28 February 2011

Renungkanlah...

Hari ini merupakan hari terakhir dalam bulan Februari bagi tahun ini sebelum melangkah masuk ke bulan baru. Tiada apa yang mahu diperkatakan. Cuma hati ini yang semakin lemah. Lemah kerana perlakuan manusia yang sanggup melakukan perkara itu. Sememangnya tidak mahu berfikir dan merenung kembali atas apa yang diperlakukannya kepada insan tersebut.

Mungkin anda gembira pada hari ini dan adakah anda tahu apa yang akan berlaku esok? Mungkin anda seronok melakukan perkara sedemikian sekarang ini tetapi adakah keseronokan itu akan kekal selamanya? Mungkin anda pandai menyusun kata tetapi adakah kata-kata itu yang benar? Allah sahaja tempat untuk kita mengadu. Mengadu tentang apa yang dirasakan kini. Ingatlah!!! Bumi ini penuh dengan keadilan. Mungkin tidak selesai di atas bumi ini, dan akan dibawa ke gelanggang akhirat. Di sana lagi lahh tiada kemaafan boleh dipohon, bahkan saat untuk kita dihitung.

Ingatlah wahai insan, kita tidak akan selamanya di atas. Suatu hari pasti kita akan jatuh. Tidak kiralah daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Sebagai contoh, Perdana Menteri Mesir yang sememangnya gah dengan cara pemerintahannya dan hari ini beliau telah dijatuhkan dengan cara yang memalukan. Yang pasti… Kebenaran itu akan tetap menjelma, dan yang batin itu akan jatuh.

Tiada guna kita mendoakan keburukan untuk orang lain, tetapi haruslah kita mendoakan supaya orang itu diberikan hidayah oleh Allah agar orang itu berubah menjadi baik. Tidak guna kalau setakat cakap menggunakan mulut tetapi tidak melakukannya dengan perbuatan. Hari ini mungkin hari anda, tetapi esok? Lusa? Tulat? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Adakah hari anda juga? Seperti mana hukum karma.

No comments:

Post a Comment