23 November 2010

Suara Batinku

Baru lepas call tadi, terus on laptop ni nak update...

Entah apasal tiba tiba hati aku rasa sayu giler. Maybe aku terharu ape yang telah berlaku ni.

1) Secara total lebih kurang 5 jam setengah aku bersembang dengan dia. Dan
     aku fikir mungkin benda ni daa tak mungkin dapat lagi...
2) Sebab baca msg yang dia hantar lepas call tu.. Ayat dia tulis memang
     menyentuh perasaan aku..
3) Mendengar lagu yang dia suruh dengar dan menghayati liriknya..
4) Kerana melihat kesungguhan dia menjelaskan semua pada aku...
5) Kesanggupan dia call aku walaupun fon tu buat hal gak..

Tadi pun aku tanya ape semua yang aku nak tanya. Dia pon nampak jawab dengan ikhlas. Dia still ade katakan yang membuatkan aku tak terkata.. Macam tak percaya.. Aku pon banyak kali test dia tengok apa jawapan dia dengan soalan soalan aku..

Secara jujur sejujurnya, aku memang merindui saat saat ketika bersamanya. Tapi aku memang akan tarik diri secara sukarela apabila aku dapat cerita mengenai dirinya bersama orang laen. Aduyai. Tak tau nak cakap ape lagi. Tak terkata dengan apa yang aku rasakan sekarang ini.

Dikesempatan ini gak, nak mengucapkan selamat menjalani SPM yang bermula pukul 8 pagi nanti. Semoga dia dapat menjawab dengan tenang.

Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya dia akan menghadapi peperiksaan yang akan bermula pagi nanti. Oleh itu, kau permudahkan lah segala urusan dia sepanjang minggu peperiksaan ini. Kau berilah ketenangan pada jiwanya Ya Allah. Kau kuatlah daya ingatannya, Kau berkati segala ilmu ilmu yang telah dia pelajari selama ini. Permudahkanlah juga dia menjawab segala soalan yang diperoleh dengan mudah tanpa menghadapi sebarang kesulitan.

Akhir sekali,

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta……

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…

22 November 2010

Suratan Atau Kebetulan

Hurm. Sekarang ni baru ade mase nak tulis. Sebenarnya malam tadi dah nak tulis daa. Betul betul baru nak mula menaip. Tiba tiba call masuk, tengok lea yang call. haha.

Sehari sebelum aku last paper mase tu, iaitu pada 13 Nov lepas berlaku satu situasi yang aku rasakan perlu aku jadikan kisah dalam blog aku ni untuk entri kali ini. Sebab baru baru ni pon mama tanya benda yang sama dan aku pon menjawab jawapan yang sama.

Masa sejak 5 Nov tu, Alip da mula dok bilik aku sebab roomate aku sorg ni da balik sebab da abes paper dye masa 4 nov tu. Jadi sepanjang minggu tu banyak ar cerita cerita aku ceritakan pada Alip. Jadi ini antara sedutan perbualan aku dengan dye yang aku nak jadikan ia kisah untuk entri kali ini.

Situasi perbualan aku tu pada malam hari semasa di dalam bilik,

alip : weyy, abang kau ade awek?
aku : ade.. asal?
alip : kau kenal ke?
aku : tau cmtu je laa.. asal?
alip : takde ape.. saje tanye.. adik kau yg laki tu?
aku : ade..
alip : kau kenal?
aku : kenal ar.. dye tu dari sekolah rendah same dengan aku.. tp adik aku
         mase sekolah rendah same dengan dak tu.. pastu bila masuk sekolah
         menengah adik aku kat sekolah laen.. pastu form 4 dye masuk sekolah
         aku.. jumpe balik laa tuu..
alip : budak tu pon kenal kau arr?
aku : mesti ar.. kiranya dorg ni dapat restu aku ar.. hahaha.. (kami tergelak)
alip : adik pompan kau?
aku : pon ade gak..
alip : laki tu kau kenal tak?
aku : tak kenal langsung..
alip : bistu yg ni dapat restu tak?
aku : restu ape.. aku rase klau aku jumpa laki tu aku nak rembat je..
alip : asal plak?
aku : entah.. maybe aku tak suka ar dengan dak tu.. aku pon tak kenal dye..
        nampak pon tak pernah kott.. mase tu budak tu ade add aku kat
        facebook, aku tgk nama dye aku dah syak.. ape lg aku ignore terus
        ar.. da laa aku tak kenal dye.. konon nak ambek hati aku ar.. aarrghh!!
        takde maknenye..
alip : (senyap seketika)... maknanye kau sorang ar single..
aku : .... a'ah kan? ish.. aku tak pernah terfikir benda ni.. alaa.. aku biase laa..
        single sudaa..

Itulah antara perbualan kami berdua.. pastu sembang pasal bab laen plak.. banyak gak dye tau kisah aku.. daa akhir akhir sem, baru aku boleh dapat ceritakan tentang kisah aku..

Dan baru baru ni, mama pun ade cakap perkara yang sama.. Aku rasa hari jumaat baru ni kott klau tak salah.. tapi kami bersembang bukan semata-mata benda ni cuma tiba tiba benda ni termasuk..

Situasi kat meja makan dalam pukul 11 pagi..

mama : pais kenal awek pakli?
aku    : kenal..
mama : orang kelantan eyy?
aku    : entah? mungkin kott..
mama : ye laa.. klau wan tu org kelantan laa tu..
aku    : wan kelantan? (aku senyap seketika)... ehh, tak ah.. kawan pais wan
           org kedah.. haa.. ustaz kat sane pon wan gak nama dye.. org kedah
           gak.. kawan pais kat atas pon ade gak wan nama dye.. tp tak tau
           org ape.. hahaha..
mama : pais pernah jumpa ke?
aku    : ehh.. ape tak pernah plak.. dye dari sekolah rendah same dgn pais..
mama : dorg same kelas ke?
aku    : hmmmm...... ye kott.. (padahal aku tau dorg satu klas.. cume taknak
           mama tnye lagi detail)...
mama : pais nye org mane?
aku    : ishh.. pais mane ade awekk..
mama : jujur laa?
aku    : haa.. pais jujur laa.. serius takde awekk.. mase tu kawan pais pon ade
           tanye soalan sama macam ni.. dye tnye dorg sume ade pasangan
           masing masing ke.. pastu pais cakap ar ade.. pastu dye ckp maknenye
           kau sorg je laa single dalam adik beradik kau..


Mama tersenyap. Mungkin mama nampak aku cakap dengan jujur dengan bersertakan bukti. Hmmm..

Masuk cerita laen plak.. Malam tadi dalam 12.30 lea call. Masa tu tengah depan laptop. Ape lagi.. on9 laa. Pastu tak sedap ar sembang sambil tangan pun gerak. Sampaikan nak sembang pun tak sedap ye laa. Nak tulis pakai otak nak dengar pun pakai otak kan? dengar pakai otak ke? haha.. ye laa.. sebab kita nak jawab balik ape orang tanye mesti pakai otak kann.. hahaha.. so aku g ar kat kerusi ruang tamu tu..

Seperti sebelum ni ape yang dia ade bagi tahu, yang dia akan call aku. Banyak benda yang dia nak bagi tahu aku. So malam tadi dia memang buktikan yang dia call aku. Memang awalnya dia cakap dia tak berani lagi nak cakap tapi aku cakap dengan dia buat apa nak takut. Aku pon tak kesah.

Banyak benda kami sembangkan. Dia cerita semua apa yang dia cakap dia nak terus terang dengan aku. Aku pun dengar satu per satu apa yang dia cakap. Aku rasa masa dia cakap tu dia menangis. Tapi dia dapat tahan, suara sebak dia tu aku perasan. Dalam cakap cakap tu dia asek buat lawak je. Mungkin dia nak bagi hati dia happy ann. Ye laa. Hati perempuan kan.

Pastu aku pon cerita dari awal sampai lah habes sume. Tu pon sebab dia tanya. Sebenarnya aku tak nak cakap benda tu, tapi dia daa tanya aku cerita je laa. Step by step aku ceritakan sebab utk dia ingat balik perjalanan peristiwa tu. Dia pon dengar je ape yang aku perkatakan.

Dia banyak kali mintak maaf. Tapi aku tak nak dia rasa bersalah sangat. Aku pon tak kesah. Biarlah benda tuu. But its still give a spirite. Banyak benda yang dia cakap aku macam tak percaya. Dia cakap nombor dia yang aku ada tu tak ramai yang tahu. Dia cakap dia pakai nombor pon sebab aku. Hmm. Entah lahh. Kalau betul terharu giler arr.

Kami bersembang lebih kurang 3 jam setengah tapi tu pon akhir sekali terputus sebab fon dia problem bateri. Masa  tengah cakap banyak kali putus. Aduyai. Potong line arr. Tapi banyak gak benda yang aku nak tanya tak tercapai sebab bila nak cakap je terputus. Bak kata lea, fon tu tak nak kita cakap. haha.

Tu pon aku tunggu kot kott dia nak call balik. Tengah tunggu tunggu aku tertidur. Pastu bangun pagi tadi tengok memang takde call dari dia. Maybe dia pon daa tertidur kott. haha.

P/S : dia dah bangun ke blom sekarang ni? Mesti tak bangun lagi.. hehehe..

21 November 2010

Berfikiran Positif Dan Optimis Resepi Kejayaan

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.
Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!"

Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Lalu berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."

"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

20 November 2010

Mimpi Dan Impian Untuk Berjaya

Penghujung tahun adalah musim peperiksaan. Mereka yang belajar secara konsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.

Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang digogok tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata.

Dalam sektor pekerjaan juga, penghujung tahun adalah waktu ketua dan majikan menilai prestasi pekerja masing-masing. Maka staf yang sentiasa menepati waktu, menyiapkan kerja dan amanah tidak perlu berlakon rajin. Malah, mereka tidak peduli pun apa yang sedang dinilai oleh bos mereka. Baik atau buruk penilaian itu tidak akan menjejaskan minat mereka yang berprestasi tinggi untuk terus bekerja seperti biasa.

Berbeza dengan para pekerja yang malas dan culas. Apabila tiba musim penilaian prestasi, dia akan datang awal dan tidak tercongok di depan mesin perakam waktu bila masa pulang sudah menjelang. Dia akan ceria di sepanjang hari, buat-buat sibuk, sedangkan dia hanya menyibuk. Yang penting, keramahannya sebenarnya adalah sebuah drama untuk tatapan bosnya agar dia disenangi dan diingati. Mudah-mudahan (sememangnya dia mengambil jalan mudah) bosnya akan jadi pemurah untuk memberinya kenaikan gaji dan pangkat.

Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Jika dia calon SPM, bayangannya adalah keputusan 10A1 buat dirinya terpampang di papan kenyataan sekolah. Jika dia siswa, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, oleh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diperolehi dan realiti menjengah di depan matanya.

Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. Oleh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.

Kejayaan Dicipta, Bukan Nasib

Lihatlah mereka yang sebenar-benarnya berjaya. Kejayaan mereka dicipta. Ia bukannya nasib. Dari segi zahir, kejayaan yang diperoleh tampak begitu senang dan mudah. Padahal, segala derita sengsara, duka nestapa dan peluh bersama air mata darah telahpun dihadapi dengan sabar, reda dan pasrah.

Senyuman Siti Nurhaliza sambil bernyanyi dengan suara yang lantang tampak begitu bersahaja. Tidak kelihatan urat timbul di lehernya, kerut dahinya, cemik wajahnya kerana pasti dia sudah melalui latihan demi latihan secara konsisten. Kita tidak tahu pantang makan minumnya untuk menjaga suara, cukup atau tidak tidurnya demi menjaga stamina, rasa kecewanya kerana tidak dapat mengingat lirik lagu-lagu terbaru untuk malam persembahan. Namun, apa yang terpamer ketika persembahan ialah kerehatan di wajahnya.

Sengih tokoh politik yang menjawab dengan tenang bila berdepan dengan soalan-soalan nakal wartawan, atau amaran dari ahli-ahli akar umbi partinya, mahupun jerkah seorang wakil orang kampung di dalam majlis dialog adalah hasil daripada latihannya untuk memahami kerenah manusia. Mana kita tahu betapa hatinya sesak menelan dengan segala umpat dan fitnah, tidur-tidur ayamnya memikirkan masalah yang diperjuangkan dan keluhannya bila membuat keputusan yang tidak popular?

Tokoh korporat, panglima tentera, doktor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek, profesor, pentadbir, aktivis NGO, guru, malah kerani yang berjaya biasanya mempamerkan peribadi yang tenang dan menyenangkan mereka yang berurusan dengan mereka. Tiada nampak kesukaran di wajah mereka. Yang paling ketara, orang-orang yang berjaya kerana membina kejayaan biasanya akan mempunyai masa untuk kita. Seolah-olah dirinya tidak sibuk dengan urusan lain kecuali melayani kita sahaja.

Kerana itu, kejayaan seseorang mahupun organisasi tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama. Tidak kiralah sama ada kejayaan menguruskan badan seperti duta makanan diet, menjadi pelakon popular, pemain bolasepak terkenal ataupun seorang novelis prolifik. Oleh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diperoleh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari esoknya, dia akan menggelongsor ke tempat asal.

Menjejaki Daya, Bukan Meniru Gaya

Yang penting untuk berjaya ialah menjejaki daya mereka yang berjaya, bukannya meniru gaya mereka yang telah berjaya. Akibat hanya meniru gaya, kita hanya memperoleh kulit kejayaan. Sebaliknya bila kita meniru daya orang yang berjaya, kita akan memperoleh isi kejayaan itu sendiri.

Malang sekali, apabila kita lihat seseorang individu itu berjaya menjadi penyanyi misalnya, maka berduyun-duyunlah mereka yang ingin menirunya. Atau apabila terdapat sebuah syarikat berjaya memasarkan sesebuah produk dengan pendapatan berjuta ringgit, akan muncullah syarikat-syarikat yang menggunakan formula yang sama. Banyak syarikat begitu yang tumbuh seperti cendawan.

Padahal, apa yang tumbuh seperti cendawan akan cepat mati seperti cendawan juga!

Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai tol kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.

Justeru itu, janganlah bermimpi untuk berjaya. Sebaliknya kita mesti memasang impian. Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua mode minda yang berbeza!

19 November 2010

Lepas Gian

Wahh. Segar badan. Berpeluh kaw nye tadi. Hmm. Baru lepas maen futsal. Puas hati giler maen tadi walaupum sejam. Sejam yang penuh bermakna. hahaha.

Asalnye aku taknak g sebab dompet kering. Tapi kalau darah tu darah sukan, memang tak laa derr. Tak tahan aku rasa. Petang tadi hujan. Tak maen bola. Sejak aku balik masa tu tak dapat maen bola lagi. Tu yang gian giler nak shoot bola. Dok kat sana lagi laa memang jarang giler nak beriadah.

Puas hati laa maen tadi. Banyak kali gak berdepan dengan pintu gol pon aku shoot kaw-kaw nye. Sangap laa katakan. Tapi naseb baek tak kena muka dorg. Kalau tak memang bergaduh ar. Ye ar, cakap maen saje-saje tapi aku shoot macam kat dalam tournament. Apepon aku dapat gol berstyle. hahaha. Terasa macam Nor Shahrul Idlan Talaha la pulakk. hehe. Player Malaysia yang menjadi ikon aku sekarang ni. Dengan sikap cool dye kat depan gol.

Tadi berlaku satu insiden yang hampir memusnahkan harapan aku untuk masuk pertandingan BolaSepak 9Sebelah. Aku tengah on the run bawak bola kat pintu gol, tiba-tiba kena tackle. Terkepak kaki aku. Hah. Nak menangis aku rasa. Ye laa dah dekat game tiba-tiba jadi camtu. Pastu aku lawan balik kaki ni, aku urut. Pastu aku maen balik. Naseb baek okaayy, tapi still terhencut sikit. Aku asek macam tu je. Bila setiap kali nak masuk tournament mesti injured bila da dekat-dekat hari game. Tu yang cuwak tu. Takut badi.

So dah lepas tu okayy la kan. Dalam tengah maen-maen tu, fitri plak shoot bola giler bapak. Kena perut aku! Jatuh terus aku. Terbaring. Senak dohh. Bangkai betul! Tapi naseb senak kejap jehh.

Pastu balik g makan kat mamak. Sebelum nak gerak balik lepas makan tu ada msg masuk kat fon ayoi. Pastu aku saje usha, tengok-tengok orang wish birtday dye. Ape lagi aku cakap kat yang laen. So kteorg beli 3 telur dgn tepung. Kami semua buat-buat g hantar ayoi kat rumah. Pastu pham-pham sudaa. Bung* bang* bung* bang*.. Pastu masa nak balik tu dorg baling tepung kat aku dgn syamin plak. Siot betul dohh.

Btw, ayoi.. Chill dohh. Benda ni spontan je, kteorg tak rancang dari awal pon.

1.30 A.M
19 Nov 2010

18 November 2010

Calon-calon SPM, Selamat Berjaya

Kalau tak salah aku, calon-calon SPM akan mula paper 23 Nov 2010 ni. Maknanya tak sampai seminggu dah, tinggal berapa hari je lagi kan. Mungkin mereka semua telah bersedia 100%, cuma tunggu masa je mereka nak lepaskan semua ilmu mereka itu di atas kertas jawapan kan. Pasti mereka telah melakukan persediaan sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan yang menentukan masa depan mereka.

Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM ini. Takut tak sempat pulak nak masukkan dalam blog. Lagi pun ada entri yang sesuai dengan situasi mereka ini. Aku juga InsyaAllah akan sentiasa mendoakan kepada mereka semua terutama sekali orang-orang yang rapat dengan aku.

Adik aku pun tergolong dalam calon-calon SPM tahun ini. Jadi aku harap dye dapat melakukan yang terbaik. Kepada orang-orang yang rapat dengan aku pun, aku mengharapkan mereka dapat buat yang terbaik. Kalau nak sebut sorang-sorang punya nama memang tak ar! Harap mereka semua menjaga kesihatan mereka. Jaga makan minum. Pertingkatkan amal dan perhebatkan doa pada Allah.

Apabila masuk hall atau bilik peperiksaan nanti, harap mereka semua tenang. Fikiran mereka cool. Tidak resah gelisah. Harap semua ilmu yang mereka pelajari dapat dikeluarkan semasa ia diperlukan untuk menjawab soalan-soalan SPM. Jangan lupa tawakal selepas paper setiap subjek dihantar. Tetapi sebelum melangkah pergi ke sekolah, harap mereka memohon maaf kepada ibubapa mereka, mohon keredhaan, minta halalkan makan minum, dan akhir sekali mohon mereka mendoakan kalian semua. Anda semua juga harap dapat melakukan solat hajat. Minta lah semua apa yang dimahukan.

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Selamat maju jaya kepada anda semua.
Lakukan yang terbaek. GudLuck!!!

17 November 2010

AidilAdha 1431H / 2010

Alhamdulillah, akhirnya kerja penyembelihan lembu korban sebanyak 13 ekor kat Surau Al-Muhajirin ini selesai. Fuh!! Letih tak letih laa derr. Baru bangun dari tidur ni. Tadi dalam pukul 12 lebih sampai rumah.

Pastu mandi, upload gambar. Tengah upload tertidur..... sampailah dorg kejut solat Zohor. Hmm. Hajat nak sambung tidur balik ni, tapi tak boleh nak tidur. aduyai.. So tu yang nak update ni drpd tak bwat pape kan.

aku & abah tengah nak pasang jerat lembu. hahaha.
yang aku ni pasang-pasang jerat tapi asyek tak masuk je kaki lembu tuh.

akhirnya dapat gak tumbang kan lembu...

Ni lembu ke-4 aku tumbangkan...

Lembu ke-4 aku tumbangkan ni lah lembu terakhir disembelih...

Lembu no.5 tengah dilapah...

Tengok berapa ramai orang nak jaga lembu ni utk tak bangun masa kena sembelih nnt...

Inilah hasilnya aku dok jaga kat kepala lembu tu... darah memancut kat baju aku..
da laa baju putih... aduyai...

Lembu da mati boleh laa nak posing camtu.. hehehe..
Kalau nak bergambar dgn lembu yang tgh hidup memang tak ar!


Dalam 13 ekor lembu korban tahun ni, aku dapat tumbangkan 4 ekor lembu. Tapi dapat korbankan 5 ekor lembu. Korbankan tu maksudnya sama-sama pegang lembu tu utk disembelih laa.

Bila ingat balik rasa macam sikit je. Tapi sekarang ni aku rasa macam nak mam***. Penat dohh. Muscle aku sakit-sakit. Risau aku nanti demam sebab bentan urat. Ape pun aku puas hati ar. Gila ar nak settlekan semua lembu-lembu tu. Apa guna ada komuniti kan? Tu guna nye gotong-royong.