31 December 2010

Ucapan Pergulungan Oleh Pengembara Ilmu Bagi Tahun 2010

Malam ini malam terakhir aku di rumah dan hari terakhir bagi tahun ini. Aku hampir sudah lalui 365 hari pada tahun ini, pelbagai ranjau yang telah ditempuhi jalan-jalan sepanjang tahun ini. Ada manis, ada pahit. Ada yang buat aku tertawa, ada juga yang membuatkan aku menangis. Ada yang membuatkan aku semangat, tak kurang juga ada saat aku lemah. Itulah yang telah dilalui sepanjang tahun ini.

Kadang-kadang bila ingat kembali memang akan termenung sehingga tiada kesudahan. Apa yang kita lakukan untuk orang tak setimpal apa yang kita dapat. Tetapi bukan itu yang mahu diungkitkan kerana aku yakin dengan kata-kata Allah. Apa yang kita buat kita akan dapat balik. Apa yang diinginkan itu samada Allah akan tunaikan cepat atau lambat je. Allah tunaikan cepat untuk melihat sejauh mana kita bersyukur dan Allah tunaikan lambat kerana Allah ingin menguji kesabaran kita sebagai hamba.

Dalam cuti ini pun banyak benda yang tak tercapai. Dapat jumpa dengan sahabat-sahabat pun boleh kira dengan jari. Banyak yang dirancang tidak tertunai. Apakah ini semua? Esok aku dah berangkat pulang ke sana. Memang berat hati ini. Memang berat langkah ini. Barang-barang pun langsung belum kemas. fuhh. Ya Allah, tabahkan lah semangatku.

Hari ini je ada dua kematian yang aku tahu. Satu jiran aku, satu lagi anak buah aku. Kedua-dua itu insan yang masih suci lagi, tiada dosa. Baru hidup di dunia ini beberapa bulan sudah dijemput semula oleh Allah. Lagi sorang belum sempat lahir di dunia telah dijemput Ilahi. Bila difikirkan semula diri ini entah berapa banyak dosa telah aku ada. Terasa takut apabila sekiranya malaikat maut datang menarik nyawa ini disaat dosa aku melebihi daripada pahala.

Sekarang ini mood kegembiraan atas kemenangan Malaysia aku sudah tiada lagi. Aku dah mula takde mood. Seperti biasa apabila aku akan meninggalkan keluarga, rumah, sahabat-sahabat dan kawan-kawan.

Di samping itu juga, penutup cemerlang bagi sukan Malaysia 2010. Rekod emas terbanyak di Sukan Komanwel, 2nd round Asia Games 2010, hoki final Asia Games 2010, juara AFF cup 2010.

Macam-macam laa kalau di ingatkan semula. Dari sekecil-kecil kisah sehinggalah sebesar-besar kes. Darilah isu dalam rumah sehinggalah isu antarabangsa contohnya kes kematian jutawan wanita kosmetik yang menggemparkan Malaysia. Kalau nak ingat balik memang boleh, tapi kalau nak tulis setiap apa yang diingati memang tak laa derr. Hah. Serabut arr.

Jadi di kesempatan ini, sempena entri terakhir untuk tahun 2010 ada beberapa amanat penting yang mahu aku catatkan untuk menjadi rujukan suatu masa nanti.

PERTAMA sekali, aku ingin memohon jutaan kemaafan dari seluruh manusia yang pernah bersemuka dengan aku walau sesaat apatah lagi yang sering bersemuka 24 jam dalam tahun ini dan sebelumnya. Terutama pada seluruh ahli keluarga aku... Abah Mama Along Angah Pakli Adik. Mungkin aku banyak buat salah dengan mereka samada sedar ataupun tidak. Memang dalam keluarga akulah yang paling riuh. Yang sering buat lawak. Tapi ada juga masa angin bertiup mood aku tak seperti biasa. Time tu memang sunyi laa rumah kan. Terima kasih atas semua.

KEDUA nya, kepada semua sahabat ku. Terutamanya Syamin, Ayie, Fadhil, Eka, Lea, Tira, Faizah, Pqa. Jutaan terima kasih kepada korang semua. Sepanjang 2010 ni korang banyak membuat aku tergelak. Banyak memberi aku semangat. Bila aku ada masalah dorang lah yang jadi tempat aku luahkan. LEA.. awak lah insan yang selalu membuatkan saya tergelak apabila kita bersemuka mahupun dalam talian. Bersembang yang memang tiada pengakhiran. Saya minta maaf banyak-banyak kalau ada salah dan silap saya terhadap awak sepanjang perkenalan kita. Hmmm. Juga kepada semua sahabat ku. Aku mohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap, kesalahan dan ketidaksempurnaan aku terhadap korang dari segi perlakuan aku. Harap sangat kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah. Aku sayang mereka semua. Saya sayang awak semua. Korang lah sahabat yang aku ada buat setakat ini. Seperti mana yang mereka semua ketahui. Dalam persahabatan aku memang memilih. Berkawan memang ramai, dalam banyak-banyak kawan lah aku pilih untuk jadi sahabat. Kriteria untuk melayakkan untuk menjadi sahabat bukanlah mudah. Hanya aku yang tahu. hehe.

KETIGA nya, kepada semua kawan-kawan. Terima kasih atas semua bantuan dan pertolongan korang kepada aku sekiranya. Jutaan kemaafan juga aku mohon sekiranya ada salah aku sepanjang tahun 2010 ini. Maaf tak dapat senaraikan satu per satu nama korang. Cukuplah aku buat ini secara umum.

Kepada SEMUA. Sekali lagi aku minta maaf salah dan silap aku. Terima kasih tidak terhingga kepada korang semua. Harap kita dapat bertemu di lain masa. Sekiranya tidak, cukup hanya korang semua mengingati aku dalam doa korang semua.

Ini adalah entri terakhir untuk tahun 2010, entri untuk tahun 2011 bakal menjelma. Bila? Entah. Kalau ada masa, ada laa.

Sekian,

30 December 2010

Piala AFF Suzuki 2010 Milik Malaysia

Tahniah Malaysia!!! Syabas Harimau Malaya!!!
Anda telah berjaya menakluk Asia Tenggara...

Semalam Malaysia telah dinobatkan secara rasmi sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010. Malam gemilang buat skuad bolasepak negara kerana berjaya mempertahankan kelebihan
3-0 dengan berjaya menambah satu gol melalui Safee Safi. Namun Indonesia juga berjaya membolosi 2 kali jaringan Malaysia tetapi itu sudah terlambat bagi mereka.

Ketiadaan defence kanan, Mahali Jasuli dan pemain sayap kiri, Amirul Hadi Zainal amat dirasai. Nampak mudah apabila player Indonesia melepasi bahagian tersebut namun
K. Rajagobal memasukkan pemain pertahanan lagi bagi memantapkan bahagian defence dengan menukarkan dengan Amar Rohidan.

Semangat juang yang begitu tinggi ditunjukkan kesemua pemain Malaysia sepanjang 90 minit. Walaupun keeper kita dipancarkan dengan pancaran laser, pemain-pemain Malaysia langsung tidak mengadu kepada refree apatah lagi mahu memboikot perlawanan.

Di manakah Julia Perez? Di manakah penyokong yang mahu membuat kekacauan? Ke manakah cewek-cewek yang mahu mengenakan pakaian seksi? Itu hanyalah provokasi semata-mata. Yang mahu melunturkan semangat player Malaysia. Tetapi para pemain Malaysia berjaya menangkis kesemua provokasi itu dengan menggunakan mentaliti yang tinggi.

Selepas selesai berakhirnya perlawanan semalam, ramai peminat sukan bolasepak bersyukur apabila berakhirnya kemarau 14 tahun Malaysia untuk menjulang piala itu. Perdana Menteri Malaysia juga telah mengumumkan cuti umum pada esok hari bersamaan 31 Disember 2010, Jumaat sebagai tanda penghargaan atas kemenangan Malaysia itu.

Kemenangan Malaysia juga mendapat pujian oleh pemain pertahanan Man Utd, Rio Ferdinand. Dipetik kata melalui twitter nya, " Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian U23 team 18 months ago, quite a good team... "

Selain itu, keeper Malaysia - Khairul Fahmi Che Mat menjadi keeper ke-5 termahal di dunia. Ini satu pencapaian yang cukup membanggakan. Tapi aku dengar dari berita radio. Kalau berita tu tipu maknanya aku tulis ini salah ar fakta. Mana laa tahu kan kott radio ini nak gembar-gemburkan yang player Malaysia ni terbaek dunia. Buktinya aku tak jumpa lagi, tapi yang Rio Ferdinand tu memang aku jumpa buktinya.

Seterusnya, tidak lama dari sekarang FIFA akan mengeluarkan rangking terbaru bolasepak dunia. Berkemungkinan Malaysia akan mengatasi Indonesia. hahahaha. Sebelum kejohanan ini berlangsung - Malaysia [144], Indonesia [124 kott].

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, skuad Malaysia akan tiba pada hari ini. Jam berapa tak pasti. Aku harap samada harini atau esok mereka akan membawa piala itu berarak sekitar KL dan Lembah Klang. Boleh laa turun ramai-ramai.

Buat Safee Sali, syabas kerana berjaya menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan ini. Kau memang hidup main untuk Malaysia. Tapi kat Selangor...........


Sekali lagi, TAHNIAH kepada skuad bolasepak Malaysia. Harap sangat prestasi ini akan konsistan. Malaysia Terbaek!! (bak kata banner kteorg.. hahahaha..)
Perjalanan Malaysia dalam kejohanan ini SERUPA seperti Sepanyol. Ini kerana semasa Piala Dunia 2010 berlangsung, Spain tewas di perlawanan pertama tetapi langkah demi langkah mereka lalui akhirnya bergelar juara Piala Dunia 2010. 

Seperti Malaysia, tewas pada perlawanan pertama kejohanan AFF Suzuki 2010 ini tetapi akhirnya menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010. Bak kata orang, hero selalunya tewas awal. kan kan kan. hahaha. Manakala Indonesia SERUPA seperti Netherlands. hahaha. Menang dari awal tapi tewas di peringkat final. hahaha.

29 December 2010

Teruskan Perjuangan

Tidak sampai 12 jam lagi, sepak mula Final 2nd Leg AFF Suzuki Cup 2010 di Stadium Gelora Bung Karno akan bermula. Inilah pertarungan terakhir untuk skuad Malaysia untuk menggenggam kejuaraan itu buat kali pertama dan sekaligus membawa pulang piala itu ke bumi Malaysia ini.
Tetapi apa yang dirisaukan kini, dapatkah Malaysia menahan pelbagai asakan yang bakal berlaku di stadium itu. Bukan sahaja di atas padang, malahan skuad Malaysia juga perlu menahan asakan dan provokasi yang akan dilakukan oleh para penyokong Indonesia kelak.

Sepertimana yang telah kita ketahui, media massa Indonesia telah meniupkan semangat yang negatif dengan mengeluarkan pelbagai cerita yang tidak elok tentang Malaysia. Ini yang menyebabkan rakyat Indonesia meluap-luap untuk membalas apa yang terjadi di Stadium Bukit Jalil ahad lepas. Pelbagai ugutan dan provokasi telah mereka lakukan.

Antara ugutan dan provokasi yang mereka lakukan ialah,

1. Wartawan Indonesia menanyakan soalan kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Soalan wartawan itu berbunyi " kami baru menerima sms bahawa FIFA telah menjatuhkan hukuman denda AS$40 juta (RM123 juta) dan penggantungan empat tahun buat pasukan Malaysia kerana kesalahan pancaran laser ".

Meh aku balas kenyataan ini.

Pertamanya, wartawan yang tanya soalan ini memang tak guna akal. Apa kena mengena FIFA dengan kejohanan ini. Sekiranya betul hukuman itu, hukuman itu dijatuhkan oleh AFF bukannya FIFA. Kejohanan ini anjuran AFF laa pandai.

Keduanya, si mangkuk tu cakap "... penggantungan empat tahun buat pasukan Malaysia...". Nak tahu apa sebab mangkuk tu cakap begitu? Ini kerana apabila Malaysia digantung perlawanan akhir kedua itu akan dibatalkan sekaligus Indonesia akan dinobatkan juara.

Ketiga, Datuk Ahmad Shabery Cheek langsung tidak tahu tentang hukuman dan penggantungan itu. Beliau terus mendapatkan pengesahan daripada Setiausaha Agung FAM sebaik sahaja sidang media itu selesai, jawapan daripada beliau bahawa beliau juga tidak tahu tentang isu itu dan beliau berkata itu hanyalah soalan provokasi oleh wartawan Indonesia untuk melemahkan semangat Malaysia.

2. Provokasi lain adalah aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final itu nanti. Dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal. Menurut katanya, "Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya".

Bertapa bangang nye statement dia ni. Bajet orang dalam padang boleh nampak dia pakai apa. Tantah game nanti player pun langsung tak tahu dia ada kat mana. Kalau dia suruh satu stadium bukak baju rasional laa gak tumpuan player terganggu. Ni dalam puluhan ribu yang akan hadir kat situ, dia sorang nak buat camtu. Memang tak laa.... bodoh. Hang ni ada akai ka tak dak? Bengong. Bertapa cetek nye pemikiran orang-orang macam ni.

3. Semalam skuad Malaysia terpaksa menukar tempat latihan mereka dari tempat yang telah ditetapkan ke tempat lain. Ini kerana tempat yang telah ditetapkan itu, ratusan penyokong Indonesia telah menunggu ketibaan skuad Malaysia. Demi menjamin keselamatan ia terpaksa ditukarkan tempat latihan Malaysia. Dalam pada itu, rakyat Indonesia berkumpul di kawasan tempat penginapan skuad Malaysia dengan membawa pelbagai banner yang mengutuk skuad Malaysia.

4. Ada sekumpulan rakyat Indonesia mengatakan bahawa S. Kunalan, Mahali Jasuli dan Amirul Hadi Zainal merupakan pemain import. Apa ke bodoh nye statement ni. Nak tergelak aku dapat tahu info ini. Amirul Hadi tu sedangkan bapak dia player kebangsaan suatu masa dulu. ish. Dah macam takde idea lain laa puak depaa ni. Lebih baik kau cakap semua player yang main untuk Malaysia ni player import termasuklah dengan barisan coach + para pembantu + paramadik. Dorang yang ada import cakap orang. Bangang nama nye tu. Malaysia 100% baka Malaysia bhai. Hang yang ada orang Uruguay. Bak kata fans HarimauMalaya ' Malaysia [3] vs Indonesia + Uruguay [0]
hahahaha..

5. Media massa Indonesia heboh mengatakan bahawa penyokong Malaysia tidak akan berani datang ke sana untuk menyokong skuad Malaysia kerana takutkan mereka. Tetapi semalam kenyataan itu berjaya ditepis apabila peminat dari Selangor, Kedah, Johor, dan Kelantan yang dikumpulkan oleh Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta semalam bagi menemani skuad kebangsaan apabila berdepan dengan Indonesia yang mereka tewaskan 3-0 pada Ahad lepas.

Ini telah menunjukkan bahawa terdesaknya rakyat Indonesia mahu memenangi dalam kejohanan ini. Bagi mereka segala yang mereka lakukan ini adalah 'menghalalkan cara' untuk bergelar juara AFF Suzuki Cup 2010. Untuk Malaysia apa pun terjadi pada perlawanan tersebut nanti, jangan takut dan jangan gentar! Perjuangan masih belum selesai. Lawan tetap lawan. Pantang berundur sebelum bertempur!

Ayuh Malaysia!!! Kami penyokong setia mu, ketika jatuh bangun mu, tetap akan teguh berada dibelakang. Walaupun puluhan ribu yang hadir ahad lepas tidak dapat bersama kamu untuk menggegarkan stadium Gelora Bung Karno, tetapi kami setia memberi sokongan dari tanah air ini. Serta doa untuk kejayaan Malaysia akan tetap mengiringi pertempuran mu itu.

28 December 2010

Hati dan Akal Bicara Tentang Cinta

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Aku Rindu Sayang Kamu

Kelmarin masa round sekitar stadium tu terjumpa satu banner ni. Aku terus suruh ayie g situ sebab ada satu yang menarik perhatian aku.

Nak cover punya pasal suroh ayie dgn pakli bergambar, padahal dalam hati ni aku yang nak. haha. Tapi gambar ni tak letak kat fb pun. Demi menjaga privacy, tapi gambar dorg aku letak. wahahaha.

# tajuk tu takde kena mengena dengan sesiapa. aku rindu & sayang tu kat skuad bolasepak Selangor. itu pasal bergambar dengan bendera Selangor. hahahahaha...


Ada satu info menarik yang aku nak kongsikan bersama.


Angka 26 seakan-akan badi yang menghantui Indonesia. Kenapa?
26 Disember 2004 | Tsunami melanda Aceh
26 Mei 2006 | Gempa bumi di Jogjakarta
26 Jun 2009 | Gempa bumi di Tasik Malaya
26 Oktober 2010 | Bencana Tsunami di Mentawai
26 Disember 2010 | Indonesia tewas 3-0 di tangan Malaysia
Penjaring 2 gol Malaysia, Safee Sali berusia 26 tahun
Penjaring gol kedua, Ashaari Samsudin memakai jersi nombor 26

27 December 2010

Puluhan Ribu Penyokong Serbu

Bahang kehangatan kemenangan Malaysia semalam masih lagi terasa. Kepuasan tahap maksima yang begitu dirasakan. Sekali lagi nak ulang untuk entri kali ini bahawa tumpas GARUDA di baham HARIMAU. Yang pasti seluruh rakyat Malaysia akan berbicara tentang kemenangan Malaysia ini dari pembesar negara sehinggalah rakyat yang duduk di pendalaman.

Semalam, aku pakli syamin alang ayie fitri fadhil gerak sekali g stadium BJ. Kami bawak motor sampai ke Salak Selatan. Parking motor situ pastu naek train sampai ke BJ. Bertolak dari rumah dalam 4:30. Sampai stadium dah nak pukul 6. Masa nak masuk pintu stadium tu memang sesak giler. Punya padat manusia.



Yang paling tension kami bertujuh berpecah dua kumpulan. Semua tiket aku pegang. Aku ayie pakli dah lepas pintu cek tiket. Lagi 4 orang tu lagi tak sampai sebab terpisah masa kat train station SalakSelatan tu. Disebabkan nak buat kepala sendiri, itu pasal laa jadi macam tu. Bayangkanlah dalam ribuan manusia tu nak carik dorg? Pastu dengan line pulak problem. Nak call tak dapat, nak msg memang tak arr. Lagi haram tak sampai.

Tapi nasib baik dalam berjuta kteorg call dapat sekali cakap dengan mereka. Kteorg suruh carik kteorg kat tepi pagar kuning. Punya berbulu tunggu lama gilerr. Tapi nasib baik dorg dapat jumpa kteorg. Aku terus bagi tiket dorg. Nak tunggu masuk lepas pintu masuk tu lagi lama. Dah settle suma tu terus kami bertujuh carik tempat.

Hmm, time tu memang dah penuh arr. Pastu yang kosong belakang gol. Kteorg pun g arr kat belakang gol. Masuk je aku terus rentangkan banner yang telah kteorg buat. Lepas tu dorg sume dok atas, aku je kat bawah. Kadang-kadang syamin teman kat bawah.

Masa nyanyian Negaraku, bergema satu stadium. Punya lah bersatu seluruh penyokong Malaysia time tu. Yang puasnye masa lagu Indonesia dinyanyikan, mereka di boo oleh kami semua penyokong Malaysia. Best tak? Masa tu hang buat kami, semalam kami balas balik naa. Dendam tetap dendam!

Sepanjang 45 minit pertama tu punya laa bosan aku. Daa laa dok sorg. Gendang tak dengar. Bayangkan laa tengok dari belakang gol. Benda yang sama je nampak. Kepala setempat je. Kalau dok tepi tu kejap kepala kekiri kejap kekanan. Baru lah best.

Jadi masa rehat tu. Aku terus tukar tempat kat tepi padang. Duduk dengan fans Selangor plak tu. Kat gendang Selangor. Pergh. Baru syokk. Lagi best nye ketiga-tiga gol tu aku nampak jelas. Aku rasa kalau dok belakang gol tu memang tak nampak apa. Dah laa Malaysia jaringkan kat gol yang bukan belakang tempat aku dok mula-mula. Dorang tah macam mane laa, samada nampak ke tak gol tu.

Masa game dorg boikot tu, kteorg fans Malaysia start berbalas baling botol air. Memang tu pun aku nak. Tapi benda tu sekejap je. Maybe sebab botol tak lepas bawak masuk. Yang lepas tu pun hanya segelintir.

Masa gol kedua tu fans Indonesia dah mula balik. wakakaka.

[tempat penyokong Indonesia kosong setelah ketinggalan 2 gol] 

Ikut apa yang aku dapat maklumat, pancaran laser tu sebenarnya fans dorg yang buat. Sebabnya bila terkena laser tu dorang nak boikot, secara automatik Malaysia akan kalah 3-0. Tapi masa dorang boikot kejap tu masih lagi 0-0. Apa pun kita bernasib baik, mungkin pihak atasan AFF suruh meneruskan game tersebut. Tapi kalau boikot tu diterima memang Malaysia kalah bodoh arr.



Malaysia telah membuktikan semangat juang yang tinggi selepas berlaku insiden itu. Tapi apa yang terkilan dorang bakar mercun terkena player kita. Kalau tak salah kena Muslim. Kalau kena player dorg takpe gak. Aku gelakkan jer. Tapi fans Malaysia memang gempaq! Mercun KLCC kteorg bagi. Satu dunia nampak kott kalau tengok game semalam. haha.

Semalam berkibarkannya sekali lagi bendera Palestin di satdium BJ. Kalau perhatikan betul-betul gambar di bawah ini nampak bendera Palestin tu. Belah kiri Safee. Tapi blur laa gambar bendera tu, still nampak kalau sapa tahu rupa bendera Palestin tu. Tak lain tak bukan arr sape yang kibarkan tu.

Masa aku dah tukar tempat duduk tu, aku tinggalkan banner yang kteorg buat tu. Terharu giler bila nampak ada orang kibarkan banner tu. Aku ingat ayie pakli alang fadhil yang buat, rupa-rupanya bila tanya dorg.. dorg cakap tak.

Memang puas giler tengok aksi mereka. Harap prestasi bolasepak Malaysia konsistan dan bertambah lebih maju. Masa balik semalam, ada seorang anggota polis ni cerita kat kteorg. Dia cakap seumur hidup dia game semalam kali kedua selepas kali pertama kat Stadium Merdeka. Menurut katanya time tu game Malaysia-Korea. Dia cakap selepas yang pertama dia tengok tu, penyokong Malaysia memang sikit. Tapi semalam kali kedua terjadi. Dia cakap memang ramai giler semalam.



Ikut permerhatian aku pun memang ramai giler. Bayangkan laa tempat penyokong Indonesia pun dipenuhkan oleh fans Malaysia. Aku risau jerr kalau dorang buat apa-apa kat orang Malaysia. Memang semalam menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dohh. Boleh bersatu tempat duduk walaupun ada provokasi. Cuma kat tempat aku tu jerr ade berlaku sedikit adegan baling membaling botol. Biasa laa, yang dok bahagian bawah selalunya yang fanatik-fanatik.



Barisan Muda Terbaek!

Apa khabar orang di sebelah sana? Apa macam? Baru bangun tidur ni ada mimpi apa-apa kerr? Ke tak boleh tidur sebab Garuda telah dibaham Harimau? Sang Garuda patah sayap, Sang Harimau tunjuk taring!!! Ada okayy naa? Best tak 'buah tangan' dari kami rakyat Malaysia? Janji kami telah tunaikan okayy. hahahaha.

Semalam satu detik manis buat arena bolasepak Malaysia sekali lagi melompat ke satu aras yang lebih tinggi apabila berjaya menewaskan skuad bolasepak Indonesia di Stadium Bukit Jalil dalam saingan Final 1st Leg AFF Suzuki Cup 2010 dengan jaringan bergaya 3 gol tanpa balas.

Setinggi-tinggi pujian dan tahniah buat pemain-pemain HarimauMalaya yang berjuang habis-habisan sebaik wisel permulaan dibunyikan sehinggalah wisel penamat ditiupkan. Jutaan terima kasih juga kepada puluhan ribu penyokong Malaysia yang hadir ke stadium telah memberikan sokongan yang begitu padu sejak sebelum sepak mula sehinggalah selesai perlawanan semalam.

Secara keseluruhan memang aku puas hati gilerr dengan game semalam. Pertamanya sebab KALAH nye skuad Indonesia di tangan skuad Malaysia di Bukit Jalil. Kedua sebab penyokong Malaysia melakukan yang terbaik untuk PENGAJARAN barisan Indonesia.

Baru kenal siapa Malaysia? haha. Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar bhai. Itu baru berentap cara jantan. Takde bacul punyerr. Pahal tersenyap semalam kat stadium? Cuak dengan puluhan ribu orang kami? Kecut? Pendek cerita telor daa goyang laa kan? Bodoh! Penakut!

Baru kena laser, mengadu kat reffre. Bacul laa weyy. Telor takde kerr? Pastu nak boikot game. Weyy!!! Malu sikit laa weyy. Baru kena cahaya lampu, dah nak kuar padang. Sebelum ni beriya cakap macam dye tu bagus sangat. Hebat sangat. Semalam ape cerita? Bawak balik telur ayam?

Malaysia dapat 3 la weyy. Hang dapat apa? Cukup hebat da? Kalau final takde 2nd Leg daa lama Malaysia julang piala bhai. Malu tak malu arr final kena 3 gol tanpa balas. Tercungap player korang nak ikut rentak player kami. Ingat gah sangat belasah orang sampai 5-1 dulu. Itu DULU. SEKARANG? Best tak? Mane kau nak letak muka?

Sejak dari peringkat kumpulan sampai ke separuh akhir kau menang kan? Seri pun takde kan? Ohh.. Hebat!!! Tapi sampai tang final? Main luar dari kawasan kau? Hebat lagi kerr? Ke nanti 2nd Leg kau nak lagi? Ingat barisan muda kami budak hingusan? Kau ingat dapat ayam-ayam kan lagi?

Silap besar derr? Pantang kami menyerah sebelum bertempur. Tanah tumpah darahku laa. Mana hang punya player Uruguay tu? Tidur? Ke tengah bercuti? Kami 100% anak Malaysia bhai. Import tak main laa weyy. Ini baru jantan! Takde guna baka negara lain!

Dah laa tu. Malas nak cakap lagi tentang dorang. Orang yang nak tunjuk gah konon. Haa. Ambik kau ubat. Ubat buatan Malaysia. Sedap? Nak lagi? Medan pertempuran ada lagi berbaki ni.

Semua player Malaysia telah melakukan peranan yang terbaek semalam. Dari penjaga gol sehinggalah ke stricker.

Khairul Fahmi [keeper]-memang aset yang terbaek sejak kekalahan Malaysia di tangan Indonesia TEMPOH HARI.

Asrarudin [defence kiri]-berjaya mengekang asakan dari pemain mereka melalui arah situ, walaupun ada nampak sedikit gugup tetapi berjaya di atasi dengan cepat.

Fadhli Shas [defence tengah kiri]-aku memang cemburu dengan kau. Kau sebaya aku dah main international. Aku respect giler kau. Kau lah pemain termuda dalam kesebelasan utama Malaysia. Kau memang perform giler weyy. Gempak! Control ball kau memang hebat.

Muslim [defence tengah kanan]-kau pun terbaik weyy. Dalam perebutan bola on air konfem kau dapat kan? Hebat weyy. Kau lompat memang tinggi.

Mahali [defence kanan]-kau yang crossing bola kat Safee untuk gol ketiga Malaysia. Kau defence bhai. Tapi kau boleh planning gol untuk Malaysia. Memang bagus ar. Kau pun jaga barisan pertahanan terbaik.

Kuna [winger kiri]-kau makan apa siot? Lari tanpa henti. Stamina apa kau ni? Elak FIFA panggil kau je kotkot kau ambik pil kuda ke kan? hahahaha. Tapi dribbling kau memang terbaik doh.

Amar [center midfield]-kau memang banyak mainkan peranan dalam situasi kelam kabut bahagian defence. Kau lebih ke arah membantu bahagian pertahanan. Kau memang rilex giler.

Syafiq Rahim [center midfield]-captain! Tahniah. Kau terhebat captain. Kau pulak banyak bantu bahagian serangan.

Amirul Hadi [winger kanan]-bro! Kau memang baek! haha. Crossing kau memang cantik. Cuma kau nampak tak fit semalam. Ye laa. Kau kan baru pulih. Itu pasal coach tukarkan kau second half. Tapi Shaari yang gantikan kau tu mencatat nama sebagai penjering bhai. haha. Tahniah Shaari.

Shahrul Idlan Talaha [stricker]-respect sama lu bro. Orang sekarang gelar kau MESSI MALAYSIA kau tahu? Cara bawak bola kau dari luar kotak penalti serupa bhai. Kau pun semalam ciptakan gol untuk Safee semalam. Ehh, tak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU bro.



Safee Sali [stricker]-bro! Sekali lagi anda menjadi WIRA Malaysia. Anda memang telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia. Tapi satu je aku tak puas hati dengan kau. Kat Selangor nape tak buat macam main untuk Malaysia? hahaha. Kalau kat Selangor kau buat camtu... Fuhhh!! Best.



Buat semua barisan Harimau Malaysia. Anda masih ada lagi baki 90 minit untuk beraksi. Kemungkinan besar game tidak dilangsungkan di stadium keramat mereka Stadium Gelora Bung Karno kerana semalam stadium itu rosak akibat rempuhan oleh penyokong mereka untuk membeli tiket. Harap-harap main kat Bukit Jalil lagi. wahahahahaha. Teruskan perjuanganmu Malaysia. Jangan menyerah sehingga titisan darah terakhir.

Buat penyokong Malaysia. Teruskan menyokong skuad bolasepak kita. Kami telah memberi semangat kepada player sepanjang perlawanan semalam.




P/S: ada lagi cerita pasal ini akan aku tuliskan. entri ini khas untuk kemenangan Malaysia.

25 December 2010

Redah Jerr

Petang Khamis lepas aku lakukan benda berani mati. Lutut yang baru lepas injured balik lepas terjatuh petang Selasa tu, aku redah main je Khamis lepas. Sakit tu belakang cerita arr. Yang penting badan ni berpeluh. Baru segar sikit badan ni, daripada dok tepi tengok orang main memang rasa gian laa kan.

Petang Khamis tu aku main macam kaki ni tak sakit plak kan. Yang tension nyer dorang passing bola kat aku macam aku ni sihat 100%. Passing taknak laju jerr. Sedangkan orang passing bola slow je pun bila aku tahan rasa macam kaki ni berpusing 360 degree, ni lagi nak bagi laju-laju. hahaha. Memang sakit tahap dewa laa weyy aku rasa. Tapi setakat lari bawak bola tu no hal laa, still boleh lari lagi.

Yang paling lawak bagi aku petang tu, aku 3 kali peluang nak gol tapi bila sepak bola, bola ke tempat lain. Tak gol. Aku punya tergelak. Aduyai. Aku tergelak sebab aku nampak kebodohan benda tu terjadi disebabkan problem lutut ni. haha. Kaki aku dah jadi senget kott. Sepak ke utara bola ke barat. Haduyai.

Nasib laa lutut yang sakit ni lutut kiri, kalau lutut kanan memang sampai lebam aku tak dapat main bola. Tu pun kaki kiri sakit, effect kaki kanan sepak bola macam hampeh.

Tapi petang semalam tak main bola sebab hujan lebat, court pun basah. Tapi bola tak boleh main, aku main badminton plak. wahahaha.. Jiwa sukan. Apa pun jenis sukan aku minat untuk bermain. Tapi kalau permainan seperti catur ke memang nak muntah laa aku. haha. Tak berpeluh langsung. Tak membakar kalori pun.

Dalam cerita yang lain...

Pagi Khamis tu g follow alang hantar duit kat adik dye. Lepas tu terus g ****, tengah dok sembang terjumpa sorang member lama ni. Kami terakhir berkawan masa darjah tiga pastu dye tukar sekolah. Sejak tu kami dah tak berjumpa. Tapi masa aku tengah lepak sembang masa tu, dye nampak aku terus dye angkat tangan. Maknanya dye ingat aku lagi. Aku pun angkat laa tangan balik. Wahh, ingat lagi dye kat aku. Aku sebenarnya nak tengok je dye samada kenal aku lagi ke tak.

Aku memang dah tahu tu dye cuma saja nak tengok ingatan dye. Ye laa. Dah 9 tahun kott berpisah. Tapi dye ingat lagi aku. Kami pun dulu kawan baik. Kami pun sempat bersembang dalam 5 minit jerr sebab dye dengan member dye. Takkan nak lepak sekali dengan aku. Memang tak masuk arr kott kan.

Pastu aku dengan alang sembang punya sembang. Tiba-tiba teringat nak ajak syamin. Ajak laa dye. Dalam 15 minit baru syamin sampai. Apa lagi... sembang kosong arr sepanjang dok situ. Dalam pukul 2 kami balik rumah. Aku balik rumah terus bawak mama g beli barang. Pukul 5:30 baru sampai rumah, pastu terus keluar main bola.

Pastu malam tu lepas isya' aku syamin alang ayie fadhil lepak kat ****. Tempat yang kami bertiga lepak tengahari tadi. Sembang punya sembang. Macam-macam benda kami sembangkan dengan shisha sekali. Sampai shisha tu habis baru kami balik rumah. Tu pun dah pukul 2 pagi. Kami pun round dulu baru balik rumah.

Jadi dalam pukul 3 baru terlena. Pastu bangun pagi tu pukul 5:30 pagi. Berapa jam ha aku tidur? Fuhh!

Lepas subuh aku terus buat kerja sikit pastu dalam pukul 8:30 keluar rumah. Plan nak g beli tiket bola final kat stadium Bukit Jalil. Dalam 9 lebih baru kami bergerak menuju destinasi. Perjalanan dalam setengah jam lebih jerr. Ingat jauh laa sangat. Tapi pungkok ni memang kebas arr.

Dalam pukul 12 lebih kami bergerak balik. Pastu terus lepak mamak. Disebabkan nak menunggu solat Jumaat, kami semua lepak sampai pukul 12:45. Sebab kalau balik rumah konfem solat Jumaat hanyut. Ye laa. Kami semua kan PALING CUKUP tidur. Apa pun syukur kelima-lima antara kami yang g beli tiket tu datang solat Jumaat. Takde yang hanyut. Alhamdulillah.

Lepas solat Jumaat tu, bawak mama g beli barang lagi. Yang dorg plak carik kain dan cat. Dalam pukul 4 kami berkumpul sebab nak buat kain rentang. Konon nye nak bawak masa tengok bola nanti.

Tengah baru nak plan nak tulis apa. Cuaca makin gelap. Lalu bercurah-curah laa air hujan tumpah ke bumi. Plan kami pun tergendala kerana kalau nak buat banner tu memerlukan ruang yang lapang di bawah terik mentari. Jadi dalam pukul hujan dah berhenti, nak buat pun dah lambat. Kami pun pulang laa ke rumah masing-masing.

Pastu plan dengan dorg main badminton. Tengok harga memang terbaik. Aku baru nak payung game. So kami pun tak jadi. Yang aku ni pulak dah tak jadi takkan nak dok rumah kan. Boring kott dok rumah petang petang. Aku pun ajak laa adek main badminton. Pastu g main kat rumah dye sampai laa pukul 7. Haa. Lega. Berpeluh laa gak petang semalam main badminton.

Pastu lepas isya' keluar lagi. Lepak kat safa ou. Lepak sampai pukul 11:45. Dalam pukul 12 tu dah sampai rumah. Sampai jer rumah telinga aku berdesing. Apa lagi, mama bising laa. Cakap aku ni tak reti nak dok rumah. Asyik berjalan jerr. Aku pun mendiamkan diri. Taknak cakap apa-apa. Nanti macam-macam jadi kang susah gak kan. Kita sebagai anak kena dengar leteran ibu kita tu. Dye leter kan kita ada sebab. Sebab dye masih sayang kat kita. Kalau ibu-ibu yang mendiamkan anak dye keluar sana sini tak tegur, tak nasihat. Itu nama nye mak dye dah tak kisah tentang hidup anak dye.

Lain orang lain pandangan kan. Ini cuma padangan aku jer. Badan aku pun keletihan bhai. Dua hari bergerak dengan cuma tidur lebih kurang dua jam setengah. Sekarang ni pun sakit sakit badan aku.

Sebenarnya sekarang ni dorang g mandi. Dorang memang nak sangat aku g. Tapi aku lebih pentingkan perasaan mama lebih baik aku tak g mandi dengan dorg kan. Petang ni pun aku rasa nak teruskan semula untuk buat banner tu. Harap sempat siap sebelum ahad ni game.

Aku sibuk keluar pun bukan apa kan. Kalau dok rumah bukan dapat buat apa. Lain laa kalau ada tempat untuk aku bersembang. Malam aku kira boleh laa gak terisi dengan bersembang kan. Itu pasal laa aku keluar sampai lewat malam.

Percaya Untuk Berjaya

"Untuk berjaya, kena percaya!" kata penceramah itu.

Ringkas sahaja. Namun cukup bermakna. Untuk memudahkan perbincangan, kita rangkumkan percaya dan yakin dalam satu pakej.

Kita percaya yang kita akan hidup esok hari, maka kita sibuk merancang. Program diatur dengan hati-hati. Kalendar penuh. Jemputan sana sini. Pendek kata, sungguh teratur hidup kita. Perancang berjaya!

Menariknya kita percaya juga untuk mati, tapi...(isikan tempat kosong dengan jawapan sendiri)

Maka sebenarnya, adakah kita percaya dengan kematian? Atau kita bersikap menafikan (denial)?

Semestinya jarang manusia sukakan kepada penghujung (ending). Sentiasa ada tangisan yang mengiringi perpisahan. Maka tidak pelik untuk melihat manusia menangis meratapi kematian orang tersayang.

Tapi sahabat, mari kita menukar cara pandangan kita. Bagaimana jika kematian itu bukan penghujung, tapi permulaan. Permulaan yang bakal menentukan kejayaan atau kegagalan.

Benar, permulaan juga disambut dengan air mata. Tapi air mata itu adalah air mata keriangan dan kegembiraan. Alangkah bahagianya mereka yang mendapat syurga. Subhanallah.

Berbalik kita kepada pesanan penceramah itu, percayalah anda akan berjaya. Namun untuk berjaya anda kena ikut orang yang berjaya. Ikut orang yang tidak berjaya, anda teraniaya!

Kehidupan kita ini ada banyak cara untuk sampai ke penghujungnya. Jalan yang mana sekalipun anda pilih, anda tetap akan sampai ke hujungnya. Sesungguhnya, cara hidup kita akan menentukan cara mati kita, pesan Imam Ghazali. Maka kisahlah akan cara hidup kita.

Sambung penceramah itu lagi,
"Percaya mesti disertai usaha. Percaya itu dalam diri kita. Tapi usaha itu manifestasi kepercayaan kita."

Manifestasi...

Ayuh kita menjadi orang yang percaya dan berusaha. Tatkala Nabi s.a.w mengkhabarkan kepada sahabat yang Kota Konstantinopel (Constatinople) akan dibuka, maka yang mengiringi kepercayaan itu adalah angkatan tentera yang berusaha untuk membuka kota bertuah itu.

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pimpinannya adalah sebaik-baik pasukan." (H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Percaya untuk berjaya!

24 December 2010

Hati dan Lisan

Ibnu Jarir Dalam tafsirnya "At-Thabari" menyebutkan bahawa dahulu ada seorang budak Habasyi (Etiopia) yang berkulit hitam legam, lalu tuannya berkata padanya:

"Wahai budakku, sembelihlah kambing ini, lalu keluarkanlah dua organ tubuhnya yang paling baik"

Maka diapun menyembelih kambing tersebut lalu dia keluarkan lidah dan hatinya, maka si tuan pun terdiam beberapa saat, kemudian dia kembali berkata:

"Sekarang sembelihlah kambing ini lalu keluarkanlah dua organ tubuhnya yang paling buruk, maka dia pun menyembelih kambing tersebut lalu dia keluarkan lidah dan hatinya, maka si tuan pun berkata:

"Aku telah memintamu untuk mengeluarkan dua organ tubuh yang paling baik lalu kamu pun mengeluarkan lidah dan hati, kemudian aku memintamu untuk mengeluarkan dua organ tubuh yang paling buruk lalu kamu pun mengeluarkan lidah dan hati?"

Maka budak itu pun menjawab:

Kerana sesungguhnya tidak ada organ tubuh yang lebih baik dari keduanya jika keduanya baik, dan tidak ada organ tubuh yang lebih buruk dari keduanya jika keduanya buruk".

Serius.. !
Apa yang telah dilakukan oleh budak tersebut sangatlah benar, dia telah memilih lidah dan hati sebagai organ tubuh yang paling baik sekaligus juga yang paling buruk.

Yang pertama: Lidah.

Lidah..
Ibarat sebuah senjata atau pisau yang memiliki dua mata yang sangat tajam. Jika dia tidak menggunakannya dengan baik, maka senjata itu akan melukai orang lain atau melukai dirinya sendiri. Demikian juga lidah, jika seseorang tidak menggunakannya dalam kebaikan maka pasti dia akan terjerumus dalam keburukan.

Salah seorang sahabat yang bernama Sofyan bin Abdullah pernah bertanya pada Rasulullah SAW: wahai Rasulullah, beritahukanlah padaku tentang satu perkara yang harus aku pegang teguh? Lalu beliau menjawab:

قل امنت بالله ثم استقم

Katakanlah: "Aku beriman pada Allah, kemudian beristiqamahlah"

Lalu sahabat itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan dariku? Kemudian Rasulullah memegang lidahnya sambil berkata: ini. Berapa banyak perselisihan yang terjadi antara dua orang teman yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak perceraian atau pertengkaran yang terjadi antara dua orang suami isteri yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak perselisihan faham antara dua sekolah atau dua desa yang terjadi yang diakibatkan oleh lidah dan masih banyak lagi keburukan-keburukan lainnya yang disebabkan oleh lidah ini, entah itu berupa perkataan dusta, ghibah (mengata orang lain), namimah (mengadu domba), saksi palsu, mencela, mencerca dan lain sebagainya.

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"

Salah seorang penyair Arab berkata:

وجرح السيف تدمله فيبرا ويبقى الدهر ما جرح اللسان

"Luka kerana pedang jika kamu balut maka diapun akan kembali sembuh dan akan lekang sepanjang masa luka yang diakibatkan oleh lisan"

Oleh kerana itu, marilah kita jaga lisan kita, jangan sampai lisan kita tergelincir dengan mengeluarkan kata-kata yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah Taala atau keburukan bagi orang lain. Jangan sampai amal ibadah yang kita lakukan sia-sia belaka kerana perkataan yang keluar dari mulut kita.

Kemudian yang kedua: Hati.

Sungguh manusia itu tergantung pada hatinya, sebab hati itu memberi komando kepada seluruh anggota tubuh, dari mulai akal fikiran, mata, telinga dan lain sebagainya. Oleh kerana itu apabila hatinya baik maka akan baik pulalah anggota tubuh yang lainnya, tetapi apabila jahat maka binasalah semua anggota tubuh yang lainnya.

Rasulullah SAW bersabda:

ألا و إن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله و إذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب

"Ketahuilah bahawa sesungguhnya dalam hati itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, namun apabila ia rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa (segumpal daging itu) adalah hati"

Hadith tersebut menunjukkan bahawa hati adalah barometer kebaikan dan keburukan tubuh seseorang. Oleh kerana itu marilah kita jaga hati kita, jangan sampai kita kotori dengan noda-noda dosa yang dapat menutupi cahayanya. Kerana semakin banyak dosa yang kita lakukan, maka akan semakin banyak noda hitam yang menutup hati kita, hingga akhirnya hidayah Allah pun tidak dapat masuk dalam hati kita. Juga marilah kita bertaubat pada Allah SWT dengan sebenar-benarnya taubat atas segala kesalahan yang telah kita lakukan, kerana setiap diantara kita pasti telah melakukan kesalahan:

"Setiap orang dari kalian pasti berbuat dosa, dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah yang bertaubat"

Juga dalam hadith lain disebutkan bahawa hanya dengan taubat inilah hati kita dapat kembali bercahaya dan memancarkan sinarnya.

Rasulullah SAW bersabda:

إن العبد إذا أذنب ذنبا كانت نكتة سوداء في قلبه، فإن تاب منها صقل قلبه، وإن زاد زادت،

"Sesungguhnya seorang hamba itu jika melakukan satu dosa maka akan meninggalkan satu noda hitam dalam hatinya, dan jika dia bertaubat maka hatinyapun akan kembali dibersihkan, namun jika bertambah (perbuatan dosanya) maka akan bertambah (pula) noda-nodanya"

Wallahu'alam..

23 December 2010

Bukan Itu Pintaku

Memang bukan itu pintaku.
Namun itulah takdir dan suratan yang tertulis buatku.
Harus bagaimana aku menolak?
Harus bagaimana aku menidakkan?
Tiap yang berlaku sudah berlalu.
Menyalahkan takdir bukan penyelesaian buat segalanya.
Menyesali tiap apa yang telah aku lakukan bukan juga pengurai segala kekusutan.
Semua yang telah ditakdirkan, pasti akan terjadi.
Itu rancangan Allah, dan aku cuma seorang hamba.

Yang indah cuma sementara.
Terang juga seketika.
Gelap datang pula.
Memang bukan itu yang aku pinta.
Tapi itulah kehendak Allah untukku.
Dia yang menentukan segalanya.
Ia yang berkuasa atas segala.
Harus apa lagi yang aku lakukan?
Bukankah aku cuma seorang hamba?
Segala yang aku miliki kini bukan milikku tapi milik Dia.
Denyutan nadi ini, degupan jantung ini.
Hembusan nafas ini, darah yang mengalir, semuanya kerana Dia.
Layakkah aku menyalahkan takdirku?

Oh! Hinanya aku...

Benarlah bukan itu pintaku.
Namun demi kerana-Mu Allah, aku terima segala ketentuan-Mu buatku.
Kerana solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, hanya untuk-Mu.

Ampunkanlah aku Allah, atas segala dosaku.
Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, berilah keampunan buatku Allah.

Berikan jua kebaikan buatku, di dunia dan di akhirat.

Amin ya Rabbal Alamin.

22 December 2010

Muhasabah Diri Melalui Azan

Azan dalam Islam bermaksud memaklumkan. Ia sinonim dengan bilal atau muazzin yang bertujuan untuk mengajak sekalian umat Islam mengerjakan Rukun Islam kedua.

Ia juga sebagai tanda masuknya waktu solat dan beralihnya peredaran masa daripada subuh, tengahari, petang, malam hinggalah ke awal pagi keesokan harinya.

Namun, cuba kita tanyakan diri, apakah yang kita lakukan sebaik sahaja terdengarnya azan?

Adakah kita mendiamkan diri sambil menghayati setiap kalimah azan yang dilaungkan oleh bilal dan menjawabnya satu persatu?

Atau terus bangun untuk membersihkan diri dan mengambil wudhu' serta bersedia untuk mengerjakan solat?

Mungkinkah hanya membiarkan seruan azan itu berlalu begitu sahaja tanpa menghiraukannya?

Bagaimana pula dengan azan melalui corong radio mahupun televisyen, berapa ramai yang terus menghayati dan berapa kerat pula yang terus menukar siaran sebaik sahaja azan ke udara?

Mari kita luangkan masa berkongsi sedikit waktu untuk menyelidiki apa yang tersirat di sebalik makna panggilan azan itu melalui makna dalam bahasa.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar
ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar

Sebutan empat kali "ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar" ini menunjukkan betapa Agungnya ALLAH swt, lantas menyedarkan kita betapa kebesaranNya mengatasi segala apa yang ada di langit dan di bumi.

Waktu ini seharusnya fikiran kita difokuskan pada fitrah kejadian seorang manusia sebagai khalifah. Tinggalkan segala hal duniawi dan terus menunaikan kewajipan untuk sujud kepadaNya tanpa sebarang alasan.

Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH
Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH

Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi tiada Tuhan selain ALLAH" yang memberi kesaksian tentang sifat keEsaan Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH.

Lantas menyedarkan kita tentang syahadah kita. Sesungguhnya dengan solatlah syahadah kita terjaga. Dari solat yang khusyuklah syahadah memelihara kita. Lalu apakah alasan kita untuk mengelak dari melakukan hal yang paling utama dari segala perkara yang utama di dunia ini?

Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH

Sebutan sebanyak dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH" ini memberi kesaksian tentang kerasulan Rasulullah s.a.w. Mengingatkan kita betapa Nabi Muhammad s.a.w. itu sebenar-benarnya utusan dan kekasih ALLAH swt.

Selepas solat sebaiknya berselawatlah kepada rasul junjungan kita dan para keluarga mahupun sahabat Baginda s.a.w.

Pengorbanan dan akhlak Nabi s.a.w. menjadi contoh bagi sekalian umat. Betapa sayangnya Nabi pada umat Baginda sehingga nafas terakhirnya diakhiri dengan kalimah "ummati.. ummati..".

Syafaatnya antara rahmat yang diberi pada umatnya. Lantas ringankanlah diri berselawat kepadanya. Cinta kita pada Baginda s.a.w. masih tidak setanding cinta Baginda s.a.w. pada kita.

Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH
Marilah mendirikan solat

Sebutan dua kali "Aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH dan Marilah mendirikan solat" adalah mengajak untuk menunaikan solat.

Sebaiknya solat itu adalah solat berjemaah. Solat adalah penghubung seorang hamba dengan Tuhannya.

Sudah ditetapkan ada lima waktu solat fardhu perlu ditunaikan. Seandainya kita mengelak dengan pelbagai alasan sekalipun ia tetap dikira sebagai 'hutang' di sisi ALLAH.

Kita sebagai hamba perlu melunaskan kewajipan sebelum ALLAH swt. melunaskan untuk kita (azab  neraka).

Bilakah agaknya kita betul-betul bersedia untuk menunaikan solat dengan sempurna?

Adakah kita mempunyai waktu yang cukup untuk menggantikan segala solat yang telah tertinggal?

Sesungguhnya hari ini tidak akan sama dengan semalam dan jauh berbeza dengan esok. Tidak sama pagi yang ada matahari dan malam yang bertemankan bulan.

Lalu solatlah diawal waktu dan gantikanlah solat yang telah tertinggal.

Marilah menuju kejayaan
Marilah menuju kejayaan

Sebutan dua kali "Marilah menuju kejayaan" yang sama banyak dengan panggilan solat.

Sesungguhnya orang yang menang dan berjaya di sisi ALLAH ialah orang yang tetap mengerjakan solat dengan hati yang khusyuk.

Ini juga menunjukkan Islam menggalakkan umatnya untuk mencapai kejayaan yang pasti bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat sana.

Kejayaan yang sebenar-benarnya bukan sahaja dari berapa banyak harta kita, tetapi betapa kita menjagaNya di hati kita dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Sebaik-baiknya tinggalkan dahulu kerja mencari harta untuk dunia untuk mengerjakan solat sebagai bekalan di akhirat sana sejurus sahaja seruan azan dilaungkan.

ALLAH Maha Besar, ALLAH Maha Besar 
Tiada Tuhan selain ALLAH 

Kita diingatkan kita sekali lagi betapa besar dan agungnya ALLAH swt. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH. Manusia itu mudah lupa dan lemah, tetapi ALLAH itulah sumber kekuatan kita.

Solat yang sempurna dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan cela.

Kalaulah diri mudah mengikut ajakan teman-teman walaupun pujukan tanpa sebarang alat pembesar. Kenapa azan yang dilaungkan dengan lantang langsung tidak terendah oleh akal dan fikiran apalagi jasad?

Walhal, syaitan sekalipun akan berlari bertempiaran tatkala terdengar laungan azan menunjukkan betapa azan ini mampu memberi rasa GENTAR pada syaitan.

Adakah kita ingin menjadi lebih teruk daripada makhluk tersebut, tiadakah rasa gentar dan takut dalam hati kita tatkala nama ALLAH dilaungkan?

Ingatlah, selagi kita terdengar kalimah ALLAH dari azan yang dilaungkan, persiapkan diri untuk solat.

Kerana kita tidak tahu sampai bilakah lagi laungan ini akan kedengaran di cuping telinga.

Andai panggilan menghadapNya sudah tiba, sudah tentu kita tidak mampu menangguhkannya apalagi mengelak.

Lutut Ohh Lutut

Semalam petang akhirnya aku melepaskan gian aku untuk main bola. Baru melepasi 8 hari tak main dah rasa kehausan giler nak main bola. Mula-mula main pun agak cuwak gak sebab takut lutut ni tak kuat lagi. Tengok-tengok okayy laa gak. Boleh berlari, boleh dribble.

Kadang-kadang terasa perit gak tempurung lutut ni. Bila dah terasa tu slow laa balik main. Pastu okayy balik. Bila okayy main rancak balik. Dah syok main sampai dah tak ingat yang lutut ni tak pulih 100% lagi.

Bukan main suka jadi planmaker. Ye laa, tengah leading 5-0 kott time tu. Mane tak syokk nye. Haha. Dah mula tak ingat yang lutut ni sakit jadi main giler-giler arr. Kejar sana, kejar sini. Lepas rindu laa katakan dah lama tak shoot kan.

Tengah bola tu ada kat pihak lawan, aku kejar laa punya semangat nak dapatkan bola. Tengah kejar-kejar tu, kaki aku terpijak bola terus jatuh. Bapak sakit. Rasa nak menjerit kuat-kuat jer semalam. Kaki terus terlipat 90 degree plak tu. Bangang giler. Sakit gilerr.

Dah jatuh tu terus aku keluar court tu dok tepi. Sakit giler bhai. Tak tahan dohh. Dah tak sanggup meneruskan main aku terus angkat kaki balik. Ingat boleh laa pulih dalam minggu ni, tengok-tengok lagi bertambah teruk. Adoiii. Lutut.... Lutut..... Common weyy.. Jangan manja sangat nak sakit lama-lama. Aku redah main je kang meletup gak lutut ni. Ish.

20 December 2010

Khas Untuk Awak

Awak...

Sejak saya mengenali awak, hati saya tak pernah lupakan awak. Setiap masa, di mana jua saya berada mesti saya teringat akan awak. Lagi-lagi bila saya dok sorang-sorang, mesti awak yang saya akan ingat.

Walaupun banyak peristiwa yang saya lalui keseorangan tanpa awak, saya sesekali tidak pernah benci awak, tidak pernah buang awak, tidak pernah buat tak layan dengan awak. Malah saya masih lagi ambil berat tentang awak. Pelik kan? Sesetengah orang kalau dah berlaku sesuatu padanya mesti dia tinggalkan terus.

Sebenarnya sejak awak ada dalam hidup saya, impian saya mahu jadikan awak isteri saya. Memasang impian memang senang, nak capai impian itu susah. Ketika itu saya sering terfikir, untuk menjadi seorang suami bukanlah semudah yang kita bayangkan. Suami itu umpama pemimpin. Jadi tanggungjawab yang dipikul oleh suami sememangnya begitu berat. Dengan nafkahnya lagi. Beratkan?

Masa saya dengan awak lama tak berhubung suatu masa dulu.. sebenarnya saya tetap ambil tahu tentang awak. Tapi melalui kawan-kawan awak laa. Kadang-kala melalui adik-adik saya. Awak mesti tak tahu kan? haha. Kawan saya sorang ni pun tahu saya ni tak habis-habis cakap tentang awak.

Setiap kali saya jumpa awak mesti saya suka sangat. Cuma saya je pandai kawal supaya ekspresi melalui air muka saya orang tak nampak. Dan setiap kali saya nak tinggalkan awak, mesti hati ini berat je nak lepaskan awak. Tapi apa boleh saya buat kan? Awak belum jadi milik saya lagi. Bila saya dah ambil awak mesti saya kena pulangkan awak balik kat rumah. Lain laa kalau kita dah kahwin. Dah ada ikatan yang sah. 24 jam awak boleh bersama dengan saya.

Untuk makluman awak, dari dulu sayang saya pada awak tak pernah berubah sampai laa sekarang. Cuma saya je pandai menyorokkan perasaan saya tu bila ada sesuatu berlaku. Pendek cerita saya ni berlakon je yang konon saya ni tak rasa apa-apa padahal hakikatnya jauh di sudut hati ini saya masih lagi ada awak.

Satu perkara lagi, apabila saya nak beli barang mesti saya terasa nak belikan untuk awak sekali. Kadang-kadang perasaan tu memang nak sangat bagi kat awak semua apa yang saya ada, tapi saya akan bagi awak benda yang betul-betul saya sayang. Kan? hahaha.

Mungkin awak takkan terbaca penulisan saya ini, saya pun taknak awak baca. hahaha. Tapi saya akan tinggalkan nukilan saya ini disini supaya ia menjadi saksi bahawasanya luahan hati saya ini. Mungkin di saat saya dah tiada di sisi awak, mungkin awak sudah tidak dapat menjumpai saya, mungkin apa segala kemungkinan yang bakal berlaku nanti pada diri saya atau diri awak, jadi saya harap akan ada orang yang akan menyampaikan pada awak yang saya tulis ini khas untuk awak.

Saya akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk hidup awak dan keluarga. Mungkin kita tak dapat bersatu di dunia ini, tapi saya harap sangat saya akan berjumpa dengan awak di akhirat sana. InsyaAllah.

Buat setakat ini, ini sahaja saya dapat tuliskan untuk awak. Mungkin ada lagi yang saya akan tuliskan lagi apabila ilham bertandang pada akal fikiran ini. Ingat apa yang saya dah bagi tahu awak masa tu sepanjang masa kayh.

Sekian..

NAS


19 December 2010

Akal Versus Otak

Apa komen anda mengenai akal dan otak?

Ada setengah pendapat mengatakan, AKAL merupakan sesuatu yang maknawi dan abstrak manakala OTAK pula sesuatu yang material. Ada pendapat yang mentakrifkan akal itu sesuatu jauhar yang mudah dan pendapat mengatakan akal itu adalah jiwa atau pemikiran.

Di mana letaknya akal dan otak? Ada yang mengatakan akal itu letaknya di kepala dan ada juga yang mengatakan letaknya di hati. Manakala otak pula letaknya di kepala. Kalau kita lihat dan renung, Allah Ta’ala memberikan otak kepada makhluknya yang bernyawa tetapi tidak semua yang berotak itu berakal. Sebagai contoh: ayam, ada otak tapi tidak berakal, tidak ada perhitungan dosa pahala, halal haram sesuatu perkara.

Tetapi bagi makhluk yang bernama manusia, Allah Ta’ala kurniakan kepada kita akal sebagai ‘penapis’ untuk memastikan sesuatu perkara itu bertentangan ataupun tidak dengan syariat dan fitrah. Sebab itu pentaklifan hukum syara’ mementingkan akal dan bukannya otak sebagai contoh; solat, antara syarat sah solat ialah berakal dan begitulah seterusnya ibadat-ibadat lain.

Otak hanya berfungsi untuk merealisasikan apa yang ‘ditapis’ oleh akal. Akal yang sihat akan melakukan perkara yang baik manakala akal yang tidak sihat akan melakukan perkara yang sebaliknya. Suatu elemen yang mampu mempengaruhi akal adalah nafsu. Nafsu jika ditemukan dengan akal yang sihat maka akan memberikan impak yang positif kepada manusia. Tetapi, nafsu jika ditemukan dengan akal yang sakit maka akan memberikan impak yang negatif kepada tuannya.

Apakah formula untuk membina akal yang sihat? Setakat yang aku tahu, terdapat ramai pakar motivasi memberikan tips untuk membina otak yang sihat dan jarang yang memberikan tips untuk membentuk akal yang sihat.

Antara formula untuk membina akal yang sihat:

Keimanan yang benar kepada Allah Ta’ala.
Melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Mendengar peringatan.
Mengingati kematian.

Sebenarnya banyak lagi formula untuk membina akal yang sihat dan apa yang dinyatakan di atas cuma sebahagiannya sahaja.

Sebagai kesimpulannya, jaga dan peliharalah akal kita daripada perkara yang merosakkan. Akal mestilah mendahului nafsu dengan berpaksikan kepada petunjuk Ilahi dan bukan sebaliknya.

Wallahu ‘alam.

Lutut Tak Baik Lagi

Sekarang ni dah genap seminggu aku tak bermain sebarang sukan... bola sepak ke badminton ke, malahan jogging pun tak. Dengan erti kata lain, dah seminggu aku tak berpeluh. Rimas dohh sebenarnya. Aku bukan jenis orang yang tak bersukan, paling-paling tak pun dalam sehari tu mesti akan berpeluh.

Ini semua kesan daripada aku beriya-iya mempertahankan gol aku daripada dibolosi minggu lepas dengan aku tackle pihak lawan yang sedang berlari menggelcek bola. Lutut aku ni memang sakit dari ahad lepas. Sampai sekarang tak pulih. Aduh. Risau gak aku. Pergerakan aku kini pun terbatas.

Main tak lah sampai 24 jam, tapi kesan sakitnya dah genap seminggu. Macam tak berbaloi kan? Tapi ini semua suratan yang dah terjadi. Doktor ada cakap kalau seminggu tak elok lagi, refer ke hospital. Tapi aku malas nak cakap dengan mama yang lutut aku ni sakit lagi. Paling-paling pun biarlah aku dapat melepaskan tengok Malaysia main final ahad ni kan. hahahaha.

Hmm, susah gak bila dah sakit ni. Allah dah tarik nikmat yang Dia telah pinjamkan kat aku. Ya Allah, pulihkanlah segera kesakitan kaki yang sedang aku alami ini. Tak tahan dah ni... lama tak berpeluh. Ish.

14 Tahun Penantian

Akhirnya skuad bolasepak Malaysia mengakhiri penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF. Barisan pemain Malaysia telah menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 selepas perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0.

Kejayaan ini mengulangi pencapaian terbaik negara yang kali terakhir layak ke final pada edisi sulung kejohanan 1996, di mana kita tumpas 0-1 kepada Thailand untuk muncul naib juara. Malah, kemaraan ini meletakkan Malaysia di landasan untuk melakar sejarah menjulang piala buat kali pertama. Harapan itu tidak mustahil kerana kita telah membuktikannya dengan merangkul emas Sukan SEA dalam tempoh 20 tahun di Laos, tahun lalu.

Menanti Malaysia di final yang akan berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember adalah pemenang di antara Indonesia dan Filipina. Indonesia menang 1-0 pada separuh akhir pertama.

Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang bermain pada perlawanan malam tadi kerana mereka mempamerkan disiplin tinggi dan kesungguhan sepanjang 90 minit permainan berlangsung. Kita sememangnya berhak melayakkan diri ke perlawanan akhir apabila pemain kita berjaya menyerap tekanan dari dalam padang dan juga luar padang.

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi menjadi saksi kesungguhan Malaysia mengekang asakan menggila tuan rumah yang berusaha mencari gol sebaik wisel permainan ditiupkan.

Skuad bimbingan Herique Calisto yang terdesak untuk mencari kemenangan selepas tewas 2-0 di Bukit Jalil mengatur asakan tanpa henti hingga tamat saingan.

Pujian selayaknya diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang tidak tertekan dengan jeritan Vietnam! Vietnam!, sebaliknya disiplin dan kesungguhan membawa kepada kejayaan.

Jika pasukan Indonesia menjadi lawan Malaysia di final nanti, mereka pasti akan bermain di bumi Malaysia ini. Jadi sepertimana yang telah kami penyokong bolasepak Malaysia ikrarkan sebelum ini bahawa kami akan membalas 'budi baik' penyokong Indonesia yang mereka telah lakukan pada skuad Malaysia semasa perlawanan pembukaan lepas yang menyaksikan Malaysia tewas 1-5 pada Indonesia.

Kalau nak berentap, berentap cara jantan! Jangan bacul! Kami 'setia menunggu' kehadiran pemain Indonesia untuk beraksi di depan mata kami sendiri. Tungguuuuuuuuuu.....

18 December 2010

Sekangkang Kera

Petang tadi lepas solat Jumaat dalam pukul 3:30 gerak TM. haha. Mulanya aku tanya ayie sebelum khutbah Jumaat start, " ayie.. teman aku.. g M****.. ". Ayie bagi lampu hijau. Bukan betul-betul lampu hijau dye bagi, tapi dye on laa nak teman aku. [bahasa kiasan]

Da laa takde watpe, tu yang nak sangat g TM tu. haha. Awan pun gelap memang tak main bola laa petang. Lagi pun aku dah cakap dgn *** yang aku nak datang g ambil dia bawa balik *** sbb nak suruh dia teman aku attend satu event ni, tapi memang dia taknak laa balik. Tapi aku datang tu memang dia langsung tak tahu. haha. Saje nak buat SURPRISE untuk dia.

Masalahnya ingat nak terus datang betul-betul sampai kat depan rumah, tapi boleh pulak tersesat. Aduyai. Nak taknak kena laa call. Dia mulanya tak caya aku datang betul, tapi bila aku tanya mana rumah dia siap sebut nama kampung apatah aku lupa. Tu yang dia percaya kott. hehe.

Akhirnya dia datang jemput kat depan masjid tu. Aduyai. Tergelak aku tengok dia. haha. Jadi kami g laa lepak kat restoran mamak. Sembang punya sembang punya sembang, adik dia sibuk nak balik. Aku pun nampak adik dia camtu terus laa ajak balik.
[kacau daun laa.. haha..]

Still tak puas kott sembang dengan dia. Hmm. Rasa macam nak dok dengan dia 24jam je. Boleh sembang sampai lebam. Menurut katanya laa. hahaha.

Dalam pukul 5:45 bergerak pulang. Sampai rumah pukul 7. Hmm. Lama giler kott kesesakan jalan raya. Padahal jarak sekangkang kera je. hehe. Ape pun syukur giler dapat jumpa dia.


P/S : nama tuan punya diri dan tempat terpaksa dirahsiakan. ia milik SenDiriaN, bukan untuk paparan UmuM dan tak mahu terkantoi.. 
[hahahahaha..]

17 December 2010

Sekilas Penghayatan Kehidupan

Aku bukan insan yang sudah cukup lama hidup di muka bumi. Aku juga bukan insan yang arif dalam hal duniawi apatah lagi akhirat. Tetapi aku juga manusia biasa yang mempunyai kehidupan. Sekilas aku melihat, manusia tidak pernah lekang dari ujian Allah.

Ujian Allah ada bermacam bentuk, ada yang diuji dengan kekayaan dan sememangnya manusia mana yang tidak berasa suka dan gembira dengan nikmat kemewahan yang diberikan. Sayang sekali ada yang bongkak, angkuh dan membangga diri dengan kemewahan serta nikmat yang Allah telah anugerahkan. Namun tidak semua, andai manusia tahu erti bersyukur, pasti kemewahan itu diuruskan dengan sebaik-baiknya ke jalan Allah. Itu juga adalah ujian Allah terhadap hambanya yang beriman.

Sesungguhnya, setiap yang beriman akan diuji oleh Allah dengan ujian yang tidak pernah diduga. Paling perit apabila, manusia itu diuji dengan musibah atau bencana yang sangat berat untuk diterima dan ditempuh. Semestinya saat diuji, kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Pada waktu itulah, kita memerlukan sokongan keluarga, saudara dan sahabat handai yang paling akrab untuk memberikan sokongan.

Sudah menjadi lumrah manusia, kita akan menangis apabila merasakan ujian Allah itu tidak tertanggung. Ingin sahaja hati ini ingin memberontak. Tetapi ingatlah kembali, sesungguhnya kita hanya hamba yang lemah. Pada suatu ketika, kita akan berada di atas, di mana kita tidak tahu bersyukur dan tidak berfikir dari mana datangnya kesenangan itu, pastinya kita berada dalam kerugian kerana melupakan Allah yang pemberi segala nikmat. Pada suatu ketika, kita manusia akan berada di bawah, saat Allah menarik kembali kesenangan yang diperolehi maka pada saat itu, kita manusia akan menadah tangan kepada Allah dan bertanya mengapa ujian berupa derita diberikan kepada kita dan pada saat itulah baru kita ketahui wujudnya Allah sebagai Tuhan yang berkuasa dalam menentukan segalanya.

Ketahuilah, setiap yang terjadi mempunyai sebab dan semestinya perkara yang telah terjadi akan mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Sesungguhnya manusia tidak tahu apa yang terbaik disediakan untuk manusia yang lain. Tetapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Kerap kali kita akan mengeluh memikirkan takdir yang menimpa diri, kesedihan akan mula menguasai diri, kemalasan menguasai diri dan berasa malas untuk bangun meneruskan kehidupan, sehinggakan terkadang melupakan tanggungjawab ibadah solat terhadap Allah s.w.t.

Percayalah, Allah akan menurunkan sesuatu ujian bertepatan dengan kemampuan hambanya. Setiap kita pernah merasai kesusahan, kesedihan, di mana kita sendiri merasa sukar untuk diri kita sembuh setelah berlakunya bermacam perkara yang melunturkan semangat kita. Sebagai manusia yang dikurniakan akal, sebagai pesanan untuk diri sendiri aku juga, semestinya kita perlu berfikir, mengapa Allah menguji kita sebegitu rupa? Jawabnya tidak lain, itulah tandanya Allah masih sayangkan kita dan supaya kita sentiasa ingat kepadanya. Cuba kita imbas kembali, berapa banyak kita mengingati-Nya? Dengan kerja yang berlambak, soal keduniaan kerapkali menjadi keutamaan. Allah sentiasa mengingati kita, tetapi kita lalai mengingatinya.

Allah mahu kita berfikir. Kita sendiri tahu, setiap yang berlaku tersimpan pengajaran. Maka jadikanlah pengajaran itu sebagai pedoman di masa yang akan datang. Mungkin hari ini kita dalam kesedihan dan kesusahan, tetapi akan ada masanya Allah akan memberikan kita kesenangan dan kebahagiaan yang kita sendiri tidak pernah jangka. Teruskanlah berdoa kepadaNya, berserah kepadaNya setelah berusaha. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar doa hambaNya yang berada dalam kesusahan. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan percayalah bahawa janji Allah itu pasti. Dalam apa-apa keadaan pun, ingatlah Allah sebagai tempat pergantungan kita yang mutlak. Tanpa izinNya tidak akan terjadi apa yang kita mahukan. Hiduplah untuk mendapatkan keredhaanNya. Moga hati kita menjadi tenang dalam menempuh segala jenis ujian yang diturunkan olehNya.

Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan mendapat rahmat yang berpanjangan dariNya. Sesungguhnya manusia itu tidak lekang dari melakukan kesalahan, maka selaku sudara sesama Islam, berpesan-pesanlah kita sesama umat manusia. Jika ada hati yang merintih, mengadulah kepadaNya dan kita di dunia laksanakanlah amanah sesama umat, bantu selagi terdaya kerana sebaik-baik manusia adalah manusia yang membuat kebaikan demi mendapat keredhaan Allah.

Segala keburukan datangnya dari diri ini, tiada niat untuk berbangga diri malahan peringatan ini untuk diri sendiri. Tiada niat menunjuk hanya sekadar berkata-kata, kerana aku juga manusia biasa yang belajar dari kehidupan di bawah naungan Pencipta. Kerana aku juga manusia yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Semoga beroleh manfaat dan maafkanlah andai tersilap kata dan menyinggung rasa kerana kebaikan dan kesempurnaan mutlak itu datangnya dari Allah s.w.t. Marilah bersama-sama menghayati erti kehidupan dan fikirlah betapa Allah itu sentiasa ada untuk makhluk ciptaanNya samada semasa susah dan senang.

Wallahua'alam.

16 December 2010

Malaysia 2 : 0 Vietnam

Semalam dunia sukan bolasepak Malaysia kembali 'bernyawa' apabila berjaya menjinakkan juara bertahan, Vietnam dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Syabas Malaysia!! Anda tidak mengecewakan 50 ribu lebih penyokong Malaysia yang datang stadium malam tadi.

Gerak semalam dalam pukul 3, turun train di BJ station tepat dalam pukul 4:10. Tak macam semeriah masa final Piala FA tahun 2008 masa tu. Masa tu kteorg gerak lebih kurang sama waktunya, tapi ketika itu dalam train memang pack giler. Tapi semalam dalam ktm lengang, dalam star pun lengang. Sampai kat Stadium BJ pun lengang. Kalau tak masa tu dalam pukul 4 di perkarangan stadium dah penuh dengan launtan merah, tapi semalam lengang.

Sebenarnya sebelum gerak semalam ada call dia ni nak inform yang aku nak g stadium tapi tak angkat bila aku call. Tapi aku still inform dia laa kan. Dia sebenarnya tak bagi aku g sebab kaki aku ni injured tapi semangat membara laa. Apa boleh buat. haha.

Jadi, aku dengan pakli pun terus gerak g beli tiket. Risau habis tu laa menyebabkan kteorg gerak awal. Yang ayie pulak gerak lambat sebab g ambil lesen. Lepas beli tiket tu tunggu ayie kat depan surau yang ada kat kawasan situ. Tak sampai 10 minit ayie sampai, dye carik kteorg punya lah lama padahal kteorg kat depan tu jer. Saje taknak panggil dye sebab nak tengok dye dapat carik tak. Pastu dye call aku, aku saje taknak angkat sebab nak bagi dye dengar bunyi fon aku tu. Lepas dye terdengar bunyi fon aku dye tercarik-carik mana arah bunyi tu datang. Nak tergelak besar aku tengok reaksi ayie tu. haha.

Lepas tu, sembang kejap terus g solat. Sesudah solat apa lagi... pusing laa sekitar kawasan stadium tu. Survey harga jersi. ahah. Paling murah harga nya. Dah laa duit pun ngam ngam je bawak. Memang tak laa nak beli. Jadi, pusing punya pusing. Nak carik kehangatan perlawan tapi tak jumpa. Penyokong yang hadir tak ramai lagi. Nasib laa dapat jumpa geng Ultras Malaya. Meriah laa gak dorg buat sorakan. Aku kenal Ultras Malaya pun melalui fb, tapi yang aku kenal area Lembah Klang punya.. yang ada tu dari Kedah. Kita bertiga pun lepak laa situ dulu untuk meramaikan penyokong yang ada ketika itu.

Dalam pukul 6 kteorg masuk stadium cari tempat yang paling strategi. Jadi kami duduk laa kat bahagian sudut padang. Dengan harapan kalau player Malaysia jaringkan gol dorg akan datang kat kteorg. Sebab masa final Piala FA 2008 lepas, kteorg masuk tv pun sebab aku yang pilih tempat tu. Nak dijadikan cerita apa yang kteorg harapkan jadi kenyataan sebab kedua-dua jaringan gol semalam dorg datang ke arah tempat kteorg.. hahahahaha. Puas hati giler. Tapi tadi semua berita aku tengok, semua video aku tengok, haram batang hidung pun tak nampak. Siot jer. Habis tu semalam cameraman yang tercongok depan kteorg tu cameraman mana dohh????? Takkan Vietnam. Haduyai.

Sempat gak bergambar dengan penyokong Vietnam. Ini bukan satu Malaysia tapi satu dunia. Advance takk. cewahh. haha.

Yang menarik perhatian aku semalam banyak bendera negeri turut dikibarkan. Kteorg tak yah cerita laa. Bendera Selangor je 3 kteorg kibarkan. Tengok-tengok tuah memang kat player Selangor. Dua-dua gol player Selangor jaringkan. haha. Selangor terhebat laa kan.

Yang aku nampak semalam bendera Selangor, Kedah, Terengganu, Johor, Melaka, Sarawak, Kelantan, Pahang, Perak. Itu yang aku nampak, yang aku tak nampak tak kira lagi. Tantah cukup kesemua negeri dalam Malaysia ni ada bendera orang bawak. haha. Tapi yang aku tak faham tah celah mana pulak ada player Malaysia malam tadi yang ada asal dari negeri-negeri tu. haha.

Tapi semalam berkibar gak bendera Palestin semasa perlawanan semalam lagi-lagi masa nyanyian lagi Negaraku berkumandang. Tak lain tak bukan sape laa yang kibarkan tu kann.

Haa. Teringat pasal tira, tadi dye cakap kat wall aku.. g stadium tak roger dye. Bukan taknak roger dye, tapi aku pk takut dye takde orang nak teman dye plak. Sebab eka pun setahu aku ade kat Kuantan. Tapi takpe, nanti pape game international melibatkan Malaysia aku inform dye. haha.

Akhir kata, berbaloi ar keluar dua puluh ringgit dapat dua gol. Sekali lagi ucapan tahniah kepada skuad Malaysia yang berjaya menewaskan Vietnam tanpa bolos. Kami peminat sukan bolasepak Malaysia sememangnya dahagakan saat-saat begini. Kembalikan semangatmu, jangan cepat terbuai mimpi dengan kemenangan ini. Sabtu ini ada lagi separuh perhitungan. Kalau dalam 90 minit tu, semalam baru melepasi 45 minit pertama. 45 minit berikutnya perhitungan di bumi Vietnam pula.

Kalau Malaysia berjaya mengalahkan Vietnam sabtu ini, maka buat pertama kalinya Malaysia melangkah ke final sejak tahun 1996. Ada kemungkinan bertemu dengan indon lagi sekali. Apa pun jangan pandang final lagi, tetapi tumpukan perlawanan selepas ini.

Syabas Malaysia! Tahniah Malaysia! Malaysia Boleh! Teruskan Perjuanganmu!