23 July 2010

Siapa Dia

" Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan "

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah, ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun, adakah dengan berubahnya suasana alam, kita juga mesti berubah? Entahlah manusia. Susah juga kita nak bicarakan soal ini.

Kadang-kala kita cuba buat yang terbaik untuk mereka tapi mereka seolah-olah lupa tentang itu. Kata orang bila kita senang ramai kawan menghampiri kita dan bila kita dalam kesusahan semua tinggalkan kita keseorangan. Ketika kita keseorangan itu pasti ada salah seorang kawan yang kita tidak sangka cuba menghampiri kita dan cuba menyelami perasaan kita untuk menolong kita. Insan itulah yang kita pandang samar-samar selama ini.

Untuk mengetahui setianya seorang kawan bersama kita iaitu ketika kita senang mereka sama gembira dan ketika kita susah mereka turut sama memikul bebanan kesusahan itu. Kita yang sering dibuai oleh kesenangan dan kemewahan seolah terleka dengan itu bahkan kita lupa akan lumrah alam bahawa yang di atas tidak selamanya kekal di puncak, suatu hari pasti akan jatuh juga.

Kawan yang sanggup bersama kita ketika susah pasti mereka tidak muncul di tengah-tengah waktu kita sedang berseronok dengan kawan yang lain malah dia akan memerhatikan telatah kita dari jauh dan kehadirannya itu hanya untuk meraikan keseronokan yang kita kecapi. Kita mana tahu hati orang, mungkin yang paling rapat dengan kita akan tikam kita dari belakang, akan sanggup bersaing dengan kita untuk memperoleh sesuatu yang jelas hak kita.

Tapi apabila saat itu berlaku yang rapat akan jadi renggang, yang baik akan jadi jahat, sahabat akan jadi musuh. Yang untungnya seorang insan kawan kita ini yang hidup aman tenteram. Tiada siapa memusuhinya, tak berdendam, malah dia akan di cari untuk di jadikan teman sejati.

Ini hanyalah suara kecil yang cuba untuk dilontarkan untuk kita bersama-sama berfikir dan merenung tentang hakikat kehidupan. 'Kita' yang disebutkan disini termasuklah diri aku tidak terkecuali walau sesaat pun.

No comments:

Post a Comment