11 May 2011

Kita Sama, Semuanya Sama

salam pertemuan untuk entri kali ini. 

manusia...
berapa juta manusia di dunia ini?
berapa juta manusia di malaysia ini?
berapa ribu manusia yang ada di sekeliling kita?
berapa ratus manusia yang kita kenali?

mampukah kita hidup dengan pelbagai ragam manusia?
mampukah kita kalau nak faham perangai setiap manusia?
mampukah kita nak sealiran dengan sikap setiap manusia?
mampukah kita untuk mengiyakan setiap tindak-tanduk manusia walaupun kita nampak kesalahannya?

kita bukannya hebat seperti nabi-nabi dan rasul-rasul. walaupun mereka berada di peringkat itu pun pelbagai ujian dan dugaan mereka hadapi. inikan kita? manusia yang setiap hari berdosa? dosa yang tidak pernah berkurang malah makin hari makin bertambah. kadang-kadang kita tak terfikir ke? Rasullullah yang dah dijanjikan Allah memang ahli syurga tu tetap berbuat dan berkelakuan baik dalam hidup baginda?

KITA? jaminan untuk ke syurga pun takde, tapi buat selamber bodoh je dalam hidup ni kann? dengan alasan "alaa.. kita orang Islam.. mesti masuk syurga punya.." ya.. betul.. tapi tak terfikir ke kita pulak berapa lama kita nak menanggung di neraka itu baru nak masuk ke syurga? ke kita rasa kita terus boleh masuk syurga? heyy. common laa. siapa kita? siapa kita di sisi Allah?

ehh, jap. macam kurang enak pula guna istilah 'kita' sebab aku menulis ini bukan kepada sesiapa tetapi khas untuk diri aku sendiri. so apa pula nak istilah 'kita' kan? baik laa.. baik laa..

cuba lihat kepada sumbangan kau pada orang sekeliling. adakah kau telah beri sumbangan pada keluarga? sumbangan kau pada kawan-kawan dan sahabat-sahabat? sumbangan kau pada jiran-jiran? sumbangan kau pada masyarakat? sumbangan kau pada bangsa? sumbangan kau pada negara? apee pun tak bolehh laa kau nas. kalau semua tu dah hampeh, sumbangan kau pada agama Islam lagi laa kan?

ada orang yang pandai berjanji tapi gagal untuk menunaikan apa yang telah mereka janjikan itu. apa sebab haa? apa yang keluar dari mulut dye... fuhh!! best. ayat dye memang orang akan percaya habis laa, tapi tindak-tanduk kau tidak sama apa yang kau cakap. sekali dua memang orang takkan perasan, memang orang terpedaya. tapi kalau dah berkali-kali? kau ingat orang tak perasan ke perangai kau macam tu? jangan sampai orang sumpah kau. orang cakap pasal kau. cubalah sesekali kau mengotakan janji kau pada orang. ke kau nak lari dari sesuatu? common laa weyy. orang tahu, orang nampak. orang boleh sangka kau macam-macam disebabkan kelakuan kau macam itu. jangan sampai orang yang kau ada sesuatu dengan dye terpacul keluar dari mulutnya kata pada kau. takut nanti ia akan menyebabkan perbalahan berpanjangan. cuba laa muhasabah balik diri.

dengan orang kau... fuhh!! tiptop. baik giler. kau laa yang tolong semuanya. tapi kau lupa kawan rapat kau tu. apa pasal weyy? aku yang mendengar, aku tahu apa yang dye rasakan. perasaan orang weyy. kau punya bersungguh dengan orang lain. kau punya buat baik habis dengan orang lain. kau tolong habis orang lain. tapi.... kau lupa. kau dah lupa kawan kau tu. kau dah lupa apa yang kau dah cakap dengan dye. dye ingat weyy apa yang kau cakap kat dye. tapi yang aku perhati dye ni tidak mudah untuk mengeluarkan apa yang dye rasa. dye tu jenis menyimpan. dye tu jenis takkan tunjuk apa yang dye rasa pada orang sekeliling. tapi aku.. aku yang jadi peneman dye setiap masa. aku tahu semua yang dye rasakan. tapi apa daya aku? aku tak dapat berbuat apa-apa kawan. aku cuma sering ingatkan, kau kena berdoa je weyy. aku cakap macam ni pun aku bukannya baik sangat.

kenapa kita jadi orang yang tak bersyukur? ingat kau nak dipandang hebat laa kan? takpe. teruskan laa. sejauh mana kehebatan kau tu. jangan pandang orang sebelah mata kawan. kita sama semuanya. kau nak pergi tinggi-tinggi tapi kau nak naik pun payah, macam mana? kayuh basikal perlahan-lahan. biarlah kita duduk sama rendah berdiri sama tinggi. pastu kau pula suka buat orang kann? mungkinkah orang jenis macam kau ni semuanya perangai macam tu? hmm. bolehh jadi jugak kann. sebabnya kau dah rasa yang kau ni....... pastu bangga orang buat macam tu. fuhh! hebat kau. sementara benda itu hak kau, ketawa laa kau kann. jangan sampai benda tu hilang dari kau, kau menangis, kau baru nak muhasabah diri. dah terlambat kawan kalau dah jadi. orang cakap apa? nasi dah jadi bubur? haa. itu lahh. lagi satu, dunia kau dah berubah dan kami disini akan memerhatikan sahaja dunia kau tu. kau terus terhanyut? atau sebaliknya? bukan mengharap kau hanyut tapi mengharap kau pandai fikir sendiri. lu pikir laa sendiri...

ada orang suka ambil kesempatan atas orang? kenapa? mengapa? sekali dua orang boleh bagi muka. orang boleh layan kan kau. orang boleh tolak ansur dengan kau. tapi dah selalu siapa tahan? orang lain mungkin kau boleh pergunakan, tapi dye? dye boleh baca kau weyy. bukan kau je, orang lain pun boleh dye baca. tapi disebabkan kau ni pandai ambil hati dye, dye pun tak lahh berdendam sangat. tak dendam pun sebenarnya, tapi dye cuba bersabar dengan perangai kau tu. lagi pun kau dengan dye kan sealiran. so takde hal laa kawan. cuma ada masa dye tengah serabut kau buat macam tu memang berasap laa dye kan? kalau aku pun sama.

kau? berubah? atau kau buat-buat ubah? sebab? kau nak bajet jadi baik? atau? sebab lain? heyy!! kemon laa.. kemon.. sekali kau tak bersetuju dengan dye, ada dye terhegeh dengan kau lagi ke? takkan? dye faham orang. dye faham sangat setiap gerak-geri manusia sekelilingnya. sampaikan tabiat aku pun dye tahu lahh. tapi ingat. ingat apa yang dye dah buat kat kau. aku cuma boleh perhati jee apa yang berlaku. aku tak campur dalam sebarang hal. tapi takpe laa. dye cakap mungkin kau nak jadi orang 'baik', yang dye ni jahat. so teruskan laa perbuatan kau tuhh.

ehh? panjang lebar dah aku tulis ni? hahh! letih jari aku menari kiri-kanan-atas-bawah. cerita-cerita di atas? apa tujuannya? orang takkan faham punya. hahahaha. sebab aku sendiri tak faham. hehehe. yang penting AKU, DYE, KAU yang ditulis itu tidak ada ditujukan pada sesiapa hanyalah untuk diri aku sendiri. aku menulis ini untuk muhasabah diri aku balik. sejauh mana diri aku ini. tidak ada kena mengena dengan sesiapa. yang hidup lagi-lagi dengan yang dah meninggal dunia.

ini hanyalah cerita kedai kopi. kopinya pahit kedainya kotor. faham? tak faham kann? hahahaha. jika ada yang baca, anggaplah ini hanya cerita biasa, cerita motivasi. apa motivasinya? entah. lu pikir laa sendiri.

aku tulis ini bukan kerana apa. cuma..... aku sayangkan orang-orang yang ada disekeliling aku. aku sayangkan bangsa aku. aku sayangkan agama Islam dan saudara-saudara seIslam aku. memang aku ni jahil. memang aku ni tak mampu jadi baik. tapi kalau dengan penulisan ini aku berubah. orang yang baca berubah. alangkah baiknya kann. dunia aman damai tenteram selesa dan seangkatan dengannya.

itulah sahaja kott, mungkin ada yang menyusul. INGAT!!! tiada siapa yang aku maksud kan. cuma aku tulis kerana SAYANGKAN orang disekeliling, bangsa, dan agama aku. berubahlah bangsaku. jangan kita jadi bangsa yang dipermain, bangsa yang leka. ehh. dah laa. nanti aku tulis kat entri lain pula.

sekian.

No comments:

Post a Comment