Kelmarin, 1 Ogos 2009, telah tercatat satu lagi sejarah penting dalam perjalanan panjang perjuangan demokratik rakyat Malaysia apabila demonstrasi anti-ISA berjaya dilaksanakan, walaupun tidak sepenuhnya mencapai matlamat.
Demonstrasi anti-ISA dipimpin Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Pakatan Rakyat dan kehadiran kecil kumpulan pro-ISA itu walau bagaimanapun, seperti yang sepatutnya, lebih tertumpu pada anti-ISA yang bertentangan dengan pandangan kerajaan.
Pelbagai kritikan telah dilemparkan pihak pemerintah dan penyokongnya kepada demonstrasi itu, tanpa mengambil kira hak rakyat negara ini untuk berhimpun seperti yang menjadi amalan di negara-negara demokrasi seluruh dunia.
Pihak anti-ISA dituduh dengan pelbagai tuduhan, daripada mengganggu ketenteraman, menyusahkan peniaga-peniaga hingga motif-motif di sebalik perhimpunan itu.
Apapun tuduhan yang dilemparkan, isu utama yang perlu dinilai ialah hak rakyat untuk bersuara dan respons pemerintah terhadap perhimpunan itu.
Sama ada demonstrasi menentang ISA 1 Ogos lalu bermotif politik tertentu, contohnya mengalih perhatian daripada kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti didakwa penentang pembangkang, itu soal lain.
Perlu diakui, demonstrasi-demonstrasi besar yang dijalankan pembangkang seperti Bersih pada 2007 dan anti-PPSMI beberapa bulan lalu sememangnya ada motif lain selain apa yang menjadi tuntutan utama.
Kerajaan BN juga mempunyai kepentingan tertentu dalam melaksanakan banyak program baharu, selain daripada yang dinyatakan secara rasmi dan diulang-ulang pengulas dan penyokong parti-parti menguasai kerajaan.
Soal utama ialah hak rakyat (semua rakyat Malaysia, bukan “rakyat” seperti dimaksudkan sebuah akhbar, yang dikatakan disusahkan oleh demonstrasi itu) untuk berhimpun menyatakan suara mereka.
Hal ini, akibat pengajaran dan pembelajaran budaya politik autoritarian dan berasaskan bahasa kuasa selama terutamanya hampir 30 tahun lalu, telah dinafikan pihak berkuasa dan dilihat sebagai sesuatu yang sangat negatif.
Menjelang mana-mana demonstrasi, media dikuasai parti pemerintah akan menguar-uarkan kebimbangan tentang keselamatan dan pelbagai ancaman, seiring dengan kenyataan-kenyataan pemimpin kerajaan tentang bahaya ancaman itu.
Hakikatnya, sebahagian besar pembangkang mempunyai kepentingan supaya demonstrasi melibatkan mereka berlangsung dengan aman dan mereka tidak hilang sebarang kawalan, terutama melibatkan demonstrasi yang besar.
Pembangkang lebih terdedah kepada persepsi negatif dan akan lebih banyak rugi sekiranya demonstrasi anjuran mereka terlibat dengan kekacauan atau keganasan. Selain tangkapan pihak berkuasa dan banyak kesusahan lain, pembangkang sangat perlu menjaga imej sebagai pihak yang bertanggungjawab dan bersedia untuk mentadbir negara.
Dengan segala kawalan dan kekangan yang disediakan oleh pihak pemerintah, mereka tidak sepatutnya menuding jari kepada pembangkang kerana kekacauan yang berlaku pada 1 Ogos. Kawalan yang sewajarnya dengan kerjasama pembangkang dapat memudahkan perjalanan demonstrasi anti-ISA itu.
Rancangan GMI dan penentang ISA sangat mudah, iaitu berkumpul dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan tuntutan. Sekiranya ini dibiarkan berlangsung dengan aman, dan dengan syarat penganjur dan peserta himpunan memberi kerjasama, ia akan mudah dilaksanakan, tanpa perlu drama berlebihan dan tindakan keras pihak berkuasa.
Pemerintah masih berdegil dengan sikap autoritarian mereka yang enggan memberi ruang kepada sebarang tindakan demokratik rakyat. Sikap ini terus memberikan imej buruk kepada negara, lebih-lebih lagi apabila kejadian itu dilapor media luar negara.
Pemerintah perlu sedar imej mereka telah lama buruk di peringkat antarabangsa ekoran sikap seperti ditunjukkan dalam demonstrasi-demonstrasi. Apa yang dilakukan pada 1 Ogos memburukkan lagi imej mereka, walaupun pada masa sama cuba menangani kemerosotan sokongan ini dengan pelbagai cara.
Kedua-dua pemerintah dan pembangkang kini terlibat dalam persaingan menyampaikan mesej kepada rakyat dan dunia. Sehingga kini, pembangkang lebih ke hadapan dan pemerintah jauh ketinggalan, akibat apa yang dilakukan seperti di demonstrasi anti-ISA.
Tetapi apa yang lebih penting daripada permainan imej itu ialah hak demokratik rakyat untuk berhimpun dan menyatakan suara mereka tanpa diperlihatkan sebagai pengacau dan gerombolan yang mengganggu ketenteraman dan merosakkan harta benda awam.
Tindakan parti pemerintah terus menyekat rakyat dengan keras tanpa ada sebarang tanda untuk memberi ruang hanya akan mempercepatkan tamatnya tempoh kekuasaan mereka.
03 August 2009
02 August 2009
Melayu Hari Ini
Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu,
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu.
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja menari macam hantu.
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu,
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu,
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru,
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru,
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu,
Mana tak gendut berpenyakit selalu.
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu,
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu,
Ada tapi kurang sangat mereka di situ.
Kenapa melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu,
Nak harap Kerajaan saja membantu,
Terutama sekali kontraktor kelas satu,
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan siapa dulu,
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu,
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu.
Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju,
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama dengan banyak menguasai ilmu,
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku,
Al-Quran yang diturunkan 1400 tahun dahulu,
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu.
Pesanan : Puisi di atas dikongsi atas niat untuk mengajak sahabat bermuhasabah diri. Di mana letak diri dan apa tindakan kita untuk membaiki bukan sahaja diri sendiri bahkan masyarakat dan bangsa sendiri.Seperti mana firmanNya yang bererti, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri (8:53). Sama-sama berlapang dada,bak kata pepatah, ambil yang jernih buanglah yang keruh.Jangan lupa juga pada kata pepatah, siapa yang makan cili,dialah yang akan terasa pedasnya.

01 August 2009
Warna Aura
Merah
Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan dan pelbagai lagi sifat. Namun, pada masa sama mereka ini membuatkan orang lain di sekeliling mereka sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka kerana sifat ego dan suka bertengkar. Bagaimanapun, mereka boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kerana mempunyai fokus yang jelas untuk mencapai matlamat. Mereka ini melambangkan api yang digunakan dalam teori awal mengenai alam. Cahaya mereka terus menyala dan menjadi obor kekuatan untuk menghasilkan produktiviti yang maksimum. Saranan bagi mereka ini, perlulah meningkatkan hubungan dengan orang lain secara emosional dan sosial. Selain itu berusaha untuk memuji usaha orang lain yang melakukan terbaik untuk mereka, kurangkan bersikap kritikal kerana boleh menciptakan rasa takut kepada individu lain. Terima pandangan orang lain dan hindarkan diri daripada menyalahkan orang lain apabila terjadi sesuatu kegagalan.
Jingga
Mereka yang sukakan kesenangan duniawi, sukakan tentangan, suka berkhayal, suka membantu orang lain dan pelbagai lagi sifat. Secara umumnya, mereka yang mempunyai aura berwarna jingga yang sangat ego dan terlalu mementingkan diri sendiri. Mereka ini hidup dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan orang lain di sekelilingnya. Ada kalanya mereka ini tidak menyukai kehidupan untuk berkeluarga. Namun, kebaikan mempunyai aura berwarna jingga, mereka ini panjang akal dan kreatif. Saranan bagi mereka ini agar sentiasa menyedari bahawa kesederhanaan dalam hidup amatlah penting. Dengan mengamalkan kesederhanaan, mereka mampu hidup dalam semua lapisan masyarakat dan mula menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling agar kehidupan senang pada kemudian hari.
Kuning
Mereka yang mempunyai aura berwarna kuning suka menyenangkan orang lain, sukakan humor dan membuat orang ketawa, suka mengambil risiko dan pelbagai lagi sifat. Meskipun mereka ini pandai menghidupkan suasana di kalangan orang yang tidak dikenalinya, mereka juga pada masa yang sama berkecenderungan untuk berasa malu. Mereka adalah seorang yang suka memberontak, mudah sedih, selalu tertekan dan tidak bahagia. Selain itu, mereka senang terjerumus ke dalam sesuatu perkara yang tidak elok. Bagaimanapun, mereka ini mempunyai kekuatan yang tidak terbatas, tidak boleh duduk diam dan gemar untuk bersukan. Saranan untuk mereka yang mempunyai aura berwarna kuning agar sentiasa berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam perkara yang tidak elok.
Hijau
Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik. Bagaimanapun, secara umumnya mereka terlalu agresif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain di sekeliling mereka. Mereka mempunyai sifat keras kepala, bongkak dan mengutamakan kesempurnaan serta tidak sabar untuk mendapatkan sesuatu. Mereka juga sukar untuk mengalah dan mengakui kesilapan mereka. Mereka ini mempunyai keperibadian yang kuat, cenderung untuk membuat keputusan sendiri. Saranan bagi mereka ini agar mencari sahabat yang dapat menghargai kelebihan mereka kerana mereka selalunya cepat bosan dengan sahabat yang tidak mempunyai cita-cita dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri.
Biru
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Mereka yang mempunyai aura berwarna biru selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-ragu di dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini. Selain itu, mereka ini terlalu dramatis dalam soal percintaan dan cenderung untuk memanipulasikan orang lain. Namun, mereka ini mampu merasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain dan mempunyai ramai teman. Orang di sekeliling mereka sangat senang untuk bergaul dengan mereka tetapi malangnya mereka yang beraura biru senang untuk diambil kesempatan kerana sifat mereka yang murah hati dan tidak ego. Saranan untuk mereka ini adalah untuk belajar untuk menjadi lebih tegas supaya tidak akan dipergunakan oleh orang lain.
Indigo
Mereka yang mempunyai aura berwarna indigo, adalah seorang yang lemah. Mempunyai kulit yang putih dan pucat. Tidak suka keluar rumah dan bermacam-macam lagi. Mereka ini juga kurang mempunyai tanggungjawab. Mereka tidak pandai menjalinkan persahabatan atau mempunyai hubungan sosial dengan orang di sekeliling mereka. Selain itu mereka kurang pandai berkomunikasi dan sukar untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa berlaku adil. Jika mereka memerlukan teman, mereka lebih senang untuk berkhayal bagi mendapatkannya daripada berusaha sendiri. Namun begitu, mereka ini tidak ingin membuat orang yang mereka sayangi itu kecewa dan sangat takut jika tiada orang yang akan menyayangi dan menyukai mereka. Malah, jika orang di sekelilingnya menjaga mereka ini dengan baik, mereka akan menjadi seorang sahabat yang peka, ramah, menghargai dan bersedia berkorban. Saranan untuk mereka yang beraura indigo, mereka harus berani menghadapi dunia nyata.
Ungu
Bagi yang beraura ungu, walaupun mereka ini suka bersahabat, mereka suka mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara. Saranan bagi mereka, cubalah berusaha untuk mengambil sesetengah perkara itu lebih serius supaya mereka tidak akan dipandang ringan oleh orang sekeliling mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)