16 July 2010

Berakhirnya Piala Dunia 2010

TAMAK! TAMAK! TAMAK! TAMAK! TAMAK!

Congratulation to SPAIN!




Pada awal pagi tadi (12Julai), berlangsungnya perlawanan akhir Piala Dunia 2010 antara pasukan Sepanyol dan Belanda yang berlangsung di Stadium Soccer City. Keputusan memihak kepada Sepanyol dengan kemenangan 1-0 ke atas Belanda hasil jaringan Andres Iniesta pada separuh masa kedua dalam masa tambahan 15 minit setelah kedua-dua pasukan gagal menemui jaringan dalam masa 90 minit permainan dan 15 minit masa tambahan separuh masa pertama. Bola tersebut berjaya menembusi gawang yang di kawal rapi oleh Maarten Stekelenburg pada minit ke 116.

Terlalu banyak perkara yang aku nak perkatakan pada perlawanan tersebut. Pertama sekali, PENGADIL.



Mungkin sukar bagi seseorang pengadil mengawal perlawanan genting terbesar dunia itu. Tapi peduli apa, bagi aku PENGADIL tuu BANGSAT! Gila kad! Sepanjang perlawanan tersebut, dia telah melayangkan 15 kad iaitu 14 kad kuning dan 1 kad merah. Kepala otak dia banyak macam ni. Mana pernah perlawanan akhir sebanyak ini kad yang dilayangkan. Tetapi berita radio yang aku dengar, ada sape tahh aku tak tau, puji pengadil ni kerana berjaya melayangkan kad kepada pemain kerana corak permainan mereka yang ganas. Hmm. Bagi aku kalau tak nak main ganas g laa dok rumah main congkak. Memang tak ganas punya. BARUA betul. Pegadil yang dimaksudkan itu bernamaHoward Webb. Itu cerita pasal pengadil.
Keduanya tentang keseluruhan permainan. Memang tak dinafikan, kedua-dua pasukan tersebut telah bermain dengan corak yang begitu menghiburkan. Serangan demi serangan silih berganti. Masing-masing dengan corak permainan yang mempunyai kelas tersendiri. ARJEN ROBBEN! Pemain yang selama ini memainkan peranan yang penting apabila diturunkan pada setiap kali perlawanan, namun pada perlawanan awal pagi tadi telah BERUBAH semuanya. Dia merupakan ayam tambatan untuk skuad THE ORANJE tidak menggunakan peluang yang terhidang untuknya. Dalam kiraan megikut mata kasar aku, dia memperoleh empat peluang ‘one by one’ dengan penjaga gawang Sepanyol, Iker Casillas. Namun semua percubaannya untuk menjaringkan gol dipersia.
Tidak seperti Sepanyol, deretan peluang menjaringkan gol daripada pelbagai pemainnya. Antaranya yang paling banyak percubaan David Villa. Tidak kurang juga dari Andres Iniesta, Sergio Ramos, Xabi Alonso, Carles Puyol, dan Cesc Fabregas. Seperti perkataan pertama sekali aku di atas, TAMAK. Tamak dan tamak. Sikap inilah yang menyebabkan kedua-dua pasukan LA ROJA dan THE ORANJE gagal memperoleh gol dalam tempoh 90 minit. Tapi inilah hakikat BOLA SEPAK. Apa yang dirancangkan tidak mungkin menjadi DAN mungkin juga terjadi. Peluang yang terhasil memang cukup banyak. Jadi siapa yang bijak menggunakan peluang yang diperoleh, dialah akan menjadi pemenang. Itulah peluang yang Andres Iniesta manfaatkan untuk kemenangan memihak pada pasukan Sepanyol. Corak permainan skuad Belanda yang sinonim dengan corak permainan Total Football gagal diterjemahkan dalam perlawanan itu. Suasana kami, penonton yang menyaksikan perlawanan itu tidak lekang dengan sorakan apabila percubaan yang dilakukan para pemain kedua-dua pasukan ini tersasar.

Bagi aku, perlawanan antara kedua-dua pasukan ini memang menunjukkan kemajuan dalam bola sepak dunia semakin berkembang. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan, walaupun ada segelintir pemain yang main secara individu namun itu tidak boleh dijadikan faktor kekalahan Belanda di tangan Sepanyol kerana dalam masa 90 minit tersebut telah menunjukkan kepada satu dunia mereka bermain dengan baik dan gol itu hadir setelah seorang pemain Belanda dilayangkan kad merah. Tapi itu juga tidak boleh dijadikan alasan. Siapa yang bijak menggunakan peluang terhidang, dialah juara!

Yang ketiga, SOTONG. Seluruh dunia sudah mengetahui tentang kisah sotong ini. Kelapan-lapan perlawanan yang diramalkan dalam Piala Dunia 2010 menjadi kenyataan. Ramalanmu benar belaka. TAPI !!!!! Ini tidak bermakna aku nak perkatakan kehebatan sotong ini tapi aku nak ingatkan supaya perbetulkan semula anggapan tersebut kerana kita perlu BERIMAN pada ALLAH. Jadi janganlah merasakan sotong itu hebat semata-mata tetapi kehebatan ramalannya itu semua dari Allah, cuma Allah tunjukkan kekuasaan-Nya melalui sotong itu. ‘PAUL’ namamu akan tersimpan dalam lipatan sejarah Piala Dunia 2010. Hahaha. Puak-puak ‘sotong’ boleh digelar sebagai Paul. Di samping itu aku juga nak tegaskan bahawa kita tak patut tidak mempercayai isyarat yang ditunjukkan makhluk alam ini seperti haiwan. Ingatkah kita tentang Tsunami yang melanda? Haiwan-haiwanlah yang sudah menunjukkan perubahan perangai mereka pada manusia. Melalui cerita, burung-burung riuh berkicauan berterbangan di kawasan yang dilanda tsunami sebelum kejadian. Selain itu, ikan-ikan banyak dari biasa ketika para nelayan turun ke laut seminggu sebelum kejadian. Belajarlah dari alam.

Seterusnya keempat - Abah, Angah, Syamin, Atikah, Athira. Jutaan tahniah kepada anda semua. Pasukan pilihan anda semua untuk menjuarai Piala Dunia 2010 menjadi kenyataan. Tapi sememangnya tidak dapat dinafikan barisan Sepanyol adalah barisan terbaik dunia. Seperti aku katakan dalam entri aku ketika Piala Dunia 2010 mahu bermula bahawa Sepanyol adalah pasukan yang sempurna lengkap, dari goalkeeper sehinggalah ke barisan striker semua tengah top perform. Cuma aku tak nak menjadikan Sepanyol pasukan pilihan sebab mereka datang ke bumi Afrika Selatan dengan imej Juara EURO 2008. Jadi kini Sepanyol boleh berbangga dengan barisan skuadnya untuk 4 tahun yang mendatang kerana tittle Juara EURO 2008 berbaki dua tahun lagi (2009-2012) dan tittle Juara Piala Dunia 2010 berbaki empat tahun yang mendatang (2011-2014). Kini zaman kegemilangan untuk pasukan Sepanyol. Kemungkinan besar harga para pemain Sepanyol akan meningkat jika mana-mana kelab mahukan khidmat mereka. Jadi Piala Dunia 2010 telah pun melabuhkan tirainya dan dengan itu berakhirlah ‘Demam Piala Dunia 2010’.

DAN - dalam pukul 8 pagi tadi, eka msg “ Nas, amacam? hee ” hmm. Aku pun reply “ yeah! Spain terhebat tapi tak sehebat mana pun laa. Haha. ” Malas nak reply panjang sebab banyak sangat nak diperkatakan seperti panjangnya yang tertulis sekarang ini. Hahahaha. Apa pun nama Sepanyol telah tercatat dalam sejarah Piala Dunia kerana ini kali pertama Sepanyol menjuarai Piala Dunia. Masa tengah hari 11 Julai tu, aku menghantar msg pada angah, pakli, ayie, syamin, alang, adeq, tira, eka, echah. Aku tulis :
“ SPAIN – Sape Pilih Aku Insyaallah No..
ORANJE- Orang Ramal Aku Naib Juara Eyy.. ”
Ia benar-benar terjadi. Hahaha.

Kini, berakhirlah episod Piala Dunia 2010 di bumi Afrika Selatan. 4 tahun akan datang Piala Dunia 2014 akan berada di bumi Brazil.

P/S: ditulis pada 12 Julai tapi baru sekarang ada masa untuk publishkan.

No comments:

Post a Comment