04 February 2011

Apa Yang Paling Kuat?

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin."

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,

"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah dan beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.

Ayuh, periksa hati yang menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan.

03 February 2011

Sekadar Pandangan

Pertama sekali aku nak cakap kat tira. ~Aku nak cerita pasal Mesir kat ruangan ini memang tak dapat laa. Banyak faktor kekangan kott menyebabkan aku tak dapat nak tulis kat sini. Faham-faham je laa kayh. Tapi kalau kau rajin kau tanya laa mak ayah kau, dengar berita, baca surat khabar, dengan kalau ada segmen yang membincangkan pasal ini kau dengar laa. Sory sangat tak dapat ceritakan.

Hmm. Perkara yang mahu aku perkatakan ini sebenarnya awal lagi aku nak tulis sebelum entri 'Bantulah Mereka Ya Allah', tapi disebabkan isu itu lebih penting dan isu itu isu global, ia menjadi keutamaan.

Mungkin ada setengah golongan sudah salah sangka dan tersalah anggap. Mereka ingat aku ini sepertimana yang mereka sangkakan. Mereka merasakan bahawa aku sudah berubah. Berubah apa? Sendiri mahu tahu laa.

Di sini aku ingin membetulkan semula apa yang telah mereka salah sangka. Ada juga aku dengar melalui angin-angin tentang perkara itu, tapi tidak perlu ia diperjelaskan. Sebenarnya sepertimana aku sebelum ini, seperti itulah aku ketika ini. Mungkin berubah benda lain, tetapi istilah tersebut langsung tidak pernah berubah.

Sepertimana yang mereka ketahui sikap dan perangai aku, aku bukan senang nak berubah tanpa ada perkara yang lebih kuat untuk merempuh pegangan hidup aku. Jika ada yang lebih kuat faktanya membidas pegangan aku itu baharulah aku berubah dan menerimanya.

Dan awak, sepertimana yang saya pernah katakan pada awak... perkara itu tetaplah sama dan buat masa ini ia belum lagi berubah. Mungkin awak tersalah anggap dan mungkin tersalah sangka. Tapi awak tahukan perangai saya macam mana.

Hmm, aku tak suka cakap tanpa bukti. Aku tak suka cakap tanpa fakta. Aku tak suka cakap tanpa hujah. Aku tak suka cakap secara melulu. Mungkin kadang-kala ada aku melakukan salah satunya tapi tidak sekerapnya aku lakukan. Sesuatu perkara yang aku pertahankan dapat terleraikan sekiranya anda ada semua perkara tersebut ; bukti, fakta, hujah.

Aku juga bukan suka jenis menipu. Itu pasal kalau ada orang tanya sesuatu pasti aku akan sampaikan setakat mana yang aku tahu. Tidak pernah menokok tambah. Jarang sekali berdolak dalih. Seboleh aku cakap betul-betul apa yang mereka mahu tahu dari aku. Tapi aku tak suka kalau aku tanya orang cakap sambil lewa. Ada masa boleh bergurau, bergurau laa. Tapi takkan setiap masa nak bergurau.

Cubalah jadi matang sikit. Makin lama umur makin meningkat. Takkan nak jadi macam budak hingusan lagi. Matang beb!!! Lagi satu aku memang suka sangat orang yang open minded. Sape yang kenal aku, tahu laa aku memang jenis ni. Cakap jenis cakap selamber. Kau nak terima, bagus. Kalau kau taknak terima, itu pasal kau. Kalau orang yang jenis kongsi maklumat lagi aku suka. Ceritalah pasal apa pun, mesti aku dengar.

Lagi satu, orang cakap aku ini jenis susah nak buat keputusan. Hmm. Betul ka? Entah. Itu orang cakap aku. Aku terima. Aku suka. Aku suka sangat kalau orang tegur aku. Tapi bagi aku, aku tak suka buat keputusan yang mana semua orang ikut apa yang aku putuskan. Nanti ada pula suara yang cakap belakang. Tu yang paling aku tak suka.

Itu sebab bila dalam komuniti yang ramai, bila suruh aku buat keputusan... mesti aku akan tanya semua orang. Kalau majoriti setuju, aku setuju. Kalau ramai tak setuju, aku tak setuju. Sebab bagi aku, aku suka bila dengar suara ramai, maknanya bukan buat keputusan sesuka hati. Anda pembaca semua setuju tak apa aku cakap? Kalau nak kita yang buat keputusan memang lebih baik tak payah ada ketua laa kan. Ketua ni cuma mengetuai sesuatu. Bukan buat keputusan yang melulu.

Tapi aku lebih selesa menjadi orang bawah-bawah. Biar orang tak nampak. Hakikatnya apabila berjayanya sesuatu itu, kita lah yang membawa perkara itu berjaya. Tapi yang pasti apabila berjaya, orang atas yang dapat nama. Padahal...... Takpa. Itu bukan menjadi buruan. Lagi pun aku suka bagi idea, apa pun situasi aku akan bagi pendapat. Kalau terima, guna pakai laa. Kalau tak terima takpa, tak kesah pun.

Selain itu, aku nak cakap pasal benda ni gak. Hmm, kalau orang tu aku dah meletakkan dye di posisi yang tertinggi pastu dye buat perangai. Aku tak kisah. Kau nak buat hal kau, kau buat arr. Aku pun taknak kacau hidup kau. Dan aku pun takkan memburuk-buruk kan kau. Sebab bagi aku, kita ingat jasa orang buat kat kita dan kita lupa perkara yang kita telah buat untuk orang. Itu macam best. Takda laa kita ni bermusuhan walaupun orang tu dah buat langsi kat kita kan.

Okayy laa, sampai sini saja laa nak diperkatakan. Sebenarnya nak tulis time tu. Nanti panjang berjelar orang baca pun pening. Dengan cerita banjir nya. Dengan kemelut kat Mesir nya. Itu pasal aku pisahkan entri itu dan aku tulis untuk entri kali ini.

Haa. Yang penting perkara ini tiada berkaitan dengan sesiapa taw. Ini sekadar pandangan aku yang sangat cetek ini.

P/S: tetiba iwan on9 laa plak. ni laa time aku nak tahu perkembangan dye. chalow2.

02 February 2011

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di‘kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin untuk keluar berhibur bersama rakan dan teman.

Tepuklah dada tanyalah iman.

Wallahualam.

01 February 2011

Bantulah Mereka Ya Allah

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Sebenarnya dari tengahari tadi nak update entri tapi ada perkara yang lebih penting jadi tertangguh-tangguh laa. Nak taknak aku memang nak update gak, kalau tak... takkan aku sanggup bersengkang mata sekarang ini untuk update. Ni pun dah masuk entri untuk bulan baru. Melalui apa yang idea aku nak tulis memang banyak, tapi tak tahu lahh tika aku tulis ini nanti idea tu tak keluar plak.

Hmm. Sejak aku sampai rumah jumaat lepas, tiada lagi pancaran terik matahari yang aku rasai sehingga kini. Tambah-tambah lagi ahad lepas, 24 jam KL dihujani bhai. Sehinggakan aku dok round kat sekitar KL tu tanpa berpayungkan apa-apa. Ye laa. Mana sangka hujan tanpa henti. Jadi nak taknak memang redah je laa.

Tadi bila tengok berita, 4 buah negeri berlaku banjir. Astagfirullah... Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan lagi satu aku tak pasti. Memang kesian tengok mangsa-mangsa yang terlibat. Banjir bukan banjir biasa-biasa, tapi banjir yang teruk. Seriously, memang aku simpati tengok nasib mereka. Aku rasa kalau ada mana-mana pihak yang perlukan sukarela untuk bantu mangsa banjir memang aku nak join. Nasib mereka tak sama macam nasib aku dan sekitar warga KL.

Mereka perlu selamatkan barang-barang mereka daripada rosak ditenggelami air apatah lagi menjaga keselamatan nyawa diri sendiri dan keluarga. Semasa johor banjir 4 tahun lalu kott, aku tengok dengan mata aku sendiri kesan banjir. Sehinggakan ada satu tokong dua tingkat tu hampir ditenggelami keseluruhannya. Itu pun ketika itu angah sedang belajar di salah sebuah universiti yang ada di sana. Dapat laa gak aku tengok kesan selepas banjir.

Dan kini di kawasan yang sama banjir berlaku lagi. Angah tunjukkan gambar-gambar yang kawan dye uploadkan kat facebook. Satu-satu gambar dye tunjuk yang mana memang kami sekeluarga tahu kerana melalui kawasan tersebut semasa pergi-balik ambik dan melawat dye ketika dye belajar di sana. Dan di kawasan pilihanraya kecil baru-baru ini sekitar DUN Tenang pun banjir teruk, pengundi terpaksa meredah banjir dan menaiki trak ke pusat buang undi.

Untuk berita luar negara pula, yang menjadi isu hangat kini ialah keadaan di Mesir. Allahuakbar!! Sekitar Mesir kini menjadi huru-hara, rakyat Mesir turun di jalanan kerana memprotes kerajaan memerintah iaitu rejim Husni Mubarak. Bagi mereka, sudah tiba masanya untuk Mesir berubah kerajaan. Kerajaan yang lebih telus dan bersih. Kerajaan Mesir ketika ini ialah manusia yang bertopengkan syaitan. Kononya negara Islam tapi ada agenda tersembunyi bersama israel, amerika, dan sekutunya.

Mungkin bagi setengah orang tak tahu apa cerita sebenar disebalik berlakunya kekacauan ini. Bagi golongan ini mereka merasakan buat apa ambil tahu isu negara orang. Senang cerita macam ni, isu dalam Malaysia pun kau tak ambil tahu... inikan pula isu luar negara. Memang tak arr nak tahu kann?? Kalau bab lain kita hebat! Cemerlang! Terutamanya bab hiburan. Tapi isu semasa yang lebih penting, yang lebih ke pengetahuan umum, yang lebih kepada nilai kemanusiaan... apa pun takdak.

Sekarang ini kita tak tahu nasib pelajar Malaysia di sana samada selamat ataupun tidak. Tetapi apa yang pasti sumber bekalan makanan mereka terputus. Sistem rangkaian mereka dengan luar samada melalui facebook, blog, dan lain-lain juga terputus. Ini adalah usaha kerajaan Mesir untuk mengekang kemaraan rakyat.

Kepada sahabatku yang berada di Mesir sekarang, Mohd Radzuan Rusdi. Macam mana keadaan kau sekarang wan? Selamat tak dalam tempoh huru-hara ni? Kau dapat makan minum tak? Aku harap sangat kau selamat di sana wan. Keluarga kau mesti risau kan? Tapi maybe dorg lebih tahu keadaan kau dari aku. Aku pun tak jumpa adik kau, so aku nak dapatkan perkembangan kau pun aku tak tau. Mungkin aku tulis ni pun kau tak baca DAN tak dapat nak baca sebab sistem maklumat mereka sekat.

Tapi sekiranya kau terbaca, aku sebagai sahabat kau yang kenal dari kecil sehingga sekarang sentiasa mengharapkan kau selamat kat sana. Aku turut akan mendoakan agar kau selamat daripada sebarang kemungkinan yang terjadi ketika ini kepada rakyat Mesir. Kau pun jaga diri bebaek kat sana, jangan terlibat dengan tunjuk perasaan tu. Kau pun kena sentiasa berdoa dengan Allah untuk selamat daripada sebarang kejadian.

Kepada pembaca dan sahabat sekalian, dalam dua isu ini lihatlah di mana kita? Kita cukup aman dan selamat kan?. Tak kena banjir, tak huru-hara. Kita lebih selesa daripada dorang kan?? Jadi aku berpesan khusus untuk diri aku, marilah kita sama-sama berdoa pada Allah supaya Allah memberi pertolongan pada mereka iaitu mangsa banjir dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir sekarang ini.

Kalau anda terbaca ini, berpesan-pesanlah pada orang sekeliling anda supaya berdoa pada Allah untuk mereka ini. Ini ujian untuk mereka. Ujian untuk kita, kita tak tahu lagi. Jadi kita sebagai hamba Allah, sebagai saudara seIslam, sebagai sesama manusia.. mari kita mendoakan mereka agar ujian mereka ini dapat mereka hadapi.

Ya Allah, sesungguhnya kini telah berlaku banjir di sesetengah negeri di negara kami yang telah meragut 3 nyawa setakat ini. Oleh itu Ya Allah, Engkau surutkan lah banjir tersebut, janganlah menambahkannya lagi Ya Allah. Mungkin ini satu peringatan-Mu kepada kami kerana kami sering lalai dan leka pada-Mu. Maka dengan itu kami memohon ampun pada-Mu Ya Allah. Kami ini manusia yang cepat lupa pada-Mu apabila mendapat kesenangan. Engkau selamatkanlah mangsa-mangsa banjir itu. Engkau permudahkanlah semua urusan mereka Ya Allah. Ya Allah, Engkau pandu hati-hati kami ini, Engkau pandulah hati-hati pemimpin kami Ya Allah ke jalan yang telah Engkau redhai. Selamatkanlah Malaysia ini daripada bala-bala besar yang mana mungkin tidak dapat tertanggung oleh kami. Sekiranya Engkau tetap menghukum kami, siapalah kami di sisi-Mu untuk menghalangnya. Kami hanya seorang hamba yang dilahirkan di dunia untuk mengabdikan diri pada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ketika ini di Mesir sedang berlaku pergolakan besar sehingga berlakunya pertumpahan darah. Ramainya rakyat Mesir yang turun di jalanan untuk menggulingkan kerajaan Mesir tika ini Ya Allah kerana kerajaan ini bersekutu dengan Amerika dan yang lain. Maka dengan itu Ya Allah, sekiranya benar perkara itu... Engkau bantulah meruntuhkan rejim Husni Mubarak ini, kerana mereka orang Islam di sekeliling Mesir disekat daripada mendapat bantuan semua. Engkau gulingkanlah sepertimana jatuhnya kerajaan Firaun. Sesungguhnya perjuangan mereka perjuangan yang mahu menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil. Di samping itu Ya Allah, di sana ada rakyat Malaysia. Dengan itu, Engkau selamatkanlah mereka daripada terkena sebarang kemungkinan yang sedang berlaku di sana. Kuatkanlah semangat rakyat Malaysia di sana. Berilah perlindungan untuk mereka Ya Allah. Engkau berilah ketenangan pada jiwa-jiwa keluarga mereka.

Amin Ya Rabbal Al-Amin...

31 January 2011

Iklim Dan Sikap Manusia

Tahukah anda salah satu keadaan yang mempengaruhi perangai manusia adalah iklim? Ia bukan sahaja mempengaruhi perangai dan sikap manusia tetapi juga mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak. Bagaimana ini boleh berlaku?

Di dunia, kita mempunyai pelbagai jenis iklim atau dengan kata lain cuaca dan musim. Di luar sana kedapatan kepelbagaian iklim seperti 4 musim, tundra, tropika dan panas. Bagaimanakah keadaan ini sangat mempengaruhi manusia?

Ia tidak memerlukan satu penerangan saintifik untuk memahaminya. Adakah mudah untuk memperoleh bekalan air ditengah-tengah padang pasir? Bayangkan seorang perantau yang merentasi padang pasir yang hanya berbekalkan sebotol air mineral, adakah perjalanan ia akan menjadi mudah? Bukankah kalau kehabisan air boleh menyebabkan perantau padang pasir menghadapi risiko maut?

Bagaimana pula di Malaysia, adakah kita risau jikalau hanya membawa sebotol air mineral ketika bermusafir? Andai tiada sebotol air pun di dalam kenderaan, kita langsung tidak pernah risau dan tertekan.Tidak pernah kita mendengar orang mati kehausan di Malaysia ketika bermusafir.

Apakah pilihan yang ada bagi manusia yang tinggal di kawasan yang mempunyai iklim seperti tundra, panas dan 4 musim? Mereka tiada pilihan melainkan menyesuaikan diri dengan keadaan untuk meneruskan kehidupan.

Contohnya perubahan cuaca di iklim 4 musim yang berubah daripada musim panas ke musim sejuk. Musim sejuk kebiasaannya akan membawa masalah bekalan makanan. Jadi sudah menjadi kebiasaan setiap tahun bagi mereka yang duduk di iklim ini sentiasa bersedia untuk menyimpan makanan bagi persediaan musim sejuk. Andai mereka lalai, akibatnya mereka akan kelaparan dimusim sejuk.

Di padang pasir pula, apabila sudah menjadi persepsi asas bahawa air sukar diperolehi, maka orang sedia tahu bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dengan bekalan air. Andai putus bekalan air dalam bermusafir, ia mungkin boleh menyebabkan maut. Orang yang tinggal di tundra sentiasa mempastikan mereka mempunyai pakaian yang sesuai dengan kesejukan. Hilang pakaian tebal, maka mereka akan menghadapi risiko kesejukan yang boleh menyebabkan kematian.

Tidak kurang juga mereka yang tinggal di negara beriklim ini sering menghadapi bencana alam. Tidakkah anda melihat mereka tiada pilihan melainkan mencari jalan bagaimana membuat petempatan yang bersesuaian untuk menghadapi bencana-bencana seperti ini?

Apabila kita terlalu banyak pilihan, manusia biasanya banyak menghabiskan masa berfikir untuk memilih. Berbeza dengan mereka yang tiada pilihan, mereka akan menghabiskan masa dengan bertindak.

Inilah yang secara tidak langsung menjadi latihan semulajadi yang membentuk sikap seseorang mengikut keadaan iklim masing-masing. Orang dinegara 4 musim amat terbuka pemikiran mereka terhadap idea kehidupan. Ini adalah kerana idea yang bernas akan memudahkan kehidupan. Kerana itu orang putih kebanyakannya sangat terbuka pemikiran mereka. Ini kerana pada setiap perubahan musim, mereka perlu berbuat sesuatu sebagai persediaan.

Berbeza di iklim tropika seperti di Malaysia. Begitu ramai anak muda segolongan aku yang malas dan membuang masa, termasuk aku. Mengapa? Kerana mereka tidak perlu risau kerana tiada perubahan musim seperti di luar negara. Cuaca di Malaysia tidak akan membuat mereka maut jikalau putus bekalan air. Andai kata tiada kerja sekalipun, mereka hanya perlu pergi ke rumah ibu ayah dan membuka tudung saji.

Bagi negara yang kerap ada bencana alam, rakyatnya sentiasa mempunyai inovasi untuk mencipta sesuatu bagi survival kehidupan. Rekabentuk dan kejuruteraan rumah contohnya bagi negara yang sering mempunyai gempa adalah berteknologi tinggi. Andai gempa berlaku setiap bulan, rumah mereka masih berdiri teguh dan tahan. Di Malaysia, tiada gempa sekalipun, bangunan sudah retak dan bocor. Malah ada yang roboh.

Tekanan adalah perkara yang membebankan. Tiada siapa yang menyukai tekanan. Namun bagi mereka yang memahami, pasti akan menghargai tekanan setelah mengetahui tekanan itu membuat mereka tiada pilihan melainkan menyelesaikan masalah daripada tekanan tersebut.

Masalah adalah peluang. Ia adalah peluang untuk mempelajari bagaimana membuat penyelesaian. Apabila manusia sering lari dari masalah, maka bilakah masanya mereka akan belajar menyelesaikan masalah? Bilakah masanya mereka akan mematangkan diri jikalau sentiasa lari dari situasi ini?

Masalah akan tetap berlaku dalam hidup. Orang yang bersedia dan terus bertindak mempelajari menyelesaikan masalahnya akan mudah di kemudian hari. Ini adalah kerana masalah-masalah baru lebih mudah diselesaikan dengan pengalaman yang lalu. Berbeza daripada mereka yang suka lari dari masalah. Sekecil-kecil masalah boleh menjadi besar kepada mereka.

Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana. Dalam benak kita berfikir sukarnya mereka yang tinggal di iklim yang sulit. Tetapi pada mereka ia sudah menjadi kebiasaan. Kebiasaan itu secara tidak langsung mematangkan mereka dengan lebih pantas. Berbeza bagi penduduk tropika yang tiada tekanan dan tidak menghayati perkara ini. Allah memberi mereka kesulitan pada mata kasar tetapi Allah beri kelebihan peluang mematangkan diri dari masalah yang diberi. Mereka lebih berpeluang mencipta ilmu berbanding kita di Malaysia.

Kerana itulah pepatah orang lama berbunyi,'banyak berjalan luas pemandangan'. Kita pasti akan teruja melihat cara orang luar menyesuaikan diri dengan iklim dan mukabumi mereka. Orang Malaysia dan orang beriklim tropika harus bersyukur di atas pemberian tuhan ini kerana iklim dan cuaca di sini adalah satu anugerah yang diidamkan mereka yang tinggal di iklim yang memberi ancaman.

Sesekali belajarlah bersusah-susah dan berani menghadapi susah. Hakikatnya kita mengajar diri untuk menghayati betapa sukarnya kehidupan orang lain dan memahami mengapa orang lain mampu berfikir dan bertindak lebih mantap dari kita.

Renung-renungkanlah kawan. Wallahualam.

30 January 2011

Buih-buih Cinta Dari Seorang Sahabat

Aku menatap matamu dengan penuh asyik...
Agar terbit rasa sayang ini...
Aku belajar melawan rasa tidak enak di hatiku...
Dengan kesilapan kecilmu...
Agar jangan ada robekkan di lantai kepercayaan antara kita.

Aku mula-mula mengenalimu yang pertama meghulurkan segugus senyuman...
Terlihat jelas sepasang lesung pipitmu yang aneh dipandangan...
Namun bagiku, itulah yang mengujakanku yang mampu mendampingimu...
Sebagai sahabat!

Aku mengharapkan agar panas berterusan hingga ke malam...
Kehangatannya aku impi berlarutan!
Tidak hanya di waktu siang...
Malah sampai saat kematian!

Memperhatikanmu, dengan lagak serta gayamu...
Membuat hidupku kian sempurna kini!
Kerana aku bisa menyerap nilai-nilai murni...
Teladan buat diri yang serba kekurangan.

Sejuk mataku tatkala menatapmu, teman...
Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta...

Namun teman,
Sayangku dan kasihku ini berbeza sekali...!!! Amat berbeza.
Tidak seperti sayang dan kasih seorang kekasih kepada kekasihnya,
Tidak dapat digambarkan sebagai sayang dan kasih seorang suami kepada isterinya,
Bukan jua seperti kasih sayang sesuci ibu mithali...

Teman,
Bersemadi perasaan ini langsung tanpa ada sekatan...
Bercambah terus berputikkan kejujuran dan kepercayaan...
Agar aku menjaga hatimu sepertimana hatiku,
Agar aku mengawasi tingkah lakumu seperti aku mengatur perilaku ku...
Agar sedihmu menjadi sedihku jua...
Kerana apabila kau sakit, aku pun turut serta mengaduh bisanya.
Begitulah hebatnya lempias perasaan ini....!

Yang bersumberkan Ilahi...
Mengikatnya dengan segumpal tali yang bernama 'ketulusan hati'...
Ikhlas.! Adalah tiang utamanya dan kasih sayang adalah atapnya...
Bersatu kita menggenggam buih-buih cinta ini, teman...
Bersama dalam setiap derap langkah dalam menuju halaman Syurga...

BERTEMU TAK JEMU, BERPISAH TAK GELISAH...

InsyaAllah...

29 January 2011

Galas Amanah

Alhamdulillah, akhirnya sampai rumah juga. Setelah meredah beberapa jam sepanjang perjalanan tadi. Sebenarnya balik ni banyak sangat benda yang aku perlu buat, dan aku dapat merasakan cuti untuk kali ini tiada masa untuk aku goyang kaki. Banyak sangat aku perlu buat bagi melaksanakan segala amanah tersebut sehinggakan tadi aku balik pun cuma sehelai sepinggang ja. Baju dengan seluar yang aku pakai masa balik tu laa ja yang aku bawak balik, baju lain tak bawak.

Yang peliknya galas beg baju, sedangkan dalam tu sehelai pakaian pun takdak. hahaha. Dalam tu aku bawa kertas kerja yang perlu aku settlekan. Bukan itu sahaja, tambahan kerja aku untuk order baju bagi menjayakan family day untuk jabatan bangunan aku. Memang sukar sebenarnya tapi aku terpaksa mewakafkan tulang empat kerat ini bagi melaksanakan perkara ini dengan sebaik mungkin.

Selasa lepas tolong dalam menjayakan program aktiviti taklimat KP kami. Aku dan empat orang lagi rakan bersama-sama berkerjasama badi program tu berjalan lancar, dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar sepertimana yang diharapkan. Kami orang yang terawal datang kat situ dan kamilah juga orang yang terakhir tinggalkan tempat tu.

Naik cuti ini pula aku terlibat untuk aktiviti induksi. Giliran untuk RAGGING budak-budak part 1. Yeah!!! Lepas tu aktiviti untuk family day. Ini betul-betul cabaran terbesarr. Sejak awal-awal lagi dah bermacam ranjau yang telah kami lalui selaku ajk bagi family day building ini. Selain itu, aku asalnya cuma menjadi penasihat je untuk Project Manager Family Day Building. Tapi aku akhirnya kena gak handle sebagai ketua bahagian makanan.

Aku memang taknak, tapi disebabkan orang yang asalnya pegang portfolio ini tak sanggup pikul tugas ini maka akulah dengan sukarela jadi disebabkan kesiankan rakan aku ni sebagai Project Manager(PM). Setelah aku sendiri sanggup menggalas amanah itu, aku teruskan gerakan mencari caterer utk family day nanti. Sekarang ini aku dah dapatkan semua maklumat dan kertas kerja telah pun tunjuk pada penasihat persatuan pagi tadi.

Pastu beliau sarankan untuk cari caterer lain bagi mengurangkan lagi kos perbelanjaan. Bajet yang diberikan pada persatuan kami pun tak seberapa. Jadi kami kena menganggarkan sebaik mungkin untuk menggunakan bajet yang telah diberi itu. Namun bukan itu dijadikan alasan bagi kami untuk tidak melaksanakan perkara itu sebaik mungkin.

Lepas dari itu, untuk aktiviti dinner persatuan. Ini tak tahu samada terlibat sama ke tak sebab masa meeting tu aku tak g sebab ada kerja lain. Tapi mengikut kata, ajk terlibat masa taklimat KP akan diserap masuk terus. Fuh!!! Bila fikir balik memang sukar. Sebab ada bermacam risiko. Yang pasal order baju untuk krew family day pun asalnya takdak org nak buat, tapi best ke kalau ada satu-satu event takdak baju yang membezakan krew dengan peserta?? Mesti tak best kan. Jadi itu pasal laa aku sekali lagi dengan sukarelanya nak handle. Fuhh. Berat bhai.

Belum cerita lagi bab kerja dalam akademik lagi, ada ja yang kena buat. Sabar... sabar... Dalam perjalanan hidup mana ada erti senang lenang kan. Yakin Boleh!!!

Hmm, esok pula Liga Malaysia bermula. Yang menjadi tumpuan perlawanan Selangor-Kelantan bagi merebut Piala Sumbangsih. Yang pasti aku nak turun stadium esok. Nak lepaskan giant bhai. hahahaha. Selangor!! Buat yang terbaik!!!!

Awak..
Mungkin masa saya tulis ini awak belum sampai rumah kan??
Saya dah sampai dah awak..
Tadi saya hampir tertinggal bas sebab nak hantar awak..
hahaha..
Sayu hati masa tinggalkan awak tadi..
Aduyai..

Awak..
Awak jaga diri elok-elok tau kat sana..
Kalau boleh kan, saya nak ja............
Apa pun, terima kasih taw awak atas semuanya..
Tadi terlupa nak bagi awak duit untuk belikan jersi saya..
Tapi awak boleh dulukan duit awak kan???