Terlalu banyak perkara yang aku nak perkatakan pada perlawanan tersebut. Pertama sekali, PENGADIL.



Mungkin sukar bagi seseorang pengadil mengawal perlawanan genting terbesar dunia itu. Tapi peduli apa, bagi aku PENGADIL tuu BANGSAT! Gila kad! Sepanjang perlawanan tersebut, dia telah melayangkan 15 kad iaitu 14 kad kuning dan 1 kad merah. Kepala otak dia banyak macam ni. Mana pernah perlawanan akhir sebanyak ini kad yang dilayangkan. Tetapi berita radio yang aku dengar, ada sape tahh aku tak tau, puji pengadil ni kerana berjaya melayangkan kad kepada pemain kerana corak permainan mereka yang ganas. Hmm. Bagi aku kalau tak nak main ganas g laa dok rumah main congkak. Memang tak ganas punya. BARUA betul. Pegadil yang dimaksudkan itu bernamaHoward Webb. Itu cerita pasal pengadil.
Keduanya tentang keseluruhan permainan. Memang tak dinafikan, kedua-dua pasukan tersebut telah bermain dengan corak yang begitu menghiburkan. Serangan demi serangan silih berganti. Masing-masing dengan corak permainan yang mempunyai kelas tersendiri. ARJEN ROBBEN! Pemain yang selama ini memainkan peranan yang penting apabila diturunkan pada setiap kali perlawanan, namun pada perlawanan awal pagi tadi telah BERUBAH semuanya. Dia merupakan ayam tambatan untuk skuad THE ORANJE tidak menggunakan peluang yang terhidang untuknya. Dalam kiraan megikut mata kasar aku, dia memperoleh empat peluang ‘one by one’ dengan penjaga gawang Sepanyol, Iker Casillas. Namun semua percubaannya untuk menjaringkan gol dipersia.
Tidak seperti Sepanyol, deretan peluang menjaringkan gol daripada pelbagai pemainnya. Antaranya yang paling banyak percubaan David Villa. Tidak kurang juga dari Andres Iniesta, Sergio Ramos, Xabi Alonso, Carles Puyol, dan Cesc Fabregas. Seperti perkataan pertama sekali aku di atas, TAMAK. Tamak dan tamak. Sikap inilah yang menyebabkan kedua-dua pasukan LA ROJA dan THE ORANJE gagal memperoleh gol dalam tempoh 90 minit. Tapi inilah hakikat BOLA SEPAK. Apa yang dirancangkan tidak mungkin menjadi DAN mungkin juga terjadi. Peluang yang terhasil memang cukup banyak. Jadi siapa yang bijak menggunakan peluang yang diperoleh, dialah akan menjadi pemenang. Itulah peluang yang Andres Iniesta manfaatkan untuk kemenangan memihak pada pasukan Sepanyol. Corak permainan skuad Belanda yang sinonim dengan corak permainan Total Football gagal diterjemahkan dalam perlawanan itu. Suasana kami, penonton yang menyaksikan perlawanan itu tidak lekang dengan sorakan apabila percubaan yang dilakukan para pemain kedua-dua pasukan ini tersasar.

Bagi aku, perlawanan antara kedua-dua pasukan ini memang menunjukkan kemajuan dalam bola sepak dunia semakin berkembang. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan, walaupun ada segelintir pemain yang main secara individu namun itu tidak boleh dijadikan faktor kekalahan Belanda di tangan Sepanyol kerana dalam masa 90 minit tersebut telah menunjukkan kepada satu dunia mereka bermain dengan baik dan gol itu hadir setelah seorang pemain Belanda dilayangkan kad merah. Tapi itu juga tidak boleh dijadikan alasan. Siapa yang bijak menggunakan peluang terhidang, dialah juara!

Yang ketiga, SOTONG. Seluruh dunia sudah mengetahui tentang kisah sotong ini. Kelapan-lapan perlawanan yang diramalkan dalam Piala Dunia 2010 menjadi kenyataan. Ramalanmu benar belaka. TAPI !!!!! Ini tidak bermakna aku nak perkatakan kehebatan sotong ini tapi aku nak ingatkan supaya perbetulkan semula anggapan tersebut kerana kita perlu BERIMAN pada ALLAH. Jadi janganlah merasakan sotong itu hebat semata-mata tetapi kehebatan ramalannya itu semua dari Allah, cuma Allah tunjukkan kekuasaan-Nya melalui sotong itu. ‘PAUL’ namamu akan tersimpan dalam lipatan sejarah Piala Dunia 2010. Hahaha. Puak-puak ‘sotong’ boleh digelar sebagai Paul. Di samping itu aku juga nak tegaskan bahawa kita tak patut tidak mempercayai isyarat yang ditunjukkan makhluk alam ini seperti haiwan. Ingatkah kita tentang Tsunami yang melanda? Haiwan-haiwanlah yang sudah menunjukkan perubahan perangai mereka pada manusia. Melalui cerita, burung-burung riuh berkicauan berterbangan di kawasan yang dilanda tsunami sebelum kejadian. Selain itu, ikan-ikan banyak dari biasa ketika para nelayan turun ke laut seminggu sebelum kejadian. Belajarlah dari alam.

Seterusnya keempat - Abah, Angah, Syamin, Atikah, Athira. Jutaan tahniah kepada anda semua. Pasukan pilihan anda semua untuk menjuarai Piala Dunia 2010 menjadi kenyataan. Tapi sememangnya tidak dapat dinafikan barisan Sepanyol adalah barisan terbaik dunia. Seperti aku katakan dalam entri aku ketika Piala Dunia 2010 mahu bermula bahawa Sepanyol adalah pasukan yang sempurna lengkap, dari goalkeeper sehinggalah ke barisan striker semua tengah top perform. Cuma aku tak nak menjadikan Sepanyol pasukan pilihan sebab mereka datang ke bumi Afrika Selatan dengan imej Juara EURO 2008. Jadi kini Sepanyol boleh berbangga dengan barisan skuadnya untuk 4 tahun yang mendatang kerana tittle Juara EURO 2008 berbaki dua tahun lagi (2009-2012) dan tittle Juara Piala Dunia 2010 berbaki empat tahun yang mendatang (2011-2014). Kini zaman kegemilangan untuk pasukan Sepanyol. Kemungkinan besar harga para pemain Sepanyol akan meningkat jika mana-mana kelab mahukan khidmat mereka. Jadi Piala Dunia 2010 telah pun melabuhkan tirainya dan dengan itu berakhirlah ‘Demam Piala Dunia 2010’.

DAN - dalam pukul 8 pagi tadi, eka msg “ Nas, amacam? hee ” hmm. Aku pun reply “ yeah! Spain terhebat tapi tak sehebat mana pun laa. Haha. ” Malas nak reply panjang sebab banyak sangat nak diperkatakan seperti panjangnya yang tertulis sekarang ini. Hahahaha. Apa pun nama Sepanyol telah tercatat dalam sejarah Piala Dunia kerana ini kali pertama Sepanyol menjuarai Piala Dunia. Masa tengah hari 11 Julai tu, aku menghantar msg pada angah, pakli, ayie, syamin, alang, adeq, tira, eka, echah. Aku tulis :
“ SPAIN – Sape Pilih Aku Insyaallah No..
ORANJE- Orang Ramal Aku Naib Juara Eyy.. ”
Ia benar-benar terjadi. Hahaha.

Kini, berakhirlah episod Piala Dunia 2010 di bumi Afrika Selatan. 4 tahun akan datang Piala Dunia 2014 akan berada di bumi Brazil.

P/S: ditulis pada 12 Julai tapi baru sekarang ada masa untuk publishkan.

11 July 2010

Seminggu Sudah

Assalamualaikum semua, ini baru berpeluang untuk melayari internet untuk masa yang agak panjang. Sebelum ini hanya beberapa ketika sahaja, itu pun masa berada di library untuk cari bahan. Member-member pun bising masa aku update blog tu. Sebab itulah sekali tiga tajuk aku update sebab mungkin aku dah tak dapat peluang lagi untuk tempoh yang singkat memandangkan Piala Dunia sudah hampir sampai ke penghujungnya. Jadi, ketiga-tiga entri aku sebelum ini berkaitan dengan Piala Dunia semata-mata. Sekarang inilah baru berpeluang menulis tentang apa yang hendak diperkatakan.

Hurm. Sudah seminggu aku berada di sini. Walaupun baru seminggu aku dah rasakan macam sebulan. Pada hari Ahad (4Julai) yang lepas, lebih kurang pukul 10 lebih keluarga aku berangkat pulang selepas menghantar aku.Semalaman mereka bermalam di homestay yang berhampiran. Pada malam itu juga, perlawanan suku akhir antara Argentina dan Jerman. Adoii. 4-0 kena tibai. Malu giler aku, mesti ada kawan-kawan dan sahabat-sahabatku yang melompat riang melihat kekalahan pasukan pilihan utama aku ini. Lepas game tu je Ayie, Adek, Echah hantar msg. Adeyh! Aku da agak mesti dorang nak menganjing aku. Hahaha. Echah ckp “ apa komen pasal game tadi”, aku reply balik “memang macam sial dorg maen. defence hancur. barisan depan plak terlalu mengharapkan Messi”. Seperti ayat aku dalam entri yang bertajuk ‘Keajaiban Piala Dunia 2010’ tu, “ anak-anak buah Diego Maradona itu diperbudakkan oleh barisan muda Jerman yang dibarisi sebahagian besarnya pemain berusia di bawah 24 tahun ”. Tapi apa pun, pasukan pilihan kedua aku tetap ke final bertemu dengan Juara Euro 2008, Sepanyol. Haha! Dan pada hari yang sama parent aku hantar angah balik Segamat gak. Kesian giler tengok mama dan abah. Penat dohh dari utara pergi selatan pulak. Adoi. Sepanjang hari tu aku berdoa supaya Allah selamatkan perjalanan mereka dari lepas hantar aku sampailah dorang sampai rumah dari Segamat. Sayang dohh dorang.

Beralih ke cerita lain plak, pasal ROOMMATE. Inilah antara faktor yang aku merasakan seminggu bagaikan sebulan kerana ROKOK. Mana tak nye! Masa first sekali aku masuk bilik hantar barang, tengok bilik bersepah dan penuh asap rokok. Masa tu gak aku da mula panas. Jadi, masa parent aku tolong bawakkan barang hantar ke bilik aku tak bagi tau dorang parent aku nak naek dan aku pon tak bagi tau parent aku kat bilik dorang tengah hisap rokok. So masa parent aku masuk dorang masih lagi sedang merokok, dorang pun terkejut terus padam bara rokok tu. PUAS hati aku parent aku nampak dorang merokok. Hmm. Tu baru permulaan, tapi sekarang ini dah seminggu. Terseksa aku bhai. Pagi tengah hari, petang, malam tak habis-habis hidu asap rokok dorang. Kawan aku yang merokok ni sorang je tapi dye bawak member-member dye lepak kat bilik rokok sekali, tension giler dowh! Aku dengan roommate aku yang tak merokok ni yang terseksa. Aku sayang dengan stamina yang Allah anugerah kat aku. ASET MASA DEPAN aku kott. Ahah! Tapi aku akan berusaha untuk tegur dorang. Aku ada gak tahap kesabaran, tapi sampai tahap akan meletup gak ann. Secara zahirnya memang aku tak nampak apa manfaat merokok ni, yang aku nampak merokok ni memang membazir duit. Terasa kott duit dibakar begitu sahaja. TAPI kalau mercun aku tak rasa macam membazir sebab bakar mercun satu kepuasan kott, berbanding dengan merokok dapat sakit. Mercun? Hahahaha. Teringat zaman sekolah. Tu masa zaman jahiliah. Tu dari sudut pandangan aku ar, maybe kalau ada pembaca seorang perokok tak setuju dengan aku dan dorang kutuk lagi ada kott. Mesti dorang cakap tak macho ar tak merokok. Macam-macam lagilah orang boleh cakap tapi aku akan BERUSAHA untuk tidak merokok, takut-takut hati aku berubah plak. Kott dua bulan akan datang nanti jumpa kawan-kawan dan sahabat-sahabat, aku tengah merokok kan. So aku tak boleh janji pada diri, aku TAKKAN merokok tapi aku akan BERUSAHA untuk tidak merokok. Kalau nanti terjumpa aku merokok tegur-tegur laa.

Masa hari pertama kat sini, mood aku memang takde. Nak bersembang dengan kawan-kawan pon tak seronok. Teringat family semua dan kawan serta sahabat di sana. Bila solat mesti aku menangis masa doakan mereka semua. Jadi bila aku teringat dorang mesti aku terus berwudhu’ dan baca al-Quran, tenanglah hati ini. Tidur pun awal. Ni dah seminggu okay la sikit TAPI still teringatkan dorang. Hanya gambar-gambar mereka je la jadi pengubat rindu aku.

Ya Allah! Sebak pulak bila tulis pasal ni. Tapi sepanjang aku kat sini Ayie dengan Eka je la yang aku berbalas msg. Dgn eka pun sekejap je tapi dengan ayie setiap hari pagi, petang, malam, msg dengan dye. Haha. Apa lah khabaq dorang kan? Hmm. Harap-harap mereka semua sihat sentiasa. Maybe minggu depan aku balik rumah kott. Rindu arh. Dalam plan aku pun sebelum puasa ni aku target nak balik dua kali. Tapi ikut keadaan gak, aku harap sangat minggu depan takde apa-apa program. Ha! Cakap pasal mereka ni, teringat sahabat sorang aku ni.

IWAN! Esok 12 Julai. Happy Birtday wan. Semoga Allah panjangkan umur kau dan berkati sepanjang hidup kau. Bila lah kita nak jumpa kan? Aku rasa mesti kau dah makin tinggi. Nanti kalau balik Malaysia habaq awal-awal kat aku. Aku sanggup kalau puasa pun balik jumpa kau. Dengar cerita bulan 8 kau balik kan. Tengah puasa tuu. Apa pun aku harap jadi ar kau balik Malaysia nanti. InsyaAllah.

Okayy lah, dah panjang lebar aku tulis. Tantah ni pon dah bosan nak baca. Kalau ada masa nanti aku update lagi. Salam sayang aku untuk semua. Assalamualaikum..

09 July 2010

Cannavaro Tampan, Rooney Hodoh

Kapten pasukan Itali, Fabio Cannavaro diundi sebagai pemain paling tampan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan ini, menurut laman web www.BeautifulPeople.com.

Sebaliknya, pemain paling hodoh dalam Piala Dunia 2010 ialah pemain dari pasukan yang telah tersingkir di peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir iaitu Wayne Rooney dari England.

Greg Hodge, pengarah Urusan BeautifulPeople.com dalam kenyataanya berkata bahawa pemain paling tampan menurut undian anggotanya ialah Cannavaro, 36, diikuti dua pemain pasukan Sepanyol, Fernando Torres dan David Villa.

Pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo pula menduduki tempat kelapan di belakang pemain Brazil, Kaka.

Berikut adalah senarai Pemain Paling Tampan dan Pemain Paling Hodoh mengikut undian yang telah dibuat oleh laman web www.BeautifulPeople.com

Pemain Paling Tampan
1.Fabio Cannavaro (ITA)
2.Fernando Torres (ESP)
3.David Villa (ESP)
4.Landon Donovan (USA)
5.Thierry Henry (FRA)
6.Edinson Cavani (URG)
7.Kaka (BRA)
8.Cristiano Ronaldo (POR)
9.Didier Drogba (IVORY)
10.Keisuke Honda (JPN)
11.David James (ENG)

Pemain Paling Hodoh
1.Wayne Rooney (ENG)
2.Franck Ribery (FRA)
3.Carlos Tevez (ARG)
4.Vladimir Stojkovic (SERB)
5.Benjamin Huggel (SUI)
6.Zdenko Strba (SLO)
7.Rafik Saifi (ALG)
8.Scott Chipperfield (AUS)
9.John Terry (ENG)
10.Ryan Nelson (NZ)
11.Daniel Agger (DEN)

10 Gagal Di Bumi Afrika

Biasanya jersi No.10 sentiasa membawa tuah dan menjulang nama si pemakainya. Tetapi malangnya ia tidak berlaku pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Satu ketika dulu, memakai jersi No.10 ibarat penghormatan besar sebagai pemain berpengaruh dan digeruni lawan di atas padang seperti yang dibuktikan Pele, Diego Maradona dan Zinedane Zidane.

Namun pengiktirafan yang terbina selama ini gagal diikuti jejaknya oleh generasi pemain sekarang serta jauh daripada jangkaan yang diharapkan.

Pemain seperti Kaka misalnya jelas mengecewakan kerana bermain di luar kemampuan sebenar. Berbanding dengan generasi Pele dahulu, kelibat dan percubaan Kaka langsung tidak menepati sasaran.

Hanya tiga hantaran tepat kepada rakan sahaja mampu dilakukan Kaka di depan gawang lawan manakala untuk menjaringkan gol walaupun satu, jauh sama sekali.

Nasib serupa menimpa Lionel Messi yang pulang bukan sahaja tanpa sebiji gol tetapi juga pulang dengan rasa malu kerana reputasinya seburuk penampilan pertamanya pada Piala Dunia sebelum ini.

Pada 2006, Messi meninggalkan padang sebagai pemain simpanan dengan kecewa selepas menyaksikan Jerman menewaskan Argentina menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada edisi kali ini turun sebagai pemain tonggak dan pemain terbaik dunia, Messi menerima nasib sama tetapi lebih memalukan kerana Argentina dibelasah 0-4 sekali lagi oleh Jerman.

Jika England, Geoff Hurst pernah membuktikan jaringan hatriknya berjaya menjulang pasukannya pada perlawanan akhir Piala Dunia 1966.

Namun tidak bagi Wayne Rooney yang hanya gah di Liga Perdana England tetapi tenggelam punca seperti baru belajar bermain bola di pentas antarabangsa.

‘Pemain bintang berjersi No.10 malang di Piala Dunia 2010 ini’

Keajaiban Piala Dunia 2010

Keajaiban, kejutan serta keputusan di luar jangkaan terus berlaku di bumi Afrika Selatan. Ramalan penggiat, pengikut serta pemimpin sukan di serata dunia terhadap Piala Dunia 2010 semuanya meleset.

Sejak daripada aksi pembukaan 11Jun lalu, sudah terlalu banyak keajaiban berlaku sehinggalah ke pusingan suku akhir.

Ia bermula dengan penyingkiran naib juara edisi 2006, seawal saingan peringkat kumpulan lagi dan selepas itu diikuti juara bertahan, Itali yang turut terkandas pada peringkat yang sama.

Apabila saingan memasuki pusingan kalah mati membabitkan 16 pasukan terbaik, kejutan terus berlaku.

Ghana, satu-satunya pasukan dari benua Afrika yang mara, meneruskan kejutan untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti.

Menariknya, tiada siapa meramalkan dua pasukan ini iaitu Uruguay dan Ghana akan mara ke peringkat suku akhir tetapi kedua-dua negara telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka juga mampu mencabar pasukan yang bergelar gergasi.

Keajaiban di bumi Afrika Selatan terus tidak terhenti setakat itu.
Pasukan-pasukan pilihan terus mengalami kemusnahan dalam misi mereka memburu kejuaraan. Selepas penyingkiran Perancis, Itali, dan England – antara pasukan yang dianggap gergasi di muka bumi – giliran Brazil pula tumbang.

Tiada siapa menjangka perjuangan Brazil akan terhenti setakat pusingan suku akhir. Juara dunia lima kali ini disebut-sebut sebagai pilihan untuk muncul juara pada kejohanan tahun ini, namun mereka tersungkur di kaki Belanda yang tampil dengan corak bola sepak yang menghiburkan. Corak permainan Belanda dikenali sebagai ‘Totally Football’ telah berjaya mematikan langkah Brazil yang dikenali corak permainannya sebagai ‘Samba Kick’. Hahahaha.

Selepas Brazil, giliran Argentina pula ‘menikmati’ penyingkiran. Aduyai! Tidak ku sangka. Penyingkiran Argentina memang sungguh memalukan dan satu dunia menyaksikan bagaimana anak-anak buah Diego Maradona itu diperbudakkan oleh barisan muda Jerman yang dibarisi sebahagian besarnya pemain berusia di bawah 24 tahun.

Jerman mudah membelasah Argentina dengan 4-0 dan kekalahan itu turut menjejaskan reputasi Maradona sebagai pemain terhebat dunia suatu ketika dulu.

Untuk memburukkan lagi gaya kekalahan yang dialami Argentina itu, Lionel Messi dilihat terkapai-kapai mencari rentak meskipun Jerman tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengawal pergerakannya.

Apa yang berlaku dengan Argentina itu boleh disimpulkan bahawa pemain bertaraf bintang itu masih belum cukup untuk menjamin kemenangan seperti mana yang dialami England mahupun Brazil.

Brazil contohnya, memiliki bintang terhebat seperti Kaka, Robinho mahupun Fabiano tetapi reputasi yang ada pada mereka itu tidak cukup untuk menjamin kemenangan.

Kaka hilang taringnya dan begitu juga yang dialami bintang England, Wayne Rooney. Turut tenggelam ialah bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang tampil dengan aksi mengecewakan sepanjang kempen di Afrika Selatan ini walaupun berjaya memperoleh satu gol ‘lawak’ ketika kemenangan terbesar Portugal untuk edisi kali ini dengan jarigan 7-0.

Pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir Jerman, Belanda, Uruguay, dan Sepanyol membuktikan kepada dunia bahawa bola sepak itu tidak lagi bergantung kepada seorang pemain bintang, sebaliknya kemenangan itu bergantung dengan kerja berpasukan.

Jerman hebat beraksi sebagai satu pasukan dan begitu juga yang dibuktikan oleh tiga lagi pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir edisi kali ini.

Boleh dikatakan bahawa Afrika Selatan bukan medan untuk pemain bintang dan juga bukan medan untuk pasukan yang bergelar gergasi menyerlah.

Bola sepak kini menuntut aksi berpasukan dan kehebatan seorang bintang sudah tidak boleh dijadikan sandaran. Ia mungkin membantu tetapi belum cukup untuk menjamin kemenangan.

Selain itu, aspek pembangunan juga dilihat penting seperti yang telah dibuktikan oleh Jerman.

Itali yang mengabaikan aspek pembangunan terus kecundang kerana pada saingan kali ini mereka terus member kepercayaan kepada ‘kuda tua’ untuk menggalas cabaran.

Apa pun, rumusan pada edisi di bumi Afrika Selatan ini boleh dikatakan sebagai medan melakar keajaiban serta kejutan walaupun Belanda dan Sepanyol layak ke pusingan akhir sememangnya ramalan yang tepat berdasarkan kekuatan mereka di atas kertas. Mungkinkah pada aksi di pusingan akhir ini turut akan berlaku keajaiban dan kejutan? Sama-sama kita tunggu aksi final ini nanti.

02 July 2010

Selamat Tinggal Semua, InsyaAllah Bertemu Lagi

3 Julai ni da gerak g Perak untuk sambung belajar balik. Hati sape tak berat nak tinggalkan rumah , keluarga , dan para sahabat yang disayangi. Adoii. Tapi hidup tetap kena teruskan. Disebalik tu aku puas hati sebab semua perkara yang mama suruh buat dapat dilaksanakan seperti cuci bilik air, bersihkan belakang rumah, vacuum bilik. Yang senang-senang takyah cerita ar memang kena buat selalu macam cuci pakaian, lipat pakaian. Aduyai. Ini sebenarnya semua kerja perempuan tapi apa boleh buat. Ada adik perempuan pon tak boleh harap. Kalau ikut hati memang taknak je buat tapi disebabkan kesian tengok mama, semua benda kena buat tu yang tak sanggup tu. Kalau nak dibandingkan sahabat-sahabat perempuan aku dengan adik aku memang jauh beza. Bila tanya dorang mesti cakap tengah kemas rumah la, jaga adik la, memasak la. Tension gak aku dapat adik macam ni perangai. Bila aku takde nati mesti mama sorang je yang buat semua. Adehh..

Masa aku kat sana sebelum ni mama ada sekali call cakap dia je buat semua. Mama cakap aku takde agak susah sikit, nak beli barang-barang pon susah. Sampai menangis dia mengadu kat aku. Aku memang tak boleh buat apa bila kat sana, aku hanya mampu berdoa padaMu ya Allah. Kuatkanlah tubuh badan ibuku hindarkanlah ibuku dari sebarang penyakit dan kuatkanlah semangat beliau. Aku pon berharap adik aku dapat berubah sikap. Tapi bolehkah dia berubah?

Kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabat disayangi yang kita dapat meluangkan masa bersama sepanjang cuti ni, aku harap hubungan kita tetap teguh walau apa berlaku. Kalau tak puas hati cakap depan, jangan cakap belakang. Cakap belakang sampai bila takkan selesai kan?


TIRA
sebenarnya yang kita lawan netball dan celebrate birtday ecah tu hajat kau kan? 1 tahun yang lalu. Tu pon kalau kau ingat. Msg kau pasal benda ni aku simpan lagi. Sebab tu lah aku sedaya upaya arrange semua benda ni untuk melangsaikan hajat kau. Yang netball tu dari lepas SPM lagi, yang birtday ecah tu lepas dia baru balik PLKN. Tapi alang-alang tu aku selitkan untuk celebrate birtday ayie sekali. Yang kau bagi duit minyak tu terima kasih banyak-banyak. Takyah bagi pon takpe sebab aku kat rumah pon banyak masa asek main game, tidur, makan. haha. Daripada buat benda tu je lebih baik tolong kau, dapat pahala. Lagi satu aku nak ingatkan kau. Papehal msg/call ke kat no.baru aku. Takot no.lama tu aku tak bawak memang payah.

LEA
cuti ni banyak kali gak kita jumpa. First sekali masa lea balik tuisyen. Ingatkan? haha. Tapi satu nas nak cakap tentang lea. You're so professionalism. Sebab masa lawan netball tu nabila cakap sesuatu tapi lea buat tak dengar kan. Nas pon da anggap lea macam adik nas sendiri tapi terlebih sikit laa tak tau nak istilahkan apa. haha. Kalau nak bercinta tu belakang cerita ar. Kalau ada jodoh, ada laa kan. Aku yakin dengan janji Allah. Yang dah lepas biarkan lah lepas, tapi jangan sesekali lupa sebab sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa. Bagi nas, pemikiran lea sangat matang.

SYAMIN
cuti ni kita tak banyak dapat jalan-jalan. Kalau tak memang dikatakan setiap hari ada je programnya. Selalunya bila ade masa memang KL lah tempat kita semua merayau. Sogo memang tak lari dengan kita semua, kalau ke Sogo memang pusat karaoke jadi tempat persinggahan. Tapi sedap kalau kita gerak ramai-ramai macam masa tu.  Ayie Iwan Alang P.E Betik Adek. Kalau kita semua ni bersama memang hancur. Semua kepala masuk air. haha. Boling pon tak dapat main. aduyai. Banyak kott.

EKA
Terima kasih banyak sebab walaupon sibuk tetap dapat luangkan masa keluar bersama.   

AYIE
Kau paling banyak masa keluar dengan aku. Bila aku nak g memana mesti aku ajak kau. haha. Tu pon klau aku keseorangan. Semoga SELAMAT MELAYARI BAHTERA RUMAHTANGGA. haha. Gurau sudaa.

SYAMIN, AYIE, FARIZ, ADEK, dan MEMBER LELAKI YANG SEANGKATAN : nanti ada masa kita akan bertemu lagi. Susah dan senang kita perlu bersama. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Otak kita tetap kuning. haha.

TIRA, EKA, ECHAH : aku dah anggap korang macam sebahagian daripada family aku. Tula kalau apa-apa hal aku mesti contact korang. So kalau ada apa-apa bagi tau. Korang pon tau kan aku jenis open je. Tira n echah lagi dari form1 sampai form5 sama je kelas dgn korg, eka form3 je tapi kami rapat sehingga sekarang.

LEA, PQA : aku pon anggap korang macam adik-adik aku. Kalau ada sebarang masalah cerita sudaa. Tambah-tambah lagi lea yang da pernah berkongsi hidup. HAHAHA! tapi gaya lea bila cakap dengan aku memang sama dari dulu.

TO ALL MY FRIEND terutamanya nama-nama yang tersenarai di atas, aku tetap MENYAYANGI dan MERINDUI anda semua. Aku memang bukan jenis memilih kawan, tapi dari kawan tu la aku memilih menjadi sahabat. Setakat ini korg berlima lah sahabat perempuan yang aku miliki. Sahabat adalah tempat kita berkongsi tika senang dan susah, lapang dan sempit. Aku akan tetap mendoakan korang sahabat-sahabatku yang disayangi. Setakat ini, baru sorg aku memang buang dye sebagai sahabat aku. Mana tak nye kau dah melanggar dan mencabar falsafah dan prinsip hidup aku. Sorry la, aku kalau dah ludah takkan aku jilat kembali. Ayie mungkin tau sape aku maksudkan, pqa pon same kot tp maybe dye lupa. Haha. Kau baru kenal aku, dah buat langsi. Memang silap orang ar bhai.


Okay laa, maybe sampai disini je dapat aku coretkan. Mungkin selepas ni jarang-jarang aku dapat update blog. INGAT! aku tetap MENYAYANGI dan MERINDUI kalian semua. Akanku ingat kalian semua dalam doaku. Selamat jalan kepada semua. Apa-apa hal call/msg aku. Lagi sekali nak ambik kesempatan ini nak wish kat lea. Lea, gudluck for ur SPM. Buat yang terbaik lea. Nas tetap iringi lea dengan doa. Selamat maju jaya juga kepada semua sahabat-sahabatku. Selamat tinggal semua, InsyaAllah bertemu lagi.
Sekian, Assalamualaikum. mmuahh! :)

Aku tinggalkan seloka khas untuk para sahabatku yang disayangi..


Jika ada rindu,
Tempatkannya di dalam hatimu,
Gubahkan menjadi sejambak bunga,
Buat mengharungi hari-hari mendatang.

Sahabatku,
Bila saat kitakan bertemu,
Bercerita sambil bergurau senda, 
Memasang angan-angan,
Bersama doa kita pohonkan,
Bertapa indahnya impian kehidupan,
Ingatlah selalu pesananku,
Hidup ini penuh berliku,
Tabahkan hati bersama keyakinan,
Hiasilah peribadi bersama kesabaran,
Setiap usaha pasti membuahkan kejayaan.

Sahabatku,
Semoga dikukuhkan kemesraan kita,
Walau di mana kita berada,
Kau akan sentiasa segar dalam ingatan,
Buat selama-lamanya.


Ikhlas.,
NasrulFaizzAbdulRazak