24 December 2009

Pesanan Terakhir , 2009

salam sume .
ni mungkin entri aku yang terakhir aku tulis
utk tahun 2009 .
sebab tu banyak giler entri aku bulan dec ni ,
takot nnt jd apeape sekurang - kurangnya ada gak ilmu
yg korg dpt perolehi utk diamalkan .

esk 25hb dec aku dah nak btolak ke perak .
sbb saudara aku tunang ,
pastu trus aku g daftar uitm .

so , mungkin ble aku dh msok sne aku
dh jarang dpt hnta entri aku .

aku nak ambik kesempatan ni utk mohon maaf kat mmbe sume ,
doakan kejayaan utk aku.

lg satu aku nak pesan ,
nnt bile bile korg jmpe aku kat mane mane ,
tegur aku .
aku myb tak tegur korg sbb nnt
korg yg taknak akui yg aku pnah jd mmbe korg .

aku pasti rindu kat korg sume .
especially mmbe skampung / mmbe skolah .

aku pon doakan korg berjaya ,
insyaAllah ..

7 Huruf Hijaiyyah dalam Surah Al-Fatihah

Setiap muslim sekurang - kurangnya akan membaca surah al - Fatihah sebanyak 17 kali setiap hari . Itu adalah jumlah yang paling minimum . Pengulangan sebanyak 17 kali setiap hari adalah satu kadar pengulangan yang besar namun adakah kita sedari bahawa surah al - Fatihah hanya menggunakan 21 huruf daripada 28 huruf hijaiyyah( huruf - huruf bahasa arab ).

Dalam kata lain , sebanyak 7 huruf tiada dalam surah al - Fatihah iaitu huruf Jim , kha' , Zai , Syin , Zho' dan Fa' . Sekiranya kita hanya sekadar membaca seperti melepaskan batuk ditangga sudah tentu kita tidak akan menyedari hal ini . Al Imam Syed Mahmud al Alusi rahimahullah menjelaskan di dalam Tafsir Ruh al Ma'ani bahawa 7 huruf hijaiyyah yang tidak digunakan di dalam al - Fatihah adalah menunjukkan kepada kesempurnaan makna al - Fatihah tersebut .

Al Imam al Alusi juga menyatakan bahawa 7 huruf yang digugurkan itu menunjukkan kepada jumlah bilangan ayat dalam surah al - Fatihah iaitu sebanyak 7 ayat sebagaimana yang disepakati oleh para ulama' . Ulama' membahagikan huruf - huruf hijaiyyah kepada 2 jenis huruf iaitu Huruf Nuraniyyah ( gemerlapan / kilauan ) dan Huruf Zulmaniyyah( kegelapan / kesuraman ) . Huruf Nuraniyyah sebanyak 14 huruf iaitu Sod , Ra' , Alif , Tho' , 'Ain , Lam , Ya' , Ha' ( baca nipis ) , Qaf , Nun , Mim , Sin , Kaf dan Ha' . Manakala baki 14 huruf lagi merupakan huruf - huruf Zulmaniyyah . Jika diperhatikan secara lebih mendalam , huruf - huruf ini diklasifikasikan pula kepada 3 bahagian iaitu :

a ) 14 huruf Nuraniyyah semuanya terdapat di dalam al - Fatihah

b ) 7 huruf daripada 14 huruf Zulmaniyyah terdapat dalam al - Fatihah

c ) 7 huruf Zulmaniyyah lagi tidak terdapat dalam al - Fatihah .

Al Imam al Alusi menerangkan tentang 3 pembahagian ini adalah menunjukkan kepada 3 golongan manusia iaitu golongan orang - orang mukmin yang benar - benar beriman dan beramal , golongan orang - orang yang berada antara iman dan maksiat dan golongan orang - orang menzalimi diri mereka sendiri( kafir ) .

Maksud fiman Allah : " Maka ada diantara mereka yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri ( dengan tidak mengendahkan ajaran al - Quran ) , dan ada yang bersikap sederhana , dan ada diantaranya pula yang mendahului( orang lain ) dalam membuat kebajikan dengan izin Allah "

Jangan Begitu Sayang

Bismillahi Rahmani Rahim
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi .



Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya

lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan ,

maka dia akan berkata :

" Tuhanku telah memuliakanku "



Adapun bila Tuhannya mengujinya

lalu membatasi rezekinya maka dia berkata :

" Tuhanku menghinakanku "

[ Al Fajr 89 : 15 - 16 ]




Jangan begitu sayang ,
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.


Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu ;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .

[ Al Baqarah 2 : 216 ]


...



Akan ada yang datang ,
Dan akan ada yang berlalu pergi .


Manusia itu akan datang dan pergi ,
Harta benda itu akan datang dan pergi ,
Kesedihan itu akan datang dan pergi ,
Masalah itu akan datang dan pergi .

...
...
...


Tapi ...
Ada juga yang datang ,
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi .



Siapa ?


...


...


...

Allah , sayang .
Allah .

Allah akan tetap di situ ,
Sekalipun kamu melupakannya .


Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu ,
Allah akan terus memerhatikan .


Ya !
Allah akan terus memerhatikan .

Setiap gerak gerimu ,
Setiap ucap kata dari bibirmu ,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya ,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu .


Allah ada untuk setiap masa ,
Kapan sahaja yang kamu mahu ,
Kembali padaNya ya sayang ,
Allah sedang menantimu .


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku ,
maka ( jawablah ) , bahwasanya Aku adalah dekat .
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku ,
maka hendaklah mereka itu memenuhi ( segala perintah-Ku )
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku ,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran .

[ Al Baqarah : 186 ]


jangan biar sampai Allah murka pada kita !

Budaya Membaca Orang Islam Lapuk

Ungkapan “membaca jambatan ilmu” sering kita dengar. Perkataan ‘iqra’ yang bermaksud bacalah merupakan perkara sinonim dalam diri kita sebagai umat Islam. Namun, hakikatnya sejauh mana kita menghayati perkara ini.

Mengimbau kembali sejarah silam kita akan mendapati bahawa Islam telah mencapai zaman kegemilangannya hasil daripada perkembangan pesat dalam bidang keilmuan. Perkembangan pesat wujud akibat semangat suka membaca dan cintakan ilmu dalam diri umat Islam pada zaman itu sehingga lahir ramai ulama’ yang pakar dalam bidang agama, sains, dan teknologi dan natijahnya umat Islam pada masa itu dipandang tinggi dan digeruni oleh umat-umat lain di dunia.

Marcapada, umat Islam pada zaman ini jelas berbeza dengan umat Islam pada masa dahulu. Kita pada masa ini dianggap sebagai umat yang paling hina dan boleh diperlakukan sesuka hati oleh orang kafir selain kita dipaksa mengikut telunjuk mereka dalam segala bidang tidak kira politik, sosial , dan ekonomi yang memang jelas bertentangan dengan syariat Islamiyyah.

Secara peribadinya aku berpendapat bahawa situasi ini berlaku disebabkan sikap individu muslim sendiri yang semakin jauh daripada amalan membaca dan ilmu pengetahuan. Kita lihat sendiri fenomena di negara kita di mana orang Melayu Islam khususnya tidak suka atau jarang sekali membaca sehinggakan terpaksa diadakan kempen untuk menggalakkan kita membaca. Kempen ini tidaklah salah tetapi berdasarkan bacaan artikel di England, tidak pernah wujud kempen membaca kerana rakyat di sana boleh dikatakan membaca buku hampir setiap hari manakala kita di sini ada yang hanya membaca sekali dalam sebulan (tidak termasuk buku akademik).

Kanak-kanak di sana memang telah dididik sejak kecil untuk membaca di mana perpustakaan awam disediakan oleh kerajaan di merata tempat dan mereka digalakkan meminjam sebanyak 14 buah buku seorang untuk tempoh seminggu.

Selain itu, di sekolah pula para pelajar diwajibkan untuk membuat laporan tentang sebuah buku yang dibaca setiap minggu. Program-program ini bukan hanya berlaku di sesetengah tempat sahaja tetapi di seluruh negara kerana mendapati terdapat persamaan tentang budaya membaca rakyat di sana yang memang umum diketahui majoritinya adalah Kristian.

Satu perkara lagi, membaca merupakan amalan orang Barat di mana ibu bapa akan membacakan sebuah buku untuk anak mereka sebelum tidur. Perkara di atas kira berlainan dengan budaya membaca di negara-negara Islam khususnya Malaysia.

Jelaslah umat Islam di dunia memang jauh ketinggalan berbanding Barat berkaitan semangat membaca. Tidak hairanlah sekarang ini kita dijajah oleh mereka dan kita tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan semangat suka membaca pada masa ini wujud dalam diri mereka dan telah hilang dalam diri kita, umat Islam.

Aku ingin menyeru kepada umat Islam sekalian agar mengingati kembali wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad iaitu ‘bacalah’. Sedar atau tidak budaya membaca memang telah lama diamalkan oleh kita iaitu amalan membaca al-Quran tetapi janganlah kita hanya sekadar membacanya tetapi tidak memahaminya dan terus menyebabkan kita semakin ke belakang. Sesungguhnya jika kita benar-benar menghayati bacaan al-Quran kita, aku yakin kita mampu mengembalikan zaman keagungan tamadun Islam yang terkenal pada masa dahulu.

23 December 2009

Hijrah, ke mana kamu berhijrah wahai ummah?

1431H. Macam-macam orang ucap, itu dan ini. Semuanya seputar azam baru di tahun yang baru. Berniat hendak mejadi lebih baik, berniat untuk mempertingkatkan diri. Tetapi, semua ini hanya akan menjadi seperti debu sahaja, andai ia dilakukan semata-mata kerana melepasi sebuah tahun.

1 Muharram, 1001 azam baru muncul dan wujud.

1 Januari, sekali lagi 1001 azam baru muncul.

Namun, apakah azam-azam ini diiringi dengan perancangan? Atau sebut-sebutan dari omongan? Ke arah mana kita berhijrah hakikatnya?

Menjadi hamba Ilahi Yang Berkuasa, atau hakikatnya berhijrah dalam lingkungan perhambaan di dalam dunia juga?

Ke arah mana?

Iman terjemahannya amal, cita-cita terjemahannya perancangan.

Amat pelik untuk aku, orang-orang berazam tetapi tidak pula merancang cara untuk menggapai azamnya. Begitulah juga manusia-manusia yang sibuk bercakap berkenaan Palestin, tetapi tiada perancangan rapi untuk membebaskannya.

Kita sudah penat dengan omongan kosong.

Dunia tidak akan tertawan hanya dengan bicara. Sebuah negara hanya bisa ditakluk dengan usaha. Bukan usaha semberono, tetapi usaha yang penuh dengan perancangan yang bersungguh-sungguh.

Merancang adalah bukti kita punya matlamat yang jelas. Kita nampak ke mana kita hendak berakhir, apa yang kita mahu, dan apa yang kita hendak gapai, maka kita merancang, langkah demi langkah agar kita mampu mencapai apa yang kita harapkan.

Di sinilah baru berlakunya peningkatan. Kita tahu di mana kita hendak berehat, kita sedar di mana kita kejatuhan, dan kita akan nampak apa yang perlu kita muhasabahkan. Dengan perancangan, apabila kita tiba ke titik-titik tertentu, kita akan mampu menaik secara berkadar terus dengan kehidupan, bukannya turun dan naik dengan mengikut keadaan.

Apakah kita merancang wahai diri yang kini menyatakan 1001 azam?

Dunia bukan untuk bermain-main dunia ladang akhirat.

Kita semua tahu. Setiap amal baik dan buruk akan dihitung walau sebesar zarah. Kita semua tahu. Maka dengan pengetahuan kita ini, apakah kita menyangka dunia ini boleh kita lalui dengan bermain-main sahaja?

Kita tahu hari ini ummat Islam tertindas, kita sedar hari ini musuh-musuh Allah amat hebat, kita nampak betapa kita hari ini lemah, kita faham betapa jauhnya kita hari ini dengan Allah SWT, maka apakah yang telah kita usahakan?

Adakah cukup dengan kata-kata dan penulisan?

“Salam ma’al hijrah, semoga lebih baik”

“Semoga meningkat”

“Harap tahun ini lebih baik”

Kita sebut dengan kefahaman dan terjemahan amal, atau sekadar mengisi ruang kegembiraan satu sambutan? Kita hakikatnya mahu, setiap perbuatan kita, gerak geri kita memberikan kesan kepada pembangunan ummah. Kita tidak mahu kehidupan yang sia-sia.

Kita tidak hadir ke dunia ini untuk hanya bermain-main sahaja.

Lihatlah ke arah mana mereka berhijrah.

Menelusuri kisah hijrah para sahabat, pasti kita melihat betapa kita merentas tahun hijrah ini hanya dengan bermain-main sahaja.

Hijrah di dalam Islam punya makna yang besar. Bukan merentas tahun, tetapi merentas sahara untuk menyelamatkan iman. Bagaimana pula mereka berhijrah? Adakah dengan segala kemewahan? Tidak.

Suhaib Ar-Rumi RA, seoran hartawan yang terkenal dengan kekayaannya. Awalnya dia berhijrah dengan seluruh hartanya. Di tengah perjalanan, dia berjaya ditahan pihak Musyrikin Makkah. Mereka hendak membawanya pulang, menghalangnya daripada meneruskan hijrah.

Lantas Suhaib Ar-Rumi berkata: “Apakah kalau aku tinggalkan semua hartaku di sini, maka kamu akan membenarkan aku pergi?”

Dan dia meninggalkan seluruh hartanya. Saya ulang, dia meninggalkan seluruh hartanya.

Untuk apa?

Untuk hijrahnya kepada Allah SWT, untuk menyelamatkan keimanannya. Dia sanggup mengorbankan seluruh hartanya. Kerna dia jelas, dia berhijrah ke arah Allah SWT Yang Maha Kaya, Yang Berkuasa Atas Segala-galanya.

Abdurrahman bin Auf, seorang lagi hartawan terkenal. Dia awal-awal lagi bergerak keluar dari Makkah dengan sehelai sepinggang. Langsung tidak membawa hartanya. Sehingga di Madinah terpaksa memulakan perniagaannya daripada aras bawah semula. Begitu juga hartawan lain seperti Abu Bakar, Uthman dan lain-lain yang mengikuti Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri bersabung nyawa di dalam peristiwa hijrah ini. Begitu juga Saidina Ali bin Abu Talib RA yang sanggup menggantikan Rasulullah SAW di kamar baginda.

Pernahkah anda tertanya-tanya, atas dasar apakah mereka sanggup berkorban sedemikian rupa?

Kerana mereka benar-benar jelas akan penghijrahan mereka.

Mereka berhijrah kepada Allah SWT.

Keimanan mereka, keyakinan mereka membuatkan mereka sanggup mengorbankan segalanya, asalkan penghijrahan mereka kepada Allah SWT itu berjalan lancar.

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka, apakah yang telah kita korbankan, andai benar penghijrahan kita kepada Allah SWT?

Atau sebenarnya, hijrah kita bukannya kepada Allah SWT, sebab itu kita tidak mengorbankan apa-apa? Sebab itulah kita tidak merancang apa-apa?

Jika benar, maka kita ini tidak berhijrah sebenarnya.

Tiada lagi Hijrah selepas itu, selain perjuangan ke arah kebaikan.

Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan kota Makkah:

“Tiada lagi Hijrah selepas pembukaan ini kecuali kerana jihad dan niat yang baik, dan sekiranya diperintahkan supaya keluar untuk berjihad dan melaksanakan kebaikan, maka keluarlah”
(Riwayat Bukhari)

Maka bergeraklah kepada kebaikan, jangan lengah. Bergerak dengan sistematik tanpa boncah. Keraskanlah diri menghadapi segala ujian agar tidak tergoncang. Korbankan apa yang patut dikorbankan, kaut apa yang patut dikaut.

Kenapa kita mesti redha dengan diri kita penuh dosa hari ini? Kenapa kita mesti rasa tidak mengapa dengan kelemahan kita hari ini? Kenapa kita mesti tunduk pada kezaliman dan kehinaan dunia kepada kita hari ini?

Maka bangkitlah, ubah segalanya, bermula dengan diri sendiri.

Jangan sekali mengungkap berubah itu, berubah ini, meningkat itu, meningkat ini, dengan kalam-kalam kosong tanpa perancangan. Kita tidak mahu bermain-main, kita bukan hamba tradisi. Kita hamba Ilahi.

Bergeraklah. Bergerak dengan serius.

Berhijrahlah, berhijrah dengan perancangan dan usaha yang tulus.

Minda Beteraskan Tauhid

Dalam kehidupan , seringkali kita berhadapan dengan berbagai - bagai cabaran dan situasi .

Apa yang membezakan kita semua ialah tentang cara kita menghadapi situasi - situasi tersebut . Begitu banyak pilihan yang harus dibuat sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya .

Jika kita hanya menuruti emosi , maka tindakan kita selalunya terburu - buru dan tidak memikirkan kesannya dengan teliti . Banyak keterlanjuran dan kesalahan berlaku kerana terlalu menurut perasaan .

Jika kita bertenang , mengambil masa untuk berfikir sejenak lalu bertindak menggunakan strategi yang dapat difikirkan akal , maka tindakan sebegini lebih efektif berbanding menuruti emosi semata - mata . Gunakanlah akal sebaiknya . Bukankah Allah ta'ala telah mengurniakan akal kita dengan kemampuan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk ? FirmanNya :

" Serta mengilhamkannya ( untuk mengenal ) jalan yang membawanya kepada kejahatan , dan yang membawanya kepada bertaqwa ; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah - tambah bersih ( dengan iman dan amal kebajikan ) , dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya ( dengan sebab kekotoran maksiat ). "
( As - Syams : 8 - 10 )

Namun , akal manusia pun boleh dikelirukan . Hari ini , masalah akal yang terpesong makin teruk . Banyak hal yang disangkakan baik , sebenarnya buruk di sisi agama . Anda dapat lihat budaya homoseksual sudah dianggap sebagai biasa , sedangkan ini jelas - jelas dilaknat di sisi Allah . Demikian juga budaya hedonism , ini pun dilarang agama . Ini belum masuk golongan yang menghalalkan yang haram , dan mengharamkan yang halal .

Kekeliruan sebegini berlaku kerana ada sesetengah manusia yang menyangka sebaik - baik keputusan adalah menurut akal semata - mata . Hakikatnya kita semua pun telah tahu akal manusia itu tidak sempurna , ia tidak dapat lari daripada kesilapan .

Penyelesaian bagi kekeliruan ini mudah sahaja , rujuklah kepada Al - Quran dan Sunnah RasulNya sebagai hakim dalam kehidupan . Kedua - dua sumber agama ini adalah sempurna dan terpelihara daripada kesilapan , sebagai manual kehidupan kita untuk meraih kejayaan di dunia dan di akhirat . Ramai orang memang sedia maklum hal ini , tapi hal ini perlu diingatkan selalu kerana ramainya orang yang sudah berani untuk meremehkan petunjuk agama .

Pokoknya , untuk membuat pilihan dalam bertindak , tidak cukup dengan hanya menggunakan akal sahaja , tapi perlu pastikan justifikasi anda itu disuluhi dengan ilmu Islamik yang sahih serta berpaksikan keimanan kepada Allah ta'ala .

Maksudnya di sini , apabila anda berhadapan dengan sesuatu urusan atau masalah , tanyalah kepada diri , " apakah yang diperintahkan oleh Allah ta'ala apabila hambaNya berada dalam situasi sebegini ? Jika saya bertindak begini atau begitu , apa kesannya untuk saya di akhirat nanti ? Apakah Allah ta'ala redha atau murka jika saya berbuat begini ? " dan lain - lain soalan sepertinya .

Untuk justifikasi yang efektif , kita memang memerlukan ilmu . Lebih banyak yang kita belajar tentang Al - Quran dan As - Sunnah , maka semakin cemerlanglah pilihan tindakan yang kita ambil dalam kehidupan harian . Jadi , kita harus belajar , belajar dan belajar tanpa jemu .

Apabila segala amalan kita berpaksikan untuk meraih keredhaan Allah ta'ala , segala amalan pasti dirasakan seronok . Kita lebih mementingkan kualiti kerja daripada hasilnya . Mentaliti sebegini membolehkan kita merasakan kenikmatan melakukan sesuatu amal soleh . Sebab , kita sudah tahu Allah menilai usaha kita bukan hasilnya , sebab hasil usaha adalah menurut ketetapanNya . Sedangkan manusia pula menilai hasil , bukan usaha . Anda pilihlah , hendak redha manusia atau redha Allah ?

Bukan aku kata jangan melihat kepada hasil , cumanya , apabila kita lebih mementingkan hasil daripada kenikmatan proses bekerja kerana Allah , kemanisan bekerja itu tidak dapat dirasai . Ini resepi tepat untuk stress . Malah , pahala beramal pun mungkin tidak dapat . Oleh itu , bekerjalah habis - habisan kerana Allah , dan berdoalah untuk hasil yang terbaik .

Apabila kita niatkan segala amalan kerana Allah , kenikmatan beramal akan terasa , insyaAllah .

Mengapa tidak mahu membaca buku kerana mencari redha Allah ? Mengapa tidak mahu menyapu sampah kerana mengharapkan redha Allah ? Mengapa tidak mahu senyum kepada seorang sahabat kerana inginkan redha Allah ? Segala perbuatan yang halal dan bermanfaat , jika diniatkan kerana Allah , maka itu adalah ibadah .

Bak kata Rasulullah s.a.w :

" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya "
( Bukhari dan Muslim )

Aku ingin bertanya lagi , adakah anda sentiasa merasakan Allah mengawasi segala isi hati dan tindak - tanduk anda ?

Jika tidak , itu satu masalah . Sebab , berasa aman daripada pengawasan Allah adalah salah satu muqaddimah untuk keinginan melakukan dosa . Jika anda tidak biasa mempunyai perasaan ini , paksalah dan ingatkan diri selalu tentang pengawasan Allah , sehingga perasaan ini menjadi automatik dan sebati dalam minda kita . Minda yang berteraskan tauhid ialah minda yang sentiasa sedar akan pengawasan Allah .

Kita semua tidak dapat terlepas daripada perhatian Allah ta'ala walau sesaat pun . Sebab itu kita perlu menjaga diri kita menurut pandangan Allah . Bukan pada pandangan manusia . Biarlah apa manusia hendak kata , baik mereka suka atau tidak , yang penting Allah redha kepada kita . Jika anda sentiasa patuh kepada perintah Allah dalam urusan keduniaan dan akhirat , jangan risau dengan kehidupan dan cabaran kehidupan duniawi , sebab Allah pasti akan memelihara anda . Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda :


" Jagalah Allah , nescaya Allah menjagamu "
( Tirmidzi : Hadith ini hasan sahih )


Sentiasalah ingatkan diri untuk bertaqwa kepada Allah ta'ala setiap masa . Semaikan kemurnian tauhid ke dalam corak pemikiran . Berfikirlah mengikut orientasi keimanan . Aku rasa anda sudah faham maksud aku.

Mudah - mudahan , dengan menggunakan minda sambil berteraskan tauhid , urusan kehidupan akan dipermudahkan , jiwa menjadi tenang selalu , kemudian di akhirat kelak kita termasuk dalam kelompok orang - orang yang beroleh kemenangan . Itulah kepuasan dan keseronokan yang terunggul , tiada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan yang pernah ada di dunia .

Wallahu a'lam .

Doa Untuk Musuh Islam

Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,

Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,


Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,

Goncangkan pendirian mereka,

Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,

Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,

Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,


Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,

Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,

Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Kalahkan mereka,

Dan menangkan kami(Islam) ke atas mereka.


Amin Ya Rabbal Al amin…!

BOIKOT Barangan Israel dan Sekutunya

BOYCOTT ISRAEL COMPANY LIST :
AOL Time Warner ,
Apax Partners & Co Ltd ,
Coca-Cola ,
Danone ,
Delta Galil ,
Disney ,
Estée Lauder ,
IBM ,
Johnson & Johnson ,
Kimberly-Clark ,
Lewis Trust Group Ltd ,
L'Oreal ,
Marks & Spencer ,
Nestle ,
News Corporation ,
Nokia ,
Revlon ,
Sara Lee ,
Selfridges ,
The Limited Inc ,
Home Depot ,
Intel ,
Starbucks ,
Timberland ,
McDonald's ,
Arsenal FC .

Coretan Seorang Hamba

Di dalam sujudku ,
Kau dengar tangisanku ,
Di dalam doaku ,
Kau dengar rintihku ,
Sepanjang hayatku ,
Kau lihat segala perbuatanku .

Setiap perbuatanku ,
Kau catat segala dosa pahalaku .

Di dalam khayalku ,
Kau datang mengingatiku ,
Di dalam kegagalanku ,
Kau datang memberi pertolongan-Mu ,
Di dalam kesedihanku ,
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku ,
Meleraikan lara jiwaku ,
Di dalam usahaku ,
Kau beri kejayaan-Mu ,
Di dalam kegembiraanku ,
Kau kurniakan nilai tawa padaku ,
Di dalam buntuku ,
Kau datang memberi Hidayah-Mu .

Jika aku bukan Islam ,
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku ,
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar dicoretkan oleh seorang kafir .

Aku tadah tanganku ,
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah ,
Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu .

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui ,
Kau lah sebaik-baik perancang ,
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku ,
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu.

22 December 2009

Bagaimana Arak Memabukkan?

" Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya " (Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia. Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu) , cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 million. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai “very important and attractive market” dengan melabur sebanyak US$ 20 million bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 million liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon , hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol. Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza.Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen &hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.

Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya. Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.

Perbuatan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya. Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku. ….dan Gulp. Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.

Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”. Sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsure-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).

Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.

Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.

Cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal. Keupayaan deria juga akan berkurangan.Hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayag tidak tentu arah. Kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk, mereka pasti tidak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.

Terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi. Pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah marah manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia. Hal ini menerangkan kebiasaan pemabuk senyum-senyum sendiri, murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.

Cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti. Contohnya seperti menulis dan melukis. Terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat. Sekiranya anda terserempak dengan pemabuk, cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri.Pasti mereka tidak mampu melakukannya, kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi.

Medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata. Terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba, degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja, selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).Boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip.

Selain daripada terjejasnya pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tidak mampu disenaraikan disni. Antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus. Kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis. Penyakit jantung, darah tinggi dan strok. Untuk wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” . Antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal.(mentally retarded)

Indahnya Islam bukan sahaja melarang orang-orang beriman minum arak, malah melarang umat Islam mendekatinya.Larangsn tersebut lengkap ditujukan daripada penanam anggur untuk dibuat arak, penuai, pembawa, pekerja lori, pekerja kilang, pekerja kedai, bos kedai, pelayan, pemesan dan peminum. Berlainan dengan Amerika Syarikat yang mengambil “langkah berjaga-jaga” dengan menetapkan bahawa pembelian arak yang “halal” di sisi undang-undang adalah apabila telah berumur 21 tahun dan ke atas. “Langkah berjaga-jaga” ini bukan sahaja menggalakkan aktiviti peminum arak malah mendatangkan kerugian kepada negara sehingga terpaksa menubuhkan National Institute On Alcohol Abuse and Alcoholism (NIAAA).

Secara umumnya, agama Islam dan kepercayaan-kepercayaan lain mempunyai pandangan yang sama dalam hal pelarangan arak. Al-Quran jelas menyatakan pengharamannya (antaranya) melalui surah Al-Maidah ayat 90 & 91 .

Kepercayaan Buddha juga menolak arak dalam salah satu daripada lapan Precepts of Buddhism , dengan menyatakan “Orang-orang Buddha perlu menahan diri daripada liquor”. Pengamal Buddha juga dilarang untuk menjual liqour sebagai sumber perncarian.

Dalam bible, the Book of Proverbs Chapter 23:29-33 ada “menasihatkan”, “Do not look at

wine when it is red, when it sparkles in the cup and goes down smoothly.At the last it bites like a serpent, and stings like an adder. Your eyes will see strange things, and your mind utter perverse things” ..

Manakala tokoh Hindu, Thiruvalluvar ada “berpesan”, “they that drink liqour are no other than poison drinkers and therefore do not differ from dead man.”

Alhamdulillah sebagai muslim yang faham, sebab yang paling utama untuk kita jauhi arak adalah kerana ia adalah larangan daripada Allah, dan bukannya kerana terbukti oleh kajian intelektual bahawa arak tersebut memudaratkan. Sekiranya pada suatu hari nanti akan terciptanya arak yang memabukkan tetapi tidak memudaratkan adakah kita akan meminumya?

Persoalan yang lebih penting adalah bagaimana mengajak masyarakat sekeliling kearah penjauhan arak menggunakan ilmu yang kita ketahui? Dan tidaklah sesuatu ilmu itu dipelajari melainkan untuk diamalkan. Semoga dengan adannya pengetahuan mengenai arak ini dapat merealisasikan “masyarakat yang jauh dari larangan-larangan Allah”

21 December 2009

Umayiduddin Al-Aqami Dan Tersungkurnya Abbasiyyah

Jika kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah didalangi Mustafa Kemal, kejatuhan kerajaan Abbasiyyah pula didalangi oleh lelaki ini.
Siapakah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami? Beliau ialah menteri berbangsa Parsi yang berkhidmat untuk khalifah terakhir kerajaan Abbasiyyah, iaitu Khalifah Al-Musta’shim Billah. Beliau ditugaskan menguruskan perbendaharaan negara, umpamanya menguruskan baitulmal, zakat, dan menggaji tentera.

Suatu ketika, berlaku pembunuhan ketua tentera yang bernama Hurnain. Dalam memilih bakal pengganti ketua tentera tersebut, berlaku perbalahan antara menteri-menteri yang berbangsa Turki, Parsi dan Arab. Masing-masing berkeras mahu melantik pengganti dari kalangan kaum yang diwakili mereka. Bagi mengelakkan persengketaan daripada berlarutan, maka Khalifah telah melantik rakan kepada puteranya, iaitu Rukunuddin Ad-Daudar sebagai ketua tentera yang baru.

Rukunuddin Ad-Daudar seorang Arab yang membenci golongan Syiah. Dalam empayar Abbasiyyah, golongan Syiah kebanyakannya berbangsa Parsi. Ketika berlaku rusuhan kaum antara Syiah dan Sunni di Kirkuk, dia telah mengarahkan tentera kerajaan membunuh golongan Syiah. Tentera beliau bukan sahaja membunuh orang-orang Syiah, bahkan merampas harta benda mereka serta melakukan perkosaan ke atas perempuan-perempuan mereka. Apabila berita pembunuhan beramai-ramai golongan Syiah sampai ke telinga Umayiduddin Muhammad Al-Aqami yang merupakan menteri berbangsa Parsi, beliau berasa amat marah lalu mengadukan perkara tersebut kepada khalifah. Namun khalifah menegaskan bahawa pembunuhan itu wajar dilakukan demi menjaga keamanan negara, tanpa menyedari bahawa pembunuhan itu turut melibatkan pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa dan perkosaan ke atas kaum wanita.

Meskipun Umayiduddin memiliki bukti, namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan khalifah terlalu meyakini bahawa Rukunuddin menjalankan tugas tersebut semata-mata demi menyelamatkan negara daripada pemberontakan. Atas rasa tidak puas hati dan dikuasai oleh dendam yang membara, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami merancang mahu menjatuhkan khalifah. Beliau pada mulanya bercadang untuk membina pakatan dengan kerajaan Parsi, namun utusan yang dihantar olehnya telah ditahan oleh tentera Monggol dan suratnya kepada kerajaan Parsi telah dirampas oleh mereka. Demi mengelakkan surat tersebut diserahkan oleh orang Monggol kepada khalifah dan seterusnya menyebabkan rancangan belotnya terbongkar, maka dia beralih arah dan bercadang berpakat dengan tentera Monggol. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, tentera Monggol sememangnya sedang menanti masa untuk menakluk kota Baghdad. Pada masa itu tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan sedang berkhemah dan melakukan latihan perang di pinggir kota Baghdad. Setelah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami berpakat dengan tentera Monggol, maka bermulalah episod pengkhianatannya terhadap Khalifah Al-Musta’shim.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami telah menipu Khalifah dengan mengatakan bahawa perbendaharaan negara tidak cukup untuk menampung gaji tentera dan menyarankan kepada baginda agar memberhentikan 90 000 tentera daripada 100 000 jumlah keseluruhannya. Alasannya lagi, tentera-tentera tersebut kebanyakkannya telah tua. Di sebalik saranan tersebut, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami sebenarnya memiliki muslihat tersendiri. Beliau sebenarnya mahu agar tentera-tentera berpengalaman (kebanyakannya dari golongan tua) dilenyapkan dari pasukan tentera, dan beliau juga sebenarnya mahu mengurangkan bilangan tentera. Ini kerana beliau telah bersepakat dengan tentera Monggol untuk melemahkan angkatan tentera Bani Abbasiyyah. Hasilnya, tentera Abbasiyyah yang berjumlah 100 000 pada asalnya hanya tinggal 10 000 orang sahaja, dan kebanyakan anggotanya terdiri daripada golongan muda yang kurang berpengalaman. Khalifah Al-Musta’shim begitu mudah menerima cadangan tersebut kerana Umayiduddin Muhammad Al-Aqami adalah menteri yang paling dipercayainya.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami juga telah melarang Khalifah dari menyiapkan pasukan tentera ketika Baghdad sedang dikepung tentera Monggol. Beliau mahu Khalifah menganjurkan perdamaian antara kerajaan Abbasiyyah dengan orang Monggol. Sedangkan mereka sendiri sudah sedia maklum, tentera Monggol bukanlah manusia yang boleh menerima perdamaian. Pada mereka (tentera Monggol), musuh hanya diberikan dua pilihan sahaja, menyerah atau berperang. Sekiranya musuh memilih untuk berdamai, bererti mereka menyerah diri kepadanya. Oleh itu, perdamaian dengan orang Monggol merupakan perkara yang amat mustahil untuk dilakukan. Namun, oleh kerana Khalifah begitu mempercayai kata-kata Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, maka beliau bercadang untuk berdamai. Di sini satu kesilapan yang amat besar telah dilakukan oleh Khalifah Al-Musta’shim Billah. Umayiduddin Muhammad Al-Aqami telah mengaturkan satu pertemuan antara Hulagu Khan dengan Khalifah Abbasiyyah. Dalam pertemuan tersebut, lebih 700 pengiring Khalifah Al-Musta’shim Billah telah dibunuh oleh tentera Monggol. Orang Monggol sememangnya berniat untuk membunuh pengiring Khalifah yang terdiri daripada golongan agama awal-awal lagi, disebabkan itu mereka merancang mengasingkan khemah yang menempatkan Khalifah Al-Musta’shim dengan khemah yang menempatkan para pengiringnya. Setelah semua pengiring dibunuh, Hulagu Khan memberitahu perkara tersebut kepada Khalifah Al-Musta’shim dan memberikan alasan tenteranya membunuh mereka akibat perselisihan faham antara tenteranya dengan mereka. Sebelum Khalifah Al-Musta’shim dilepaskan pulang ke istana, beliau diberi amaran oleh Hulagu Khan agar tidak mengumpulkan bala tenteranya untuk berperang dengan mereka.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, demi mengelakkan dirinya daripada dicurigai oleh Khalifah Al-Musta’shim, telah berpura-pura kononnya menyelamatkan nyawa khalifah ketika khalifah diugut hukum bunuh oleh Hulagu Khan yang juga berpura-pura ketika Khalifah Al-Musta’shim Billah berada di dalam khemah tersebut. Kesemua ini dirancang dengan rapi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami dan Hulagu Khan. Khalifah Al-Musta’shim Billah sering murung selepas kejadian itu. Rakyatnya yang kematian ahli keluarga telah datang ke istana. Mereka mahu Khalifah Al-Musta’shim Billah mengeluarkan perintah memerangi orang Monggol. Mereka mahu menuntut bela di atas kematian ahli keluarga mereka yang telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Monggol. Namun Khalifah Al-Musta’shim Billah masih kebingungan dan beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana masih sedih dan terkejut dengan kejadian itu. Tambahan pula, beliau telah diugut sendiri oleh Hulagu Khan agar mendiamkan diri. Dalam hati beliau, Hulagu Khan lebih ditakuti berbanding Allah S.W.T. (sebagaimana kata puteranya Abu Bakar). Ketua tentera Abbasiyyah yang baru beberapa bulan dilantik, iaitu Rukunuddin Ad-Daudar telah banyak kali menggesa Khalifah Al-Musta’shim Billah agar membenarkan beliau mengumpulkan bala tentera untuk memerangi orang Monggol, sejak dari mula beliau dilantik lagi.

Namun gesaan itu tidak diendahkan Khalifah Al-Musta’shim Billah, malah dipandang remeh kerana dipengaruhi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Namun Rukunuddin Ad-Daudar tidak berdiam diri, lebih-lebih lagi selepas berlakunya peristiwa pembunuhan 700 orang pengiring khalifah itu. Beliau telah mengumpulkan rakyat jelata yang terdiri daripada anak-anak muda yang sanggup berjihad demi Islam. Beliau juga menyebarkan arahan berjihad ke setiap masjid di Baghdad. Akhirnya beliau berjaya mengumpulkan 20 000 tenteranya. Bilangan ini memang jauh lebih sedikit berbanding bilangan tentera Monggol (200 000), namun itu tidak mematahkan semangat mereka. Bilangan mereka yang sedikit itu bukanlah kerana rakyatnya tidak berani dan takut mati. Bahkan seruan jihad itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Perbuatan Umayiduddin Muhammad Al-Aqami menyuruh khalifah memecat sebahagian besar tentera Abbasiyyah sebelum ini menyebabkan bilangan mereka menjadi amat sedikit, dan kebanyakan ahlinya adalah anak muda yang bersemangat tetapi kurang pengalaman. Tentera-tentera yang telah dipecat oleh Khalifah Al-Musta’shim yang terdiri daripada bangsa Parsi dan Turki pula enggan kembali memberikan khidmat mereka kerana berasa marah dengan Khalifah. Mereka mahu agar khalifah digulingkan. Mereka juga telah pulang ke tanah air masing-masing kerana tidak mahu menjadi mangsa serangan tentera Monggol.

Rukunuddin Ad-Daudar berjaya mendapatkan kebenaran khalifah untuk memerangi tentera Monggol. Itupun selepas Khalifah Al-Musta’shim Billah puas dipujuk oleh puteranya iaitu Abu Bakar. Khalifah sememangnya benar-benar tertekan selepas peristiwa pembunuhan pengiringnya itu, maka beliau pun bercadang menyerahkan isu tersebut kepada Rukunuddin dan bala tenteranya. Rukunuddin telah melancarkan serangan ke atas tentera Monggol. Serangan mereka tidak kurang hebatnya kerana tidak kurang tentera Monggol yang terkorban. Namun disebabkan tentera mereka turut sama terkorban dan bilangan mereka semakin berkurangan, Rukunuddin Ad-Daudar menamatkan serangan (mengambil teladan Khalid Al-Walid R.A. dalam peristiwa di Yarmuk) dan membawa mereka semua lari ke Mesir untuk bergabung dengan tentera Mamalik Mesir dan tentera Berke Khan (orang Monggol yang memeluk Islam).

Mereka kembali berperang dengan tentera Monggol di ‘Ain Jalut di Palestin kira-kira dua tahun kemudian dalam Pertempuran Ain Jalut. Tentera Monggol berasa amat gembira setelah berjaya mengalahkan tentera Rukunuddin Ad-Daudar. Mereka bercadang untuk menakluk Baghdad secepat mungkin. Mereka berasa amat marah kerana ramai tenteranya gugur dibunuh tentera Rukunuddin Ad-Daudar. Sementara itu, rakyat Baghdad berada dalam keadaan bimbang kerana tentera Rukunuddin telah melarikan diri ke Mesir dan tidak ada sesiapa lagi yang mempertahankan kota Baghdad. Namun mereka telah berkumpul dan bercadang untuk berjihad menentang tentera Monggol sehingga ke titisan darah yang terakhir. Oleh itu, mereka telah menyuarakan hasrat mereka itu kepada Khalifah Al-Musta’shim Billah. Mereka benar-benar mahu berjihad mempertahankan agama dan tanah air mereka.

Di waktu ini, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami selaku menteri kepercayaan Khalifah Al-Musta’shim Billah, mengeluarkan helahnya sekali lagi. Beliau menyarankan kepada Khalifah Al-Musta’shim Billah agar tidak membenarkan rakyatnya keluar berjihad. Beliau turut menawarkan dirinya untuk berunding dengan tentera Monggol kononnya agar mereka dapat menerima perdamaian. Khalifah Al-Musta’shim Billah sekali lagi berjaya dipengaruhi oleh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Maka Umayiduddin Muhammad Al-Aqami pun dengan gembiranya keluar bertemu dengan Hulagu Khan. Setelah pulang ke istana, beliau telah memaklumkan kepada Khalifah dengan bahawa Hulagu Khan setuju berdamai dan mahu agar Khalifah Al-Musta’shim Billah mengahwinkan puteranya Abu Bakar dengan puteri Hulagu Khan. Alangkah gembiranya Khalifah Al-Musta’shim Billah mendengarkan berita itu. Tambahan pula Umayiduddin Muhammad Al-Aqami menunjukkan cincin yang diberikan Hulagu Khan sebagai tanda perdamaian. Lalu baginda pun menyuruh rakyat dan pekerja-pekerja istana bergotong-royong menghias kota Baghdad demi menyambut Hulagu Khan dan rombongannya.

Di sebalik semua ini, Umayiduddin Muhammad Al-Aqami sebenarnya telah merancang sesuatu bersama Hulagu Khan. Dalam rancangan tersebut, Hulagu Khan mahu Umayiduddin Muhammad Al-Aqami memastikan bahawa rakyat Baghdad menyambut kedatangan tentera Monggol bukan dengan senjata, tetapi dengan bunga-bunga. Dia mahu menakluk kota Baghdad dengan mudah. Umayiduddin Muhammad Al-Aqami bersetuju dan menerima rancangan tersebut. Sambil melihat rakyat Baghdad sibuk menghias kota, beliau tersenyum sinis. Namun tiada sesiapapun yang dapat menafsirkan apa yang tersembunyi di sebalik senyuman itu.

Pada hari Rabu, 18 Januari 1258, tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan menyerang kota Baghdad. Tentera Monggol datang dengan menunggang kuda mereka dengan laju seperti ombak besar yang datang mengganas. Mereka merempuh rakyat Baghdad yang sedang beratur di tepi jalan-jalan dan lorong-lorong di Baghdad dan membunuh mereka. Khalifah Al-Musta’shim Billah mula menyedari bahawa beliau telah ditipu oleh menterinya sendiri. Abu Bakar bersama seorang adiknya dan tiga orang pemuda lain yang merupakan putera kepada Syeikh Muhyiddin (ulama yang mengajar anak-anak khalifah) , berjihad bermati-matian menentang orang Monggol itu. Ramai orang Monggol yang gugur dipanah dan dipancung oleh mereka. Namun akhirnya mereka dibunuh oleh tentera Monggol tersebut selepas diugut meletakkan senjata. Orang Monggol turut membunuh isteri khalifah dan Syeikh Muhyiddin. Mereka turut membunuh semua pemuda lelaki, kaum ibu, orang tua dan kanak-kanak, dan menangkap anak-anak gadis, termasuk puteri-puteri Khalifah Al-Musta’shim Billah, untuk dihantar sebagai tawanan ke Monggol. Sementara anak kecil Khalifah Al-Musta’shim Billah dipelihara untuk dijadikan salah seorang tentera Monggol suatu hari nanti.

Pemandangan di sekitar kota Baghdad amat mengerikan dan menyayat hati. Kota tersebut dipenuhi dengan mayat-mayat bergelimpangan dan dicemari darah. Kaum lelaki, orang-orang tua dan bayi kesemuanya dibunuh. Kaum wanita diperkosa. Kitab-kitab ilmuwan Islam dibakar dan dicampakkan abunya ke dalam Sungai Tigris (Arab-Dajlah), sehingga air sungai tersebut bertukar hitam. Ada kitab yang disusun untuk dijadikan jambatan menyeberangi sungai tersebut, dan ada pula yang dijual kepada pedagang-pedagang Kristian Eropah, yang turut bersubahat dengan orang Monggol. Orang Eropah bertanggungjawab menghasut orang Monggol supaya membenci orang Islam. Oleh itu, penduduk Baghdad yang beragama Kristian dibiarkan hidup. Kebanyakan orang Islam yang masih selamat sedang bersembunyi di dalam bumbung rumah dan kawasan-kawasan tersembunyi yang lain.
Disebabkan adat orang Monggol yang melarang mereka menumpahkan darah raja, maka Khalifah Al-Musta’shim Billah dibunuh dengan cara dipijak dalam gulungan tikar oleh tentera Monggol. Berakhirlah sebuah kerajaan Islam yang telah bertahan selama lebih dari 500 tahun.

Umayiduddin Muhammad Al-Aqami keluar daripada tempat persembunyiannya. Beliau bertemu Hulagu Khan untuk menuntut janjinya kerana Hulagu Khan telah berjanji untuk melantik beliau sebagai khalifah setelah Khalifah Al-Musta’shim Billah digulingkan. Namun Hulagu Khan enggan menunaikan janjinya dan beliau bercadang untuk tidak membunuh Umayiduddin Muhammad Al-Aqami. Pulanglah Umayiduddin Muhammad Al-Aqami ke rumahnya dengan hampa. Setibanya di rumah, beliau terkejut kerana mendapati keluarganya dibunuh. Tidak syak lagi, keluarga beliau telah dibunuh oleh rakyat Baghdad yang menaruh dendam terhadapnya kerana mengkhianati khalifah. Namun beliau masih terselamat kerana dikawal oleh orang-orang Monggol yang diperintahkan oleh Hulagu Khan. Maka hiduplah beliau seorang diri tanpa keluarga dan pangkat kebesaran, dan terus menerus dibenci oleh rakyatnya sendiri.
Itulah akibat dari perbuatan khianat beliau terhadap negaranya sendiri dan kerana terlalu menurut nafsu dendam terhadap khalifahnya.


“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.”
(Al-Mumtahinah: 1)


“Wahai Nabi, berjihadlah melawan orang-orang kafir dan munafiq dan bersikap keraslah terhadap mereka.” (At-Taubah: 73)


Pengajaran daripada kisah ini:

a) Bersikap berkecuali dan adil dalam kepimpinan dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Salah satu punca kejatuhan Khalifah Al-Musta’shim Billah ialah kerana beliau mudah dipengaruhi orang bawahannya.

b) Menyelidik betul salah tindakan orang bawahan dan tidak membuat keputusan melulu dan bersikap terburu-buru yang akan menimbulkan dendam di kalangan mereka.
Sikap Khalifah Al-Musta’shim Billah yang percaya Rukunuddin Ad-Daudar menjalankan tugas mematahkan pemberontakan dengan baik tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, menimbulkan kemarahan Umayiduddin Al-Aqami yang memegang bukti bahawa tentera Rukunuddin Ad-Daudar telah memperkosa penduduk Kirkuk. Umayiduddin Al-Aqami akhirnya menyimpan dendam terhadap khalifah.

c) Tidak mempercayai musuh-musuh Islam dan tidak bekerjasama langsung dengan mereka.
Perbuatan Umayiduddin mempercayai janji-janji manis Hulagu Khan akhirnya memakan diri sendiri. Akhirnya, Hulagu Khan tidak menunaikan janji tersebut dan Umayiduddin Al-Aqami berada dalam kerugian yang nyata.

d) Semangat jihad dan tidak berputus asa meskipun musuh lebih kuat, atau meskipun negara seperti telur berada di hujung tanduk.
Semangat ini ditunjukkan oleh anak-anak Syeikh Muhyiddin dan putera khalifah Abu Bakar ketika orang Monggol menceroboh istana khalifah.

e) Percaya kepada kebolehan diri dan tidak hanya percaya kepada khabar angin sahaja. Rukunuddin Ad-Daudar langsung tidak gentar meskipun tersebar kata-kata yang memberitahu bahawa orang Monggol tidak pernah dikalahkan.

f) Membuat perancangan terbaik dan realistik sebelum melakukan sesuatu.
Rukunuddin Ad-Daudar tidak merancang taktiknya dengan baik. Ini kerana selepas mereka melarikan diri ke Mesir, tidak ada langsung tentera pelapis yang mempertahankan Baghdad. Akibatnya, Baghdad diserang dengan mudah oleh tentera Monggol. Beliau sepatutnya membahagikan tenteranya kepada dua; satu untuk memerangi orang Monggol dan satu lagi untuk mempertahankan Baghdad.

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat.
2. Sabar apabila mendapat kesulitan.
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program.
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
8. Jangan usil dengan kekayaan orang.
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang.
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan.

11. Jangan tamak kepada harta.
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan.
13. Jangan hancur karena kezaliman.
14. Jangan goyah kerana fitnah.
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram.
17. Jangan sakiti ayah dan ibu.
18. Jangan usir orang yang meminta-minta.
19. Jangan sakiti anak yatim.
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar .

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid).
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk.
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid.
25. Biasakan diri dengan solat malam.
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah.
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
28. Sayangi dan santuni fakir miskin.
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah.
30. Jangan marah berlebih-lebihan.

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah.
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran.
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi.
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan.
36. Jangan percaya ramalan manusia.
37. Jangan terlampau takut miskin.
38. Hormatilah setiap orang.
39. Jangan terlampau takut kepada manusia.
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala.

41. Berlakulah adil dalam segala urusan.
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah.
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran.
45. Perbanyakkan silaturrahim.
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam.
47. Bicaralah secukupnya.
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya.
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu.
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin.
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga.
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan.
54. Hormatilah kepada guru dan ulama.
55. Sering-sering berselawat kepada nabi.
56. Cintai keluarga Nabi saw.
57. Jangan terlalu banyak hutang.
58. Jangan terlampau mudah berjanji.
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara.
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh.
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar.
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu.
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita.
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi.
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya.
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita.
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan.
70. Jangan melukakan hati orang lain.

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta.
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian.
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab.
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita.
76. Jangan membuka aib orang lain.
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita.
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana.
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan.
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya.

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara.
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa.
85. Hargai prestasi dan pemberian orang.
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan.
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita.
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu.
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana.

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita.
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina.
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya.
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban.
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan.
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri.
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan.
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan.
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana ?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga ?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku ?
Aduhai pria .
Adakah kau yang tercipta untukku ?
Jawab pertanyaanku ini .
Jawab !

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan ,
Kerana jawapannya bukan di tanganmu ,
Tetapi di tanganNya .
Di tangan Tuhan kita ; Allah ,
Tuhanku dan Tuhanmu .

Gelisahku memikirkan dirimu ,
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku ,
Aduhai pria ,
Maafkan aku ,
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu .

Jemput diriku apabila waktunya tiba ,
Sebelum sampai saat itu , biarkan aku sendiri bersama Si Dia ,
Akan kucipta cinta bersama Dia ,
Sebelum kucipta cinta antara kita .

Jadilah dirimu bunga yang mekar ,
Dan doakan aku agar menjadi kumbang yang hebat .

" i've leave her for the sake of Allah "

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia - siakan pengorbananmu sayang ,
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata - mata ,
Yakinlah !
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti .

Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang ( permulaan ) .
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
Lalu ( hati ) kamu menjadi puas .
[ Ad dhuha : 4 & 5 ]

Untuk itu ,
Aku tinggalkan dirimu padaNya .

Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata melainkan Dialah yang memegang ubun - ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus . ( Allah Maha Adil )
[ Hud : 56 ]

Usah bersedih atas perpisahan sementara ini ,
Jika benar aku tercipta untukmu ,
Tiada apa yang dapat menghalangnya ,
Sebelum saat itu tiba ,
Berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan ,
Mohonlah padanya dengan penuh mengharap .

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita - wanita yang keji adalah untuk laki - laki yang keji , dan laki - laki yang keji adalah buat wanita - wanita yang keji ( pula ) , dan wanita - wanita yang baik adalah untuk laki - laki yang baik dan laki - laki yang baik adalah untuk wanita - wanita yang baik ( pula ) . Mereka ( yang dituduh ) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka ( yang menuduh itu ) . Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia ( syurga )
[ An Nur : 26 ]

Beruntunglah kamu !
Tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita ,
Allah memilihmu sayang ,
Jangan pernah sia - siakan kasih sayang Allah ini .

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu ( jalan ) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams : 8 - 10 ]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan :
" Tuhan kami ialah Allah "
Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka ,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan :
" Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih ;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[ Fussilat : 30 ]

Dan tika kamu merasa lemah ,
Mohonlah kekuatan dariNya ,
Allah itu dekat ,
Yakin pasti.

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan , maka mohonlah perlindungan kepada Allah . Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[ Fussilat : 36 ]

Sayang ,
Kamu intan terpilih ,
Jagalah kilauanmu sayang ,
Jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba ,
Aku sentiasa mendoakanmu .

" aku bergurau je la " .....

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling , biasanya kawan - kawan . Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri , betul tak ? Maknanya , bila kita bergurau senda , secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita .

Biasanya , orang bergurau untuk menceriakan suasana . Takkan nak buat muka serius sepanjang masa . Macam kebanyakan orang mengatakan , “ Hidup mesti ceria ” .

Tapi, mari kita teliti , apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan ? Lawak yang direka - reka , cerita yang dibuat - buat , perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain . Itu antara yang biasa kita temui . Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu . Tak sah kalau bergurau , dia tak mengata - ngata ( secara bergurau ) kat orang lain .

Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa . Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita . Kita juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata - mata , bukan betul - betul , dan bukan niat untuk betul - betul berbohong .

Betulkah persepsi macam ni ?

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak - bahak , sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas ? Apa yang kita berfikir ? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati . Betul tak ?

Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati . Ya , itu memang sesuatu yang normal . Tapi , hakikatnya , di situlah akan timbulnya masalah . Gurauan yang melampau - lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa .

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali , beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah . Kata beliau :

“ Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang , kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya . ”

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya : “ Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu ! ”

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih - lebihan . Kenapa ? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa . Dan banyak ketawa akan mematikan hati . Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri . Kata Imam Ghazali :

“ Adapun berlebih - lebihan pada bergurau , maka akan mempusakai banyak tertawa . Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan . Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan . Dan apa yang terlepas dari hal - hal tersebut , maka tidak tercela ”

Sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda :

Maksudnya: “ Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan , selain yang benar . ”

Kita biasa dengar :

“ Ish dia ni . Ketawa sampai tak ingat dunia ! ”

Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih - lebihan . Larut dalam dunia ketawanya . Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya . Dan lebih parah lagi , ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat .

Nabi S.A.W. bersabda :

Maksudnya : “ Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu , nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa . ”

Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok . Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati . Hakikatnya , itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan , mentertawakan orang lain.

Kita mungkin sekadar main - main , kata orang menyakat . Tapi , siapa tahu apa yang dirasai ‘ watak utama ’ kisah gurauan tersebut ?

Mungkin tak kisah , mungkin marah , mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa .

Gurauan yang dianggap sekadar main - main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan , pertengkaran , tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim . Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata - kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah ?

Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda :

“ Sesungguhnya orang yang berkata - kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman - teman duduknya , akan jatuh dalam api neraka , lebih jauh dari bintang surayya . ”

Sedarkah kita , ketika bergurau senda dengan rakan - rakan , kita mungkin dah berbohong ? Berbohong bukan maksud betul - betul bercakap bohong . Tapi , hanya sekadar cakap main - main ; atau kata orang sekadar mengacah saja .

Soalnya , betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau ? Nama pun gurauan , jadi kita bukan berniat untuk betul - betul menipu , hanya sekadar main - main dan tak memudharatkan sesiapa . Dan biasanya , last sekali , kita mesti akan cakap ,

“ Aku main - main je la … ”

“ Aku tipu kau je tadi . Saja nak tengok macam mana reaksi kau . ”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita , mungkin pandangan tu nampak macam betul . Tapi , mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“ Hendaklah kamu jujur . Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan . Dan kebaikan menunjuk kepada syurga . Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur . Berwaspadalah terhadap dusta . Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan . Dan kejahatan menunjuk kepada neraka . Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta . "

Dalam sabda Rasulullah S.A.W yang lain :

“ Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa , lalu dia berdusta . Celakalah untuknya . Celakalah untuknya . ”

Apa pun tujuan kita , pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka . Islam mengharuskan gurau senda , keceriaan dan hiburan jiwa , tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta .

Jadi , kalau nak bergurau , pastikan gurauan kita tak ada unsur - unsur penipuan dan pendustaan . Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. :

Maksudnya : “ Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan , selain yang benar . ”

Macam mana cara yang betul untuk bergurau ? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W. , bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang - orang di sekeliling baginda .

Suatu hari , seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. , meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya . Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu , baginda bersabda : “ Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta . ” Padahal , pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata - kata Nabi , dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh . Lalu , lelaki itu berkata , “ Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta ? Kalau kamu berikan pada aku , tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja , sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang . ”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata , “ Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina ? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya . ”

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab - adab dalam bergurau senda . Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau , sebaliknya cara baginda ada ‘ seninya ’ yang tersendiri .

Apa yang dapat perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain , Rasulullah menggunakan kaedah “ double meaning ” dalam gurauan baginda , iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza . Jadi , cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau .

Sayyidina Umar r.a. pernah berkata :

“ Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda ( al-muzaah ) dengan kata - kata al - muzaah ? ” ( maksud asal al - muzaah : alih ) .

Mereka itu menjawab : “ Tidak ! ”

Maka Umar r.a. menjawab :
“ Kerana senda gurau ( al - muzaah ) itu , mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran . ”


Jadi , berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata - kata kita . Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak . Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim , tapi andai tidak kena caranya , gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka . Na'uzubillahi min dzalik .

~ Wallahu a'lam ~

20 December 2009

Percikan Api Neraka?

Pernah tak demam masa kita zaman budak-budak dulu ? Mesti pernah dan apa yangg mak kita akan buat ? Bawa kita pergi jumpa doktor atau mak sendiri jadi doktor di rumah ? Ada tak mak kita ambil tuala kecil , kemudian rendamkan dalam air asam jawa , pastu mak kita pun letak atas dahi kita . Ada tak ? Semestinya ada . Betul tak wahai sahabat-sahabat sekalian?

Jadi di sini aku nak kongsi sedikit tentang ilmu FIQH PERUBATAN.

Daripada Ibn Abbas r.a , Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka , kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air , atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam . Bagaimana caranya ? Begini , renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air .

Daripada Anas bin Malik , Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila salah seorang daripada anda demam , hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur .

Daripada hadis Nafi' bin Jubir , katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila salah seorang daripada anda demam , sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka , hendaklah memadamkannya dengan air sejuk . Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir , mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah . Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari . Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x ,7x atau 9x . Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah .

Daripada Jabir r.a katanya : Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa'ib kerana melawatnya . Baginda bersabda : " Kenapa anda menggigil ? Jawabnya : Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya . Sabda baginda s.a.w : Jangan mencaci demam , kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam , sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat - karat pada besi.

Last but not least , rupa-rupanya petua orang-orang tua dahulu sebenarnya sesetengahnya ada tertulis dalam hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya " Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati " .

Bersabarlah Saudaraku

Wahai saudaraku yang diingati ,
Sesungguhnya Allah mengasihimu ,
Walaupun kami ibarat pemerhati ,
Sequdus doa kami panjatkan ,
Seikhlas bantuan ingin dihulurkan ,
Buatmu Palestin .

Dugaan dan ancaman yang besar ini ,
Adalah ujian buat semua ,
Untuk menilai iman dan jihad ,
Hamba yang benar-benar memperjuangkan ,
Agama dan keadilan .

Bersabarlah saudaraku ,
Allah SWT ada bersamamu ,
Para malaikat juga membelamu ,
Kami tetap dibelakangmu ,
Andai kau terkorban akhirnya ,
Wajah bersihmu akan tersenyum ,
Kemenangan di akhirat adalah pasti ,
Sesungguhnya dunia ini sekadar persinggahan ,
Di sana jua kekal abadi .

Wahai saudaraku yang dikasihi ,
Doakan juga kami disini ,
Kerana doa orang yang teraniaya mudah dikabulkan ,
Doakan kami sekuatmu ,
Agar suatu masa ,
Dengan izinNya kita bersatu ,
Menghancurkan kubu kejahilan ,
Merobohkan benteng keangkuhan ,
Yahudi laknatullah .

19 December 2009

Ilmu Antara Visi Dan Misi

Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud : “ Wahai sekalian jin dan manusia ! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan - kawasan langit dan bumi ( untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami ) , maka cubalah kamu menembus keluar . Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan ( yang mengatasi kekuasaan Kami ) ” ar-Rahman ( 55 : 33 )

Allah Ta'ala mengisyaratkan secara jelas kepada kita melalui lafaz sul-thon dalam ayat di atas memberi erti kekuasaan , bahawa penguasaan ilmu adalah aset yang paling bernilai dan utama bagi menguasai sesuatu bidang kehidupan di dunia ini . Secara tidak langsung juga mengisyaratkan akan ilmu pengetahuan adalah faktor yang terkuat dalam menjadi perisai paling ampuh dalam diri manusia .

Islam menggalakkan umatnya supaya mempelajari dan menuntut ilmu pengetahuan dalam pelbagai lapangan dan bidang kerana ilmu memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan nilai sesuatu tamadun . Jatuh bangun sesebuah tamadun bergantung kuat pada dahan kebijaksanaan pengasas dan pengikutnya dalam menentukan hala tuju seni bina tamadun tersebut . Nabi pernah bersabda yang bermaksud : “ Menuntut ilmu itu menjadi kewajipan kepada setiap orang Islam ( muslim dan muslimah ) ” ( Hadith Riwayat Muslim )

Selain itu , Islam telah menggariskan ilmu sebagai neraca timbang dan batu ukur bagi menentukan jalan yang harus dipilih untuk menuju kebahagian di dunia dan di akhirat . Kecemerlangan ilmu juga memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan nilai-nilai keperibadian seseorang individu yang mana akhirnya mengangkat taraf kehidupan masyarakat dan menjulang nama sesuatu bangsa , negara dan umat Islam secara umumnya .

Perlu diingat bahawa keagungan ilmu mengikut pandangan Islam dalam terokaan sejarah kebangkitan tamadun Islam semenjak zaman baginda s.a.w dipandu oleh al - Quran dan Sunah baginda Nabi s.a.w bagi mencapai suatu tahap keilmuan cemerlang , dan terbilang bagi meneruskan kesinambungan serta tuntutan agama sepertimana yang disarankan supaya mempunyai sifat ikhlas , terbuka dalam menimba ilmu , dan bersedia berkongsi ilmu dalam memberi pandangan serta bersedia berlapang dada menerima pandangan orang lain . Jika kita ingin mengembalikan sejarah keagungan umat Islam dalam sejarah zaman lampau , maka kita pada hari ini perlulah menguasai kepelbagaian ilmu .

Ilmu - ilmu agama menjadi penyuluh hati , manakala ilmu-ilmu moden pula menjadi cahaya yang lahir dari ketaqwaan hati yang disuluh dan pencerah minda yang berjaya mencanang segala bentuk strategi dalam menghadapi musuh - musuh agama . Empayar Islam di Andalusia yang diterokai oleh Khalifah Abdul Rahman ad Dakhili yang mula merangkap masuk ke bumi Andalusia pada tahun 755M adalah sebaik - baik contoh kebangkitan tamadun Islam dan ketinggian pusat kajian ilmu - ilmu Islam dalam pelbagai bidang . Pada zaman ini menjadi bukti hasil kebangkitan tamadun Islam yang gemilang itu , apabila telah berjaya melahirkan ramai saintis dan pakar - pakar dalam penyelidikan.

Penemuan di dalam pelbagai bidang bertaraf kelas pertama lagi berprestij seperti perubatan , botani , geografi , fizik , kimia , pembedahan , ahli matematik dan sebagainya . Sebagai contoh , al-Khawarizmi (770-840M) seorang tokoh ahli kaji bintang (astronomi) yang paling terkenal di dunia Islam ketika zaman kegemilangan beliau . Kemampuan tahap penguasaan ilmunya adalah tinggi dan berjaya meninggalkan karya-karya teragung dalam ilmu falak . Beliau merupakan manusia pertama yang berjaya menentukan ukuran dan bentuk bulatan (sfera) bumi .

Ketamadunan yang telah terbina di bumi Andalus tersebut meninggalkan kesan teramat hebat , unik dan teliti susunannya . Ini semua dapat dilihat kebenarannya apabila kita meninjau jauh pada kesan - kesan tapak peninggalan sejarah yang terdapat pada hampir semua bangunan - bangunan lama yang masih kukuh berdiri seperti Istana al-Hamra di Cardova . Lambang seni bina dan seni ukir yang halus pada zaman itu yang masih lagi utuh dan jelas serta membuktikan pernah berlangsungnya suatu tamadun yang cukup hebat dan amat dihormati . Ini menunjukkan bahawa Islam tidak melarang umatnya menguasai ilmu moden khususnya ilmu sains dan teknologi .

Betapa tabah dan cerdik para cendikiawan dan para ilmuan Islam dalam mencernakan ilmu yang dipelajari untuk dicanang dalam kehidupan seharian , dengan berjaya mencipta pelbagai kemudahan untuk kegunaan manusia pada zaman tersebut . Betapa cekal dan sabar mereka melakukan ulangan serta kajian berterusan sehingga beratus - ratus kali percubaan eksperimen , dan tidak berputus asa walaupun ada kalanya mereka terpaksa menerima hakikat yang sedikit mengecewakan di akhir perjalanan .

Namun bagaimana pula kita melihat kesungguhan mahasiswa pada zaman ini , adakah sama dengan apa yang telah dipertontonkan oleh mereka ? Justeru itu , semangat dan perjuangan perlu dimulakan pada saat ini . Terutama di kalangan para ilmuan , di mana mereka tidak perlu alpa , dan leka serta membuang masa dengan hanya berpeluk tubuh bagaikan orang tidur disorongkan bantal tanpa perlu berusaha mencari kelainan dalam memahatkan sejarah pada catatan diri sendiri yang bisa menjadi sebutan masyarakat disekeliling .

Umat Islam perlulah berhenti menyalahkan orang lain sepanjang hidup mereka . Sikap inilah yang akan melemahkan kekuatan umat Islam itu sendiri serta membantutkan usaha - usaha untuk membangunkan kembali ketamadunan silam . Kerana sikap inilah juga akan mencetuskan perpecahan sesama mereka dengan berlaku perkara - perkara yang merugikan keseluruhan umat Islam . Inilah usaha - usaha yang telah ditabur oleh barat yang dirancang secara terperinci , halus dan rapi untuk melihat Islam terus ketinggalan dan luput dari sejarah kegemilangan terdahulu .

Maka hendaklah umat Islam itu berubah secara keseluruhan dan sedar dari lamunan yang berpanjangan , dengan bangkit memberi sumbangan sosial , tenaga , buah fikiran , dan berkorban dalam satu barisan serta menggembleng arah tuju yang sama lagi mantap . Jalan-jalan inilah yang akan menyelamatkan mereka dari terjatuh ke dalam lubang - lubang kehinaan dan kemunduran yang telah diciptakan oleh pihak barat .

Sejak kejatuhan pemerintahan Kerajaan Islam Uthmaniah secara rasminya kepada rejim yahudi Mustapha Kamal Attartuk pada tahun 1924M sehinggalah kini , bermakna sudah hampir 85 tahun umat Islam kehilangan arah tuju dalam erti kata yang sebenar , dan masih lagi di dalam kerabaan malam yang bersuluh malap mencari jalan pulang . Bagaikan hilang tempat berpaut , suatu ungkapan bidalan yang cukup sinonim dengan situasi sekarang , sesuai menggambarkan keadaan umat Islam selepas keruntuhan sistem pemerintahan terakhir umat Islam sejak dari zaman pemerintahan agung Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat .

Dalam kejatuhan yang tiada berpehujung , pihak Barat telah mengaburi umat Islam dengan pelbagai usaha dan dakyah dalam usaha untuk memesongkan cara berfikir umat Islam , dan yang lebih jauh lagi memesongkan akidah yang tulen dengan menyogok fahaman sekular yang berkonsepkan pemisahan agama dari urusan kehidupan dan pemerintahan . Maka jelaslah , pihak barat telah berjaya memisahkan kebanyakan umat Islam dari mempunyai minat dan kesungguhan di dalam menguasai ilmu - ilmu Islam , sains dan teknologi , paling menyedihkan dari mengamalkan ajaran yang sebenar .

Menghadapi cabaran Barat seharusnya menjadi agenda utama umat Islam di samping tidak meninggalkan perkara-perkara penting yang lain . Bersatu di bawah satu matlamat bagi mendaulatkan Islam di bawah satu panji berlatarbelakangkan konsep Islamiah dalam kehidupan . Umat Islam perlu memperkasakan diri mereka dengan kepelbagaian ilmu dan kebolehan terutama yang berkait rapat dengan jalur lebar teknologi , penyiaran , bidang kejuruteraan , sains , biologi , bio-kimia , angkasa lepas (astronomi) , dan sebagainya . Tanpa mengalpakan ilmu-ilmu yang lain yang terlebih utama , seperti ilmu - ilmu fardhu ain dan segala macam ilmu dalam agama yang berkaitan Fekah , Tafsir , Hadith , Bahasa Arab , dan sebagainya .

Dengan peranan ilmu inilah yang akan menjadi pelita sebagai garis panduan kita menuju kepada Allah Ta'ala . Umat Islam perlulah bergerak dalam satu garis panduan yang terancang dan bukan mengikut arus gelombang sentimen dan emosi , dengan meletakkan cernaan akal yang sihat dalam berfikir di hadapan sebelum melakukan sebarang tindakan agar apa - apa sahaja yang dilakukan tidak terbabas lantas merosakkan langkah - langkah perancangan yang seterusnya . Ingatlah kita adalah pencetus pada satu reformasi bersepadu dalam melahirkan generasi celik dan berfikiran matang di dalam menongkah arus perdana yang kian mencabar .

Maka di sana , penguasaan ilmu yang mantap dan mengamalkannya dalam kehidupan adalah senjata paling ampuh untuk menangkis pancaroba yang datang menyerang bila - bila masa dan tempat .

“ Ya Allah Tuhan Maha Esa , bimbinglah hati - hati kami mencari keredhaanMu , bukan menempah kemurkaanMu ”

amin..

Hidupku Samar

Saat hilangnya taat pada yang lurus dan ikhlas
Diberi nikmat yang terpilih ke jalan duniawi
Apakah erti hidup jika jalanku sesat?
Mulia manusia memandangku
Bangga ibuku merenungku
Dibalik tirai kuhina maruahku sendiri
Ku buka jalan kepanasan api yang terpanas
Teman baik ku tunjuk baik
Teman liar ku lebih liar dari yang liar
Dimana fikiranku?

Sungguhku jahil tidak terfikir Allah memerhatiku
Ku hina dan kupandang menusia fakir terlalu najis
Ku anggap diriku yang lebih dari yang mulia tanpa jelas
Ku maki dan ku pejam mata untuk tidak ku endah
Berkira sungguh hasilku walaupun haram datangnya..

Bangga sungguh apa yang ku dapat
Riak berteriak apa yang ku ada
Janji ku balas dusta
Ikhlas ku balas senda
Dimana imanku? Habiskah imanku?
Hingga… Saat keperitan ku hilang arah
Terlihat segala dosa dan hati hitamku
Nur yang sedikit membantu tegak lurus dari yang sesat
Sempatkah aku?
Layakkah aku memulih diri?
Sebelum mati..


Kubersalah dan yakin ku salah
Ku berdoa hingga airmata ku keluar
Namun dimanakah orang yang ku hina?
Hidup lagikah dia? Redha lagi kah dia?
Sempatkah Allah beri redhanya sebelum kukumpul doa taubatku?
Kukembali jalan yang lurus
Ku baca al Quran hiasan rumahku
Ku mencari redhanya Allah
Ku teliti jika ada amal ku.. Kosong?..
Ya Allah.. Bergunakah sesalku ini..
Hinanya aku ya Allah
Sampai bila taubatku ini?
Hingga bila ku kenal diri?
Hingga kini kucari redhaMu..

Hatiku jiwaku masih sakit
Kekalkan iman dan amalku
Walau sedikit kan ku kumpul menjadi bukit
Datanglah orang yang soleh..
Bantulah hambamu ini yang masih samar jalan hidupnya..
Moga Allah memberi berkat dan syurganya
Islam jalan yang benar jangan biarku anggap salah
Pimpinlah aku…
Supaya tak terlanjur selamanya..

18 December 2009

Qunut Nazilah

Maksudnya :

" Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMu dan kami beriman denganMu , dan kami bertawakkal kepadaMu , dan kami memujaMu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU .

Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepadaMu kami menunaikan solat dan bersujud , kepadaMu kami berusaha , kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu , sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir.

Ya Allah azablah orang-orag kafir ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.

Wahai Tuhan kami , sesungguhnya kami menjadikanMu sebagai pendinding(kepada musuh-musuh) kami , dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka . Wahai Tuhan kami , wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran) , dan wahai yang menjalankan awan , dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab , hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyangkanlah mereka .

Wahai Tuhan kami , binasakanlah kesempurnaan mereka , dan pecah-belahkanlah jemaah / kesatuan mereka , dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan mereka) , pecah belahkanlah hati-hati mereka , goyahkanlah pendirian mereka , dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu , wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa , wahai Tuhan Yang Maha Berani , wahai Tuhan Yang Maha Berdendam.

Wahai Allah tuhan kami , turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa . Ya Allah , bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi dan sekutunya , Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja , Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu , Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang , dan bunuhlah mereka sebinasanya , dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang .

Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim , Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri , dan helah mereka mengenai tengkuk mereka , dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri , Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin , Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran kami.

Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancurkan kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu . Ya Allah bantulah saudara kami di Lubnan , Palestin , Afghanistan , Iraq dan seluruh negara umat Islam .

Amin ..

17 December 2009

Hidup Malaysia !!!



Setinggi - tinggi tahniah buat skuad Malaysia , menang dengan Vietnam di Final Sukan Sea dengan jaringan tipis 1 - 0 . Kemarau emas buat skuad bola sepak selama 20 tahun akhirnya dileburkan oleh anak buah K. Rajagopal .



Teruskan perjuangan . Jangan lena dibuai dengan kemenangan ini.
Ini antara gambar - gambar wira skuad Malaysia kita ketika sedang bertarung habis -habisan sepanjang perlawanan itu.









Dan inilah antara reaksi player kita selepas wisel penamat ditiup.









Penyokong Vietnam tidak puas hati setelah gol mereka dibolosi pada minit akhir perlawanan. Walaupun penyokong Malaysia hanya segelintir di stadium itu pada perlawanan tersebut (tu pon terdiri daripada atlit - atlit) , namun semangat juang player Malaysia telah membuahkan hasil.



Semoga selamat dalam perjalanan pulang untuk wira -wira kita ke tanah air.

Malaysia Boleh!