30 June 2010

Perasaan Marah Dan Jantung Kita

APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau?

Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan?

Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal.

Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita.

Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita.

Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang. Baik pada lelaki atau wanita, kemarahan boleh meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam berbanding kesan terhadap hubungan sesama insan.

Kemarahan sebenarnya boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia dan seluruh dunia.

Kemarahan ada kaitan rapat dengan penyakit jantung koronari. Menurut satu kajian yang diterbitkan baru-baru ini di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, kemarahan meningkatkan kebarangkalian mendapat sindrom koronari akut seperti serangan jantung sebanyak 19 peratus jika seseorang itu tidak pernah ada penyakit jantung, dan sebanyak 24 peratus jika pernah mengalami penyakit jantung.

Kemarahan itu sendiri bukan faktor tunggal kepada risiko sakit jantung. Ada pakar berpendapat, perasaan negatif yang lahir akibat kemarahan itu juga memberi sumbangan yang menyebabkan seseorang berasa resah dan tertekan.

Dua perasaan ini biasanya datang bersama kemarahan yang mungkin berlanjutan kepada emosi negatif lain.

Bagaimanakah kemarahan boleh menyebabkan penyakit jantung koronari?

Saintis mengatakan, kemarahan mungkin ada kesan langsung ke atas jantung dan salur darah (arteri). Emosi negatif seperti marah cepat meningkatkan tindak balas badan apabila menerima tekanan. Jika rangsangan sentiasa diberi, kesan ke atas jantung dan salur darah berlarutan.

Apabila dalam keadaan tertekan, badan menghasilkan hormon tekanan. Dalam keadaan biasa, hormon ini diperlukan untuk menolong kita dalam jangka masa pendek jika menghadapi krisis. Bagaimanapun, jika kita kerap marah, paras hormon tekanan ini meningkat.

Hormon tekanan yang berlebihan mempercepatkan proses aterosklerosis iaitu pengumpulan plak lemak pada dinding salur darah yang akhirnya membuatkan salur darah tersumbat; yang seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung koronari dan serangan jantung.

Selain kesan biologi, kesan ke atas gaya hidup juga penting. Mereka yang mudah marah mungkin tidak dapat menjaga diri dengan baik.

Mereka lebih berkemungkinan untuk merokok, mempunyai pemakanan tidak baik dan seimbang, jarang melakukan senaman dan meminum alkohol berlebihan.

Semua ini juga faktor yang boleh membuat seseorang itu lebih berisiko mendapat penyakit jantung koronari.

Cara mengatasi kemarahan

Ada banyak cara mudah untuk mengatasi kemarahan. Antaranya ialah dengan:

1) Menarik nafas panjang dan kira dari 1 hingga 10

2) Membayangkan tempat aman untuk menenangkan minda

3) Beredar dari situasi atau persekitaran yang membuatkan anda marah (secara fizikal dan emosi)

4) Mendengar ayat-ayat Quran

5) Mengisi masa dengan hobi

6) Jangan meletakkan harapan dalam setiap situasi

7) Meditasi

8) Meningkatkan tahap spiritual melalui sembahyang, doa dan zikir
عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - : أَوْصِنيِ . قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » فَرَدَّدَ مِرَارًا , قَالَ : « لاَ تَغْضَبْ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ .
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi sallallahu alaihi wa sallam : Berilah pesanan padaku, lalu bersabda baginda,: " Janganlah kamu marah", maka diulangnya berkali-kali "Janganlah kamu marah". Riwayat Albukhary.


Paling penting, anda harus menerima hakikat bahawa kehidupan ini tidak selalunya adil atau sempurna, dan anda harus mengambil tindakan wajar di dalam setiap keadaan. Ingat, setiap kali anda melakukan tindakan positif, anda sebenarnya menjaga jantung anda.

Surat Cinta Untuk Jiwaku

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".


Sumber: Halaqah

29 June 2010

Ada Apa Dengan Solat Berjemaah?

Orang muda selalu bercakap mengenai cinta. Ada apa dengan cinta? Cinta digambarkan sebagai perasaan yang membangkitkan semangat, lantaran bersatunya dua jiwa. Adapun kita bukan nak berbicara panjang tentang cinta orang muda. Namun, masih lagi berkait tentang cinta. Cinta yang lahir akibat mengikut petunjuk nabawi. Kemanisan yang dapat dikecapi dengan melazimi solat berjemaah.

Lazimnya, apabila solat jemaah dilakukan, bahu si kaya dan si miskin bersentuhan, lutut anak muda bergesel dengan lutut si tua, tapak kaki orang besar bertemu rakyat biasa, justeru membangkitkan ikatan cinta persaudaraan yang penuh rahmah dan berpanjangan. Sememangnya telah didoakan oleh para malaikat atas orang yang berniat melakukan solat berjemaah dengan rahmah dari Allah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya,

''Rasulullah s.a.w. bersabda: Solat seorang lelaki dalam jemaah itu dilipat gandakan pahalanya melebihi solatnya di rumah secara bersendirian(munfarid) atau di pasarnya dengan dua puluh lima kali ganda'' (Muttafaqun 'Alaih).

Bila mana kita tinjau teori fizik, kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah yang lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Semakin segar setelah melakukan solat berjemaah adalah nikmat dan rahmat bagi yang percaya dan menyerah diri kepada Allah.


Justeru itu sahabat... Tidak pelikkah kalian dengan bilangan umat Islam yang ramai mencecah 6.5 billion, saudara Islam kita di Palestin masih dicabut maruah mereka, bumi kita Palestin dan negara-negara tinggalan empayar Islam satu ketika dahulu yang masih tidak dapat dikuasai kembali, ummat Islam yang dirampas hak mereka di Thailand, sistem Islam yang direndahkan di Turki, dan saudara Islam China yang dibunuh? Lalu tidak hairanlah masalah yang melanda ummat Islam pada hari ini sehingga tercabut kegerunan musuh Islam adalah kerana kita semakin jauh dengan unjuran nabawi - we have quantity but not quality. Sehingga akhirnya kita jauh dari rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah (nauzubillahiminzalik).

Oleh itu, sahabat yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama menghayati sekecil-kecil tuntutan nabawi ini, solat berjemaah agar Allah mengasihani kita. Di samping solat jemaah, berperananlah dengan mula memperbaiki diri dan keluarga dengan kefahaman Islam yang sahih dan murni menurut petunjuk nabawi agar kemanisan cinta sejati dapat kita kecapi!


Solat itu tiang agama,
Wajiblah kita menunaikannya,
Saat disoal di akhirat sana,
Solat itu yang utama.

Teruskan usaha mengenal pencipta,
Kemanisan iman nikmat tak terhingga,
Moga istiqamah setiap masa,
Kelak Allah beri balasannya.

Perhitungan Nasib Pasukan Pilihanku

Pasukan pilihan pertama aku ARGENTINA
layak ke pusingan suku akhir dan bakal berdepan GERMANY 
Pasukan pilihan kedua aku  NETHERLANDS
bakal berdepan dengan BRAZIL (aku rasa walaupun game dorg belum mula) di pusingan suku akhir nanti

Dalam pengiraan kedua-dua team pilihan aku ini akan terkandas pada peringkat ini. Jika mahu dibandingkan corak permainan GERMANY jauh lebih baik berbanding dengan ARGENTINA. Corak permainan yang begitu agresif ketika menentang ENGLAND. Dua gol awal Argentina ternyata hanyalah tuah sahaja. Gol pertama off-side manakala gol kedua kesilapan defence.

Dalam perlawanan tadi Netherlands juga kelihatan tidak bermaya jika mahu dibandingkan cara permainan Brazil sebelum ini. Jika tuah berpihak pada Chile, mungkin perlawanan awal pagi nanti Brazil akan mengikut jejak langkah FRANCE , US , ENGLAND , ITALY.

Persoalannya, adakah ramalanku tentang nasib pasukan pilihan aku ini bakal benar-benar terjadi?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.. 

Tsamina mina eh eh..
Waka waka eh eh..
Tsamina mina zangalewa..
This time for Africa... (waka2-shakira)

 

28 June 2010

Selamatkan Masjid Al-Aqsa

P/S: Artikel di bawah merupakan teks khutbah Jumaat bertarikh 11Jun2010 terbitan Unit Khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 1% diubahsuai 99% isi kekal. Baca dan menghayatinya. Aku sanggup ambil untuk berkongsi bersama pembaca kerana ketika khutbah ini dibaca khatib yang membacanya sebak. Jadi luangkan sedikit masa untuk membacanya, semoga Allah memberkati kalian. InsyaAllah.

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam setiap muslim sejak zaman berzaman. Keistimewaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, hadith dan kitab-kitab sejarah ialah :

1. Sebagai kiblat pertama umat Islam
2. Terdapat Masjid Al-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi dan masjid ketiga paling suci selepas Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi
3. Tempat berlakunya Isra’ dan mikraj
4. Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari kiamat
5. Tempat kelahiran anbia’

Kezaliman yang dilakukan oleh rejim zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbina negara haram israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam, tanahair, maruah, dan peradaban.

Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat didalamnya kiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oleh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjid Al-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasullullah S.A.W. sebelum dimikrajkan ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oleh yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 1 , bermaksud :

“ Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui ”

Sejak berzaman lagi yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa bermula dengan siri pengeboman terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 1 Mei 1980 setelah mereka berusaha untuk memusnahkan dengan membakarnya pada tahun 1969. Hari ini usaha meruntuhkan Masjid Al-Aqsa giat dijalankan dengan mengali terowong-terowong Masjid Al-Aqsa supaya masjid ini runtuh dengan sendirinya dan didirikan diatasnya Haikal Sulaiman (kuil yahudi) yang merupakan diantara matlamat mereka untuk menguasai Masjid Al-Aqsa. Kini Masjid Al-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis yahudi berusaha memastikan doktirin-doktirin thalmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan dengan proses pengyahudian dan projek-projek penempatan rumah-rumah haram.

Saudara sekalian,

Islam amat menghendaki umatnya bersatu menentang musuh tanpa mengenal sempadan dan warna kulit. Firman Allah dalam Surah Al-Hijarat ayat 15, bermaksud :

“ Sesungguhnya orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang yang percaya kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar (pengakuan imannya) ”

Apa yang memeritkan, tatkala masyarakat Islam seluruh dunia bangun memprotes apa yang dilakukan oleh oleh rejim zionis terhadap rakyat Palestin, pemimpin negara-negara Arab dan Islam seolah-olah merestui apa yang dilakukan oleh rejim zionis yang disokong oleh kuasa besar Amerika Syarikat dan Britan untuk melakukan apa sahaja kepada saudara mereka.

Dimanakah maruah umat Islam? Inilah diantara bahana yang berlaku apabila umat Islam terlalu bergantung dengan kuasa-kuasa besar dan bukannya kepada Allah. Sikap ini perlu dibebaskan daripada jiwa kita dan kita wajib mebantu rakyat Palestin dengan apa jua cara dan tindakan, yang bermula dengan doa kita kepada Allah sehinggalah kepada tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan yahudi dihalau keluar dari negara yang mereka jajahi.

Sahabat yang dikasihi sekalian,

Masjid Al-Aqsa dikepung dan umat Islam yang berumur dibawah 45 tahun tidak dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus terus-menerus berlaku. Pembunuhan kejam menggunakan senjata-senjata moden yang dimiliki mereka dibenarkan oleh undang-undang. Mahkamah tinggi israel mengistiharkan keizinan untuk orang yahudi bersembahyang di Masjid Al-Aqsa. Ajaran yang dikeluarkan oleh paderi mereka ialah menyarankan agar warga israel membawa kitab thalmud tiga kali seminggu didalam Masjid Al-Aqsa.

Pencerobohan ke atas Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak oleh puak ekstremis yahudi dibawah pengawasan tentera israel berlaku pada hari Ahad 4 Oktober 2009 yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan itu dicetuskan selepas 9 tahun Airil Sharon melaksanakan tindakan memalukan, berlaku pada perayaan yahudi ‘ Yom Kippur ’. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi di penjarakan. Masjid Al-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci bagi umat Islam tidak boleh menerima sama sekali tentera israel bersama penduduknya melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, komuniti muslim dan masjid sucinya.

Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada israel melalui pembelian barangan makanan, rokok, mahupun perkhidmatan profesional yang secara jelas keuntungannya diberikan untuk membiayai negara israel. Dimanakah maruah umat Islam?

Wahai umat Islam semua,

Sesungguhnya kekejaman zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal sesiapa yang menjadi sasaran. Utusan Malaysia bertarikh 24 Mac 2010 melaporkan Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu dengan bangga menyatakan Baitul Al-Maqdis adalah ibu negara israel yang sah, dengan itu tiada halangan bagi israel untuk membina penempatan baru untuk penduduk yahudi berhampiran Masjid Al-Aqsa. Dimanakah kita sekarang? Adakah kita masih lalai dan leka? Adakah kita masih nyenyak tidur dengan mimpi-mimpi yang indah? Umat Islam pada hakikatnya sekarang ini sedang disibukkan dengan isu-isu remeh-temeh, dipesongkan fikiran mereka dengan sukan dan hiburan yang menghancurkan, kadang-kala artis lebih dikenali daripada Masjid Al-Aqsa.

Majalah ‘Hareth’ israel baru-baru ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengejutkan umat Islam, iaitu pada tarikh 16 Mei 2010 Masjid Al-Aqsa akan siap dirobohkan dan terbinalah kuil yahudi diatas tapak yang sama. Adakah ini sesuatu yang mustahil? Untuk mencapai tujuan yang besar ini, israel tidak melakukannya dengan serta-merta, akan tetapi mereka melaksanakan dengan perlahan-lahan. Berita yang dilaporkan oleh radio israel pada 24 Mac 2010, pihak berkuasa israel meluluskan pembinaan penempatan haram yahudi sebanyak 1000 unit rumah didalam kota Baitul Al-Maqdis berhampiran Masjid Al-Aqsa.

Namun umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hiburan hedonisme khayal yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seakidah kita. Tusukan tajam jarum-jarum zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru, perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.

Saudara yang dirahmati Allah,

Disaat ini masjid-masjid lain di Palestin telah ditukarkan menjadi kuil-kuil yahudi, kelab-kelab malam, panggung wayang dan kandang-kandang lembu. Disaat ini umat Islam Palestin menanggung sengsara yang tidak terhingga dan tidak terkata, malah menjadi buntu siapakah pertolongan mahu dipinta. Dimanakah umat Islam? Adakah kita lupa pada kalimah syahadah yang sama-sama kita ucapkan? Adakah terdapat perbezaan antara dua kalimah syahadah umat Islam Palestin dengan umat Islam Malaysia? Jawapannya sudah tentu tiada bezanya. Bahkan solat kita sama, puasa kita sama, kiblat kita sama. Tuhan yang kita sembah juga sudah pasti sama, iaitu Allah yang Maha Esa. Akan tetapi persoalannya kenapa kita masih membiarkan mereka bersendirian mempertahankan Masjid Al-Aqsa?

Sahabat yang disayangi,

Bumi Palestin dinodai. Umat Islam Palestin dinafikan hak mereka. Rakyat Palestin menangis kesedihan kerana mereka serba kekurangan dari semua sudut, berlawan bersendirian dengan rejim zionis untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang mendapat sokongan dan dokongan dari dunia barat yang diketuai Amerika Syarikat.
Umat Islam perlu sedar, apakah yang hendak diharapkan daripada musuh-musuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam? Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul Maqdis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiupkan kepentingan individu.

Umat Islam mesti dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci Al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya dan tidak lagi diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku. Maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Hati kita dengan umat Islam di Palestin adalah terikat dengan ikatan akidah yang satu. Perjuangan rakyat Palestin dengan nyawa dan darah mereka adalah fardhu ‘ain dan kefardhuan jihad telah dilaksanakan oleh mereka. Sekiranya umat Islam Palestin berjihad menggunakan senjata dan ia merupakan fardhu ‘ain ke atas mereka, maka kefardhuan tersebut diganti dengan jihad harta dan sokongan moral kepada kita bagi membantu rakyat Palestin. Tidakkah ini satu perjanjian dan satu pertukaran yang menguntungkan kepada umat Islam di negara kita. Sesungguhnya bantuan kewangan bagi memenuhi keperluan umat Islam Palestin wajib ke atas kita semua.

Firman Allah di dalam surah al-Saf ayat 10-12 yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku(Allah) tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya serta kamu berjihad di jalan Allah(membela dan menegakkan agama Allah) dengan harta dan diri kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui(hakikat yang sebenar). Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai serta ditempatkan kamu di tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar ”

Germany 4 : 1 England, satu kenyataan

Best giler ar tengok game Germany-England tadi..
rancak giler tempo perlawanan..
tapi aku respect giler player muda Germany..
larian dorang laju tahap gaban..
gol Germany banyak dari hasil counter-attack..
dan corak permainan Germany 1st class..

Tapi kesian England gol hasil dari percubaan Lampard tu tak dikira..
kalau 2-2 maybe England semangat untuk main lagi..
ni dah laa gol dorg tak dikira pastu kena lagi sebijik..
memang tak ar..

For fans England, terimalah kenyataan bahawa England hanya mampu melepasi peringkat kumpulan je. Hahaha. LEA? apa macam.. sekarang tinggal Portugal je la harapan. haha. Mase tu kat padang lepas netball dye marah kott tira dgn cikgu azrina kutok England. haha. Eka? percaya ke tak England dah terkandas? tapi Spain ade peluang lagi. Adik aku, same macam lea sokong England n Portugal. Pagi nanti dye bangun mesti dye membebel sebab England tak layak. haha. Kalau dalam padang terlampau banyak player star, memang tak ke mana nye sebab masing-masing buat kepala sendiri.

Echah! kalau game lepas ni Argentina menang maknanya Argentina akan bertemu Germany dalam suku akhir. So for this game, i'm not support Germany kayh. haha. Laen laa utk game tadi, sebab misi untuk menyingkirkan England. For this game, we hostile! haha.

27 June 2010

Hidup Kita Hanya Satu Jam?

Firman Allah,

و إن يوما عند ربك كألف سنة مما تعدّون

Dan sesungguhnya satu hari (mengikut perhitungan) Tuhanmu adalah seperti 1000 tahun mengikut perkiraanmu. (Surah al-Haj ayat 47)-Rujuk juga ayat 5 surah as-Sajdah


Hidup kita di dunia ini tidak lama. Cuba kita hitung nisbah hari dunia dan akhirat,

1 hari akhirat = 1000 tahun dunia mengikut perkiraan kita

Satu tahun di dunia biasa 365 hari. Cuba kita darabkan. 1000 x 365 = 365000 hari

Bermakna satu hari akhirat = 365000 hari dunia

Cuba kita andaikan, jika 1 hari akhirat juga ada 24 jam. Bermakna,

setiap jam akhirat adalah - 1000 tahun / 24 = 41.7 tahun dunia.

Umur umat akhir zaman adalah lebih kurang 60 ke 70 tahun sahaja, atau HANYA satu jam lebih mengikut perhitungan akhirat.

Hakikat Kehidupan Dunia

Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون أفلا تعقلون

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (Surah al-An'am ayat 32)

و ما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور

Dan tiadalah kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan. (Surah Ali Imran ayat 185 )


أرضيتم بالحيوة الدنيا من الأخرة فما متاع الحيوة الدنيا في الأخرة إلا قليل

Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. (Surah at-Taubah ayat 38)


Terdapat banyak lagi ayat yang Allah jadikan ia sebagai peringatan kepada kita agar tidak terpedaya dengan muslihat dan tipudaya dunia.


Namun jangan pula kita menyangka bahawa untuk kejar akhirat, kita harus tinggalkan pekerjaan, tinggalkan bermuamalah, bergaul dengan sahabat handai dan sebagainya dan hanya duduk di tikar sejadah dan memegang tasbih sepanjang masa. Islam adalah agama yang sempurna, melengkapi keperluan ukhrawi dan duniawi. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal, harus matang dalam membahagikan masa antara ibadah dan muamalah sesama manusia.

Fikir-fikirkanlah...

26 June 2010

Hanya Pada Nama

Datangnya Islam adalah sebagai pelengkap kesempurnaan kehidupan seorang manusia. Islam boleh diibaratkan ‘software’ yang paling sesuai bagi menggerakkan kehidupan manusia. Tanpa Islam, manusia bagaikan mayat hidup tanpa tujuan. Manusia akan menjadi rosak lantaran diresapi atau dijangkiti ‘virus’ dunia hasil suntikan syaitan laknatullah. Allah s.w.t itu Pencipta manusia. Dia juga yang menjadikan alam sekitarnya, haiwan, tumbuh-tumbuhan, daratan, lautan, bumi, bintang dan langit. Semuanya bagi kemudahan manusia. Jadi, Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada manusia dan Dia juga Maha Memahami apa yang buruk, yang boleh memudharatkan manusia. Allah mengutuskan para nabi dan Rasul sebagai mentor untuk memudahkan manusia memahami kehidupan yang sebenar yang digariskan oleh Allah. Agar manusia keluar dari kesesatan dan kegelapan ke arah jalan yang betul.

Al-Quran itu dan kitab-kitab lain diturunkan sebagai buku panduan manusia. Di dalamnya penuh dengan ilmu untuk mentadbir bumi dan alam serta peraturan-peraturan kehidupan yang mesti diikuti, dan jika diingkari manusia itu akan mengalami kerosakan. Ibaratnya, seorang pereka robot. Dia yang menciptakan robotnya, maka dia mengetahui di manakah kelebihan dan kelemahan robot tersebut. Bagi memastikan robotnya itu digunakan dengan baik, lalu dibuat satu buku panduan. Yang mana buku tersebut mengandungi cara-cara pemasangan komponen yang betul, peraturan-peraturan pengendaliannya yang tepat serta batasan menggunakannya. Disertakan juga program-program atau software yang sesuai untuk menggerakkan robot tersebut.

Jika disalahgunakannya atau tersilap memprogramkannya, maka robot itu akan rosak dan gagal berfungsi. Begitulah juga manusia, yang memerlukan Islam sebagai cara kehidupan. Jika mengambil selain daripada Islam sebagai cara hidup, mereka akan rosak akhlaknya, pemikirannya serta kehidupannya. Kerana mereka telah tergelincir daripada fitrah kehidupan manusia. Inilah yang melanda ummat Islam kini. Islam hanyalah terletak pada sesuatu perkara sahaja. Islam umpama pakaian, jika diperlukan, maka ia akan diambil. Jika tidak, mereka akan menanggalkannya bahkan dibuang jauh-jauh. Begitu jua dengan Al-Quran. Hanyalah sebuah buku hiasan di rak-rak. Hanya berguna jika berlaku kematian dan majlis tertentu sahaja. Al-Quran juga umpama wajib bagi kanak-kanak untuk membacanya sampai tamat 30 juzuk dan harus atau tidak perlu bagi yang dewasa membacanya. Kalau ditanya, “kenapa kau tak baca al-Quran?. Jawabnya mudah, “ aku dah tamat laa”. Inilah senario masyarakat Islam di Malaysia ini. Makin hari, makin jauh daripada budaya dan ajaran Islam yang suci. Islam hanya tinggal pada nama, bukan pada amali. Semakin hari semakin terhakis sikit demi sedikit daripada diri. Budaya hiburan melampau pula menjadi tempat di hati. Bagaimanalah hidup hendak diberkati. Jika Islam hanya diingat tika hendak mati. Buat diri yang alpa.

25 June 2010

5-4? Giler ahh!!

5-4? wow! sungguh menakjubkan..
Senior vs Junior..
Mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama,
Mereka merapatkan jaringan menjadi 4-4 sama di separuh masa kedua.
Namun nasib menyebelahi kami dengan kemenangan 5-4..
Seriously giler betul dorang bersemangat kejar walaupun dah ketinggalan.
Tapi yang penting ape aku cakap kat team aku hampir menjadi kenyataan..
Aku cakap " korang makan konfem lepas ni kalah "
That's my experience..
dan benda tu hampir terjadi kerana mereka berjaya menyamakan jaringan..
Tapi yang pelik team dorg makan semakin bertenaga pulak lepas makan..
hahaha..
Paling aku tension masa maen tadi bila aku sendiri sedar kesalahan yang aku buat..
Serius f**k giler rasa..
Tapi aku risau perempuan-perempuan tu nampak aku macam marah sebab hempas bola tadi,
3 kali kott kalau tak salah.. bagi aku tu normal, lelaki maa!!!

Lepas game tu, tunggu eka ambik sijil sebab nak g beli kek,
sementara dorg ambik sijil tu lebih baek aku solat dulu..
Tengah dalam perjalanan g surau, lea panggil
" asal semalam? macam kusut je? "
aku cakap " tak ade ape lah "
Yela, spontan je lea tanye,
memang tak terkata ar..
Laenlah tengah duduk sembang-sembang kan..
Ade lah feel nak jawab.. hahaha..
Tapi Aiman seriously cute giler..
geram aku tengok telatah dye..
teringat mase datang rumah lea sambut birtday dye
kecik lagi dye.. tapi time tu dye asek memekak je..
menangis, tak sempat nak maen dengan dye..
Tapi tadi puas giler dapat maen dengan dye..
Ayie tau laa kan aku, suka dengan budak-budak..
Tapi yang paling lawak tengok, kakak dye sanggup masukkan
dye dalam longkang untuk ambik bola.. bagus sebab ajar dye berdikari
dan pengalaman.. Rasenye aku umur 7 tahun pon tak pernah masuk longkang
sedalam tu.. haha.. gempaQ lea!!
Ikut hati memang nak je tergelak besar tadi, tapi nanti orang usha pelik
plak ketawa sorang-sorang.. aduyai.. lawak giler..
Entah bile laa dapat jumpe aiman lagi..

Balik tu kteorang lepak pink sebab celebrate birtday ayie, echah, dan cikgu azrina
Tapi sebelum tu eka, aku, tira g beli kek, last minute preparation.. haha..
Aku terpaksa cakap dengan ayie " kau lepak sini dulu, jangan lari mana-mana "
Risau gak aku dye balik ke sebab aku tak cakap aku nak g mane..
Lepas sampai sekolah balik je aku ajak dye lepak pink..
Yela mula-mula dye desak nak balik sebab nak main bola,
tengok-tengok tadi hujan bhai.. mane ade orang main bola..
Hikmah tu.. hahahaha..
Tapi sebelum gerak pink aku dapat bagi lea buku yang bertajuk
" Aku Terima Nikahnya " dan " Bercinta Sampai Ke Syurga "
Saje nak berkongsi ape yang aku dah bace.. khatam kott dua-dua buku tu..
Seriously tadi lepak sekejap je, mane tak nye,
da nak pukul 7..
Aku makan sepotong kek terus bla, tapi nasib baik ayie tanye
" kau dah bayar duit air belum "
baru aku teringat.. haha.. kalau tak memang haram laa air yang aku minum tu..
So bayar terus chow balik rumah..

p/s : lea, buku tu tak yah baca tergesa-gesa. Kalau ade masa baru bace sebab lea pon sibuk prepare for SPM. Jangan pulangkan buku tu selagi tak baca habes taw. Nas bagi pon sebab lepas ni maybe dah tak dapat jumpa lea lagi sebab dah nak sambung study balik minggu depan. Kalau jumpa pon maybe dalam bulan November sebab dah cuti balik. So sementara ada kesempatan ini, Nas nak wish selamat maju jaya dan gudluck for your SPM lea! gudluck gak untuk exam-exam sebelum SPM ni. Buat yang terbaik kayh! Kalau ade ape-ape yang memerlukan bantuan nas, call or msg taw. Nombor nas, pqa ade kan.

23 June 2010

Siapa Yang Mampu?

 Kala hati menangis,
Siapakah yang mampu mendengarnya,
Memujuknya,
Juga mengubatnya?

Mama??
Rasa terlalu membebankan mama,
Sudah sering aku mengadu,
Aku malu terus-terusan mengadu,
Walau riaknya,
Seolah-olah mereka dihargai,
Aku tahu..
Mama sentiasa bersedia,
Mendengar setiap yang dibicarakan,
Mengeluarkan kalimah,
Yang menyejukkan..

Tapi maaf,
Aku tak mahu mama turut bersedih,
Melihat dan mendengar luahan hatiku,

Abah??
Raut wajahnya memilu kan hatiku,
Tak sanggup aku menambahkannya,
Tanggungjawab yang dipikulnya,
Sudah cukup menyatakan bebanannya,
Tegakah aku melihat abah,
Terus terbeban?

Tidak!!
Walau aku tahu abah ikhlas,
Cukuplah aku yang merasakan..

Sahabat??
Aku tahu engkau ikhlas mendengarnya,
Tapi engkau takkan faham,
Apa yang bermukim di hatiku,
Aku hargai keikhlasan mu,
Mendengar setiap yang kuluahkan,
Memberi semangat kala aku terjatuh,

Maafkan aku,
Walau engkau tak dapat mengerti sepenuhnya,
Aku tahu 1000 kali dihatimu terdetik,
"Andai aku dapat merasainya",
Aku sungguh bertuah,
Didampingi sahabat sepertimu,

Tapi aku akui,
Walau sederas mana air mataku jatuh,
Di hadapan mu,
Hatiku tetap menangis,
Tiada siapa yang mampu memujuknya,
Mahupun mengubatnya..

Hati..
siapakah yang mampu mengubatmu?

Walau aku membuat coretan,
Di atas 1000 helaian kertas sekalipun,
Mereka tetap tak dapat mengerti,
Mengapa aku tidak mahu berkongsi,
Membebaskan semuanya yang terbuku,

YA ALLAH..
KUPOHON PETUNJUK DAN HIDAYAHMU,
TUNJUKILAH HAMBA JALAN YANG ENGKAU REDHAI,
SESUNGGUHNYA ENGKAU  MAHA MENGETAHUI,
SETIAP YANG TERDETIK DI HATI HAMBA,
KUPOHON KEAMPUNAN MU YA ALLAH,

Aku yakin hanya kepada ALLAH,
hatiku akan tenang dan bahagia.


Luahan ikhlas,
NasrulFaizzAbdulRazak
23Jun2010  

Kita pemuda untuk pemuda

Tiada siapa yang tidak mahukan pernikahan, apatah lagi ditengah lautan godaan dan bisikan hedonisme yang dilanda amuk gelora. Sana sini suasana meresahkan jiwa. Dan bagi pemuda, ia bagaikan suntikan bius yang mengasyikkan. Gelekan si wanita dengan aroma si 'gedik' penggoda. Langsung lupa amaran Rasulullah s.a.w bahawa yang memakai aroma lebihan dari biasa umpama pelacur yang menjual maruah!

Innalillah, menginjak usia, mengejar masa, pemuda semakin resah, kerana ibarat zaman ini zaman kebinatangannya berleluasa. Manakan tidak, hidup manusia bagaikan hidup seekor harimau dominan yang berpaksikan menjaga kawasan dan mencari seberapa banyak harimau betina untuk meneruskan baka. Tapi malang sekali, manusia kini lebih hina dari haiwan-haiwan yang Allah ciptakan.
Mereka mendekati zina. Satu dosa. Mereka melakukan seks rambang. Satu dosa. Mereka membuang anak merata. Satu dosa. Mereka membunuh pula janin dan bayi tak berdosa. Satu dosa. Apakah mereka tidak melihat betapa penyesalan seberat gunung yang akan mereka kendong selepas ini?

Orang muda, darahnya boleh panas serta merta. Kata orang geloranya tidak dapat dikekang dengan sekadar terbuka matanya untuk menjauhi dosa. Ya benar. Tidak dinafikan mengapa baitul muslim juga tumbuh bagai cendawan melata. Ustaz dan ustazah bersungguh-sungguh mencarikan pasangan halal untuk anak muridnya.

Bahkan ada diantara mahasiswa yang 'bersengkang mata' demi memastikan rakannya menerima pasangan hidup yang soleh dan solehah. Walhal dirinya sendiri belum berpunya. Walhal dirinya sendiri dalam gelora.

Melihat sahaja lirikan kelibat muslimah berpurdah, hampir gugur jantungnya. Melihat sahaja muslimah bertudung labuh hingga ke bawah, sudah juling matanya. Bagaimana? Pakaian yang sememangnya sudah menutup aurat masih tetap tidak dapat mengelakkan fitnah. Salah siapa?
Pemuda... pemuda... pemuda.... bagaimana hidup kalian ketika ini? Adakah umpama Yusuf yang sanggup dipenjara demi cintanya kepada Allah?, atau seperti Musa yang sentiasa menjaga maruah biarpun hatinya terdetik untuk si gadis pengembala?

Pemudi, bagaimana kalian pula? Adakah kalian mencontohi Zulaikha yang kabur kerana ketampanan Yusuf?, atau seperti Asiah yang imannya tetap subur ditengah celakanya Fir'aun laknatullah?, atau kalian seperti Sumayyah yang syahid kerana mempertahankan imannya?.

Nah...! Jauh sekali. Kita tidak berhadapan dengan seksaan Fir'aun dan Namrud laknatullah. Kita tidak berdepan dengan pemerintah zalim yang menghalang kalimah Allah seperti zaman Ashabul Kahfi. Kita tidak dikelilingi oleh mata-mata yang sentiasa mengawasi pergerakan kita seperti Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya di tengah jahiliah masyarakat Mekah.

Tetapi kita dikelilingi panahan-panahan hedonisme Yahudi celaka. Kita diselebungi nyanyian dan tarian dari kafir Bollywood sana. Kita dikaburi dengan sinaran harta dan kesenangan dari kafir laknatullah!!!

Panahan-panahan mereka yang berjaya memadamkan semarak api jemaah di Subuh hari. Panahan-panahan kurang ajar yang telah menidurkan pemuda dari bangkit bertahajud di malam hari. Panahan-panahan yang telah menumpaskan pemikiran seorang pemuda yang sepatutnya sedang memegang pedang dan panji Islam di muka bumi ini sambil melaungkan kalimah "LAILAHAILLALLAH!".

YA AYYUHA SYABAB! AINA ANTUM?
WAHAI PEMUDA! DI MANA KAMU?
APAKAH MASIH BERSELINGKUH,
MENARIK SELIMUT DAN BANTAL KEASYIKKAN DUNIA?
APAKAH KALIAN MASIH BERDENGKUR,
MENGECAP MIMPI TARIAN WANITA PENGGODA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN JAUH DI SANA,
PEMUDA PALESTINA BERJUANG MERAIH NYAWA HANYA DENGAN BATU BATA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, NUN DI EROPAH SANA,
MUSLIMAH KITA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PENJARA, HANYA KERANA TETAP MAHU BERTUDUNG MENJAGA AURATNYA?
TIDAKKAH KALIAN SEDAR, DI SINI, DI BUMI KITA BERDIRI,
RAKAN-RAKAN PEMUDA, YANG CELIK MATANYA, YANG MEMPUNYAI KEINGINAN MEMBANTU KALIAN,
TERCATUK TERPANA KERANA BERSENDIRIAN DITENGAH AMUKAN HEDONISME?

Andai kalian tidak mahu membantu, tidak mengapa. Tetapi sebentarlah. Berikan beberapa ketika untuk mendengar apa yang mahu kami katakan. Kami tidak menghina kalian. Kerana kami sayangkan kalian semua. Kita sama-sama pemuda, ada masalah, kita kongsi bersama.

Janganlah dibiarkan, hanya kerana kalian terleka lantas membuat dosa, kalian rasakan tidak ada yang akan duduk bersama, mendengar kekesalan dan rintihan dari kalian. Kami bersedia! kerana kami juga pemuda. Kami juga merasa. Kami merasa setiap kegundahan yang kalian rasakan.

Ayuhlah wahai pemuda!. Muslimin, muslimah. Alhamdulillah, kita dicelikkan mata kerana Allah. Jadi, jangan sesekali kita memandang sinis dan hina pada sahabat kita yang telah bergelumang dengan dosa diluar sana. Tiada siapa yang tahu, mungkin kelak, mereka akan bertaubat, lantas menjadi muslimin dan muslimah yang hidupnya hanya mengharapkan redha Allah. Dan mungkin kelak, kita akan terjatuh terduduk bergelumang dalam noda dan dosa, Na'uzubillah... tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang mahu.

Bukalah mata, kerana sinar mentari kan tetap terbit jua. Selagi mana nyawa masih ada, selagi itu keampunan Yang Maha Esa masih segar untuk kita. DIA sedang menunggu kita sahabatku. DIA sedang menunggu kita. DIA sedang menunggu kembalinya hamba kepada penciptanya....

p/s : entri ni aku ambik dari orang untuk berkongsi dengan anda semua sahabat yang disayangi. Sayangnya seorang sahabat bukannya pada keseronokkan bersama semata-mata. Tetapi ketika susah dan senang bersama. Sewaktu gembira dan sedih berkongsi perasaan bersama. Dan sering nasihat-menasihati agar bertambah baik dari hari ke hari yang mendatang. InsyaAllah.

Buat Insan Yang Diuji

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyeksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai. Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).


Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan engkau semakin dekat denganNya. Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

22 June 2010

Rukun Iman Ke Enam

Pastinya sahabat semua maklum mengenai rukun iman ke enam yang wajib untuk kita beriman dan beramal dengannya iaitu percaya kepada qada’ dan qadar yakni kepada ketentuan dan sukatan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Soal mati, jodoh, rezeki semuanya telah ditetapkan di Lauh Mahfuzh sepertimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi:

‘Suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi S.A.W. lalu beliau bersabda :‘Hai anak, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat (ertinya): Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu, Jagalah Allah nescaya kamu dapati Dia ada di hadapanmu, bila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan bila kamu minta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah bahawa umat, seandainya mereka bersepakat untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, nescaya mereka tidak akan dapat memberimu manfaat apa-apa kecuali dengan apa yang telah Allah taqdirkan buatmu, dan seandainya mereka bersepakat untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu sedikitpun kecuali dengan apa yang Allah telah taqdirkan atasmu, pena-pena telah terangkat, dan lembar tulisan pun telah kering.’

Iman dan Amal

Acapkali apabila kita di uji kita disuruh untuk bersabar, selain bersabar Allah swt juga menganjurkan untuk kita bersolat (Al-Baqarah:45). Apabila kita bersabar, ia dikatakan sebagai sebahagian daripada iman,pernahkah sahabat persoalkan apakah kaitannya dengan iman?

Sabar dan Iman

Melalui jalan sabar ia membuka pintu untuk kita menerima dan redha pada ketentuan Allah swt yakni rukun iman yang ke enam. Tanpa sabar pastinya setiap diri yang di uji akan melatah dan tunduk pada pujukan dan hasutan syaitan yang durjana. Ketika diri di ujilah,segala bisikan syaitan akan cuba meracuni minda, pelbagai andaian yang timbul, kalaulah begini, kalaulah bagitu sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku". Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan." [Riwayat Muslim]

Hati juga mula merasa gelisah, solat tidak dirasakan khusyuk lagi dan kehidupan seluruhnya menjadi tidak menentu hanya kerana ujian yang menimpa. Maka Allah swt tekankan bahawa ‘sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;’ (Al-Baqarah:45) di dalam ayat yang sama.

Ini kerana apabila merasa beban ujian dari Allah swt semakin sukar dirasakan untuk menghadirkan hati dan memperoleh khusyuk ditambah lagi dengan hasutan syaitan yang semakin rakus cuba untuk melemahkan lagi iman di hati.

Oleh itu, seharusnya kita sentiasa perlu menyedari keperluan untuk beramal dengan rukun iman ke enam ini dan bukan sekadar cukup untuk menghafalnya sahaja dari kecil sehingga dewasa tanpa ada sebarang tambahan nilai kepadanya. Moga dengan itu, apabila kita diduga oleh Allah swt kita sedar dan tidak terjerumus ke lembah yang hina.

Tiada siapa yang dapat lari dari ujian, bezanya adalah bagaimana seseorang hamba itu berdepan dan menghadapi ujian tersebut sepertimana Allah swt telah berfirman yang bermaksud:

‘Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).’ (Al-Baqarah:214)

Berpegang teguh kepada tali Allah swt

Hanya Allah swt yang mampu memberikan kekuatan kepada hati yang sememangnya dimilikiNya. Maka, apabila kita diuji oleh Allah swt seharusnya kita kembali merintih kepada Maha Pengasih dan bermuhasabah keadaan diri. Jangan pernah berputus asa kerana qada’ dan qadar yang ditetapkan pasti ada hikmahnya kerana Allah swt tidak akan menzalimi hamba-hambaNya sepertimana janjiNya dalam al-quran(Al-Imran:108).

Walaupun hakikat cubaan amat pahit untuk ditelan namun demi kebahagiaan yang lebih hakiki kita perlu untuk terus berpegang teguh kepada tali Allah swt, telusurilah perjalanan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat yang hanya bertemankan jalan berduri dan bandingkanlah keadaan diri sendiri. Jangan pernah menipu dan mengaku bahawa ‘akulah orang yang paling malang di dunia’ kerana tiada yang lebih malang dari mereka yang jauh dari rahmat Allah swt yang dijanjikan azab yang kekal dan tidak terperi hebatnya.(Al-Imran:177)

Yakinlah ada pelangi di hujung jalan itu

Oleh itu marilah wahai sahabat semua, kita sematkan dan tambahkan keyakinan kita kepada rukun iman ke enam ini. Ketahuilah bahawa syurga yang penuh nikmat kebahagiaan dan kekal selama-lamanya itu hanya dijanjikan kepada meraka yang benar-benar layak sahaja.Dan jalan untuk melayakkan diri ke sana adalah melalui dugaan-dugaan yang diberikan di sepanjang kehidupan ini.

Walau apa jua dugaan yang kalian hadapi, ketahuilah Allah akan pasti sentiasa di sisimu, tersenyum melihat hambaNya yang sering bersyukur dan redha pada qada dan qadar Nya. Maka, tenanglah wahai jiwa-jiwa yang diuji.

Wallahu’alam

21 June 2010

10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

1) WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar" , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa dan tidak nyaman.

2) TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku". (HR. Muslim)

3) LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Jika salah seorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam". (HR Bukhari dan Muslim)

4) HADIRNYA FIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata, "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia shalat". (HR Bukhari)

5) TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata, "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah, asal dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berperilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul karena dua perilaku buruk, iaitu semberono dan terburu-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal. Asal mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang shalat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu" (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya, "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

7) MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba". (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda, "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin". (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya". (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin menggangu kekhusyu'an solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan" (Riwayat Thabrani). Ibnu Hajar mengomentari kenyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara"

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya". (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

WanNurAtikah! Brazil 3 IvoryCoast 1

Pagi tadi game, Brazil menang 3-1 dengan Ivory Coast.. haha.. tulis ini bukan sebab suka dengan kemenangan Brazil tu, tapi disebabkan aku target jumlah gol untuk game ni tepat.. hahahahaha.. tak percaya tanya eka.. kan?

Mula-mula tanya dia, " pagi ni Brazil vs Ivory Coast rase sape menang? " Dia cakap " mestilaa Ivory Coast.. haha.. tanak Brasil ".. So okayy la, dia cakap macam tu aku pilih laa Brazil untuk game pagi tadi dengan target Brazil menang 3-1..

Tengok-tengok game pagi tadi its really happened.. haha.. aku pon macam tak percaya tepat target aku.. masa Brazil tengah leading 3-0, cakap dengan abang aku, " tadi aku cakap dengan member aku game ni Brazil akan menang 3-1, sekarang ni da 3-0.. kalau betul terjadi memang giler ar ".. Abang aku cakap " takkan nye Ivory Coast kene lagi sebijik ".. So kteorg sambung ar tengok, tiba-tiba minit-79 kalau tak silap, Drogba gol.. hahaha.. Aku cakap " ini satu benda ajaib, tadi aku cakap dengan member aku tu main target je " abang aku cakap balik " alaa.. ni Ivory Coast boleh dapat gol lagi ni " dalam hati aku cakap, " ohh.. dia taknak aku punye target tepat ni.. Tadi cakap Ivory Coast kene lagi sebijik, sekarang cakap Ivory Coast boleh dapat lagi satu gol ".. hmmm, layan kan je la.. Tengok-tengok keputusan kekal sampai tamat game.. hahahahaha.. UNBELIEVEABLE!!

Yang Nadia pulak semangat bangun tengok game pagi tadi sebab nak tengok Kaka.. hmm., tengok-tengok Kaka kene kad merah.. hahaha.. Abang aku cakap " Kaka tu dah bosan ar tu menang lagi, tu yang dia buat benda bodoh.. Lagi pon Brazil dah layak dia malas nak main untuk game lepas ni kott "

tapi Brazil pagi tadi cara maen dorg memang 1st class giler! short pass bagus, counter-attack yang menggila laju.. Memang layak mereka mempunyai title SAMBA KICK..

20 June 2010

OpenDay TUDM 2010

Pagi tadi kami (abah,angah,aku,pakli,syiqin) pergi Hari Terbuka TUDM 2010 di Pengkalan TUDM Sungai Besi.. Lebih kurang pukul 1030 sampai pastu trus g tengok gerai-gerai jualan yang ada kat situ.. Tiba-tiba orang ramai melihat ruang udara, ingatkan apatah rupa-rupanya anggota penerjun TUDM sedang menuju ke daratan menggunakan payung terjun.. Tinggi berapa kaki tah, tapi kecik giler kott mase dorg baru terjun dari pesawat tu.. Best giler! teringin jadi macam dorg.. Pastu dorg bwat demontrasi menyelamatkan anggota pesawat terhempas.. Terbaik!



Lepas da pusing semua tengok pesawat-pesawat yang dipamerkan masuk ke galeri TUDM plak.. Tengoklah serba sedikit barang-barang yang dipamerkan tu, tapi yang menarik perhatian kami, terteranya gambar-gambar dan sejarah Pak Ngah kami adik-beradik iaitu abang kepada ayah aku.. Dato' Seri Abdullah bin Ahmad merangkap Panglima TUDM..





Aku respect giler Pak Ngah aku ni sebab beliau dari keluarga yang susah tapi beliau berusaha sehingga dapat memegang jawatan Panglima TUDM Mac 2003-April 2004..





Dan beliau merupakan panglima pertama yang membuat aksi akrobatik sepeti gambar di bawah



Jadi kami adik-beradik juga abah didik untuk bersusah walaupun dye mampu memberikan kesenangan.. Aku bersyukur sebab abah dan mama dah memang didik kami susah dari kecil, jadi kami adik-beradik tak demand.. Aku pon tak pernah keluar jalan-jalan MINTA duit dari kedua ibubapaku malah pakaian dan barang yang aku inginkan memang guna duit aku 100% yang aku cari hasil titik peluh sendiri.. Tapi ade gak mereka BAGI duit sikit.. BAGI dan MINTA dua perkataan yang berbeza dari segi maksud, jadi fahamkan elok-elok..

Dalam pukul 1255 kami pun pulang trus ke rumah. Fuh!! penat giler bhai.. kulit memang konfem da hangus sebab berada di bawah pancaran matahari selama 2 jam, dengan mengantuknya lagi.. aduyai.. semalam da ar tidur pukul 330 pagi.. pastu Echah cerita pasal dye, kesian dohh.. Manusia manusia, rambut sama hitam hati lain-lain.. Bagi mana-mana lelaki yang baca entri aku ni, tolonglah baca entri aku yang bertajuk 'Lelaki Pelindung Wanita'..

Kita lelaki adalah pelindung kepada wanita, tak kesah lah wanita tu adik kita ke, mak kita ke, makcik kita ke, girlfriend kita ke, kawan-kawan kita ke.. Amanah bhai, ingat tu.. Allah jadikan kita golongan yang kuat bukan dengan tujuan menindas kaum hawa, tapi kita menjadi pelindung dan pemimpin kepada mereka.. Menindas termasuklah mainkan perasaan mereka, mempergunakan mereka dan macam-macam lagilah.. Malas aku nak hurai lagi, korang baca jelah entri yang bertajuk 'Lelaki Pelindung Wanita' tu..

Pada echah, eka, tira. Kalau korang ade masalah cerita je lah kat aku. Mungkin aku dapat tolong ke kan. Ape guna ade mmbe kan. Sebab bagi aku korang bertiga je yang KAMCING dengan aku. Cakap lepas je, takde malu segan yee tak! haha.. Yang lain baik ar gak tapi takde ar seNGAM macam dengan korang. Yang sebaya kita laa, yang bawah-bawah kita ade gak yang KAMCING.. 3 sekawan gak satu masa dulu dorg tu. hahahaha.

Internet: Anda Golongan Yang Mana?

Pada masa kini secara umumnya ramai yang telah didedahkan dan berkemahiran untuk menggunakan kemudahan internet sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi. Dengan kemudahan internet, semua kebaikan dan keburukan berada di hujung jari anda.

Terdapat tiga golongan yang menggunakan kemudahan internet ini :

Pertama : Golongan yang memanfaatkan kemudahan internet untuk menyebarkan, berkongsi atau menimba ilmu dunia dan akhirat, menambahkan pendapatan kewangan, merapatkan ukhuwwah sesama insan dan sebagainya. Semua itu boleh dimasukkan ke dalam senarai amal solehnya dan dia mendapat ganjaran untuk kebaikan dunia dan akhiratnya.

Kedua : Golongan yang menghabiskan masa berada depan komputer dengan bermain game, mendengar lagu, berborak kosong (chatting) dengan sesiapa sahaja, ‘merayau-rayau' tanpa tujuan dan yang sewaktu dengannya. Waktunya dihabiskan berjam-jam tanpa sebarang faedah untuknya.

Ketiga : Golongan yang menggunakan internet untuk memuat naik dan memuat turun gambar-gambar tidak senonoh, melawati laman-laman porno, mengumpat, menyebarkan fitnah, melaga-lagakan manusia, menghasut sehingga memutuskan hubungan silaturahim dan memusnahkan rumahtangga, berborak menggunakan bahasa kesat dan kasar, memuat naik gambar-gambar peribadi dan banyak lagi aktiviti-aktiviti di internet yang mengundang laknat dan murka Allah SWT.

Bersama-sama kita bermuhasabah. Kita golongan yang mana? Sekiranya anda golongan yang pertama, anda hebat! Anda beruntung dan berbaloi walaupun dua atau tiga jam menghadap computer.

Sekiranya anda golongan yang kedua, anda golongan yang rugi kerana masa anda dipersia-siakan tanpa sebarang faedah. Anda akan menyesal di akhirat nanti ketika berdepan dengan hisab amalan satu persatu termasuk masa yang kita habiskan.

Atau anda golongan yang ketiga? Awas!!! Dan hentikan tabiat buruk itu. Anda sedar atau tidak anda sebenarnya membuat koleksi dosa-dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil. Dosa mengumpat dan memfitnah zaman moden ini amat mudah dilakukan. Tidak perlu bersuara atau berkumpul ramai-ramai. Hanya dengan sekali klik dosa mencurah-curah menjadi milik anda.

Mudarat internet amat besar. Kerana internet boleh menghilangkan maruah diri seseorang, boleh meruntuhkan rumahtangga, boleh memutuskan hubungan dua sahabat dan boleh meruntuhkan sebuah kerajaan.

Konklusinya, berhati-hatilah dalam menggunakan kemudahan internet. Manfaatkan kemudahannya untuk menjana amal soleh dan kebaikan di dunia dan akhirat. Jangan kerananya menyebabkan kita menerima penghinaan dan azab yang pedih bila kembali ke kehidupan yang sebenar nanti.

Stress: Baik atau Buruk?

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan. Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju, pernahkah kita terfikir untuk berhenti? Pernahkah anda merasa stress atau tekanan yang sangat hebat?

Pasti setiap diri pernah merasa tekanan dalam kehidupan. Ada banyak sebab kita sering tertekan. Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi senarai masalah kita.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Pernahkah anda terfikir hikmah mengapa Allah jadikan masalah yang akhirnya memberi tekanan kepada kita? Pernahkah anda merasakan bahawa dugaan yang diterima sangat berat dan tidak tertanggung? Mari sama-sama kita teliti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah (2:286):

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai tuhan kami! Janganlah engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai tuhan Kami ! Janganlah engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai tuhan kami! Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Petikan dari surah ini menunjukkan Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya. Allah menguji makhluk sesuai dengan keupayaan makhluk tersebut.

Sahabat-sahabat,

Satu dimensi berbeza untuk kita melihat tekanan dan ujian yang melanda diri kita. Mari kita sama-sama melihat bahawa tekanan dan ujian itu adalah hadiah dari Allah. Ya, hadiah dari-Nya. Bagaimana?

1) Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.

Sudah menjadi lumrah apabila kita berada dalam kesusahan kita akan meminta pertolongan. Tekanan sebagai salah satu masalah yang menimpa diri kita mampu membantu kita untuk taqarrub, mengadu, mengaku kesalahan dan kelemahan diri kita. Ya, Allah ingin kita mengadu kepada-Nya. Sedarkah kita apabila kita senang, kita sering melupakan nikmat Allah, jadi tekanan ini membolehkan kita mendekati Allah dan terus mengadu kepada-Nya.

2) Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.

Sedarkah kita apabila kita tertekan, ia mungkin berkait dengan pengurusan diri yang kurang baik? Jika berhadapan dengan tugasan yang terlalu banyak akan merasa tertekan. Bila difikirkan kembali, ia mungkin berkait dengan ilmu pengurusan masa dan kerja yang kurang efektif. Jadi, marilah kita sama-sama muhasabah kekurangan ini dan memperbaikinya.

3) Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal.

Biasa kita melihat ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anak dengan berjaya selepas kematian suami. Anda rasa, mengapa mereka berjaya? kerana adanya tekanan. Ya, tekanan menjadi 'driving force' atau daya penguat untuk mereka berusaha. Tekanan untuk memastikan yang terbaik diberi kepada anak-anak memungkinkan mereka terus berusaha tanpa memikirkan penat lelah.

4) Tekanan sebagai medium menguji keimanan.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran (3:139):

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

Lihat sahabat-sahabat sekalian, Allah memberikan motivasi langsung kepada manusia. Jangan berasa lemah dan jangan bersedih hati yang berlebihan. Kerana jika kita bersabar, melawan perasaan sedih dan seterusnya berusaha untuk bangkit, kitalah antara orang yang Allah kasihi.

5) Tekanan sebagai batu loncatan bukan sebagai batu penghalang.

Seringkali kita mendengar keluahan orang yang tertekan. Mereka merasakan bahawa masalah yang membawa kepada tekanan akan menyusahkan hidup mereka. Cuba sahabat-sahabat melihat tekanan sebagai pemangkin kejayaan bukan sebagai pembantut. Bagaimana? Cuba kita bayangkan, andainya kita dapat mengubah tekanan yang kita rasai kepada tenaga positif, ia sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita berjaya. Dengan kata lain, kita "menekan" diri kita untuk cuba menyiapkan kerja sebaik mungkin dan tidak mengeluh. InsyaAllah ia akan menjadi kekuatan kepada kita. Bila kita diuji lagi, kita akan terbiasa dan mampu menghadapinya dengan baik.

Sedikit penambahan tentang ciri-ciri orang yang sabar yang dinyatakan Allah dalam Surah Ali-Imran (3:146):

"Dan berapa banyak dari nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."


Motivasi Allah kepada manusia: Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah!

Satu perkara yang perlu kita sedari ialah, kelahiran kita di dunia ini adalah bukti kita insan yang terpilih untuk hidup di bumi Allah. Jadi, jangan jadikan tekanan sebagai perkara yang melemahkan kita. Merayulah , mengadulah, berdoalah kepada Allah, kerana dia maha mendengar dan memakbulkan permintaan hamba-Nya. Yakinlah sahabatku setiap ujian ada hikmahnya, kita perlu bersabar untuk menyaksikannya.

Sekadar ingatan buat diri ini jua.

Wallahua'lam.

19 June 2010

Kelebihan Vitamin C Dalam Roselle

Roselle (hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.


Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :

1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL menebal di arteri menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis dan trombosis yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.

18 June 2010

Kusut!!!

Semalam 17 Jun 2010
hari yang kusut bagi aku
nak cakap happy tak gak
nak cakap sedih tak gak
nak cakap tension tak gak
nak cakap rungsing tak gak
aku pon tak tau lah nak cakap perasaan aku, bercampur baur
mood aku tak tentu

petang tadi pon maen bola aku agak serius dan langsung takde berlawak dengan dorg
jadi ia effect pada persembahan permainan aku
mungkin sebab benda tuu
depan mata aku sendiri
tapi ape kene mengena aku yang terasa?
tak boleh cakap gak sebab aku dah jaga dye
elok-elok takkan aku tak rase apa kan??
ish, giler ar
tapi tadi aku rase ayoi perasaan aku tak macam biasa
sampaikan ayoi cakap
" nas, asal serius je harini? "
tak terjawab aku, hanya mampu senyum terpaksa

nak tulis kat sini pon tak gune gak sebab pasal diri aku
sendiri yang memang tak selayaknya menjadi tatapan umum..
ape gune ade kawan kan??
mungkin sesiapa bernasib baik berpeluanglah aku cerita isi hati aku ni..
tapi yang paling penting aku kene sentiasa berdoa pada Allah supaya Allah gagahkan semangat aku menempuh hari-hari yang mendatang
aku teringat gak pada huraian entri aku sebelum-sebelum ni yang bertajuk
' Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji '

Dan malam tadi baca Yaasin antara harapan agar Allah kembalikan semangat aku seperti sedia kala atau lebih lagi daripada sebelum ini.. bukan apa kadang-kadang bende ni tak lah seberat mana pon, tapi emosi kita tak terkawal kan!
tak abes-abes teringat je, tu yang mempengaruhi mood kita..

Pastu malam tadi aku on9 satu cerita yang mengejutkan emosi aku lagi.. lagilah lemah giler semangat aku sampailah sekarang ni.. Astagfirullah al-azim!! Sebenarnya bende ni malas aku nak catatkan dalam ni, tapi aku rase perlu gak aku catatkan. Nampak! ayat aku pon pening kan? lagi pening kepala aku fikirkannya.

Bukan ape, benda satu ni effect kat benda lain dohh.. aku bagi situasi ar, kalau kita takde gula, mesti ade effect kan.. antaranye tak dapat buat air, memasak, buat kuih, buat kek.. so macam tu lah sekarang ni, dengan perasaan aku yang bercelaru ditambah pula nak kene fikir macam mane nak selesaikan segala masalah-masalah ni.. aduyai.. malas aku nak tulis panjang-panjang lagi lebih baik aku tidur, biar neutral balik emosi aku seperti biasa tapi masalah tu memang perlu diselesaikan. Bak kata-kata yang aku pegang untuk panduan hidup : " Kita nampak musuh jangan kita lari tapi kita perlu tempuh dan lalui "

Dan ada sebuah kata-kata disisipkan dengan harapan akan kembalinya semangat yang hilang:

" Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya hingga kita terduduk dan menangis. Perit terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Allah mahu menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak keranan mungkin ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan "

Wallahu'alam, sekian,
Ikhlas dari
NasrulFaizzAbdulRazak
2:12 A.M. 18JUN2010

17 June 2010

Pusingan Pertama Peringkat Kumpulan

Assalamulaikum semua, hahahahahaha..

semangat aku baru balik tengok bola terus nak update blog.. agak-agak sebab ape? sebab SPAIN kalah? bukan-bukan.. tak sekejam tu aku.. aku nak update sebab sekarang ni perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan dah habis.. so aku nak rumuskan serba sedekit tentang perlawanan sepanjang pusingan pertama ni sementara game untuk pusingan kedua peringkat kumpulan akan berlangsung sejam setengah dari entri ini sedang ditulis iaitu 1 pagi..

Perlawanan pembukaan iaitu South Africa vs Mexico berkesudahan dengan seri 1-1.. aku sebenarnya mengharapkan South Africa menang HANYA kerana mereka tuan rumah.. Senang cerita maruah laa.. Tapi jaringan player South Africa-TSHABALALA sedap bhai.. kalau aku dapat macam tu memang puas hati giler ar.. naseb tak koyak jaring je..

Perlawanan seterusnya dalam kumpulan A - Uruguay vs France dengan keputusan seri tanpa jaringan 0-0 , aku malas nak ulas game ni sebab France awal-awal lagi aku cakap tak ada harapan jadi inilah buktinya.. Uruguay je kott..

Dalam kumpulan B , Argentina vs Nigeria.. aduyai segan aku nak tulis , menang cuma 1-0 je.. Aku ingatkan team pilihan aku ni boleh MAKAN BESAR dengan Nigeria tapi... aduh!! Ape yang aku nak simpulkan dalam game ni KEEPER Nigeria-ENYEAMA terhebat!! lebih 4 percubaan TEPAT Messi dye selamatkan.. Tak kira lagi percubaan tepat player lain.. naseb naseb!!

Perlawanan lain dalam kumpulan B South Korea vs Greece.. Keputusan mengejutkan kerana South Korea menang 2-0.. Lagi sekali aku nak cakap , menang 2-0.. Greece merupakan JUARA EURO CUP 2006 telah tewas di tangan wakil Asia.. hahaha.. ASIA TERBAIK!!!

Kumpulan C pulak , England vs USA.. hahahahahahaha.. seri 1-1 , hahahaha.. Seperti mana yang yang telah cakap pada entri sebelum ini " disebabkan atas padang terlalu ramai player star , masing-masing buat kepala sendiri. kalau nak dikirakan sempurna team ni cume keeper dorg je masalah , tak hebat. " so adakah aku cakap kosong?? Terbukti kerana keeper telah melepaskan GOL MUDAH atas kesilapannya menyebabkan England terpaksa berkongsi mata dengan USA..

Perlawanan lain , Algeria vs Slovenia.. Slovenia menang 1-0 ke atas Algeria.. Malas nak ulas sebab game TAK BEST!!! haha..

Kumpulan D , Germany vs Australia.. Germany 4 Australia 0.. Cuba tengok balik ape yang aku komen tentang Germany.. " team ni pon tak kurangnye , ramai menganggap tiada harapan. tapi INGAT! mereka memiliki ramai player muda yg berpontensi. tapi mungkin semangat mereka TERSENTAP selepas BALLACK langsung tidak dapat beraksi. "
Jadi adakah aku cakap kosong lagi? Ia terbukti kerana keempat-empat penjaring yang berbeza. Mereka ialah PODOLSKI , KLOSE , MUELLER , CACAU.. Cuba try sikit cek umur mereka ni , tua ke muda? Dan selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk pusingan pertama ni, GERMANY adalah negara yang PALING BANYAK jumlah jaringannya..

Perlawanan lain , Serbia vs Ghana.. serbia tewas 0-1 dengan Ghana.. Dan game ni pon aku malas ulas sebab TAK SYOK!!! haha..

Kumpulan E , Netherlands vs Denmark.. Netherlands hanya berjaya menjaringkan 2 gol tanpa balas.. Player yang menjadi tarikan aku ialah ELIA , walaupun dimasukkan pada minit ke-67 agak banyak jugak gerakan yang dye hasilkan membuatkan defend Denmark kucar-kacir dan salah satu gerakannya telah menghasilkan gol yang dijaringkan oleh KUYT.. ni pon team pilihan aku yang kedua selepas Argentina.. Jadi KEDUA-DUA team pilihan aku buat masa ni menang dalam game permulaan ini.. hahahaha..

Selain perlawanan di atas, perlawanan lain dalam kumpulan E ialah Japan vs Cameroon dengan keputusan Japan 1-0 Cameroon.. So wakil Asia kedua yang membuat kejutan.. Tapi tak terkejut mana ar sebab Cameroon je kott.. Tapi bila Japan beraksi cuba perhatikan gerak-geri HONDA.. Gerakan dye gak menyebabkan pihak lawan akan berasa panik terutamanya ketika dye mengambil free kick (sepakan percuma).. Cubalah perhatikan!!

Kumpulan F , Italy vs Paraguay.. Seri 1-1.. Tengok balik komen aku pasal Italy , " dalam mane-mane temuramah samada di tv , radio kebanyakkannya tak pilih team ni kan. asal ha? sedangkan dye JUARA BERTAHAN bhai. tapi kalau aku pon aku tak pilih itali ni. haha , team yg bagi aku kucar-kacir. juara edisi sebelum ni pun sebab naseb kott.. haha , giler kejam! " jadi komen aku telah terbukti hasil daripada keputusan yang terhasil ini.. Paraguay patut berbangga ar sebab dapat mengikat Italy sehingga wisel tamat..

Perlawanan lain , New Zealand vs Slovakia , seri 1-1.. Game ni pon aku malas nak ulas sebab TAK MENARIK!!! haha..

Kumpulan G , Ivory Coast vs Portugal.. hahaha.. Seri tanpa jaringan 0-0.. Ade star tapi bosan game ni.. bak kata eka dalam blognya " memang tanak kalah.. asyik jatuh..adoi tapi yang tak tahan duadua dapat yellow card..wahahaha :D "
Yang Ivory Coast-player laen TAK PANDAI maen dengan Drogba.. Aku rase kalau kat Chelsea yang last minute Drogba buat hantaran lintang tu da lama ade je player Chelsea yang sapu untuk jaringkan gol. Ni semalam player lain tengok je bola tu melintas depan gol.. Hampeh! Yang Portugal-tak habes-habes mengharapkan Ronaldo.. Ni pon hampeh gak! Ni pon cuba tengok apa aku komen pasal Portugal dalam entri sebelum ni , " hmm?? ni pon setakat suku akhir boleh ar kott. tapi tu pon da tercungap-cungap. serious! mereka terlalu bergantung pada NANI dan RONALDO je. "
tengok!!! betul tak ape pendapat aku? haha..

Perlawanan lain , Brazil vs North Korea.. Brazil menang 2-1.. Gol jaringan MAICON memang TERHEBAT!! Game ni pon aku sangkakan Brazil boleh kenduri besar , tapi....
Dan yang aku pelik , asal player North Korea gembira giler bila dapat jaringkan gol? haha.. Padahal tengah ketinggalan! Mungkin mereka suka sebab perbezaan jaringan dengan Brazil cuma satu je kott..

Kumpulan terakhir ialah kumpulan F.. Perlawanan Honduras vs Chile.. Honduras tewas dengan jaringan satu gol tanpa balas (1-0).. Game ni pon malas nak ulas , tapi game ni aku tengok BEST!!!

DAN......

Perlawanan terakhir pusingan pertama peringkat kumpulan adalah Spain vs Switzerland.. keputusaan DI LUAR DUGAAN.. Spain tewas 0-1 hasil jaringan FERNANDES minit ke-52.. wow!! kejutan terbesar!! Bagi aku game ni GAME AJAIB.. sebab kalau tengok dari awal sampai habis memang SPAIN yang pegang game ni.. Sehinggakan pada minit ke-70 statistik ditunjukkan bahawa Spain dah buat sepakan ke arah pintu gol Switzerland 12 kali manakala Switzerland hanya berjaya membuat sepakan ke arah pintu gol Spain 2 kali sahaja dan salah satu daripadanya telah menghasilkan gol.. Ajaib Ajaib!!

Tapi bak kata angah " biar Spain kalah awal, biar tersedar sikit ".. hahaha.. Abang aku penyokong setia Spain..
Bak kata syamin " defend Switzerland susah gile nak tembus "
Bak kata tira plak " takpe.. takde rezeki.. "
Bak kata eka plak " tapetape.. nasib jaaaaaa.. "
dan adik aku Nadia, tak tahulah ape plak pendapat dye.. Tak abes-abes gado dengan ayie pasal Spain kat fb.. haha..

Jadi sekian sahaja ulasan aku untuk pusingan pertama peringkat kumpulan ni.. Sekarang ni pon dah pukul 2.35 pagi.. Game untuk kumpulan A pon sampai dah mula , lama giler aku menaip.. kayh..

Majulah Sukan Untuk Semua
1 Sorakan 1 Malaysia 1 Dunia
ape sorakan yang dimaksudkan?
GGOOOOOAAAAALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

16 June 2010

Kehilangan Sebutir Lagi Permata PAS

Pagi semalam pukul 8 , aku dgn adik aku terus gerak ke Markaz PAS Taman Melewar untuk menghadiri solat jenazah utk jenazah arwah Ustaz Hassan Shukri seperti yang aku telah nyatakan dalam entri sebelum ini. Dalam pukul 8.20 pagi kami sampai, deretan kereta telah memenuhi di sepanjang bahu jalan di situ. Tengok dari luar markaz, ramai manusia telah memenuhi ruangan halaman rumah arwah.

Kami masuk ke kawasan berdiri sambil menunggu lagi orang ramai yang mahu datang untuk bersama-sama dapat menyolatkan jenazahnya. Ketika itu, pimpinan yang aku nampak Presiden PAS-Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS-Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS-Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar, Bekas Mufti Perlis-Ustaz Asri, Mantan Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Dato’ Seri IR Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak-Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Idris, dan pembesar-pembesar luar negara.

Dalam pukul 8.45 pagi, ramai Unit Amal Malaysia mengiringi seseorang tokoh masuk ke halaman rumah, rupa-rupanya mereka sedang mengiringi Mursidul Am PAS-Tuan Guru Nik Aziz. Hadirin yang tengah duduk semua berdiri menghormati kedatangan beliau. Tuan Guru Nik Aziz terus masuk ke rumah untuk melihat jenazah. Selepas 10 minit Tuan Guru keluar dan kami hadirin terus berdiri untuk melakukan solat jenazah. 7 minit selepas para jemaah berdiri membuat saf, jenazah dibawa keluar dari rumah untuk disembahyangkan. Limpahan manusia memenuhi ruangan untuk solatkan jenazahnya. Allahuakbar! Turut kelihatan yang hadir sebelum solat ialah YB Sharir Samad-wakil rakyat Shah Alam dan Menteri di Jabatan Perdana menteri-Dato’ Seri Jamil Khir.

Selesai solat, giliran kedua solat jenazah dilakukan bagi sesiapa yang tidak dapat menyembahyangkannya lagi kerana terlalu ramai orang. Selesai solat jenazah giliran kedua itu, jenazah mahu dimasukkan ke dalam van jenazah. Saat itu, orang ramai berebut-rebut mahu mengangkat jenazahnya. Itulah tanda orang yang disayangi ramai. Allah memuliakannya sehingga di saat kematiannya. Tapi sewaktu itu aku dan adik aku terus bergegas ke motor untuk mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan. Perjalanan ke sana lancar kerana Unit Amal Malaysia mengawal sepanjang laluan dengan memberhentikan kenderaan-kenderaan awam. Sungguh ramai yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Setibanya di situ, jenazahnya dimasukkan ke liang lahad. Dan talkin terus dibacakan. Saat itu aku nampak ramai yang mengalirkan air mata. Mungkin mereka menghayati talkin itu di samping sedih atas pemergiaan Ustaz Hassan Shukri.

Dengan itu aku menyingkap serba sedikit tentang sejarah arwah Ustaz Hassan Shukri untuk pengetahuan pembaca. Arwah merupakan ahli Majlis Syura Ulama. Baru-baru ini Muktamar PAS berlangsung 11-13 Jun 2010 di Kota Bharu, Kelantan. Walaupun beliau sedang sakit, beliau tetap menghadiri muktamar itu. Dewan Pemuda Pas turut sempat menganugerahkan tokoh kepada beliau. Bagi sesiapa yang telah lama bersama Pas memang akan mengenal beliau. Beliau dianggap sebagai kamus PAS kerana beliau menjadi pakar rujuk dalam perlembagaan Pas. Beliau tahu semua tentang sejarah Pas kerana beliau terlibat dalam penubuhan Pas. Bendera Pas yang kini gah berkibar adalah hasil ideanya kerana ketika itu kerajaan mengharamkan penggunaan bulan dan bintang sebagai lambang.

Sehinggakan ke hari ini ideanya diterima untuk menggubal undang-undang terbaru Pas. Untuk maklumat, kini Pas telah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP). Anggota bagi DHPP ini adalah orang bukan Islam. Selama ini Pas tidak pernah mempunyai sokongan dari bukan Islam. Oleh kerana sambutan luar biasa dari orang bukan Islam terhadap Pas, tertubuhnya DHPP ini tetapi ia mempunyai syarat-syarat tertentu.

Kalau para pembaca terutamanya sahabat-sahabat aku ingin mendengar sejarah beliau dan mahu melihat suasana sebenar, buka Youtube dengan menulis ‘ KEHILANGAN SEORANG LAGI PERMATA BERHARGA ’ dan ‘ JENAZAH USTAZ HASSAN SHUKRI SELAMAT DIKEBUMIKAN ’. Dalam video yang bertajuk JENAZAH USTAZ HASSAN SHUKRI SELAMAT DIKEBUMIKAN itu aku ada, berbaju hijau putih berada di belakang imam yang tengah baca talkin tetapi wajah adik aku lagi banyak dirakamkan.

Kepada yang membaca entri ini, sekali lagi aku mohon sedekahkan al-Fatihah ke atas roh Ustaz Hassan Shukri. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

~ AL-FATIHAH ~

14 June 2010

Al-Fatihah , Untuk Arwah Ustaz Hassan Shukri

Bismillahir-rahmannir-rahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..

" Daripada Allah kita datang,kepada Allah jualah kita kembali"

Lebih kurang pukul 3 ptg tadi aku online facebook , tengah tengok-tengok updates status orang tiba-tiba ternampak status yang ditulis
Dewan Pemuda Pas Selangor " Slm,Ustaz Hassan Shukri yg juga Ahli Majlis Syura Ulama' meninggal dunia jam 2ptg td d Hospital Selayang.Jenazah beliau akn d bw ke Tmn. Melewar slps asar ni,Al-Fatihah - DPPNS "

Jadi aku yang sedang menaip teks khutbah Jumaat untuk dijadikan entri akan datang terus terberhenti dan berfikir untuk datang menziarahi arwah. Tanya mama, mama cakap g ar. Aku dah dapat agak jawapannya sebab abah dan mama tak pernah halang kalau aku nak g tempat-tempat macam ni. So aku terus mesej ayie ajak g. Tp dye lambat reply aku trus call , dye ckp jap tgh nak solat.

Sampai rumah dye , kte trus gerak. Sampai di Markaz PAS nampak van jenazah dah sampai dan aku terdengar ade org cakap jenazah baru sampai. Jadi kteorg masuk g rumah arwah. Orang ramai mula memenuhi halaman rumahnya. Semasa berdiri di luar rumahnya nampak Ust Nasharuddin Mat Isa baru tiba.

Tiba-tiba aku dengar suara org tgh baca Yaasin dari dalam rumah, jadi aku ajak ayie masuk utk bacakan Yaasin utk arwah. Memang padat orang makin bertambah masuk. Selesai baca Yaasin dan tahlil terus azan asar dikumandangkan lalu solat berjemaah di ruang hadapan rumahnya. Bahu bertemu bahu, memang ramai orang masuk utk solat jemaah diimamkan oleh Ust Nasharuddin.

Selesai solat tgk wajah arwah pastu terus keluar utk memberi laluan org ramai yang belum dapat melihat wajah arwah. Suasana di luar org mula bertambah ramai. Kanopi juga sedang didirikan.

Solat jenazah akan dilakukan esok hari (Selasa-15 Jun) pukul 9 pagi. Itu yang disampaikan oleh keluarga arwah. Jadi aku fikir esok akan ke sana lagi InsyaAllah utk solatkan jenazahnya. Aku yakin limpahan manusia esok akan datang bersama untuk solat jenazah dan pengebumian.

Dan sepanjang laluan kami pergi dan balik, awan dalam keadaan mendung dan hujan renyai. Mungkin ini petanda arwah antara kalangan orang yang baik.

Sesiapa yang baca entri ini sedekahkan AL-FATIHAH utk arwah ust Hassan Shukri. semoga arwah ditempatkan bersama golongan anbia' yang solih dan solihin.

AL-FATIHAH....