26 April 2010

Hadiah Terbaik dan Terburuk

Seorang wanita yang dermawan telah menghadiahkan seekor kambing kepada Loqman al-Hakim dan berpesan;


"Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."


Setelah kambing itu disembelih, Loqman mengirimkan kepada wanita tersebut hati dan lidah kambing itu. Beberapa hari kemudian, wanita itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar dikirimkan sebahagian daripada kambing tersebut kepadanya.

Namun pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian terburuk yang diminta oleh wanita itu, tetapi dia meminta bahagian yang terbaik daripada kambing itu untuk dikirimkan kepadanya. Setelah kambing itu disembelih, Loqman tetap mengirim hati dan lidah juga kepada wanita itu.


"Mengapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk? dan mengapakah lidah dan hati juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?"


Tanya wanita tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab;


"Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."


Mendengar jawapan itu, mengertilah wanita itu akan maksud Loqman. Hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan dan begitu juga sebaliknya. Dari hati dan lidah juga akan terbit segala kejahatan dan keburukan.

18 April 2010

mood ROSAK !!!

Sat lagi dalam pukul 2.30 da nak bertolak balik..
aduyai.. bosannye.. sekejap giler kat rumah..
tak puas lagi kot.. anyway tak leyh buat ape kehidupan tetap
kena teruskan.. sedang menuju ke medan peperangan..
harap-harap dapat keberkatan..

mood aku rosak harini sebab rase memang tak puas lagi
kat rumah.. walaupon MANU menang game malam td haha tapi
ia tidak dapat mengubah mood aku menjadi happy..

17 April 2010

Muhasabah Diri

Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

13 April 2010

Thanks to ALL

Terima kasih utamanya kepada family aku yang memang tak lupe wish birthday aku:
1) Adik
2) Mama
3) Abah
4) Pakli
5) Angah

kepada kawan yang wish kat aku:
1) Atikah
2) Ayie Aziz
3) Athira
ni je doh (direct msg)..

melalui adik aku (syikin):
1) Erina Zahirah
2) Isnatun

melalui fon aku call:
1) Syafiq Mazlan
2) Khairi
3) Zahairwan
4) Syafiqah
5) Kamal

Yang angkat call tapi tak tau:
1) Hazid
2) Fariz

Ape pon trime kat korang semua yang tersenarai di atas..
Jutaan penghargaan terima kasih kat mmbe2 yang angkat call aku..
Aku call utk merapatkan lagi hubungan persahabatan antara kita..
So sape yang terima call aku tu tQ dowh.. bukan senang aku nak call korang.. haha..
kredit memanglah sentiase kering.. so bile ade free call tu yang aku call korang.. anyway rata-rata aku dengar kita semua dah tak macam dulu..
biase la tu manusia.. tapi kita juga ade inisiatif sendiri untuk memperbaikinya..
" takkan berubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya "
renungkanlah..

06 April 2010

Sejujur Mana Kata

Wah!! da masuk april da.. haha..
Hurm.. semalam birtday ayah aku..
first time ulang tahun kelahiran beliau aku takde di sisinya..
tapi apepon aku sempat wish oncall...
harap abah akan jadi ayah yang lebih baik lagi utk kteorg..
terlalu bnyk abah ngan mama berkorban utk kita adik beradik..
harap2 adik beradik aku yang lain takkan buat mereka kecewa walau dgn ape care sekali pon..
aku pon berharap aku takkan kecewakan mereka..
sekarang ni kita adik beradik jadi mcm ni sebab didikan abah ngan mama dari kecik hinggalah sekarang.. INGATLAH!! sebanyak mana kebaikan yang kita buat pada kedua ibu bapa kita takkan sama dengan setitis susu dan keringat mereka dalam membesarkan kita..

Nak ambik kesempatan ni gak utk minta maaf dengan mama dan abah sekiranya sepanjang tempoh membesarkan pais , pais ada buat dosa dengan mama dan abah samada sedar atau tanpa disedari.. harap halalkan segala makan minum.. bukan ape, kematian suatu yang pasti. cuma kita sebagai manusia tidak tahu bilakah kita akan nyawa dicabut..
So kalau terjadi apa-apa ruangan inilah akan jadi saksi dan untuk menjadi tatapan untuk semua.. kayh dah la tu.. hiba plak tulis bnde ni dgn layan lagu ' spring - sejujur mana kata '.. hahahaha..

Keyh masok crite bab laen plak..

Mlm tadi boleh aku mimpi dia plak?? aduyai.. aneh betul ar.. haha..
kalau lah mlm tadi aku buat solat sunat istikharoh , tiba2 mimpi dia plak , so maknanye tu jodoh aku ar.. tapi masalahnya aku tak buat solat sunat istikharoh pon.. rugi doh.. haha.. tapi kalau aku crite kat dia, mesti dia tak caye..
Tapi dia memanglah gadis idaman ' suatu masa dulu '.. hahahahahaha...
tapi orang cakap mimpi tu mainan tidur? aku setuju la gak.. sebab mcm lawak dowh kalau benda tu jadi realiti.. So aku anggap mimpi aku tu sebagai lawak jenaka yang aku dapat dalam mimpi.. tapi kalau jadi kenyataan pon apa salahnye.. haha.. merepek je laa weh..