30 November 2010

Pahal Kau?

Pernah tak anda semua asyik terbayang sesuatu tapi bila nak cakap tak boleh ape benda yang kita gambarkan tu. Dalam bahasa mudahnya, susah nak luahkan ape yang kita tengah rasakan. Pernah? Kalau benda baek takpe, ni kalau orang sana cakap A, orang sini cakap B, orang situ pulak cakap C. Yang kita ni memikirkan ketiga-tiga situasi tu. Memang mati laa an? Tambah-tambah lagi melibatkan diri anda sendiri, soal perasaan anda.

Kadang kala kita mesti memikirkan untuk membuat pilihan yang terbaek untuk diri kita, tapi pilihan tu memerlukan kita melalui penuh onak duri, pelbagai dugaan, dan cabaran bagi mencapai pilihan kita tu. Benda tu daa nampak cuma memerlukan kita membuat antara 2 pilihan je. ish. Payah laa.

Cuba bayangkan kalau kita nak sesebuah kereta ni. Kita daa bayar duit pendahuluan tapi ada lagi baki-baki yang perlu kita perjelaskan. Dalam tempoh sebelum benda tu jadi hak milik kita, macam-macam jadi kat kereta tu. Orang naek laa, budak kencing laa kat dalam tu tapi orang tu dah bersihkan balik, pastu body kereta tu tercalar sikit tapi orang tu dah baiki balik. Sedangkan semua benda tu kita tahu benda tu terjadi kat kereta yang kita mungkin bakal miliki. Tentu kita marah kan? Sebab benda tu memang nampak macam milik kita. Tapi apa boleh kalau penjual tu cakap yang kereta tu belum jadi hak milik kita, so buat apa kita nak ambik berat lagi pasal kereta tu lagi. Takkan kita nak marahkan? Kalau boleh kita nak je carik budak yang kencing kat kereta kita tu, kita shoot kan? Rasa nak je carik sape yang calarkan body kereta kita tu, kita letup kan?
Haih. Dunia... dunia...

Kalau ikut hati... mati. So sebelum buat sesuatu fikir masak-masak. Nas... common laa. Jangan ikut hati kau tu. Kau kalau ikutkan panas baran kau tu memang semua benda yang mustahil kau tak pernah buat, kau nak buat. Tapi aku tahu kau kuat untuk melawan hasutan syaitan tuu. Ingat nas! Syaitan dah berjanji pada Allah yang dye akan berusaha menyesatkan anak cucu Adam sehingga kiamat. Hidup ni kita tak tahu sampai bila. Mungkin esok Allah boleh tarik nyawa kau? Mungkin minggu depan? Mungkin jugak Allah dah tulis di LuhMahfuz yang nyawa kau ngamngam cecah 20 tahun? Mane kau tahu kan?

So kawal sifat amarah kau tu. Memang laa sepanjang hidup kau ni kau ade prinsip hidup. Tapi kau pernah cakap sendiri kan yang kau ni kalau boleh taknak ada musuh dalam hidup. Taknak gaduh dengan sesape. Tapi kalau kau ikutkan hati kau ni yang kejap okayy kejap angin. Daa laa. Chill dohh. Kan kau kalau boleh nak berbakti pada semua manusia sekeliling kau.. Jadi fikir-fikir kan weyy. Darah muda kau tu kena kawal. Tahu laa tengah fresh. Kalau boleh keje nak shoot orang je kau ni. Aduyai...

Huh! Ye laa. Aku okayy je. TERkadang tu kene tiup angin, tu yang tersasar tu. Rilex sudaa. Daa laa. Banyak lagi lagi keje nak buat. Chow!

Blank-Kosong

Ish. Daa dua jam lebih dok depan screen ni, tapi tak tahu nak tulis ape. Haduh. Blurr. Pahal weyy. Common laa. Kuatlah sikit nas! Kau ni... aduhh.

Aduyai. Tak tahu lah nak tulis ape. Otak blank tibatiba. Kalau aku terus kan nak tulis memang sampai esok pagi laa aku tak tdo.

Ahh! Da ar. Memang da tak leh. Nak tido ar. Sat g nak bangun balik tgk game Barcelona-Real Madrid. Tu pon kalau bangun.

P/S: ade kat depan screen ni dari tepat pkul 12 tadi..

29 November 2010

Hanya Allah Boleh Memanjangkan Nyawanya

Semalam dalam pukul 7 gerak g pasar borong, tolong abah beli barang-barang makanan dapur. Pastu dalam pukul 8 sampai laa rumah. Daa letak sume barang-barang tu kat dapur terus laa landing nak tido. Tiba-tiba msg masuk, 'pkul 8.45 dtg rumah aku'. Aku bace, pastu dalam hati aku cakap " argh! giler laa. memang tak sempat aku nak tido klau camni. memang tak leyh buat kerja arr klau ngantok ". Pastu aku fikirfikir, "ahh! mampos arr. aku kena tdo gak. da laa malam tadi tido lambat".

Mane tido tak lambat nye.. Lepas tengok game manu tu terus on9. Pastu explored laa sana sini. Baca laa ape-ape yang boleh menambahkan ilmu rohani dan jasmani. Sedarsedar daa pukul 3.27 pagi. So terus laa update entri yang bertajuk 'Kisah Di Sebalik Kisah' tuu.. pastu siap dalam 4.30 pagi. Ingat lepas off laptop boleh laa terus tidur. Tengoktengok pukul 5 baru terlelap, macam-macam difikirkan. Ape yang difikirkan? heheh.. Takde laa sampai nak tulis kat sini. Mengarut jee.

Berbalik pada cerita tadi... so aku teruskan laa tido. Tibatiba fon berbunyi orang call, tapi aku buat tak layan. Ye laa nak bukak mata pon tak larat. Tengah nak terlena balik, tibatiba teringat "ehh! catering". Lincah kadok aku bangun... tengok jam 8.48 A.M... "hahh.. mati arr".. aku terus capai tuala g mandi. Lepas tu tgh siapsiap ayie msg suro cepat. Pastu aku suruh dye tunggu pastu mintak tolong dye ambek kat rumah.. Dye cakap tak bleh.. Aku reply balik "klau camtu aku tak g arh".. Padahal mase aku reply tu aku dah otw nak sampai rumah catering tu. Nampak laa ayie tengah tolong masukkan barangbarang catering tu dalam van.. pastu ayie reply msg, "asal dok?".. padahal aku dah ade kat belakang dye, pastu baru dye perasan aku.. hahaha.. Cuwak hang klau aku tak p. hehe..

So buat laa sume kerja. Pastu hantar makanan-makanan tu kat keramat. Dalam 1 tengahari sampai rumah. Pastu aku ajak ayie g melawat farah. Pastu ayie pon cakap okayy. Pastu ajak laa Syamin sekali. Sebab kami memang daa plan nak g melawat farah tu. Tibatiba aku teringat lina cakap yang dye pon nak sgt g melawat farah dan klau kteorg nak g dye nak follow. So aku tnye laa dye free tak. Tengoktengok dye free, dye pon okayy nak follow. Pastu aku set pukul 2 nak gerak, dorg cakap nak 2.30.. aku ikutkan je laa.

Pastu asalnye kteorg plan nak g naek motor je. Tapi lina cakap dye takde transport, lesen pon dye takde. Pastu fikirfikir balik. Takpe laa, aku bawak je laa kereta. Sume bleh g. So pkul 2.30 tu keluar rumah ambek dorg. Dalam pukul 3 sampai Hospital Sg.Buloh.. Pastu beli laa sikit buah tangan pastu terus laa nak g carik wad dye. Tengah nak masuk tu tengoktengok tulis kat situ waktu melawat pukul 4.30.. Hmm, memang tak arr. So kteorg g cafeteria kat situ. Lepak minumminum sampai laa 4.30..

Jam pukul 4.25, kteorg pon terus naek. Daa pukul 4.30 pintu penghalang tu dibuka utk pelawat masuk. Kami pon terus arr naek ke tingkat 5 utk ke wad 5A utk g lawat bapak farah dlu. Sebab bapak farah tu tak laa serius sgt cedera nye. Kami pon carikcarik, jumpaa.. Kami pun masuk laa. Sempat ar gak sembang dgn bapak dye. Bapak dye pon cerita arr macam mane dye boleh accident. Pastu dye cakap yang dye nampak mase treler tu gilis kaki farah. Aduyai. Ngeri giler aku dengar. bapak dye tu pun cakap arr yang dye dah bosan dok hospital tu. Ye laa, da seminggu lebih dye terbaring je kat katil tu. Nak jalan pon tak leh. Duadua belah kaki bapak farah tu patah. Aduh. Saket dohh! Kesian.. Pastu dye cakap yang dye rindu nak jumpa anak-anak dye yang laen. Rindu nak tgk farah. Mase dye cakap tu aku nampak berlenang airmata dye. Ye laa. Aku faham perasaan seorang ayahkan. Tambahtambah lagi anak dye yang kecikkecik tu. Tengah sembangsembang tu makin ramai orang datang lawat dye. Pastu agak padat kat situ aku ajak dorg g tengok farah plak. Pastu kteorg pon beransur balik laa. Salam bapak dye.

Kami pun terus ke tingkat ICU. Nak tengok farah kat ICU. Tengah nak masuk tu guard tu cakap sorg je boleh masuk. Jadi, lina laa masuk dlu. Aku Ayie Syamin pon tunggu ar kat luar. Pelik gak asal sorg je boleh masuk. Sebab tulis kat situ sekali masuk boleh dua orang. Ruparupanya mak farah ada kat dalam tu. Bila mak dye keluar ayie laa yang masuk. Pastu aku dgn syamin sembang laa dengan mak farah. Mak dye cakap sebelum ni farah dah mula sedar selepas operation pertama. Dye da boleh makan, dye da mula boleh ingat org, dah boleh gerak sikitsikit. Tapi masa di kat wad tu tibatiba sistem badan dye tu down. Kadar denyut jantung down, sistem darah down, macammacam lagi lahh dan suhu badan dye naek mendadak. Aku bukannye tahu ape lagi yang down, aku bukannye doktor. hehe. Sebab tu lahh doktor-doktor pakar datang tengok pastu suroh masuk ICU.

Mengikut cerita ape yang mak dye cakap, farah ni dah seolah-olah 50-50. Mase sembang dgn bapak dye tu pon bapak dye cakap farah ade konflik kat jantung. Aduhh! Sedih dohh. Tengah sembangsembang tu ayie dgn lina keluar. So aku dgn syamin plak masuk. Tengok dye tengah terbaring tak sedarkan diri. Banyak giler wayar kat seluruh anggota badan dye. Pastu aku dgn syamin carik laa mane kaki dye yang kena gilis dgn treler tu. Tengah carikcarik tu nampak wayar yang tengah sedut darah dye. Pastu aku dgn syamin tengok laa betulbetul kaki dye tu. Tengok memang nampak kecik kat bahagian paha tu, bengkok plak tu. Ish. Kesian giler. Tapi tak nampak paha dye yang hilang tu sebab dye kena tutop dgn kain. Takkan laa kami yang lelaki ni nak selak pulak tengok kan? Kami tengok dari luar je. Still nampak kecik laa bahagian paha dye tu. Allahuakbar..

Tengah tengok tu, aku cakap dengan syamin "min.. kalau dye tengah koma ni dye dapat dengar apa yang kita sembang. dye pon dapat tahu sape yang datang melawat dye".. Kami pon tengok laa keadaan dye tu. Kesian laa. Umur baru 19 dah kena dugaan macam ni. Allahuakbar. Kita semua ni tak tahu ape plak ujian kita yang Allah telah tentukan. Pastu aku cakap dengan syamin lagi, "min.. kita memang tak boleh buat ape. Nak tolong tak boleh. Tapi kita cuma hanya mampu doakan dye je lahh.. Itu je lah jalan terakhir kita utk kawan kita ni".. Pastu kami pon terus laa keluar dari ICU tu. Kami pon balik ke rumah. Adeyh. Sedihh arr.

Aku dengan farah ni bukan laa rapat. Tegur pon jarangjarang. Padahal kenal dari sekolah rendah. Mungkin aku ni sombong kott. Mungkin! Tapi bila jadi macam ni aku rasa terpanggil untuk ajak membermember lain lawat. Lina tu ikot pon sebab aku yang cerita kat dye. Ye laa, kalau kita yang lelaki ni lawat dye mesti tak tahu nak sembang ape. Tu laa perlunya ade kawan yang rapat dengan farah tu. Tapi farah tu pun tak sedarkan diri. Ish. Allah je laa kami semua serahkan segala-galanya.

Pastu lepas isya' tu aku keluar rumah balik sebab nak g ambik balik barang-barang catering yang daa hantar pagi tadi. Tengah otw tu msg laa ........ Tibatiba dapat msg "sila hubungi saya.....". So aku terus arr call. Mulamula sembang tu dengar laa gak. Tapi bila van tu tengah jalan. Aduyai. Bising giler. Aku pon dengar sikitsikit je dia cakap. Aku rasa nak letup je van tu. Bila dia cakap aku asek haa? haa? haa? Bila aku cakap pulak dia haa? haa? haa? hahahahaha.. :) aduh.. Masingmasing tak dengar disebabkan bunyi bising van tu. Hadohh! Bila yang sini cakap, yang sane ha? Bila yang sane cakap, yang sini plak ha? Mane tak tergelak je aku mase tengah sembang tu. Adoyy.

Lepas daa ambek barang-barang tu balik singgah makan. Ape lagi mata aku tertumpu terus kat screen tv ar. Chelsea-Newcastle. hahahahahaaha.. Seri sudaa. Akhirnya Manu boleh selesa di kedudukan teratas liga utk minggu ni. hehe.

28 November 2010

Kisah Di Sebalik Kisah







Waaa.. Apa kena itu Berbatov? Apa ubat dye makan? Aduyai... TERBAEK maa..

Aduh! Ape kene mamat ni? tibe tibe perform dalam game tadi. Aku dari dulu tak suke dye ni.. Ibarat sampah dalam skuad ManUtd. Kejar bola malas. Passing hampeh. Shoot tah kemane. TAPI dalam game tadi tibe tibe aku TERsuke plak dye. haha.

Dye ni klau tgh top perform melebih lebih nak gol, tapi bile tgh down.. kejar bola pon malas. Apepon sekarang ni ManUtd di tangga teratas sekali liga utk 'beberapa' jam jee. Sebab Chelsea belum maen lagi. 5 gol bhai. Macam tak masuk akal. Tapi tu laa hakikat. hehe. Apa boleh buat, luck dye.

Tapi semua gol dye bukan senang senang punye. Dalam kedudukan yang agak sukar jugak laa. Pergh. Syok giler tgk corak dorg. Gandingan Trio terhebat, Berba-Rooney-Nani.

Sedih gak Rooney tak dapat gol. Ye laa. Nak dye dapat semangat dye balik. Tapi macam mane nak dapat gol. Dye pon main sampai ke barisan pertahanan. haha. Mangkok punye striker. Dari sudut laen dye striker yang berperikemanusiaan ar sebab tolong defence. haha. Tapi tetap tak logik sebab sampai ke bawah. Secara keseluruhan, Rooney aku nampak dye maen seolah olah dye ni macam midfield. Dye laa jadi perancang sume.

Apepon, Glory Glory ManUtd!!! haha. Nak ulas panjang panjang buat ape. Bajet macam pengulas laa. Ke bajet macam editor surat khabar. Hmm. Jangan berangan laa weyy. hahahahaha.

Tapi mase tgk game tadi, ayie tak abes abes cakap "nnt kita maen camni". Aku cakap balik "pungkok arr. Kita maen macam haram jadah". hahaha. Bajet 12 Dec ni kita dapat maen macam ManU? Memang tak arr!!! Mase tu pun futsal kene titik... Ni kan nak maen padang besar.

Hmm, sekarang ni kiranya genap lagi 2 minggu je tournament tu. Aduh!! Kami semua langsung tak prepare ape lagi. Senang cerita senarai pemain pun tak confem lagi. Adeh. Macam mana nih.

Aku rasa kalau disenaraikan memang banyak benda lagi yang kami tak lengkap. Biarlah aku senaraikan, boleh gak aku usha bila setiap kali bukak blog nih. Atleast ade mase gak ar nak settle kan dalam tempoh 2 minggu ni.

Hmm,

1) Senarai lengkap semua pemain
2) Sape keeper (masalah yang mungkin takde kesudahan)
3) Kasut bola (kebanyakan takde)
4) Fitness
5) Position
6) Jersi

Adoii. Kalau nak senaraikan lagi ade je. Tapi cukup lah enam ni utk mengingatkan aku.

Yang pertama sekali tuh. Hmm. Tu memang sampai sekarang semua pemain tak lengkap lagi. Ye laa. Penganjur nak satu team 13 orang. Kami memang ade je orang, cuma kebanyakannya 50-50. Aduhh. Tu yang susah tu. Tapi buat mase ni yang konfem dalam 9 org ade arr. So klau takde org gak mase 12 Dec nanti, sembilan-sembilan ni laa kena maen setiap perlawanan tanpa boleh tukar. Adehh. Ponat yop! Kalau futsal takpe, ni padang biasa... besar. Fuh! Harap harap ade laa orang nanti.

Untuk yang no. 2 tu. Aaarrghh!!! Punca segala-galanya. Team kami pemain ade je, tapi sampai tang keeper? haa. takde... aduhh. Macam mana ni ha? Aku nak jadi sukarela boleh. Tapi bila aku cakap setiap game tukar keeper dorang taknak. Dorg cakap nnt tak konsisten. Memang laa, aku tahu. Abis tu korg nak aku keeper arr sepanjang game tu nanti? huh! Memang lebih baek aku dok rumah tolong tambahkan koleksi taik mata laa kan. hahaha. Rasional laa sikit weyy. Da laa aku tak pernah ade pengalaman jadi keeper, tapi bila aku nak jadi keeper utk sementara nak suruh aku jadi keeper permanent plak. Memang tak laa derr. Waa pun nak jadi macam BERBATOV gak. wakakaka.

Tapi aku bangga dengan berbatov sebab dye pakai jersi no.9 je.. hahaha.. ayie berbulu je tadi aku cakap "tengok nombor jersi laa sape yang score tu". Sume player yang pakai jersi no.9 aku minat. Bukan calang calang player. haha. Ye laa. Jersi no.9 tu ada kisah di sebalik kisah. Mungkin ayie pon daa tau, tapi maybe dye daa lupe kott. hahaha. PERSAMAAN!!! Titik pertemuan!!! hehehe.

Hmm, masalah ketiga sampai keenam tu aku rase kami semua boleh settlekan sendiri kott. Dalam mase terdekat ni InsyaAllah.

Da laa. Nak tidur laa. Da pukul 4.32 A.M ni. Takut pagi nanti tak leyh bangun pulakk. Heh.

27 November 2010

Sampai Bila?

Haduh! asal benda ni tak berhenti-henti lagi. Malam tadi timbul balik benda-benda yang menserabutkan fikiran ni. Aduyai. Kalau kita buat tak kisah, macam kita tak ambil peduli. Tapi...... aku tetap ingin merungkai setiap benda yang timbul. Apalah makna semua benda-benda ni?

Bak kata dalam entri sebelum ini, kita hendaklah memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. Tapi sampai bila dohh?! Sepanjang masa? Adoii..

Kadang-kadang aku pun kesian tengok diri aku ni. Tapi tadi aku(batin aku) nampak kau(zahir aku) bersungguh-sungguh nak tahu cerita sebenarnya. Kau sendiri gak akan terbayang-bayang dengan benda tu.

Hmm, entahlah... Allah lebih Maha Mengetahui semuanya.....

Walahu'alam....

26 November 2010

Masalah Itu Didikan Allah

Setiap masalah yang hendak diselesaikan mestilah difokuskan kepada real problem (masalah sebenar) bukan kepada presenting problem (masalah yang zahir). Apabila kita menumpukan kepada real problem ertinya kita sedang berdepan dengan punca masalah yang lebih bersifat dalaman dan ini memaksa kita menyelami soal hati dan perasaan manusia.

Manakala jika kita hanya berlegar-legar di sekitar presenting problem kita hanya terapung di permukaan iaitu berdepan dengan akibat sesuatu masalah. Cara kedua ini tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin kita berjaya seketika mengubat akibatnya tetapi masalah itu akan berulang lagi kerana punca sebenarnya tidak diatasi. Hendaklah difahami benar-benar maksud ini.

Jika kita ingin menyelesaikan sesuatu masalah, terutamanya yang melibatkan soal perhubungan (komunikasi dan interaksi) dengan orang lain kita hendaklah fokuskan langkah-langkah penyelesaiannya kepada ‘lingkungan pengaruh’ kita, bukan ‘lingkungan kebimbangan’ kita. Maksudnya, hendaklah kita bertindak pada batas dan keupayaan diri kita sendiri bukan di luar batasan itu.

Hakikatnya, kita hanya mampu mengawal cara berfikir, pertimbangan, keputusan dan tindakan diri kita sendiri bukan fikiran, pertimbangan, keputusan dan tindakan orang lain. Kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat.

Untuk berjaya dalam perhubungan sesama manusia kita hendaklah memahami orang lain terlebih dahulu, barulah orang lain akan memahami kita. ‘First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan. Jika prinsip ini dilanggar, krisis dalam perhubungan akan berlaku. Maksudnya, kita mestilah terlebih dahulu menjadi ‘telinga’ daripada menjadi ‘mulut’.

Dengar, fahami, hayati, simpati dan kalau boleh empati terhadap apa yang selalu diperkatakan oleh orang lain. Jangan terlalu gopoh hendak menyuarakan isi hati, pandangan dan idea kita… nanti kita tidak akan difahami. Tetapi bersabarlah, dengar dahulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain samada yang disuarakan dalam bentuk lisan atau perbuatan. Tidak semestinya mereka benar… tetapi fahamilah kenapa dan mengapa mereka berpendirian begitu.

Jika mereka yang benar, ini adalah peluang kita untuk mengakui kesalahan dan mula membaiki diri sendiri. Oh, rupanya aku yang menjadi punca masalah. Sebaliknya jika tidak, kita mempunyai peluang untuk menyuarakan ‘kebenaran’ kita dengan lebih tenang, matang dan diterima setelah sekian lama anda sabar mendengar. Ingatlah, ‘what you give, you get back’ – kita akan mendapat semula apa yang kita berikan.

Jika kita sanggup sekian lama mendengar pandangan orang lain, pasti cepat atau lambat pintu hati orang lain akan terbuka untuk mendengar pandangan kita. Ah, selama ini dia begitu sabar mendengar segala pandanganku apa salahnya kalau sekarang aku pula mendengar pandangannya, begitulah nanti suara hati mereka terhadap kita. Ingat, mengamalkan prinsip ini tidak akan merugikan kita, kata orang ‘tidak kalah dengan mengalah’ sebab kuasa mendengar lebih kuat dari kuasa bercakap. Mungkin kerana itu agaknya Allah kurniakan kita dua telinga berbanding satu mulut!

Kemudian, lihat masalah dengan peluang mendapat didikan di sebaliknya. Masalah hakikat adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘silibus’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.

Jika dicuba juga… kita akan menghadapi ‘silibus’ yang sama melalui peristiwa, manusia dan situasi yang lain. Ingat, masalah ialah anak tangga kehidupan. Jika anda merungut, kenapa aku terpaksa melaluinya, anda akan terus melekat di anak tangga itu. Jika kita cuba melompat, kita akan jatuh tersembam. Kata orang, jangan berlari ketika menaiki tangga.

Jadi, selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya.

Dan ingatlah, ini semua hakikatnya daripada Allah jua. Cuma ia didatangkan melalui perlakuan dan sikap manusia. Sebagai hamba, kita perlu menerimanya… Ini akan memberikan satu kekuatan dalam diri kita. Yakinlah, Allah mendatangkan ujian yang setimpal dengan keupayaan kita. Malangnya, manusia selalu memandang rendah terhadap keupayaannya sendiri.

Sedangkan hakikatnya, pakar-pakar psikologi, motivasi dan pendidikan sepakat mengatakan bahawa manusia lebih kuat daripada apa yang mereka sendiri jangkakan. Cabarannya ialah kebanyakan manusia tidak tahu bagaimana menggunakan sepenuhnya potensi akal, hati dan perasaan mereka untuk mengatasi masalah-masalah seterusnya berjaya dalam hidup.

Ya, 'we can’t direct the wind, but we can adjust our sails' – kita tidak dapat mengawal arah haluan angin, tetapi kita mampu mengawal kemudi pelayaran kita. Baiklah, cuba amalkan semua prinsip-prinsip di atas dalam menghadapi masalah kita. Sengaja aku luaskan horizon pemikiran dan ruang jiwa dengan beberapa prinsip penyelesaian masalah supaya kita sama-sama berfikiran dan berjiwa besar dalam menghadapi kehidupan.

Walaupun langkah ini kekadang dilihat lebih bercorak falsafah berbanding aplikasi, tetapi percayalah ia akan menolong anda untuk menghadapi hidup ini secara lebih pro-aktif. Tips-tips ‘direct’ untuk menyelesaikan masalah (seperti yang selalu diberikan) tidak akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika soal hati dan pemikiran masih sempit dan tertekan. Sebaliknya, jika hati telah tenang, fikiran telah lapang, kita akan jadi lebih kuat, kreatif dan sabar untuk menyelesaikan masalah. Malah, ada kalanya masalah belum pun diselesaikan… tetapi kita rasa seolah-olah telah selesai justeru tekanan dan himpitan masalah itu sudah kurang impaknya akibat jiwa dan fikiran kita yang telah dibangunkan. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.

Gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Allah’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya. Aku tidak akan menunggu hingga semua manusia jadi baik barulah aku menjadi baik. Yang penting aku cuba jadi yang manusia yang baik.

Ingatlah, tangan yang menghulur bunga mawar, akan lebih dahulu harum baunya. Jika kita menghulur kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula kepada kita. Walaupun mungkin kebaikan kita tidak akan mengubah orang lain yang tetap bersikap negatif terhadap kita, namun kebaikan itu sebenarnya telah pun menggembirakan, menenangkan diri kita sendiri.

Kita telah menghapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan. Dan inilah maksud didikan Allah ketika menjadikan manusia ujud secara bersama (co-existence) di atas dunia ini. Mungkin hikmahnya, agar manusia belajar sesama manusia untuk merasa kesan didikan-Nya!

Kebenaran Itu Memang Payah

Membawa kebenaran itu memang payah,
Namun...
Jika hati itu telah menjadi milik Allah,
Maka tiada lagi kegundahan jiwa.

Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia,
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan,
Juga...
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan.

Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran.

Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan,
Mampu menggoncangkan hati dan iman,

Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada,
Berusahalah kelak kan kau temui hikmah,
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah.

Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu,
Aku hanya berpesan,
Untuk sama seiring sejalan menuju Allah.

Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat,
Mengapa tidak kita rasainya.

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan,
Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini?
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135)

"Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)

25 November 2010

Hati Kita Keras

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, “Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan.” (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, “Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku.” (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

Wallahu'alam.. Peringatan buat diriku..

24 November 2010

Kaca atau Permata?

Banyak orang sering diutarakan soalan yang sama, antara kaca atau permata? Tetapi seringkali orang memilih permata kerana merasakan ia mewah, membawa keuntungan yang besar kepada pemiliknya. Dengan kilauannya boleh membuat seseorang khayal seketika, dibuai keindahannya, dirasuk kecantikannya, namun ramai yang terlupa, kaca juga memiliki kelebihannya. Mampu membiaskan cahaya dan kukuh sifatnya.

Bukannya kaca hanya digambarkan sebagai nipis tetapi apabila disusun ia boleh menjadi prisma, menghasilkan tujuh warna yang indah, seindah pelangi yang dicipta oleh Allah s.w.t.

Namun kita sering membanding-bandingkannya, tanpa berfikir bahawa kedua-duanya memiliki keistimewaan tersendiri. Kedua-duanya memiliki kelebihan dan kelemahan, seperti permata, tampak indah, menjadi pujaan terutamanya di kalangan wanita namun ramai terlupa ia juga merupakan benda yang sering membuat manusia terleka, tamak. Begitu juga dengan kaca, putih bersih warnanya belum menjanjikan keindahan dan kelebihan kerana ia sangat berbahaya. Serpihannya boleh membuat tangan kita terluka.

Menilai kaca atau permata bukanlah dengan hanya pandangan mata, tetapi melihat kepada apa yang tersirat di sebaliknya. Mengapa agaknya ia dicipta? Tentu ada hikmahnya, dan mengajak kita semua berfikir, bukan hanya membuat perbandingan. Kaca dan permata hanya sesuatu yang zahir, nilainya pada sesuatu yang abstrak di sebalik penciptaannya, begitu juga dengan kita, manusia. Antara kaca dan permata, kedua-duanya sama, hanya benda yang sama, terhasil walau dari elemen yang berbeza namun asalnya dari batuan semata.

Menilai kaca dan permata bukan dengan pandangan mata sebaliknya dengan pandangan hati. Permata bernilai tapi sering diburu tanpa disedari manakala kaca lut sinar warnanya tapi sangat mudah untuk pecah.

Antara kaca atau permata? Mana satu pilihan kita? Moga Allah tunjukkan apa yang baik untuk kita. Kedua-duanya sama sahaja. Terpulang pada kita.

23 November 2010

Suara Batinku

Baru lepas call tadi, terus on laptop ni nak update...

Entah apasal tiba tiba hati aku rasa sayu giler. Maybe aku terharu ape yang telah berlaku ni.

1) Secara total lebih kurang 5 jam setengah aku bersembang dengan dia. Dan
     aku fikir mungkin benda ni daa tak mungkin dapat lagi...
2) Sebab baca msg yang dia hantar lepas call tu.. Ayat dia tulis memang
     menyentuh perasaan aku..
3) Mendengar lagu yang dia suruh dengar dan menghayati liriknya..
4) Kerana melihat kesungguhan dia menjelaskan semua pada aku...
5) Kesanggupan dia call aku walaupun fon tu buat hal gak..

Tadi pun aku tanya ape semua yang aku nak tanya. Dia pon nampak jawab dengan ikhlas. Dia still ade katakan yang membuatkan aku tak terkata.. Macam tak percaya.. Aku pon banyak kali test dia tengok apa jawapan dia dengan soalan soalan aku..

Secara jujur sejujurnya, aku memang merindui saat saat ketika bersamanya. Tapi aku memang akan tarik diri secara sukarela apabila aku dapat cerita mengenai dirinya bersama orang laen. Aduyai. Tak tau nak cakap ape lagi. Tak terkata dengan apa yang aku rasakan sekarang ini.

Dikesempatan ini gak, nak mengucapkan selamat menjalani SPM yang bermula pukul 8 pagi nanti. Semoga dia dapat menjawab dengan tenang.

Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya dia akan menghadapi peperiksaan yang akan bermula pagi nanti. Oleh itu, kau permudahkan lah segala urusan dia sepanjang minggu peperiksaan ini. Kau berilah ketenangan pada jiwanya Ya Allah. Kau kuatlah daya ingatannya, Kau berkati segala ilmu ilmu yang telah dia pelajari selama ini. Permudahkanlah juga dia menjawab segala soalan yang diperoleh dengan mudah tanpa menghadapi sebarang kesulitan.

Akhir sekali,

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menghiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta……

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…

22 November 2010

Suratan Atau Kebetulan

Hurm. Sekarang ni baru ade mase nak tulis. Sebenarnya malam tadi dah nak tulis daa. Betul betul baru nak mula menaip. Tiba tiba call masuk, tengok lea yang call. haha.

Sehari sebelum aku last paper mase tu, iaitu pada 13 Nov lepas berlaku satu situasi yang aku rasakan perlu aku jadikan kisah dalam blog aku ni untuk entri kali ini. Sebab baru baru ni pon mama tanya benda yang sama dan aku pon menjawab jawapan yang sama.

Masa sejak 5 Nov tu, Alip da mula dok bilik aku sebab roomate aku sorg ni da balik sebab da abes paper dye masa 4 nov tu. Jadi sepanjang minggu tu banyak ar cerita cerita aku ceritakan pada Alip. Jadi ini antara sedutan perbualan aku dengan dye yang aku nak jadikan ia kisah untuk entri kali ini.

Situasi perbualan aku tu pada malam hari semasa di dalam bilik,

alip : weyy, abang kau ade awek?
aku : ade.. asal?
alip : kau kenal ke?
aku : tau cmtu je laa.. asal?
alip : takde ape.. saje tanye.. adik kau yg laki tu?
aku : ade..
alip : kau kenal?
aku : kenal ar.. dye tu dari sekolah rendah same dengan aku.. tp adik aku
         mase sekolah rendah same dengan dak tu.. pastu bila masuk sekolah
         menengah adik aku kat sekolah laen.. pastu form 4 dye masuk sekolah
         aku.. jumpe balik laa tuu..
alip : budak tu pon kenal kau arr?
aku : mesti ar.. kiranya dorg ni dapat restu aku ar.. hahaha.. (kami tergelak)
alip : adik pompan kau?
aku : pon ade gak..
alip : laki tu kau kenal tak?
aku : tak kenal langsung..
alip : bistu yg ni dapat restu tak?
aku : restu ape.. aku rase klau aku jumpa laki tu aku nak rembat je..
alip : asal plak?
aku : entah.. maybe aku tak suka ar dengan dak tu.. aku pon tak kenal dye..
        nampak pon tak pernah kott.. mase tu budak tu ade add aku kat
        facebook, aku tgk nama dye aku dah syak.. ape lg aku ignore terus
        ar.. da laa aku tak kenal dye.. konon nak ambek hati aku ar.. aarrghh!!
        takde maknenye..
alip : (senyap seketika)... maknanye kau sorang ar single..
aku : .... a'ah kan? ish.. aku tak pernah terfikir benda ni.. alaa.. aku biase laa..
        single sudaa..

Itulah antara perbualan kami berdua.. pastu sembang pasal bab laen plak.. banyak gak dye tau kisah aku.. daa akhir akhir sem, baru aku boleh dapat ceritakan tentang kisah aku..

Dan baru baru ni, mama pun ade cakap perkara yang sama.. Aku rasa hari jumaat baru ni kott klau tak salah.. tapi kami bersembang bukan semata-mata benda ni cuma tiba tiba benda ni termasuk..

Situasi kat meja makan dalam pukul 11 pagi..

mama : pais kenal awek pakli?
aku    : kenal..
mama : orang kelantan eyy?
aku    : entah? mungkin kott..
mama : ye laa.. klau wan tu org kelantan laa tu..
aku    : wan kelantan? (aku senyap seketika)... ehh, tak ah.. kawan pais wan
           org kedah.. haa.. ustaz kat sane pon wan gak nama dye.. org kedah
           gak.. kawan pais kat atas pon ade gak wan nama dye.. tp tak tau
           org ape.. hahaha..
mama : pais pernah jumpa ke?
aku    : ehh.. ape tak pernah plak.. dye dari sekolah rendah same dgn pais..
mama : dorg same kelas ke?
aku    : hmmmm...... ye kott.. (padahal aku tau dorg satu klas.. cume taknak
           mama tnye lagi detail)...
mama : pais nye org mane?
aku    : ishh.. pais mane ade awekk..
mama : jujur laa?
aku    : haa.. pais jujur laa.. serius takde awekk.. mase tu kawan pais pon ade
           tanye soalan sama macam ni.. dye tnye dorg sume ade pasangan
           masing masing ke.. pastu pais cakap ar ade.. pastu dye ckp maknenye
           kau sorg je laa single dalam adik beradik kau..


Mama tersenyap. Mungkin mama nampak aku cakap dengan jujur dengan bersertakan bukti. Hmmm..

Masuk cerita laen plak.. Malam tadi dalam 12.30 lea call. Masa tu tengah depan laptop. Ape lagi.. on9 laa. Pastu tak sedap ar sembang sambil tangan pun gerak. Sampaikan nak sembang pun tak sedap ye laa. Nak tulis pakai otak nak dengar pun pakai otak kan? dengar pakai otak ke? haha.. ye laa.. sebab kita nak jawab balik ape orang tanye mesti pakai otak kann.. hahaha.. so aku g ar kat kerusi ruang tamu tu..

Seperti sebelum ni ape yang dia ade bagi tahu, yang dia akan call aku. Banyak benda yang dia nak bagi tahu aku. So malam tadi dia memang buktikan yang dia call aku. Memang awalnya dia cakap dia tak berani lagi nak cakap tapi aku cakap dengan dia buat apa nak takut. Aku pon tak kesah.

Banyak benda kami sembangkan. Dia cerita semua apa yang dia cakap dia nak terus terang dengan aku. Aku pun dengar satu per satu apa yang dia cakap. Aku rasa masa dia cakap tu dia menangis. Tapi dia dapat tahan, suara sebak dia tu aku perasan. Dalam cakap cakap tu dia asek buat lawak je. Mungkin dia nak bagi hati dia happy ann. Ye laa. Hati perempuan kan.

Pastu aku pon cerita dari awal sampai lah habes sume. Tu pon sebab dia tanya. Sebenarnya aku tak nak cakap benda tu, tapi dia daa tanya aku cerita je laa. Step by step aku ceritakan sebab utk dia ingat balik perjalanan peristiwa tu. Dia pon dengar je ape yang aku perkatakan.

Dia banyak kali mintak maaf. Tapi aku tak nak dia rasa bersalah sangat. Aku pon tak kesah. Biarlah benda tuu. But its still give a spirite. Banyak benda yang dia cakap aku macam tak percaya. Dia cakap nombor dia yang aku ada tu tak ramai yang tahu. Dia cakap dia pakai nombor pon sebab aku. Hmm. Entah lahh. Kalau betul terharu giler arr.

Kami bersembang lebih kurang 3 jam setengah tapi tu pon akhir sekali terputus sebab fon dia problem bateri. Masa  tengah cakap banyak kali putus. Aduyai. Potong line arr. Tapi banyak gak benda yang aku nak tanya tak tercapai sebab bila nak cakap je terputus. Bak kata lea, fon tu tak nak kita cakap. haha.

Tu pon aku tunggu kot kott dia nak call balik. Tengah tunggu tunggu aku tertidur. Pastu bangun pagi tadi tengok memang takde call dari dia. Maybe dia pon daa tertidur kott. haha.

P/S : dia dah bangun ke blom sekarang ni? Mesti tak bangun lagi.. hehehe..

21 November 2010

Berfikiran Positif Dan Optimis Resepi Kejayaan

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita.

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.
Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"
"Belajar sungguh-sungguh!"
"Jaga hati!"
"Pakai topi keledar!"

Maka kata si guru,
"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"
Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"
"Bagus!"
Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

"Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Lalu berkata, "Hebat!"
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."

"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

20 November 2010

Mimpi Dan Impian Untuk Berjaya

Penghujung tahun adalah musim peperiksaan. Mereka yang belajar secara konsisten akan melalui masa ulang kaji dengan bersahaja.

Sebaliknya, mereka yang baru membuka buku pada saat-saat akhir akan mengalami huru hara perasaan. Tidak tahu buku apa yang hendak digagau dahulu, bab mana yang hendak dibelek dan fakta mana yang perlu difahami. Kismis pandai yang dikunyah dan air penerang hati yang digogok tidak akan membantu mereka yang mengulangkaji pada waktu kecederaan kecuali hanya mengembungkan perut semata-mata.

Dalam sektor pekerjaan juga, penghujung tahun adalah waktu ketua dan majikan menilai prestasi pekerja masing-masing. Maka staf yang sentiasa menepati waktu, menyiapkan kerja dan amanah tidak perlu berlakon rajin. Malah, mereka tidak peduli pun apa yang sedang dinilai oleh bos mereka. Baik atau buruk penilaian itu tidak akan menjejaskan minat mereka yang berprestasi tinggi untuk terus bekerja seperti biasa.

Berbeza dengan para pekerja yang malas dan culas. Apabila tiba musim penilaian prestasi, dia akan datang awal dan tidak tercongok di depan mesin perakam waktu bila masa pulang sudah menjelang. Dia akan ceria di sepanjang hari, buat-buat sibuk, sedangkan dia hanya menyibuk. Yang penting, keramahannya sebenarnya adalah sebuah drama untuk tatapan bosnya agar dia disenangi dan diingati. Mudah-mudahan (sememangnya dia mengambil jalan mudah) bosnya akan jadi pemurah untuk memberinya kenaikan gaji dan pangkat.

Begitulah bezanya di antara mereka yang hanya bermimpi dan mereka yang mempunyai impian. Yang bermimpi hanya memasang angan-angan. Jika dia calon SPM, bayangannya adalah keputusan 10A1 buat dirinya terpampang di papan kenyataan sekolah. Jika dia siswa, khayalannya ialah keputusan GPA 4.0 yang tentu sekali bersama Anugerah Dekan. Malangnya, oleh kerana ia bayangan dan khayalan, mimpi mereka akan bertukar menjadi igauan apabila keputusan diperolehi dan realiti menjengah di depan matanya.

Untuk yang berimpian pula, kerajinan sudah menjadi resminya, kesungguhan itulah karakternya dan kecemerlangan adalah tabiatnya. Dia manusia realistik kerana kejayaannya dibina, bukannya dikejar. Oleh kerana kejayaannya dibina, ia kukuh berpijak di bumi nyata. Jika dia mengejar kejayaan, kejayaan itu sendiri akan semakin jauh seperti pelangi yang tidak mungkin digapai.

Kejayaan Dicipta, Bukan Nasib

Lihatlah mereka yang sebenar-benarnya berjaya. Kejayaan mereka dicipta. Ia bukannya nasib. Dari segi zahir, kejayaan yang diperoleh tampak begitu senang dan mudah. Padahal, segala derita sengsara, duka nestapa dan peluh bersama air mata darah telahpun dihadapi dengan sabar, reda dan pasrah.

Senyuman Siti Nurhaliza sambil bernyanyi dengan suara yang lantang tampak begitu bersahaja. Tidak kelihatan urat timbul di lehernya, kerut dahinya, cemik wajahnya kerana pasti dia sudah melalui latihan demi latihan secara konsisten. Kita tidak tahu pantang makan minumnya untuk menjaga suara, cukup atau tidak tidurnya demi menjaga stamina, rasa kecewanya kerana tidak dapat mengingat lirik lagu-lagu terbaru untuk malam persembahan. Namun, apa yang terpamer ketika persembahan ialah kerehatan di wajahnya.

Sengih tokoh politik yang menjawab dengan tenang bila berdepan dengan soalan-soalan nakal wartawan, atau amaran dari ahli-ahli akar umbi partinya, mahupun jerkah seorang wakil orang kampung di dalam majlis dialog adalah hasil daripada latihannya untuk memahami kerenah manusia. Mana kita tahu betapa hatinya sesak menelan dengan segala umpat dan fitnah, tidur-tidur ayamnya memikirkan masalah yang diperjuangkan dan keluhannya bila membuat keputusan yang tidak popular?

Tokoh korporat, panglima tentera, doktor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek, profesor, pentadbir, aktivis NGO, guru, malah kerani yang berjaya biasanya mempamerkan peribadi yang tenang dan menyenangkan mereka yang berurusan dengan mereka. Tiada nampak kesukaran di wajah mereka. Yang paling ketara, orang-orang yang berjaya kerana membina kejayaan biasanya akan mempunyai masa untuk kita. Seolah-olah dirinya tidak sibuk dengan urusan lain kecuali melayani kita sahaja.

Kerana itu, kejayaan seseorang mahupun organisasi tidak boleh ditiru begitu-begitu sahaja. Jika kejayaan ditiru, ia tidak akan kekal lama. Tidak kiralah sama ada kejayaan menguruskan badan seperti duta makanan diet, menjadi pelakon popular, pemain bolasepak terkenal ataupun seorang novelis prolifik. Oleh kerana ia hanya tiruan, kejayaan yang diperoleh biasanya hanya sekejap. Puncaknya hanya dapat disentuh seketika sahaja hari ini. Pada hari esoknya, dia akan menggelongsor ke tempat asal.

Menjejaki Daya, Bukan Meniru Gaya

Yang penting untuk berjaya ialah menjejaki daya mereka yang berjaya, bukannya meniru gaya mereka yang telah berjaya. Akibat hanya meniru gaya, kita hanya memperoleh kulit kejayaan. Sebaliknya bila kita meniru daya orang yang berjaya, kita akan memperoleh isi kejayaan itu sendiri.

Malang sekali, apabila kita lihat seseorang individu itu berjaya menjadi penyanyi misalnya, maka berduyun-duyunlah mereka yang ingin menirunya. Atau apabila terdapat sebuah syarikat berjaya memasarkan sesebuah produk dengan pendapatan berjuta ringgit, akan muncullah syarikat-syarikat yang menggunakan formula yang sama. Banyak syarikat begitu yang tumbuh seperti cendawan.

Padahal, apa yang tumbuh seperti cendawan akan cepat mati seperti cendawan juga!

Pendek kata, mana ada jalan pintas untuk berjaya? Malah, jika kita gunakan segala pengaruh, kuasa dan wang untuk memasuki lebuh raya kejayaan, ia pasti dihalangi dengan pelbagai tol kerenah yang bukan-bukan sebagai imbuhan.

Justeru itu, janganlah bermimpi untuk berjaya. Sebaliknya kita mesti memasang impian. Ini adalah kerana, mimpi dan impian adalah dua mode minda yang berbeza!

19 November 2010

Lepas Gian

Wahh. Segar badan. Berpeluh kaw nye tadi. Hmm. Baru lepas maen futsal. Puas hati giler maen tadi walaupum sejam. Sejam yang penuh bermakna. hahaha.

Asalnye aku taknak g sebab dompet kering. Tapi kalau darah tu darah sukan, memang tak laa derr. Tak tahan aku rasa. Petang tadi hujan. Tak maen bola. Sejak aku balik masa tu tak dapat maen bola lagi. Tu yang gian giler nak shoot bola. Dok kat sana lagi laa memang jarang giler nak beriadah.

Puas hati laa maen tadi. Banyak kali gak berdepan dengan pintu gol pon aku shoot kaw-kaw nye. Sangap laa katakan. Tapi naseb baek tak kena muka dorg. Kalau tak memang bergaduh ar. Ye ar, cakap maen saje-saje tapi aku shoot macam kat dalam tournament. Apepon aku dapat gol berstyle. hahaha. Terasa macam Nor Shahrul Idlan Talaha la pulakk. hehe. Player Malaysia yang menjadi ikon aku sekarang ni. Dengan sikap cool dye kat depan gol.

Tadi berlaku satu insiden yang hampir memusnahkan harapan aku untuk masuk pertandingan BolaSepak 9Sebelah. Aku tengah on the run bawak bola kat pintu gol, tiba-tiba kena tackle. Terkepak kaki aku. Hah. Nak menangis aku rasa. Ye laa dah dekat game tiba-tiba jadi camtu. Pastu aku lawan balik kaki ni, aku urut. Pastu aku maen balik. Naseb baek okaayy, tapi still terhencut sikit. Aku asek macam tu je. Bila setiap kali nak masuk tournament mesti injured bila da dekat-dekat hari game. Tu yang cuwak tu. Takut badi.

So dah lepas tu okayy la kan. Dalam tengah maen-maen tu, fitri plak shoot bola giler bapak. Kena perut aku! Jatuh terus aku. Terbaring. Senak dohh. Bangkai betul! Tapi naseb senak kejap jehh.

Pastu balik g makan kat mamak. Sebelum nak gerak balik lepas makan tu ada msg masuk kat fon ayoi. Pastu aku saje usha, tengok-tengok orang wish birtday dye. Ape lagi aku cakap kat yang laen. So kteorg beli 3 telur dgn tepung. Kami semua buat-buat g hantar ayoi kat rumah. Pastu pham-pham sudaa. Bung* bang* bung* bang*.. Pastu masa nak balik tu dorg baling tepung kat aku dgn syamin plak. Siot betul dohh.

Btw, ayoi.. Chill dohh. Benda ni spontan je, kteorg tak rancang dari awal pon.

1.30 A.M
19 Nov 2010

18 November 2010

Calon-calon SPM, Selamat Berjaya

Kalau tak salah aku, calon-calon SPM akan mula paper 23 Nov 2010 ni. Maknanya tak sampai seminggu dah, tinggal berapa hari je lagi kan. Mungkin mereka semua telah bersedia 100%, cuma tunggu masa je mereka nak lepaskan semua ilmu mereka itu di atas kertas jawapan kan. Pasti mereka telah melakukan persediaan sepenuhnya untuk menghadapi peperiksaan yang menentukan masa depan mereka.

Jadi aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM ini. Takut tak sempat pulak nak masukkan dalam blog. Lagi pun ada entri yang sesuai dengan situasi mereka ini. Aku juga InsyaAllah akan sentiasa mendoakan kepada mereka semua terutama sekali orang-orang yang rapat dengan aku.

Adik aku pun tergolong dalam calon-calon SPM tahun ini. Jadi aku harap dye dapat melakukan yang terbaik. Kepada orang-orang yang rapat dengan aku pun, aku mengharapkan mereka dapat buat yang terbaik. Kalau nak sebut sorang-sorang punya nama memang tak ar! Harap mereka semua menjaga kesihatan mereka. Jaga makan minum. Pertingkatkan amal dan perhebatkan doa pada Allah.

Apabila masuk hall atau bilik peperiksaan nanti, harap mereka semua tenang. Fikiran mereka cool. Tidak resah gelisah. Harap semua ilmu yang mereka pelajari dapat dikeluarkan semasa ia diperlukan untuk menjawab soalan-soalan SPM. Jangan lupa tawakal selepas paper setiap subjek dihantar. Tetapi sebelum melangkah pergi ke sekolah, harap mereka memohon maaf kepada ibubapa mereka, mohon keredhaan, minta halalkan makan minum, dan akhir sekali mohon mereka mendoakan kalian semua. Anda semua juga harap dapat melakukan solat hajat. Minta lah semua apa yang dimahukan.

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Selamat maju jaya kepada anda semua.
Lakukan yang terbaek. GudLuck!!!

17 November 2010

AidilAdha 1431H / 2010

Alhamdulillah, akhirnya kerja penyembelihan lembu korban sebanyak 13 ekor kat Surau Al-Muhajirin ini selesai. Fuh!! Letih tak letih laa derr. Baru bangun dari tidur ni. Tadi dalam pukul 12 lebih sampai rumah.

Pastu mandi, upload gambar. Tengah upload tertidur..... sampailah dorg kejut solat Zohor. Hmm. Hajat nak sambung tidur balik ni, tapi tak boleh nak tidur. aduyai.. So tu yang nak update ni drpd tak bwat pape kan.

aku & abah tengah nak pasang jerat lembu. hahaha.
yang aku ni pasang-pasang jerat tapi asyek tak masuk je kaki lembu tuh.

akhirnya dapat gak tumbang kan lembu...

Ni lembu ke-4 aku tumbangkan...

Lembu ke-4 aku tumbangkan ni lah lembu terakhir disembelih...

Lembu no.5 tengah dilapah...

Tengok berapa ramai orang nak jaga lembu ni utk tak bangun masa kena sembelih nnt...

Inilah hasilnya aku dok jaga kat kepala lembu tu... darah memancut kat baju aku..
da laa baju putih... aduyai...

Lembu da mati boleh laa nak posing camtu.. hehehe..
Kalau nak bergambar dgn lembu yang tgh hidup memang tak ar!


Dalam 13 ekor lembu korban tahun ni, aku dapat tumbangkan 4 ekor lembu. Tapi dapat korbankan 5 ekor lembu. Korbankan tu maksudnya sama-sama pegang lembu tu utk disembelih laa.

Bila ingat balik rasa macam sikit je. Tapi sekarang ni aku rasa macam nak mam***. Penat dohh. Muscle aku sakit-sakit. Risau aku nanti demam sebab bentan urat. Ape pun aku puas hati ar. Gila ar nak settlekan semua lembu-lembu tu. Apa guna ada komuniti kan? Tu guna nye gotong-royong.

4 Syarat Hidupkan Hati Dengan Al-Quran

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.

Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.

Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.

Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.

Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.

Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.

Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9

Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:

"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" - Surah Taha, ayat 1-4

Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:

Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).

Allah berfirman bermaksud:

"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." - Surah al-Isra’, ayat 78

Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24

Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.

Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.

Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.

Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.

Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.

Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.

Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.

Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.

Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).

Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.

"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.

"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)

16 November 2010

Salam EidulAdha 1431 H

Ish. Da lama sampai rumah kott tapi tak update pun entri lagi. Hmm. Takde masa larh. Sibuk! Ni pun aku carik gak ruang masa untuk update atas sebab tertentu.

Hm. Sampai rumah hari ahad petang. Penat dohh. Dalam perjalanan balik tu aku asek tidur je. Ye laa. Masa last paper tu aku mana tidur pun. hah. Benda da lepas, biar je lah. Lupakan seketika. haha.

Esok 17hb, Hari Raya AidilAdha. Lebih dikenali raya korban arr. Hmm. Aku sebelum balik tu aku cakap dengan member-member aku yang aku balik ni memang takde masa nak rehat. Semalam je tengahari aku da mula tolong ready utk hari raya korban.

Tengahari semalam lori hantar lembu ni terbenam pulak kat tanah. Puas kteorg tolak, tarik lori tu. Hapak pun tak gerak. Bayangkan laa masa tu ada 3 lembu atas tu. Pastu buat keputusan pindahkan 3 ekor lembu tu ke lori laen. Pastu baru boleh tolak lori tu. Fuhh! Kuyup terus baju aku.

Pastu persiapkan khemah-khemah tu utk benda-benda nih. Pagi ni aqiqah dilakukan. 2 ekor lembu dan 1 ekor kambing.

Esok korban 14 ekor. Tak dapat aku bayangkan. Cukup ke tak tenaga kerja. Keringat golongan muda lingkungan 18-25 tahun memang ditagih. Aku harap member-member aku dapat turun ramai-ramai sama-sama tolong korban surau kita. Jangan tolong dengan mengharapkan sesuatu.

Okayy laa. Aku dah takde masa lagi ni. Nak kemas pulak rumah utk malam ni orang datang takbir rumah ke rumah. Pastu dalam pukul 10 pagi ni aqiqah pulak. Aku pun kena terlibat. Aduyai..

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha untuk tahun 1431H ni kepada semua terutamanya para sahabatku. Ada kesempatan datanglah rumah naa.

11 November 2010

Warkah Buatmu Sahabatku

Hari demi hari sudah berlalu. Kini tinggal 3 hari lagi je untuk menamatkan sesi kali ini. Pelbagai dugaan dan rintangan yang telah kumpulan aku lalui. Cuma entri kali ingin aku ingin meletakkan gambar-gambar kumpulan aku buat presentation yang terakhir sekali sebelum bermulanya study week.

Hasil semua drawing yang semua kami semua telah buat sepanjang sesi ini telah dibentangkan pada hari tersebut.

Masa ni benda tu buat hal taknak hidup plak bila kami nak present. Ingatkan ada org sabotaj. haha.

Masa ni presentation telah bermula. Saat ni berkocak darah dalam badan aku. Cuwak lerr.

Azri sebagai pembuka bicara dan memulakan pengenalan. Masa ni ada kesilapan fakta. Kejap cakap bangunan 3 tingkat, pastu 5 tingkat plak. Biasa laa, buat last minute. But it's still okay.

Sume buat muka confident padahal meggeletar lutut. hahaha.

Jihan plak untuk bahagian seterusnya.









Giliran fatimah pulak. Tapi time niza, aku, faiz, alip present gambar tarak. Aduyai...



Ni da selesai present. Sr Anas & Sr Azamuddin nak bergambar dgn kami. 'kononnye'.



Sahabat perempuanku : niza, jehan, timah

bergaya...



 


 








Dan ini semua lukisan yang telah kami buat di compile-kan untuk submit.

Ni pulak buku method statement bangunan yang kami buat. Cara dan langkah kerja dari awal pembinaan sehinggalah siap.



Aku rasa puas hati giler bila daa buat presentation ni. Ye laa, inilah kemuncaknya! Dari awal kami semua bersengkang mata, setiap minggu mesti ada jerr hari yang tak tidur. Aku pun banyak kali tak tidur lebih dari 24 jam. Giler arh. Tapi yang paling aku ingat, ada satu hari tu yang aku tak tidur hampir 28 jam. Time tu memang dalam 28 jam tu aku dapat baring 5 minit jerr. Pastu masa g solat Jumaat, tengah berdiri tu tiba-tiba rasa macam nak collapse. Gelap mata aku. Fuhh! Naseb tak jatuh tengah solat tu. Tu paling aku ingat dalam sem ni.

Sepanjang sem ni juga, antara kami terdapat banyak perselisihan faham. Ada juga bermasam muka. Banyak kali juga tarik muka. Biasa laa tu kan. Hidup pasti ada perselisihan, masing-masing ada pendapat sendiri. Ada kala kita nak orang dengar jee apa yang kita cakap, pendapat orang kita tolak. Tapi benda itu tidak bawa selamanya. Masing-masing ada akal fikirankan? So.... pandai-pandai laa. Mana ada orang yang takde masalah kat dunia ni. Setiap orang mesti ada masalah. Kita laa empunya diri kena pandai menyelesaikan masalah. Dengan masalah ni kita tak boleh lari, tapi kita kena tempuhi. Bila kita daa tempuhi, time tu laa kita kena selesaikan. Baru lah kita akan rasa pahit manis kehidupan. Hidup mesti ada kala pasang, ada kala surut. Itu fitrah alam. Yang di atas tidak selamanya di situ, suatu hari nanti pasti akan jatuh. Bumi yang sentiasa panas, pasti ada suatu hari hujan akan turun. Kawasan mana yang 24 jam siang dan 24 jam malam? Sume ni takde kan? So.. kita kena fahamlah lumrah dunia.

Tapi aku dengan sikap aku, kalau orang tarik muka dengan aku... aku tak kisah, no problem. Kalau ada orang bermasam muka dengan aku... aku tak kisah, no hal lah. Apa orang nak cakap aku... cakap laa. Apa boleh buat mulut manusia. Sebab bukan cara aku nak balas apa yang orang buat kat aku. Aku ada prinsip hidup aku sendiri. Bagi aku, selama mana aku hidup... selama itulah aku nak buat baik kat orang sekeliling aku. Mungkin perangai aku tu dah sebati dengan aku sebab hasil dari nama aku. Tapi yang penting bagi aku, aku nak orang yang hidup dengan aku senang dengan diriku. Bak kata,
kehadiranmu di nanti... ketiadaanmu dirindui.
Cewah!!!

Bagi aku, keenam-enam sahabat-sahabatku LALALAND CONSTRUCTION ini adalah sebahagian daripada family aku. Ye laa. Boleh dikatakan 24 jam bersama mereka. Susah senang kami harungi bersama. Turun naik kami tempuhi bersama dan jatuh bangun kami lalui bersama. Ada kala masa aku tengah tidur dorg call cakap nak jumpa, aku turun terus g pada mereka dengan muka baru bangun tidur. hahaha. Aku tak kesah dah. Selamber sudaa. Dengan mereka juga tempat aku kongsi masalah, kongsi kegembiraan. Lagi satu, prinsip aku kalau aku dah pegang orang tu aku takkan lepaskannya. Dalam maksud tersirat, sekali aku da rapat dengan orang aku takkan biarkan dye dengan hal dye. Maksudnya kalau mereka ada masalah, aku akan turut bersama menyelesaikan masalah mereka. Paling-paling tak pon bagi semangat pada mereka.

Sepanjang sem ini, aku tak pernah buat masalah dengan ahli kumpulan aku tu kott. Mungkin! ahahaha. Berdasarkan ingatan aku larr. Tapi sekarang ni aku nampak kami ni seolah-olah ada gab antara kami. Dan ada juga yang benda-benda negatif mula timbul dalam kalangan kami. Tapi bagi aku, aku malas nak pandang dari sudut orang lain pandang. Apa yang aku tahu, aku pandang dari sudut positif je. Malas arr nanti timbul sikap iri hati sesama sendiri. Dorang nak buat camtu dorang punya pasal. InsyaAllah aku tak terikut sikap seperti itu. Tak dinafikan, ada kala hati aku pun ada terdetik perkara-perkara seperti itu, tapi aku muhasabah balik diri aku. Aku ingat balik apa prinsip aku.
Dan yang terakhir aku dapat berbakti pada mereka iaitu menunaikan hajat sahabat perempuanku itu yang dorang nak overnight, mandi, dan maen boling. Tapi aku tetap ada rasa terkilan sikit sebab timah tak dapat follow dan faiz turut tak bersama kami pada ketika itu. Apa pun hajat mereka tetap terlaksana. Itulah kali terakhir kami bersama-sama pada sem ni. Lepas tu sambung exam ni memang dah takde tapi aku still contact dengan mereka. Aku sanggup berkorban untuk melaksanakan hajat mereka tersebut. Pasal duit semua tu belakang cerita. Memang dorang fikir pasal tu tapi aku sering kali ingatkan pasal benda tu jangan risau InsyaAllah ade. Hakikatnya pasal sewa kereta tu memang jehan dan niza payung kami lelaki termasuk aku laa, tapi sebenarnya aku payung mereka balik. Kos sebenar aku tak cakap kat dorang sebab aku taknak dorang tak syok sebab fikir banyak kos keluar.

Ish! Banyak sangat daa aku celoteh ni. Hmm. Ye laa.. asalnya benda ni da nak tulis lama daa tapi aku rasa benda lain ada yang lebih penting aku masukkan pada entri sebelum-sebelum ni. Pastu dengan kesesuaian masa lagi. Ni betul-betul da nak abes. Tu laa aku kena tulis gak utk masukkan gambar-gambar presentation terakhir ni.

Okayy laa. Akhir kata, aku mohon maaf kepada mereka semua
faiz, alip, azri, niza, timah, jehan,
sekiranya sepanjang sem ni aku ade buat salah dengan mereka dengan sengaja ataupun tidak sengaja, samade sedari atau tidak disedari, mohon maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ehh? Teringat pasal drawing terlepas kat tangan group lain. Hmm, tapi masa tu aku pun da mintak maaf dengan dorg. Aku!! Biasa laa. Mana suka cakap belakang, cakap depan-depan je. Terus terang, That's my stile. Sekiranya ada kekurangan mohon diampun. Apa yang ada tak selesai mohon dihalalkan. Aku pun halalkan apa semua yang aku telah buat untuk mereka. Aku juga telah sedia memaafkan kesalahan mereka padaku, tapi seingat aku mereka takde salah dengan aku kott. jeng jeng jeng!!!

Harap apa yang berlaku sepanjang sem ini dijadikan kenangan kita bersama pada masa akan datang. Mungkin 5 atau 10 tahun akan datang. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku ini, andai kata suatu hari nanti korang nampak aku telah berubah menjadi jahat, ingatkanlah aku... tegurlah aku. Aku sedia menerima dan mendengarnya. Andai aku tetap jahat juga korg ingatkanlah aku tentang prinsip hidup aku bahawasanya korg adalah antara sahabatku yang telah aku anggap korg sebahagian daripada keluargaku. Andai kata, apabila kita berselisih dimana-mana, aku buat tak nampak korg.... datanglah kepadaku, tegurlah aku. Ingatkan aku bahawa bumi ini milik Allah. Apa guna sombong di atas barang yang kita pinjam sementara ini. Kita pernah berkongsi airmata bersama, kita pernah gelak tawa bersama. Mungkin ada orang sekelilingku ketika ini mengetahui insan yang rapat denganku. Namun itulah hakikat sebab banyak perkara aku telah berkongsi bersamanya.

Okayy, akhir kata.. eh?? berapa kali daa akhir kata. K ni betul-betul akhir kata. Hmm. Aku pasti akan merindui korang semua nanti. Mungkin bila aku sorang-sorang teringat perangai masing-masing, pasti aku tergelak sendirian. hahaha. Aku juga akan sentiasa mengingati korg semua dalam doaku InsyaAllah. Aduyai. Sebak laa pulak rasa. Hmmm.

Sekian, salam sayang aku utk korang semua. InsyaAllah kita jumpa lagi. Wasalam.

TulusHati,
NAS
12.55 P.M.
11 Nov 2010

P/S: tak tau laa samada nak bagi tau dorg ke tak utk entri ni. Buat masa ni dorg mana tau inilah tempat aku utk aku luahkan apa yang aku rasa sepanjang masa. mungkin aku akan bagitau tapi tak pasti masa dan bila. mungkin lepas paper habis? mungkin hari sabtu ni? entahlah bergantung pada kata hati aku. tapi yang penting aku mesti bagi tau dorg sebab ada permohonan maafku yg dituju pada mereka. so... tak tau laa bila nak cakap.