30 November 2009

Senaman Untuk Tulang

JANGANLAH malas, bangun dan bersenam! Perkara pertama yang terlintas di fikiran anda bila menyentuh tentang tulang pastinya kalsium. Tetapi untuk mencapai tulang yang sihat anda tidak boleh sekadar mengambil nutrien yang cukup. Melakukan senaman yang betul juga penting untuk menguatkan tulang! Sebenarnya, selain kuat, tulang juga fleksibel. Inilah sebabnya ahli gimnastik boleh melentur badan hingga ke bentuk yang tampak mustahil tanpa mematahkan tulang mereka! Tulang adalah tisu hidup, jadi ia terus bertindak kepada tekanan dari aktiviti yang dikenakan ke atasnya.

Tulang kita terdiri daripada kombinasi kolagen dan kristal mineral yang terbina daripada kalsium dan fosfat. Matriks kolagen inilah yang membenarkan tulang berkembang dan mengecut tanpa patah. Dalam kata lain, tulang anda akan bertindak balas dan menjadi lebih kuat untuk menahan tekanan yang dikenakan ke atasnya. Jika anda tidak aktif secara fizikal, tulang anda menjadi lebih lemah dan rapuh, mendedahkannya kepada risiko patah.

Apa juga senaman yang memerlukan anda mengangkat berat dan melawan graviti dapat membantu mempertingkat dan mengekalkan jisim tulang. Tekanan dari mengangkat berat serta aktiviti tolak-tarik otot akan menggalakkan pembentukan tulang, menjadikannya lebih kuat.

Senaman berimpak tinggi dan menahan berat adalah paling efektif dalam membina tulang yang kuat. Senaman bertujuan membina tulang anda, bukan mematahkannya. Aktiviti seperti berlari, melompat, mendaki, menari dan bermain permainan seperti tenis dan badminton menghasilkan impak yang sama seperti senaman menahan berat.

Senaman menahan berat impak rendah seperti berjalan dan aerobik impak rendah pula lebih sesuai bagi yang mereka yang mahu membina tulang kuat tetapi tidak boleh melakukan senaman impak tinggi. Anda juga boleh melakukan latihan ketahanan dan senaman yang menguatkan seperti angkat berat atau tekan tubi. Namun, anda perlu berjaga-jaga dan dapatkan nasihat doktor atau jurulatih peribadi terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.

Bagi yang berusia, penderitaan dari keretakan tulang akibat terjatuh boleh menjejaskan keupayaan anda untuk menjalani hidup normal. Sehingga 20 peratus mangsa yang mengalami keretakan pinggul meninggal dunia selepas satu tahun manakala dua pertiga yang terselamat pula menjadi individu kurang upaya. Di samping memastikan rumah dan persekitaran anda selamat dari risiko terjatuh, anda juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbaiki keseimbangan dan postur badan melalui senaman. Melakukan tai chi memberikan anda lebih keseimbangan, postur dan koordinasi yang dapat membantu anda mengelak daripada terjatuh.

Senaman untuk tulang sihat boleh disesuaikan mengikut peringkat umur dan keperluan. Senaman boleh membantu membina tulang sihat ketika zaman kanak-kanak dan mengekalkannya ketika dewasa. Orang yang berumur dan kerap bersenam juga boleh menguatkan tulang dan mengurangkan risiko patah. Jadi, tidak kira berapa umur anda, atau apa juga keadaan fizikal anda, anda boleh mencari jenis senaman yang sesuai untuk diri sendiri.

Walaubagaimanapun, adalah berbahaya untuk melakukan senaman tanpa mengetahui had anda. Senaman yang berlebihan boleh menyebabkan keretakan akibat stres dan kerosakan sendi. Ada juga senaman yang boleh menyebabkan jatuh dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Penghidap osteoporosis dan warga emas boleh meningkatkan risiko kepatahan tulang jika memulakan senaman berat tanpa mendapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan.

Setiap senaman perlu disesuaikan mengikut keperluan dan keupayaan. Senaman selama 30 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu adalah digalakkan jika anda mempunyai jisim tulang rendah, menghidap osteoporosis atau berusia lebih 50 tahun.

Berhati-hatilah dengan halangan lazim untuk bersenam seperti malas atau kesuntukan masa. Senaman boleh diterapkan dalam kehidupan untuk menepati keperluan dan gaya hidup anda supaya ia tidak menjadi sesuatu yang membosankan. Jadilah kreatif dan pastikan anda gembira melakukannya. Dengan ini, anda akan dapat meneruskan senaman dengan rela dan bukan separuh hati.

Membina tulang sihat adalah komitmen sepanjang hayat dan aktiviti fizikal boleh membantu anda mencapainya. Sama ada anda di rumah, pejabat atau sekolah, anda boleh memasukkan senaman untuk disesuaikan dengan gaya hidup anda. Apa yang penting, anda bergerak dan menikmati manfaatnya sepanjang hidup anda.

Majulah sukan untuk negara!

29 November 2009

Saudaraku... !!

saudaraku... !!
dimanakah kita...??
di saat saudara kita derita,
di saat darah mengalir di tubuh mereka,
di saat tangisan menghujani tanah air tercinta.

saudaraku... !!
sedarkah kita...??
mereka di sana dinoda,
mereka di sana diseksa,
mereka di sana bertarung nyawa.

saudaraku... !!
butakah kita...??
melihat mereka rebah sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita.

saudaraku... !!
pekakkah kita,
mendengar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah.

saudaraku... !!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya.

saudaraku... !!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan kalimah Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah.

saudaraku... !!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??

saudaraku... !!
bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah... bangkitlah... bangkitlah wahai saudara-saudaraku...!!

28 November 2009

Salam Aidiladha: Sekeping Hati Milik Ibrahim

“Selawat Allah ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, dan keluarga Nabi Muhammad s.a.w, sebagaimana selawat-Mu ya Allah ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim,” bicara tasyahhud kita saban masa.

“Kami berpagi-pagian di atas fitrah al-Islam, dan kalimah al-Ikhlas, dan agama Nabi kami Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam, dan di atas jalan agama Ibrahim yang Haneef, tidak sekali-kali baginda itu dari kalangan manusia yang menyekutukan-Mu” zikir kita mengiring terbitnya fajar pagi.

Ibrahim bapa sekalian Anbiya’.

Aidiladha mengangkat syiar memperingati pengorbanan dan kemuliaannya.

Ibrahim pemilik Hati yang Saleem.

Hati yang sejahtera.

QALBUN SALEEM

Allah SWT menyebut di dalam Al-Quran tentang hati yang sejahtera sebanyak dua. Sebutan yang pertama adalah berkenaan dengan hati yang sejahtera di dunia, manakala sebutan yang kedua menyentuh tentang Akhirat.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Saafaat [37: 83-84]:


“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera”


Ayat ini dinyatakan oleh Allah SWT berkenaan dengan titik tolak Ibrahim Alayhi as-Salaam mencari kebenaran, melukis garis pemisah dirinya dengan syirik bapa dan kaumnya, serta asas perjuangan Baginda AS sebagai seorang Rasul.

Firman Allah SWT lagi di dalam surah al-Shu’araa’ [26: 88-89]:


“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera”


Ayat kedua ini pula menyatakan tentang kemutlakan hati sebagai satu-satunya bekalan bermanfaat yang dibawa oleh seseorang semasa mengadap Allah Azza wa Jalla di hari Akhirat nanti.

HATI YANG SEJAHTERA

Ia adalah terjemahan Bahasa Melayu kepada istilah asalnya Qalbun Saleem…. Hati yang bernilai tinggi itu diistilahkan sebagai hati yang ‘Saleem’. Ia berasal daripada perkataan umbi Sa-Li-Ma… yang menghasilkan makna linguistik:

i. Selamat

ii. Penyerahan / kepasrahan / keakuran

Oleh yang demikian, hati yang sejahtera ini terbentuk dengan asasnya yang utama iaitu penyerahan dan ketundukan yang mutlak kepada Allah SWT. Justeru itu hati yang sempurna tidak disebut sebagai ‘hati yang bahagia’ atau(Qalbun Sa’eed), bahkan tidak juga ‘hati yang sihat’ atau (Qalbun Saheeh)! Ini adalah kerana, kedua-kedua karakter itu hanyalah serpihan daripada makna yang terkandung di dalam pengertian hati yang sejahtera (Qalbun Saleem).

Memahami maksud yang terkandung di dalam makna hati yang sejahtera adalah amat penting kerana ia adalah kesimpulan kepada bekalan hidup dan bekalan akhirat. Bagi kehidupan di dunia, Allah SWT menyatakan bahawa, Ibrahim Alayhi as-Salaam, khalilNya, mencari Rububiyyah dan Uluhiyyah, menggariskan kebenaran dan menetapkan langkah di dalam perjuangan Baginda sebagai Rasul dengan berbekalkan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT:


“Dan di antara golongan yang mendokong (seruannya Nuh) itu adalah Ibrahim. Iaitu tatkala beliau mendatangi Tuhannya dengan membawa hati yang sejahtera” [Al-Saaffaat 37: 83-84]

HATI YANG SEJAHTERA DI DUNIA

Ulama’ Tafsir telah menghuraikan tentang pengertian atau sifat-sifat yang terkandung di dalam hati yang sejahtera itu. Ia adalah hati yang menyerah kepada Allah, tunduk kepada kehendak dan kemahuan Allah SWT. Apabila hati itu menurut segala kehendak Penciptanya, maka dengan sendirinya ia terpelihara daripada segala yang mencemari pengabdiannya kepada Allah. Menurut Qatadah, ia adalah hati yang bebas merdeka daripada syirik dan nifaq. [Fath al-Qadeer, Ash-Shaukani, j4 ms. 460, Dar al-Kalim at-Tayyib, 1998]

Hati yang bebas merdeka ini adalah hati yang murni dengan fitrahnya. Ia adalah hati yang suci bersih dari syirik yang mengelirukan manusia tentang ketuhanan. Ia juga adalah hati yang lepas bebas dari sifat nifaq yang melahirkan prejudis dan karakter dusta dan menipu. Menipu Alllah sedangkan yang sebenar-benarnya ditipu itu adalah dirinya sendiri.

HATI SEJAHTERA SEORANG YANG MENCARI KETUHANAN

Ibrahim Alayhi as-Salaam mendapat keupayaan untuk menemui jawapannya terhadap ketuhanan kerana Baginda membawa hati yang sejahtera, iaitu hati yang suci dari prasangka. Selepas kukuh berpegang dengan hidayah Allah, hati yang sejahtera itu juga tunduk sepenuhnya kepada ketentuan Allah yang memilih Baginda sebagai Rasul. Baginda tidak mempertikaikan pemilihan itu walaupun dengan ketentuan Allah tersebut, bererti Baginda akan berhadapan dengan musuhnya yang paling sukar iaitu bapanya sendiri, si pengukir berhala. Hati yang sejahtera tidak prejudis atau membantah-bantah ketentuan Allah.

Tegasnya, hati yang sejahtera bagi seorang yang sedang mencari ketuhanan bererti hati yang tiada prasangka atau prejudis terhadap Tuhan. Hati seperti ini adalah kunci utama untuk menemukan pemiliknya kepada kebenaran kerana ia membuka luas-luas pintu kepada segala input untuk dianalisa dengan adil dan saksama. Bagi seorang manusia yang sedang ‘mencari Tuhan’, hatinya tidak boleh prejudis. Prejudis adalah perkataan yang datang dari kalimah Bahasa Inggeris iaitu ‘prejudice‘ yang terbentuk dari dua perkataan iaitu ‘pre’ dan ‘judgement’. Prejudice ini bermaksud membuat keputusan terhadap sesuatu perkara yang sedang di dalam pertimbangan, sebelum sampai kepadanya bukti-bukti dan maklumat yang lengkap. Ia telah membuat sekatan mental, lantas menyempitkan pintu dirinya untuk menganalisa.

Kerana itulah, Allah SWT memilih untuk menjadikan bangsa Arab sebagai kader umat Muhammad SAW yang pertama. Bangsa Arab Jahiliah tidak berpemikiran sebagaimana kaum Rom dan Parsi yang sudah mempunyai mindset berasaskan falsafah dan kepercayaan mereka yang sudah begitu tersimpul dan berakar umbi. Bangsa Arab Jahiliah mensyirikkan Allah dalam bentuk yang mudah, hati mereka senang untuk sampai kepada hati yang sejahtera kerana mereka tidak prejudis kepada ketuhanan. Tiada mulhid atau atheist di dalam masyarakat mereka bahkan semuanya percaya kepada Rububiyyah Allah. Mereka mengiyakan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan hujan dan mencipta langit dan bumi. Namun yang masih belum selesai hanyalah Uluhiyyah dan disiplin pengabdian mereka kepada Allah.

Seorang saintis yang luhur di dalam pengkajiannya, akan dengan mudah sampai kepada ‘menemui Tuhan’. Namun bagi saintis yang sudah ada mindset yang prejudis, hatinya akan sentiasa dilarikan daripada akur kepada Allah. Seorang pakar kejuruteraan genetik merasakan kewujudan Tuhan sudah tidak relevan kerana menemui upaya untuk mencipta makhluk mengikut kehendak dirinya. Tetapi prasangka dan prejudis telah membutakan dirinya dari suatu hakikat bahawa manusia yang paling cerdik hanya mampu mencipta sesuatu daripada ada kepada ada. Namun Tuhan mencipta sesuatu dari tiada kepada ada. Sesuatu yang mustahil bagi manusia, walaupun sekadar sebelah kepak nyamuk!

HATI SEJAHTERA SEORANG MUKMIN

Manakala bagi seorang mukmin yang memiliki hati yang sejahtera, hatinya akur, tunduk dan patuh kepada segala ketetapan Allah SWT. Keputusan Al-Quran dan Sunnah NabiNya diterima dengan hati yang tunduk pasrah dan tidak lagi berbantah-bantah dan mempersoalkan “kenapa mesti aku?”, “kenapa mesti begitu” dan sebagainya.

Mungkin hati yang sejahtera inilah yang gagal dimiliki oleh seseorang yang terlalu gemar mempersoalkan suruhan dan larangan Allah ke atas dirinya. Hatinya bukan hati seorang hamba, kerana fitrah seorang hamba adalah akur sahaja kepada suruhan tuannya. Hamba Allah berasa gembira, sejahtera dengan segala apa yang diperuntukkan Allah kepadanya. Jika lelaki diwajibkan dan digesa solat berjemaah di masjid, hatinya dengan ghairah mahu patuh kerana penyerahan hatinya kepada Allah menjadikan dirinya terbuka untuk “menerima apa sahaja” dan diperlakukan semahunya oleh Tuan iaitu Tuhannya.

Namun, seorang hamba yang hilang sifat kehambaan, lebih suka mencari hak-hak untuk manfaat dirinya berbanding dengan peranan dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Sering mencari “APA UNTUK AKU” dan lupa kepada “AKU UNTUK APA”.

Hati yang sejahtera, adalah hati yang tidak malas dari beribadah. Ia adalah hati yang bingkas bangun ketika mendengar seruan Allah. Ia bukan hati nifaq yang bangun mendirikan solat dengan penuh rasa malas, serta amat sedikit mahu ingat kepada Allah Tuhannya [AL-Nisaa; 4: 142]

Hati yang sejahtera ini jugalah yang melahirkan suatu keazaman yang kukuh umpama keazaman Ulul Azmi seperti Ibrahim Alayhi as-Salaam yang melaksanakan perjuangannya di Iraq, Palestin, Mesir dan Hijaz dengan penuh sabar, ta’aluq cinta khullah yang mutlaq kepada Allah SWT.

Sesungguhnya hati yang sejahtera ini adalah hati yang berjaya memenuhi tujuan penciptaannya iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

MENGAPA HATI?

Manusia itu memiliki pelbagai unsur di dalam dirinya. Manusia itu adalah kombinasi tubuh badan fizikal, akal, nafsu dan hati. Namun keseluruhan kerajaan diri manusia itu, rajanya adalah hati. Akal yang beroleh maklumat menghasilkan ‘tahu’. Akan tetapi manusia tidak bertindak mengikut apa yang dirinya tahu. Pengetahuan tidak menjana tindakan apatah lagi untuk tindakan itu sampai menjadi tabiat atau sikap yang konsisten. Lazimnya manusia akan bertindak berdasarkan kepada kehendak hatinya. Hati itu akan membuat keputusan atas nasihat sama ada oleh akal atau sebaliknya, nafsu.

Maka segala perlakuan manusia itu, sebenarnya adalah natijah kepada kerja hati dan bukannya kerja akal. Dengan demikian itu, amat wajarlah untuk hati menjadi fokus. Ia tempat jatuh pandangan Allah, ia tempat terbit perilaku patuh kepada Allah. Maka segala perintah Allah berupa undang-undang, hukum hakam, suruhan dan larangan, semuanya akan muncul dengan titah hati sebagai raja kepada kerajaan diri seorang insan. Jika hatinya mengikut akal yang terpimpin oleh wahyu, terbentuk dengan ‘rasa’ yang terbit dari ketundukan nafsu, maka terbitlah taat dan istiqamah di dalam melaksanakan perintah Allah. Sesungguhnya taat atau maksiat, sangat bergantung kepada tahap kesejahteraan hati seorang manusia. Manusia yang bertemu Allah dengan membawa hati yang sejahtera adalah manusia yang mempersembahkan pita rakaman kepada segala ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah semasa menunaikan kewajipan hidup di dunia.

HATI YANG SEJAHTERA DI AKHIRAT


Firman Allah SWT:


“Hari (Akhirat adalah hari) yang tidak bermanfaat lagi harta mahu pun anak pinak. Kecuali seseorang yang datang kepada Allah dengan membawa hati yang sejahtera” [AL-Shu'araa' 26: 88-89]


Alam Mahsyar adalah alam penilaian terhadap manusia. Ia adalah hati pengisytiharan keputusan bagi ujian yang telah ditempuhi oleh manusia semasa hidupnya di dunia. Seandainya manusia hidup di dunia dengan berbekalkan hati yang sejahtera, maka hati itulah yang akan menjadi persembahannya kepada Allah di akhirat.

Prasangka manusia terhadap peri pentingnya harta dan anak-anak semasa hidup di dunia, akhirnya akan dihadapkan kepada kenyataan bahawa semuanya tidak bermanfaat lagi, kecuali bagi yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera di dunia, akan menguruskan harta sebagai amanah Allah, lantas segala tuntutan dan tanggungjawab infaq ditunaikan. Hati yang sejahtera di dunia juga, akan menguruskan anak-anak sehingga terdidik dan membesar sebagai manusia soleh dan bertaqwa, memiliki hati-hati yang juga sejahtera kepada Allah.

Maka hati yang sejahtera di akhirat, adalah indikasi kepada nilai amalan seseorang. Hiduplah di dunia ini dengan hati yang sejahtera, dan temuilah Allah di alam mendatang juga dengan hati yang sejahtera, kerana di situlah letaknya kebahagian dan keselamatan yang kekal abadi.

Itulah hati seorang IBRAHIM, yang kita tinggikan namanya pada hening AIDILADHA ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha…!

26 November 2009

Berkorban Menegakkan Kalimah Tauhid

Ketibaan Aidiladha mengingatkan kita kepada kata-kata Saidina Umar al-Khattab yang mengungkapkan bahawa;

"Sesungguhnya al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan, lalu ia disambut dengan Aidilfitri. Manakala hari penurunan terakhir al-Quran pula, ialah pada bulan Zulhijjah, ketika Rasulullah s.a.w menunaikan ibadah haji yang terakhir (haji wada'), maka ia disambut dengan Aidiladha."

Ungkapan ini memberi maksud bahawa Aidiladha merupakan suatu perayaan yang agung dalam Islam. Menyambut Aidiladha, bukan sekadar dengan mengorbankan binatang ternakan.

Malah sebenarnya Aidiladha adalah sambutan merayakan syumulan Islam sebagaimana firman Allah yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w, mafhumnya:

"Hari ini Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan aku hanya reda dengan Islam sahaja satu-satunya agama kamu." (Surah al-Maidah, ayat 3).

Apabila umat Islam diajak menyambut Aidiladha sebagai hari kesyumulan Islam, maka umat Islam mestilah memahami maksud sebenar ayat yang diungkapkan pada haji wada' itu, bahawa hanya Islam satu-satunya cara hidup yang lengkap dan sempurna.

Cara hidup yang lengkap dan sempurna bermaksud, Islam yang diimani ini, mestilah dihayati dan diamalkan dalam segenap aspek kehidupan, mencakupi akidah, syariat, siasah (politik), ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan, perundangan, akhlak dan sebagainya.

Islam yang kita anuti ini, bukanlah hanya sekadar ibadah ritual sahaja, ia mestilah dijelmakan kefahamannya dalam semua aspek yang dinyatakan di atas.

Apabila kita menerima Islam, kita mestilah menerima dengan sepenuhnya. Kita mesti mengikut cara Islam tatkala kita berpolitik, menjalankan ekonomi secara Islam, beramal dengan undang-undang Islam, mendidik masyarakat dengan ilmu dan nilai Islam serta menyuburkan Islam dalam semua aspek kehidupan.

Maka dengan mengamalkan ajaran Islam secara syumul itu, semua kita akan selamat.

Di setiap Aidiladha, kita disyariatkan untuk mengungkapkan kalimah tauhid, empat hari empat malam, bermula pada waktu maghrib 9 Zulhijjah sehingga pada asar 13 Zulhijjah.

Antara perisytiharan dalam kalimah tauhid yang diungkapkan pada lafaz takbir ialah (mafhumnya):

"Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan kami sama sekali tidak akan mengabdikan diri melainkan hanya kepada-Nya, dengan ketaatan setulus hati (mukhlisin), walaupun dibenci oleh orang-orang kafir."

Kalimah tauhid ini membawa erti yang cukup besar, iaitu dengan jelas berulang-ulang kali kita menyatakan bahawa ketaatan kita, hanya kepada Tuhan Yang Esa.

Ketaatan dengan mengamalkan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Ketaatan membawa maksud mematuhi segala tuntutan Allah di dalam al-Quran dengan mendaulatkan seluruh sistem hidup melalui syariat-Nya.

Justeru bersempena Aidiladha ini, kita tidak hanya menghayati ibadah korban, hanya dengan menceritakan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, sekadar menyembelih binatang ternakan.

Tetapi kita mesti menghayati spirit atau roh pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dengan mengetepikan seluruh kepentingan duniawi serta mengetepikan kepentingan diri dan keluarga, demi untuk mematuhi arahan Allah.

Maka dengan ini, marilah sama-sama kita menjelmakan semangat korban ini dengan mencontohi perjuangan para Anbiya, mengetepikan segala kepentingan, sanggup bersusah payah, demi menegakkan kalimah tauhid yang suci.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan

Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata : Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?" Jawab Rasulullah : "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim. " Mereka berkata : "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab : "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya." Mereka berkata : "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w. menjawab : "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya." (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-Quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud :

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; InsyaAllah, ayah akan mendapati aku dari orang-orang yang sabar". Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil, dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun, cinta Allah lebih agung dari segalanya, disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS BERKORBAN DEMI CINTA kepada Allah swt. Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail, anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini, apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat, ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka. Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya, Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya, Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa?
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa.
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia,
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta.
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja,
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya,
Bila ditanya bila nak bertaubat, jawabnya bersahaja.
Tunggu nanti bila meningkat tua,
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

Selamat Menyambut Hari Raya EidulAdha..

Langit dan Rupa-rupanya yang Berbeza

Sesuatu yang mula-mula diciptakan oleh Allah SWT adalah Jauharah. Kemudian Allah melihatnya dengan pandangan haibah, maka hancurlah ia berkeping-keping kerana takut akan Allah. Kemudian ia menjadi air dan Allah memandangnya pula dengan pandangan rahmat. Maka separuhnya menjadi beku untuk kemudian dijadikan Arasy yang bergerak-gerak, lalu Allah tuliskan padanya, "La ila ha illa Allah Muhammadur Rasullullah" sehingga Arasy menjadi diam. Namun yang separuhnya tetap sebagai air yang terus bergerak-gerak sampai hari kiamat.

Demikianlah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:


وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَلَئِنْ قُلْتَ إِنَّكُمْ مَبْعُوثُونَ مِنْ بَعْدِ الْمَوْتِ لَيَقُولَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ هَذَا إِلا سِحْرٌ مُبِينٌ


Maksudnya:
"...dan adalah Arasy -NYA diatas Air..."
(Q.S. Hud:7)


Selanjutnya air itu bergelombang dan saling berlaga hingga mengeluarkan asap dan naik sebahagian demi sebahagian dalam keadaan tersusun rapi dan berbuih. Maka darinya Allah SWT menciptakan langit dan bumi yang bertingkat-tingkat. Kedua-duanya amat berkait rapat dan dari situlah Allah SWT menciptakan angin sehingga ia membelah antara langit dan bumi, sebagai mana dikhabarkan Allah SWT dalam firmannya:


قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ


Maksudnya:
"Kemudian Dia(Allah) menyengaja ke langit,sedang ia berasap..."
(Q.S As-Sajadah:11)


Para cendekiawan mengatakan bahawa Allah menciptakan langit dari asap dan tidak menciptakannya dari wap. Ini kerana asap tercipta sebagai bahagian-bahagian yang boleh dipegang, yang pada akhirnya akan menetap. Sedangkan wap selalu berputar berulang-ulang dan demikianya merupakan kesempurnaan ilmu Allah SWT dan hikmahNYA.

Kemudian Allah SWT memandang air dengan pandangan rahmat sehingga menjadi beku sebagaimana adanya.

Ketebalan dan kekerasan di antara langit dan bumi dan di antara satu langit dengan langit yang lainya adalah dalam jarak lima ratus tahun perjalanan. Kemudian dikatakan langit itu lebih putih dari susu.

Langit:

- Yang pertama kelihatan hijau kerana kehijauan Jabal Qaf dan langit itu dinamakan Raqi'ah.
- Yang keduanya terdiri daripada besi yang memancarkan cahaya iaitu Fidum atau Ma'un.
- Yang ketiga daripada Tembaga dan biasanya disebut Malakut.
- Yang keempat daripada Emas Putih yang menyilaukan mata iaitu Zahirah.
- Yang kelima dari Emas Merah dan biasanya disebut Mazinah atau Masharah.
- Yang keenam dari Jauharah iaitu Khalisah.
- Yang ketujuh daripada Yaqut Merah yang digelar Labiyyah atau Dami'ah.

Di langit ketujuh terdapat Baitul Makmur yang mempunyai empat tiang. Salah satu tiangnya terdiri dari Yaqut Merah dan yang lainnya dari Zabrjud Hijau, Emas Putih dan Emas Merah dan menurut qaul yang lebih muktamad bahawa bumi adalah lebih afdal dari langit. Ini Kerana para nabi tercipta darinya dan terkubur juga di sana. Sedang tingkat bumi yang termulia adalah yang teratas. Kerana disitulah tempat kemanfaatan alam.

Dirawikan dari Ibnu Abbas RA, bahawa langit yang terutamanya adalah yang atapnya Arasy Ar- Rahmah,iaitu Al-Kursyi. Oleh kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana. Kecuali tujuh bintang yang berada di sekeliling matahari. Betapa menakjubkan ciptaan Allah SWT. Dia menciptakan tujuh langit dari asap, namun kondisi setiapnya adalah berbeza. Allah SWT juga menurunkan air dari langit, dan kerananya bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang berbeza baik warna dan rasanya.

Sebagaimana disebut dalam firman Allah SWT:


وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ



Maksudnya:
"...(Dalam pada itu)Kami lebihkan setengahnya dari yang lain,tentang rasa buahnya. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi keterangan(akan adanya Allah)..."
(Q.S Ar-Ra'du:4)


Bahkan Allah SWT menciptakan manusia dalam keadaan yang berbeza-beza pula. Ada yang putih, hitam, berduka, mukmin, kafir, pandai dan ada pula yang bodoh dan yang sebenar asalnya adalah satu iaitu Adam.

25 November 2009

Nak Elak Mengumpat...

Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..

Mengumpat bukan sahaja sinonim dalam kalangan perempuan.. Dalam kalangan lelaki pun apa kurangnya?

Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.. Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat itu seperti umumnya yang kita tahu.. Bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk.. dibelakang hamba Allah itu..

Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat, tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan???

Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. Orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan tiada rasa.. Macam garam dan gula pula.. Tapi kita sedar tak, perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar..

Dalam Islam, mengumpat ni seperti makan daging saudara seIslam sendiri. MasyaAllah, sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah.. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan.

Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1) Bila berkumpul dengan kawan-kawan..

Dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi..

Masa tu, kalau dah bersama, mesti susah nak elak dari bubuh skrip tambahan..

Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak ingat Allah..

Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah..

Masing-masing ada kekurangan.. Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat juga.. Sebaiknya kita pergi dari situasi ni..

2) Bila yang nak jadi moderator 'umpat' tu kawan baik kita sendiri..

Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?

Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. Sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.

Tak payah lah cerita semuanya, tapi cuba fikir.. Rasanya kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? Dua puluh? Jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul..

3) Bila yang nak ajak mengumpat tu orang senior dari kita..

Tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?

Apa kata kalau tak dapat nak elak pun..

sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa..

Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya senior kita tu pun sedar dengan sendirinya.. InsyaAllah!

4) Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..

Dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib..

Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doa.. Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah..

Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri..

5) Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar.. Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?

Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke..

Ini lebih baik dari bibir tu mengata hal-hal tepi kain orang. Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak.. Dah koyak ke.. Atau tersangkut kat mana-mana..

Sebab tu kita ada dua telinga.. Sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..

6) Bila nak mengata orang tu.. Cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. Agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..

Bila diumpat, boleh pula beri hadiah.. Siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.. Kita antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang berkenaan, paling tidak pun.. mengutuk dan buat la ayat makan paling pedas untuk dia..

Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita.. Bila kita diumpat, tu bermakna ada orang ambil berat, ada orang cuba nak beri ingat.. Ada yang nak bagi pendapat.. Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat..

Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7) Terakhir, minum air banyak-banyak.. Dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.. Semoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya..

Banyak lagi tips yang ada.. Tapi semuanya bergantung pada niat.. Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.. Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. Setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..

24 November 2009

Erti Persahabatan...

Erti persahabatan tak pernah lupus, meskipun nilai-nilainya pudar dibawa arus masa... Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri... tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita ... Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti... kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang- kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Bolehkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa... bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah......

Gaza Diletup Lagi

***********************

Gaza diletup lagi.


Umpamanya,
Rumah itu rumahku,
Mayat itu saudaraku,
Anak kecil itu adikku,
Ibu yg menangis itu ibuku.


Gambarkan perasaanku..
Khabarkan padaku,
Harus bagaimana aku?

Salahkah..
Dengan hati kecil ini,
Aku lantang melaung,
Kebencian pada Israel dan sekutunya.

Salahkah..
Dengan hati kecil ini,
Aku bengis merenung,
Para pemimpin seluruhnya.

Salahkah...
Dengan hati kecil ini,
Aku menangis hiba,
Emosi dengan keadaannya.

Khabarkan padaku,
Harus bagaimana lagi aku?

Duhai manusia..
Yang padanya Allah kurniakan,
Amanah dan kuasa,
Hentikan tangisanku,
Hapuskan kemarahanku,
Bersama perjuanganku.

***********************

23 November 2009

Selamat Tinggal ILPKL

Aku mula menjejakkan kaki di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur pada 6 Julai 2009.



Aku ambik course Industri Elektronik (I.E)



Inilah kelas yang setiap hari aku masuk.



Kelas banyak dan besar tapi pelatih sikit.



Enjoy gak pelatih sikit dalam satu kelas, takde ar serabot kepala otak.
ahah!



Projek-projek natang ni lah aku kene mengadap hari-hari.



Macam mane korg nampak serabot wayar-wayar lebih serabot lagi kepala otak aku nak buat bendalah nih!



Mata pon kene tajam bhai..



Silap baca jarum salah jawapan. Pening-pening!



Tapi kalau dapat buat satu-satu projek puas giler rase. Fuh!



Dan hari ni 23 Novembr 2009 kali terakhir aku menjejakkan kaki kat situ. Sebab aku dapat tawaran lain.



Selamat tinggal ILPKL! Kepada kawan-kawan semua mohon maaf kiranya sepanjang perkenalan kita aku ade buat salah dgn korang.InsyaAllah aku ingat korang sume. Minggu depan dah final. So GUDLUCK utk korg semua.
Assalamualaikum...

22 November 2009

Kelebihan Bulan Zulhijjah 10 Hari Pertama

Bulan Zulhijjah merupakan bulan dimana umat Islam disyariatkan untuk mengerjakan ibadah haji. Pada (18.11.2009) merupakan permulaan kepada bulan Zulhijjah pada tahun ini. Kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah tidak banyak dibicarakan sepertima mana 10 hari terkhir Ramadhan, sedangkan kelebihan dan kemulian 10 hari Zulhijjah dan Hari Arafah telah digambarkan dalam Al-Quran dan Hadith. Mari kita fahami akan kelebihan bulan Zulhijjah dan berusaha untuk beramal dalam 10 hari pertama ini, supaya kita mendapat balasan syurga daripada Allah

Firman Allah dalam surah Al-Buruj, ayat 1-3


“Demi fajar, dan malam yang sepuluh, dan yang genap dan yang ganjil”


Ibnu kathir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama di bulan Zulhijjah, beliau mengambil pandangan daripada Ibn Abbas, Ibnu Zubair, Mujahid dan selainnya. Manakala yang ganjil itu ialah hari Arafah.

Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:


"Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini - iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).”


Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,


“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).


Ibnu Hibban di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda,


“Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.


Manakala kelebihan hari Arafah (9 Zulhijjah) pula disebut oleh Rasulullah S.A.W ketika menafsirkan ayat ke-3 dari surah Al-Buruj


“Yang menyaksikan ialah hari arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat ” (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)


Didalam hadith lain pula, Sabda Baginda SAW lagi


“Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hambaNya daripada neraka lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim)


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN:

1. Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya :

Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya - terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi :

“Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih).

Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”,

Hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya :

“Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]“. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“(Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”.

Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

5. Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

7. Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”

dan di dalam riwayat lain :

“Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya :

"(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”.

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjemaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Singkatan ' TESCO '

Tesco adalah singkatan kepada Tessa Cohen, isteri kepada jutawan yahudi U.K. yang memiliki hypermarket tersebut. Jutawan ini amat kuat menyokong Zionist, Nazi, Yahudi, dan Israel melalui kekayaan beliau. Setiap duit(RM) yang kita belanjakan di Tesco umpama satu peluru yang kita sumbangkan kepada Israel untuk membunuh saudara-saudara Islam kita di Palestin. Tolong sampai-sampaikan kepada saudara-saudara serta kawan-kawan semua.. Mungkin ini saja jihad yang kita mampu buat setakat ini.. InsyaAllah .. Janji Allah sekecil-kecil amalan pun takkan terlepas dari pandangan-Nya.. wallahua'lam.

21 November 2009

Bicara Untukmu Sahabat

Sahabatku, buah hatiku…
Dengarkan bicaraku,
Jangan biarkan aku didepanmu,
Aku takut aku terlalu laju,
Jangan tinggalkan aku dibelakangmu,
Aku bimbang engkaukan terus berlalu..
Tetapi,
Berjalanlah disebelahku,
Andai aku terkedepan,
Engkau akan menarikku,
Andai engkau terkebelakang,
Aku akan memimpinmu..

Sahabatku, sukaku dukaku…
Engkau pernah berbicara,
Adakalanya kita harus menangis,
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa,
Dan, adakalanya..
Kita harus ketawa,
Agar kita tahu mahalnya harga setitis air mata..
Tetapi, duhai buah hatiku,
Aku pernah terbaca,
Andai kita tahu,
Betapa sengsaranya hari muka,
Maka kita tidak punya masa lagi,
Untuk terus tertawa..

Sahabatku, tawaku air mataku…
Andai satu hari nanti,
Aku terlupa,
Aku benar mengharap,
Antara orang yang akan mengingatkan aku,
Adalah kamu…
Dan,
Kiranya satu hari nanti engkau terleka,
Izinkan antara orang yang menegurmu adalah aku…

Sahabatku, rinduku dendamku…
Andai takdirnya aku pergi dahulu,
Aku mengharap,
Antara mereka yang sedih pemergianku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang tersenyum teringatkan bicaraku,
Adalah kamu..
Antara mereka yang kirimkan aku bacaan sedekah,
Adalah kamu..
Itulah buktinya engkau jua merinduiku sebagaimana aku,
Kerana,
Andai ketentuanNYA engkau lena dahulu,
Antara mereka yang terasa kehilangan sahabat sebaikmu,
Adalah aku..

15 November 2009

Kemunculan Dajjal Dan Yakjuj- Makjuj

Tajuk : Kemunculan Dajal dan Ya’juj Ma’juj
Penulis : Maulana Muhammad Ali
Penerbit : Pustaka Azhar, Johor Bahru, Johor (www.pustakaazhar.com)
ISBN : 978-985-40212-7-0 Harga : RM9.00
Cetakan : Pertama 2007, Kedua 2008 dan Ketiga 2009

Intisari Buku

Buku karangan Maulana Muhammad Ali ini terbahagi kepada 35 bab yang mana setiap satu babnya membicarakan secara inklusif berkaitan sesuatu hadith. Semua bahagian bab-bab ini dibahagikan berdasarkan hadith-hadith yang membicarakan tentang Dajjal dan Yakjuj Makjuj. Perbahasan tentang Dajjal di dalam buku digabungkan sekali bersama perbahasan berkenaan Yakjuj Makjuj kerana terdapat sebahagian hadith berkaitan Dajjal menerangkan bersama-samanya tentang Yakjuj Makjuj.

Setiap tajuk bagi setiap bab adalah diambil dari tema sesuatu hadith. Misalnya hadith yang berbunyi; Sabda Rasulullah SAW; “Orang terakhir yang datang kepada Dajjal ialah wanita.” Maka penulis ini telah menamakan satu bab dengan tajuk “Pengaruh Dajjal Terhadap Wanita.”

Ini satu pendekatan yang amat menarik dan berkesan kerana kebanyakan hadith-hadith Rasulullah tentang Dajjal mempunyai tema-tema yang amat jauh antara satu sama lain. Walaupun hanya setebal 116 mukasurat, penulis berjaya menyatukan intisari-intisari dengan padat dan berkesan dalam menghuraikan maksud sebenar di sebalik setiap hadith-hadith berikut.

Pandangan keseluruhan penulis buku

Penulis buku ini berpandangan bahawa Dajjal adalah suatu nama yang mewakili sesuatu bangsa dan ia bukanlah seorang manusia. Untuk mengukuhkan pandangan ini, Maulana Muhammad Ali telah mengemukakan hadith-hadith sahih yang mengisahkan tentang Dajjal yang biasa kita baca.

Di dalam bab yang bertajuk “Adakah Dajjal itu seseorang atau bangsa?”, penulis menghujahkan bahawa Dajjal itu adalah bangsa berdasarkan hadith di bawah; “Rasulullah sallallahu Alaihi Wassalam bersabda; Kamu akan bertempur dengan jazirah Arab, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Parsi, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Rom, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu, lalu kamu akan bertempur dengan Dajjal, dan Allah akan memberi kemenangan kepada kamu.” Berdasarkan hadith sahih di atas, penulis menegaskan bahawa pengulangan kalimat Arab, Parsi dan Rom adalah sama maksud dengan Dajjal. Maka perkataan Dajjal itu adalah sebuah bangsa sama seperti yang dimaksudkan Nabi Muhammad tentang Rom, Arab dan Parsi.

Namun begitu, huraian di atas tidak pula dikaitkan dengan hadith sahih yang masyur iaitu berkenaan Tamim Ad-Dari yang berjumpa dengan Dajjal di sebuah pulau. Maulana Muhammad Ali tidak menghuraikan dengan jelas apakah makhluk yang bercakap dengan Tamim Ad-Dari itu adalah benar-benar makhluk bernyawa atau hanya sebuah konsep.

Hadith tentang Tamim Ad-Dari dihuraikan di dalam bahagian lain yang bertajuk "Tempat Tinggal Dajjal Pada Zaman Nabi." Huraian di situ agak tergantung kerana tafsiran hadith berkenaan tidak diberi connection pada bab “Adakah Dajjal itu seseorang atau bangsa?”

Kesimpulan

Namun demikian, buku ini bolehlah dikatakan sebagai suatu nilai tambah kepada dunia konspirasi Yahudi kerana ia cuba menyegarkan semula otak kita tentang betapa pentingnya mengambil berat hal ehwal Dajjal dan Yakjuj Makjuj. Walaupun tiada penemuan-penemuan baru dan mempunyai pandangan yang berbeza dengan blog ini, kami mengesyorkan anda mendapatkan buku ini sebagai satu tambahan pengetahuan.

Menyingkap hal ehwal Dajjal dan Yakjuj Makjuj tidak boleh hanya berpegang kepada pendapat seorang sahaja. Lebih banyak pendapat yang diterima lebih tercerna ilmu pengetahuan itu dan secara tidak langsung membuahkan satu ruang pendapat yang sihat lagi berilmu. InsyaAllah…

Pesan Dari Jauh

Diceritakan bahawa ada seorang perempuan ahli ibadah yang sudah mencapai tingkat tinggi. Entah siapa nama sebenar, tapi orang ramai biasa memanggilnya Bahiyah. Dia sangat istiqamah dan rajin mengerjakan ibadah sama ada yang sunat apalagi yang wajib. Setiap hari sentiasa duduk di tikar sembahyangnya menuggu waktu solat sambil berzikir, membaca Al-Quran ataupun solat sunat.

Apabila merasa ajalnya hampir tiba, dia mengangkat tangannya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku yang selalu aku kenang! Wahai Tuhan tempatku mengadu! Wahai Tuhan tempatku berpegang di kala hidupku dan dikala matiku! Janganlah Engkau hinaku di saat-saat kematian, dan jangan pula Engkau takutkan aku di dalam kuburku!”

Doa yang selalu diucapkannya penuh khusyuk dan sungguh-sungguh. Tiada berapa lama selepas itu dia pun wafat, meninggalkan dunia yang fana ini menjumpai Tuhan tempatnya berpegang. Anak lelakinya tergolong anak yang soleh. Dia sentiasa berziarah dan mendoakan ibunya yang telah berada di alam baqa’. Setiap malam dan hari Jumaat anak yang soleh itu pergi ke kubur ibunya dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kemudian berdoa memintakan ampun untuk ibunya dan kaum muslimin yang lain.

Pada suatu malam, si anak bermimpi berjumpa dengan ibunya yang telah meninggal itu.

“Wahai ibu! Bagaimana keadaanmu?” tanya si anak setelah memberi salam.

“Wahai anakku! Ketahuilah sesungguhnya mati itu merupakan suatu dugaan, kedukaan, dan kesengsaraan yang amat dahsyat. Alhamdulillah, keadaanku di alam barzakh dalam keadaan baik. Dibentangkan permaidani yang sangat wangi untukku. Ia dibuat daripada sundus dan istabarak. Hal ini berterusan sehingga hari kiamat."

“Wahai ibuku! Adakah sesuatu pesanan untukku?” tanya anak yang bermimpi. Ibunya menjawab bahawa dia mengharapkan agar anaknya tetap meneruskan amalan yang telah dilakukannya selama ini, yakni berziarah ke kuburnya, membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuknya. Katanya, kunjungan anaknya setiap malam dan hari Jumaat ke kuburnya sangat menyenangkan.

Sebaik saja anaknya datang, akan terdengar suara memanggil: “Wahai Bahiyah! Ini anakmu datang. Berbahagialah engkau dengan kedatangannya itu!” Katanya pula, bukan saja dirinya yang berbahagia, tapi ahli-ahli kubur lain yang berjiran dengannya juga ikut gembira dan menerima manfaat. Mimpi anak soleh itu terhenti sampai di situ kerana dia terjaga dari tidurnya. Selepas bermimipi demikian, dia tetap meneruskan amalannya, yakni berziarah kubur pada malam dan hari Jumaat sambil membaca Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur.

Pada suatu malam, dia bermimpi lagi. Dalam mimpinya itu, dia melihat sekumpulan manusia ahli kubur dalam jumlah yang ramai datang menghampirinya. “Siapa kalian ini? Dan apa pula hajatmu datang ke sini?” tanya anak soleh.

“Kami adalah ahli-ahli kubur, datang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadamu. Kami minta agar engkau tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan berdoa untuk para ahli kubur.” jawab mereka. Sejak itu, anak soleh itu bertambah rajin lagi berziarah kubur setiap malam dan hari Jumaat, dan dia membacakan ayat-ayat Al-Quran dan berdoa untuk ahli kubur sekadar yang dia mampu. Radiallahu anhum.

--------------------------------------------------------------------------------


* Semoga kisah wali Allah ini menjadi pedoman untuk kita. Bagi yang ibubapanya sudah kembali ke rahmatullah, sama-samalah berdoa untuk mereka. Tidak lupa juga kepada para ahli kubur yang lain. Bagi yang ibubapanya masih berada di sisi, berdoalah keampunan dan kesejahteraan hidup untuk mereka dan tidak lupa juga kepada muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia*

Wallahua’lam..

Solat dan Kita

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :


"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :


"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"


Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

14 November 2009

Rasulullah saw Model Lelaki Sejati

Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “Bagaimanalah kita hendak mengikut Rasulullah saw sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar.”

Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah saw. Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”

Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, Baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya. Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”.

Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti. Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah saw. Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”.

Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut. Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri). Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.

Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah Hasanah hidupmu wahai Muslim!

13 November 2009

Warkah Buat-Mu

Ya Allah..
Sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kepadaMu..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui hati ini..
Aku tidak tahu..
Adakah aku ditipu?
Aku memang telah tertipu dengan dunia yang fana ini..
Biarpun sebanyak mana hatiku menukil madah,
Tidak akan sesekali habis kalimahMu..
Tetap penuh biarpun ditambah gandaan segenap alam..
Aku keliru memilih panduan hidupku sendiri..
Mungkin suatu hari nanti..
Engkau akan menunjukkan sesuatu yang lebih awla buatku ya Allah..

Oh, ya Allah..
Kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu..
fikiranku bercelaru..
aku rasa kehilangan identiti diriku sendiri..
Aku rasa kekosongan pada jiwaku..

Ya Allah, aku semakin tewas dengan dunia ini..
Aku tidak dapat membezakan yang manakah yang fardhu
dan manakah yang harus..
Ya Allah, manusia tidak mampu memahami diriku..
hanya Engkau sahaja..
ya Allah, aku pasrah..
tetapi aku tidak mahu tewas pada kelemahan diriku sendiri..
aku memerlukan ilham daripadaMu..
hatiku butuhkan sesuatu ya Allah..
aku perlukan ketenangan..
yang tidak bisa kuperoleh melainkan hanya dengan bersendirian bersamaMu..
biar apa pun yang berlaku, aku masih memerlukan diriMu..
Aku sangat memerlukan Engkau ya Allah,
lebih daripada sebagai hamba..
Sebagai kekasih ya Allah..

Aku tidak mampu mengharunginya seorang diri ya Allah..
Aku sedar kelemahan, kekhilafan dan kesalahan yang
telah kulakukan selama ini..
Tapi, kenapa aku gagal menjauhinya ya Allah.. ?
Biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku
atau seumur hidup aku mengadu pada manusia,
tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasaMu.
Aku tidak mengerti akan diriku..
Tenggelam punca dalam kesibukan dunia..
Ah, dunia yang fana ini lagi!
Sukarnya untukku lari daripada kenyataan..

Ya Allah aku sudah tenggelam punca..
Aku hilang arah tuju..
Namun aku akan tetap mencari cahaya itu..
Cahaya yang Kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman..
Namun kudambakan lebih daripada itu..
Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisiMu..
Aku mahu jadi seorang yang istimewa di sisiMu..
Meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini..
Aku tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cintaMu..
Kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
Dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimahMu..
Wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Aku dahagakan cintaMu ya Allah..
Aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau Tuhan yang Maha Esa..

Engkau bukan permata..
Bukan juga mutiara..
Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala..
Engkaulah yang memegang hati-hati ini..
Hati yang menangis di kala malam berlabuh..
Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu..
Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik..
Hati ini terasa keseorangan apabila keramaian..
Hati ini baru mengerti maksud Mahabbah kepadaMu..
Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu..

Setiap titis darah yang mengalir dalam pembuluhku
setia menyebut namaMu..
Berusaha untuk tidak mengingkari nikmat agung kurniaanMu..

Ya Allah aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad,
Kasih yang tidak berbelah bahagi al-khalil Ibrahim,
Sifat pengasihani Siti Khadijah,
rindu sesetia Rabiatul Adawiyah,
Sabar secekal Fatimah,
Yakin sesuci Asiah,
Iman seteguh Sumayyah,
Jiwa sekental Bilal bin Rabah..

Aku benar-benar telah jatuh cinta..
Aku cintakanMu ya Allah..
Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah..
Malah kupohon agar Engkau semarakkannya dengan kasihMu dan nurMu..
Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku..
Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu,
rahmatMu dan petunjukMu..
Inni uhibbuka ya Allah, ya Habibi.. La ansaaka..
yang amat mencintaiMu,
Al-Faqeer ilallah..

11 November 2009

Hey Lady

"What do you think?"

I see a tall, pretty girl holding up a green, gauzy dress for her friend's inspection. The friend nods approvingly and smiles.

"It's perfect!"

Perfect? I muse to myself. It is becoming increasingly difficult to find the perfect clothing nowadays.


"And say to the believing women that they cast down their looks and guard their private parts and do not display their ornaments except what appears thereof, and let them wear their head-coverings over their bosoms..." (Qur'an 24:31)


I walk out of the store and take a look around me. I am surrounded by Muslim girls wearing hijab. One wears a scarf that is carelessly draped over her head. It dutifully covers every strand of hair but it terminates above her bosom.

The shirt she wears is tight and short sleeved. Her legs are not exposed in the least but there is no guesswork as to their shape since the jeans she wears outlines them clearly and unambiguously.

Another girl walks past me. She is more modestly dressed in a flowing robe. Unfortunately, her hijab exposes her bosom for every male eye to see.

Hijab is derived from its arabic root word hajaba meaning to cover, hide behind a veil or curtain. A hijab in its entirety should serve as a barrier between a man and a woman in all respects. Hijab makes the muslim woman aware that she should restrict her interaction with males with whom she can marry.

Hijab serves as a veil that hides the muslim woman's adornments from being seen. The true purpose of Hijab is lost once it is merely considered as a trend and tradition and the real reason why it is worn is lost.

In the west, the women take pride in showing off the latest creations from their favorite designers on the red carpet. They eagerly strut their 'stuff' in front of the cameras, adoring the attention. Millions of photographers crowd in front of the so called stars and snap away.

Here! Here!

One starlet smiles. Turns, poses.

The most daring of the lot is applauded for their iconic fashion sensibilities when what they are really doing is showing off a bit more skin than their counter-parts.

And it is said, the women towards the end of the world will wear clothing but it is as if they are naked. In a popular reality tv show where groups of designers compete against each other for the ultimate prize to work under a world-famous fashion label, the motto that prevails sends out the message that less is more.

One designer went to such an extent as to wrap all the loose parts of the cloth around his model, delineating the shape of her body. The judges absolutely beamed!

In another show where beautiful girls vie for a place as top model, the hostess encourages the girls to not look 'frumpy' by adjusting the loosely draped cloth around the body tightly, and shortening it in the process. Is it not degrading that women are looked upon solely based on the shape of their bodies, the flawlessness of their complexion, the fullness of the lips?

Whereas the character and integrity as a living, breathing, capable human being is seen as secondary compared to the above?

Is it not then, absolutely beautiful that Islam honors the women by prioritizing and preserving their character and dignity through the act of covering their beauty and charm from unwarranted attention?

"If one chooses to dress as one of a group of people, they are of that people"

Muslim women should be aware that they carry the identity of Islam. The trendsetters in the West only serve their hedonistic needs. They care nothing for religion or God.

In their blind enjoyment of this short worldly life, they only serve our greatest enemy, the Shaitan. Why should we dress up so degradingly, showing off every curve? To what end? To attract male suitors? To garner a loyal following of boyfriends? So that we are not the last one standing when all our friends are out on dates?

What is this purpose but to satisfy our nafs and to create and even greater sin that can lead to fahishah (immoral sin)!


"And among His signs is this, that He has created for you mates from among yourselves, that you may dwell in tranquility with them; and He has put love and mercy between you. Verily in that are signs for those who reflect." (30:21)


Know that Allah's promise is true. Surely for every believing woman, there is a believing man for her, insya Allah. Remember when The Prophet Muhammad (peace be upon him), full of praise for virtuous and chaste women, said: The most precious thing in the world is a virtuous woman.

08 November 2009

Adab Berhibur

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(surah Az Zariyyat :56)

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM DAN HIBURAN

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut:

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55)

“Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:

“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah... orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.

Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

PERINGATAN - Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6)

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.

KESIMPULAN - Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam.

Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

07 November 2009

Bila Ia Sudah Menjadi Kebiasaan

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
(hadith34 Hadith 40- iman nawawi)

Agak-agaknya dimana tahap iman kita (terutama pada diri sendiri) sekarang? TANGAN (kuasa)? LIDAH? HATI? Atau memang tidak ada dalam senarai ini? Cuba kita sama-sama muhasabah diri kita berdasarkan kisah realiti yang memang berlaku dalam kehidupan kita ini.

Tahun-tahun kebelakangan ini, umat Islam di Malaysia, terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak, mereka telah di sogokkan dengan program-program ‘realiti’ hiburan yang telah menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik di samping dunia glamor telah di janjikan kepada sesiapa yang berminat.

Maka berduyung-duyunglah anak-anak muda Melayu Islam yang berfikiran pendek(betulkah?) menyahut cabaran tersebut. Kerana bagi mereka, dunia artis merupakan suatu dunia yang menjanjikan kemewahan dan peluang rezeki yang cukup luas bagi meneruskan sisa-sisa hidup mereka, modalnya cukup mudah berbanding profesion yang lain. Sijil pendidikan? Tidak diperlukan, Sijil agama? Apatah lagi… Apa yang mereka perlu adalah, Sedikit muka yang tebal, wajah yang ayu (betulkah?), suara yang lunak (hmmm?) potongan badan yang cukup (?????).

Benarkah dunia artis menjanjikan kebahagian dan kejayaan? Atau hanya dunia yang hanya padanya terdapat 1001 satu cabang maksiat? Hmm Ok, kita kembali kepada tujuan utama entri ini di tulis, biarkan mereka dengan dunia mereka(tapi bolehkah?). Di mana tahap iman kita dalam menghadapi situasi di atas? Tahap TANGAN ke? Hmm, mungkin ada yang memberi alasan, macam mana kami nak tegah (hentikan) program ini, kami tiada kuasa, kami bukannya pemerintah..(????)

Ok, kita turunkan sedikit tahap iman kita, tahap LIDAH ke? Hmm, masih ada lagi suara-suara sumbang yang tengelam timbul memberi alasan, “kami tiada ilmu, macam mana kami nak ajak (tegah) diorang dari terus menceburi alam maksiat itu, kami bukannya ustaz/ustazah” Atau mungkin iman kita berada di tahap ke 3 (selemah-lemah iman), HATI.

Namun ada lagi yang berani bersuara, “ala, kami tengok je, kami tak pernah undi pun, lagi pun kalau kami tak tengok pun, rancangan ini tetap berlangsung” Jadi, agak-agaknya di mana lagi kedudukkan iman kita ya?

*sekadar perahan otak di kala umat Melayu (Islam) makin leka dalam dunia hiburan, dan menjadikan lirik-lirik lagu sebagai gantik lirik-lirik ALLAH, moga-moga dapat memberi manfaat kepada semua, segala teguran atau kritikan di alu-alukan.


'ia' di sini membawa maksud kemaksiatan.

Ratuku

Ratuku...
Inginku luahkan,
Apa yang sudah lama inginku luahkan,
Tentang kebimbanganku ini,
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,
Di petik tangan-tangan yang ganas,
Lagi bernafsu serakah.

Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal,
Apabila ku dengar,
Dengungan kumbang perosak,
Yang cuba menyedut madumu,
Walau tanpa relamu.

Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi,
Bila ku melihat,
Bunga yang tidak segan silu,
Melampiaskan kecantikannya,
Ketika sedang mekar,
Melupakan kuntuman,
Yang sebelum ini melindunginya.

Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga,
Masih wujudkah lagi,
Ratu idaman hatiku,
Kerana apa yang aku lihat hari ini,
Semakin banyak bunga-bunga gugur,
Bagaikan tibanya musim luruh.

Ratuku...
Bukanlahku harap,
Kau segigih Siti Hajar,
Yang berlari-lari,
Antara Safa dan Marwah,
Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,
Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.

Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat,
Engkau bukanlah Siti Khadijah,
Mahupun Siti Fatimah,
Engkau bukan Aishah,
Bukan juga Rabiatul Adawiyah,
Wanita suci terpuji,
Kerana aku tidak layak,
Berharap sedemikian rupa.

Cukuplah sekadar,
Kau cuba mencontohi,
Bunga-bunga itu,
Kembang mekar mewangi,
Sehingga harumannya,
Melewati pintu-pintu Syurga.

Jangan kau risau ratuku,
Kadang kala musim berganti,
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,
Tapi itu,
Hanya ujian buatmu.

Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba,
Dan kau akan mampu berkembang lagi,
Cuma yang ku harapkan ketika itu,
Kau jaga kelopakmu itu,
Jangan sampai tangan-tangan kasar,
Memetik mu lagi.

Jangan goda kumbang-kumbang ganas,
Menghisap madumu,
Jangan biarkan,
Gagak-gagak hitam itu,
Merosakkan serimu,
Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.

Ratuku..
Aku bukanlah memandang kecantikanmu,
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.
Tapi bukan itu yang ku harapkan,
Aku yakin ratuku,
Masih ada sinar harapan,
Yang membuatku tersenyum lega,
Kerana akan ku temui,
RATU yang benar-benar RATU.

InsyaAllah.

Allah Sedang Berkomunikasi

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dia (Allah) menundukkan (memudahkan) bagi kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi (sebagai kurnia) daripadaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir” al-Jaasiah (45:13)

Sebagai orang yang beriman, kita sentiasa dianjurkan supaya memerhatikan keajaiban alam ciptaan Allah Taala dan hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa dengan mata hati.

Apabila berlaku bencana besar pada alam ini, pemusatan fikiran kita bukan hanya kepada banyak mana kemalangan jiwa atau kerugian harta benda yang terlibat, malah pada sebab musabab yang membawa kepada bencana tersebut. Kita mungkin terfikir apakah bencana ini merupakan fenomena alam semulajadi atau ianya suatu bala yang ditimpakan ke atas manusia?

Ilmu manusia tentang rahsia alam amat terbatas. Melalui bantuan peralatan yang canggih mungkin kita mampu mengesan kelajuan angin, pergerakan awan, getaran bumi, ketinggian ombak dan lain-lain fenomena lagi. Namun, manusia tidak mampu menjadi ahli nujum kenapa angin bergerak pada kelajuan tertentu, kenapa bumi bergetar pada skala tertentu atau kenapa ombak bergelombang pada ketinggian tertentu. Persoalan kenapa ini tidak mungkin dapat dijawab kerana ia adalah urusan Allah Taala.

PERINGATAN BUAT YANG BERAKAL

Allah Taala mengutus al-Quran untuk dibaca, diteliti, diambil pengajaran dan dilaksanakan. Kisah-kisah di dalam al-Quran ada menceritakan tentang beberapa kaum atau umat nabi-nabi yang terdahulu ditimpa bencana yang dahsyat sehingga ada yang terus berkubur bersama-sama tamadun yang mereka bina.

Kesan-kesan peninggalan yang wujud sehingga hari ini menjadi bukti kebenaran kisah di dalam al-Quran itu. Kaum Nuh di sekitar Iraq dan Mesir musnah dalam banjir dan ribut taufan. Kaum Luth di Sadum musnah setelah diterbalikkan bumi dan bertukar menjadi Laut Mati. Kaum Tsamud mati di dalam kota-kota yang dipahat di dalam bukit-bukit batu akibat bayu pembunuh yang dikirim oleh Allah Taala kepada mereka.

Bencana itu pula berlaku di hampir semua negara bermula dari China di utara hingga ke Australia di Selatan, di negara yang didiami umat Islam atau negara yang majoritinya bukan Islam.

Allah Taala tidak menyegerakan balasan ke atas kejahatan yang dilakukan oleh umat Muhammad. Balasan itu ditangguh atau diringankan supaya manusia sedar dan bertaubat. Adakalanya bala itu datang dalam bentuk kekurangan rezeki setelah mengalami kemarau, banjir atau penyakit tanaman, rasa takut dan gelisah, malapetaka seperti kebakaran, tanah runtuh, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” at-Taghabun (64:11)

AMBIL PENGAJARAN

Allah Taala menciptakan manusia di atas satu konsep yang cukup penting supaya perjalanan hidup semasa di dunia, dipandu oleh satu sistem yang menjamin masa depan mereka agar tidak terus alpa kerana akan tiba suatu saat kelak, mereka pasti dijemput untuk menerima buku amal catatan dan pembalasan di atas apa yang mereka kerjakan.

Konsep menyembah (dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang) dan bertindak sebagai khalifah di muka bumi merupakan dua agenda penting yang harus dipikul oleh manusia sebagai suatu amanah besar dalam kehidupan yang sementara ini, dan bukan untuk berseronok semata-mata. Bahkan manusia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini sahaja, tetapi mereka dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, iaitu di akhirat.

Muhasabah lebih baik ketika ini, daripada mencari punca kejadian dan meratapi sedih di atas musibah. Moga dipelihara kita dari musibah berpanjangan sebelum sempat kita kembali kepada-Nya.