14 August 2010

Zaman Keemasan

Alhamdulillah berjaya melangkah masuk ke bulan yang penuh keberkatan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah S.A.W. , keluarga, dan para sahabat.

Pada 9 Ogos lalu, aku mengalami batuk tahap maksimum. Sampai rasa macam nak mati, tapi takde sampai nak mati cuma gambaran jee. Haha. Hiperbola.. Tapi serius sepanjang hari tu mood aku giler hancur musnah. Tiada erti gembira pada hari tu. Masuk bilik terus campak beg kat dinding, nasib baek tak terkeluar dari tingkap. Haha. Bila batuk je macam-macam keluar dari mulut ni. Bukan apa, aku da elok dari batuk dan selsema hampir dua hari, pastu hari Ahad tu simptom-simptom batuk dan selsema datang balik. Tengok-tengok 9 Ogos tu memuncak. Giler tension aku masa tu. Bila pergi klinik penuh giler, dua kali plak tu pergi. Dua-dua waktu tu padat orang. Memang angin satu badan laa aku. Tapi bila dah nak tidur Isnin malam tu aku beristigfar. Aku fikir balik apa yang aku dah buat sepanjang hari tu, sehinggakan macam-macam aku kata. Sebab semuanya datang dari Allah. Teringat aku satu kata-kata ni, “ Allah takkan beri seseorang hamba itu ujian dan dugaan jika dia tidak boleh menghadapinya ”. Jadi dari saat tu aku cuba mengawal kata-kata yang keluar dari mulut bila batuk kerana ia seolah-olah kita tidak dapat terima ujian yang Allah berikan. Hanya dua sebab Allah beri ujian pada kita, pertamanya kerana Allah ingin menambahkan pahala sebab jika kita redha dengan ujian Allah itu kita akan peroleh pahala. Keduannya, Allah memberi ujian itu pada kita sebab Allah nak ingatkan kita supaya kembali ke asal semula iaitu kembali padaNya. Dan Alhamdulillah aku dapat menerimanya dengan ikhlas InsyaAllah walaupun batuk dan selsema ini berlarutan ke bulan puasa. Dan pada pagi 10 Ogos, kumpulan aku panggil jumpa untuk buat kerja-kerja yang perlu, namun aku tak pergi kerana demam. Suhu badan meningkat dan pagi itu jugalah aku berjaya berjumpa dengan doktor dapatkan ubat yang perlu. Harapan aku agar dapat sembuh secepat yang mungkin InsyaAllah.

Selain daripada itu, gembira pada Ahad malam tu sebab Manchester United berjaya menewaskan musuh tradisinya Chelsea 3-1 pada aksi Perisai Kominiti. Gol yang dijaringkan pemain ManU ialah Valencia, Hernandez, dan Berbatov. Best giler tengok corak permainan pemain-pemain ManU, gerakan-gerakan yang menarik dipamerkan. Bakat muda yang ditunjukkan dalam aksi permainan itu sangat luar biasa dan yang paling penting Rooney hidup semula setelah tenggelam pada aksi Piala Dunia 2010 lalu. Gol Valencia terbaek hasil hantaran Rooney, gol Hernandez plak lawak tapi berbaloi, dan gol Berbatov cool walaupun tak disangka. Namun kegembiraan itu cuma seketika apabila batuk aku memuncak Isnin itu. Haha.



Sekarang ini telah masuk Ramadhan dan aku teringat tentang nasib saudara seIslam kita di semenanjung Gaza. Bagaimana dengan mereka. Adakah mereka dapat bersahur? Bagaimana pula makanan untuk berbuka? Adakah mereka dapat menunaikan solat sunat terawih berjemaah dengan aman? Tidak seperti kita di Malaysia ini yang aman damai. Aku teringat ni sebab sudah tiga hari aku hanya bersahur dengan memakan beberapa kepingan biskut sahaja dan berbuka dengan tiga biji kurma dan terus solat Maghrib. Tapi selepas solat aku dapatkan sepinggan nasi untuk makanan berbuka. Kadang-kadang aku fikir sebenarnya memang Islam adalah satu agama yang cukup lengkap dan sempurna. Allah telah mensyariatkan kewajipan berpuasa supaya kita sendiri dapat merasai seperti mana orang-orang yang susah, seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Sepanjang tiga hari ni aku dapati perut aku ada sedikit susut daripada sebelumnya. Kerana aku dari dulu cari formula macam mana nak susutkan perut, bila nak tahan lapar aku makan gak, nak puasa sunat tak buat-buat gak. Tapi nasib baik adanya bulan Ramadhan ini kerana jika tiada kewajipan berpuasa sebulan semestinya aku akan makan setahun suntuk tanpa rehat. Haha. Jadi banyak rasional apa yang telah Allah syariatkan ini. Bila tanya member perut aku nampak naik tak, dorang cakap takde biasa je. Aduyai. Takde komen yang membina langsung. Setuju lah sikit yang perut aku ni naek, orang memang tak perasan kot tapi tuan punya badan rasa kot perut naek. Hahaha. Masa awal-awal tu banyak kali jugak lah dapat pergi gymnasium tapi sekarang dah tak dapat. No time dohh! Aku terigin nak menaikkan lagi muscle-muscleku.....

Untuk kisah lain pula, aku kini terlibat dengan ko-kurikulum sukan dan aku masuk bola tampar. Aduyai. Sebenarnya taknak masuk bendalah ni tapi apa boleh buat. Awalnya aku mendaftar dibawah sukan ragbi. Tapi disebabkan tak ramai orang yang memilih masuk ragbi, ia dibubarkan. Hampa gila aku... so aku pilihlah sukan bola tampar. Yang peliknya punya ramailah orang badge aku takkan tak sampai 20 orang yang minat ragbi. Adui.. Ingatkan baru nak bergerak aktif semula dalam sukan ragbi, best kott. Gempak! Tapi seorang je lah yang aku respect dari dulu dalam bahagian ragbi ni iaitu cikgu Azhar Harun. Dialah yang telah menggilap bakat aku dan kawan-kawan seangkatan semasa zaman keemasan itu. Masa itu jugalah nama sekolah mula dikenali dalam sukan ragbi di daerah itu. Teringat balik apabila kami semua dapat mengalahkan pasukan-pasukan pilihan seperti sekolah LA SALLE, sekolah SAAS, sekolah BB, dan Victoria Institution(VI). Namun zaman keemasan itu hanya mampu bertahan dua tiga tahun sahaja. Tak tahulah apa perkembangan zaman pelapis kini. Tapi sememangnya bukan mudah peroleh pemain yang kebetulan semua berbakat. Bertuah juga tergolong dalam kumpulan itu dan namun itu semua kini hanya tinggal dalam memori. Jasamu Tetap Ku Kenang! Tapi Khamis malam lepas, sorang budak BB tegur aku dan dia cakap "kau ni budak bsd2 kan?". Hahaha. Aku cakap balik "a'ah. Aku da perasan kau lama. Cuma malas nak tegur je nak tengok kau ingat ke tak". Dia cakap balik "patut aku tengok kau macam pernah jumpa". Haha. Mana dia tak ingat, sekolah dialah yang kita kalahkan di final MSSD Petaling. Masa tu aku form3. Game tu masih segar di ingatanku lagi sebab masa tu semua sekolah terkejut kami ke final sebab tu 1st time kami muncul dalam kancah sukan ragbi bermain dalam daerah. Dan di final tu kami membelasah mereka tapi aku lupa berapa mata beza, yang aku ingat masa tu kami makan dorang senang-senang. DAN yang paling manis sekali aku melakukan try yang terakhir sebelum wisel penamat dan sebelum aku meletakkan bola ragbi itu di ruangan garisan try aku sempat mencium bola tu. Hahahaha. Kalau tanya dorang mesti dorang ingat punya. Sampaikan lepas game tu cikgu cakap "kalau try terakhir tu kau tak dapat buat memang aku penyepak kau". Haha. Segar lagi kata-kata tu. Rasa macam nak patah balik ke masa tu dengan stamina ketika itu memang orang cakap stamina anjing laa. Sebelum ni kalau final orang memang tahu antara tiga samada BB, La Salle, atau SAAS. Tapi semua ni hasil kerja sepasukan dan aku akan ingat sampai bila-bila ialah Afiq, Jawe, Adad. Sebab merekalah yang bermain bersamaku. Inilah barisan terhebat, merekalah yang banyak membantu aku untuk melakukan try, jika ingin mengharapkan aku sorang tanpa mereka memang tak laa.

Tapi mungkin dalam bola tampar ini suatu benda yang baru untuk aku ceburi. Aku tetap akan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Dalam sukan aku tak kisah, letaklah dimana-mana pun aku mesti akan cuba mencintai sesuatu sukan itu tapi dengan syarat biarlah sukan yang gempak-gempak. Kalau setakat main catur, congkak ke, memang aku nak muntah laa. Setitik peluh pun tak keluar. Macam netball, dulu memang aku benci dan aku pandang lekeh. Tapi sejak menceburi dan mendalami sukan itu, kini ia menjadi suatu sukan yang memang sentiasa aku dahagakannya. Kata orang ‘ tak kenal maka tak cinta ’. Haha. Hmm. Cakap pasal sukan, dah sebulan lebih tak main bola. Adoi. Kalau maen ni mesti berterabur kaki. Tapi yang aku benci dalam bola tampar aku kena jadi ketua. Masa nak ambil dan nak pulangkan bola, aku lah yang kena bertanggungjawab. Argh!! Leceh laa.

nas 20100813 7.15 A.M.

No comments:

Post a Comment