07 April 2011

Abah, Terima Kasih...

ABAH... SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN...
SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR ABAH, MURAHKAN REZEKI, DAN BERKATI SEPANJANG UMUR KEHIDUPAN ABAH...

tak terlambat rasanya untuk catatkan dalam diari ruangan ini, walaupun dah lepas beberapa hari. saje taknak tulis pada tarikh tersebut dengan ada sebab-sebab tertentu. apepun aku dah wish kat abah oncall. walaupun time tu aku tgh bersiap nak g kelas tapi aku luangkan sedikit mase untuk call abah. time tu pun abah dah sampai office bagi memulakan tugas hariannya.

Abah, terima kasih atas segalanya. Abah dari dulu tak pernah jemu mendidik, mengasuh, membentuk, faizz dan adikberadik yang lain. Terima kasih sebab dah membentuk kami adikberadik sehingga hari ini. Abah tak pernah mengeluh dalam melaksanakan tanggungjawab abah.

Setiap hari, isnin hingga jumaat abah keluar awal pagi dan pulang rumah lewat petang demi mencari nafkah untuk mama dan kami adikberadik. memang itu tanggungjawab seorang ketua rumah. setiap hari nampak keletihan dari riak wajah abah bila sampai rumah. kesian tengok abah, tapi abah tak pernah mengeluh malah abah lebih mahu lihat mama dan anak-anaknya dapat makan minum dan kediaman yang selamat.

Abah banyak mengajar kami dalam erti kehidupan ini. jika nak dibandingkan kehidupan faizz dengan abah memang seperti langit dan bumi. memang takkan sama. kehidupan kami kini lebih senang dibandingkan dengan kehidupan abah dulu. tetapi hasilnya amat memberangsangkan. kalau atok dan opah hidup lagi hari ini, mesti dorang bangga tengok anak-anak lelaki dye kan?

Cukup laa jadikan abah sebagai idola dalam hidup ini. abah berjaya mengubah nasib hidup abah menjadi lebih baik. Faizz rasa nak juga buat macam itu tapi tak yakin dapat buat begitu sebab abah banyak cabaran hidup dari kecil. Apa pun cukuplah faizz dapat menjaga abah, mama, dan adikberadik yang lain selagi umur faizz ada. Itu pun sudah memadai rasanya.

Apa guna kalau kita kaya, kita lupa mak ayah?
Apa guna kalau hidup senang tapi lupa asal usul?
Apa guna kita hidup mewah tak dapat berbakti pada keluarga sendiri?

Abah banyak mengingatkan kami dalam semua hal. abah tak pernah lokek dalam berkongsi pengalaman. abah pun tak pernah jemu menasihati kami. Faizz tahu abah mahukan anak-anaknya menjadi manusia yang paling berguna. terima kasih abah.

Bagi aku selagi diri ini bernyawa, aku mahu berbakti kepada semua manusia. manusia yang mempunyai pelbagai ragam, pelbagai tindakan, pelbagai perangai, pelbagai sikap, pelbagai dan bermacam-macam lagi pelbagai. sedangkan ibu jari manusia takkan ada serupa dengan manusia yang lain. itu menunjukkan setiap orang ada pelbagai perwatakan. tapi yang penting aku dapat berbakti.

Faizz nak ambil kesempatan ini juga untuk mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki dan mohon maaf zahir, batin seandainya dan sekiranya faizz ada dosa dengan abah dari dulu sehingga hari ini. minta halalkan makan minum yang abah beri sejak faizz lahir ke dunia ini. abah terlalu banyak berkorban untuk kami. jika nak balas balik dengan seisi dunia memang tak sama dengan setitis peluh abah. Faizz minta maaf sangat. abah memang terlalu baik dengan kami. ketegasan abah yang membentuk diri kami. jika terjadi apa-apa, biarlah ruangan ini menjadi bukti dan saksi untuk abah jika abah terbaca. kami semua sayang sangat pada abah. tak lupa juga mama. harap Allah dapat pertemukan kita semula di akhirat kelak dan lebih manis andai kita semua dapat berjumpa di dalam syurga. InsyaAllah... InsyaAllah... InsyaAllah...

Keindahan hidup pada memberi..

No comments:

Post a Comment