10 May 2011

10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.

Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.

Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:

"Ambillah sepuluh macam ramuan: 
  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum dengan sudu pujian.
Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi

08 May 2011

Eksplorasi Alam BN3C 2011 : Gua Tempurung

Benda dah lebih sebulan, tapi baru aku nak updatekan kisah ini. Tak kisah laa, asalkan semuanya akan tersimpan dalam ruangan ini kan. Kebetulan tak boleh tidur ni, lebih baik berceloteh sikit kann.

3 April 2011 yang lalu, kelas aku pergi ke Gua Tempurung. Lebih kurang 7 kereta kami semua bergerak.  
Kurang lebih pukul 8.50 pagi kami bertolak. Sebelum memulakan perjalanan sebetulnya kami berkumpul berdoa bersama-sama memohon Allah memberi keselamatan perjalanan pergi-balik kami.

Sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi kott.. Sampai  je semua tukar pakaian yang sesuai untuk masuk dalam gua tuh..
Penerokaan gua terus bermula....



Dah 1 jam setengah dalam tu, kami puntemui jalan keluar. Hahaha. Syok giler.
Tapi ada satu kejadian yang berlaku antara segelintir pihak. Namun benda tidaklah seteruk mana dan habis di situ sahaja.

Selesai semua keluar, kami pun rehat kejap. Makan-makan minum-minum buat apa yang patut sebelum meneruskan perjalanan.
Selepas itu, kami pun pergi bergerak mandi kat mana tahh aku tak tahu nama tempat itu. Mahu dipendekkan cerita, masa kat tempat mandi tu lahh aku lemas. Kalau tak aku dah arwah dah ni.. haha. Alhamdulillah, nyawa masih dikandung badan.


Secara keseluruhannya, aku memang puas masa g keluar bersama-sama mereka ini semua. Ini pengalaman pertama dalam hidup aku masuk gua walaupun dah 20 tahun berada di dunia ini, ahahaha. Aku memang minat aktiviti macam ini cuma aku tidak berkesempatan untuk join benda-benda macam ni, nasib baik ini pun satu kelas yang g.

Kalau berkesempatan lagi, aku nak sahaja pergi tempat-tempat yang macam ni, masuk gua, panjat gunung, berkayak, macam-macam lagi lahh aktiviti seumpama macam tu aku nak merasa. Biasa laa diri yang memang suka bersukan dan berpeluh, semua benda mahu mencuba. hahaha. Lagi sedap kalau dapat ramai rakan-rakan yang suka aktiviti macam ni. Memang seronok laa, tapi yang penting mesti ade $ DUIT $ laa kawan kann. hahahaa.

Kalau nak diikutkan aku bercerita pasal benda ni konfem panjang lebar berjelar-jelar aku boleh ceritakan mengikut kronologi. Tapi takut orang bosan membaca aku ringkas seringkasnya. Gambar-gambar yang dipaparkan turut melalui proses saringan ujian imbasan yang ketat. hahahaha. Tak nak ada lagi pihak yang mengata aku lagi. Harap gambar yang tersiar ini tiada apa kontrovesi kann.

Sekian, 

.......BN3C DALAM KENANGAN & INGATAN.......

P/S: Jam pun menunjukkan hampir pukul 4 A.M. aku nak tidur, esok ada banyak lagi aktiviti aku kena buat. Takut letih laa pulak. Letih pergi Perhimpunan Hari Pekerja 2011 tak hilang lagi......

06 May 2011

Road To London...

Mungkin agak terlambat kott apa yang aku nak catatkan ni. Dah sehari lebih berlalu. Tapi takpe, tak kisah sebab benda tu tetap menjadi kebanggaanku. hahaha. Apa haa? Apa lagi kawan... Manchester United laa. Layak ke final Liga Juara Eropah atau lebih dikenali sebagai Uefa Champions League (UCL). Aggregate 6-1 bhai dengan Schalke 04. Tapi masa game manu aku tak tengok laa. Sebab dah mula tak sihat daa. Apepun kami penyokong setia manu berbangga dengan manu sebab layak ke final. Tapi yang pedihnya bertemu Barcelona.
Serius aku cakap, bagi pendapat aku... manu tak dapat mengimbangi perlawanan apabila menentang barca nanti, sebab melalui perbandingan yang aku buat corak permainan barca memang simple giler dan menyebabkan pihak lawan tak dapat nak pegang bola. Ketika itulah moral players pihak lawan akan down. Ye laa. Mesti bengang giler kalau dorang main menganjing je.

Tak lain tak bukan dua pertembungan ini akan tertumpu kepada ayam tambatan masing-masing iaitu Rooney dan Messi. Tapi perlu ingat !!! Barca dari barisan penjaga gol ke barisan penyerang sehinggalah ke barisan pemain-pemain simpanan semuanya yang terbaik. Pendek cerita serba lengkap pasukan barca ni. Fuhh. Kalau nak dibandingkan dengan barisan manu? Sendiri laa bandingkan....

Ini turut menemukan dua pengurus pasukan masing-masing yang sangat berpengalaman. Kedua-dua pengurus ini terkenal dengan sifat cool ketika ditepi padang. Tapi sekali dorang bagi arahan. Hmmmm. Aku harap mereka dapat menurunkan kesebelasan pemain terbaik pasukan masing-masing, baru laa sedap tengok.
Final ini akan berlangsung pada 28 May 2011. Untuk maklumat masa hari itu aku 50-50 samada boleh tengok ke tak. Sebabnya aku mesti dah gerak balik Perak dahh. Arghh. Memang frust ar kalau tak dapat tengok, sebab dah follow dari semi-final, final tak dapat tengok pulak. Harap-harap dapat arr tengok. Final ini akan berlangsung di Stadium Wembley, London. Untuk gambaran keadaan stadium itu, akan disertakan gambar di bawah.
Dan bola yang akan digunakan pada final nanti ialah....

Dengan itu, mari kita imbas gambar-gambar semasa separuh akhir pada kedua-dua pasukan ini dengan didahulukan dengan pasukan barca.....



seterusnya pasukan sokongan aku.......





Dan akhir sekali, ini adalah ulangan final pada tahun 1999 [kalau tak silap], dengan itu aku turut sertakan gambar ketika final itu.....

Ini betul-betul akhir. hahaha. [dari tadi cakap akhir... akhir... tapi tak habis-habis pun]. Jadi ini betul-betul akhir. Aku turutkan sedikit accessories pasukan barca. Sekadar suka-suka je. Tak bermakna aku support dorg final nanti. hahaha. Tapi serius, bagi aku manu nak menang memang susah. Anyway, aku tetap support manu. Akhir kata, GLORY.... GLORY.... MANUTD!!!!




04 May 2011

Berbumbung Langit Berhampar Bumi

Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit; Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32) Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.

Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.

Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan bumi.

Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.

Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.

Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.

Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.

Al-Qur'an telah menjelaskan fungsi geologi gunung-gunung yang sangat penting.
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk. (Surah al-Anbiya; 31)

Seperti yang telah kita lihat, dalam ayat di atas bahawa gunung-gunung mempunyai fungsi untuk mengelakkan gegaran pada bumi. Fakta ini tidak diketahui oleh sesiapapun ketika Al-Qur'an diturunkan. Ianya menjadi satu fakta yang hanya diketahui hari ini selepas penemuan dalam bidang geologi moden.

Berdasarkan kepada penemuan ini, gunung ganang telah timbul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran lapisan besar yang membentuk kerak bumi, apabila dua lapisan bertembung, rempuhan lapisan yang kuat akan tergelongsor di bawah lapisan yang satu lagi yang terangkat ke atas, yang mana seterusnya melengkung dan membentuk kawasan tinggi dan gunung-ganang. Lapisan bawah itu akan terus ke dasar bumi dan membentuk ketegangan di bahagian bawah. Ini bermakna pergunungan mempunyai bahagian yang memanjang ke bawah, sama besar dengan bahagian atasnya yang menonjol keluar ke atas permukaan bumi.

Dalam sebuah teks saintifik, struktur gunung-ganang diterangkan seperti berikut.
Di kawasan benua lebih tebal, di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar mantel.
Di dalam Al-Qur'an peranan gunung ganang itu dibandingan dengan 'pasak'.
Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?. (Surah an-Naba; 6-7)

Gunung ganang dalam erti kata lain, mengenggam lapisan pada kerak bumi bersama-sama melalui satu 'pancang' yang memanjang dari atas ke bawah permukaan bumi sekaligus menghubungkan semua lapisan-lapisan di dalam bumi ini. Melalui cara ini, ianya menetapkan kedudukan kerak bumi dan menghalangnya daripada terapung di atas batuan magma atau terapung bersama-sama dengan lapisan lain. Secara ringkas, analogi ini mirip seperti keadaan apabila kita memakukan cantuman kepingan kayu bersama-sama.

Fungsi pengukuhan gunung-ganang ini dijelaskan dalam kesusateraan saintifik dengan istilah "isostasy".Definisi isostasy;

Keseimbangan umum kerak bumi yang dikekalkan oleh satu kandungan material batu-batan di bawah permukaan di bawah tekanan graviti.

Peranan penting gunung-ganang ini adalah penemuan hasil kajian dalam bidang geologi moden dan kajian gempa bumi, sebenarnya telah dijelaskan dalam Al-Qur'an berabad lalu sebagai lambang kebijaksanaan Tuhan. Dalam ayat lain Al-Qur'an menyebut;

dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu... (Surah Luqman;10)


ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٲشً۬ا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً۬ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ رِزۡقً۬ا لَّكُمۡ‌ۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 22)

03 May 2011

Awak, Khas Untuk Awak...

Awak..

                     Setiap hari saya hubungi awak,                            
                     Setiap masa saya hubungi awak,                            
    Sebab saya rasa macam nak sentiasa ada bersama dengan awak,    
   Kalau saya kat sana dah lama bila keluar je saya ajak awak kann..    
   Tapi.........   

     Semua benda saya cerita kat awak,     
     Semua perkara saya kongsi dengan awak,     
     Kadang-kadang awak yang beri saya semangat,     
    Di saat saya tak boleh nak menghadapi sesuatu..     
     Tapi.........     

     Best bila bersembang dengan awak,     
     Kadang-kadang benda tak lawak pun awak tergelak,     
     Saya pun pening bila awak macam tu,     
     Hahahaha.........

     Mungkin banyak perkara yang.........     
     Tapi saya tak pernah........     
     Sebab saya tak suka nak.........     
     Saya tetap akan mengharapkan perubahan.......     

     Apapun awak,     
     Saya akan menjadi sahabat awak yang terbaik,     
     Awak pun menjadi sahabat terbaik saya,     
     Walau apa pun terjadi.     

     Awak je kadang-kadang takut dengan pandangan orang sekeliling,     
     Padahal mereka tiada pun cakap apa-apa,     
          Ish... Awak.. Awak..          



02 May 2011

Jika Tersesat

Muhammad bin Basyir berkata:
Semalam kamu lewat sebagai saksi yang adil.
Harimu ini juga menyaksikan perbuatanmu.
Jika semalam engkau berbuat buruk.
Lipatkanlah kini dengan kebaikan, engkau terpuji.
Jangan kau tunda perbuatan baikmu sampai esok.
Barangkali esok akan datang namun engkau telah tiada.


"Dari Abu Hurairah r.a katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah! Saya meminta ampun dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali."

Bayangkanlah, jika Rasulullah SAW yang merupakan seorang kekasih Allah yang dimuliakan oleh-Nya dan bersifat maksum serta dijamin mendapat keampunan Allah SWT akan dosa-dosa baginda SAW yang terdahulu serta akan datang masih lagi bertaubat lebih dari tujuh puluh kali setiap hari, bagaimana pula kita sebagai hamba Allah yang tidak pernah terlepas dari berbuat salah dan silap?

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 17: "Sesungguhnya taubat yang diterima oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian (ketika mengetahui perkara itu dosa) mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) taubat mereka diterima Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha.
Telah kau lakukan dosa yang kau inginkan
kau tunda juga taubat di masa datang.
sedang mati datang di saat tiada di duga.
itu bukan perbuatan orang yang berakal.


Jelaslah bahawa sifat orang-orang yang beriman itu apabila mereka melakukan kesalahan dan dosa, maka mereka bersegera mengingati Allah SWT dengan memohon keampunan daripada-Nya. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 135 :

وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَـٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka bersegera mengingati Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
(Surah Ali Imran 3: Ayat ke 135)

01 May 2011

Anda Semakin Matang Bila...

Kita dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat kita tidak tercapai.

Kita mampu menyembunyikan perasaan kita yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Kita tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Kita dapat menghadapi kebencian orang yang kita benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Kita mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun kita ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Kits dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya kita tidak dapat hidup setaraf dengan rakan seperjuangan kita yang lain.

Kita terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud kita.

Kita dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

kita memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Kita memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang kita tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Kita berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar kita minati.

Kita mengaku dengan jujur tidak tahu bila kita betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Kita menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Kita akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa kita dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Kita dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Kita boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak kita sukai.

Kita dapat mengwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.