30 April 2011

Kegagalan Menghampiriku

Hari ini merupakan hari yang terakhir dalam bulan April. Esok masuk bulan baru dah.. sekejap je masa berlalu kann. Jadi aku nak update entri aku ni sebelum masuk bulan baru. Banyak benda nak aku tulis, tapi tak tahu yang mana penting.

Sedih laa. Aku dapat rasakan aku tak boleh dapat yang terbaik untuk kali ini. Apa yang aku dapat simpulkan tentang semua paper yang telah aku lalui... semuanya aku tak dapat buat dengan baik. Entah lahh. Mungkin banyak benda yang aku nak belajar dari orang, orang taknak... orang taknak kongsi. Apa yang menjadi penghalangnya. Aku pun tak faham. Kadang-kadang kita cuba study ikut cara mereka, tapi tak dapat... tak boleh. Sehinggakan disebabkan faktor sekeliling semuanya macam itu, aku dengan hati yang t****** bawak diri sorang, belajar sendiri, faham sendiri, buat sendiri.

Jadi apa yang orang dah faham, orang yang dah boleh buat... tak dapat nak tolong diri aku nih. Mereka mahu dengan cara mereka. Kadang-kadang ada laa minta bantuan mereka tetapi kebanyakkannya aku lakukan sendirian. Kita tak macam orang, orang pandai.. kita tak. Orang cerdik.. kita tak. Orang bijak.. kita tak.

Tapi apa laa salahnya orang yang pandai, cerdik, bijak ni bantu orang yang kurang daripada dorang. Kenapa perlu kedekut? Kenapa perlu mengelat? Kenapa perlu beri pelbagai alasan?
Apa salahnya kalau apa yang mereka tahu, mereka ajar mereka kongsi bersama-sama kita yang tak pandai ni. Kita bukan minta ajarkan semuanya. Kita hanya minta ajarkan apa yang mereka tahu je? Bukan susahkan?

Takkan mereka tiada sedikit perasaan mahu tolong? Tapi kalau itulah yang mereka mahukan. Kita boleh buat apa kan? Kita cuma mampu masuk dewan periksa jawab sepatah dua perkataan je. Yang lain tak buat. Sebab memang kita tak tahu kan? Takpe laa.

Kita sama-sama tunggu keputusannya nanti. Memang teruk aku dapat. Jangan rasa ada yang rasa bersalah pula bila tengok keputusan nanti. Kita dah buat sehabis mampu. Tak terdaya rasa bila melalui situasi seperti itu. Kadang-kadang rasa boleh menangis. Tapi kemuncaknya sewaktu paper structure lahh. Berkali-kali permintaan tidak diperoleh. Terpaku aku semasa menjawab paper itu.

Mungkin akan ada orang ketawa riang apabila melihat aku gagal nanti. Kalau aku pandai, dah lama aku tolong ajar fahamkan orang. Sebab bagi aku ilmu ni sangat fleksibel. Kita ajar orang, kita kongsi dengan orang, ia akan makin bertambah. Ilmu itu akan bertambah berkat.

Sehubungan dengan itu, aku mahu catatkan juga di ruangan ini untuk saat ini. Untuk paper services, terang-terang aku cakap.. aku pun tak boleh buat dengan baik walaupun 'benda itu' datang dari aku. Aku yakin sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang lain akan dapat keputusan yang lebih baik daripada diri aku ni. Tapi aku cukup puas hati dapat menolong semua. Ada orang cakap, " kenapa nak bagi member lain, biar kita-kita je laa yang tahu ". Yaa, memang boleh. Tapi aku tak boleh buat seperti itu. Sebab aku lebih memandang untuk menolong orang, meringankan beban orang. Itukan lebih baik? Buat apa kita makan seorang sedangkan member sendiri tak dapat buat yang terbaik?

Sebab itu lahh aku tak pulun habis-habis kat services ni, sebab aku nak biar dorg yang dapat perform... bukan aku. Tapi kesudahannya?

Sama-samalah kita nantikan keputusan nanti. Aku yakin dorang semua akan melepasi dengan jayanya... dan aku? Sangkut. Tika itu lahh akan ada insan yang gembira melihat aku.

27 April 2011

Mengapa Harus Bersedih?

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.

Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.

Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - Ibrahim 14:34

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?

Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, mak ayah, kawan-kawan, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?

Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?

Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.

Masalah keluarga yang banyak. Masalah jiran, masalah belajar, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.

Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.

Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?

Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.

Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.

Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.

Saudara,
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?

Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.

Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.

Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.

Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.

Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.

Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

26 April 2011

Down Giler Rasa

Baru je habis paper structure ni. Tiada apa yang boleh dapat aku cakap kan, yang pasti paper tu aku confirm REPEAT. Lemah giler aku rasa. Lepas paper tadi terus chow keluar terus dari perkarangan kawasan. Aku taknak fikir apa dah. Aku malas nak cerita pasal benda tu dah. Seriously aku langsung tak boleh buat.

Huh! Tension bhai. Tension giler. Aku dah boleh berkira-kira untuk tambahkan sikit tenaga utk sem depan. Dorang cakap sem depan lagi berat subjek yang kena bawak. Jadi kalau sem depan berat ditambah dengan subjek structure ni? Allah je laa yang tahu kan.

Mungkin juga aku dipengaruhi dengan emosi sebelum masuk exam room tadi. Mungkin. Mungkin. Mungkin. Ye laa kan. Kita punya semangat nak belajar semalam, tiba-tiba jadi sebaliknya. Aduhh. Tension giler. Bengang rasa.

Dalam hal ni bukan aku taknak salahkan sesiapa, tapi kalau benda tu yang betul terjadi apa kita mampu buat lagi kann? Mungkin ade orang suka tengok kegagalan kita. Suka sangat. Orang mintak tolong tak bolehh. Takpe, takpe. Taknak aku cakap benda ni lagi.

Tadi masa nak kuwa bilik terserempak dengan alip, aku tengok muka dye tercengang pandang aku. Aku rase sebab dye nampak apa yang berlaku dalam exam room tadi. Aku hang. BLANK GILER. Benda yang aku ingat, tak ingat terus. HUH!!!! BENGANG GILER AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Asal benda tu terjadi betul-betul beberapa jam sebelum exam? Cuba kalau boleh tangguh situasi tu kan bagus. Serius aku cakap. Aku frust giler. Frust sangat. Berani aku jamin aku repeat paper ni.

Sahabat aku semuanya, aku pasti dorang lepas. Mungkin ada yang dapat A. Takyah nak dorg cakap dorg repeat paper tu. Statement yang paling benci aku dengar. Sebab dorg semua pandai-pandai. Ada orang cakap aku boleh buat. Aku berani pertaruhkan nyawa kalau aku lulus paper tu. Takyah laa dorg nak bagi aku kata-kata semangat ke ape ke,cakap aku boleh buat laa. Aku tahu laa aku yang buat.

Kejayaan akan sentiasa mengiringi anda semua sahabatku~

22 April 2011

Berjalan-Jalan

Setiap hari kita menggunakan kaki untuk berjalan. Ke kafeteria, ke bilik kuliah, ke perhentian bas, ke pejabat, ke pasar malam, ke masjid dan pelbagai lagi.

Berjalan kaki merupakan perkara yang amat lazim sehingga kita yakin hanya sedikit di antara kita yang pernah terfikir, wujudkah sebarang tunjuk ajar dan bimbingan Islam tentang hukum dan adab berjalan?
Tentu saja ada. Maka, kita kongsi tentang hukum dan adab berjalan yang telah digariskan oleh Islam.

01.Menjauhi Sikap Sombong

Apabila berjalan, jauhilah sikap sombong. Sikap buruk ini boleh timbul kerana beberapa sebab, seperti merasakan diri sendiri hebat, bangga dengan fesyen pakaian dan aksesori yang berjenama lagi terkini, bangga diri sendiri bahawa dialah yang paling cantik lagi ramping dan pelbagai lagi.

Sikap sombong ini diterjemahkan kepada gaya berjalan yang tertentu, atau mungkin saja gaya yang biasa tetapi hati yang angkuh, muka yang memandang ke atas, mata yang menjeling ke kiri-kanan dan sebagainya.

Sikap seperti ini hukumnya dilarang oleh Islam. Alllah SWT berfirman:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri". 
[Surah Luqman, ayat 18].

Dalam ayat yang lain Allah SWT memerintahkan:
"Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang." 
[Surah al-Isra', ayat 37].

Jika kita menyalahi perintah ini, yakni tetap berjalan dengan berlagak sombong, Allah meneruskan:
"Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu." 
[Surah al-Isra', ayat 38].

Sementara itu Rasulullah SAW pula mengingatkan:
"Ketika seorang lelaki berjalan dengan memakai pakaian yang membuat dirinya ujub, rambutnya disikat rapi, tiba-tiba dia ditelan oleh bumi dan meronta hingga Hari Kiamat" 
[Sahih al-Bukhari, no: 5789].

Oleh itu berjalanlah dengan sikap dan gaya yang serba merendah diri. Ini adalah sikap yang mulia kerana: "...tidaklah seseorang bersifat rendah diri kerana Allah melainkan Allah menaikkan darjatnya." 
[Shahih Muslim, no: 2588]

02.Berjalan Dengan Bertenaga.

Para sahabat menerangkan, apabila Rasulullah berjalan, baginda berjalan dengan langkah yang sedikit laju, seolah-olah sedang turun bukit padahal permukaan adalah mendatar.

Cara berjalan seperti ini memberi gambaran bahawa baginda orang yang bertenaga, bersemangat, bermotivasi dan berani. Malah cara berjalan seperti ini juga secara tidak langsung merupakan senaman yang baik untuk semua organ dan anggota badan.

'Ali bin Abi Thalib menerangkan:
"Apabila baginda (Rasulullah) berjalan, maka baginda condong ke hadapan seolah-olah sedang turun ke tempat yang lebih rendah. Aku tidak pernah melihat ada orang yang seperti baginda baik sebelum mahupun sesudah ini."
[Shahih Sunan al-Tarmizi, no: 3637]

Abu Ihsan al-Atsari menjelaskan:
"Nabi SAW apabila berjalan, baginda berjalan dengan tegar. Maksudnya baginda mengangkat kedua-dua kakinya di atas tanah kerana tegarnya baginda berjalan, seakan-akan baginda tertumpu kepada pangkal telapak kakinya.

Gaya jalan seperti ini sesuai dengan roh islam kerana padanya nampak kekuatan seorang muslim di hadapan manusia (lain).

Seorang mukmin yang lebih kuat lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah"
[Panduan Amal Sehari Semalam, ms. 292]

Ada sebahagian kita yang apabila berjalan, mengheret selipat, sandal atau kasutnya di atas permukaan sehingga mengeluarkan bunyi.

Seolah-olah terdapat beban beberpa kilogram di atas kedua-dua kaki sehingga tidak mampu di angkat ketika membuka langkah berjalan.

Cara berjalan seperti ini menggambarkan orang yang malas, tidak bersemangat, tidak bermotivasi lagi lemah. Tentu saja ia bukan merupakan cara berjalan kita muslimin dan muslimat.

03.Sesekali Tidak Beralas Kaki.

Islam menganjurkan kita untuk sekali sekala berjalan tanpa memakai apa-apa. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kita kepada orang yang susah dan bersyukur atas nikmat alas kaki yang sedia dimiliki.

Bahkan adakalanya bukan sekadar satu alas kaki tetapi pelbagai bilangan dan jenama merangkumi kasut, sandal dan selipar.

Justeru sekali-sekala "berkaki-ayam" dapat merendahkan diri, mensederhanakan gaya hidup dan mengingatkan kita kepada orang yang sememangnya tidak memiliki apa-apa alas kaki.

Fudhalah bin Ubaid menerangkan:
"Nabi SAW memerintahkan kami untuk tidak memakai alas kaki sekali-sekala."
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 4160]

04.Muslimat Berjalan Di Tepi.

Di antara adab Islam ialah wanita , yakni para muslimat adalah berjalan di tepi lorong. Adab yang sopan lagi mulia ini mampu mengelakkan daripada berlaku pelanggaran, pergeseran, percampuran atau pemandangan dari kaum lelaki yang lazimnya berjalan di tengan lorong.

Rasulullah SAW berpesan:
"Bahagian tengah lorong bukan untuk kaum wanita".
[Shahih al-Jami' al-Shagheir, no: 5425]

21 April 2011

Berdoa Di Mana-Mana Sentiasa

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 186)

Mintalah, tidak semestinya dengan berbahasa arab. Mintalah dengan doa yang kita fahami maksudnya agar ia lebih datang dari hati sendiri. Gunakanlah doa-doa dari Al-Quran, doa-doa yang digunakan oleh Para Nabi Allah Swt. Mintalah apa sahaja dengan hati yang ikhlas, tenang, rendah diri, dan berbaik sangka kepada Allah Swt. Sentiasalah berdoa kepada Allah Swt dalam seharian, tidak kira untuk apa dan di mana. Hati itu hidup seandainya ada ikatan akidah yang kuat kepada Allah Swt. Itulah seteguh-teguh ikatan dan komunikasi.


Berdoa merupakan suatu ibadah, kerana dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan. Berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah solat, zakat, dan puasa.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina"
(Surah Al-Mukmin/Ghafir 40: Ayat ke 60)


Mengapa kita perlu berdoa? Bukankah Allah SWT sememangnya tahu semua keinginan kita tanpa kita berdoa pun? Bukankah Allah SWT mengetahui apa yang terlintas di fikiran kita? Mengapa kita perlu berdoa lagi kerana bukankah berdoa itu sama sahaja seperti apa yang ada di dalam hati dan fikiran kita?

Suatu ketika dahulu kita sering putus asa di dalam berdoa. Kekadang terasa sangat penat dan bosan berdoa kerana sangat penat menunggu apa yang diinginkan dimakbulkan oleh Allah SWT. Sejak mengenal Allah SWT sehinggalah beberapa tahun yang lepas, kita sering memikirkan mengapa perlunya berdoa sedangkan Allah SWT mengetahui segala apa yang kita inginkan.

Berdoa adalah memohon dan meminta serta berharap. Pemohon sudah pasti memiliki darjat yang lebih rendah daripada Pemberi. Begitulah kita dengan Allah SWT. Jelas menunjukkan kita memerlukan Allah SWT dan memohon pelbagai perkara di dalam kehidupan kita ini. Darjat kita terlalu jauh malah amat jauh sehinggakan langsung tiada darjat atau juga sebenarnya tidak boleh membuat perbandingan langsung berbanding kebesaran Allah SWT.

Berdoa itu merendahkan darjat kita sehingga daripada kita rasa ada apa-apa kepada tiada apa-apa langsung. Kita meletakkan diri kita benar-benar berada di bawah. Kita memohon dan berharap sesuatu daripada Allah SWT. Dengan berdoa kita lebih jelas siapa kita dan kepada siapa kita memohon. Kita sedar kedudukan kita dan kita sedar kedudukan Allah SWT. Kita sedar kita hanyalah hamba ciptaan Allah SWT dan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Besar. Namun persoalan besar di sini adalah adakah kita benar-benar SEDAR dan merasakan sebenarnya kita ini hamba yang lemah? atau sekadar tahu?

Apabila kita berdoa tanpa memiliki KESEDARAN yang kita ini lemah di sisi Allah SWT, kita tetap ego dan berasa hebat di sisi Allah SWT. Kita memohon tetapi permohonan kita tidak diserahkan kepada Allah SWT. Segala keinginan yang kita inginkan adalah sepenuhnya mengikut kehendak kita seluruhnya dan kita tidak dapat menerima kehendak Allah SWT. Lalu di dalam tidak sedar kita menganggap Allah SWT hanyalah sebagai Tuhan melakukan kerja untuk menunaikan segala kehendak kita.

Saudara, Apabila kita berdoa, kita menyatakan keinginan kita kepada Allah SWT dengan penuh KESEDARAN yang kita ini lemah, bodoh, tidak berdaya dan benar-benar mengharapkan pertolongan Allah SWT. Tetapi dalam masa yang sama kita sedia menerima segala ketentuan yang Allah SWT tetapkan. Kita juga akan terus mengikut segala ketetapan yang Allah SWT perintahkan kepada kita. Maka kita benar-benar akan berserah secara total kepada Allah SWT. Orang yang beriman itu tidak pernah kecewa kerana sentiasa menerima ketentuan Allah SWT dan tidak pernah putus asa di dalam mengikut ketetapan yang Allah SWT tetapkan.

Orang yang beriman sentiasa aktif. Melakukan segala kerja dan berusaha melakukannya sebaik mungkin di atas nama Allah SWT. Urusan rezeki dan segala penyelesaian hidup adalah hak Allah SWT yang kita tidak boleh pertikaikan kerana ia bukan hak kita. Di dalam masa yang sama juga, kita yakin dan prasangka baik dengan Allah SWT bahawa Allah SWT akan memakbulkan segala permintaan kita.

Kita sangat yakin dengan kehendak Allah SWT di mana kehendak Allah SWT merupakan ketentuan yang terbaik di sisiNya untuk diri kita. Bagaimana untuk yakin? Kita perlu mencapai kesedaran. Apabila kita berada di dalam KESEDARAN, pasti kita sangat yakin, Saudara, Memiliki kesedaran ini perlu dilatih. Ia tidak mampu dimiliki secara terus tetapi mampu dimiliki seawal latihan. Ia akan terus meningkat tanpa henti dan penghujung. Kesedaran ini ada turun naiknya tetapi apabila kita sudah mencapai ke satu tahap, ia akan tersimpan di dalam minda bawah sedar kita dan mudah untuk dicapai kembali jika kesedaran kita menurun.

18 April 2011

Apabila Diri Dihina

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di mana-mana atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.

Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, ada sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, ahli keluarga, adik-beradik. Nauzubillah..

• Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)

• Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

• Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.

• HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

• Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.


Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.

15 April 2011

Happy Birtday Niza...


Sahabatku Niza, Happy Birtday....
Moga dipanjangkan dan diberkati umur kau oleh Allah...
Semoga rezeki kau bertambah murah, dan bahagia di samping keluarga...
Aku akan doakan kejayaan kau bersama sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang lain...
Walau ape pun terjadi nanti, kita tetap bersahabat sampai kau kahwin, hahahaha...
Gurau sudaa...

Semoga berbahagia dengan orang yang TERSAYANG...
hahahahahahahahahhahaaha...
Nak bagi telur busuk kat kau, nanti setahun tak hilang bau...
Nak bagi tepung, nanti berbulan tak hilang....
So takde benda nak bagi....
hehehehe.....

10 April 2011

Mohon Maaf Semua...

Fuhh. Bosan giler kott aku sekarang ni. Ramai member yang balik. Aduhh. Sekarang ni dalam bilik aku sorang je tapi ni lah mase yang sesuai pon aku nak menaip untuk entri aku.

Kenapa sekarang ni aku rasa macam dah lemah giler semangat aku? Aku rasa macam dah takde ape je sekarang. Nak buat benda ni tak boleh, nak buat benda tu tak boleh. Entah lahh. Macam-macam kott perkara yang menghalang. Aku lebih mahu menjaga perasaan orang kann. Kebanyakkan orang yang rapat dengan aku mesti cakap, “ko ni selalu nak jaga hati dan perasaan orang tapi ko sendiri yang terseksa”. Hmm, apa boleh buat kann kawan? Aku rasa lebih baik aku jaga hati dan perasaan orang daripada aku menjaga hati dan perasaan sendiri. Tapi sejujurnya, memang sakit tanggung semua tu. Orang mana tahu kann? Diri sendiri yang merasanya. Kadang-kadang meleleh gak air mata ni bila fikir orang buat kita, sedangkan kita punyalah jaga dorang.

takpe nas… kuatkan semangat ko… mungkin itu ujian buat ko… ko tak tahu Allah ada buat yang lain untuk ko kat akhirat nanti ke… kita mana tahu kan… sabar je laa… dunia ni bukan kekal pun… akhirat sana yang kekal…

Hmm, memang laa bila dengar macam tu rasa lega… tapi sekejap je. Sebab bila buat sesuatu mesti teringat macam-macam, terbayang macam-macam. Aduhh. Seriously, sakitt. Sebenarnya sejak belakangan ini pun, mood aku nak makan bukan ada pun. Tak lapar langsung. Tapi disebabkan selalu ingat pesan mama, jangan tinggal makan setiap waktu tu yang gagahkan gak makan setiap pagi, tengahari, malam. Kalau ikut hati memang taknak makan pun.

Sekarang ni pun aku dapat rasakan perubahan sikap aku yang semakin lalai dan leka. Aku terkadang tersentak gak bila fikir balik. Aku boleh lakukan sambil lewa sahaja perkara tersebut sedangkan ia satu arahan. Hmm. Apa sebab haa?? Ya Allah, aku takut. Takut sangat. Kuatkanlah semangat aku semula Ya Allah. Pimpinlah hati aku ni agar tidak hanyut selamanya ke lembah yang tidak berguna.

Exam pun dah dekat, tinggal seminggu je lagi tapi persediaan apa pun tak buat. Risau juga rasanya. Risau persediaan itu tak dapat dilakukan sebelum exam nanti. Mana boleh kita buat saat akhirkan?

kalau ko tu genius takpe nas.. esok paper malam ni study pon boleh kann.. tapi kau tu bodoh.. tak pandai macam kawan-kawan dan sahabat-sahabat kau yang lain tu.. sedar-sedar laa sikit nas woiii…

Bukan tak sedar kan? Tapi kadang-kadang kita nak belajar dengan orang, orang taknak. Apa boleh buat kann. Aku ni bukann jenis suka memberontak bila apa yang aku nak tak dapat. Tu laa boleh makan hati tu. Kita ni tak pandai, nak belajar dengan orang sebab boleh berkongsi ilmu.. tapi kalau orang sendiri dah tolak kita, kita nak buat apa kann. Sedih giler ni wehh. Macam laa aku ni tak berguna sangat. Takpa-takpa. Allah lebih mengetahui.

Kadang-kadang kita tengok okay je, tapi bila time kita. Hmm. Hampeh laaa. Orang je laa yang bagus, kita ni dah macam sampah. Kalau ada yang lebih rendah martabat daripada sampah, haa tu laa kita. Entahlahh. Tak faham juga rasanya.

takpa nas, ingat!!! lumrah alam. yang buat akan kena balik. mungkin hari ini hari mereka, tapi bukan selamanya hari mereka. mereka nak lari ke mana nas? kita semua ni Allah yang kawal. kalau ko buat orang, nanti ko gak yang kena. tak kena kat dunia, ko kena kat akhirat nas. Allah Maha Adil. tapi kalau kita tak buat orang, sedangkan kita kena… itu ujian Allah untuk ko.. ko perlu sabar je.

Jadi di kesempatan ini, kepada semua pembaca samada yang mengenali aku mahupun tidak. Aku ingin mohon maaf andai ada sebarang kesalahan aku dalam berbicara ini.
Kepada kawan-kawan dan sahabat-sahabatku yang amat disayangi. Aku dengan rendah diri minta maaf dari korang, batin dan zahir… jasmani dan rohani… dari hujung rambut hingga hujung kaki. Aku tahu aku mesti ada salah dengan korang kann?? So aku nak mohon maaf sangat. Aku manusia yang lemah sering kali melakukan kesalahan. Mungkin juga aku ada mengata korang tanpa korang ketahui. Mungkin ada sebarang hutang aku pada korang tolong ingatkan aku secepat mungkin. Mana-mana yang memang korang belanja aku tu, mohon dihalalkan segalanya. Mohon dihalalkan juga semua ilmu yang kau beri dan berkongsi dengan aku. Aku tahu aku selalu buat orang. Jadi aku mesti banyak salah dengan korang. Aku pun maafkan korang andai korang ada salah dengan aku. Tapi korang takde salah dengan aku kott.

Aku nak pesan korang,

Andai korang nampak aku macam dah tak macam manusia, tolong tegur aku.. tolong nasihat aku…
Kalau korang nampak aku sombong semacam, tolong tegur aku.. tolong nasihat aku...
Kalau aku dah berubah menjadi lebih teruk daripada sekarang, tolong tegur aku.. tolong nasihat aku…
Kalau aku marah korang tak tentu pasal, tolong tegur aku.. tolong nasihat aku…

Aku amat mengalukan teguran dan nasihat daripada korang. Tolong doakan aku, tolong doakan kejayaan aku. Tolong doakan supaya Allah menguatkan semangat aku untuk menempuhi hari-hari mendatang. Kita sama-sama berdoa agar kejayaan yang menunggu kita. Walau apa pun terjadi, kita tetap sahabat, kita tetap kawan.

Sahabat-sahabatku tersayang, walau apa terjadi kita tetap rapat taw. Biar pun sering bergaduh, tapi biarlah ia mematangkan kita. Merekalah tempat aku berkongsi cerita. Kalau ada sebarang masalah merekalah tempat aku kongsikan.

Kat rumah sana, mereka yang rapat dengan aku hanya beberapa kerat je.  Tapi hubungan yang terjalin tu tetap dipelihara. Mereka di sana ialah ayie, syamin, fariz, iwan, tira, eka, ecah, lea, piqa. Yang perempuan ni sekarang memang jarang sangat contact. Biasa lahh masing-masing dengan haluan masing-masing. Masing-masing ada ‘rumah tangga’ masing-masing. Yang lelaki pun dah jarang contact sekarang. Tapi takde masalah sebab kalau balik tu boleh je nak jumpa, cuma sempat ke tak sempat nak jumpa. Iwan tu memang dah jarang jumpa laa, dia belajar kat Mesir.

Kat sini plak yang aku rapat dengan alip, azri, faizah, niza, jehan, fatimah. Mereka ni pun apa-apa cerita suka duka semua aku kongsi dengan dorang. Kalau ada masalah ke dorang laa tempat aku ceritakan semuanya. Yang lain okay gak cuma mereka ni lebih kepada aku senang berkongsi cerita.

Awak, saya pun nak minta maaf dengan awak eyy. maklumlah kan, kita ni selalu sangat ada yang tak kena. mintak halalkan segala makan minum dan ilmu andai ada. andai ada yang tak kena, cakap je laa kan. asal suka sangat sorok-sorok. walau apapun, saya tetap doakan kejayaan untuk awak. mungkin terlalu banyak perkara yang mahu saya perkatakan pada awak, tapi tak sesuai ruangan ini di saat ini saya tulis. memang terlalu banyak sangat. sekali lagi mohon maaf ye awak. yang penting apa pun terjadi, kita tetap sahabat. 

Sahabat-sahabat aku ni semua aku dah anggap mereka sebagian daripada family aku. Kalau mereka ada apa-apa masalah mesti mereka yang aku dahulukan. Dengan merekalah aku bergelak tawa, kadang-kadang sampai tak ingat dunia. Hahahaha. Anyway, aku sekali lagi nak mohon maaf daripada korang semua. Tolong doakan aku, tolong doakan kejayaan aku.

Untuk keluarga aku semua, abah.. mama.. dan adikberadik yang lain, faizz pun mohon maaf. Tolong doakan faizz berjaya. Sayang korang semua. Abah dan mama.. halalkan makan minum dan segalanya untuk faizz. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, jadi abah dan mama redha laa segala apa yang mama dan abah dah lakukan untuk faizz. Berkat kan lahh segalanya yang mama dan abah dah buat untuk faizz. Di saat ini tiada insan yang lebih disayangi selain abah, mama, dan adikberadik yang lain.

Aku nak bersih dengan semua orang. Taknak simpan dendam. Taknak simpan apa-apa yang tak puas hati.

Akhir kata, SETIAP MANUSIA INGIN BERJAYA…..

07 April 2011

Abah, Terima Kasih...

ABAH... SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN...
SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR ABAH, MURAHKAN REZEKI, DAN BERKATI SEPANJANG UMUR KEHIDUPAN ABAH...

tak terlambat rasanya untuk catatkan dalam diari ruangan ini, walaupun dah lepas beberapa hari. saje taknak tulis pada tarikh tersebut dengan ada sebab-sebab tertentu. apepun aku dah wish kat abah oncall. walaupun time tu aku tgh bersiap nak g kelas tapi aku luangkan sedikit mase untuk call abah. time tu pun abah dah sampai office bagi memulakan tugas hariannya.

Abah, terima kasih atas segalanya. Abah dari dulu tak pernah jemu mendidik, mengasuh, membentuk, faizz dan adikberadik yang lain. Terima kasih sebab dah membentuk kami adikberadik sehingga hari ini. Abah tak pernah mengeluh dalam melaksanakan tanggungjawab abah.

Setiap hari, isnin hingga jumaat abah keluar awal pagi dan pulang rumah lewat petang demi mencari nafkah untuk mama dan kami adikberadik. memang itu tanggungjawab seorang ketua rumah. setiap hari nampak keletihan dari riak wajah abah bila sampai rumah. kesian tengok abah, tapi abah tak pernah mengeluh malah abah lebih mahu lihat mama dan anak-anaknya dapat makan minum dan kediaman yang selamat.

Abah banyak mengajar kami dalam erti kehidupan ini. jika nak dibandingkan kehidupan faizz dengan abah memang seperti langit dan bumi. memang takkan sama. kehidupan kami kini lebih senang dibandingkan dengan kehidupan abah dulu. tetapi hasilnya amat memberangsangkan. kalau atok dan opah hidup lagi hari ini, mesti dorang bangga tengok anak-anak lelaki dye kan?

Cukup laa jadikan abah sebagai idola dalam hidup ini. abah berjaya mengubah nasib hidup abah menjadi lebih baik. Faizz rasa nak juga buat macam itu tapi tak yakin dapat buat begitu sebab abah banyak cabaran hidup dari kecil. Apa pun cukuplah faizz dapat menjaga abah, mama, dan adikberadik yang lain selagi umur faizz ada. Itu pun sudah memadai rasanya.

Apa guna kalau kita kaya, kita lupa mak ayah?
Apa guna kalau hidup senang tapi lupa asal usul?
Apa guna kita hidup mewah tak dapat berbakti pada keluarga sendiri?

Abah banyak mengingatkan kami dalam semua hal. abah tak pernah lokek dalam berkongsi pengalaman. abah pun tak pernah jemu menasihati kami. Faizz tahu abah mahukan anak-anaknya menjadi manusia yang paling berguna. terima kasih abah.

Bagi aku selagi diri ini bernyawa, aku mahu berbakti kepada semua manusia. manusia yang mempunyai pelbagai ragam, pelbagai tindakan, pelbagai perangai, pelbagai sikap, pelbagai dan bermacam-macam lagi pelbagai. sedangkan ibu jari manusia takkan ada serupa dengan manusia yang lain. itu menunjukkan setiap orang ada pelbagai perwatakan. tapi yang penting aku dapat berbakti.

Faizz nak ambil kesempatan ini juga untuk mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dan mohon maaf zahir, batin seandainya dan sekiranya faizz ada dosa dengan abah dari dulu sehingga hari ini. minta halalkan makan minum yang abah beri sejak faizz lahir ke dunia ini. abah terlalu banyak berkorban untuk kami. jika nak balas balik dengan seisi dunia memang tak sama dengan setitis peluh abah. Faizz minta maaf sangat. abah memang terlalu baik dengan kami. ketegasan abah yang membentuk diri kami. jika terjadi apa-apa, biarlah ruangan ini menjadi bukti dan saksi untuk abah jika abah terbaca. kami semua sayang sangat pada abah. tak lupa juga mama. harap Allah dapat pertemukan kita semula di akhirat kelak dan lebih manis andai kita semua dapat berjumpa di dalam syurga. InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah...

Keindahan hidup pada memberi..