Aku ingin menjadi bunga segar
Yang mekar mewangi di taman
Ingin dipagari duri-duri tajam
Agar tiada yang berani menyentuh apatah lagi mendekati
Tanpa sebab yang menghalalkan.
Aku ingin berasa aman
Dalam indah taman
Tenang tanpa gusar
Gembira tanpa hiba,
Aku ingin sentiasa dihujani rahmat Tuhan
Ingin diiringi keredhaanNya
Dipayungi bawah awan lindunganNya
Agar selamat daripada panahan syaitan
Agar sejahtera daripada fitnah duniawi,
Tapi..
Tatkala ini jiwa telah gelora
Maka iman turut terkocak gelombang
Setibanya teguran Tuhan
Aku tersentak...
Baru kusedar keseronokan,
Keindahan dan kebahagiaan yang aku kecapi
Terpesong dari landasan syariatNya
Lalu..
Jiwa ini meronta saban hari
Minta dibebaskan daripada belenggu dosa noda
Sesaat tak terpadam ingatan dosa lalu
Yang semakin menimbun dalam catatan amalku...
Terbit nur insaf dari hati yang mulus
Syukur Tuhan masih menyayangi
Mujur tak tercampak ke lembah hina dan berlarutan dalam dosa
Kuyakin di langit sana masih luas terbuka
Keampunan keredhaan dan rahmatNya..
Dan,sekali lagi ku utuhkan azam
Aku ingin menjadi bunga segar yang mekar mewangi di taman
Menanti hadir insan yang selayaknya memetikku menjadi hiasan hidupnya...
05 February 2010
02 February 2010
Mahasiswa Pembela Rakyat Tertindas
sumber : azzahra_solehah
Penulis berkesempatan menonton dokumentari Tragedi Trisakti dan Semanggi[1] di Indonesia ketika era Reformasi dahulu. Penulis terasa begitu teruja melihat kelantangan dan kegigihan serta keberanian para demonstran yang terdiri daripada anak-anak mahasiswa di universiti-universiti terkemuka di Indonesia.
Mereka ini berdemonstrasi bukanlah kerana elaun mereka ditarik. Bukanlah kerana Kafeteria di kolej mereka ditutup. Bukan juga kerana masalah parking di Fakulti. Tapi mereka ini berjuang, turun berpanas di jalan raya kerana ingin menyuarakan suara rakyat bawahan. Mahasiswa adalah agen kepada rakyat marhaen. Orang politik sukar untuk diharap bagi membela nasib rakyat. Jika ada “political mileage”, cepat sahaja mereka membantu. Tapi jika tiada, jangan harap nak nampak batang hidung.
Ini semua kerana orang politik gilakan kuasa, dengan kuasa sahaja mereka dapat menjalankan agenda mereka. Jika sesuatu perkara itu tidak mendatangkan faedah kepada usaha mereka dalam mendapatkan kuasa, buat apa mereka bersusah? Di sini lah mahasiswa memainkan peranan yang cukup besar. Mahasiswa adalah golongan yang bebas dari mana-mana faham politik kepartian. Mereka berjuang atas nama mahasiswa.
Mereka jatuh, mereka bangun, mereka tumbang, mereka bangkit, mereka dipasung, mereka direjam, semua atas nama mahasiswa. Ini yang sepatutnya berlaku. Dengan adanya minda bebas dari cengkaman parti politik, maka mahasiswa akan secara automatik merasa terpanggil untuk membela nasib rakyat marhaen, tak kira menguntungkan mereka atau tidak.
Contoh mudah, Tragedi Baling. Apa kaitan mahasiswa di Universiti Malaya, di Institut Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia[2] dengan masyarakat Baling? Adakah kemiskinan, kemelaratan, kebangsatan masyarakat Baling akan mengurangkan elaun mahasiswa ini? Adakah kebuluran di Baling akan memberi kesan terhadap kualiti makanan di Kafeteria? Adakah perarakan kaum buruh di Baling akan menghalang mahasiswa untuk parking di Fakulti masing-masing?
Jawapan kepada semua pertanyaan sinis ini sudah tentulah tidak. Tidak ada langsung pertalian di antara mahasiswa ini dengan rakyat Baling. Yang ada cumalah mereka semua merupakan warganegara Malaysia. Itu kalau dilihat dengan mata kasar. Mata yang cuma melihat zahiriyah tapi sering buta terhadap batiniyah. Tidakkah bodoh mahasiswa ini berpanas, beresak-esak membawa sepanduk, melaung-laung di bawah panas terik semata-mata demi rakyat Baling yang tiada kena mengena dengan mereka? Jika anda adalah Dr.Mahathir, maka jawapannya adalah ya. Bagi anda mereka bodoh. Tapi jika anda merupakan seorang yang beridealisma, maka anda akan menyangkal kebodohan Dr.Mahathir ini[3].
Perjuangan mahasiswa tidak dirantai pada isu-isu yang bersangkut-paut dengan hak mahasiswa sahaja. Ia juga bukan hanya setakat isu berkaitan politik. Ia jauh melangkau isu-isu popular ini. Isu penderitaan rakyat juga termasuk dalam agenda perjuangan mahasiswa. Akan tetapi, kenapa hari ini dalam pada mana hampir setiap masa kita mendengar masalah rakyat dengan golongan keparat yang rakus membaham tanah rakyat dan hak-hak mereka, mahasiswa kita masih lagi sibuk dengan isu seperti ISA, e-Undi, dan sebagainya lagi yang rata-rata berkait dengan politik.
Seolah-olah, perjuangan mahasiswa ini semata-mata berkaitan politik sahaja. Ini pandangan yang tidak betul. Mahasiswa wajib berpolitik, tapi jangan sampai gila politik. Biarkan kegilaan itu dirayakan oleh para politikus. Kita sebagai mahasiswa menggugat, yang bebas dari sebarang faham politik kepartian, harus mengambil jalan tengah. Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentang. Tak kira siapa yang melakukannya. Kita berpolitik ikut kadar kita, ikut cara kita. Jangan dicontohi bulat-bulat perangan parti politik.
Kita gerakan mahasiswa, bukan parti politik. Kita tidak perlukan “political mileage”. Kita tidak perlukan populariti. Jangan semua jentera kita dihalakan buat membedil isu-isu politik semata. Kita seharusnya tahu dengan jelas agenda perjuangan. Jangan hanya mabuk dalam politik. Ramai, bukan sedikit mahasiswa hari ini yang melihat gerakan mahasiswa sebagai agen parti politik. Akhirnya, ramai yang masuk kerana ingin dilihat sebagai “PAS”, “UMNO”, dan sebagainya. Tak kurang juga yang menolak menyertai gerakan mahasiswa kerana tidak suka kepada politik.
Ini lah keburukan yang berlaku bila mahasiswa terlalu gila politik. Berbalik kepada persoalan asal, mahasiswa seharusnya menjadikan diri mereka pejuang kepada golongan yang tertindas. Orang kampung, mereka kebanyakan tak faham bidang perundangan, mereka tidak fasih bab ekonomi. Sebut nama Lord Atkin, terlopong mulut mereka. Jadi, adakah mereka ini boleh diharap dalam membela nasib sesama mereka? Sudah tentu golongan yang tamak, boleh berlagak umpama orang mengantuk disorong bantal. Mudah sahaja menipu rakyat. Rakyat hanya akan sedar mereka ditipu setelah semuanya sudah terlambat.
Jadi, di sinilah mahasiswa memainkan peranan. Kita harus menjadi golongan yang memberi faham kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya ditipu. Kita seharusnya menjadi agen yang mempertahankan kepentingan rakyat. Orang kampung tak berani untuk membuka mulut. Kalau berani pun, mereka tak tahu ke mana mereka harus pergi untuk buka mulut. Jika mereka tertindas di bumi BN, mereka boleh mengadu nasib kepada PR. Tapi bagaimana jika yang ditindas itu berada di bumi PR? Hendak mengadu kepada PR? Ibarat kambing masuk kandang harimau.
Jadi kitalah yang harus menyuarakan suara golongan yang tertindas ini. Kita tidak tunduk pada tekanan parti politik. Kita tidak menjadi ahli dalam mana-mana pakatan. Kita bebas bertindak mengikut acuan kita sendiri. BN atau PR, apa bezanya? Semua akan ditentang jika menindas rakyat. Malangnya, adakah mahasiswa hari ini, sanggup untuk berbuat demikian? Apakah mahasiswa sanggup menggadai cita-cita politik mereka demi kepentingan rakyat?
Kita hari-hari bermimpi untuk mengulangi pencapaian wira-wira kampus seperti Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, yang lantang melaungkan “STUDENT POWER” hingga menggugat kerusi pemerintah. Tapi adakah aspirasi dan keazaman kita hari ini selari dengan mereka semua? Adakah matlamat perjuangan kita hari ini, sejelas matlamat mereka? Mereka berjaya, kerana mereka punya agenda yang jelas dan mereka berpegang teguh kepada agenda itu. Tapi kita hari ini?
Ayuh rakan mahasiswa, bangkitlah dan sedar bahawa tugas membela rakyat tertindas terletak di bahu kita, bukan di bahu JKKK atau JSR. Kita yang harus berjuang memartabatkan kembali maruah rakyat. Jangan salahkan politikus jika kita sendiri tak buat kerja. Kita bukan agenda parti poltik. Tapi kita agen rakyat. Sekian. Wallahua’lam…
Nota:
[1] Dalam tragedi ini, mahasiswa Indonesia yang beraspirasi tinggi turun ke jalan raya bagi menumbangkan regim Suharto yang rakus memperkosa kepercayaan rakyat. Kebangkitan hebat mahasiswa ini bagaimanapun telah dibalas dengan kekerasan melampau dari pihak tentera. Akhirnya, para mahasiswa pejuang rakyat menjadi mangsa. Tragedi Trisakti, 13 November 1998. Cedera, 253 orang. Cedera akibat tembakan: 14 mahasiswa, 1 orang pensyarah, 2 pelajar sekolah tinggi, dan 15 pemerhati. Tragedi Semanggi, 13 November 1998. 7 mahasiswa terkorban, 1 pelajar sekolah tinggi, 9 pemerhati, dan 1 anggota polis. http://www.youtube.com/watch?v=sD89O4_6ZPY
[2] Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara. Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid. Seramai 1138 orang pelajar ditahan termasuk 77 wanita. Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak. Mohamad Ridhwan Bin Alias, Gerakan Mahasiswa di Universiti Malaya, 2004.
[3] Doktor Mahathir adalah insan yang bertanggungjawab menggugat aspirasi mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU.

31 January 2010
Mencarut.. Mencarut.. Mencarut..
Salam,
Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Kita sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, kita tidaklah jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.
Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :
Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah.
Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian Rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat Rasulullah.
Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika Rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat Rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat Rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh Rasulullah sebagai umatnya.
Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman-laman web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.
Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat Islam dan umat Rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?
Dari keberkatanlah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan keluraga kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.
Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Aku sendiri pun tak menafikannya. Malah aku pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.
Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah disebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.
Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.
Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.
Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.
Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or watever term boleh, tapi ada batasannya. Aku sendiri pun suke kehidupan sempoi-sempoi. Bak kata Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe. Mintalah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.
InsyaALLAH..

26 January 2010
Malam
Kata orang
Malam itu adalah
Absence of light
Dikala mentari terik memancar
Menyinari bumi
Manusia mencari rezki
Tika Bumi mengelilingi sang mentari
Bumi terus berputar mengikut paksinya
Meninggalkan kesan pada penduduknya
Adakalanya timur yang disinari
Ada masanya barat yang disinari
Pabila tibanya keheningan malam
Syahdu menusuk kalbu
Saatnya bermanja dengan sang Pencipta
Detik yang mengasyikkan
Meninggalkan keseronokan dunia
Hanya cinta Allah menghiasi malam
Disaat inilah
Waktunya bermuhasabah
Rasa keharuan memenuhi jiwa
Rindu pada yang Maha Esa
Di detik inilah saatnya
Mengadu segala rasa suka dan duka
Dengan keyakinan yang mantap
Menyakini bahawa Allah senantiasa disisi
Sedang mendengar luahan hati
Sedang melihat hambaNya
Pastinya Tuhan juga akan gembira jika hambaNya sering mengingatiNya!
Dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.

25 January 2010
Pesanan Surah At-Taubah
Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun untuk punya hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..
12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).
13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?
14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.
15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.
17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.
18 : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Moga kita punya kekuatan untuk selamatkan bumi palestin dari kezaliman israel. Umat islam harus saling melindungi & membantu yang lemah dizalimi dan dianiaya.
Allah Huakbar!!

24 January 2010
Hilang Kerinduanku!
23012010.....
4 - 0 ?
uniknya nombor 4 dan 0 smlm.
kenapa weyh?
persamaan angke tu antare game
selangor vs terengganu
manu vs hull..
selangor kalah 0 - 4 ,
manu mng 4 - 0 .
wow!
aku tak nak komen game selangor..
hahahah... hampeh!
game manu aku tak tgk tp tgk gol dorg je.
rooney top perform!
tabik spring maa sme beliau..
yg aku nak catat kat sni mse ni
td family aku dah balik.
dorg dtg dari smlm..
perghhhhhhhh!
hilang kerinduan aku kat dorg dohh.
sbulan kotttt.
dah lme tak bgurau senda dgn mereka
hopefully dorg slmt smpai kat rumah
aku rse dorg tgh otw ni..
i've no idea to say anythings
aku tak tau sebab ape..
haha!
22 January 2010
Perangi Hawa Nafsu
Setiap orang memilliki keinginan untuk membuat kejahatan atau lebih dikenali sebagai hawa nafsu. Ini merupakan musuh utama anak adam dari syaitan. Dengan ini kekuatan syaitan terletak pada hawa nafsu. Hawa nafsu selalu mengajak manusia kepada kemungkaran dan jika kita menuruti bisikannya, maka pasti akan binasa.
"Kemudian menggantilah selepas mereka pengganti-pengganti yang mensia-siakan solat, dan mengikuti hawa nafsu (syahwat); maka mereka akan menemui kesalahan," 19:59.
Sebagian orang bijak berkata, “Barang siapa menyirami anggota badannya dengan hawa nafsu, maka ia menanam pohon penyesalan dalam hatinya” [Imam Al-Ghazali, Mukâsyafah al-Qulûb, h. 17]
Terdapat tiga perkara yang menyelamatkan dan tiga perkara yang membinasakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan , iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”
Hawa nafsu musuh utama manusia perlu dilawan tetapi melawannya bukan perkara yang mudah. Maka jihad melawan hawa nafsu lebih utama daripada jihad lain.
Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan: Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”
Para sahabat nabi ketika pulang dari berperang dengan orang-orang kafir sering berkata, "kami telah kembali dari jihad terkecil menuju ke jihad terbesar!".
Demikian ini disebabkan melawan hawa nafsu dan syaitan berlaku pada setiap masa, sementara berperang dengan orang kafir jarang sekali. Dengan demikian, upaya melawan hawa nafsu adalah sangat mulia bahkan melebihi jihad berperang. Beratnya melawan hawa nafsu itu sendiri diakui oleh para sahabat nabi.
Bahkan Nabi Sulaiman a.s. pun pernah bersabda : "Sungguh, upaya mengalahkan hawa nafsu lebih berat ketimbang menaklukkan sebuah kota!" [Al-Ghazali, Mukasyah al-Qulub, h.15]

Subscribe to:
Posts (Atom)