29 August 2010

10 Fasa Terakhir Ramadhan

Cerita ni asal nye da siap tinggal nak publishkan je, namun tiada kesempatan. Tapi disebabkan ade cerita yang aku rase penting untuk aku masukkan, cerita yang da siap ni terpaksa kene diolah sedikit untuk sesuaikan masa yang aku tulis ini.

Jumaat lepas kelas takde sebab Nuzul Quran. Kalau tak memang tak tido lagi laa malam Khamis tu sebab nak kena siapkan keje untuk kelas studio tu. Isnin yang baru lepas ni mama ada call, dye cakap asal sampai boleh tak tido buat drawing. Pastu mama boleh cakap aku yang buat lambat. Ish. Tapi time tu memang aku tak jawab langsung bila mama tanya. Darah aku masa tu tengah menggelegak. Aku takut kalau aku cakap nanti ayat-ayat aku pedih dan tertinggi suara plak. Jadi lebih baik aku senyap.

Selepas habis perbualan itu, aku terus termenung. Dalam hati aku berkata, “mama yang rapat dengan aku pun still tak boleh terima yang aku buat drawing sampai tak tido, ni kan orang lain”. Masa tu aku memang tension giler. Hati aku meronta-ronta. Ye la dah la tido tak cukup, orang boleh plak judge kita macam-macam. Tapi aku masa tu memang tengah in pressure ar. Pastu saje laa aku msg ‘orang’ yang aku rapat, masa tu dalam pukul 12 lebih. Tengok-tengok ada respon, terkejut gak ar. “aik? Tak tido lagi ke?”, rupa-rupanya baru sampai rumah.

Jadi dia laa yang banyak bagi aku motivasi malam tu. Hati dan emosi aku tengah sakit, dia plak bagi ubat dengan kata-kata. So terubat laa hati dan emosi aku. Antara yang dia cakap “Allah bagi dugaan mengikut kemampuan hambaNya”. Kata-kata tu laa yang menaikkan balik semangat aku. Tapi lepas aku dapat ceritakan semua tu memang rasa lega giler, sebab dapat luahkan kalau disimpan memang parah ar.

Hmm. Pejam celik pejam celik sekejapan dah berada di pertengahan Ramadhan. 10 Ramadhan terawal berlalu begitu sahaja, memang tiada apa yang aku dapat lakukan berbanding dengan Ramadhan sebelum-sebelum ini. Selalunya terisi jugak laa, namun bagi Ramadhan tahun ini aku lebih banyak habiskan masa di depan drawing. Seriously sedih juga aku rasa tiada apa yang aku dapat buat untuk Ramadhan kali ini.

Orang selalu kata, harap-harap Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Tapi aku tak dapat membuktikannya. Aku berkata sebegini bukannya apa, hanya satu yang aku risaukan. Apa? LAILATUL QADAR... aku takut pada malam Qadar itu aku tidak dapat melakukan apa-apa amalan yang boleh menambahkan saham untuk akhirat. Cuba bayangkan jika kita dapat beramal pada Lailatul Qadar itu. Memang beruntung laa insan-insan yang dapat mengabdikan diri kerana ia adalah malam lebih baik daripada 1000 bulan.

Cakap pasal 10 malam terakhir Ramadhan ni, rupa-rupanya persoalan tentang kelahiran aku dalam bulan Islam sudah dapat kesahihannya. Selama ni mama selalu cakap yang aku lahir malam 27 Ramadhan tapi tu pon mama pasti tak pasti, tengok-tengok betul aku memang lahir malam 27 Ramadhan. Macam mana aku tau? Sebab rakan perempuan aku tu cakap dye lahir malam raya. So kira balik aku 27 dye lahir malam tu takbir raya maknanya beza 3 hari. Bila kira tarikh masihi memang beza kteorang 3 hari. Hahaha. Tak sangka dalam perkongsian cerita aku dapat tau gak tarikh lahir aku dalam bulan Islam. Orang selalu ingat tarikh lahir masihi tapi jarang orang ingat tarikh lahir Islam. Jadi aku rasa bertuah laa sebab kebanyakan ulama’ mengatakan LailatulQadar sering jadi pada malam 27 Ramadhan.

Isnin lepas kami 1kumpulan -7orang dapat berbuka puasa bersama-sama. Benda ni pon rancang on the spot, dan kesemuanya dapat meluangkan masa berbuka bersama. Dan semalam pon berbuka dengan dorang tapi kami 4 orang je, 2 lelaki 2 perempuan. Yang laki ni bawak gf dye sekali dan yang sorang perempuan ni pon bawak bf dye. Aku dan dye je single kat situ. Dorang dengan couple masing-masing aku laa kene dok dengan dye. Aduyai. Timbulkan kontrevesi ar, da la awek orang. Tapi dua-dua membe aku laki dan perempuan tu best giler couple dorang ada sama tempat belajar. Yang bestnye dua-dua couple ni dorang memang satu kampung. Maknanya dorang satu sekolah. Da laa satu sekolah, bila sambung belajar pon sama tempat. Syok giler!

Yang rakan perempuanku ni nasib baek laa bf dye tu kat uitm Shah Alam, kalau dapat kat sini gak memang siot je. Bf dye tu arkitek, kat sini pon ade arkitek tapi sape yang dapat kat Shah Alam tu maknanya memang pandai ar. Kalau bf dye tu kat sini memang aku pon tak rapat laa dengan dye. Ni semua Allah yang tentukan. Kalau aku tak rapat dengan dye pon, aku mesti tak dapat kepastian lagi tarikh kelahiranku dalam bulan Islam kan. Hahaha.

Aku ingin berpesan khususnya pada diri aku sendiri dan umumnya pada pembaca-pembaca yang dapat mengakses ke laman blog aku ni, bukan seorang dua tapi ribuan manusia dapat membacanya jika terjumpa. Kita sama-samalah meningkatkan amalan pada 10 fasa terakhir Ramadhan terutamanya DOA. Mintalah apa sahaja yang kita mahukan, cuba bayangkan jika doa kita itu di angkat terus ke ‘arash kebetulan pada Lailatul Qadar. Bahagianya hidup jika doa-doa itu dimakbulkan terus dari Allah. Allahuakbar...

Teringat mama ada cerita yang imam tarawih tempat aku tu, ada menangis pada sesetengah ayat-ayat yang dibacanya. Ini bermakna dye memahami maksud ayat tersebut dan menghayatinya. Malu giler aku dengan dye. Dulu aku buli dye, dan kini dye menjadi seorang insan yang berguna dan lebih baik. Mama ada cerita lagi yang satu hari tu dye datang lambat untuk mengimamkan tarawih, pastu orang tanya dye g mana lambat, dye cakap baru lepas berbuka puasa dengan dato’-dato’ dan mengimamkan tarawih dengan dorang.

Aku macam tak percaya, pastu hari-hari berikutnya mama cakap dye nangis bila baca sesetengah ayat. Sejak hari tu aku macam mula mempercayainya. Mama cakap “tengok kalau orang baik hubungan dengan Allah, orang yang carik dan perlukan dye”. Tersentak hati aku dengar mama cakap macam tu.

Ohh, selasa depan 31 Ogos kan? Merdeka? Hurm. Ni pun sebab dengar radio, kalau tak memang tak ingat. Sambutan kemerdekaan tahun ni aku macam tak rasa apa-apa pun sampai boleh tak teringat laa katakan. Dok kat dalam ni tak tau ape perkembanganan luar. Nak tengok berita memang jauh sekali ar, kalau nak dengar kat radio mungkin boleh tu pun kalau ada masa, tapi kalau nak tau kena beli surat khabar ar. Lagi pun mungkin ia tenggelam kerana tahun ini sambutam merdeka dalam bulan Ramadhan.

Sabtu lepas buka puasa kat luar sebab carik topup semata-mata, masa tengah makan-makan tu telinga aku terdengar sesuatu yang menyebabkan aku mengalihkan pandangan ke tv yang ada di situ.

Tajuk berita tu lebih kurang ‘Doa Untuk Lim’. So ni menyebabkan aku tertarik dengar berita tu sebab kat dalam memang jarang ar dapat tengok berita. Apa yang aku dapat tahu tentang isi berita tu, ada masjid-masjid di Pulau Pinang menyelitkan nama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dalam doa khutbah Jumaat.

Wey, apa ni? Common laa. Takkan sebab politik pun agama boleh dipergunakan. Hormat laa sikit jangan mempermainkan agama Allah semata-mata politik. Aku mula-mula dapat tahu pasal ni aku memang tak setuju 100% dengan apa yang telah berlaku itu. Kecewa aku. Tapi bila masuk kelas agama ustaz tu terangkan tentang isu ini aku juga setuju. Yang aku tengok tu berita kat tv1, so faham-faham je kan. Aku memang tak minat dengar berita dari media arus perdana ni, yang aku minat tengok berita untuk tahu cerita-cerita seperti kemalangan, wabak penyakit, dan macam-macam lagi laa tapi yang penting bukan sebab politik.

Ustaz tu tanya, salah ke kalau doakan untuk orang kafir? Aku dengan tegas pendirian menjawab salah dan diikuti beberapa orang yang lain. Dia tanya sebab, aku cakap sebab mana boleh doa untuk orang kafir. Pastu ustaz tu tersenyum mendengar hujah kteorang yang jahil ni. Pastu dia terangkan dan dia bagi contoh. Dia cakap salah doakan orang kafir kalau mintak Allah panjangkan umur dye, jaga kesihatan dye dan seangkatan dengan tu laa. Yang boleh doakan untuk orang kafir hanyalah meminta Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya untuk menerima dan memeluk agama Islam. ITU SAHAJA.

So ustaz tu cakap laa sebenarnya imam yang kat masjid-masjid Pulau Pinang tu baca doa, “Ya Allah ya Tuhan kami, Kau panjangkan laa umur Lim Guan Eng untuk memberi hidayah kepadanya demi agama Islam.....”. Lebih kurang macam tu laa doa dye, jadi maknanya di sini doa imam itu tidak salah sebab dia baca supaya Allah memanjangkan umur untuk memberi hidayah. Kalau imam tu doa Ya Allah Kau panjangkanlah umur Lim Guan Eng. Yang tu baru salah.

Contoh yang ustaz ni bagi adalah Nabi Muhammad S.A.W. berdoa pada Allah supaya Allah memberi hidayah kepada kedua-dua Umar atau sekurang-kurangnya salah satu daripadanya, ketika itu kedua-duanya dalam kafir. Lalu Allah memakbulkan doa nabi itu, jadi yang masuk Islam ialah Saidina Umar al-Khatab. Contoh lain ialah maksud ayat Al-Quran, “... taat dan patuhlah kepada kedua ibu bapamu selagi mereka tidak menyuruh kamu melanggar perintah Allah. Dan wajib ke atas kamu memelihara mereka sehingga mati ...”. Lebih kurang macam tu laa ayatnya. Maksud ayat ni ialah jika seseorang kafir itu masuk Islam dan kedua ibu bapanya masih dalam kafir maka tiada sebab dan alasan untuk seseorang anak itu tidak ambil peduli tentang kehidupan ibu bapanya. Banyak lagi laa contoh dan hujah yang ustaz tu bagi. Jadi doa untuk orang kafir boleh HANYA untuk meminta Allah berikan petunjuk dan hidayah. Akhirnya aku dapat juga hujah balas yang dapat merobohkan pendirian aku itu bahawa kita tidak boleh doakan untuk orang kafir.

Yang masih menjadi persoalan aku, adakah betul tindakan mereka meletakkan nama Lim Guan Eng dalam doa khutbah? Apakah Lim lebih tinggi martabatnya berbanding YDP Agong? Adakah imam yang membaca doa tersebut tidak ada sensitifiti langsung? Walaupun aku antara ribuan penyokong belah mereka tapi isu ini tidak akan aku menyokong apa yang telah berlaku. Abah dan mama ada berkata biarlah Pas bersendirian daripada bersatu dengan mereka sebab Pas pun da lama bertapak dalam politik Malaysia ni. Aku setuju dengan pendapat kedua ibu bapaku ni.

Aku yakin bahawa Pas makin lama makin ramai penyokong sehinggakan orang kafir turut menjadi penyokong Pas. Bagi aku selagi mana parti dan pemimpin itu menjadikan Al-Quran dan hadith sebagai panduan selagi itulah aku akan bersamanya. Buat apa sokong parti yang mengamalkan rasuah, kronism, hedonism, tolak Islam, kerana apabila Allah turunkan bala’ kita akan turut dipersalahkan. Lebih baik memilih pemimpin kafir yang tidak mengamalkan ini semua daripada memilih pemimpin Islam yang mengamalkan ini semua pada hakikatnya dye tahu akan hukum-hakamnya. Teringat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz bahawa dia sanggup membubarkan Pas tetapi dengan syarat Umno menjadikan Al-Quran dan hadith sebagai panduan dalam pemerintahan. Bertapa kuatnya iman beliau sampai sanggup membubarkan parti itu semata-semata kerana sayangkan Islam. Teringin plak aku nak dengar ceramah-ceramah politik. Lame kott da tak dengar, hampir 4 bulan lebih.

Okayy, sekarang inilah cerita yang aku katakan baru nak aku nak masukkan ni. Tadi sebenarnya aku da nak tido tapi bile dapat msg dari Ayie cakap Tira flight balik Sarawak 2hb September ni, terus tak jadi nak tido. Hati aku macam tak sedap. Yela mula-mula dye cakap Eka plan nak buka sama-sama, so aku on je laa. Aku bagi tau aku balik 3hb, dye 4hb kot kalau tak salah. Last-last dye cakap macam tu.

Aku tak sedap hati terus msg Tira sebab nak confirmkan, tengok betul dye flight 2hb tu. Sedih jugak laa dgr ayat dye “takde rezki nak buka sama-sama”. Tengah msg-msg dye tanya “cuti sampai 19 kan”. Aku cakap “a’ah. Kau balik sini bile?”. Dye cakap 15hb. So maknanya ade masa gak ar kita semua nak berjumpa, tu pon kalau dapat. Sebab biasanya sebelum-sebelum ni dye cuti raya kat sana seminggu lebih. Dengan harapan cuti raya ni dapat jumpa semua membe-membe tapi rasa macam tak puas ar, seminggu je.

Da lama kott tak jumpa dorg sume, Eka lagi laa lost terus. Tira dan Echah tu pon ade respon mase first puasa tu. Tu pon msg puasa, tapi tadi baru dapat msg Tira. Tau laa sedikit sebanyak perkembangan. Tak sabar kott nak balik minggu depan. Hahahaha.

Akhir kata, dikesempatan ini nak mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-53 walaupun masih ramai lagi antara kita yang minda dan sikap masih lagi dijajah. Selain itu, pesanan khas buat diriku ini agar meningkatkan amal terutamanya di fasa terakhir iaitu 10 Ramadhan terakhir. Bersama-sama kita mencari dan merebut Malam Qadar itu. InsyaAllah.

Wasalam...

Sabtu 20100828
11.38 P.M.

No comments:

Post a Comment