28 September 2010

Memaafkan Untuk Syurga

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

P/S : Artikel ni yang membuatkan aku jadi kuat...Mungkin entri ini yang terakhir utk bulan Sept ni.. Berjumpa di bulan baru InsyaAllah...

26 September 2010

Genap Seminggu

Telah genap seminggu.. Minggu lepas adalah minggu suram yang telah aku lalui, satu demi satu masalah dan dugaan buat diriku. Rentetan bermula dari 18hb Sept lalu sehingga 23hb Sept.

Perkara yang berlaku pada 18 & 19 Sept itu tidak perlu aku tulis lagi, cuma ia bermula dari tarikh itu. Aku menyedari earphone tertinggal pon masa 19hb tu. Arghh! Sehingga kini aku buntu nak buat macam mana nak kasi bendalah tu ada melainkan aku kena balik rumah, ambik.

Pada 20 hb pula, aku on laptop nak main game bola PES2010, nak kasi terhibur sikit laa. Bila nak masuk game tu je dye tulis game tu tak install lagi. Pergh! Giler betul. Kat rumah aku siap boleh main, sampai sini je dye ckp tak install lagi? Ish. Memang dugaan aku. Ingat nak hilangkan laa masalah tapi lagi bertambah. Da tak boleh masuk tu ok laa, aku bukak laa lagu plak.. dengar sambil buat keje. Da sejam buat keje nak rehat laa jap, pastu dye suro restart. Aku restart ar, tengok-tengok breakdown terus. Langsung tak boleh masuk window. Tah pahal tah. Argghhhhhhh!!! Time tu memang serabot giler kepala otak rasa. Masalah demi masalah aku kena tanggung. Ya Allah…. Pastu aku g hantar repair laptop tu dan sehingga kini laptop aku tak dengar ceritanya.

Pada 23hb tu plak, kunci aku hilang. Kat situ kunci bilik ada, kunci locker ada, kunci beg pun ada. Aku sedar masa nak masuk bilik selepas habis kelas dalam pukul 12 lebih. Harrgghhh!! Ingatkan tertinggal dlm locker, jadi kopak laa locker tu tengok takde. Argh.. Takkan tercicir dlm kelas. Da tak tahu nak buat ape.. da surrender da.. Aku tidur biar rilex sikit otak. Kusut!!! Dalam 1.30 bangun, solat, ready nak g kelas. Tengah pakai kasut tu aku tengok balik kat anak tangga kot-kot ada sbb masa nak g kelas pagi tu aku pakai kasut kat anak tangga. Tengah aku carik-carik tetibe anak mata aku boleh terpandang ke arah beam lantai besi yang ada kat tepi anak tangga. Dengan kuasa Allah… anak kunci aku ada di situ. Ish. Satu keajaiban. Allah nak tunjukkan kuasa-Nya. Jika ikut logik akal manusia yang terbatas ni, ada dua je kemungkinan. Kalau aku tertinggal kat anak tangga tu, org lain jumpa org lain ambik. Lagi satu kunci aku tu akan jatuh ke tingkat bawah sbb kena sapu dengan makcik cleaner tu. Tapi ni boleh terletak elok je kat ruang besi yg sebesar tak sampai 2cm. Ya Allah.. Kau tunjuk kehebatan-Mu pada ku. Masa jumpa tu aku bersyukur sangat. Tak abes-abes keluar dari mulutku ini Alhamdulillah.. Allahhuakbar.. Astagfirullah alazim.. Pertolongan Allah untuk aku.

Itulah dugaan yang aku lalui sepanjang minggu lepas, kadang-kadang kita selalu lupa Allah dan bila Allah bagi sedikit ujian-Nya barulah kita nak cari Dia. Kawan aku semua cakap yang aku banyak berubah. Dorg cakap perubahan aku ketara. Semua tanya aku sebab apa. Cuma aku je taknak cerita kat dorg. Ahli kumpulan aku lagi laa.. Dorg pelik giler tengok aku. Dorg cakap dorg nak aku yang sebelum raya. Dorg taknak aku sekarang. Dorg ckp aku diam seribu bahasa. Langsung tak bercakap. Sbb sebelum cuti raya tu dorg nampak aku ceria.. happening. Tapi lepas raya aku macam bukan sebelum ni, tu laa dorg nak aku yang sebelum raya. Bukan selepas raya yang diam macam org bodoh!!!

Macam mana kita nak jadi macam sebelum ni sedangkan satu demi satu masalah yg aku lalui. Kalau kita da jatuh nak naik balik bukan mudah kan? Teringat yang aku ada cerita kat rakan perempuan aku tu.. Aku ada peristiwa masa darjah 6, tapi sejak peristiwa tu aku dah berubah 100% sehinggakan aku baru boleh terima masa form 5. 5 tahun bhai aku bina hidup aku dengan identiti baru, dan setelah 5 tahun tu lah aku baru boleh terima org dalam hidup aku. Mungkin kalau org baca tak faham apa maksud aku. Ia amat tersirat dan sesiapa yang hidup dengan aku dari darjah 6 sampailah kini je boleh faham. Tu pon kalau aku ceritakan. Mereka tentu sudah lupa.

Kini mungkin aku sudah mula ada semangat setelah seminggu berlalu. Tapi still benda tu akan singgah kat benak fikiranku. Aku mula rasa lega selepas aku betul-betul cakap kat hati aku ikhlaskan supaya maafkan semua org yang ada salah dengan aku ni. Mungkin benda susah nak lupa tapi lagi baik kalau kita maafkan org kan? At least kalau org tu hadapi sebarang masalah dan kesulitan bukan disebabkan kita tidak memaafkannya. Aku pon dapat tahu insan yg rapat dengan ku itu akan menghadapi percubaan, itu sebab malam sebelum tu aku msg dia. Aku cakap yang aku memang maafkan dia jika ada salah dia padaku. Bagi aku.. ini menentukan masa depannya, jadi aku mahu hidupnya sentiasa diberkati tanpa ada salah denganku. Percubaan apa tak perlulah aku tulis sbb nnt org dapat agak. Aku rasa lagi syok kalau hidup kita, kita buat baik dgn org. Sebab aku teringat ada buku yang aku baca tu penulis tu tulis ‘hidup dengan memberi’.

Ada salah seorg kawan kelas aku cakap badan aku nampak susut. Hmm.. betul ke? Mungkin sebab 2 hari tak makan nasi. Pastu lagi 3 hari aku makan nasi sekali sehari. Sebab masa aku tengah kusut giler tu aku terfikir daripada aku tak makan tak dapat apa, lebih baik aku tak makan dapat pahala. Jadi aku buat laa puasa sunat Syawal. Ni pon baru 3 hari, lagi 3 hari je. Seumur hidup aku tak pernah aku lakukan puasa sunat 6, selalu buat tak habis je. Tapi mungkin tahun ni aku dapat lakukan. InsyaAllah.. Semalam je aku tak buat puasa sunat sebab lect aku buat openhouse, dorg beriya-iya ajak aku g sbb nak suro aku lupakan problem aku. Dan hari ni aku sambung puasa lagi. Terimakasih pada insan yang rapat denganku itu, berlakunya perkara ini menyebabkan aku dapat buat puasa sunat. Disebabkan mahu Allah tambahkan kekuatan pada semangatku, aku kena berusaha untuk sentiasa ingat pada Allah. Allah jumpakan semula kunci aku tu pon suatu kekuasaan Allah, sebab sejak 19hb tu aku mula………… tak perlulah aku nak nyatakan kerana bila aku katakan nnt perkara itu jadi tak ikhlas, malah mungkin akan menjadi riak. Mungkin jika bertentang mata org tanya, aku boleh bagi tahu apa yg perlu kita lakukan.

Petang semalam pon dorg ajak aku maen bola, padahal dlm sem ni tak pernah maen bola kat sini. Sampaikan rakan-rakan perempuan pon sanggup turun nak tengok aku maen. Hmm. Ikotkan je laa dorg ni. Tak abes-abes nak tengok aku macam biasa. Pastu malam tadi dorg ajak tengok bola pulak, hmm.. Gembira gak aku SEBAB buat pertama kalinya Chelsea kalah dalam musim ini. Abes game tu terus aku msg Ayie, Adeq, Tira, Echah, Eka. Seronok punye pasal. Dan Arsenal pula tewas mengejut dengan WestBrom. Gempak ar game Arsenal tu. Laju giler corak permainan dorg tapi penuh dramatis. Yang Chelsea tu kalah hasil jaringan Tevez. Tu pon hasil larian pantas dye. Senang cerita aku suka tengok permainan yang laju.

Lagi satu mama tak abes-abes tanya aku ok ke tak. Semestinya aku jawab ok kan. Kepada sahabat-sahabatku yg telah memberi sokongan moral dan semangat padaku, TERIMA KASIH SEMUA. Aku rancang akhir minggu ni aku nak balik sebab pertama sekali nak ambik earphone. Pastu klau boleh settlekan benda-benda lain tu. Kita tak pernah akan selama-lamanya di ats kan? Beringatlah semua. Allah sangat adil pada hambaNya. Jika hari ini kita menang, kemenangan itu tidak kekal selamanya. Bahkan akan kita kalah jua suatu masa. Cuma Allah yang menentukan samada nak kalahkan kita tu dalam masa singkat atau panjang. Teringat aku ada baca buku 'Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai Ke Syurga'. Buku tu lah banyak bagi motivasi kat aku. Cuma minggu lepas aku memang lemah gila. Dalam kata lain, kita tidak akan tergelak selama-lamanya dan YAKINLAH suatu masa nanti kita pasti akan menangis.

Jika rupa menjadi ukuran;
Aku tak layak menjadi orang disisimu.
Jika harta menjadi batasan;
Aku tak layak menjadi teman hidupmu.
Jika keikhlasan yang didambakan;
Itulah yang tersemat penuh dihati kecilku.
*renung-renungkamlah...

Saje nak kongsi lirik lagu ni. Tiada kena-mengena dengan sesiapa. Cuma aku nak mintak menghayati je lirik lagu ni.....

 

Di Sini Kasih Ku Abadi


Di sini hati ku terluka
Setelah kasih ku berbunga
Sungguh tak ku sangka

Tiada lagi airmata
Hendak ku tangiskan untuk mu
Yang tinggal hanyalah
Duka dan pilu

Di mana harum mawar yang setia
Di mana hilangnya kubu cinta
Sukarnya berpisah dengan diri mu
Sukarnya melupakan oh dirimu

Jangan kau tinggalkan diri ku
Jangan kau berpaling kasih mu
Jangan kau biarkan diri ku
Sepi tanpa mu

Sayangku kembalilah pada ku
Tiada tempat untuk mengadu
Sayangku berikanlah kasih mu
Buat diri ku

Lagi sekali kepada semua pembaca.. terutamanya klau ada sahabat, rakan, dan kawan aku yang baca entri ni. Lirik lagu di atas ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Tambah-tambah lagi kalau tengok ayat demi ayat, contohnya  Sayangku kembalilah pada ku. Ia tidak menunjukkan aku atau sesiapa. Tapi memang lirik lagu ni macam tu. Ingat!!! Fitnah itu dosanya lagi besar dari membunuh. Daripada nak fitnah aku, lebih baik bunuh aku. Takde lah berat sangat dosa......

Dan akhir sekali aku nak kongsikan entri Ayie :
http://ayiesuda.blogspot.com/2010/09/dugaan-buat-kau-nas.html

21 September 2010

Airmataku

Semalam sebelum bergerak dari rumah, berat hatiku ketika mahu mengemas barang-barang dan pakaian. Terasa lemah sangat mahu buat semua benda itu. Aku telefon sahabatku dan memberi tahu apa perasaan aku ketika itu. Semasa aku bercakap dengannya menangis aku apabila berceritakan apa yang aku fikirkan. Sebelum ini aku tak pernah menangis bila bercakap dengan sahabatku. Ketika aku bersembang tu, abah dgn mama ada masuk bilik tetapi aku sempat mengesat airmata supaya mereka tidak nampak apa yang berlaku. Nak taknak masa tetap berlalu jadi aku terpaksa mengemas juga barangan dan pakaian aku. Ketika bersalaman dengan adik-beradik aku yang lain airmata aku hampir mengalir juga namun aku dapat menahannya. Ye laa aku dalam rumah tu selalu menjadi penghibur pada mereka.

Pastu sebelum abah dan mama nak hantar aku ke stesen KTM lama tu dorg ajak singgah kat Masjid Negara jap, minum-minum. Dah minum baru dorg hantar aku ke KTM lama sbb aku naik bas dari situ. Ketika bersalaman dengan abah, aku sempat mintak maaf dan mintak abah doakan. Apabila bersalaman dengan mama, aku sempat mintak maaf je sebab aku dah tak tahan sebak. Menangis aku depan mereka. Aku yakin abah dan mama mesti pelik sebab sebelum ni mana pernah aku bersalaman dengan mereka minta maaf dan menangis sebelum pergi. Aku mintak abah doakan sebenarnya nak mintak abah doakan untuk aku kuat menghadapi hari-hari seterusnya tetapi tak dapat nak habiskan kata-kata aku itu sebab airmataku telah berjurai.

Berat untuk aku meneruskan langkah pergi ke tempat bas itu. Sedang menunggu tu, aku terus telefon ayie sebab nak bgtau yang aku termenangis semasa bersalaman dengan mama dan abah. Ayie banyak bagi kata perangsang, semasa bercakap dengan ayie pon aku tak dapat menahan airmataku ini. Menangis aku sepanjang bercakap dgn dye. Jika ayie ada disisi aku saat itu mungkin kuat gak semangat aku, ini ketika saat aku meninggalkan keluarga, rumah, dan para sahabat. Selepas meletakkan panggilan dgn ayie airmataku terus mengalir. Terasa amat lemah saat itu. Tiba-tiba kawan aku dtg, terus aku lap airmata tapi aku rasa dye nampak sbb mata aku masa tu mmg berair. Lps aku tau dye dtg aku terus cari tmpt yg tiada org. Pastu smpai lg sorg kawan aku, aku nmpk dye tp dye tak nampak aku. Sbb aku nmpk dr jauh. Dye call aku sbb nak mntk tiket, tp aku tak angkat dye call. 2 kali. Aku terus dtg kat dye bg tiket pstu aku terus g tmpat laen.

Dlm 5 mnt bas smpai aku terus naek. Sepanjang perjalanan tu aku tetap menangis. Tak dpt nak tahan. Aku dapat tdo seketika sahaja, masa itu jelah airmataku terhenti. Bila tersedar keluar balik. Tak tahan weyh. Da smpai terus aku kesat airmata sbb nnt jln dgn dorg, mst dorg nmpk. Spanjang jln dgn dorg aku tahan je. Tp aku konfem dorg perasan, cuma dorg taknak tanye je. Klau dorg tanye pon, aku takkan cerita punye. Pastu smpai bilik tgk 2 lg roommate aku belom sampai. Masa sorg-sorg, aarrghh… lg laa. Pastu aku carik earphones utk nak hiburkan hati sikit, tgk-tgk earphones tertinggal. Aarggghh!! Aku terus tarik tilam, aku tdo. Tp sebelum tu aku solat jamak-qasar, semasa solat tu aku menangis. Aku berdoa kepada Allah. Ketika itu sememangnya tak dpt aku tahan.

Sedar dr tidur da nak masuk Maghrib, tggu azan. Lps azan, terus solat. Time solat tu, argghh… menangis. Selesai solat terus capai Al-Quran, bukak surah Yaasin... baca. Dgn harapan Allah memberi kekuatan padaku. Lepas solat, mandi pastu terduduk dgn melemparkan pandangan melalui tingkap. Entah apa yang aku menungkan. Sehinggalah azan Isya’ aku terus perbaharukan wudhu’ utk solat Isya. Masa solat tu pon aku………… , memang lemah aku semalam. Lepas solat tu aku nak mkn laa bekal yg mama sediakan. Tgh nak mkn tu, tiba-tiba mama call. Aku angkat ar. Mama tnye “tgh bwat ape”. Aku ckp “tgh baru nak mkn”. Pastu mama ckp “tak tgk bola ke ManU lwn Liv? Sbb pakli ckp pais mst tgk bola”. Aku ckp “takde mood laa ma”. Mama ckp “sbb ape? Sbb slalu tgk dgn kwn kat sini?”. Aku ckp “bkn sbb tu. Sbb laen”. Mase tu trus aku menangis. Mama ckp, “ckp je laa”. Aku ckp “takde ape laa”. Pastu mama ckp “ohh. Takpe laa. Jgn lupe mkn taw”. Aku ckp, “ha. Ok”.

Lepas tu aku masuk bilik semula utk mkn. Aku dpt mkn 3 suap je. Pastu aku tak larat nak makan. Rasa da kenyang, pastu aku buang. Basuh tgn pastu terus capai fon, call ayie. Aku ckp dgn ayie yg mama ade call tnye asal tak tgk bola. Aku ckp takde mood pastu ble mama tnye sbb aku terus menangis. Pastu aku ckp dgn ayie sebenarnya aku tak sanggup nak ceritakan dgn mama. Aku tak sanggup nak ceritakan sbb nnt mama risau. Biarlah aku tanggung sendirian di sini. Pastu aku call lg sorg, hampir sejam aku bersembang, 57 minit lebih. Lps dr tu aku masuk bilik lame sikit terus aku tidur. Aku sempat gak msg ayie. Ayie tak abes-abes suro aku sabar. Bila ayie bg kata-kata semangat mst meleleh airmataku. Pastu aku tertidur.

Tadi(Isnin 20Sept) bangun, tgk ade msg dr ayie dan mama. Mama tnye da solat, ayie bgtau yg dye da smpai(msg mlm td aku da tertidur). Lps solat aku tdo balik, bila bgn tgk da 8 lebih. Padahal kelas pukul 8. Pastu aku pon rasa mcm tak larat nak g, jd aku tak masok laa kelas tu. Pastu sepanjang hari ini kelas dibatalkan.

Hari ini sepanjang hari aku dok kat bilik je. Tak keluar langsung sehinggakan kawan aku ajak g makan aku tolak sbb aku rasa da kenyang. Dan aku hari ini sebutir nasi pon tak masuk ke perut aku lg. Malam td mama tnye “da mkn”, aku terpaksa ckp “da” sbb taknak dye risau pasal aku. Ptg td mama ade tnye aku da mkn tghari, aku ckp tak lalu nak mkn. Mkn ptg je laa. Tp aku tak g gak. Tu laa aku terpaksa ckp da mkn bila mama call tadi sbb klau dye tau aku tak mkn mst dye risau sgt-sgt.

Dalam call tadi mama tnye, “tak keluar g memane ke?”. Aku ckp “tak. Dok kat bilik je spanjang hari”. Mama ckp, “kenapa?”. Aku ckp balik, “takde mood laa nak kuwa”. Mama ckp “mst ade sbb. Ade kecewa dgn kwn ke?”. Aku ckp balik, “takde laa ma. Entah tetibe takde mood”. Aku da agak, mama mst dapat rasakan. Naluri seorang ibu, sedikit sebanyak mesti dapat rasa punye. 9 bulan ade dlm perut mereka, mst naluri mereka dpt rasakan apa yang ada pada anak-anak. Namun aku tak sanggup menceritakan lagi kepadanya. Sbb mama tau bnyk tentang dia melalui apa yang aku ceritakan. Memang mama tau dia seorang yang baik dengan apa yang aku selalu ceritakan.
Selepas tu aku terus call ayie dgn sorg lg ni. Aku ckp dgn dorg yang mama da dpt rasakan sesuatu berlaku pada aku menyebabkan aku berubah sikap. Mama pon ckp gaya aku cakap laen dari biase. Mama ckp suara aku tak bermaya. Tp aku nafikan, aku ckp mungkin letih kott.

Tadi lepas Maghrib aku telah buat solat sunat hajat, solat sunat istikharah, dan baca 3 kali Yaasin. Aku juga berdoa pada Allah dgn mengharapkan Allah kuatkan semangat aku. Mungkin apa yang terjadi tidak salah sesiapa. Bukan aku, dan bukan dia. Sekiranya dalam hal ini ada sesiapa bersalah, aku telah sedia memaafkan kerana aku taknak ia dibawa ke akhirat. Dan aku bukanlah jenis orang yang tak memaafkan orang. Cuma semalam memang aku lemah sgt sehingga sepanjang hari airmataku keluar. Mungkin juga iman aku time tu memang lemah.

Sehingga entri ini dipostkan, sebutir nasi tak masuk lagi ke dalam perutku. Lebih 24jam da. Entah bila laa aku bleh mkn. Klau mkn pon mst sikit je. Kenyang larr. Ingatkan da takde masa nak update lg, tetapi ia amat penting buat diriku. Mungkin ini entri yang terakhir aku utk bulan ni? Entah. Bergantung pada keadaan aku gak.

Ditulis pada 20Sept2010, jam 11.30 P.M.

19 September 2010

Dugaan Buat Aku

Bismillahirahmanirahim. Sebenarnya memang berat jari aku mahu menekan butang-butang pada keyboard ini, tetapi aku teruskan juga kerana fikiran aku tidak tenang untuk menyambung tidur semula. Bangun aku untuk pagi ini tidak seperti hari-hari lain. Ia berbeza kerana bertapa lemahnya hati dan jiwa ini mahu meneruskan hidup untuk hari ini dan hari-hari yang mendatang.

Semalam adalah hari yang paling banyak jemputan openhouse dari sahabat-sahabatku dengan 5 jemputan, Alang, Syamin, Didi, Ayoi, Lea. Bayangkanlah aku mula keluar dari rumah pukul 12.30 pagi sampailah pukul 12 tengahmalam tadi baru aku betul-betul dapat rehat. Ia bermula dengan aku terima panggilan dari sahabatku ini yang meminta aku membawanya ke Selayang untuk beli lemang. Kebetulan panggilan dye masuk ketika aku berehat sementara dari mengemas rumah kerana sedara nak datang.
Masa dalam pukul 12 tu aku cakap dengan mama yang aku nak g teman belikan lemang kat Selayang. Mama pun macam tak kesah sebab semua kerja kemas rumah aku dah buat. Lepas dah siap-siap tu aku keluar tengok-tengok sedara aku tu da pun sampai. Aku pun sempat bersalaman dengan mereka dan terus keluar, tapi sebelum gerak tu aku cakap dgn abah nak g beli lemang. Jadi aku dengan sahabatku ni pergilah beli, settle.

Dalam pukul 1 baru sampai rumah dye bawak lemang tu. Pastu dalam area waktu tu dapat msg dari sahabatku yg lain mengajak g rumah yg telah dijemput ni. Aku pon ajak ar datang sebab aku pon da ade kat rumah orang lain, jadi mereka datang ar. Dah semua berkumpul baru lah kami bergerak untuk rumah pertama iaitu rumah alang. Rumah dye kakak dye bertunang.

Da makan-makan sume gerak rumah Syamin plak dalam pukul 2 lebih. Masuk rumah dye ramai sedare-sedaranya. Kami pon lepak jap sbb baru lepas makan kat rumah alang. Kat rumah Syamin aku makan nasi dagang, tu pon sikit je sbb da kenyang. Dalam pukul 3, gerak rumah ketiga sbb Didi ckp dtg rumah dye pukul 3. Sampai je lepak lama gak ar dalam setengah jam sbb perut da penuh. Sembang punya sembang. Setengah jam lepas tu baru makan, tu pon aku makan 3 sudu je mee. Tak larat nak makan. Pastu dye bwat kek. Sebab dye bwat birthday party skali. Tu pon aku makan sesudu kek je. Sebab nak jaga hati punya pasal, padahal da kenyang.

Dalam pukul 5 g rumah Ayoi plak. Nak taknak memang kena pergi gak sbb nak jaga hati dye. Walaupun da kenyang sangat, datanglah gak bg memenuhi permintaan jemputan. Lepak kejap dalam 5.30 baru balik rumah.Tapi sebelum tu dorg ajak maen bola awal, pastu dorg tnye aku nak maen pukul bape. Aku saje ckp pukul 5.55.. Pastu dorg ckp nas klau maen bola pkul 6.30 baru dtg. Pastu aku ckp betular, 5.55 aku dtg. Dorg ckp balik janji Melayu ke janji Jepun. Aku cakap janji Jepun, jgn korg plak janji Melayu. Dalam 5.30 da sampai rumah tu dpt msg pqa suro dtg. Msg dye “weh,dtg laa..lea tggu ni”.. aku serba salah sebab da janji dorg maen bola 5.55.. Dalam pada masa tu gak dye call suro dtg pastu dye suro aku call blk sbb dye takde kredit. Aku ckp ok laa, aku call blk. Tapi aku lmbat sgt nak call, pastu dye msg “call laa.. lea nak ckp”.. Aku lambat bukan ape, sbb g solat Asar dlu. Selesai solat aku terus call... Mula-mula pqa angkat, dlm ckp-ckp tu pqa ckp “takkan kau tak dtg kott...”. Pastu baru dye bg lea, cakap-cakap. Lepas call tu aku memang serba salah, samada nak g ke g maen bola. Nada ckp dorg memang mengharapkan aku datang.

Bila fikir balik, lebih baek aku g maen bola sbb ni pon yg terakhir sebelom kteorg balik. Jadi aku g laa maen. Kluar rumah pukul 5.50.. Pastu sampai padang tgk kosong je. Sorg pon takde. Rumah aku dgn padang jaoh mane je pon. Jadi aku lah yg pertama sampai. Maka dengan itu apa yg telah aku janji kat mereka bukanlah rekaan. Aku janji Jepun nye. Pastu baru Syamin, pastu Ayoi, pastu Adeq. Yg turun petang smlm pon ramai gak ar. Agak happening gak game terakhir tu. Aku pon dapat melakukan gol yg menarik. Pastu dalam 7 lebih kteorg balik. Sebelum balik tu aku bakar beberapa mercun ketupat dalam 4 atau 5. Simbolik laa pemergian kami semua. Pastu mercun ketupat selebihnya bg dorg bakar, dorg pon bakar.

Sampai rumah mandi ape sume dalam pkul 7.45 malam aku keluar semula untuk memenuhi jemputan terakhir, lea. G ambek Ayie pastu terus gerak. Agak laju gak aku bwk sbb nak kejar masa. Dalam 8.30 da sampai area sekitar situ. Pastu call-call dorg, 8.50 baru sampai rumah nenek lea. Masuk lepak jap. Pastu lea dgn pqa keluar. Kteorg pon layan diri. Da mkn sume rilex je tgk tv. Dlm 9.35 baru dorg smpai. Dlm tempoh tu banyak perkara yg berlaku dan tak perlulah aku tulis di sini.

Dalam pukul 11.30 kami pon pulang, tu pon setelah beberapa kali ckp dgn lea nak balik. Jadi kami pon balik, sepanjang perjalanan tu mood aku tidak seperti masa nak dtg tadi. Macam-macam aku memikirkan. Mengalir jugak airmata aku ketika memikirkan dalm perjalanan itu. Macam-macam aku terbayang. Aku rasa macam terjatoh giler-giler. Dalam pemanduan balik tu memang hati aku tak tenang. Sampaikan hampir terlepas dari lorong laluan motorsikal bila nak pusing tu memang kereta laju giler. Nasib baik tak jadi apa-apa.

Ape pon, aku bersyukur sbb dpt memenuhi kesemua jemputan dorg sepanjang seminggu demi menjaga hati semua cume rumah Azirul je sbb malam tu abah ngn mama takde, jadi aku kena jage dan kemas rumah. Aku ingatkan balik ke sana ni aku dapat laa semangat tetapi sebaliknya telah berlaku. Terasa lemah nak melangkah, ditambah lagi bila nak tinggalkan family dan rumah. Memang takdir Allah telah tertulis yg itu utk aku. Apakan daya, aku hanya mampu serahkan kepadaMu Ya Allah.

Ya Allah, sesungguhnya aku tersangat lah lemah ketika ini utk meneruskan hari yang mendatang. Ditambah pula dengan kerja-kerja yg bakal aku hadapi. Dan beberapa minggu lagi akan menghadapi final exam. Dengan itu Ya Allah kau berilah ketenangan pada hati ku ini.

Malam tadi aku tak boleh tidur sebab asek memikir perkara tersebut. Sesekali berjurai juga airmata ku tidak dapat menahan sebak. Da la hari terakhir sebelum aku bertolak. Memang dugaan aku sangat hebat. Mungkin aku da tak balik lagi... Sepanjang penulisan aku di atas ade ke aku ketawa? Menunjukkan bahawa aku suka? Tidakkan.. Tidak seperti entri yang selalu. Haargghh.....

Aku mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat aku yg membaca entri ini. Sampaikan juga salam aku pada sahabat yg lain.

Tak dapat nak meneruskan, sekian.

Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa
Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti
Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Lirik lagu ni tiada kena mengena dgn sesiapa. Cuma nak menunjukkan bahawa hati aku kini sedang sedih.
Tak tau lah bila lagi aku dapat update sbb buat masa ni, inilah entri terakhir aku....

18 September 2010

TQ Lea , Atin

Hmm, petang tadi dalam pukul 3.30 lea dgn atin datang rumah. Aku cakap dgn lea 2.30 baru siap tengok-tengok pkul 3 dorg da siap. haha. Ye laa biasenye perempuankan siap lame so aku beri laa mase. Sebelum tu aku tolong kemas-kemas barang abang aku, dye da gerak balik Segamat.

Sampai je rumah, ayie da ade depan rumah.. tunggu kteorang. haha. Aku yang ajak ayie datang sbb aku tahu aku mesti sibuk, nnt dorg takde nak sembang dgn sape. Tu yg ajak ayie tu. Sampai je terus aku masuk rumah, ambek kuih-kuih dgn air sediakan utk dorg. Pastu aku terus keluar balik sbb nak isi minyak kereta. Kering kott, risau nnt nak hantar dorg balik tak lepas je.

Pastu aku keluarkan lagi seberapa banyak benda yang boleh di makan, hidangkan untuk dorang. Tapi lea dgn atin tak makan sangat. Tak tahu laa dorg segan ke. Kenyang ke. Aku awal-awal masa lea masuk kereta tanye dia makan kuih je ok tak. Dia ckp ok je. Mungkin gak dorg nak mkn makanan berat. Aku tak laa sampai sediakan makanan berat sbb aku mmg ajak dorg dtg utk beraya je. Lg pon bukan aku buat openhouse.

Aku sebenarnye terharu giler lea sanggup balik sini dari rumah nenek dia semata-mata sbb nak memenuhi jemputan aku. Tengok-tengok bebetul dia nak dtg. Thanks Lea! Semalam pqa msg ckp sory tak dpt dtg sbb g PD. Dalam hati aku lps bace msg kata klau pqa tak g lea mst takkan g nye. Pastu pqa bg no nadia. Msg ar kat no tu, tak reply. Tak sedap hati sbb tak tahu kan samada lea dtg ke tak, pastu call ar no tu. Tengok-tengok nadia angkat. Ingatkan bdk kecik mane larh yg jawab call tu. hahaha. Pastu nadia ckp lea kat atas. Aku suro nadia panggil, dye g panggil.. Dye ckp lea da tdo. So takpe laa aku msg pqa blk dye ckp, esk kau msg dye blk.

Pastu pagi tadi masa bawak mama g kedai, call laa no tu balik sbb nak konfemkan. Ingatkan nadia yg angkat lg, rupa-rupanya lea. haha, malu je. Pastu dia ckp bila smpai bsd dia msg. Pastu dia msg, cara msg mcm mmg nak dtg. Tapi dlm hati aku berkata gak, takkan lea nak dtg sorg-sorg. Rupa-rupanya dia msg bgtau dtg dgn atin. So ok laa dia ade kawan.

Pastu sembang punya sembang punya sembang. Dalam sembang-sembang tu dia tanye pasal mama, pastu aku saje sakat dia. Aku cakap dgn dia, mama cakap tak dpt nak jumpa menantu. Pastu dia pukul aku. wahahahahahahha.. Dalam pukul 5 kteorang beredar, pastu boleh dia nak tolong bawakkan gelas sampai ke dapur. haha. Bagus, baik-baik! Mula-mula aku nak lalu jalan biasa aku lalu g dapur, tapi bila dia nak ikot aku bawak dia jalan lg satu sebab jalan yg aku lalu sebelum tu adk aku (zul) tgh maen game baring berseluar pendek. Jadi aku taknak adk aku tu cakap ape lakk.

Jalan lg satu tu adk aku pompan tu tgh maen game gak. Masa kat dapur tu aku cakap kat lea, tengok tu bnyk lg benda yg tak basuh.. dye rilex je maen game.. mane tak geram. Tu laa sebenar hakikatnya. Keje kat rumah punya laa banyak tp dye buat tak pham je. Aku laa yg selalu settlekan keje-keje tu. Lea yg dtg sbg tetamu pon tlg kemaskan. Hmm, klau ade undang-undang yg membolehkan buat pertukaran kan best, lea dok kat rumah aku. Adk aku tu carik lah mane-mane tempat yg dye nak dok. hehe. Tapi lea org pertama yg jejak kaki sampai ke dapur dlm ramai-ramai sahabat aku yg laen. Klau dia tahu mesti bangga an. Yang lelaki pon tak pernah sampai lg.

Pastu g rumah ayie plak ayie buat makan-makan. Lea dgn atin pon follow gak. Tapi ade perkara yang dia buat kat aku masa kat rumah ayie tu. Tapi biarlah rahsia. Tak boleh nak paparkan pada umum. haha. Privacy! Pastu masa nak balik lea dtg kat aku ajak balik. Masalahnya cara dia datang dgn cara dia cakap tu romantik ar. Sampai kawan-kawan laen usha semacam. haha.

Lepas hantar dorg balik rumah, aku terus balik rumah. Siap-siap kemas sikit-sikit pastu g maen bola. Sampai-sampai dorg perli sbb aku dtg lambat. hahaha. Aku memang selalu dtg lambat ar. Sbb aku sebelum kuwa mesti touch-up sikit-sikit benda-benda yang boleh aku kemaskan. Pastu balik lepas maen bermulalah episod aku membuat segala kerja-kerja di rumah tu. Sampai laa ni baru free. Mama dgn abah pon da balik. Aku sempat gak msg kat dorg ucap terima kasih bnyk-bnyk kat dorg sebab dapat luangkan masa dtg, sbb klau nak ajak yg laen mmg susah ar nak sampai. Mesti ade hal. Aku pon mohon maaf dgn dorg kalau ade kekurangan masa kat rumah aku tu. Biasa laa kita manusia mana ade yang sempurna melainkan Allah. Kedatangan mereka berdua amat dihargai. Terimakaseh gak kat ayie sbb dtg rumah aku buat kali ke-3 dalam Syawal ni atas jemputan aku utk tetamu khas yg aku bawak.

Sekian utk cerita kali ini. Gambar kerusi patah aku hentak tak sempat nak upload lagi ar. InsyaAllah, next time.

P/S : aku tulis ni dari pukul 11 tadi sampai laa sekarang baru abes. Aku klau da masuk internet macam-macam maklumat aku carik utk baca tambahkan pengetahuan am. Pastu g melayan facebook. Itu pasal jadi lama camni. Okayy lah, sekian saje. Da nak 2.30 nih. Esok ade lg program.!

16 September 2010

Tak Perform

Wahhh. Bangun je terus on9. Ye laa, malam tadi aku tak sempat on9 sebab angah on9. Hmm. Aku tgk results Liga Juara Eropah, sume menepati ramalan. Bagus bagus. Cuma game pagi semalam je results tak memberangsangkan. Manu boleh seri???

Kelmarin Selasa malam gerak g Stadium Shah Alam. Macam biasa ar sebab nak tengok pasukan kesayanganku beraksi... SELANGOR. Itu merupakan perlawanan pembukaan untuk Piala Malaysia. Dipendekkan cerita Selangor menang 3-1. Tapi dorg (T-Team) kurang sorg player. Minit ke-25 da kene red card. hahahaha. Tapi Selangor minit ke-50 lebih baru dapat gol.

Nak dijadikan cerita, Selangor berderet-deret peluang ada. One by one dgn keeper da berpuluh cuma penyudah je takde. Jadi aku sebagai penyokong fanatik ni geram ar sebab banyak kali kott pintu gol tu ternganga, tapi tak gol. Aku punya geram hentak kerusi stadium tu sampai patah bhai. wahahahhahaahaha. Aku pun tak percaya aku hentak sampai patah. Hmm. Da banyak kali aku g ni baru 1st time aku rosakkan barang stadium. Jadi berbaloi laa aku bayar duit tiket selama ni utk betulkan tu. hahahaha. Vandelism!!! Nnt aku akan upload gambar kerusi patah tu utk entri laen. Sekarang ni tak sempat lagi.

Hmm, malam tadi futsal. Ape yang aku boleh katakan TERBAEK. Sebab sume tunjukkan komitmen utk turun bersama-sama. Bayangkanlah sampai 22 org ade. GEMPAK an! Kteorg buat 4 team. Tapi yang tak syok nye, aku tak dpt maen pada aksi terbaek. Sebab da lame tak maen futsal kan. Selalu maen biase-biase tapi ni maen mcm perlawanan bebetul. Atleast aku takde buat kesilapan walaupun aku takde GOL. hahaha. Pwas ati ar. Geng-geng aku sume turun ditambah pulak dengan geng-geng abg aku. Itu sebab boleh jadi 22 org. Kpd iwan, terimakaseh bebanyak sebab menunaikan harapan aku utk kau dtg tgk kteorg maen. Ye ar, malam ni kau da nak balik Mesir.

P/S: Malam ni flight dye. Mengikut rancangan kami kekawan dye nak follow g hantar kat KLIA. Tapi tak tau laa aku dapat g ke tak, takot tak dapat je laa. Dengan harapan, aku dapat g hantar dye ar...

14 September 2010

Tak Sangka

Tak pernah-pernah aku update waktu tengahari, tetibe ari aku nak update waktu camni. Bukan ape pagi tadi sebenarnya plan nak g rumah membe kat Ijok tu pukul 10. Tapi hujan kan.. so tuggu laa sampai hujan berhenti. Dalam pukul 11 baru betul-betul berhenti. Tapi mase tu tengah buat keje, jadi bila nak stop memang susah ar an. Berhenti pon dalam pukul 11.30.. G mandi siap-siap, pukul 12 baru gerak. Dah 6 tahun kott tak lalu jalan tu. Last sekali mase angah form3, memang banyak giler berubah dohh.

Aku pon macam tak percaya. Dalam perjalanan tu yang paling aku terkejut tengok mase kat simpang masuk Puncak Alam. Tah berapa hektar hutan ditebang. Terang benderang siott. Kalau projek tu kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat punye takpe ar gak, kalau haram memang siott ar. Buat rosak bumi je. Tapi dalam tempoh 5 tahun area sane mesti membangun giler. Tempoh perjalanan nak sampai rumah membe aku tu sejam bhai. Giler! Nak putus pinggang aku bawak moto tu. Aduhh...

Yang lawak nye dok rumah membe aku tu dalam 20 minit je pastu aku cakap nak gerak sebab nak hantar adik aku tuisyen. So dye pun tak kesah ar. Dye pon nak follow sebab nak dtg raya rumah aku plak. Tapi sebelum tu dye ajak membe dye follow. So gerak laa kami berempat dengan 3 moto. Pastu g isi minyak. Mase tu memang aku agak tak sempat nak hantar ar. Aku pon cool dulu sebab aku yakin boleh sampai.

Tengah jalan-jalan kereta dari arah berlawanan maen lampu. Dalam hati aku mase tu cakap "ade polis ke depan". Sebab biase nye org buat signal cmtu sbb ade roadblock. Aku pon tak peduli aku terus tinggikan kelajuan. Tengok-tengok betul polis ade kat depan. Pergh. Onthesport aku brek. Siott giler! Pastu dye mintak lesen aku pon tunjuk ar lesen, aku lepas. Membe aku ni pon lepas. Yang membe aku punye membe ni tak lepas. Kena saman.

lepas tu dye nak g balik rumah tah bwat ape, tengok-tengok dye excident. Pergh! Macam tak percaya. Baru kena saman, excident plak tu. Pastu aku sempat tolong masukkan dye kat dlm krete sbb ade org nak hantar g hospital. Pastu aku ckp dgn membe aku, aku nak gerak dlu sebab memang da lambat giler. Mase tu da pukul 2.00 P.M.

Bayangkan masa g tadi aku ambek masa sejam balik aku ambik masa 31minit. Giler ah weyh. Time tu memang aku tawakal. Minyak plak sekejapan drop. Maybe sebab aku press giler kott. So sampai 2.31 kat uma. Tu pon ayie terpaksa jalan kaki dari rumah aku balik rumah dye sebab aku terus g rumah sebab nak hantar adik aku tuisyen. So settle ar... Alhamdulillah...

Pastu aku naek atas, tengok-tengok lea ade kat station bus. Waahhh.. so aku berhenti ar. Sembang-sembang sementara dia tunggu bas. Aku cerita pasal ni.. Pastu dia cerita pasal baju raya dia. hahahahahaahahaha.. Kesian lea.... Sabaa je laaa... hahahahaha..

Lagi satu aku tunjuk tangan aku kena mercun, dia bleyh cakap padan muka.. Aduyaii..

Tiba-tiba bas datang...

Futsal.. Kasut??

Tadi lepak dengan Iwan dengan Ayie. Kononnya study ar. 'STUDY', hahahaha. Tapi memang study pon tapi sikit-sikit je. Yang banyak sembang. Senang cerita sembang kosong laa. Cerita kedai kopi... kahkahkah. Banyak sangat benda yang kita sembangkan. Pastu pusing atas terjumpa adad n da geng. Lepak kejap dengan dorang. Tapi ade perkataan baru aku dapat hasil dari lepak dengan dorang. wahahahahahaha.. pastu otw nak balik tu ternampak sesuatu. Dorg tak nampak n suro aku u-turn. Apa lagi aku terus tukar haluan masuk jalan balik utk u-turn. Ha bila tengok depan-depan tau cuwak. hahahahaha.

Hurm, 2 hari berturut-turut da dapat maen bola. Seriously best n puas giler walaupun kaki keras. hahaha. Yang tak syoknye kasut maen bola takde ar, tu yang problem sikit. Bayangkanlah minggu terakhir Ramadhan tu rm80 aku terbang camtu jee. Adoii... Tapi nak bersukan punya pasal aku maen redah je pakai kasut yang da koyak sikit buat maen. Ape aku kesah. hehe. Rabu ni dorang ajak maen futsal, dorang tak tau masalah aku. Kemungkinan besar memang aku tak maen ar bhai.

Lastly, aku sentiasa rindukan dia. Kalau ikutkan hati rasa nak dia sentiasa ade bersama. tapiii..........

P/S: aku baru je chat dgn membe aku yg da bertunang. Aku tnye mcm mane bleyh kenal tunang dye tuh, dye ckp kat tempat futsal. Pastu aku tnye mak bg plak tunang awal. Dye ckp, tunang je pon bukan nikah lg. Pergh! klau bleyh aku pon nak bwat mcm tunang dye. Tunang dlu an, sebab biar org tau yg tu BAKAL jd milik kita. Tp ape bleyh bwat, diri sendiri pon mama ngan abah tanggung. InsyaAllah aku nak bwat betul biar ade sumber dwet sendiri. Time tu baru laa yakin boleh sara anak org kan? Tambah-tambah lg org yg kita syg. Tapi lelaki kena tau tanggungjawab yg perlu buat. Jgn nnt jd kes isteri sara suami dan keluarga. Tu memang memalukan.

12 September 2010

Penat

Pertama sekali, semasa aku baru hendak memulakan penulisan ini aku ternampak ade berita terbaru yang dihantar di wall facebook tentang berita penemuan 4 mayat rentung dipercayai berkaitan kes kehilangan Dato Sosilawati. Tetapi berita ini tidak confirm lagi dan polis masih belum mengesahkan identiti keempat-empat mayat tersebut. Inna lillahi wa innailaihi rojiun.... Al-Fatihah....

Kayh baru sekarang aku dapat on9 sebab tadi balik rumah je angah terus on9. Jadi sekarang ni dah nak pukul 3 baru dye bagi aku, letih tak letih aku memang nak on9 gak. hahahaha..

Malam tadi aku tidur awal giler dalam pukul 11, ntah pahal tah lemah sangat aku semalam. Mungkin kemas rumah sakan kott masa lastday puasa tu. Tengah aku tidur malam tadi, tiba-tiba aku termimpi seseorang. Lame gak jalan cerita mimpi aku pasal dia. hahahahahahaha.. Tengah mimpi-mimpi tu aku terjaga. Terus aku capai fon call dia around 4 A.M. Sape yang fon dia ade aku miscall pagi tadi je larh yang tau. Sape haa? hehehe.. Lu pk laa sendiri... agagagagaga.. Lepas tu aku sambung tidur balik dan bangun semula pukul 6.30.. waaa, segar giler badan.. ye laa tidur sebelum pukul 12 memang akan segar badan (da tau pun still tidur lambat gak).

Lepas solat subuh terus update status facebook, aku tulis " Mengikut sumber-sumber yang dibaca, Terry Jones yang merancang mahu membakar Al-Quran pada hari ini dari 6P.M.-9P.M. telah membatalkan hasratnya itu. Ini suatu kemenangan bagi umat Islam dan pencinta keamanan di seluruh dunia yang telah mendesaknya. Allahuakbar!!! ".. Terus aku off sebab nak kemas barang-barang nak balik kampung.

Dalam pukul 10.45 baru bertolak ke kampung belah mama (Melaka).. Sampai sane dalam pukul 2.45 P.M.. Lame giler kan. Sebenarnya dalam perjalanan tu kenderaan sesak teruk dari sebelum Nilai sampai lah ke Seremban. Nak tau ape sebab sesak???? Cuma sebab ade motor superbike polis.. dalam istilah yang biase digunakan 'kuda putih polis' laa.. Punyalah 'prihatin' rakyat Malaysia sampaikan polis parking motor di atas bahu jalan pun nak tengok sampaikan sesak beberapa kilometer. Gila bodoh aku rasa.. Kalau ade shotgun time tu memang aku nak tembak je motor polis tu. Da tau pengguna jalan raya ni 'prihatin', sorokkan laa motor tu kat tempat laen. Ni nak gak letak kat tepi lebuhraya tu. Kadang-kadang aku tergelak bila fikir balik. Macam benda bodoh tak. Disebabkan sebuah motor, kereta sesak berkilometer panjang. Siot jee.

Sampai kampung tengok dua pupu aku ade sikit je. Tapi bila kteorang sampai tu dorang rojer adik beradik dorang. Sekejapan dorang datang. Jadi ramai giler laa dua pupu aku yang ade tadi. Yang syok nye melayan kerenah dorang laa, budak-budak katakan so macam-macam perangai ade. Sampai tak menang tangan aku nak melayannye. Best giler dowh layan budak-budak nie. Da lame sangat melayan dorang letih aku dibuatnya. Tu pun dorang tarik-tarik aku ajak maen lagi. Memang tak ar aku dah letih nak melayan dorang lagi. Pastu aku tidur laa. Da sejam lebih tidur, bangun mandi segarkan badan pastu terus maen dengan dorang lagi sampai laa maghrib..

Lepas maghrib gerak rumah pakcik aku ni (sepupu mama).. Ramai-ramai gerak sane plak. Pastu makan lagi. Yang best nye orang Melaka nie kalau orang dah kenyang pun dorang suruh makan gak. Orang Melaka.. faham-faham je laa kalau melayan tetamu memang kaw-kaw punye. Baek punya layanan.. itu sebab aku suka balik Melaka.. Pastu lepas isya' tadi baru bergerak pulang rumah.

Hurm, penat melayan budak-budak nie. Syok giler.

10 September 2010

Kita Sama Semuanya Sama

Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
La ila ha illallah huwaAllahuakbar..
Allahuakbar wa lillahilham..

Alhamdulillah kita sudah masuk ke bulan Syawal untuk meraikan kejayaan kita mengawal hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.. Ini bermakna Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita untuk tahun 1431H ini dan kita takkan menjumpainya lagi sampai bila-bila pada tarikh yang sama.. Tetapi yang menjadi persoalan, adakah kita akan menjumpai bulan Ramadhan lagi? Untuk tahun depan? Hanya Allah sahaja yang tahu segalanya cuma kita sebagai hamba hanya mampu mengharapkan yang terbaik dariNya..

Sedih juga meninggalkan Ramadhan kerana di dalam bulan itulah segalanya ada.. Keberkatan, kemuliaan, makrifat, ketenangan, dan bermacam lagi.. Apa kita boleh buat sebagai manusia? Hanya mengikut segala takdir yang telah ditetapkan oleh Allah sendiri.. Ramadhan tetap akan berlalu..

Kita kadang-kadang ingin meraikan kemenangan ini bersama para sahabat, rakan-rakan,dan kawan-kawan.. Namun mungkin mereka merasakan perkongsian perasaan meraikan kemenangan ini tidak bermakna dalam hidup mereka ataupun ade insan yang lebih penting dalam hidup mereka.. Dan mungkin sebab itulah kita seolah-olah syok sendiri meraikan kemenangan ini..

Namun kita tidak menjadikan ia suatu alasan pada diri kita untuk tidak meraikan kemenangan dan kegembiraan ini bersama mereka.. Kita tidak membezakan antara satu dengan yang lain.. Jadi ia bermakna biarlah apa pon tindakbalas dari mereka, kita melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan pada mereka..

Dalam hal lain kononnya reaksi baik, namun dalam hal ini seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan pada dirinya.. Bukannya kita hendak hukum mereka dengan keberangkalian yang salah, tetapi reaksi mereka itu telah menimbulkan orang sekelilingnya menghukum mereka perkara yang tidak mereka lakukan.. Fikirlah sendiri di pihak mana yang salah..

Isu ini terkeluar bukan sebab apa-apa dan ia tiada kena mengena dengan sesiapa.. Jika ada orang yang tergolong dalam golongan yang dimaksudkan itu ia kebetulan.. Kepada para sahabat, rakan-rakan, dan kawan-kawan yang menunjukkan reaksi positif terima kasih atas semua.. Kita faham untung sesetengah pihak mungkin masalah yang mereka hadapi..

Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan memohon kemaafan, batin dan zahir dari hujung rapat hingga hujung kaki.. Salam AidilFitri..

08 September 2010

Matahari Bercahaya Putih

Allahuakbar!!! Tengah aku tidur pagi tadi tiba-tiba mama kejutkan, "pais... pais bangun... tengok matahari... cahaya putih...". Aku pun terus bangun untuk melihat apa yang dikatakan mama itu.. Ini antara gambar yang sempat aku ambil..



Aku bersyukur giler apabila melihatnya.. Mengikut pendapat kebanyakan para ilmuan, jika suasana begini terjadi bermakna malam tadi adalah LailatulQadr.. Aku sempat melakukan perkara-perkara yang sepatutnya aku buat, sempat aku berdoa pada malam tadi.. Aku harap doa aku itu akan terus diangkat ke 'arash..

Allah akan beri kepada sesiapa yang ingin mencarinya.. Malam tadi dorang ajak maen futsal.. Memang aku terkejut giler ye laa malam ganjil kott jadi aku tak join laa dorang maen, tengok-tengok suasana pagi ini sungguh laen daripada biasa.. Aku bersyukur giler tidak terlibat dengan mereka.. Kalau tak rugi aku leka pada malam Qadr..

Sebelum Subuh tadi juga aku sempat hantar msg kat lea, aku suro dia berdoa banyak-banyak ape yang dia nak.. Aku sebenarnya nak msg kat orang laen gak, tapi aku fikir balik takot orang pandang laen plak an.. Jadi aku tak jadi ar, msg dia sorang je.. Ape yang aku terlintas semua aku mintak(doa), harap-harap ape yang aku mohon dimakbulkan Allah.. InsyaAllah..

07 September 2010

Berseri Kott

Hurm, tadi turun KL pusing area Jalan TAR.. haha.. Semua tempat kteorang jelajah.. Yang lawaknye ade RTM tengah buat rakaman untuk segmen ape tah, tengah dorg buat rakaman ape wartawan tu cakap aku saje menyelit belakang dye buat-buat carik barang, padahal saje nak masuk tv.. hehehe..

Pastu sampai rumah dalam pukul 3 tetiba teringat adik g tuisyen.. arini ari Selasa.. Baru teringat, so cakap dgn mama nk ambek adik tuisyen laa sebab? hahahhaha.. Dipendekkan cerita dia pun naek laa sekali tadi.. Pastu dalam perjalanan balik tu aku senyap je.. Sebenarnya nak bersembang dengan dia tapi ade penghalang(2 org) jadi aku senyap je laa.. Dalam pandu kreta tu banyak kali aku curi pandangan ikot cermin pandang belakang usha dia.. wahahahahahhahahahaha.. Dia tak perasan pon.. Tengok muka dia macam ade perubahan? Itu sebab aku usha banyak kali..

Dah sampai rumah tanya dia g bazar tak, dia cakap g so ade peluang laa nak jumpa dia.. Ye la dalam kreta tak puas lagi, da laa tak sembang ape pun.. Kebetulan membe aku ni ajak g situ gak ape lagi tanpa ragu-ragu aku tunjuk lampu hijau laa.. hahaha.. Sampai situ dalam 6.05, pastu pusing beli ape yang patut.. Dalam 6.20 selesai beli sume pastu cuma tunggu dia je.. Tengah sembang-sembang dia msg tgh otw nak turun..

Dalam 5 minit dia sampai, kami pun berjalan laa lagi sekali untuk dia nak beli plak.. Sempat laa sembang tgh jalan-jalan tu tapi masalahnya asal pendek sangat bazar tu? Kalau 2km kan bagus.. Dapat sembang lama-lama dgn dia.. Hahahaha.. Tapi sepanjang jalan tu aku usha gak ape yang menyebabkan aku nampak muka dia laen? Berseri semacam jee.. Nak cakap dia gunting rambut, siap dia boleh ikat sanggul lagi haa.. Hurm, entahlah.. Mungkin gak sebab da lame tak nampak dia kott...

Pastu dalam 6.45 berpisah laa kami.. Hmm, tak puas kott lagi jumpa dia.. Hahahahahahhahahaaahaahahahha.........

Interaksi Terbaik Dengan al-Quran

Satu peristiwa yang amat penting kepada umat Islam ialah penurunan al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Pada setiap Ramadan, Rasulullah s.a.w. bertadarus, belajar dan memahami al-Quran daripada Jibrail. Ia bukan sekadar membaca tetapi yang lebih penting ialah memahami dan memerhati serta melaksanakan tuntutan al-Quran. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menyebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Tidak ada satu kaum yang berhimpun pada satu rumah Allah daripada rumah-rumah Allah yang membaca al-Quran dan belajar memahaminya dikalangan mereka melainkan Allah menurunkan rahmat dan ketenangan, dilindungi oleh para malaikat dan diingati oleh Allah disisi-Nya".

Firman Allah, maksudnya: "Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran untuk memberi panduan kepada manusia dan keterangan yang nyata."
(Al-Baqarah: Ayat 185)

Al-Quran merupakan cahaya yang menerangi akal, jiwa dan hati manusia serta panduan kepada sistem kehidupan manusia. Ia menjawab persoalan yang sentiasa terpahat dalam pemikiran manusia mengenai dirinya sendiri sejak sekian lama iaitu dari mana ia datang, apakah tujuan hidup dan ke mana ia akan pergi. Kenapa kehidupan ini adanya hidup dan mati. Al-Quran menjawab kesemua persoalan tersebut.

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah Allah memimpin orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan."
( Al-Ma'idah: Ayat 15-16)

Kedatangan manusia di atas muka bumi ini membawa amanah dan kehidupannya bukan untuk sehari atau setahun sepertimana pendapat segolongan yang mengatakan bahawa yang memisahkan hidup dan mati adalah masa sahaja. Al-Quran menegaskan bahawa manusia ini dijadikan untuk mendiami akhirat untuk selama-lamanya dan kematian itu bukan sebagai penghabisan hidup malahan manusia akan berpindah dari satu negeri yang bersifat sementara ke dunia yang kekal abadi.

Firman Allah, maksudnya: "Kami jadikan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya. Melalui al-Quran manusia mengetahui tujuan dan matlamat hidupnya serta tugasnya sebagai hamba Allah yang memakmurkan bumi ini."
(Al-Mulk: Ayat 2)

Keistimewaan al-Quran sebagai (1)dastur Ilahi ialah ia merupakan kitab yang lengkap, sempurna dan tidak mengandungi sebarang kecacatan. Al-Quran menerangkan serta meletakkan asas-asas umum yang diperlukan oleh manusia.

Firman Allah, maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri kepada Allah."
(An-Nahl: Ayat 89)

Keduanya ialah al-Quran merupakan kitab yang mudah dan senang diingat. Allah memudahkan kepada umat Islam menghafal al-Quran serta memeliharanya daripada penyelewengan. Tidak ada satu kitab yang dihafal oleh jutaan orang melainkan al-Quran. Kitab injil juga tidak dihafal oleh tokoh-tokoh agama mereka. Sedangkan al-Quran dihafal oleh kanak-kanak Muslim walaupun bahasa Arab bukan bahasa ibunda mereka.

Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk diingati, maka adakah orang mahu mengambil pelajaran."
(Al-Qamar: Ayat 17)

Keistimewaan ketiga ialah al-Quran merupakan kitab yang adil sepertimana keadilan Allah kepada hamba-hambanya tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit, lelaki ataupun wanita.

Keistimewaan keempat ialah al-Quran ini kekal dan sesuai untuk semua zaman dan tempat. Al-Quran bukan merupakan panduan untuk satu bangsa atau untuk satu zaman tetapi ia merupakan pembawa rahmat seluruh alam. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa al-Quran merupakan sebab kejayaan dan keberkatan orang-orang Islam awal pada zaman Rasulullah. Kehadiran al-Quran telah merubah jiwa, perwatakan dan diri bangsa Arab sehingga mereka dapat membina tamadun ilmu dan iman.

Dalam konteks kini, bagaimana sikap dan interaksi umat Islam dengan al-Quran sedangkan kita mengetahui bahawa apabila kita berpegang dan memahami al-Quran, kita merupakan umat yang terbaik dan termaju. Sebenarnya, umat lain menyedari keadaan kaum Muslimin terhadap al-Quran. Oleh itu, kita dapati beberapa siaran radio antarabangsa memperuntukkan waktu untuk menyiarkan program harian untuk bacaan al-Quran. Mereka berbuat demikian kerana mereka yakin umat Islam hari ini hanya mampu mendengar tetapi tidak memahaminya. Mereka yakin umat Islam tidak akan berubah sikap walaupun mendengar ayat-ayat al-Quran pada setiap hari dan seribu kali sekalipun. Ini disebabkan umat Islam tidak menghiraukan lagi al-Quran yang telah memberi penghormatan yang tertinggi kepada manusia. Rasulullah pernah mengadu kepada Allah mengenai sikap umatnya yang menjadikan al-Quran suatu yang tidak diacuhkan.

Firman Allah, maksudnya: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan."
(Al-Furqan: Ayat 30)

Buta terhadap al-Quran akan menyebabkan umat Islam menghadapi penyakit umat terdahulu iaitu mereka tidak membaca kitab-kitab Taurat dan Injil kecuali untuk angan-angan belaka.

Firman Allah, maksudnya: "Dan di antara mereka ada yang buta huruf, tidak mengetahui al-Kitab (taurat), kecuali angan-angan belaka."
(Al-Baqarah: Ayat 78)

Buta al-Quran bukan sekadar tidak tahu membaca sepertimana dalam pengertian umum tetapi maksud buta al-Quran yang kita alami kini ialah kehilangan ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Kita tidak memanfaatkan segala dimensi-dimensi ilmu yang ada pada al-Quran seperti ilmu kemasyarakatan, ilmu jiwa dan ilmu akhlak. Oleh itu, kaum Muslimin perlu menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan ilmu pengetahuan yang tepat tentang pandangannya terhadap insan, kehidupan dan kewujudan manusia serta pandangannya tentang fitrah kemanusiaan dan sosial.

Pengabaian perkara ini yang mengakibatkan gersangnya pemikiran dan perspektif al-Quran dalam realiti kehidupan kita. Lantas al-Quran yang menjadi sumber kekuatan umat bertukar menjadi beku dan diawet dalam lipatan sejarah. Hal ini disebabkan world view yang terbina dalam pemikiran kita semenjak kecil bahawa al-Quran tidak perlu ditampilkan kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menghadapi saat-saat kematian, menziarahi kubur atau dibaca untuk menghiburkan orang-orang yang sakit tenat, selaku bacaan yang menjadi permainan mulut. Akibatnya umat Islam tidak mampu lagi berurusan dengan al-Quran secara terbaik.

Sebenarnya objektif al-Quran adalah untuk membentuk manusia. Oleh yang demikian, tuntutan al-Quran ialah menyuruh manusia berfikir, memahami, membuat penelitian dan percubaan serta mengetahui motif-motif dan sebab musabab sesuatu. Skopnya perlu diperluaskan hingga untuk mengetahui masa hadapan.

Firman Allah, maksudnya: "Dan sesungguhnya kamu mengetahui kebenaran berita al-Quran setelah beberapa waktu."
(Sad: Ayat 38)

Tuntutan al-Quran yang paling penting kini ialah melihat (2)kesyumulan dan kesepaduan perspektif al-Quran terhadap hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam. Sementara itu, tafsir bertema merupakan aliran tafsiran baru yang dapat menonjolkan matlamat Islam. Muhammad al-Ghazali berpendapat tafsir bertema ialah menggarap sesuatu surah dengan seutuhnya, melakar gambaran menyeluruh dan menghubungkaitkan kesepaduan serta kaitan bahawa awalnya ialah pengantar dan penghujungnya ialah kebenaran kepada pengantar. Ia mengumpul dan menyusun kesemua ayat-ayat yang berkaitan dengan sesuatu tema untuk melihat bagaimana al-Quran menangani konsep secara padu dan utuh. Tafsir bertema dapat mengemukakan alternatif dan menonjolkan matlamat dan (3)maqasid al-Quran. Ia juga mampu mengemukakan (4)manhaj dakwah dan (5)islah menurut perspektif al-Quran yang sebenar. Di samping itu, metode tafsir yang paling ideal untuk membimbing manusia mengenal pelbagai petunjuk yang terkandung dalam al-Quran.

Sepatutnya umat Islam bukan sahaja mengelokkan bacaan semata-mata tetapi juga hendaklah (6)tadabbur seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Mereka membaca, meneliti, memahami dan melaksanakan suruhan al-Quran dan kemudian baru berpindah ke ayat lain. Apabila para sahabat mendengar al-Quran terkesan penghayatannya dalam jiwa mereka. Pernah Saidina Umar bin Abdul Aziz mengulangi ayat 22-24 surah al-Saffat sepanjang malam sehingga waktu subuh sambil menangis kerana terkenang jikalau dia termasuk antara orang yang dihumban ke dalam api neraka akibat melakukan kezaliman di atas dunia ini.

Syeikh Muhammad al-Ghazali mengulas mengenai sikap umat Islam terhadap al-Quran dengan katanya "Sikap dan pendirian kaum Muslimin terhadap al-Quran yang telah memberi penghormatan kepada mereka sungguh menyedihkan. Semenjak beberapa kurun, dakwah al-Quran telah dibekukan, risalah Islam laksana sungai yang telah kering airnya atau piala yang disumbat mulutnya." Oleh yang demikian, proses interaksi dengan al-Quran yang terbaik ialah memahami dan menyelami makna serta maksud. Perkara ini amat penting supaya menghasilkan (7)izzah yang selama ini telah hilang di tangan umat Islam.

Rashid Rida pernah menyebutkan bahawa kebangkitan umat bertitik tolak daripada prinsip al-Quran yang akan mengerah dan mengarah seluruh kekuatan akal dan jasad untuk kesempurnaan jiwanya dan kesejahteraan bangsanya. Revolusi itu akan membebaskan akal insani dan kemanusiaan daripada perhambaan yang dicipta oleh orang-orang yang menganggap dirinya memiliki sifat (8)rububiyyah. Revolusi kemanusiaan semacam itu hanya mungkin terjadi melalui prinsip al-Quran. Al-Quran merupakan lambang dan suntikan kepada revolusi dalaman untuk membina umat yang mulia.

Al-Quran diturunkan untuk diamalkan, bukan diturunkan untuk menghias dinding-dinding rumah, bukan diturunkan untuk dibaca kepada orang-orang mati tetapi diturunkan untuk menjadi panduan bagi orang yang hidup. Al-Quran diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Ilahi. Manusia berkata, "Kami hendak mengambil berkat dari al-Quran." Apakah itu berkat? Sedangkan kita tidak pernah mengikuti perintah al-Quran. Berkat itu terletak pada orang-orang yang mengikuti kitab hidayah ini.

Firman Allah, maksudnya: "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran."
(Sad: Ayat 29)

Malangnya, kita tidak beramal dengan al-Quran sepenuhnya. Umat surah al-Syura tetapi tidak beramal dengannya, umat surah al-Hadid (besi) tetapi tidak menguasai teknologi bidang tersebut, umat surah al-Alaq yang dimulakan dengan Iqra' tetapi tidak membaca malahan masih ramai lagi yang jahil tentang agama Islam. Di manakah kedudukan umat Islam sekarang dengan al-Quran? Oleh itu, perlulah kita bermuhasabah interaksi kita dengan al-Quran dengan menghayati falsafah penurunannya, konsep dan metode penafsiran terkini sebagai panduan dalam kehidupan manusia.

---------------------------------------------------------------------------------
Glosari

(1)Dastur: Layar kecil sbg tambahan kpd layar besar.
(2)Syumul: Bersifat menyeluruh dan sempurna.
(3)Maqasid: Kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.
(4)Manhaj: Kaedah, cara.
(5)Islah: i) Usaha utk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai; ii) Penyelesaian perbalahan dengan jalan baik atau dengan jalan damai.
(6)Tadabbur: Memerhati, memikir dan menghayati.
(7)Izzah: Kemuliaan atau kehormatan (diri).
(8)Rububiyyah: Pegangan yang pasti dan kukuh bahawa Allah sahaja pencipta, pemberi rezeki, menghidupkan, mematikan, mentadbir sekalian urusan makhluktanpa ada sekutu bagi Allah dalam urusan-urusan tersebut.

Misi Aku

Hah.. Tak tau nak buat ape skrg nie, so saje laa update entri ni.. Haha.. Semalam keluar dengan mama, angah, adik.. G shopping, sebenarnya aku tak nak g sebab nanti ade je barang yang aku nak beli.. Tapi disebabkan mama paksa g terpaksa laa aku follow.. Aku sebenarnyya awal-awal da cakap raya tahun ni tak nak beli ape-ape, itu pasal laa mama paksa aku follow sebab nak suro aku beli gak..

So aku follow laa dorang beli.. Tengah dorang pilih-pilih baju aku ternampak baju purple ni, agak menarik laa aku tengok.. Pastu mama suro beli, nak tau mama cakap ape? Ambik laa mane baju yang nak.. So aku ambik laa baju ni.. Tiba-tiba mama cakap "eeee....". Sebab ape? Sebab baju tu warna purple.. Hahaha. Baju 10 ringgit  je bhai.. Malas nak ambek yang mahal-mahal..

Pastu pusing-pusing aku beli minyak wangi sume laa.. Sampai rumah aku tengok balik barang-barang aku, sume warna purple. HAHAHAAHHAHAHA.. Kebetulan kottt..




Pastu malam tadi aku g jumpa member aku ambek barang aku yang tertinggal kat bilik. So dapat laa barang aku tu.. Hurm, nak dijadikan cerita sekarang ni aku berusaha pusing sekitar KL & Selangor ni.. Baru-baru ni da sampai Cheras.. Sekarang ni banyak lagi misi aku... Hahahahaha.. Antaranya nak ke Taman Medan.. Rumah sape? Ntah.. Biarlah laa rahsia.. Wakakakaka... Jangan terkejut kalau aku dapat sampai ke sana.. Tapi nak g dengan sape ha????????

Sebab masa tu balik dari maen futsal dia ade tunjuk kawasan rumah nenek dia tu. Kawasan tu aku banyak kali lalu cuma tak masuk dalam-dalam ar.. Nanti aku nak carik gak ar.. Hehehe..

Jadilah Seorang Lelaki Yang Beriman

Jadilah seorang lelaki yang beriman...

Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

P/S: Aku nak dibandingkan dengan apa yang disarankan di atas memang jauh 99.99%. Tapi aku letakkan ia sebagai panduan dan pembakar buat diriku khususnya. Ada orang cakap setakat pesan kat orang tapi diri sendiri tak amalkan tak guna, lebih baek tak yah. Tapikan 'PADA' pendapat aku, kalau kita pesan orang tapi kita tak amalkan biasa. Cuba kalau dengan pesanan kita tu menyebabkan orang berubah menjadi baik walaupun kita tidak berubah, tak ke kita boleh dapat pahala menyebabkan orang berubah. Bayangkan kalau kita tak pesan/tegur, sampai bila-bila manusia takkan berubah kan. Betul tak??? Tapi ni pendapat aku yang jahil laa.. Jika ada sesiapa yang boleh lawan hujah aku ni DIpersilakan. Mungkin ada banyak lagi ilmu yang aku tak tau kannn...

06 September 2010

Wahai Sahabatku Yang Kecewa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepada anda semua sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.


Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.


Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?


Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.


Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?


Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanmu di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.


Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

Refresh Hati

Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat,
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah,
Sebab tu bila ada masalah,
Kita cepat menyerah...

Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...

Bila kita berusaha...
Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa.
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...

Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa,
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta,
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...

Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma...

Sebab tu bila kita berjaya...
Allah datangkan ujian dan musibah,
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah,
Membenci diri memusuhi nadi...

Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita...

Tapi sememangnya lahiriah kita...
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati,
Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta...

Kerana dalam firman Allah;

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-Ra'd:11)"


Kerana itu..
Pada masalah harus bersabar dan redha,
Pada ujian harus tabah dan teguh,
Pada kegagalan harus usaha, doa dan tawakkal,
Pada kejayaan harus usaha, doa dan tawakkal...

Sama tetapi tidak serupa...
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana,
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana,
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana,
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana...

Di sana itulah yang perlu kita kejar...
Agar dunia mengikuti dengan redha,
Di sana,
Akhirat yang pasti,
Syurga yang terindah,

Atau

Neraka yang menyala!

05 September 2010

Lailatul Qadr : Malam Misteri yang Dirindui Kedatangannya

Umat Islam di seluruh dunia telah memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada seksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitu malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud:

"Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan"

(Surah al-Qadr, ayat 3).

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr adalah kerana Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;
Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkan Islam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:

Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah.
(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.
Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari."Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahawasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.
Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah.
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat. Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu'

[Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :"Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :
"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut.

(Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).
Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

"Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam,dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam

(sumber yang sama - 6342)."
Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang soleh, InsyaAllah.

P/S : masuk Maghrib ni bermulalah malam 27 Ramadhan. Jadi kita perlu perbanyakkan amalan-amalan dan perbanyakkan doa.

Serabot!!!

Aduyai.. da nak pukul 3 dok..
Terkhayal depan skrin ni melihat segala-galanya..
Macam tak percaya.. Aku pun tak pham..
Kepala aku makin pening kadang-kadang.. Hmm, tadi lepak dengan ilan..
Kami dok sembang tapi aku rasa macam lawak laa..
Nampak macam tak sesuai, dye da laa kecik sembang dengan aku yang sebesar-besar gajah ni.. wakakakaka.. mesti orang-orang yang tengok timbul persoalan di fikirannya kan..

Entah asal tiba-tiba dye boleh datang kat aku berbual.. Hmm, aku tak kesah sekecik mana pun umur atau sebesar mana pun umur orang tu, datang kat aku nak bersembang aku layan kan je.. Aku sebenarnya serabut ar.. Macam mana nak hilangkan sume ni ha?? Hmmm.. Macam-macam persoalan timbul di benak fikiran ni.. Tentang ramai orang.. Tentang pelbagai situasi.. Adoii.. Ya Allah berilah ketenangan padaku..

Haa.. lagi satu aku nak mohon maaf sekiranya anda yang terbaca entri aku sebelum ni.. Kasar kan ayat aku.. Macam-macam keluar, tapi itulah luahan perasaan aku.. Serius aku benci orang jenis macam tu.. Hah!!!!!! malas aku nak bercerita lagi pasal tu.. Buat apa cerita tentang orang yang tiada berperikemanusiaan..

Aku rasa berdosa kerana mengeluarkan kata-kata itu dalam bulan mulia ini.. Tapi aku takkan padam ape yang telah aku katakan itu.. Ok lah sampai sini saje.. InsyaAllah esok hari aku update yang baru.. Nak tido ar.. Tenangkan hati..