01 August 2010

MerahKuning Darahku

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan 8, cuma tinggal 9 hari saja lagi untuk kita sama-sama menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. InsyaAllah jika Allah memanjangkan usia kita semua, kita akan bersama-sama berpuasa untuk tahun 1431 Hijrah ini. Syukur pada Allah kerana Allah memanjangkan usia kita untuk kita merasai Ramadhan kali ini InsyaAllah. Teringat ada satu ceramah yang aku dengar, ustaz tu cakap selalunya dalam bulan Sya’aban dan Ramadhan ramai orang meninggal dunia. Setahun lepas memang benar dalam bulan Sya’aban dan Ramadhan ramai orang yang telah meninggal dunia,dari setinggi-tinggi jawatan seperti pembesar-pembesar negara hinggalah serendah-rendah darjat iaitu rakyat jelata.

Antara insan yang aku ingat meninggal dalam bulan Sya’aban ialah moyang aku, umur dia berapa tah aku tak ingat tapi rasa-rasa dalam sekitar 90 lebih. Selain itu, antara insan paling aku sayangi dan hormati yang telah dijemput Allah ialah ustaz Asri Ibrahim, vokalis Rabbani. Ketika mendapat berita pemergiaan beliau, aku seperti tidak percaya kerana semua orang tidak mengetahui beliau ada penyakit. Mengikut cerita sahabat-sahabatnya yang berada di tempat kejadian, sebelum beliau rebah keluar dari mulutnya perkataan ‘Allah’, jadi kita sudah dapat bayangkan beliau akan berada bersama para solihin di sana nanti. Semasa berita itu tersebar meluas aku merasakan seolah-olah dunia nasyid ini telah sampai ke penghujungnya kerana beliau dan sahabat-sahabat Rabbaninya telah menaikkan imej nasyid di samping kumpulan-kumpulan nasyid yang lain. Bila diimbas kembali setiap kali mereka memenangi trofi untuk satu-satu anugerah, mereka diberi peluang untuk buat ucapan penghargaan, mesti yang keluar dari mulut beliau, beliau bersyukur pada Allah atas rezekiNya menyebabkan mereka menang. Selain itu, beliau mesti berterima kasih kepada semua dan yang paling aku ingat beliau mengatakan sama-sama kita menjaga imej nasyid dan di samping itu menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, dan hubungan sesama mahluk alam yang lain. Aku adalah antara peminatnya yang tersangat rindu akan suaranya, dalam setiap lagu mereka mesti ada peringatan kepada kita sebagai manusia. Sedekahkan suratul Fatihah untuk arwah ustaz Asri Ibrahim. Al-Fatihah.

Hari ini sudah seminggu selsema dan batuk yang aku alami belum baik lagi tetapi beransur pulih. Bermula dari ahad lepas sehinggalah khamis baru-baru ini aku makan ubat herba, itu pun tak ikut arahan. Haha. Tapi jumaat lepas ni baru aku pergi klinik untuk mendapatkan ubat kerana ubat herba tu dah habis. Jadi bermula jumaat sehinggalah hari ini makan ubat doktor plak dan mengikut jadual yang disarankan. Alhamdulillah ada perubahan tapi yang tak tahannya bila makan ubat selsema dan batuk mesti ngantok. Tu yang tak syok tu. Masa hari rabu malam tu, aku terdapat bayangan melalui mimpi bahawa aku sakit ni disebabkan aku sudah tidak mengamalkan puasa-puasa sunat. Bila aku berfikir balik selepas dari mimpi tu, ada betulnya jugak sebab aku start sakit sebelum puasa dua tiga tahun yang lepas. Setipa kali sebelum puasa mesti sakit dan minggu betul-betul dah nak puasa barulah pulih sepenuhnya. Aku pun harap kali ini aku pulih sepenuhnya sebelum puasa sebab inilah minggu terakhir sebelum puasa. Jadi aku dapat simpulkan bahawa Allah memberi aku peringatan dengan sakit ni yang dua tiga tahun belakangan ini aku dah tak amalkan puasa-puasa sunat. Syukur padaMu ya Allah Engkau telah memberi aku satu kesedaran melalui mimpi ini. Hakikatnya bukan aku taknak puasa tapi disebabkan takut letih akan menjejaskan aktiviti yang lain. Tapi anggapan aku tu salah 100% kerana pada zaman Rasulullah, ketika mereka berpuasa mereka berperang. Peperangan itulah yang mereka menangi. Puasa tidak membuatkan kita lemah malah ia menguatkan.

dan akhir sekali, perkara yang paling membuatkan aku melompat gembira apabila pasukan negeri Selangor menewaskan Terengganu 2-0, sekali gus menjadi juara Liga Super untuk musim 2010 ini.
TAHNIAH SKUAD SELANGOR!!!
walaupun aku dilahirkan di KL namun jiwa aku dari dulu, kini, dan selamanya ada pada skuad Selangor. Kami sebagai penyokong setia skuad MerahKuning sentiasa berdiri teguh ketika jatuh bangun. Kini misi kami untuk skuad Selangor ialah merampas Piala Malaysia untuk dibawa ke negeri kami. Mama selalu cakap jangan perasan laa korang sume tu lahir kat KL tapi nak sokong Selangor. Apa boleh aku sejak lahir sehingga sekarang rumah yang didiami berada di bumi Merah Kuning. HAHAHAHAHA! Tapi sayang pada perlawanan semalam aku tak dapat ke stadium untuk bersama-sama meraikan kejayaan skuad Selangor. Namun jauh di sudut hati ini aku gembira sudah berada di bumi Selangor selama 19 tahun, rumah tu sebaya denganku.
SELANGOR TERHEBAT!!!

1 comment: