22 July 2010

Alhamdulillah Selamat

Syukur alhamdulillah selamat sampai walaupun baru 3 hari di sana. Sememangnya tidak di rancang untuk balik ke rumah dua minggu berturut-turut. Telah ditakdirkan hari ini dan esok tiada kelas, jadi ramai di antara kami buat keputusan untuk balik rumah. Yang lawaknya geng-geng aku yang balik minggu lepas, semua balik gak minggu ni. haha. Mana tidaknya 4 hari kat sana! Boleh gila dibuatnya. Kalau balik rumah at least ada laa juga manfaatnya.

Tapi ada yang lebih penting untuk dicatatkan di sini. Selepas kokurikulum petang semalam terus berkemas dan tunggu teksi untuk ke stesen bas. Dalam pukul 7 petang kami berempat pun bergerak menaiki teksi yang telah ditempah dan aku turun di perhentian bas yang terdekat dengan harapan bas mesti ada, jadi boleh sampai rumah awal berbanding 3 lagi kawan yang lain tadi. Pergi ke kaunter bas itu, pihak mereka kata bas ke KL sudah habis. Bas terakhir pukul 6.25 petang. Masa tu dalam hati aku bercakap, " pergh! ini kerja gila aku buat ". Jadi aku terus menyeberangi jalan untuk ke perhentian yang lain. Tanya semua kaunter di situ, semua bas ke KL sudah habis juga. F*** gila.

Aku dah mula risau, takkan nak masuk balik untuk tunggu bas keesokkan pagi pulak(harini). Pastu slow talk dengan dorang, dorang cakap nanti dorang tengok ada tak bas lalu ke KL. Tengok-tengok ada, bas yang menghala ke JB. Jadi beli laa tiket tu. Dah laa mahal berbanding perhentian bas yang lagi satu tuu, lambat pulak waktu bas tiba. Pada tiket tersebut bas tiba 9.15 malam. Tapi nak balik punya pasal apa ada hal. Menyesal pula aku tak ikut dorang bertiga ke perhentian di Medan Gopeng tu. Kat situ bas ke KL sentiasa ada.

Aku pun terus laa inform mereka bertiga cakap bas pukul 9.15, mereka bertiga da bergerak ke Kedah ada dalam bas pun. Dorang cakap kat perhentian sana bas ke KL pukul 8 malam ada je. Nak menyesal pun dah terlambat. So tunggu je laa dengan harapan bas tepat tiba pada waktunya. Aku malas ikut mereka ke perhentian sana sebab tambang teksi sekurang-kurangnya mencecah RM40. Itu yang merencatkan nak ikut mereka, tambah-tambah lagi tempoh perjalanan ke sana sejam. Tengok-tengok dorang dapat bas dulu. Aduyai..

Jam tepat menunjukkan pukul 10, padahal dalam tiket tulis 9.15. So faham-faham je lah memang aku dah mencarut-carut, maki hamun. Tidak lama kemudian bas pun tiba, lega sudaa. Aku masuk tengok seat aku ada orang. Tanya dye tiket memang tulis tu tempat dye. F***! Aku terus jumpa pengendali bas tu konon-konon nak marah laa. Dye pun cuwak suruh aku duduk kat mana-mana seat kosong. Cuwak laa sangat. haha.

Dalam hati aku masa tu memang hot giler. Dah laa ..tuuut.. Malas ar nak tulis kaum apa pemandu bas tuu. Dye bawak bas punyalah laju, dah la malam, jalan gelap gelita takda lampu jalan. Risau aku. DAN kerisauan aku menjadi kenyataan. Bas tersebut telah bergesel dengan sebuah kereta pacuan 4 roda. Saat tu goyang jugak laa aku, " dah la ..tuut.. mesti mabuk ", hati kecil aku berkata. Nak settle benda tu dah makan tempoh sejam. Nasib baik ada polis tolong selesaikan lepas tu pergi ke IPPD Batu Gajah, buat report. Lepas selesai semua baru gerak.

Tapi sebelum tu, aku duduk di seat pemandu kedua. Punya bodoh syarikat bas ni takda tempat kosong cakap ada. So seat memang penuh. Aku lah menjadi mangsa untuk mereka mendapat keuntungan. Tapi aku tak kisah itu semua asalkan dapat sampai ke rumah. haha.

Dalam perjalanan tu aku risau gak tertido, takut terlepas. Tapi aku tertido jugak. Sepanjang perjalanan ada dua kali polis buat road block. Road block pertama di Perak road block kedua di KL, sebelum hentian Sg.Buluh. Di situ lah aku terjaga dari tido, tengok dah dekat kawasan Sg.Buluh. Dalam tempoh yang sesingkat itu aku membuat keputusan samada turun di tepi jalan menghala ke Sg.Buluh atau turun di hentian Puuduraya. Sebab apa yang mama tahu, aku turun di hentian Puduraya. Betik pun sama.

Jadi aku terus cakap kat pemandu tu berhentikan aku kat tepi jalan tu je. Fikir balik kalau nak turun di hentian Puduraya memang lagi sejam lah aku sampai rumah. Bahaya plak tu kat kawasan situ. So turunlah aku kat situ. Berjalan lebih kurang 500meter untuk sampai ke tol Sg.Buluh. Masa jalan tu macam-macam terbayang, sampaikan seram sejuk tubuh badan aku, bulu roma semua naik. Masa turun tu jam lagi sikit nak pukul 1.30 pagi. DAN waktu itulah yang telah aku estimatekan dengan mama dan betik untuk turun di hentian Pudu. Jadi bayangkan nak g turun sana memang tambah sejam lagi lah jawabnya.

Lebih kurang 15 minit tunggu situ, betik pun sampai ambek aku. Dalam dua lebih baru sampai rumah. Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah, Kau telah mengaturkan segalanya yang terbaik sepanjang perjalanan aku. Sampai rumah tengok mama dah siap tunggu depan rumah. Aku tengok kereta abah takda, terus aku teringat mama ada bagi tau abah ada kat Pulau Pinang. Hati aku berkata, " patutlah abah cakap nanti sampai Pudu cari teksi g Masjid Negara tido situ dulu, bila dah pagi baru suro Fitri ambek ". Rupa-rupanya abah takda kat rumah. Sebelum tu aku terfikir. " ish! Abah ni betul-betul taknak terganggu waktu tidonya sampai sanggup suro aku tido kat Masjid Negara ". Masa tu aku memang tak kisah sebab aku tahu abah sememangnya perlukan cukup rehat untuk hari-hari kerjanya tapi terbayang la jugak kot-kot ada apa-apa kat Masjid Negara tu. haha. Takut!!!

Sampai je rumah, tengok dorang semua dah tido. Sembang-sembang dengan mama kejap. Pastu mama cakap, " pakli dari balik sekolah tadi asek tanya bila pais nak sampai ". Aku ketawa je lah. Pastu mama cakap " masa minggu pertama pais dengan angah dah g pakli macam murung je ". Pastu mama tanya, " asal pakli senyap je seminggu ni? ". Adik bongsu lelaki aku ni jawab, " sejak pemergian kedua-dua kekandaku. Bila nak tido pakli dah takda orang nak bersembang ". hahaha. Aku tergelak dengar mama bagi tau dia cakap macam tu.

Tapi itulah hakikat sebenarnya. Celik je mata memang tak abes-abes kami berlawak sampailah terlelap di malam hari. Mungkin sebab ada baka keturunan Melaka kott. hehe. Yang aku nampak kebanyakkannya adik-beradik tak lah rapat, malah bila berjumpa je bertekak. Namun aku tak nafikan itu mungkin lumrah manusia. Tapi situasi itu telah berlalu untuk adik-beradikku. Pakli memang rapat dengan aku sebab aku dari dulu memang jarang carik pasal dengan dia dan bila berlaku perselisihan faham antara dia dengan angah memang akulah menjadi pendengar untuk luahan hati dia. Tapi aku sebagai abang perlu mendidik dan membimbing dia. Dulu kami adik-beradik memang kalau tak puas hati naik kaki naik tangan. Tapi kini dah berubah 100%. Itulah angin perubahan. Aku jugak pernah pesan dengan sorang ni, aku cakap sekarang ni adik-beradik kau kecik memang asek bergaduh je tapi nanti bila dah besar nanti mesti korang rapat". Sekarang ni adik-beradik tersebut semakin berubah dan harap mereka berkelakuan seperti adik-beradik bukannya lagi seperti anjing dan kucing.

Itulah pengalaman yang perlu aku sisipkan di ruangan ini untuk dijadikan rujukan pada masa akan datang. Nak balik punya pasal, sanggup redah je asalkan sampai. Tapi mama cakap dia ada melakukan solat hajat supaya aku selamat dalam perjalanan sebaik sahaja dia ketahui bas itu bergesel dengan kereta. Itulah pentingnya doa ibu. Kadang-kadang apa yang terlintas dihati ibu juga akan jadi kenyataan. Sebab Allah ada berfirman " Redha Aku terletak pada kedua ibubapamu, jika mereka redha Aku akan redha jika mereka murka Aku akan murka ". Lebih kurang macam tulah ayat, tapi yang penting isi sama. Sekarang ini aku tengah tengok fb, tiba-tiba ternampak profile Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Aku tengoklah wall dia aku ternampak kata-kata yang beliau tulis dan aku ingin kongsi bersama di sini yang seiring dengan maksud yang aku sampaikan.

" berebutlah mendapat sayang ibu dan doanya yang mustajab. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia. "

Sekian.

nas 11:23
22Julai2010

No comments:

Post a Comment