14 May 2011

13 Mei 2011

5-1

apa lagi ALASAN yang mahu diberikan WAHAI PENGURUSAN PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR
apa sudah jadi??? apa sudah jadi??? apa sudah jadi??? masih tidak sedarkah kalian semua? nampak tak apa yang terjadi pada perlawanan tadi? lihat laa bertapa teruknya pengurusan sehingga permainan tadi serupa permainan budak kampung!!!

kenapa dengan keeper? kenapa dengan keeper? puaskah pihak kalian MENJUAL HAMSANI DAN SAFEE?
goalkeeper dan penyerang tuu.. dah pandai jual pandai pula nak cari pengganti yang lebih hebat ataupun paling-paling yang sama hebat? ini dapat yang lebih teruk. common laa. bukak laa mata tu sikit.

FRUST!!! FRUST GILER aku tengok Selangor main tadi. TERUK!!! HANCUR!!! memang harapan nak masuk final tahun ini MUSNAH!!! LUPAKAH LAA HASRAT TERSEBUT!!! dah boleh bungkus pakaian balik kampung arr korang semua. KECEWA.. KECEWA.. KECEWA!!!!!!!!!!

wahai pihak atasan FAS, kau ingat kami penyokong setia Selangor tadi datang guna daun kering? guna air liur? common laa. aku datang guna duit!!! duit minyak! duit tol! dah laa tiket rm15! mahal giler bodoh! kami sanggup keluarkan semua tu untuk tengok Selangor. tapi apa yang kami dapat? apa yang kami peroleh? SIA-SIA JERR!! RUGI DUIT! RUGI MASA! PENAT!

kau fikir sikit ada orang yang hidup susah pun sanggup datang, dah laa hidup susah duduk jauh plak tu... tak fikir ke semua tu? tapi hasil yang kami dapat cukup menghampakan. TERIMA KASIH SANGAT WAHAI FAS!!!!! cakap konon nak bantu rakyat, nak ringankan beban rakyat. tapi apa yang kau letak ni? kau boleh laa, VVIP. masuk percuma! dapat tiket free lagi. pastu bila dapat bagi kat kroni jer! weyy. common laa. cakap nak buat negeri berkebajikan? bukankah sukan bolasepak ini sukan rakyat?

KEEPER!!!!???
hahahaha. kau beraksi atas padang tadi tu sebenarnya kau buat lawak kat kami penyokong Selangor ke? aku MALAS nak cakap banyak, cuma satu jerr aku nak pesan, KAU TENGOK BALIK VIDEO-VIDEO GOL YANG KAU LEPASKAN TADI.. lawak ke tak lawak.

secondly, REFREE!!! apa masalah ketiga-tiga refree ni pun aku tak faham. kena bayar kott? tapi refree garisan yang belah Selangor ni memang TERUK!! HANCUR!! macam mana FAM boleh iktiraf dye pun aku tak tahu dan aku tak faham.

malas laa aku nak cakap apa-apa lagi. kat stadium puas aku beraksi sampai dorang cakap aku beremosi. yesss... memang aku beremosi. sebab aku sayangkan Selangor. tengok-tengok kena titik 5-1. masa 5-0 tu aku dah cabut keluaar. frust!!! frust sangat!!!  dengan penjaga garisan macam tu. sedih.. sedih..

hati ni teramat laa sakit. aku tetap tak puas hati dengan persembahan Selangor tadi. sepanjang perjalanan balik tadi aku membebel dengan adik dan abang aku dalam kereta. seriously weyy. aku still tak boleh nak lupakan lagi. sebab ini kekalahan yang paling teruk sekali yang dialami Selangor di tangan Kelantan.

jadi dengan ini aku turut ambil kesempatan untuk berikrar pada diri aku bahawasanya :
AKU BERIKRAR DAH TAKKAN TURUN STADIUM SHAH ALAM LAGI BAGI MENYAKSIKAN PERLAWANAN SELANGOR SELAGI PIHAK PENGURUSAN SELANGOR TIDAK MELAKUKAN ROMBAKAN TERHADAP PEMAIN-PEMAIN SELANGOR.

maka dengan ini 13 MEI 2011 menjadi titik mula pengikraran aku lafazkan. nak tangok sikit berapa lama boleh tahan. 13 MEI betul-betul tarikh keramat.

selagi mana pihak pengurusan tak lakukan perubahan pada pemain-pemain, selagi tu aku takkan datang. harap ada juga orang yang berfikiran seperti aku. biar kita ajar sikit FAS dengan cara itu.

P/S : tulis ni sebaik balik tengok game, disebabkan letih punya pasal tengah taip-taip tertido. so entri ni berubah tarikh laa. yang penting 13 Mei 2011 tarikh keramat. dalam sejarah 13 Mei tarikh peristiwa penting gak, tapi 13 Mei 2011 tarikh Selangor kena ratah dengan Kelantan di 'laman sendiri'.

No comments:

Post a Comment