02 July 2010

Janganlah Kau Jadikan Itu Lambaian Terakhirnya

Baru balik dari catering daa. Tak penat langsung. Tapi duit dapat boleh tahan gak ar jadikan bekal untuk hidup di sana nanti. Hurm. Petang tadi baru duit mengalir keluar beli kasut untuk g kelas. Sebelum ni kasut tu yang bawak g kelas kasut tu gak lah buat main. Adeyhh! Sekarang ni kasut tu dah jadi mulut buaya daa. Itu sebab terpaksa beli baru. Belum beli kasut untuk sukan lagi. Aduyai. Perit perit. Dalam setahun berpasang-pasang, duit habis kat kasut sukan je.

Tapi tadi catering lawak giler ar. Mula-mula dah lah aku tercampurkan teh tarik dalam bekas kopi o. Memang ceret beret laa polis-polis tu malam ni. Hahahaha. Kalau bertugas malam ni mana kau nak cari tempat abang polis oii. Harap-harap takde apalah terjadi. Nak buang air kopi o+teh tarik tu sayang pulak jadi hidangkan je laa kat dorang. Hmm. Lepas tu masa nak balik tu tengah kemas angkat-angkat barang nak cepat punya pasal terlanggar penyapu terbang ke belakang. Yang Ayie pulak ada kat belakang aku. Tiba-tiba kau menjerit. Aku ingat apa ke hal lah ayie tu menjerit, pastu dye cakap dye terkejut sebab ingatkan tikus yang melompat kat depan dye. Aku punya tak tahan tergelak besar. Haha! Giler betul lah. Terimakasih banyak pakya sebab sehinggakan sisa-sisa kami kat sini still panggil untuk menggunakan khidmat kami.

Jap! Flashback balik.

Bangun pagi tadi terus teringat plan nak g swimmingpool. Tengok-tengok sampai masanya plan tu tak jadi. Aduii. Sekian lamanya aku mengidamkan tak kesampaian sehinggakan da nak masuk balik. Hmm. Lepas tu aku, ayie, eka, tira, echah dah plan khamis lepas nak keluar tadi tapi tak jadi gak. Mungkin dah takde rezeki kita nak berjumpa kan? Allah lebih mengetahui segalanya.

Masa lepas hantar adik aku tuition, terus gerak atas dengan harapan nak tolong hantarkan lea tuition sebab takut tak dapat jumpa petang nanti bila ambik adik aku. Tengok-tengok takde so terus laa pulang dengan hampa. Haha. Sedih laa pulak. Tapi dengan izin Allah, aku tak ke mana petang tadi. Jadi akulah kena ambik adik aku. Tengah tunggu-tunggu nampak lea terus panggil dia. Dia pon datang kat aku dan macam biasalah lenggok kata dia dengan aku dari dulu, kini dan selamanya sama. Aduyai. Tapi satu benda penting aku nak tulis. Lea pakai baju kurung bhai tadi. Halamak aii. MASIH TERSERLAH AYUMU. adoi, tajuk lagu exist la pulak. Hm, tapi seriously ayu giler. Kali terakhir aku nampak dye pakai baju kurung masa time raya. Masa tu aku dengan dia g rumah sape tah(tahun2008). Kalau tak salah ar tapi dalam gambar masih tersimpan lagi. Kenangan kenangan!

Kteorg sembang-sembang sampai adik aku datang. Aduyai kacau daun laa. Haha. Terus mood berubah. Tapi yang aku ingat dia cakap " sabtu ni balik ey? jalan elok-elok taw " Sedih la pulak rasa. Dalam banyak-banyak cerita tu, dia cakap saja nak kenakan dia pasal England + Portugal. Hahaha. No comment! Tapi pendapat aku pasal dua team ni jadi realiti bhai. Sampai pusingan kedua je. Hehe. Tapi dia boleh gelakkan aku pasal Argentina. Adeh!! Maybe dia baca entri aku sebelum ni yang aku dah putus harapan. Yela. Mana tak putus harapan. Yang Argentina jumpa Germany, Netherlands pulak jumpa Brazil. Fuh! Memang TAK!

Pastu terbukak cerita yang dia bawak masuk adik dia dalam longkang ambik bola. Aduyai. Tergelak aku! Tapi lea cakap aiman yang nak ambik bola tu. Adventurer la aiman. Kakak dia pon ikutkan. Memang lawak giler. Pastu ajak dia naik nak hantar rumah, yela kali terakhir kott pertolongan aku untuk dia sebelum aku bertolak tapi dia cakap ramai member so dia nak balik dengan dorg. Tapi sebelum tu tanya dia free tak jumaat petang, dia cakap dia ada kem. Baru ingat nak lepak dengan dia. Dan masa aku dah gerak dia pon naek tangga, dia lambai tangan dan aku membalas lambaiannya itu.

Ya Allah jangan Kau jadikan lambaian dia padaku itu lambaian terakhirnya buatku, dan janganlah Kau jadikan lambaianku pada dia itu lambaian terakhirku buat dia.

Lea apa yang terjadi tadi sebanyak sedikit telah tertulis dalam entri nas yang dah disiapkan 2 hari lepas. Cuma belum dipaparkan sahaja sebab entri itu akan dipaparkan apabila tiba masanya kerana ikut kesesuaian. So nas bagi tau tajuk entri tu. ' Selamat Tinggal Semua, InsyaAllah Bertemu Lagi '. Sebab takut selepas ni ade dua atau tiga lagi entri yang akan dipaparkan.

Sekian,

1 comment: