28 February 2011

Renungkanlah...

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Februari bagi tahun ini sebelum melangkah masuk ke bulan baru. Tiada apa yang mahu diperkatakan. Cuma hati ini yang semakin lemah. Lemah kerana perlakuan manusia yang sanggup melakukan perkara itu. Sememangnya tidak mahu berfikir dan merenung kembali atas apa yang diperlakukannya kepada insan tersebut.

Mungkin anda gembira pada hari ini dan adakah anda tahu apa yang akan berlaku esok? Mungkin anda seronok melakukan perkara sedemikian sekarang ini tetapi adakah keseronokan itu akan kekal selamanya? Mungkin anda pandai menyusun kata tetapi adakah kata-kata itu yang benar? Allah sahaja tempat untuk kita mengadu. Mengadu tentang apa yang dirasakan kini. Ingatlah!!! Bumi ini penuh dengan keadilan. Mungkin tidak selesai di atas bumi ini, dan akan dibawa ke gelanggang akhirat. Di sana lagi lahh tiada kemaafan boleh dipohon, bahkan saat untuk kita dihitung.

Ingatlah wahai insan, kita tidak akan selamanya di atas. Suatu hari pasti kita akan jatuh. Tidak kiralah daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Sebagai contoh, Perdana Menteri Mesir yang sememangnya gah dengan cara pemerintahannya dan hari ini beliau telah dijatuhkan dengan cara yang memalukan. Yang pasti… Kebenaran itu akan tetap menjelma, dan yang batin itu akan jatuh.

Tiada guna kita mendoakan keburukan untuk orang lain, tetapi haruslah kita mendoakan supaya orang itu diberikan hidayah oleh Allah agar orang itu berubah menjadi baik. Tidak guna kalau setakat cakap menggunakan mulut tetapi tidak melakukannya dengan perbuatan. Hari ini mungkin hari anda, tetapi esok? Lusa? Tulat? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Adakah hari anda juga? Seperti mana hukum karma.

27 February 2011

Istighfar

Astaghfirullahal'azim..
Saat Istighfar meluncuri bibir,
Satu persatu dosa hitam,
Gugur di sucikan..

Astaghfirullahal'azim..
Saat istighfar dilafaz perlahan,
Hati sebak dalam teresak,
Dengan timbunan dosa,
Yang apakah akan terampun?

Astaghfirullahal'azim..
Lafazkan ia dengan penghayatan,
Luahkan ia dengan penyesalan,
Banyakkan ia dengan pengharapan,
Tuhanku MAHA memberi ampunan..

Astaghfirullahal'azim..
Aku mohon keampunan-MU ya Allah,
Atas dosa yang atasnya dosa lagi,
Di atasnya dosa lagi,
Dan dosa lagi..

Ia menimbun-nimbun,
Bertindan-tindan,
Tindih-menindih,
Hingga hati rintih-merintih,
Basah dengan air mata..

Astaghfirullahal'azim..
Setelah beristighfar,
Kembali lagi,
Mengulangi dosa-dosa..

Astaghfirullahal'azim..
Tuhanku,
Betapa lemah hamba-MU,
Selepas memohon ampunan,
Ia lupa lagi,
Selepas menangisi dosa-dosa,
Ia kembali berdosa..

Ya Allah,
Betapa besar dosa yang kubentangkan,
Di hadapanmu,
Nyata..
Rupa-rupanya,
Rahmat, ampunan, dan kasih sayangMU
Jauh lebih besar dan luas tanpa sempadan
Melebihi dosa-dosaku..

SubhanAllah..

24 February 2011

In Islam We Trust

Allah meletakkan Islam sebagai pengatur segalanya bagi kehidupan kita. Islam menawarkan kedamaian dan mengajarkan kedamaian pada dunia. Islam telah mengatur hubungan dalam bertetangga, kepada orang lain yang dikenal mahupun tidak di kenali, kepada lelaki dan perempuan, hubungan yang tua dan muda, pemberi kerja dan pekerja, untuk yang kaya dan miskin, untuk negara besar dan kecil, bagi masyarakat antarabangsa(international) mahupun nasional, dan lebih dari itu Islam membuat hubungan yang pasti dan meyakinkan hubungaan kita dengan Sang Pencipta.

Islam menyatakan bahawa Pencipta alam semesta ini adalah Tuhan yakni Allah SWT yang hidup dan Dia menyatakan diri-Nya kepada makhluk-Nya pada zaman ini dengan cara yang sama sebagaimana Dia telah menyatakan diri-Nya di masa lalu. Pernyataan ini dapat diuji dengan dua cara. Allah Swt memanifestasikan tanda-tanda-Nya secara langsung kepada orang yang mencari diri-Nya, atau orang yang mencari-Nya mungkin dapat mempercayai Allah SWT dengan mempelajari kehidupan seseorang, dimana Allah SWT telah menyatakan diri-Nya kepadanya.

Firman Allah Ta’ala, maksudnya: "Sesungguhnya agama [1] yang diredhai Allah ialah Islam [2] ..." (Ayat 19, Surah Ali Imran).

"Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya .." (Ayat 85, Surah Ali Imran).

(1) Agama: Ialah undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untukmanusia mendapat - dengan sebabnya - nikmat yang sebenar dan kebahagiaan yang kekal.

(2) Islam: Dipakai dengan erti:
Pertama - Mematuhi segala perkara yang disampaikan dan diterangkan oleh Rasulullah s.a.w., seperti yang tersebut pada Ayat 19, surah Ali Imran.
Kedua - Hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan olehRasulullah s.a.w., seperti yang tersebut pada Ayat 85, Surah Ali Imran.
Ketiga - Agama yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seperti yang tersebut pada Ayat 3, Surah Al-Maidah, yang maksudnya: "Dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu."

22 February 2011

Itik dan Kura-Kura

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"
Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.

20 February 2011

Terima Kasih Semua

Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah Family Day jabatan kami berjalan dengan jayanya semalam, 19 Feb 2011. Bertapa cuwaknya kami yang handle setiap bahagian-bahagian. Fuhh. Lagi-lagi aku yang handle bahagian makanan. Pergh! Mulanya nak tulis benda ni semalam gak, tapi benda pon tak selesai lagi. Jadi kena follow-up lagi, sehingga sekarang ini pun tak selesai lagi. Semalam lepas Maghrib terus tidur, sampailah tuuutttt baru tersedar. Hahaha.

Pertama sekali, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kakitangan yang berkhidmat di bawah bahagian makanan. Terima kasih sangat-sangat sebab tolong aku handle benda ini, kalau korg takde confirm hancur semua kalau aku sorang je yang buat. Faizah, Niza, Jeanne, Chek Timah, Sue, Diha, Aisyah, Rasyidah, Rafiq, Faiz – Terima kasih sangat-sangat, aku menghargai kerjasama korang semua. Moga Allah dapat membalas jasa baik korang semua. Aku sebagai kepala tak dapat nak buat semuanya, jadi merekalah yang banyak membantu.

Tidak berjaya sesebuah syarikat jika tanpa orang bawahnya. Ketua hanya mampu mengarahkannya, tapi jika orang bawahnya tak buat gak kerja memang takkan berjaya punya kan.



Dalam hal ni, niza banyak tolong aku. Banyak bagi idea, banyak bagi jalan penyelesaian. Aku yang asalnya cuma ada 4 orang bawah aku, itu pun 50-50. Tapi Jumaat petang dan malam tu gak aku dapatkan lagi orang-orang yang dapat sama-sama memerah keringat untuk tolong aku. Jeanne yang asalnya memang taknak turun untuk event ini tapi akhirnya dye turun gak sebab niza mintak dye datang tolong aku. Jadi dye sanggup turun gak. Terima kasih sangat-sangat pada semua. Dorang sanggup tunggu aku lebih kurang dari pukul 6.30 pagi. Masa tu aku tengah tidur lagi, tapi nasib baik aku tersedar masa dorg msg. Niza dan Jeanne tolong buat air. Kalau dorang takde tak tahu lahh sapa yang nak buat air. Dorang yang tolong angkat-angkat meja, nasi-nasi, kuih-kuih, air-air kotak.

Masa event semalam berlangsung aku mana tengok sangat hal-hal makanan sebab aku banyak lebih membantu bahagian sukan, kakitangan bahagian sukan entah lari ke mana sehinggakan yang kepala buat kerja. Takpelah. Tak kisah pun. Orang taknak tolong kita, kita buat sendiri. Tapi tak sedap ar mata memandang.







Yang paling best sekali acara part 3, isi air dalam botol. Dengar macam lekeh, tapi sapa yang main je rasa lekeh tak lekeh laa game ni. Mula-mula sedut air dalam baldi menggunakan straw dan berlari ke arah botol tanpa memegang straw tersebut. Itu boleh tahan lagi. Yang gempaknya! Kami ini buat air tu air masin. Kami campurkan garam sebanyak-banyaknya. Dorang yang main game ni aku nampak semua muka tak tahan giler. Hahaha. Yang best kita buat kawan-kawan kita sendiri, so takde hal lah kan. Sape yang masuk game ini memang sporting giler. Caya lah sama lu orang. Sempoi.. Sampaikan MC pun join sekali. Haha.



Pastu acara tali hayat. Sekali lagi geng-geng part 3 sempoi giler. Ramai-ramai pakat baring atas padang tu sebab nak buat panjang sekali. Tapi tak dikira sebab arahannya menggunakan barangan yang ada. Gempaknye, geng part 4 bergabung ramai-ramai pegang tangan sampai berpusing barisan sambungan dorg. Tapi tu pun tak dikira sebab tak mangikut arahan.




Apa yang kami sasarkan untuk family day kali ini berjaya mencapai objektifnya. Kami nak semua pelajar akan terlibat jadi peserta. Jadi sebab itulah kami buat game inter class mengikut part, dan game interpart. Jadi secara keseluruhannya objektif kami memang tercapai. Sebab untuk game interpart tu nak taknak dorg mesti kena masuk sebab nak memenangkan part masing-masing.

Haih. Aku tahan je nafsu aku ni semalam. Kalau tak… nak je join setiap game yang mewakili kelas dan part aku. Sabar je lah. Memang meriah sangat semalam, tapi aku banyak takde kat padang sebab berlari tengok persiapan makanan utk pelajar dan lect. Paling kritikal masa game semua dah selesai tapi makanan untuk semua tak sampai lagi. Time memang aku dah putus semangat. Cakap kat caterer tu hantar sebelum pukul 11, tapi sampai pukul 12 tak sampai semuanya lagi. Aduhh. Aku yang kena rush kat tempat dorg bungkus-bungkus makanan ni. Macam ni laa Melayu, janji selalu tak tepati. Tapi nasib baik MC pandai melambat-lambatkan masa.

Bila sampai semuanya, baru event tu dihabiskan dengan segera. Aku yang pening kepala. Dah selesai semua tu lega giler aku. Tengok dorg dapat makan. Tapi aku time tu tak habis kerja lagi. Kena kemas balik. Susun barang-barang. Sampaikan nasi untuk aku pun aku tak ambek, sebab bagi aku biar dorg yang dapat dulu asalkan dorang puas hati.

Apa pun TERIMA KASIH kepada semua - yang datang, yang join game, yang support kelas dan part masing-masing, yang tolong jaga keselamatan, yang tolong jaga peralatan, yang jadi juri, yang jaga makanan. Senang cerita semua orang yang ada kena mengena dengan event semalam secara langsung dan tak langsung. Thanks to all especially orang yang bersama-sama aku memerah keringat di bahagian makanan. Terima kasih sangat. Jasa korang amat aku hargai dan aku sanjungi. Mohon maaf andai aku ada salah dan silap dengan korang sepanjang mengendalikan event tersebut. Ye laa, kita mesti nak buat yang terbaik untuk orang kan. Yang penting korang dah jalankan kerja korang dengan sebaik mungkin.

Lagi sekali TERIMA KASIH sangat. Harap Allah akan balas jasa korang yang setimpal atau lebih lagi untuk korang di dunia dan di akhirat. TERIMA KASIH SEMUA.

16 February 2011

Egokah Aku?

Bismillahir-rahman-nirrahim…

Allahumma solli alaa saidina Muhammadi salaallahu alaihi wasalam.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W…

Lebih kurang 11 hari ruangan Pengembara Ilmu ini sunyi tanpa bicara, sunyi tanpa kata-kata, sunyi tanpa peringatan. Perjalananku dalam perjuangan ini masih belum selesai dan tiada istilah berakhirnya sebuah perjuangan dalam kamus hidupku KECUALI dengan kuasa Allah Yang Maha Esa yang mahu menjemputku.

Sudah 9 hari berlalu… Mungkin awak tak rasa bersalah langsung kott kan? Mungkin awak rasakan apa yang telah awak lakukan itu suatu perkara biasa. Tapi bagi saya itu bukan perkara biasa, dan sehingga sekarang masih segar lagi dalam ingatan apa yang telah awak lakukan ahad lepas (6 Feb) walaupun benda tu nampak macam remeh tapi kesannya….. Perlu ke buat macam tu?

Saya taknak salahkan awak langsung. Saya tak cakap pun awak bersalah. Tapi awak cubalah renungkan dan ingat balik apa yang telah awak lakukan itu. Saya kalau bersalah dengan awak dah lama saya mohon maaf dari awak. Tapi saya tak rasa dalam hal itu saya yang salah. Saya mendiamkan diri sebab nak tengok apa yang awak buat selepas kejadian itu. Tapi awak macam tak bersalah langsung kan. Sabtu lepas (12 Feb) awak ada msg… saya pun reply kan. Tapi seolah-olah msg tersebut hanya sekadar sapaan semata-mata.

Hmm, dalam sesuatu hal kalau aku yang bersalah pasti aku akan minta maaf kat orang tu. Tak pernah aku mengelak atau melarikan diri dari situasi tersebut. Tinggi mana pun ego aku, tapi bila aku salah dengan orang mesti aku akan mohon maaf darinya. Tak kiralah dye tu lelaki ke perempuan ke besar ke kecil ke. Mana ada orang akan berubah tanpa sebab kan? Kalau aku, nampak sorang member ni tiba-tiba berubah sikap dengan aku… mesti aku akan ingat balik apa yang aku ade buat kat dye. Takkan laa kita tak boleh jumpa apa salah kita kat orang kan? Lagi satu kalau hati aku tiba-tiba je rasa bersalah dengan orang pun aku akan mohon maaf dengan orang tu. Ye laa. Kita mana tahu kan? Selalunya rasa hati betul. Orang cakap… takut kerana salah, berani kerana benar. Biar pun pahit untuk mengaku kesalahan tetapi di situlah ada kemanisannya.

Awak. Mungkin awak nampak saya macam biasa kan? Mungkin awak rasa saya mendiamkan diri suka-suka tanpa sebab kan? Tapi saya tetap jadi professional supaya orang tak nampak perubahan ini melalui air muka ini.

05 February 2011

Tiket Naik Harga? Terima Kasih Sangat

Malam ni dah bertolak pulang. Hmm. Tak puas kott dok rumah. Tak rasa apa. Tapi masalahnya asal balik malam ni? Aduhh. Kalau esok takpa gak. Semuanya sebab beli tiket lambat laa ni. Aduyai. Tiket ahad dah habis di jual so nak taknak balik hari ni laa gayanya.

Bila tengok kalendar tadi memang macam dah takdak masa untuk balik dah. Ye laa. Cuti dah takdak kott. Aduyai. Maknanya dalam 3 bulan tak balik?? Sakit.. sakit.. Apa pun kalau ada masa terluang dan berkesempatan untuk balik, memang nak balik. Tapi... ada laa pulak aku masa terluang... haish..

Esok BPL game tersangatlah menarik. Chelsea-Liverpool. Yang lebih menarik, Torres akan berdepan dengan kelab lamanya. Tapi harap sangat Torres turun. Teringat masa game pusingan pertama tu yang mana Liverpool menang 2-0 dengan Chelsea. Dua-dua gol tu Torres penjaringnya. Dan malam esok Torres akan turun sebagai musuhnya pulak. ish. Best.. best.. Hmm, tapi aku dapat ke tengok? Game pukul 11. Pastu kalau nak tengok mesti kena tumpang rumah member sebab dah lewat malam boleh laa pulak keluar-masuk kawasan tu. Aduhh. Dan yang peritnya lagi Isnin tu kelas pukul 8. Haaa, rabak lahh mata aku. Harap sangat dapat tengok game tu.

Dalam hal yang lain pulak, sekarang ni kemungkinan untuk aku g stadium tengok bola dah macam tipis. Aku rasa 85% aku dah tak g SEBABNYA harga tiket. Hmm, Persatuan Bolasepak Selangor... Anda punya alasan naikkan harga sebab dari dulu harga sama. Jadi itu sebab anda naikkan? Jadi kalau penyokong yang datang ke stadium semakin sikit jangan tanya lah kenapa KAN? Dah cukup bagus laa kami datang selama ini. Ada kami bising duit minyak? Tol? Fikirkan laa ehh. Orang datang dari jauh bukan bayar duit minyak dengan tol pakai daun kering.

Perkembangan di Mesir. Keadaan semakin tegang dan teruk. Kemarahan rakyat semakin memuncak. Yang menjadi persoalannya, apabila aku dah g sana nanti semua info ni memang susah nak peroleh. Aduhh. Bencinya. Nanti aku ketinggalan dalam isu ini.

Sahabat-sahabatku semua. Anda semua tetap dihati. Walaupun jarang aku berhubung dengan mereka tak bermakna kita sudah renggang. Tapi ia disebabkan keterbatasan masa dan hubungan KAN KAN KAN?

Seisi keluarga semua aku tetap dahagakan bersama mereka. Gurau senda dan gelak tawa akan sentiasa diingati. KeLOYA BURUKan korang semua akan tetap menjadi pujaan. hahaha. Terutamanya angah dengan pakli.

Sekian. Jumpa di lain episod kayhh. Salam sayang untuk semua. Assalamualaikum...