06 August 2010

Dugaan

Aargh! Tension giler! Nasib baiklah ada ruangan untuk aku meluahkan apa yang ku rasakan ini. Nak cerita apa perasaan aku kat orang memang tiada ruangan masa, lagipun aku taknak orang terbeban dengar perasaan ku itu nanti.

Semalaman aku tak tidur langsung disebabkan menyiapkan assignment lukisan kejuruteraan. Aku bersama rakan kumpulan aku langsung tak tidur malam tadi semata-mata untuk menyiapkan lukisan itu. Kalau orang dengar aku cakap macam ini mungkin mereka akan tergelak. MUNGKIN hati mereka berkata, “ sebab lukisan pun tak tidur? Bukan susah pun melukis ”. Tapi bagi sesiapa yang mengetahui bagaimana payahnya membuat lukisan kejuruteraan ini memang mengakui kesukarannya. Tanyalah para arkitek, sebenarnya golongan ini bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Untuk menyiapkan lakaran sesuatu projek besar akan memakan masa berbulan-bulan tak tidur. Namun tidaklah seberat itu yang kami lakukan, kami hanya diminta melukis pelan rumah 4 tingkat.

Namun pagi tadi tiba saat lukisan kami diperiksa, lecturer tersebut memberi markah yang rendah pada sesetengah lukisan itu. Apa yang aku nak katakan, orang yang 85% melukis keseluruhan pelan tersebut yang memperoleh markah rendah tersebut kerana pada kertas itu tertulis namanya sebagai orang yang melukis lukisan itu. Tapi seperti yang semua orang maklum, hati perempuan... sememangnya lembut dan sangat sensitif. Rakan yang aku maksudkan yang melukis 85% keseluruhan rajah tersebut ialah perempuan. Dengan gaya bahasa lecterur itu komen pada setiap lukisan kami menyebabkan dia tersentuh hati dan menyebabkan berjurai air matanya. Dari dulu aku memang tak boleh tengok kalau perempuan menangis di depanku, hati aku mesti akan menjadi selemah-lemahnya terutamanya dalam situasi itu melibatkan diriku. Selepas proses pemberian markah itu kami pulang ke meja tempat kumpulan kami dan dia terus ke tandas menangis.

Untuk pengetahuan, pada awalnya kami telah memberi masing-masing punya tugas untuk menyiapkan pelan tersebut tapi ada salah seorang dari kami memberi idea supaya ia dilukis di kertas kosong dulu selepas itu barulah transferkan ke tracing paper. Jadi untuk melukis di atas tracing paper itu dia secara sukarela mahu melakukannya kerana dia cakap nanti kalau ada salah dia boleh betulkan sebab kalau diikutkan pandangan pelan untuk sesuatu bangunan mestilah sama saiz dari bawah hingga ke atas. Tak kisahlah berapa tinggi bangunan tersebut, aku taknak huraikan panjang lebar lagi sebab aku tahu mereka yang tidak tahu mengenai ini pasti tidak memahaminya. Cukuplah untuk aku memberi gambaran mudah.

Jadi aku dan yang lain hanya membuat tugasan-tugasan kecil sahaja. Dia yang 85% melukis keseluruhan pelan itu sudah seminggu berjaga malam dan hanya tidur 2-3 jam. Kami memang ingin membantunya tapi dia jenis taknak ada tangan lain yang campur jadi kami akur dengan permintaanya itu. Tengok-tengok sehingga kelmarin dia tak dapat menyiapkannya jadi sebab itulah ketujuh-tujuh ahli kumpulan kami tidak tidur semalaman untuk menyiapkan lukisan itu. Kita sebagai satu kumpulan mana boleh sorang-sorang bergerak, kita mesti bergerak seiringan. Inilah akibatnya tapi aku tidak menyalahkan dirinya malah aku tetap menghargai pengorbanannya itu. Selepas dia menangis tu aku cakap kat semua rakan-rakanku itu, “ ini satu benda yang tidak adil, dia yang buat banyak tengok-tengok dia yang markah rendah, kena marah plak tu. Kita ni yang buat tak seberapa yang dapat nama ”. Salah seorang dari lima yang berada di situ membalas kata-kataku itu. Dia cakap, “ lah. Dah dia yang nak buat sorang, biarlah ”. Aku pun malas nak bertegang urat lagi aku terus suruh dua lagi kawan perempuan dia pujuk dia kat tandas. Dalam pada itu aku cakap, “ kayh sekarang ni kita takyah nak bising-bising lagi kita semua buat pelan yang tak siap lagi bagi menaikkan semula markah dia ”. Tengah aku buat-buat pelan dia, dia masuk teresak-esak pastu mintak pelan yang aku lukis. Aku cakap la “ wey, kau dah takyah nak buat-buat lagi. Biar kteorang yang buat plak untuk kau ”. Dia mintak lagi tapi aku berkeras, tengok-tengok dia rampas papan lukisan dari tangan aku. Semua tercengang. haha. Rakan-rakan ku mungkin nak tengok reaksi aku kott. Dorang ingat aku nak melenting agaknya. Aku memang takkan berkasar dengan perempuan, aku menghormatinya sebagai kaum Hawa. Tapi kawan-kawan perempuan dia yang marah dia lagi. Aku tak suka tengok orang bertekak jadi aku terus redakan situasi. Perempuan kalau bertekak sesama mereka, faham-faham jelah. Jadi kami teruskan untuk melukis sebab lecturer tu kata, “ paling lewat sebelum pukul 5 aku nak korang hantar kalau nak naikkan markah lagi ”.

Pukul 12 tengahari kami pun berkemas untuk balik bilik ready untuk solat Jumaat. Seorang rakan ahli perempuan kami ada lawatan ke Pulau Pangkor, seorang lagi pulang ke rumahnya di Shah Alam. Seorang rakan ahli lelaki kami juga pulang ke rumahnya di Alor Setar, Kedah. Jadi tinggallah kami berempat (3lelaki + 1perempuan) untuk meneruskan lukisan itu selepas solat Jumaat dan dia yang melukis 85% itu soranglah perempuan yang tinggal. Semasa kami bersurai dia cakap “ lepas korang solat Jumaat datang sini balik taw ”. Masa tu berjurai air matanya lagi. Aduyai. Kesian giler doh! Dia sorang je tinggal kat studio tu untuk siapkannya.

Nak dijadikan cerita, selepas sampai bilik aku terus makan. Lapar giler time tu. Lepas makan aku pun teruslah baring sebab semalaman tak tidur mata dah berat kepala dah pusing badan dah sakit-sakit. Jadi terlenalah aku...... tengok-tengok aku terjaga pukul 3.45 petang. Melompat terus aku. haha. Call dua lagi member laki aku tu tengok-tengok tak terjawab. Sah mereka pun terlena. Aku mandi terus solat zohor. Solat Zohor? A’ah yelaa dah terlajak.. tak sedar orang azan untuk solat Jumaat. Aku call mereka semula, mereka kata “ dia dah lama tunggu kat studio ”. Apalagi aku siap terus gerak sama-sama g studio. Sampai-sampai tengok dia tengah buat lagi. Kami pun meneruskan kerja kami itu.

Pada pukul 4.45 kami berempat terus gerak ke biliknya untuk menghantar lukisan tersebut, tetapi setibanya kami di situ sudah ramai kawan-kawan yang lain sudah berada di situ sejak awal lagi dari pukul 2.30 petang. Ada antara mereka yang menanyakan pada lecturer lain samada lecturer kami itu ada di sekitar kawasan kampus atau tidak, ada lecturer yang berkata dia (lecturer yang dicari) dah ada kat KL, outstation. Pergh! Terbaek lah! Aku rasa dia memang sengaja taknak ada di sekitar situ supaya kami semua tak dapat menghantarnya. Bila call fon pun off. Adoyy...

Dalam pukul 5.15 kami semua pulang ke bilik dengan hampa. Yang kesian rakanku tu lahh. Dorang semua muka dah tahap letih giler bab* termasuk laa aku. Dorang cakap balik ni dorang nak tidur terus. Haha. Aku? Tak tidur pun sebab pertama sekali waktu petang. Tak bagus tidur waktu petang kann. Kedua, aku nak mencatatkan kisah ini untuk entri kali ini untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati ini.

Itu baru kisah pertama yang nak ditulis. Ada lagi banyak perkara yang terbuku nak diluahkan. Haha. Aku kalau dah berpeluang untuk menaip banyak benda yang nak di tulis.

Hurm. Alhamdulillah aku dah baik daripada batuk dan selsema tapi tak berpantang dalam pemakanan, ni tekak sakit balik. Adeyh.. Dari hari rabu lepas kat sini ada buat derma darah, aku memang sebelum ini tertanya-tanya bila laa aku dapat derma darah lagi. Tapi sejak dorang datang asek takde je kesempatan masa aku nak derma darah, tengok-tengok memang dah tak berpeluang lagi sebab dorang berakhir tadi. Lepas ni puasa pastu raya, memang tak datang lagilah dorang. Aku memang target nak buat derma darah paling maksima 2 kali setahun, tapi nasib baik sebelum ni bulan dalam tahun ini aku dah buat sekali. Bukan apa aku selalu terbayang darah yang aku derma tu dapat menyelamatkan nyawa orang ketika memerlukan, bukankah itu satu pertolongan yang amat berharga kita untuk insan lain? Cuba kita bayangkan kita ditempat mereka, darah dalam badan kita memang dah tak cukup tapi dengan adanya darah orang dermakan nyawa kita selamat dengan izin Allah.

Cakap pasal ini teringat insan yang sering ku rindui. Selasa lepas mama dia operation, tak tahu apa perkembangan mama. Harap semuanya selamat dan cepat sembuh. Aku pun dah lama tak berhubung dengan dia. Lama ke? Haha. Walaupun hampir seminggu tapi rasa dah lama giler. Nak je berhubung dengan dia tapi fikir balik dia mungkin tengah sibuk so malas ar nak ganggu. Kat sini bila nampak orang free hair, mesti terbayang dia. Hahahahahahahaha.

Teringat juga kepada sahabat-sahabat ku yang lain. Sudah sekian lamanya tak dengar khabar mereka terutamanya eka, tira, ecah. Yang set-set lelaki ada laa jugak baru-baru ni msg mereka. Bila cakap pasal ni teringat rumah laa pulak. Bila cakap pasal rumah teringat puasa plak. Hurm, kemungkinan besar minggu depan balik kott sebab minggu pertama dalam bulan puasa kan, so nak laa jugak rasa bersahur dan berbuka bersama-sama ahli keluarga. Mulanya target nak balik minggu nuzul Quran tu tapi tengok balik minggu tu da dekat nak raya so kalau balik macam membazir laa seminggu je pastu balik raya pulak. Harap angah pun dapat balik ar gak minggu depan sebab sejak awal masuk dia tak pernah balik, biasa laa orang da tahun akhir dalam degree mesti sibuk giler.



Akhir kata, SELAMAT TINGGAL SYA’ABAN dan SELAMAT DATANG RAMADHAN. Teringat ada ceramah cakap, sabda Rasullullah “ Rejab bulan Tuhanmu (Allah), Sya’aban bulanku (Rasullullah), dan Ramadhan adalah bulan buat umatku ”. Lebih kurang macam tu laa, tak ingat sangat. Jadi kata terakhir SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN AL-MUBARAK. Moga kita bersama-sama dapat menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment