07 March 2010

7 Mac , Ulang Tahun Pertama

Hari ini genap setahun perhimpunan perarakan PPSMI untuk menyerahkan memorandom ke Istana Negara. Pada tahun lepas iaitu 7 Mac 2009 , aku dan adik aku turun bersama - sama rakyat untuk menunjukkan bantahan kepada kerajaan pusat supaya MEMANSUHKAN PPSMI.

Itulah kali pertama aku menyertai perhimpunan besar melalui suara jalanan.Dan aku terpanggil untuk bersama kerana yang jelas sekali ia merugikan bangsa Melayu / Bumiputra (ISLAM). Dah lah kita ketinggalan dalam ekonomi inikan pula menambahkan lagi kemunduran dalam aspek pelajaran.

Selain itu, ia jelas melanggarkan hak Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Lupakah kita akan sejarah? Suatu ketika dahulu seluruh dunia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.Sehinggakan orang pedagang Arab , Cina dan sebagainya fasih berbahasa kita.

Ini dah lah kita dijajah Inggeris , nak guna bahasa dia lagi. Memang lupa sejarah betullah.

Apapon ketika itu , kita (rakyat) sedang berarak secara aman tanpa membawa sebarang senjata tetapi pasukan ..... telah menyemburkan air kimia dan melepaskan berdas - das gas pemedih mata kepada kami. Ketika itu , semua tak kira orang tua lelaki , orang tua perempuan , wanita , pemuda , dan kanak - kanak bertempiaran lari menyelamatkan, namun apakan daya kami semua gas pemedih mata telah menyelubungi ruang udara dan saat itulah ada yang muntah , loya , pening , dan macam - macam lagi.

Kalau berani berdepanlah secara JANTAN. Jangan tunjuk hebat bila mempunyai senjata. Kalau nak berdepan , berdepanlah dengan kami pemuda - pemuda. Ini KECOT , lepaskan gas pemedih mata dan sembur air asid pada orang - orang tua , wanita , dan kanak -kanak.

Mana hak kami yang telah termaktub dalam akta yang membenarkan himpunan aman? Bila minta permit tak kasi. Memanglah senang - senang KAU cakap haram.

Selepas kami gagal sampai ke Istana Negara kerana gas dan semburan dilakukan keterlaluan seperti kami musuh negara , kami berlindung di Masjid Negara. Dengan KEPANDAIAN pasukan ..... , mereka turut menyembur air asid dan melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid sehinggakan barangan masjid rosak seperti jam pecah akibat terkena bedilan kelongsong gas pemedih mata tersebut.

Ketika itu , kami tidak henti - henti melaungkan ALLAH HUAKBAR , MANSUHKAN PPSMI , DAULATKAN BAHASA MELAYU , REFORMASI , dan sebagainya lagi. Kalau mereka mengatakan himpunan jalanan adalah bukan budaya kita. Lupakah mereka ketika negara kita menuntut kemerdekaan , orang dulu - dulu bersuara melalui di jalan - jalan.

Akhir sekali , AKU ADALAH ANAK REFORMIS. Aku dibesarkan ketika ibu bapa aku aktif sebagai aktivis iaitu ketika zaman reformasi. Akan aku perteruskan perjuangan ini.

PERJUANGAN MASIH BELUM SELESAI..
TAKBIR!! ALLAHHUAKBAR!!!!

No comments:

Post a Comment