01 February 2011

Bantulah Mereka Ya Allah

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Sebenarnya dari tengahari tadi nak update entri tapi ada perkara yang lebih penting jadi tertangguh-tangguh laa. Nak taknak aku memang nak update gak, kalau tak... takkan aku sanggup bersengkang mata sekarang ini untuk update. Ni pun dah masuk entri untuk bulan baru. Melalui apa yang idea aku nak tulis memang banyak, tapi tak tahu lahh tika aku tulis ini nanti idea tu tak keluar plak.

Hmm. Sejak aku sampai rumah jumaat lepas, tiada lagi pancaran terik matahari yang aku rasai sehingga kini. Tambah-tambah lagi ahad lepas, 24 jam KL dihujani bhai. Sehinggakan aku dok round kat sekitar KL tu tanpa berpayungkan apa-apa. Ye laa. Mana sangka hujan tanpa henti. Jadi nak taknak memang redah je laa.

Tadi bila tengok berita, 4 buah negeri berlaku banjir. Astagfirullah... Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan lagi satu aku tak pasti. Memang kesian tengok mangsa-mangsa yang terlibat. Banjir bukan banjir biasa-biasa, tapi banjir yang teruk. Seriously, memang aku simpati tengok nasib mereka. Aku rasa kalau ada mana-mana pihak yang perlukan sukarela untuk bantu mangsa banjir memang aku nak join. Nasib mereka tak sama macam nasib aku dan sekitar warga KL.

Mereka perlu selamatkan barang-barang mereka daripada rosak ditenggelami air apatah lagi menjaga keselamatan nyawa diri sendiri dan keluarga. Semasa johor banjir 4 tahun lalu kott, aku tengok dengan mata aku sendiri kesan banjir. Sehinggakan ada satu tokong dua tingkat tu hampir ditenggelami keseluruhannya. Itu pun ketika itu angah sedang belajar di salah sebuah universiti yang ada di sana. Dapat laa gak aku tengok kesan selepas banjir.

Dan kini di kawasan yang sama banjir berlaku lagi. Angah tunjukkan gambar-gambar yang kawan dye uploadkan kat facebook. Satu-satu gambar dye tunjuk yang mana memang kami sekeluarga tahu kerana melalui kawasan tersebut semasa pergi-balik ambik dan melawat dye ketika dye belajar di sana. Dan di kawasan pilihanraya kecil baru-baru ini sekitar DUN Tenang pun banjir teruk, pengundi terpaksa meredah banjir dan menaiki trak ke pusat buang undi.

Untuk berita luar negara pula, yang menjadi isu hangat kini ialah keadaan di Mesir. Allahuakbar!! Sekitar Mesir kini menjadi huru-hara, rakyat Mesir turun di jalanan kerana memprotes kerajaan memerintah iaitu rejim Husni Mubarak. Bagi mereka, sudah tiba masanya untuk Mesir berubah kerajaan. Kerajaan yang lebih telus dan bersih. Kerajaan Mesir ketika ini ialah manusia yang bertopengkan syaitan. Kononya negara Islam tapi ada agenda tersembunyi bersama israel, amerika, dan sekutunya.

Mungkin bagi setengah orang tak tahu apa cerita sebenar disebalik berlakunya kekacauan ini. Bagi golongan ini mereka merasakan buat apa ambil tahu isu negara orang. Senang cerita macam ni, isu dalam Malaysia pun kau tak ambil tahu... inikan pula isu luar negara. Memang tak arr nak tahu kann?? Kalau bab lain kita hebat! Cemerlang! Terutamanya bab hiburan. Tapi isu semasa yang lebih penting, yang lebih ke pengetahuan umum, yang lebih kepada nilai kemanusiaan... apa pun takdak.

Sekarang ini kita tak tahu nasib pelajar Malaysia di sana samada selamat ataupun tidak. Tetapi apa yang pasti sumber bekalan makanan mereka terputus. Sistem rangkaian mereka dengan luar samada melalui facebook, blog, dan lain-lain juga terputus. Ini adalah usaha kerajaan Mesir untuk mengekang kemaraan rakyat.

Kepada sahabatku yang berada di Mesir sekarang, Mohd Radzuan Rusdi. Macam mana keadaan kau sekarang wan? Selamat tak dalam tempoh huru-hara ni? Kau dapat makan minum tak? Aku harap sangat kau selamat di sana wan. Keluarga kau mesti risau kan? Tapi maybe dorg lebih tahu keadaan kau dari aku. Aku pun tak jumpa adik kau, so aku nak dapatkan perkembangan kau pun aku tak tau. Mungkin aku tulis ni pun kau tak baca DAN tak dapat nak baca sebab sistem maklumat mereka sekat.

Tapi sekiranya kau terbaca, aku sebagai sahabat kau yang kenal dari kecil sehingga sekarang sentiasa mengharapkan kau selamat kat sana. Aku turut akan mendoakan agar kau selamat daripada sebarang kemungkinan yang terjadi ketika ini kepada rakyat Mesir. Kau pun jaga diri bebaek kat sana, jangan terlibat dengan tunjuk perasaan tu. Kau pun kena sentiasa berdoa dengan Allah untuk selamat daripada sebarang kejadian.

Kepada pembaca dan sahabat sekalian, dalam dua isu ini lihatlah di mana kita? Kita cukup aman dan selamat kan?. Tak kena banjir, tak huru-hara. Kita lebih selesa daripada dorang kan?? Jadi aku berpesan khusus untuk diri aku, marilah kita sama-sama berdoa pada Allah supaya Allah memberi pertolongan pada mereka iaitu mangsa banjir dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir sekarang ini.

Kalau anda terbaca ini, berpesan-pesanlah pada orang sekeliling anda supaya berdoa pada Allah untuk mereka ini. Ini ujian untuk mereka. Ujian untuk kita, kita tak tahu lagi. Jadi kita sebagai hamba Allah, sebagai saudara seIslam, sebagai sesama manusia.. mari kita mendoakan mereka agar ujian mereka ini dapat mereka hadapi.

Ya Allah, sesungguhnya kini telah berlaku banjir di sesetengah negeri di negara kami yang telah meragut 3 nyawa setakat ini. Oleh itu Ya Allah, Engkau surutkan lah banjir tersebut, janganlah menambahkannya lagi Ya Allah. Mungkin ini satu peringatan-Mu kepada kami kerana kami sering lalai dan leka pada-Mu. Maka dengan itu kami memohon ampun pada-Mu Ya Allah. Kami ini manusia yang cepat lupa pada-Mu apabila mendapat kesenangan. Engkau selamatkanlah mangsa-mangsa banjir itu. Engkau permudahkanlah semua urusan mereka Ya Allah. Ya Allah, Engkau pandu hati-hati kami ini, Engkau pandulah hati-hati pemimpin kami Ya Allah ke jalan yang telah Engkau redhai. Selamatkanlah Malaysia ini daripada bala-bala besar yang mana mungkin tidak dapat tertanggung oleh kami. Sekiranya Engkau tetap menghukum kami, siapalah kami di sisi-Mu untuk menghalangnya. Kami hanya seorang hamba yang dilahirkan di dunia untuk mengabdikan diri pada-Mu.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ketika ini di Mesir sedang berlaku pergolakan besar sehingga berlakunya pertumpahan darah. Ramainya rakyat Mesir yang turun di jalanan untuk menggulingkan kerajaan Mesir tika ini Ya Allah kerana kerajaan ini bersekutu dengan Amerika dan yang lain. Maka dengan itu Ya Allah, sekiranya benar perkara itu... Engkau bantulah meruntuhkan rejim Husni Mubarak ini, kerana mereka orang Islam di sekeliling Mesir disekat daripada mendapat bantuan semua. Engkau gulingkanlah sepertimana jatuhnya kerajaan Firaun. Sesungguhnya perjuangan mereka perjuangan yang mahu menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil. Di samping itu Ya Allah, di sana ada rakyat Malaysia. Dengan itu, Engkau selamatkanlah mereka daripada terkena sebarang kemungkinan yang sedang berlaku di sana. Kuatkanlah semangat rakyat Malaysia di sana. Berilah perlindungan untuk mereka Ya Allah. Engkau berilah ketenangan pada jiwa-jiwa keluarga mereka.

Amin Ya Rabbal Al-Amin...

No comments:

Post a Comment