23 July 2010

Hanya Allah Yang Tahu

Hati dan perasaan. Suatu perkara yang kita tak boleh lari tentangnya. Melalui hatilah akan wujudnya pelbagai perasaan. Benci, marah, sayang, sakit hati, cemburu, dan bermacam lagilah kalau nak dihuraikan. Tapi apa yang penting yang hendak diperkatakan adalah kita mungkin boleh menyorokkan perasaan itu di khalayak umum, misalnya di depan ibu bapa, kawan-kawan, tokoh-tokoh, dan ketika bersama orang yang tersayang. Namun kita tidak dapat berbohong dengan diri sendiri tentang perasaan kita.

Orang mungkin nampak kita cool macam tiada apa yang yang melanda perasaan kita. Padahal hakikatnya kita masih ada simpan perasaan sayang pada seseorang itu. Namun apakah punca yang menyebabkan kita tidak memberi tahu kepada orang yang disayangi itu bahawa kita sayang akan dirinya? Mungkin disebabkan oleh faktor sekeliling. Malu dengan kawan-kawan yang lain kalau mereka tahu yang kita ada hati dengan dia. Mungkin juga takut dia sudah ada pilihan hati.

Tapi sampai bila? Dunia kini semakin laju siapa lambat akan melepas. Orang cakap teknologi di hujung jari, kuasa di tangan anda. Perasaan dalam hati sudah lama berteriak untuk memberitahu dia tentang perasaan kita. Kemungkinan kita lebih mahu menjaga hati kita dan hati dia kerana disebabkan itu langkah kita nampak lemah.

Apakah keistimewaan yang ada padanya? Bak kata Dinamik melalui lagunya Di Antara Gadis,
Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku ...

Hahaha. Betul ke? Mungkin kott.

Terkadang kita hanya mampu menceritakan perasaan itu pada sahabat yang terhampir dengan kita dan dia menyarankan supaya gagahkan untuk mengatakan padanya. Namun pelbagai kemungkinan yang kita fikirkan tentang dirinya.

Kata Aris Ariwatan dalam lagunya Cinta Tak Mengenal Siapa

Hendak ku hampiri mu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus ku perbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Kita sebagai insan iaitu hamba Allah yang sangat lemah dalam semua aspek. Jadi dalam membuat keputusan juga kita tidak dapat dinafikan untuk memohon petunjuk dari Allah kerana Allah jualah yang mengetahui segalanya. Menurut lirik Hanya Tuhan Yang Tahu nyanyian Unic :

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Entri ini ditulis tiada kena mengena dengan sesiapa. Cuma pandangan semata-mata tentang perkara yang diceritakan oleh seseorang dan dengan penulisan ini mungkin ada hikmah yang bakal diperolehi. InsyaAllah.

DAN dalam cerita yang lain pula,

Petang semalam rinduku padanya terubat apabila dapat bertemu dengannya, walaupun baru 3 minggu tapi sepanjang 3 minggu itu langsung tak dengar berita tentangnya. Aku bersyukur padaMu ya Allah, Engkau telah mempertemukan kami. Entah bilalah kami dapat berjumpa lagi. Aku akan sentiasa mendoakan untuk dirimu. Siapakah yang aku maksudkan itu? Biarlah rahsia. hahaha.

No comments:

Post a Comment