27 July 2010

Kau Yang Teristimewa

Semalam ada suatu perkara penting yang telah berlaku, bagi aku perkara tersebut penting untuk aku jadikan ia catatan di ruangan ini bagi kenangan pada masa akan datang. Memang perkara tersebut tidak disangka kerana ia berlaku secara spontan dan luahan ikhlas keluar dari hati. Aku memang suka cakap apa yang kurasakan, tak kisahlah rasa tak puas hati ke rasa apa-apalah sebab bagi aku orang suka atau tidak tentang kenyataan yang aku buat tiada masalah. Aku jenis terbuka kalau setuju dengan pendapat aku baguslah kalau tak setuju tolak sudaaa. Tapi semalam bukan sebab tak puas hati ke apa malah ia berkaitan hati dan perasaan.

Semalam semasa bas mula bergerak menuju destinasi yang ditujui, aku sempat menghantarkan msg pada insan ini. Sememangnya berat hati apabila berjauhan dengannya sebab bermacam-macam terfikir tentang dirinya. Entahlah. Sepanjang perjalanan tersebut memang tiada respons darinya dan bagi aku mungkin dia malas nak reply apa-apa, so aku tak kesah laa. Aku pandang dari sudut positif je sebab bila kita pandang dari sudut negatif nanti bermacam-macam prasangka boleh kita andaikan.

Setibanya di tempat yang dituju itu terasa fon vibrate sebab msg masuk. Tapi aku tak tengok laa msg tu sebab masa tu tangan kiri kanan tengah jinjing beg. Dalam fikiran ingat mesti mama yang msg sebab sebelum turun bas aku msg mama ckp da sampai. Bila sampai nak naik tangga ke bilik terus tengok fon, yela da 10minit berjalan nnt tak reply msg mama apa pulak kan nanti dia fikir. Tengok-tengok bukan msg dari mama rupanya msg dari *****, mulanya macam tak percaya sebab dia msg tepat waktu masa baru turun bas seolah-olah dia tahu aku dah turun bas. Haha. Kebetulan jee.

Sampai bilik terus msg dengan dia sampaikan tak sempat tanggal kasut sebab letih punya pasal. So kami pun bermsg. Aku cakap apa yang aku rasakan kat dia, kira luahan hati ar gak. Haha. Tengok reaksi dari dia pun sangat positif. Dia nampak terbuka tentang apa yang aku katakan. Dia pun cakap apa yang dia rasakan. Terharu giler rasa. Apa yang dia cakap tak perlulah nak catatkan disini, hanya dia dan aku je yang tahu. Lagi pun msg ni maybe akan tersimpan dalam fon ni selama yang mungkin. Seperti msg-msg penting yang dari dulu sehingga sekarang masih lagi tersimpan dalam fon. Paling lama pun hampir 2 tahun. Haha lama dokk!

Sebelum berakhir kami bermsg, sekali lagi aku pesan supaya dia jaga diri baik-baik sebab aku merasakan ada sesuatu keistimewaan yang ada pada dirinya dari pandangan mataku. Mungkin aku tak dapat nak huraikan tapi kata hati aku mengatakan ada keistimewaan pada dirinya. Dia cakap kalau tak sibuk nak msg dia, msg je laa dia sentiasa tunggu. Adeyh! Sebak baca dia tulis macam tu. Aku sebenarnya taknak kacau dia, lagi pun taknak dia rimas. Kalau memang aku dah rindu sangat kat dia baru msg.

Kadang-kadang aku fikir balik benda ini semua bermula sejak dalam bulan 5 sampailah awal bulan 7 masa tu. Dari satu peristiwa sampailah ke peristiwa lain. Tapi benda yang paling aku tak lupakan dia sanggup lap peluh aku masa .... tak payah cakap kot masa apa takut orang boleh agak. Siapa yang ada kat situ je laa yang tahu. Aku pun tak sangka dia buat macam tu, selamber giler. Nampak macam kitaorang da close giler padahal masa tu baru berapa minggu je bertemu setelah setahun lebih menyepi masing-masing membawa haluan sendiri. Itulah antara sifat kematangannya aku respect.

Perbualan aku dengan mama pada malam sehari sebelum gerak di meja makan. Masa tu kami berbual tentang apa tah tapi aku saja mencelah bertanya pada mama. “ Ma.. kalau pais nak kahwin dengan nurse boleh tak? ”. Mama pun jawab “ Ehh, da gatal sangat ke cakap pasal kahwin ni.. ”. Aku cakap balik, “ tak laa.. kot betul jodoh dengan nurse.. mama boleh terima ke? ”. Mama jawab, “ Mama tak kisah.. tapi pais laa sanggup ke kott dia kena shift malam pais laa jaga anak-anak ”. “ Hahaha ”, ketawa aku. Sebenarnya aku saja tanya soalan tu sebab masa tu dia ada cakap nanti kalau sambung belajar dia nak course jururawat. Mama pun mungkin tak dapat tangkap siapa yang aku maksudkan sebab mungkin setahun kebelakangan ni mama dah tak dengar nama dia tapi ada sekali tu je masa hari ibu. Tak perlulah nak cakap panjang lebar lagi sebab ada lagi benda yang nak catatkan lagi.

Sebelum tidur malam tadi aku terbayang-bayang raut wajah dia. Sehinggakan dia muncul dalam mimpi. Pergh! Gila tak percaya! Kalau nak tulis jalan cerita apa yang aku mimpi memang panjang tapi yang penting dalam mimpi tu aku tengah bawak dia ke tempat yang selamat. Masa tu suasana tengah huru-hara, entah tengah gempa bumi ke berperang tapi yang aku ingat kitaorang tengah redah orang ramai yang tengah lari-lari. Haha. Tapi aku terjaga dari tidur, kalau tak terjaga tu apa akhirnya mimpi aku tu, selamat ke tak kami. Hehe. Itu semua mainan tidur.

Akhir sekali, tak lain tak bukan aku mesti bersyukur padaMu ya Allah. Alhamdulillah. Engkau telah mengaturkan semua ini. Dan aku perlu teruskan berdoa supaya Allah kekalkan keakraban yang terjalin antara kami. Sekiranya telah tertulis dalam suratan dia menjadi teman hidupku, Engkau peliharalah dirinya ya Allah dan di samping itu, Engkau peliharalah juga diriku. Sekiranya ia baik bagi diriku dan dirinya Engkau kekalkanlah kami. Kata Wali Band “ ..aku ngerti kamu, kamu ngerti aku.. aku sayang kamu selamanya.... ”. Kalau dia baca entri ini segan aku. Haha. Apa boleh buat ia luahan semata-mata. Harap dia tak baca kott. Hahahaha.

Akhir kata,
Aku meminta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia berikan kaktus berduri.
Aku meminta rama-rama,
diberiNya aku ulat bulu.
Aku sedih dan kecewa.
Namun kemudian kaktus itu berbunga,
indah sekali...
Dan ulat itu pun menjadi rama-rama yang cantik.
Itulah jalan Allah, indah pada masanya.
Allah tidak akan memberi apa yang kita harapkan,
tapi apa yang kita perlukan...
Kadang-kala hati terluka, kecewa, dan sedih,
tapi jauh di atas sana, ingatlah...
Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

Sekian,
nas 26072010

No comments:

Post a Comment