21 August 2010

Berdendam Bukan Cara Terbaik

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana Dia telah memanjangkan lagi usia aku sehingga hari ini berada pada hari ke 11 Ramadhan 1431. Selawat dan salam dipanjangkan untuk rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. , keluarga baginda, dan para sahabatnya.

Sudah 5 hari tak berpeluang mengadap skrin ini kerana terlalu sibuk minggu ini dari Isnin hinggalah Jumaat(semalam). TAPI tidak menjadikan kesibukan itu sebagai alasan untuk aku berkata tiada masa untuk msg / call sesiapa. Mama tetap dapat bercakap denganku melalui fon, aku pun tetap dapat berbual dengannya. Aku boleh je menjawab panggilan kawan-kawanku, aku juga boleh msg / call semua orang. Aku ada cerita yang nak dirakamkan pada ruangan ini, pada awalnya cerita itu penting dan memang mahu dimasukkan pada entri terbaru namun ia menjadi lebih bertambah penting apabila situasi perubahan itu amat ketara dan kisah ini lagi teramat penting selepas peristiwaa itu berlaku. Maknanya, ia cerita penting bertambah penting bertambah penting bertambah penting bertambah penting bertambah penting bertambah penting. Alamak! Terlebih sudaa.

Pada 15 Ogos lepas iaitu hari Ahad, tiket bas 3.30 petang. Aku tiba di area stesen KL tu lebih kurang pukul 3 petang tapi singgah ke Masjid Negara untuk buat solat jamak & qasar zohor-asar. Setelah selesai solat tersebut aku terus ke stesen KL itu menunggu bas. Dalam 3.15, msg masuk dari rakanku, “ nnt da smpi bg tau ”. Padahal aku da smpai dulu darinya tapi bila dye sampai aku buat-buat tak nampak sebab tu laa dye tak perasan. wahahahaha.

Pastu aku terus pergi padanya. Mula-mula soalan biasa-biasa je dan sementara menunggu bas tu kami senyap je. Mungkin aku segan kott. hahaha. Lebih kurang pukul 3.20 pintu bas dibuka untuk para penumpang masuk, dan kami pun masuk laa. Tepat 3.30 bas pun gerak dan semasa itulah aku msg pada ‘sahabat’ku yang aku dah gerak.

Dari mula bas tersebut bergerak aku mula bersembang dengan rakanku itu. Aku memang tak boleh senyap je macam orang bodoh kat situ selama beberapa jam perjalanan. Buntu aku. Jadi aku bersembanglah dengannya. Macam-macam perkara kami sembangkan dalam perjalanan tersebut. Aku mulakan soalan dengan soalan, “ kau dulu sekolah mane? ”. Bermula dari soalan tersebut kami bersembang sehinggalah simpang masuk tol Gopeng, Perak. Berapa jam????? DUA JAM lebih. Jadi maknanya kami bersembang 2 JAM lebih TANPA HENTI.

Seriously aku memang tak percaya. Memang aku tak percaya sebab rasa sekejap je. Tapi perbualan aku terhenti seketika semasa masuk simpang tol Gopeng sebab aku terkejut, tak percaya kami tak tidur sepang melalui jalan lebuhraya itu. Penumpang lain nyenyak tidur, aku dgn dye rancak bersembang. Semua perkara kami sembangkan. Bermulah dari kisah dirinya dan kisah aku. Aku beranikan diri bertanyakan soalan pasal bf nye. BF? yeah! BF bukan FB. Jadi rakan aku yang dimaksudkan itu adalah perempuan.

Satu per satu kisah tentang diri dye diceritakan. Aku laa buat soalan PANAS kat dye, kononnya wartawan Melodi ar ‘Nas Terjah’. hahaha. Aku cakap, “ weyh, aku tgk facebook kau bf kau ckp dye dah tunggu kau setahun lebih. Betul ke? ”. Dye cakap “ a’ah awalnye aku tak percaya dye ckp........ ”. Malas aku nak tulis perbualan aku dengan dye, panjangkan sangat. Isi penting je laa dapat aku buat.

Bf dye ni mula suka kat dye sejak form4 lagi tapi bf dye tu simpan je sampai pertengahan form5. Dalam pertengahan form5 tu laa dye baru bagi tau rakanku ni, yang dye suka pada rakan aku ni. Jadi rakan aku ni tak percaya sebab dye takut laki ni(sekarang bf) menipu. So dye ckp laa kat laki ni klau betul dye suka tunggu dye lepas spm. Jadi lepas spm tu laki tu msg lagi kat dye, laki tu ckp lagi yang dye suka rakan aku ni dan mase yang diberikan pun dah melepasi. Pastu rakan aku ni reply blk msg tu cakap klau betul suka cakap depan-depan. Jadi berjumpa laa mereka ni, tu pun 2 jam baru laki tu dapat cakap dengan dye ni yang laki ni betul-betul suka padanye.
Hahaha. Siot betul rakan aku ni. Jadi selepas dye cerita tu, semakin bertambah-tambah lah soalan aku padanye. Melalui jawapan-jawapannya yang aku tanya, bf dye ni bukan jenis kongkong dye, bf ni jenis selamber maksudnya bf dye tak kisah dye kawan dengan laki. Tapi masing-masing pandai jaga diri ar. Setelah banyak soal-jawab aku pasal bf dye, aku cakap padanya “ baek kau jaga hubungan kau ni, aku dapat rasakan bf kau ni jujur dengan kau. Lagi pun dye setia tunggu kau. Aku rasa kalau korang berdua kekalkan perangai masing-masing mesti akan kekal sampai korang kahwin ”. Dye senyum je.

Aku cakap tu kat dye bukan apa, sebab melalui firasat aku bf dye ni jenis macam aku. Selepas panjang lebar dye bercerita tentang dye dan bf dye, dye tanya aku, “ kau ade couple? ”. Tersenyap sekejap aku. “ takde kott ”, jawab aku. “ kott? maknenye ad ar? ”, balasnya lagi. Aku cakap balik, “ eh takde ar. Serius takde, single je. Dulu ad ar ”. So aku pun cerita laa pasal aku plak. Takkan ape yang aku cerita nak tulis plak, tak best ar. haha.

Selepas panjang lebar aku cerita, dye cakap “ perempuan ni macam-macam jenis, macam lelaki gak lagi pun mungkin terpengaruh dengan faktor sekeliling tu ” dan aku mengiakan lalu aku menambah, “ alaa. Aku tak kisah pun. Yang lepas tu lepas. Takde bende yang nak didendamkan. Aku dengan dia still rapat lagi sampai sekarang”. “ rapat? ”, dye terkejut. Aku cakap balik “ ha laa. Aku bukan macam orang lain masa bercinta rapat bukan main bila putus jumpa macam musuh. Dia pun aku dah anggap macam adik tapi lebih dari tu ”. Dye balas balik, “ taknak sambung balik? ”. Jawab aku, “ sambung? Putus pun tak ”. Dia kebingungan, “ habis tu korang? ”. Jelas aku padanya, “ tak macam ni, aku tak pernah sebut break ke clash ke. Sebab aku taknak benda tu menjadi sebati dengan mulut aku. Nanti bila kahwin senang-senang lafaz cerai ”. “ bagus laa kau ni. Panjang pemikiran kau ”, katanya. Kembang aku seketika, haha, dan aku nak memanfaatkan kembang aku tu aku cakap dengan dye “ cakap lelaki. Mesti pemikiran panjang compare dengan perempuan ”. Dye lawan balik, “ tak semua lelaki ”. “ haa, betul laa ”, aku setuju dengan kata-kata dye itu. Akhir sekali dye cakap, “ aku pun sebenarnya lagi suka berkawan sebab nanti jadi ape-ape takde laa tak bertegur. Kalau berkawan bila gaduh boleh mintak maaf ”.

Haa. Tu baru aku berkongsi cerita dengan dye pasal couple-couple ni. Banyak lagi topik yang aku bersembang dengannya sehinggakan dua jam tanpa henti bersembang. Aku tanya pasal latar belakang dye - pasal mak bapak, adik beradik, cara hidup. Macam-macam lagi laa sampai tak tertulis tapi bila teringat balik dapat laa ape yang perkara kami sembangkan. Aku cerita laa pasal adik aku tu tak pandai masak, dok rumah macam takde function. Aku cakap laa, “ dorang memang terasa laa bile aku takde kat rumah ni ”. Dye cakap “ yang tu la yang best. Orang terasa bila kita ade dengan ketiadaan kita ”. Aku tanya dye main ape kat sekolah. Dye cakap main netball. “ Hah? Netball? ”, kata aku. Reaksi balasnye terkejut , “ ha. Asal plak? Kau maen? ”. “ a’ah aku maen tapi sesaje laa ”, kata aku membalas. Pastu aku tanya pernah jumpa team sekolah aku tak. Dye tanye “ kau sekolah mane? ” . Aku bagi tau sekolah SriDamansara2. Dye cakap, “ tak pernah kott sebab kteorang lawan sesame teknik”. Cerita dengan dye kesan merokok laa. Pastu aku tanye dye tau tak kesan kalau perempuan merokok. Dye macam malu nak cakap, pastu dye cakap tak tau. Aku pun cakap ar. Dye pun macam dah termalu sebab aku selamber je cakap benda tu tapi tak boleh laa nak tulis kat sini. Aku cakap " dengan aku kau jangan malu ar, aku jenis open je ".

Pastu cerita pasal kelas – subjek, lecturer, budak kelas. Macam-macam kami bercerita. Senang cerita dalam tempoh dua jam lebih tu memang dah kenal hati budi masing-masing laa. Pastu lepas tol Gopeng tu aku mula memperlahankan tempo perbualan kami, aku baru melontarkan pandangan aku ke luar dari tingkap bas beberapa minit, bila alihkan pandangan padanya semula tengok dah terlelap. Hati aku berkata, “ ish, kejap giler dah tidur. Letih bersembang dengan aku ar tu. Hahaha. ”. Bila dye terjaga dye tanya lagi soalan. Aku pun jawab ar tapi aku cuba memperlahankan tempo bercerita. Dalam hati aku berkata, “ baru tidur pastu terjaga tanya aku lagi. Aku cerita kang bertambah letih kau nak mendengarnye ”. Sampailah tempat yang dituju dan kami pun pulang kolej masing-masing.

Isnin tu masuk kelas kebetulan dye duduk bersebelahan dengan aku dan dipisahkan dengan ruangan tengah untuk orang berjalan. Kami pun diarahkan untuk menyalin nota yang ditunjukkan. Dye plak tak nampak dan dye tarik kerusi ke sebelah aku. Ade je suara jahat dari belakang cakap, “ cukup-cukup laa dah berdating semalam ”. Aku buat tak layan sudaa.

Keesokan harinya (Selasa) kami duduk dengan kumpulan kami, pastu dia plak bukak yang aku ni laa kene masak, kemas rumah. Salah seorang daripada ahli kumpulan kami berkata, “ ceyh. Dah kenal hati budi masing-masing laa ni ”. Aku pun senyum je.

Rakan sebilikku yang juga rakan ahli kumpulan aku berkata pada aku, “ aku nampak dye tu dah rapat dengan kau ”. Aku cakap balik, “ alaa biasa la tu dye dah cerita macam-macam kisah dye kat aku ”. Tapi aku sendiri perasan dalam minggu ni bila suruh buat ape-ape dalam kumpulan mesti dye nak dok sebelah aku. Padahal sebelum ni dye rapat dengan sorang budak lagi tapi laki tu jenis bangkang je ape dye cakap. Masa tu pun aku tak rapat lagi dengan dye. Mungkin dye rasa lagi mudah berkomunikasi dengan aku sebab aku terima semua pandangan orang. Kalau tak sesuai baru tolak, takde laa tolak bulat-bulat.

Dan tiba lah hari yang paling menyebabkan aku rasa kisah ini menjadi lebih penting.

Semalam Jumaat, selepas kelas studio dye terus cakap kat aku, “ asal dorang asek attack team kita ha? Sume kita buat salah ”. Aku pun terdiam. Sebelum tu dalam studio orang target dye sebab MUNGKIN team kami bwat drawing terbaek kott. Habis kelas tu aku terus ar dengar ape yang di nak luahkan. Dye cakap dari awal sem orang asek tak puas hati dengan team kita sume kita buat tak betul. Pastu dalam team kita dye lah orang target. Aku pun cakap laa yang aku memang dah perasan lama dorg cakap-cakap macam tu tapi aku tak ambik peduli laa sebab bagi aku dorg tu saje cakap gurau.

Dye pun cakap laa yang orang cakap team kita kuat ar sebab masing-masing ade asas dalam lukisan. Dye cakap asas ape nye, dye melukis pun tak reti. Tu dye yang sekolah teknik, aku ni lagi.. hampeh teknik pun tak seni lukis pun tak reti. Pastu aku cakap “ alaa.. takyah ambik kisah laa ape dorang cakap kat kau. Dorang dengki sebab kau dekan kott ”. Macam-macam lah dye cerita kat aku, orang asek ngata dye dari belakang. Pastu aku cakap, “ sabar je laa. Perempuan... biasa ar tu. Tak abes-abes dengki je. Tak boleh tengok orang berjaya sikit ”. Tiba-tiba langkahnya setapak terkebelakang dari aku.

Aku dapat rasakan sesuatu. Tiba-tiba dye menangis. ADUYAI....... Dalam suara sebak itu dye berkata, “ asal laa aku yang kene... tak abes-abes kita je yang salah ”. Aku pun diam seketika, dan cakap “ alaa. Sabar je laa weyy. Dah ar jangan nangis. Lantak dorg laa nak cakap ape kat kau ”. ADUYAI.... Dye pun membebel ape tah lagi aku tak ingat. Masa tu dah nak sampai kolej aku, aku memperlahankan langkah tapak kaki untuk memberi dye laluan ke depan sikit sebab kolej dye jauh lagi. So kami berpisah begitu saja. Sebenarnye kami plan nak buat discussion pasal tingkap pulak. Tapi dah jadi macam tu kami yang laen ni pun tak kisah laa, ingatkan cancel. Aku dengan rakan-rakan yang laen terus duduk kerusi di bawah pokok di kawasan kolej.

Kami pun cerita laa benda-benda tu balik. Tengah bersembang-sembang, msg masuk. Bukak tengok msg dye, tanye nak jumpe kat mane. Aku reply balik, “ kteorang dari balik tadi tak naik bilik tunggu korang laa. Kteorang kat kerusi bawah pokok ”. Dye cakap “ okay korang tunggu situ, kteorang datang ”. Tengah sembang-sembang pasal tu, dorang datang. Terus kami ubah topik.

Bila dorang sampai kami yang lelaki ni semua tersenyap. Aku time tu da buntu giler. Asal sume senyap ni. Aku pun fikir-fikir ape lah soalan nak tanye sebab taknak kasi dye bawak emosi dye tu lagi. Tapi time tu mata dye memang merah, macam baru lepas nangis. So aku buat-buat tanya “ korg tak ngantuk ke ”. Dorang jawab tak pastu terus kami semua bukak topik pasal tingkap. Nak pilih tingkap mana yang sesuai.

Kalau imbas kembali sebelum ni rakan aku sorang tu nangis, disebabkan pasal drawing gak. Yang semalam tu pun dye menangis disebabkan drawing gak. So maknanya dua dari tiga ahli kumpulan perempuan aku da menangis depan aku disebabkan drawing ni.

Untuk makluman, minggu ni iaitu dari hari Isnin sampai laa malam tadi aku asek tidur lambat. Maksimum pukul 4 pagi. Sebab aku yang handle drawing untuk pintu. DAN Khamis lepas 19 Ogos tu sampailah ke semalam 20 Ogos aku tak tidur langsung dan tak baring lebih dari 5 minit. So bermula Khamis tu anggaran dalam pukul 2 petang sebab Khamis tu kelas start pukul 2 takkan aku bangun pukul 2 kan, mesti aku nak solat Zohor lagi. So ambik anggaran dalam pukul 2 Khamis tu sehinggalah semalam Jumaat aku solat Jumaat dan selesai pukul 2.30 aku LANGSUNG TAK TIDUR dan LANGSUNG TAK BARING MELEBIHI 5 MINIT.. bayangkan..... Maknanya lebih daripada 24 JAM aku TAK TIDUR dan TAK BARING!!!

Masa tengah solat Jumaat tu 2 kali aku lelap mata beberapa saat kepala dah pusing terus rasa nak collapse. Pegh! Giler anjing. Pastu balik tu bukan aku terus tidur pun, pukul 3 baru dapat letak kepala dan terus terlelap. Dalam pukul 3.50 tu dye call baru aku tersedar. Dalam hati aku cakap, “ baru 50 minit tidur dah terjaga balik.. ”. Dye call cakap nak trasing paper sebab nak g scan lagi kat luwa. Aku pun terus keluar bilik tengok dye dengan sorang lagi ade kat bawah. Aku terus capai beg drawing turun terus jumpa dorang.

Time tu aku da tak kesah ape lantak laa rambut selekeh ke ade air liur basi ke aku turun terus. hahaha. Tapi takde ar sampai ade air liur basi, baru 50 minit je kott tidur. So turun tu dengan kain pelekatnye tak sempat tukar lepas solat Jumaat terus tidur. Dah jumpa dorang, dorang ketawa. Sebab muka baru bangun tidur. haha. Siot betul. Pastu dok laa bersembang lagi. Dye bukak cerita tu balik. Dye cakap sebenarnye lepas kelas pagi tadi sampai bilik dye terus call mak dye, nangis-nangis cerita dengan mak dye. Dalam hati aku cakap, “ aku tengah mengantuk gila babi ni boleh plak kau nak cerita-cerita lagi ”. Tapi aku takde laa tunjukkan reaksi muka. Aku cuba jadi pendengar yang terbaik. Aku pun bagi laa macam-macam nasihat kat dye. Takyah berdendam-dendam ni. Kita ade Allah, biar Allah je laa yang membalasnya. Kita jangan buat ape-ape.

Orang yang lalu-lalang situ sume usha semacam. Aku rasa dorang cakap, “ pakai kain pelekat tapi duduk lepak dengan perempuan ”. Pastu suara kecil hati aku berkata, “ pergi mampus korang nak cakap ape, aku bukan buat benda salah ”. So bersembang laa lagi sampai pukul 5. Punya berat mata aku dorang sanggup bercerita. Tapi dorang ade cakap taknak sambung tidur ke. Aku cakap tak arh, aku kalau dah bangun susah nak tidur. ceyh. Jaga hati dorang laa konon...

So dah pukul 5 tu dorang cakap nak g solat dulu sebab nak g bazaar. Aku okay je so terus masuk bilik. Masuk bilik terus terlelap sampai laa ke azan Maghrib. Bila dengar azan je terus aku bangun capai kurma, berbuka. Pastu mandi baru solat lepas solat baru turun cari nasi. Dalam pukul 8.30 aku g masjid untuk solat isya’ dan solat tarawih. Haa sebelum tu dorang ajak jumpa dalam pukul 10 sebab nak buat discussion lagi. Dalam pukul 9.45 aku msg dorang, “ jadi tak? ”. So selesai solat taraweh dalam 10.15.. tengok fon takde msg langsung. Jadi sampai bilik aku terus siap g bilik member yang lain, dorang pun baru bangun dan tengah bersiap. Aku cakap kat dorang, “ jadi ke? Dak perempuan sume tak reply msg ”. Dorang cakap jadi tak jadi laen cerita sebab kita da janji pukul 10 jumpa. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk g tempat yang da kita janji pukul 11, tengok dak perempuan takde. So dorang cakap takpe kita discuss kita-kita je.

Kita pun discuss laa nak pakai tingkap apa dan apa... Jam pukul 11.30 dye msg aku “ jd x? ”. Dalam hati aku cakap “ pergh, aku tanye dye, dye tanye aku balik ”. Tapi aku reply “ kteorang lelaki sume ade. Klau nak datang, datang ar ”. “ Ok sori2. Nnt aku siap jap sbb bru bgn tdo ”, dye reply.

So aku pun tak kesah ar. Pastu dye sampai 15 minit kemudian. Dye cakap sorang lagi tu tak larat nak bangun sorang lagi off fon, tido kott ”. So kami pun sambung laa discuss bendalah-bendalah tu. Pukul 1 pagi dye cakap nak balik bilik sebab da pagi. Jadi dye pun g laa balik, kami yang laki ni pukul 2 baru laa balik bilik. Tu pun plan nak g qiamullail pagi tadi tapi tak kesampaian. Aku bangun pun pukul 5.30 yang lain tak tau laa pukul berapa. Hahahaha.

Okay, beres. Sampai sini je lah perkara yang dapat aku catatkan. Kalau nak cerita pasal tadi tak penting laa rasanye. Tapi aku pun tak percaya perubahan tu ketara gile sejak aku balik dengan dye minggu lepas tu.

Sekian...

nas 7:42 P.M. 2010 OGOS 21.

No comments:

Post a Comment