31 May 2010

Islam Tercabar!!!

Hari ini sekali lagi kedaulatan umat Islam tercabar.. pada sebelah pagi tadi sebuah kapal Turki "Mavi Marmara" sedang menuju ke arah Gaza dalam misi bantuan kemanusiaan telah diserang oleh tentera laknat israel.. berita terbaru yang diperolehi mengatakan 9 orang terkorban dan kebanyakkan yang lain cedera parah.. Nasib seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani masih belum diketahui..

Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.. Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.. Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Anggota Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.

Kapal Turki "Mavi Marmara" yang diserang itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.

Umat Islam perlu mempunyai rasa bertanggungjawab tentang nasib saudara-saudara kita di sana.. Hari ini kita mewah dengan keamanan yang ada , namun mereka di sana berlaku sebaliknya.. Budak-budak kecil di sini bermain pistol air untuk keseronokan tetapi kanak-kanak di sana mengambil ketulan-ketulan batu untuk bertempur dengan bala tentera yahudi laknatullah yang lengkap bersenjata..

Cuba renung seketika , bayangkan kita sekarang ini jadi seperti mereka.. Adakah mampu kita bangkit melawan musuh-musuh tersebut yang jelas di tulis dalam al-Quran.. MasyaAllah!! ternyata aku tidak berdaya..

Oleh itu , marilah seluruh umat Islam bersatu rapat bergerak serentak dalam satu saf BOIKOT barangan amerika , israel & sekutunya.. walaupun ternyata aku tak mampu memboikot keseluruhan barangannya tetapi kita harus berusaha satu demi satu selagi kita termampu.. Selain itu , kita juga jangan putus berdoa supaya ALLAH membantu rakyat-rakyat PALESTINE , GAZA yang sedang diratah oleh tentera haram jadah itu.. Jika berdaya lakukan solat hajat mohon bantuan ALLAH untuk mereka.. kita juga jangan lupa melakukan doa qunut nazilah setiap kali selepas habis solat-solat fardhu serta solat-solat sunat supaya Allah melindungi anggota misi kemanusiaan ke Gaza dan mendoakan keselamatan keseluruhan umat Islam di seluruh dunia terutama mereka yang sedang diserang dan termasuk di Malaysia..

Di samping itu , PAS akan menghantar satu memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Ampang jam 12 tengah hari esok (Selasa) dan dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat mewajibkan seluruh ahli dan pimpinan Pemuda kawasan dan negeri hadir ke himpunan sejuta umat di depan kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.. Ayuh sesiapa yang membaca entri ini tolong sebarkan pada kaum keluarga , sahabat-sahabat supaya datang memberikan sokongan.. soal politik boleh letak ketepi , ini yang lebih penting ialah soal MARUAH ISLAM.. INSYAALLAH aku akan hadir kedua-dua demontrasi ini..

Ya Allah ya Tuhan kami!
Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Maha Mendengar Lagi Maha Memakbulkan!
Tolonglah kami dalam mempertahankan saudara-saudara seagama kami di Palestin!

Ya Allah!
Tolonglah saudara-saudara kami di sana!
Berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada para mujahidin yang terus bangkit berjuang menentang yahudi laknatullah 'alaih!
Mereka mencabuli maruah saudara-saudara seagama dengan kami dengan semahu-mahunya!
Ya Muntaqim!
Hancurkanlah musuh-musuh Islam yang tidak henti-henti menyeksa dan membunuh saudara-saudara kami di sana!
YA RABBAL 'ALAMIN!


p/s:-Seandainya diizinkan mahu saja aku berjuang dan mati syahid bersama-sama mereka! Aku tidak sanggup melihat saja darah saudara-saudaraku yang tidak bersalah dan tidak berdosa terus tumpah mengalir dibantai oleh yahudi zionis dan sekutunya! namun aku ternyata tidak terdaya tapi aku cuma mampu berdoa......

Aku tulis ini khas buat diri aku , dan umumnya kepada pembaca..

Agama Urusan Ulama

Persoalan peranan ulama kerap diperkatakan kebelakangan ini kerana kedudukannya yang tinggi di mata masyarakat. Namun, kebelakangan ini ada ungkapan yang mempersoalkan perkara tersebut. Perkara ini juga perlu dilihat dari hidayah al-Quran dan sunnah supaya masyarakat dapat melihat kebenaran sebenar pada perkara ini.

Ungkapan seperti: ‘Perubatan moden adalah untuk semua masyarakat’ sudah diterima umum.

Namun sekiranya datang Si A berkata: Walaupun saya belajar bertani, namun disebabkan perubatan untuk semua, maka saya juga layak jadi doktor dan boleh mengubat penyakit saudara walaupun saya tidak belajar perubatan.

Demikian juga ungkapan: ‘Kejuruteraan moden untuk semua’.

Namun datang pula Si B mengatakan: Walaupun saya belajar kedoktoran, saya juga layak menjadi jurutera dan mahu mempraktikkan bidang kejuruteraan. Masyarakat yang mendengar kata-kata tersebut, pasti beranggapan bahawa sesiapa yang berubat dengan Si A akan menerima bahaya. Begitu juga dengan halnya Si B, masyarakat akan berpandangan bahawa walaupun dia pandai dari sudut perubatan, namun bangunan yang dibinanya belum tentu kukuh dan merbahayakan masyarakat umum.

Kalau demikian kedudukannya, Islam adalah agama untuk semua adalah ungkapan yang sememangnya diterima. Namun adalah tidak betul mengatakan urusan agama, mentafsirkan al-Quran, menghukum kesahihan hadis dan mengeluarkan hukum boleh diberi sebebas-bebasnya untuk masyarakat awam.

Sekiranya seseorang mengamalkan perubatan tanpa ilmunya yang sah, pasti merbahayakan masyarakat dan boleh membawa kematian. Demikian juga urusan agama, sekiranya ditafsirkan dan dihuraikan oleh bukan ahlinya, pasti membawa kepada penyelewengan yang membawa kehidupan sebelum mati dan sesudah mati. Kebiasaannya, mana-mana ajaran sesat datangnya dari pengaruh seseorang kepada masyarakat awam.

Benarlah Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, 43 yang bermaksud:


"Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang-orang yang mengetahui sekiranya kamu tidak mengetahui."


Sabda Rasulullah SAW:


"Sekiranya diserahkan urusan kepada orang yang tidak mengetahui tunggulah saat binasa."


Hadis tersebut dengan jelas menghuraikan kebinasaan sekiranya diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, lebih-lebih lagi dalam urusan agama.

Pandangan Imam Shafie Rahimahullah: Berkata Imam al-Shafie Rahimahullah (nasir al-sunnah) dalam kitabnya al-Risalah (Hal: 510) yang bermaksud: Tidaklah berijtihad (qiyas) kecuali sesiapa yang mempunyai kemampuan iaitu ilmu mengenai kitabullah samada perkara fardhunya, kesusasteraannya (balaghahnya), nasikhnya, mansukhnya, ‘amnya, khasnya dan panduannya.

Dia (mujtahid) berdalilkan pada perkara-perkara yang boleh ditakwilkan dengan sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya tidak ada, maka dengan Ijma’ al-muslimin. Sekiranya tiada ijma’, maka dengan qiyas. Kemudian Imam Syafie berkata lagi: Tidaklah boleh untuk sesiapapun berijtihad sehingga ia menjadi alim dengan sunnah-sunnah, perkataan-perkataan salaf, persepakatan masyarakat dan perbezaan pandangan di kalangan mereka dan mahir bahasa Arab.

Imam Shafie berkata lagi: Tidaklah boleh untuknya berijtihad (qiyas) sehingga dia merupakan seorang yang berakal sehingga boleh membezakan antara yang musytabih, tidak gopoh untuk memperkatakan sesuatu sehingga ia mempastikannnya. Tambah imam besar itu lagi: Dia (mujtahid) tidak menolak untuk mendengar pandangan orang yang menyanggahnya kerana kemungkinan melalui mendengar tersebut dapat mengelakkan lupa dan menambah keyakinannya pada perkara yang ia yakin kebenaran.

Tegahan Imam Shafie: Imam Shafie berkata lagi dalam kitabnya al-Risalah (Hal. 511): Manakala sesiapa yang sempurna akalnya, namun bukan seorang yang berilmu (sebagaimana diperkatakan tadi), tidak halal baginya berijtihad, kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang diijtihadkannya, sebagaimana tidak dibolehkan seorang ahli fiqh memperkatakan mengenai harga dirham walhal dia tidak mempunyai pengalaman di pasar.

Dengan itu benarlah kata-kata Rasulullah: Ulama` adalah pewaris para nabi. Merekalah yang menyambung tugas-tugas masyarakat. Kesimpulannya, urusan agama ini adalah urusan ulama. Ulama sahajalah yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kebanyakan ajaran sesat dilahirkan apabila dibiarkan orang-orang awam mentafsirkan agama sewenang-wenangnya. Demikian juga aliran sesat menyesat secara taksub pada perkara khilafiyah dalam ibadah diikuti oleh masyarakat awam yang lemah asas agama.

Pada masa yang sama, masyarakat harus mengenali siapakah ulama yang sebenar. Sistem pelajaran moden, yang memisahkan ilmu-ilmu Syariah kepada al-Quran, al-Sunnah, Syariah, Dakwah dan Bahasa Arab telah melahirkan cerdik pandai Islam yang hanya pakar dalam sesuatu bidang ilmu. Seseorang mungkin dikatakan pandai hadith, tetapi tidak mempunyai kefaqihan atau tidak mahir dalam pembacaan nas-nas ulama. Demikian juga sebaliknya.

Demikian juga pandai bahasa Arab sahaja tidak memboleh seseorang itu pandai mentafsir al-Quran. Kalau Bahasa Arab sahaja membolehkan seseorang mentafsirkan al-Quran, nescaya semua orang-orang Arab sudah menjadi ulama. Sekiranya, lulusan agama universiti moden ini mengakui kelemahan masing-masing, akan lahir saling bergandingan untuk menegakkan kebenaran.

Namun sekiranya graduan tersebut tidak menyedarinya, dan tidak mahu menghadapinya, akan lahir golongan yang disebut oleh ramai professor-profesor Syariah kepada anak-anak muridnya iaitu: Kamu memasuki universiti dalam keadaan tawaduk, namun kamu keluar dalam keadaan takabbur.

Oleh itu, masyarakat perlu menghormati peranan ulama kita samada dulu mahupun sekarang. Kita mengharapkan institusi ulama terus dihormati kerana peranan besar mereka di kalangan masyarakat. Wallahu a’lam.

30 May 2010

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Wa'allahualam

Selangor Terhebat !!!

hadui , baru balik dari stadium Shah Alam.. keputusan perlawanan tadi Selangor 2-0 Perlis.. game tadi agak menarik ar gak , tapi Selangor maen tak agresif sgt.. kalau tak da 4-0 tapi 2 offside.. penyokong pon tak ramai ar tu yg tak syok.. maybe dorg da yakin Selangor mng game td tu yg ramai tak turon..

Kalau 1000 org ade persepsi macam ni lingkup Persatuan Bolasepak Selangor dohh.. kita pnye persatuan kita laa kene support.. hahaha.. ape pon ni kemenangan ketiga berturut-turut Selangor selepas FAM mengenakan tindakan displin terhadap coach n 4 player.. ternyata Selangor tetap hidup tanpa mereka.. tapi aku harap baki lagi tiga game yg dikenekan FAM terhadap coach n player tu menang.. biar jarak sikit dengan pencabar di tangga kedua..

Aku takot gak baki 3 game tu lawan dgn team yg kuat-kuat mcm Kelantan n Terengganu.. ape pon jumlah mata tetap jaoh lagi.. tapi dalam bola sepak seribu kemungkinan boleh berlaku sbb bola itu BULAT!!

Untuk skuad GERGASI MERAH KUNING : teruskan momentum kemenangan!!! jgn mudah mengalah sebelum berjuang.. aku SAYANGKAN skuad SELANGOR dari DULU , KINI , dan SELAMANYA.. jatoh bangun dalam kehidupan itu lumrah..

SELANGOR TERHEBAT!!! hahaha..

29 May 2010

Rahmat Ujian Tanda Kasih Allah

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.

Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,

"Bukankah Subuh itu sudah tiba."

Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh itu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.

Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh Allah,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya" (QS Ath-Thalaq:4).

Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

28 May 2010

Sory sgt doh!!!

Aduyai.. letih bhai baru smpai dari kampung.. tapi gigihkan hati utk on9 semata-mata nak update blog sbb kes semalam..

pertama sekali , sory sgt2 kat ayie sbb smlm kau terpaksa balik naek bas.. sory gle doh bnde nak jadi sial.. gile tensyen aku smlm rase nak hayun je.. da lah krete problem pastu tgh call org kredit kering , pastu tgh msg kau kredit betul-betul tinggal RM0.00.. gle!!! gle!!! gle!! gle!!!

secondly , sory sgt kat tira , eka , echah tp especially tira sbb aku dah ckp dgn dye nak dtg balik.. tapi bnde dah jadi kann.. nak bwat mcm mane doh!! klau tak aku mmg nak bwk adik aku tu jmpe korg skali.. dye pon suke bila aku ckp nak ajak jmpe korg.. tp aduyai.. dugaan dugaan!!! lepak dgn dorg kejap gle..

dan aku ucap thanks gle kat fariz dan adeq sbb sanggup turun tolong aku.. dan ikot krete aku sampai kat rumah.. gle tensyen aku!! ish.. kalau korg takde tak tau lah aku.. ni lah penting berkawan.. bile susah dan senang sanggup bersama.. akan aku kenang jasa korg!! ni org ade kwn jadikan musuh.. pelik sial ada manusia mcm tu..

dan paling penting nak mintak maaf sgt2 n thanks sgt2 kat lea.. sbb fikir nak hantar lea balik rumah tp krete dah bwat hal terpaksa lea kene naek bas , lmbt plak tu.. aduyai.. sory taw.. thanks plak sbb dlm emosi nas yg celaru tu lea bnyk membuatkan nas tersedar dgn nasihat.. darah muda laa katakan.. tgh tensyen tu dah tak fikir apa dah , rasa nak redah je beli air tak pakai helmet.. tapi lea suroh pakai , terfikir ade gak org ambk berat pasal aku.. klau tak mmg nak redah je , ape nak jadi , jadilah.. tapi sepanjang perjalanan tu maybe lea ade terdengar nas mencarut.. tu mmg tak dpt nak elak.. ble tgh tensyen mmg semua bende keluar..

Hah! name-name yg tersenarai kat atas sory sgt2 + cumi..

27 May 2010

Kita Bersatu

Petang semalam g lepak dgn geng-geng lame.. asalnya nak lepak 3 org je , ( aku , ayie , thaisong ).. tp semua yg turon 8 org.. ha itulah kekuatan ukhwah yg kami miliki.. call dorg tnye free ke tak , kalau free join kteorg.. tgk 5 org bertambah ( fariz , khairi , kamal , syafiq , hazid ).. hurm.. senang dan mudah berurusan.. walaupon dlm kalangan 8 org tu ade 2 org yg sedang exam harini tapi smlm dorg boleh saje luangkan mase bersama..



macam biasa , kisah lame dicerita kembali bg mengingatkan memori dulu.. haha.. bnyk tergelak je masa berkumpul smlm.. thaisong dgn perangai lama dia.. aduyai.. tergelak besar kteorg!! cerita yg mengarot dan mencarot je lebih.. tapi.. aduhh!! sekejap je rasa jmpe dah pukul 5.45.. seperti rutin harian aku , bila dekat pukul 6 je sume aktiviti aku bwat akan habis utk memberi ruang aku beraksi dgn bola plak.. tu mmg tak dpt dielakkan.. hahahaha..









tapi masa kteorg tgh lepak-lepak tu nampak armeen.. kteorg panggil dia lepak sekali.. dia ckp dia akan dtg balik.. ingtkan dia ckp je , tgk-tgk realiti.. menjadikan table tu 9 org + 1 bukan bdk kelas kteorg dlu.. mmg gempak!! tp kejap je dpt lepak dgn armeen sbb mase tu pon da pukul 5.15..



dalam pukul 6 tu kteorg sume balik.. harap kteorg dpt lepak bersama lg INSYAALLAH , tp thaisong katanye minggu dpn dah start sambung study balik so tak taulah bila lg kteorg dpt berkumpul lagi..

26 May 2010

Bangkit Wahai Islam!

Gaza, tak kan hangus oleh nafsumu hai Israel yang haus darah!
Gaza, tak kan pernah mati oleh kelicikanmu wahai laknatullah!
Bumi Palestin takkan surut menyeru!, menggoncang! memporak porandakanmu!
Bumi Islam tak kan habis mengikis semangat menggempurmu!

Kerana mereka adalah pilihan..
Sebab mereka adalah seruan...
Biarpun kelmarin kau bangga telah membunuh ribuan mujahid..
Dan melukai jutaan lainnya..
Takkan ada ertinya..
Bagi mereka adalah syurga..
Tetapi bagi kau hai laknat mati adalah disebabkan ketakutan!
Kebanggaan yang hina yang kau propagandakan pada dunia!

Sekali lagi Gaza,
Sekali lagi Palestin!
Sekali lagi kukatakan 'telah jelas yang haq dan yang bathil'

25 May 2010

Sakit Hati, Tulang Sendiri ?

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI  : Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI  : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa.Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kes ibubapa dan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran. WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI  : Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi.  Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz
"Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.....

Nota Kasih Sayang :

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat. Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan
sebanding
dengan akibat yang akan diterima?

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH

Pengorbanan

Petang tadi dalam pukul 3 keluar g bwk adik beli buku.. hmm.. ikotkan je la kehendak dye.. so bwk laa dye.. bleyh dye ckp nak g The Store? pegh!!! gile ape.. aku plak ade bwat temujanji pukul 3.30 tu.. dlm mase yg skjp aku fikir berkali-kali nak g ke tak.. tp aku terfikir yg dye ade exam esk.. so aku ckp dgn dye g dekat-dekat suda.. kau tu exam esk.. so dye ikotlah kata abang dye ni.. hahaha..

sampai rumah dlm 3.25 terus ke rumah ayie.. call fon tak angkat , call rumah tak angkat.. berasap gak ar!! pastu try lg baru dye angkat.. yg paling tensyen kau bleyh ckp " ade ape? " sikit pnye angin aku.. baru bgn tido rupenye.. tapi naseb baek dye siap cpt.. tah mandi kerbau ke hape aku tak tau.. haha..

tgk-tgk sampai kat dorg pukul 3:59minit:99detik.. pegh!! JANJI MELAYU!!!!!!!! dorg masuk krete je terus kteorg kene SEJEBIK!!! dorg ckp " 3.30? " haha.. tak mampu aku nak menjawabnya sebab aku org Melayu.. tp hakikatnya aku benci kalau ade org janji mcm ni.. tapi tadi nak bwat mcm mne.. bukan aku yg lambat.. haha..

kteorg terus gerak g NPNG.. nak tgk harga sbb mengikut kata nak maen netball so kene laa g survey dulu.. kalau tak tetibe sampai situ maen tgk-tgk harga rm2000!!! mmg jalan kaki laa sume balik sbb kne gadai sume transport.. haha.. mustahel-mustahel.. harga tgk bleyh ar.. ikot kata dorg player sume 14 org.. entah betul ke tak aku pon tak tau.. biase ar aku buta netball.. tapi aku suka BERMAEN!! bersukan laa maksud aku.. korg ni OTAK KUNING!! haha.. aku otak biru..

pastu kteorg call ar bos-bos kteorg.. sume tak angkat!! aku no comment.. aku malaz nak ckp pape.. korg bwat laa andaian sendiri.. maybe dorg terbongkang? sbb tadi hujan.. maybe dorg silent? maybe dorg keluar tak bwk fon? aku bukan ape.. pernah ke aku call saje-saje? aku call mst ade bnde yg penting nak habaq!! sedangkan mmbe laki pon aku tak pernah call saje-saje.. sume yg mustahak belaka.. setakat msg dgn mmbe laki saje-saje ade ar.. especially AYIE.. sentiasa berlawan LOYA BURUK.. hahahaha.. so kteorg rungsing sementara dan bwat keputusan balik je..

balik tu ajak dorg makan.. sorg taknak , sorg ckp diet.. so aku terus g McD , MAKAN!! ape yg segan nye.. orang nak belanje , makan sudaa.. mcm-mcm dorg cerita.. tp yg jd PERSOALAN di benak aku soal PENGORBANAN.. lea ckp parent dye suro dye bwat semua keje-keje rumah mase adik dye pmr.. dan kini dye spm dye gak kene bwat bnde-bnde tu.. kesian dohh bile dgr.. bnde tu mmg realiti sbb aku gak pernah lalui situasi mcm tu.. tp smpai 2 bulan? ish , bahaya tu tp bg aku ar.. sape yg takde kat situ tak tau ar ape yg 2 bulan , kteorg yg ade je tau.. bnde ni tak bleyh dipaparkan pada khalayak , dan ia akan disimpan sbg Akta Rahsia.. hahaha.. konon!!

ape yg bleyh aku pesan pada semua (umumnye) dan pada lea (khususnye)-tu pon klau lea bace.. 2 bulan sudah TERLALU lame.. ia tetap darah daging kite sampai bile-bile.. pepatah Melayu ckp ' bagai air dicincang takkan terputus '.. so cube fikir balik adakah betul tindakan yg telah kite lakukan.. dan kalau bleyh sebelum tdo sentiase setiap hari maafkan segala kesalahan org laen walau hakikatnye mmg tak bleyh dan cube ikhlaskan semua perbuatan yg kite lakukan sejak bgn tdo setiap hari smpai lah nak tdo utk hari tu gak.. bkn ape mungkin kite belum tentu bgn semula utk esk hari.. so pham-pham je lah.. tak dinafikan lea skrg dlm delima peranan dan tanggungjawab.. lagi-lagi anak sulong mmg besar tanggungjawab yg perlu pikul.. sume parent konfem mengharapkan anak sulong yg buat bnde-bnde tu sume tanpa menyuruhkan adik-adik yg laen tlg.. tp lea jgnlah bwat keje-keje berat tu setiap hari.. mmg saket ar setiap hari nak bwat.. bwat simple-simple sudaa..
*jd penceramah sementara la pulakk.. haha..

tp aku mmg suka bg dorongan dan panduan utk kite sama-same enjoy hidup ni.. dan aku pon suke klau org tegur dan bg peringatan tntg tindak-tanduk yg aku buat.. bukan enjoy sampai tak ingt YANG MAHA BESAR laa.. maksud aku kite sng , org laen lg sng dgn kite.. tp mmbe-mmbe yg kenal sgt aku mmg ckp jd mcm aku , diri sendiri akan saket.. dan aku AKUI bnde tu , sbb kite sibuk nak jage hati org tp dlm mase yg same kite yg terseksa sebenarnye..

macam ni lah aku bg perumpamaan :
org nak sesuatu dari kau , sebenarnye kau tak mampu nak lakukan tp kau tetap lakukan sesuatu utk menjage hatinya.. bile kau da tlg org tu , org tu sndri lupe ape yg kau telah tunaikan hajatnye.. pastu bile tibe kau plak perlukan bantuan , org tu langsung tak tunjukkan simpati apatah lg utk tlg kau.. tp kau tetap berusaha sndri utk menyelesaikan sndri masalah yg sedang kau hadapi tanpa mengungkitnya..
*fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.. haha..

mmg saket klau mcm ni , sbb kite telan pahet org tp kite cube lemparkan kemanisan melalui wajah sndri.. so ade mase aku mmg betul-betul ceria dan ade kala aku ketawa dlm tangisan.. haha.. rambut same hitam , hati laen-laen.. tp satu kepuasan klau dpt tlg org sbb aku percaya akan balasan Allah.. cume lambat atau cepat itu keje Dia.. kite sbg manusia perlu saling bantu-membantu supaya tiada golongan DITINDAS dan tiada golongan MENINDAS.. biarlah kite duduk sama rendah berdiri sama tinggi..

sampai kat sini je lah aku BERMONOLOG.. org laen tgh membuta , aku bermonolog.. tp puas dohh dpt luahkan kat blog mcm ni.. sbb ble kte da lame lupe peristiwa-peristiwa lps dan kte tgk hasil penulisan dlm blog kte.. akan kembalikan semula memori-memori dulu.. jadi marilah kte berBLOG ramai-ramai.. ikot kate ayie tadi ptg mase lepak tu , 80% yg berblog ni perempuan.. so.............

24 May 2010

Rahsia Sujud : Perkembangan Otak

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.

Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.

Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;

"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".

Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.

"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal"

23 May 2010

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

" Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia "

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

" Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan "

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

" Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai "

22 May 2010

Kawan Lama

Semalam lebih kurang dalam pukul 4 petang , dapat
msg dari kawan lama.. kteorg berkawan sejak dari darjah 4
kott kalau tak salah ar.. tapi lepas darjah 6 berpisah dan
berjumpa kembali mase form 2 sbb dye masok skola yg same..
lepas tu sebelum form 4 dye dah keluar dari skola tu sbb ade masalah..

pada mulanya rasa malas ar nak jumpe dye sbb fikir dgn perangai
dye tu.. tapi , fikir balik ish takkan laa sbb perangai dye aku
mesti jauhkan diri dari dye.. maybe dye ade masalah atau ade bnde
yg dye nak bg tau.. so aku berubah hati dan msg dgn dye bleh jmpe aku free..

sampai kat restoran yg telah aku ditetapkan , tgk2 dye dah
sampai.. mcm tak sabar je dye nak jmpe aku.. hahaha..
tgk still hensem tapi
size badan same mcm dulu tak besar-besar..

dalam mase 2 jam tu , tak henti-henti cerita kisah dye.. memang aku simpati
dgn kehidupan dye.. sbg sorg abang sulung mempunyai 4 adik yg masih sekolah lagi , dgn sikap bapak dye yg tak beri nafkah , dgn sikap ibunya yg lupa akan tanggungjawab.. hmm.. ntah lah.. mcm2 lagi lah , dye plak yg sara adik-adik dye dan ibunya gak.. gile pelik seorg anak sara ibunya kerana sikap ibunya yg malas bekerja..

tapi kehidupannya mmg dlm kegelapan.. aku dapat rasakan dye MUNGKIN dah tersedar dan ingin berubah.. dye ckp " nas , bnde jahat apa yg kat dunia ni aku tak pernah buat? semua pernah cuma bunuh org je belum itu pon pernah hampir-hampir.. "
time tu bergedup jantung aku dgr dye ckp mcm tu.. aku takot ade mata-mata yg sedang memandang ke arah meja aku lepak tu.. takot aku disyaki plak bersubahat.. tapi aku cuba utk bertenang dan alhamdulillah tak ada ape-ape yg berlaku..

tapi aku respect kau walaupon kau ckp sume bnde jahat kau pernah buat , kau tetap ambk berat tentang adik-adik kau.. dye sorg abang yg bertanggungjawablah.. dan isnin ni dye akan start bekerja dan gaji dye pon agak ar.. dan dye cakap kalau dye dah bnyk dwet dye nak bwk adik-adik dye dok dgn dye kat umah yg skrg dye diami.. dye dudok berhampiran dgn area sini..

selain tu , dye cerita pasal peristiwa kat skola rendah dan skola menengah.. dan yg aku paling ingt aku pernah gadoh dgn dye mase kteorg darjah 5.. pasal ape aku pon lupe.. tapi kalau dye mengamok habis ar semua , tula perangai dye tu terbawa-bawa smpai skrg.. kes pukul org takyah ckp ar.. TERLALU bnyk..

dye sbnrnye tgh belajar tapi disebabkan mslh hidup dye , dye berhenti dan cari keje utk sara adik-adiknya.. sume mmbe lame dye tanye khabar.. dan mase pertemuan aku dgn dye tu aku nak ajak mmbe2 lame , tp aku fikir mst dorg sume taknak sbb pandang serong kat dye.. aku pon kekadang pelik ade manusia mcm ni , kalau org tu jahat mane pon tp kalau dye nak jmpe ape salahnye dan dye juga pernah bergelar kawan suatu tika dulu.. asal kita plak nak hukum dye mcm tu? cube bayangkan kita berada di tempat dye dan kita nak jmpe kawan-kawan lame sbb nak lupakan sementara masalah yg selama ini ditanggung.. tetibe kawan plak taknak jmpe.. lg ar stress dohh..

naseb baek ar aku takde perasaan mcm tu , dan aku pon mmg tak bleyh tgk mmbe dlm kesusahan.. kata-kata akhir dye " takpe ar nas , dorg bwat aku mcm ni.. nnt bile aku kaya aku nak tgk reaksi dorg plak mcm mane kat aku.. bukan niat aku nak balas dendam ar.. aku takkan lupe asal-usul aku "

dalam pukul 5.50 tu aku ckp dgn dye aku nak balik sbb nak maen bola.. haha.. pastu aku ajak dye dtg ari minggu kalau free sbb mmbe lg ramai ari mggu kat pdg.. dye ckp tgk dlu la mcm mane.. sebelum berpisah tu kata-kata yg dye tinggalkan
" nas, beruntung dpt mmbe mcm kau.. aku tak tau klau dgn kau pon ada org nak dengki.. kau lah mmbe yg terbaek pernah aku jmpe "

kau org yg ke brape tah ckp aku mcm tu.. sbb sebelum ni pon ramai yg ckp mcm tu.. aku harap aku akan kekal dgn perangai aku ni.. aku akan doakan kau supaya kau berjaya dalam hidup dan sentiasa kawallah perasaan kau tu..

21 May 2010

Tanda-tanda Kematangan

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

20 May 2010

Persepsi Diri : Sikap Menunding Jari

Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak nak timbul,

Ikan oh ikan,
Kenapa tak nak timbul,
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat,

Dan seterusnya...

Teringat zaman sekolah rendah dulu, lagu ini lah yang selalu dinyanyikan tanpa memahami makna sebenar yang hendak di ketengahkan mesejnya. Sesekali difikirkan mungkin tak membawa mesej apa-apa pun, tetapi pernahkah sahabat terfikir bahawa mesej sebenar yang hendak di bawa ialah janganlah kita suka menuding jari kepada orang lain, kerana sifat menuding jari kepada orang lain ini tak akan mendatangkan manfaat buat diri kita mahupun orang lain. Apa yang kita akan peroleh jika kita hanya mampu menuding jari terhadap orang lain? Adakah sesuatu akan kita peroleh darinya? Pasti jawapannya ialah tiada apa-apa pun yang akan kita peroleh, ramai yang pasti bersetuju.

Sikap ini sebenarnya mencerminkan diri kita sendiri, kita umpama menuding jari kepada diri sendiri. Pernahkah sahabat berfikir apakah tindakan kita? Dengan hanya menunding kepada sesuatu permasalahan, masalah tidak akan selesai jika tiada tindakan dari kita, dengan menyalahkan seseorang, masalah juga tidak akan selesai. Yang pentingnya ialah tindakan kita, itu yang pasti.


Daripada Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw. Bersabda:

"Jika ada seseorang berkata: Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Daripada hadis diatas Imam Nawawi menerangkan bahawa ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin beliau memberikan penjelasan seperti berikut:

Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasakan dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Ada pun orang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Daripada hadis ini serta penerangan hadis tadi, jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kita tidak digalakkan bersikap suka menyalahkan orang lain tambahan lagi dengan adanya rasa bangga pada diri kita sendiri. Mungkin ada dikalangan kita yang berasa bangga apabila menuding kepada pekara-perkara yang tidak pernah kita lakukan. Maka mari kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri, dia atau kita sebenarnya bermasalah. Mungkin dia bermasalah dari segi luaran sahaja tetapi kita bermasalah dari segi dalaman. Siapa yang lebih besar masalahnya?

Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain. Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Wallahu 'alam

19 May 2010

Bila Impian Tidak Menjadi Kenyataan

Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita.

Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui.

Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah. Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat.

Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck.

Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar.

Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri. Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah..

Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah..

Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh.

Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkansegalanya kepada qada' dan qadar Allah.

Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah.

Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi. Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita. Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah.

Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..

18 May 2010

7 Cara Menangkis Virus Ukhuwah

Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.

1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan 'sombong' seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.

3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: 'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Wallaahu'alam

17 May 2010

Persoalan Palestin

Kehadiran topik mengenai Bani Israel di dalam al-Quran merupakan persoalan pertarungan antara kebenaran dan kebatilan. Persoalan itu berterusan hingga kini sehinggalah Allah menentukan tokoh atau golongan yang akan memperjuangkan permasalahan Palestin sehingga Palestin kembali ke pangkuan negara Islam seperti kembalinya menerusi tangan Umar al-Faruq dan Salahuddin al-Ayubi. Inilah janji Rasulullah yang benar. Perjuangan akan datang berpihak kepada kaum yang tertindas yang benar-benar ikhlas kepada Allah, tidak sama sekali untuk golongan yang pengecut dan dayus. Ketika itu setiap pokok dan batu akan memberitahu: "Wahai pejuang Muslim, ini dia si bedebah Yahudi sedang bersembunyi di belakang aku", kecuali sejenis pokok sahaja yang dikenali sebagai pohon gharqad.

Persoalan ini secara langsung menyentuh persoalan ibadat. Setiap Muslim berikrar sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari di hadapan Allah dengan menyebut ‘ghoiril maghdhu bi ‘alaihim wa ladhallin'' (bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat). Yang pertama dimaksudkan dalam ayat itu ialah kaum Yahudi manakala golongan yang kedua pula ialah Nasrani.

Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh kaum dayus itu sehingga mereka mengharapkan agar kaum Muslimin membelakangkan al-Quran? Jawapan ini telah dijelaskan kepada kita oleh al-Quran dengan maksudnya:

"Dan sama sekali kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu melainkan setelah kamu mengikut agama mereka."

Nah, itulah ketegasan al-Quran memberikan panduan kepada penganutnya. Tetapi malangnya pemimpin boneka mereka yang pernah menziarahi Tel Aviv melarang orang Islam membaca ayat-ayat yang menyentuh kaum Yahudi. Merekalah sebenarnya pelopor keamanan yang palsu. Suatu ketika dahulu mereka telah menjual Palestin melalui Perjanjian Kem David.

Dimanakah wira yang pernah mengangkat ranting zaitun dan melaungkan perjuangan bersenjata menentang ancaman Zionis? Dimanakah pahlawan yang menyeru kepada pembebasan bumi Isra' dan Mi'raj daripada tangan Yahudi? Dimanakah hero yang menyeru untuk kemerdekaan qiblat pertama dan tanah haram ketiga, Baitul Maqdis?

Bagaimanakah dengan peristiwa tragis Dir Yassin, Sabra dan Shatela serta al-Karamah dan kini di Gaza mereka membunuh dengan terang-terangan. Apakah semua peristiwa itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran? Kiranya peristiwa yang menyayat hati itu telah dilupai atau sengaja dilupai oleh pengkhianat masakan umat Islam yang ikhlas dengan perjuangannya boleh melupakannya. Sama sekali tidak.

Ingatan kita masih lagi segar dengan peristiwa kebangkitan umat yang bangun menentang Perjanjian Balfore. Menteri Luar Inggeris telah menyatakan keazamannya untuk membantu menegakkan negara Yahudi di bumi Palestin diikuti rancangan menakluki Palestin. Rancangan yang diakui oleh perikatan bangsa-bangsa Barat itu memperkukuhkan Perjanjian Balfore.

Bangsa Arab dan umat Islam seluruhnya sebulat suara mengangkat jari dan bertanya: Siapakah si Balfore yang berhak memberi dan menyerahkan bumi Palestin kepada bangsa Yahudi terkutuk itu sehingga menjadi satu ungkapan umum bahawa ‘orang yang tiada kena mengena memberi sesuatu yang bukan miliknya kepada orang yang tidak berhak'. Ini adalah drama palsu yang dilakonkan di dalam kepalsuan.

Kaum Muslimin seluruhnya telah menanggung derita akibat bencana yang menimpa mereka. Di sinilah bermula titik hitam dalam sejarah umat Islam. Selepas itu Amerika Syarikat pula menangani masalah Yahudi manakala Troman dan Roosevelt pula meneruskan tugas Inggeris dalam menerajui konspirasi Zionis antara bangsa ke atas umat Islam. Bantuan datang mencurah-curah kepada Yahudi manakala hak bangsa Palestin di bumi sendiri diabai dan dibelakangkan. Selepas itu penghijrahan Yahudi ke bumi Palestin dibuka dengan seluas-luasnya, kumpulan demi kumpulan. Program yang penuh perencanaan itu menyusul satu demi satu dengan kemas dan terjamin.

Pada 1948, satu angkatan bersenjata Islam telah dibentuk bagi membebaskan bumi Isra' dan Mi'raj daripada cengkaman Yahudi. Penubuhan itu mendapat sokongan negara Arab dan Islam lain apabila tenaga sukarelawan datang mencurah-curah. Sewaktu pertempuran sengit antara kedua-dua pihak itu, berlaku pakatan jahat dan pengkhianatan ke atas tentera Islam itu.

Jenayah Yahudi tidak berlaku secara terang-terangan di mata dunia. Dalam satu tragedi yang ngeri mereka melakukan penyembelihan beramai-ramai ke atas wanita dan kanak-kanak. Angkara durjana itu bertujuan menghalau bangsa Arab dari bumi Palestin dan membolehkan Yahudi menguasai sepenuhnya bumi Palestin.

Ancaman pakatan jahat itu berjalan lancar. Apabila Inggeris mengisytiharkan penarikan diri daripada jajahannya Palestin, maka golongan Yahudi di Tel Aviv terus mengisytiharkan pembentukan negara Israel. Beberapa minit sahaja selepas pengisytiharan pembentukan negara Israel itu, Presiden Amerika Syarikat, Troman mengisytiharkan pengiktirafan kepada Kerajaan Yahudi. Di Moscow pula, kerajaan pimpinan Stalin turut mengumumkan pengiktirafan yang sama ke atas Kerajaan
Yahudi itu.

Begitulah hari-hari berlalu. Rencana konspirasi terus berjalan daripada satu babak kepada satu babak dengan penuh kejayaan sehingga meningkat kepada tercetusnya serangan tiga serangkai, Inggeris-Perancis-Israel ke atas Mesir, Peperangan Ramadan, kunjungan Presiden Sadat ke Tel Aviv, Kem David dan kekecohan di Jerico.

Perjanjian Balfore dengan tegasnya menyatakan: "Sesungguhnya Raja Britain melihat penubuhan Kerajaan Yahudi di Palestin dengan penuh simpati. Baginda Raja akan memberi penuh perhatian dan sokongan padu kepada pencapaian matlamat ini."

Britain telah berjanji kepada Yahudi dan melaksanakan janji itu dengan melayani segala hasrat Israel, bermula daripada pengiktirafan hinggalah kepada sokongan dan bantuan. Pada masa yang sama Britain menaburkan seribu janji palsu kepada bangsa Arab dan umat Islam serta memberikan jaminan dusta bagaikan fatamorgana. Sidahaga menyangka itulah air. Namun apabila dia menghampirinya ternyata kosong belaka dan tiada menemui apa-apa. Mereka tertipu dan terus memberikan pengharapan kepada Inggeris dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat sama seperti saudaranya, Inggeris, juga menaburkan janji-janji kosong yang menjanjikan kemusnahan, kehancuran, malah penyerahan dan penghapusan sepenuhnya etnik serta identiti Arab di bumi Palestin, bumi Islam itu. Orang yang mengiktiraf Kerajaan Israel dua minit selepas pengisytiharannya, juga adalah orang yang sama merancang dan menyusun permainan politik kotor dengan berselindung di sebalik istilah proses perdamaian.

Apakah pelopor perdamaian (kononnya) ini belum sedar daripada kesesatan mereka? Tidakkah mereka boleh kembali kepada kitab yang dengan jelas menyebut dan memberi peringatan kepada mereka?

"Demi sesungguhnya engkau mendapati manusia yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang Yahudi dan Musyrik." (Al-Madiah: 82)

Apakah mereka akan terus dengan kesesatan mereka itu sehingga Allah menggantikan tempat mereka dengan satu kaum yang lain?

"Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu."

Thanks LEA , DENDAM TERBALAS!!!

Fuh!! skrg ni baru ade mase nak tulis..
niat hati memang nak tulis semalam tp takde mase..
busy la konon!!

semalam aku n the gang BERENTAP pada kejohanan
futsal sempena HARI BELIA NEGARA kat PUTRAJAYA.. haha..
game semalam paling hampeh kteorg maen.. gile betul..
LETIH TAHAP GABAN aku rase dohh.. bukan ape kteorg
letih.. letih sbb menunggu je.. barua betul pengurusan..
elok-elok game berjalan lancar kat gelanggang 10 tu utk
LELAKI TERBUKA tetibe game bdk bwh 18 bwat kat situ plak..

ambk team nak banyak je smpai BERIBU sebab
nak untung pnye pasal..
aku bukan ape biar laa KAU untung dapat KTEORG plak puas hati
sepanjang program berjalan.. kteorg 100% maen dwet sendiri bhai..
langsung takde penaja..

first skali nak ucap THANKS kat LEA sbb follow g futsal utk bg SOKONGAN.. walaupon lame gile tggu game start tp kalah 4-0.. haha.. LEA still tetap menunggu.. thanks gak sbb jaga barang-barang..
tQ gak kat nabila sbb g utk temankan lea..
klau tak mmg dye tak g ar
sbb dye sorg je perempuan..

secondly JUTAAN TERIMA KASIH kat PLAYER THE SPECIAL ONE..
AYIE , SYAMIN , ADEQ , FITRI , KAMAL , FADHIL , AYOI..
jelas kteorg langsung tak boleh mengimbangi perlawanan tu..
biase lah kteorg antara team yg TERMUDA masuk LELAKI TERBUKA..
kte mst BANYAKKAN lg pengalaman dgn join game-game fusal cmni..

thirdly RIBUAN TERIMA KASIH kat orang-orang yg g follow kteorg n supporter.. SAUK , IDAN , PAKLI , FARIZ , BOTAK , AFIQ , dan tetamu BERHORMAT utk team The Special One ni iaitu THAI SONG.. hahaha..
paling penting terima kasih sbb sponsor transport : KAMAL , SAUK..

seterusnya RATUSAN TERIMA KASIH kat PENYUMBANG-PENYUMBANG
barangan keperluan kteorg SHINGUARD.. iaitu
APIT , PUVAN , AYAI , SYAFIQ , AZAM , SAUK..

tak ketinggalan PULUHAN TERIMA KASIH gak kat supporter kteorg
DI SEBALIK TABIR.. hahaha..

otot-otot kaki aku rase mcm nak pecah dohh.. petang td maen pon mcm nak taknak je.. dgn kepala pon pusing.. aduyai..

----------------------------------------------------------------------------------

semalam lepas blk dari futsal dlm pukul 7.15 P.M. smpai rumah
pastu dalam pukul 8.00 keluar blk terus menuju ke Shah Alam..
tu la aku berani JANJI dgn LEA , takkan smpai mlm pnye sbb futsal..
sebab mmg tujuan aku nak g tgk game SELANGOR vs NEGERI SEMBILAN mlm td.. yg aku dapat luahkan pd penyokong NEGERI SEMBILAN adalah :
HAHAHAHAHAHA.. akhirnya DENDAM TERBALAS!!!!!!!!!!!!!!!

kau ingt selangor ayam ke.. setakat layak ke pusingan
SEPARUH AKHIR PIALA FA 2009/2010 dgn sebab REFEREE BUTA boleh ar.. player N9 jelas bola kene tgn buat-buat tak nampak.. smlm , NAH!! ambk
kau kalah 4-2 dgn selangor.. mule-mule dorg ingat hebat sgt ar
mendahului 2-0.. tp TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI , TUAH SELANGOR SIAPA YANG TAU.. aku mse tu ingt selangor bakal DIBELASAH ar dgn N9 dlm
game smlm.. tp HAMPEH..
SELANGOR telah membuat COMEBACK!!!
GLORY SELANGOR!!!

perhatian :  tgk tajuk mst korg tertanya-tanya.. haha..
                 sebenarnya 'Thanks LEA' tu utk story futsal tu..
                 dan 'DENDAM TERBALAS!!!' tu for story
                 pasal kekalahan N9..
                 so jgn bwat andaian lain..

14 May 2010

Teringat Memori Silam

ADUYAI..!! baru bangun dari tido daa..
keletihan TAHAP melampau sbb maen bola petang tadi.. FUH!!!
orang sume tgh tido time ni aku plak MONOLOG sorang-sorang kat sini..
hurm.. anyway aku ada cerita utk dijadikan entri aku kali ni..

petang tadi... dalam suasana hujan renyai , aku ternampak.......
JENG JENG JENG.....
GADIS... MELAYU... WOW!!!
mulenya aku nampak dia , tapi buat-buat tak pandang..
bila fikir-fikir balik...
IKOT HATI MATI , IKOT RASA BINASA..

so aku panggil lah dia.. tanye dia
" nak balik naik bas ke ".. dia ckp " ha'ah "
aku pon ajak ar dia tumpang sekali.. da alang-alang nak balik jalan yang same apa salahnye tumpangkan orang.. so dia pon naek lah..

TAPI yang penting aku nak catatkan kat sini , gaye manje dia bile ckp dgn aku tu still same macam dulu.. hahahaha..
dan yg PALING penting , dia tanye KILLER QUESTION kat aku..
" MIMPI SAPE?? "

mula-mula aku tak faham maksud dia tu..
tiba-tiba dia ckp " yang kat blog tu.. "
time tu aku trus BLUR and BLANK seketika..
tergamam aku nak menjawab.. dan hanye mampu GELAK je.. hahahaha...
mane aku tak tergamam , dia ckp dia bace yang entri aku tu..
tak tau la betul ke tak dia ckp dia bace.. ataupon orang yang bagi tau dia..

cuba korang bayangkan..
kau tulis pasal orang tu TAPI tak tulis langsung nama dia..
tiba-tiba tuan punya badan tanye SAPE yang kita maksudkan dalam penulisan kita tu..
tak ke TERNGANGA nak menjawabnye..
TAPI aku rase dia tau sape gadis yang aku maksudkan tu..
sebab aku tulis " gadis idaman ' suatu masa dulu '.. "
so biarlah dia buat ANDAIAN sendiri..

dan aku nak catatkan gak , dia sempat wish birtday kat aku
walaupon sebulan telah berlalu.. TQ VERY MUCH..
aku ckp dgn dia " alaa.. lupa la tu.. "
tapi dia ckp dia ingat..
TAH BETUL KE TAK aku tak tau.. haha..

sepanjang perjalanan tu aku tersenyap sbb
MEMORI silam BERTAUT kembali..
sehelai demi sehelai memori silam tu melalui
benak fikiran aku..

..PENGALAMAN TELAH MENDEWASAKAN ,
MEMATANGKAN FIKIRAN
PAHIT GETIR YANG PERNAH DILALUI....

-sedutan lirik hanya utk hiasan-

sedikit KERINDUAN aku pada dia TERUBAT..
mana taknya HAMPIR 2TAHUN kott tak jumpa dia bertemu muka..
selama ni tgk gambar-gambar dia jeh..
aku tgk dia pon semua SEMAKIN..
SEMAKIN LAWA , SEMAKIN... (dan lain-lain)
malas nak tulis yang lain-lain takot nnt ada
MULUT-MULUT JAHAT menyampaikan pada pihak lain..
so hanye tu je aku mampu tulis..

aku harap ALLAH beri kesempatan utk aku bertemunya lagi.. INSYAALLAH..
sampai sini sajelah cerita aku yang dapat aku catatkan utk entri kali ini ,
utk dijadikan KENANGAN aku pada masa akan datang dan
utk TATAPAN korang semua..

'dia' yg disebutkan di atas : SDNbD

-SEKIAN-

12 May 2010

Bersatu Di Bawah Panji Islam!

Benarlah sabda baginda yang menyebutkan bahawa diakhir zaman nanti musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan Amerika laknatullah akan mengerumuni umat Islam seperti mengerumuni suatu hidangan yang lazat. Allah telah mencabut rasa gerun terhadap umat Islam dari dada musuh-musuh Islam. Baginda menerangkan lagi bahawa bukan kerana umat Islam di akhir zaman ini sedikit, tetapi kerana di dalam hati mereka ada suatu penyakit yang bernama Al-Wahnu, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.

Benarlah saudaraku sekelian. Marilah kita lihat bagaimana pemerintah-pemerintah arab telah diperkuda dan diperalat untuk melaksanakan niat jahat mereka untuk menghancurkan Islam. Mesir, Syria dan yang lainnya, mereka ini sanggup bersekongkol dengan laknat-laknat ini demi kepentingan dunia mereka.

Umat Islam hari ini terlalu mengejar kemewahan dunia sehingga menjadikan hati mereka telah tertipu dengan nikmat dunia yang bersifat sementara itu. Sedarlah saudaraku sekelian bahawa hanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah sahaja Allah akan kembalikan kekuatan kepada kita.

Namun sebagai membantu saudara-saudara kita di sana yang menderita, marilah kita melakukan perkara-perkara di bawah sebagai tanda kasih kita kepada mereka.


1. Lakukan solat hajat khusus dan bermohon supaya Allah hancurkan musuh-musuhNya dan selamatkan hamba-hambaNya yang telah dizalimi.

2. Adakan demonstrasi-demonstrasi aman sebanyak mungkin bagi menunjukkan kutukan kita terhadap Israel dan Amerika.

3. Adakan kuliah dan ceramah yang menceritakan tentang kezaliman mereka ini agar umat Islam kembali kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

4. Boikot semua barangan keluaran Israel dan Amerika laknatullah ini dan bertukar kepada barangan lain yang ada pilihan terutamanya barangan keluaran Islam.


Dan banyak lagi perkara yang dapat kita lakukan. Mudah-mudahan usaha kita ini akan menjadi saksi dihadapan Allah Rabbul Jalil nanti,InsyaAllah.

11 May 2010

Sifat-sifat Pendakwah

Dakwah Islamiah pada mulanya adalah merupakan tugas para Rasul yang kemudiannya dilaksanakan oleh Alim Ulama'. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kebahagiaan setiap umat sedikit sebanyak bergantung pada Alim Ulama'. Apabila mereka baik, maka baiklah manusia dan apabila mereka rosak nescaya rosaklah manusia. Ini bererti tanggungjawab Alim Ulama' amatlah besar, dan tugas mereka itu amatlah berat, lebih-lebih lagi kalau mereka menjadikan dakwah (tabligh) sebagai tugas khusus mereka. Pendakwah mesti ada mempunyai sifat-sifat di antara lain seperti berikut :

1. Memahami maksud Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Beramal dengan ilmunya.

3. Tahan marah (berlapang dada)

4. Berani, tidak takut kepada sesiapapun dalam menerangkan kebenaran. Celaan manusia tidak akan menghalangnya daripada menjalankan kewajipan.

5. Menjaga diri, tidak mahu kepada harta kepunyaan orang.

6. Berpada-pada dengan kesenangan dunia dan redha dengan harta yang halal walaupun sedikit.

7. Kuat, sihat dan fasih lidah.

8. Mengetahui perkara-perkara di bawah ini :

(a) Hal ehwal orang yang akan menerima dakwah iaitu tentang kesediaannya untuk menerima dakwah, persekitaran dan sosialnya.

(b) ilmu sejarah umum.

(C) Ilmu Psikologi.

(d) Ilmu Geografi.

(e) Ilmu Akhlak

(f) Mazhab-mazhab, aqidah yang betul dan mazhab-mazhab yang salah.

(g) Bahasa orang yang menerima dakwah.

(h) Ilmu kemasyarakatan (sosiologi) yang membincangkan perkembangan masyarakat manusia dan segala yang berkaitan dengannya.

9. Amat mempercayai kepada janji-janji Allah dan mempunyai harapan penuh untuk mendapat kejayaan biar pun usaha dakwah itu memerlukan usia yang lama dan memerlukan pengorbanan yang besar.

10.Tawadu' (merendah diri) dan menjauhkan diri daripada perkara
yang aib.

11.Tidak bakhil mengajarkan apa-apa ilmu yang diketahuinya. Tidak keberatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan faedah kepada orang lain.

12. Bersifat wakar dan tenang.

13.Tinggi hemat dan mulia diri. Tidak berpuashati dengan perkara-perkara besar yang belum sampai kepada kesempurnaannya dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara hina dan marah ketika disedari dirinya serba kekurangan pengetahuan atau bukti.

14. Sabar ketika menjalankan dakwah kerana Allah.

15. Bersikap Taqwa dan Amanah.

BERSIFAT WAKAR DAN AMANAH

Sifat wakar ada pada ;

(a) Orang yang tidak bercakap sesuatu yang sia-sia, sekiranya perlu bercakap dia akan hanya bercakap sekadar yang perlu sahaja.

(b) Orang yang menggunakan gerak-geri bagi menyatakan sesuatu maksud.

(c) Orang yang sedia mendengar segala pertanyaan dan berhati-hati ketika menjawab.

(d) Orang yang tidak gopoh dalam segala perkara.


Di samping itu sifat wakar ini juga dapat menggambarkan ciri-ciri ;

(a) Memelihara diri daripada senda-gurau yang tidak sopan.

(b) Tidak bergaul dengan orang yang suka bergurau dan menghindari majlis mereka.

(c) Menahan lidah daripada menyebut perkataan yang buruk.

(d) Tidak menunjuk-nunjuk diri tanpa sebab yang munasabah seperti duduk di jalan atau di pasar.

Sifat-sifat yang ditonjolkan begini menarik minat orang ramai kerana keperibadian dan akhlak serta kemuliaannya.

Kasih Sayang Allah Kepada HambaNya

Manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.

Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

10 May 2010

Hormati Ibu Bapa : Amalan Berterusan

TANGGUNGJAWAB BERTERUSAN: Islam menganjurkan anak berbuat baik
kepada ibu bapa walaupun selepas mereka tiada.

Islam mendidik umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dilahirkan begitu besar dan tidak ternilai.
Pengorbanan ibu bapa dalam melayari bahtera rumah tangga amatlah besar. Merekalah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak sejak kecil sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak.

Sehubungan itu, anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Allah SWT berfirman :


وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا

"Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun)".
(Surah Al-Israk ayat 23)


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil."
(Surah al-Israk ayat 24)

FirmanNya lagi :

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan."
(Surah al-Ahqaf ayat 15)

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Aku pernah bertanya Rasulullah SAW: Apakah amalan paling utama? Baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada baginda, semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda.
(Riwayat Muslim)

Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT.

Diriwayatkan daripada Sa'id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, "Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw)." (Riwayat Muslim)

Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud:

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan."

Peristiwa di atas dikuatkan lagi dengan wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya di dalam Al-Quran :

وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (daripada awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada ibu bapamu dan (ingatlah), kepada Akulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Surah Luqman ayat 14)

وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (Allah) dengan sesuatu yang engkau - dengan akal fikiranmu - tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaul dengan mereka di dunia dengan cara baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang salih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan."
(Surah Luqman ayat 15)


Inilah cara pergaulan dengan ibu bapa dianjurkan Islam. Hormati dan berbuat baik kepada ibu bapa selagi suruhan mereka itu tidak melanggari syariat Islam.

Mengingkari perintah supaya berbuat baik kepada ibu bapa termasuk dalam kategori dosa besar. Jika menyebut ungkapan ‘uuh' atau ‘aah' dikira sebagai menyakiti dan menderhaka, apatah lagi jika ada antara anak mencerca, memaki dan memukul ibu bapa mereka.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru bin al-'As r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Antara dosa besar ialah seorang lelaki mencerca ibu bapanya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah akan berlaku seorang lelaki memaki-hamun ibu bapanya?

Rasulullah SAW menjawab dengan bersabda: Ya. Seorang lelaki memaki hamun bapa seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu memaki kembali bapanya, begitu juga sekiranya seorang lelaki memaki hamun ibu seorang lelaki lain, nescaya lelaki itu juga akan memaki hamun ibunya. (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW menganggap menderhaka kepada ibu bapa sebagai dosa besar selepas syirik. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya: Nabi SAW pernah menceritakan tentang dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kepada ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata palsu." (Riwayat Muslim)

Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci. Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya. Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.

Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Kestabilan dan kebahagiaan dalam keluarga adalah pemangkin utama ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Seterusnya masyarakat penyayang mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.

CHELSEA JUARA BPL ??? AWAS !!!!!


perlawanan terakhir BARCLAYS PREMIER LEAGUAGE 2009/2010 telah melabuhkan tirainya lebih kurang pukul 1.30A.M. waktu Malaysia.. perlawanan yang PALING MENCURI tumpuan adalah antara CHELSEA vs WIGAN ATHLETIC.. pada mulanya ramai PENGANALISIS meramalkan bahawa perlawanan itu SENGIT tapi hakikat yang telah berlaku adalah sebaliknya.. apakah semua ini?? adakah ini suatu PERMAINAN orang DALAMAN?? dengan jurang gol yang begitu besar 8-0.. namun kejuaraan BPL tetap milik CHELSEA bagi musim ini..




rentetan GOL chelsea hanya bermula dari pengadil melayangkan KAD MERAH kepada GARY CALDWELL pada minit ke-31.. adakah ini jua KONSPIRASI??


bermula dari itulah rentetan GOL dimulakan oleh LAMPARD menerusi sepakan PENALTI..


turut mencipta nama penjaring ialah DROGBA yang turut mencipta HATRIK..


KEPUASAN jelas TERPANCAR pada wajah TERRY selaku KAPTEN pasukan..


apa pun TAHNIAH pada CHELSEA kerana BERJAYA dalam adegan KEJAR-MENGEJAR dengan MANCHESTER UNITED untuk KEJUARAAN..

Dalam perlawanan yang cukup EMOSI iaitu antara MAN UTD vs STOKE CITY..
dalam 45minit pertama jelas PLAYER MANU menunjukkan kesungguhan bagi merebut KEJUARAAN LIGA kerana seperti mana yang dikatakan , ramai PENGANALISIS mengatakan perlawanan antara CHELSEA-WIGAN ATHLETIC sengit.. jadi PLAYER MANU bersungguh dalam mencari GOL.. tetapi yang JELAS selepas mereka keluar dari BILIK PERSALINAN untuk tempoh rehat itu , PLAYER MANU seolah-olah sudah mengetahui KEJUARAAN BPL milik CHELSEA.. apa tidaknya , mesti mereka mempunyai INFORMER yang turut berada di Stamford Bridge..
SIR ALEX turut mempamerkan reaksi wajah seperti CUKA kerana memang MANU tidak ada harapan JUARA..


pada perlawanan tersebut MANU menang hanya 4-0.. ROONEY juga hampa selepas rehat kerana mengetahui CHELSEA juara mutlak dengan bertindak keluar padang tanpa persediaan PLAYER untuk menggantinya.. namun kemasukan P.J.SUNG memBUAHkan hasil kerana BELIAU dapat mencipta nama sebagai penjaring..


apa pun aku tetap dengan PENDIRIAN aku untuk menyokong MANCHESTER UNITED..
GLORY , GLORY MAN UTD !!!!! ahaha

keputusan lain pelawanan yang TERAKHIR untuk BPL 2009/2010
seperti berikut :

Arsenal 4 - Fulham 0

Aston Villa 0 - Blackburn Rovers 1

Bolton Wanderers 2 - Birmingham 1

Burnley 4 - Tottenham Hotspur 2

Everton 1 - Portsmouth 0

Hull City 0 - Liverpool 0

West Ham United 1 - Manchester City 1

Wolverhampton Wanderers 2 - Sunderland 1

turut dipaparkan gambar bagi perlawan-perlawanan terakhir
BPL 2009/2010 ini :



























AWAS!!
MUSIM DEPAN MANU BAKAL MENGGANAS..



MANCHESTER UNITED TETAP GLORY

09 May 2010

Setelah Sekian Lame...........

assalamualaikum , salam SE-MALAYSIA..
dah lame siol aku tak update..
takde mase laa.. kan ALLAH dah bersumpah ,
" DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN. KECUALI ORANG YANG BERIMAN DAN MEREKA PULA BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN SERTA BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN "

so aku maybe tergolong dalam golongan manusia yang rugi tu kot..
AHAH!!!
maybe start malam ni aku akan aktif balik hantar-hantar entri
yang boleh kita jadikan panduan.. INSYAALLAH..
biase lah dah tak busy ni..
AHAH!!!
dah sebulan lebih tak main bola dowhh!!
harap INSYAALLAH petang ni dapat maen..
sekaligus prepare for futsal on 15MEI nnt..
GLORY2 THE SPECIAL ONE..