27 October 2010

26102010 Dalam Kenangan

Ngantok giler weyy. Pagi tadi pukul 7.15 pagi baru sampai. Sampai bilik je terus tidur sampai laa tengahari tadi. Dengar azan zohor terus aku bangun, pastu terus terfikir nk update kisah terbaru. Ye laa sbb nnt da takde masa da. Nnt bila da lama-lama cerita ni da jadi tak best nak ditulis. So mandi.. solat terus kuwa g cc. Roomate aku cakap muka tak cukup tidur, tapi ape boleh buat, nak update punya pasal.

Kisahnya bermula selepas aku melepasi paper final utk hari yang pertama. Kumpulan aku asalnya da plan lepas paper isnin petang tu nak kuwa jalan-jalan, alang-alang overnight. Nak dijadikan cerita... hari ahad malam tu berlaku satu konflik. Plannya yang nak kuwa sama-sama semua ahli kumpulan aku... 4 lelaki 3 perempuan. Ahad malam tu fatimah cakap dye tak boleh follow sbb parent dye tak bagi di samping faktor lain. Jadi kalau kita dah sedap-sedap plan, tiba-tiba salah sorang tak jadi mesti laa rasa down giler an. Rancang macam-macam, tengok-tengok tak jadi. So dua lagi tu da rase laen tak syok. Aku punya laa jumpa dorg utk selesaikan kes ni. Macam-macam jalan penyelesaian aku bagi. Tapi dye tetap dengan kata putus yang dye tak g. Niza plak benda da jadi macam ni dye lagi malas nak ambek tau sebab dye memang excited pasal plan ni.

Asal-asal sekali dorg bertiga je plan, tapi aku terdengar aku sampuk cakap nak follow sebab tak sedap hati ar dorg bertiga perempuan nak kuwa overnight. Nnt pape jadi... So dorg pun bila aku cakap macam tu dorg tak kisah, dorg lagi ajak sbb takut pape jadi nnt. Lagi pun dorg tak tau sangat jalan kat sini. Tu yang bleh jadi kami sekumpulan plan nak kuwa bersama.

Berbalik ke cerita tadi. Lepas fatimah cakap tak g, niza plak memang da taknak g sbb da jadi camni, jehan plak 50-50. Klau jadi dye on je, klau tak jd pun lagi dye suke. Pastu aku pakat sembang dgn shbt-shbtku yang lain cerita pasal hal ni. Dorang pun da buntu. Pastu aku buat keputusan plan kita ni tetap jalan mengikut apa yang dirancang. So dorg pun menerima pendapat aku tu. Jadi keesokannya (isnin) exam. Paper pagi lepas. Jumpa fatimah dan jehan masa makan tengahari. Kami pun makan bersama-sama. Pastu aku nak konfemkan samada plan ni jadi ke tak. Fatimah dgn kata putusnya semalam yang dye tak boleh follow. Aku da tak boleh buat ape. Pastu aku yang sama-sama lelaki ni bincang cakap kita terpaksa tukar kereta, avanza cancel ambek viva. Sume setuju. Pastu attend utk paper petang tu. Dalam 45mnt sebelum paper abes aku kuwa awal sbb da siap. Tengok-tengok 3 sahabat perempuanku itu turut keluar awal. Fuhh! Lagi bagus sebab boleh bincang pasal hal ni. Aku terus g jumpa niza cakap sebab-sebab apa yang menyebabkan fatimah tak g. Dye pun macam da malas nak ambek tau. Pastu aku g kat fatimah dan jehan. Aku suro dorg g jumpa niza, cakap depan sebab ape tak boleh g. Dorg dua taknak jumpa sbb takut. haha.

Masa bincang tu da pukul 5 petang. Kata putus masih belum lagi dapat dicapai, kereta da tempah pukul 6.45 petang. Aku yang runsing fikirkan benda ni. Sampai bilik aku msg niza. Niza cakap cancelkan je, benda da jadi macam ni. Pastu aku nak gak kata putus dari dye. Aku call cakap-cakap ape yang sepatutnya, pastu tengah cakap-cakap tu dye terus putuskan panggilan. Pergh! Tiba-tiba aku berapi. Aku cakap dgn shbt-shbt lelaki aku, dorg(perempuan) konfem tak g. Kita siap terus, 6.30 kita ambek krete. Jadi 6.30 tu kteorg gerak.

Jadi kami berempat ambek kereta terus gerak ke Ipoh. Dipendekkan cerita, malam tu niza msg aku ckp pasal report bengkel. Tengah msg-msg tu, dye tanye report tu nak hantar kat sape sbb sorg ahli kumpulan aku tu dye ketua kelas, benda tu kena hantar kat dye. Pastu aku cakap ar " yeke.aku tak tau ape-ape ". Tiba-tiba niza reply " xpe la weyh..report to kn keje group gk kn..tp xleh lak ko say gto kn..xpe2..thankz aww..". Pastu aku reply blk, " tp yg kne hnta kt faiz tu kn satu klas.. jd tak bleh kau ckp aku cmtu.. seolah-olah aku tak ambk tau keje group kte ni.. ". Dalam perang mulut tu, aku dengan perangai aku laa. Cool and rilex. Aku cakap dengan dye, " ... slp org ar klau kau sangke aku ni jns ske mara2 dan perli2 org.. mmg org slalu bwat aku, tp aku bkn jns yg suka balas.. aku lg ske tlg org.. mcm kau tak knal aku..". Ye laa. Masa tu yang aku bersembang dalam bas 2 jam tu dengan dye ar. Sejak dari tu sume perkara aku kongsi dengan dye.

Dalam msg-msg tu, aku bagi macam-macam nasihat dan kata-kata rangsangan. Ye laa. Aku tau perangai dye. Dye mmg beriya-iya nak kuwa. Pastu aku ajak dye follow kteorg. Tiba-tiba dye berubah hati nak follow. Dan dan tu aku msg fatimah suro bagi tau jehan yang niza nak g. Pastu aku set sume mase dan tempat. Sume nampak okayy. So akhirnya niza dapat gak lembutkan hati dye utk keluar same-same dgn kteorg. Ye laa. Dye nak kuwa pun sbb nak release tension. Benda ni pun dorg bertiga da plan lame. Aku dengan sikap aku ar. Aku klau da ambek tau pasal sesuatu benda tu dan aku handle, aku akan buat betul-betul. Kalau boleh buat yang terbaek utk kepuasan semua. Teringat aku mase maen netball dengan rakan dan shbtku kat NPNG tu. Mula-mula benda ni dorg rancang, tapi bila aku da mula ambek tau benda tu. Aku handle betul-betul sampai terlaksana. Mase tu macam-macam halangan. Orang ni ade ar, org ni takde ar, org tak cukup ar, transport takde ar, tempah court ar... dan akhirnya plan tu tetap dapat dilakukan. Alhamdulillah.

Jadi selasa pagi (semalam) g ambek niza dan jehan. Plan awal nak g tambun, tapi sebelum sampai tu siap singgah Giant sbb beli pakaian utk mandi. Sampai kat tambun guard tu cakap tambun tutup hari selase. F**K! Frust giler aku. Aku da laa lame mengidam nak g tempat-tempat mandi macam ni. Set dengan shbt-shbt kat kawasan rumah tu da lame. Tapi tak dapat g gak. Ingatkan kat sini dapat ar, tak dapat gak! Lepas tu kami berlima daa blur. Tak tau g mane. Yang guard tu cakap g kat Ulu Kinta ade tempat mandi-mandi. Mase tu kami semua da laa tak tau jalan, aku yang pandu ni bawa redah je jalan mengikut arahan yang diberitahu oleh guard tersebut. Carik punya carik tak jumpa. Pastu masuk resort mana tah sbb ingatkan kat situ tempat yang dimaksudkan, tengok-tengok guard resort tu cakap sini takde ape-ape. Argghhh! Giler! Aku da berasap satu badan time tu. Pastu guard tu cakap kat mana tah. So kami g laa ke arah yang dye maksudkan. Tak jumpa-jumpa gak. Time tu memang aku da bengang giler. Ye ar. Klau tak dapat mandi mmg siot giler ar sbb misi kami nak kuwa sbb nak mandi. Pastu buat keputusan berhenti kat satu Shell ni. Aku dengan zul pun masuk ar, tanya cashier tu. Dye cakap kat area situ takde. Yang ade kat Jelapang. Pergh! Giler! Lepas dari tu aku da tak bawak krete. Zul pulak yang bawak. Dorg sume mintak aku takyah drive sbb dorg nampak aku da drive giler-giler. Mane tak bengang sorg cakap kat sini, sorg lagi ckp kat sini, sorg lagi cakap kat sini. Pastu azri ckp, " ni last.Klau tak jumpa gak kita balik". Dorg sume setuju, aku je tak. Tapi aku tak laa bagi respon yang aku tak setuju bila dye cakap macam tu. Tengah jalan-jalan dorg nampak signboard ke Ipoh. Dorg cakap takyah g Jelapang tu, g Ipoh je maen boling. Pastu bersuara, " kita teruskan gak alang-alang kita da jauh giler ni ". Pastu masuk laa highway ke arah Jelapang. Carik punya carik..... Akhirnya jumpa sungai utk mandi. Haaa.. Alhamdulillah. Ape lagi terus tukar pakaian mandi. Best giler. Puas giler sbb da lama tak g tempat-tempat camtu. Maen laa dgn dorg. Sejuk giler air doh.

Da hampir 2 jam mereka ajak balik, cuaca pun masa tu da gelap nak hujan. Aku tak puas lagi berendam. Suhu sejuk air pun bertambah. Da bersiap kami solat zohor, pastu terus menuju ke Ipoh Parade maen boling. Masuk terus ke tempat boling, maen 3 game. Game pertama zul mata tertinggi. Game kedua azri. Game ketiga aku. Kesimpulannya kami lelaki bertiga menguasai takhta juara. hahahaha. Yang siot nye, dalam game pertama tu aku mendahului yang lain sehingga balingan ke sembilan. Dalam balingan terakhir tu, zul buat double strike. Ape lagi.. dye elok-elok tempat ke empat terus jadi juara dalam game pertama tu. Yang bertambah perit beza 3 mata je dye dgn aku. Dalam game kedua tu pun same gak. Balingan terakhir iaitu ke sepuluh aku dipintas. Tapi tak perit macam game pertama sbb beza mata 12. Game ketiga baru laa aku dapat mencapai mata tertinggi dengan dorg. hahaha. Aku rasa seumur hidup aku yang maen boling, semalam lah mata tertinggi yang aku perolehi iaitu 126 mata jatuhan pin. Tapi aku respect giler dgn niza. Ingatkan dye tak reti maen, tengok-tengok setiap balingan mesti kurang-kurang 6 jatuhan pin.

Lepas game tu kami g masjid negeri solat maghrib, pastu g makan. Lepas g makan masuk Ipoh Parade balik sebab dorg nak shopping. Kami yang lelaki ni g tempat wayang tengok ade tak cerita best. Tengok-tengok terakhir panggung start pukul 9.30. Yang masa aku tanya masa tu da pukul 9.25. Memang tak ar. Pastu buat keputusan g Teluk Batik.

Satu benda yang tak pernah aku buat, aku buat malam tadi. Dari Ipoh tu aku pandu sampai ke Teluk Batik yang berada kat Lumut. Umpama Ipoh di utara, Lumut di selatan. Time tu plak sume memang da letih. Tapi aku sanggup ambek tanggungjawab nak drive utk perjalanan tu sbb aku kesian tengok dorg da letih. Ye laa, dari pagi sampai masa tu tak henti rehat. Dah laa maen air lagi laa letih an. Malam tadi memang aku drive berhati-hati giler. Sebab dorg awal-awal pesan yang ada atas bahu aku ada 4 nyawa yang perlu aku jaga dan 5 nyawa termasuk aku. Jadi aku bawak penuh berhati-hati. Tengok cermin pandang belakang, tiga-tiga daa terlelap. Kesian dorg, letih giler. Azri sebelah aku ni pun bersengkang mata sbb nak temankan aku. Tengok-tengok sampai daa Teluk Batik dalam pukul 1 lebih pagi. Sejuk giler. Kami pun semua ke tepi pantai. Mendengar deseran ombak. Sambil menikmati keindahan alam. Apa pun tak nampak tapi dapat laa menikmati suasana tepi pantai di awal pagi buta. Niza pun cerita ar pengalaman dye kat Pulau Pangkor yang dye g baru-baru ni. Best giler. Dorg kena berendam kat laut pukul 2 pagi. haha. Giler ar. Tapi time sembang tu aku terdiam sebab macam-macam fikir. Yang paling aku lama berfikir, tengah kami lepak kat tepi pantai tu.. tiba-tiba berlaku Tsunami. Pergh! Tak tergambar situasi ketika itu jika ia berlaku. Aku tanya niza, pernah tak dye overnight macam ni. Dye cakap ni fist time.

Pastu dalam pukul 3.30 pagi kami gerak ke Lumut. Kat jeti yang mengambil penumpang untuk ke Pulau Pangkor. Tak pernah aku sampai ke situ. Macam KL laa pulak aku tengok kawasan tu. Masa lepak kat situ semua tidur. Yang azri tu memang da tidur sejak pulang dari Teluk Batik tu. Myb sbb dye temankan aku sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Lumut tu. Tu yg letih tu. Niza dan Jehan pun tidur kat dalam kereta. Zul tidur kat bangku yang ade kat situ. Aku je berjaga. Sebab nak pastikan keselamatan dorg terutamanya dua anak dara tu. Besar tanggungjawab nak jaga keselamatan dorg. Tengah ye ye tahan tertidur tu, aku pun baring ar kat bangku yang ada kat situ. Tengah baring-baring tu, aku terlelap. Dalam 15 minit kott. Sedar-sedar je aku tengok satu kumpulan budak lelaki jalanan yang ada kat situ da takde. Aku terus cek dompet dan handfone aku. Rasa kat poket ada. Pastu aku teringat niza dan jehan. Terus aku berlari ke arah kereta mendapatkan dorg. Tengok-tengok dorg ada.. tengah tidur. Nak pastikan lagi yang dorg ni takde pape aku bukak pintu niza bagi dorg berdua terjaga. Tengok-tengok dorg terjaga, dan Alhamdulillah takde ape-ape. Fuhh! Cuwak giler aku. Lepas sembang sikit dengan dorg, aku dok bersandar kat tepi kereta tu. Taknak aku tinggalkan dorg lagi. Ish. Bagi dorg sambung tidur balik. Aku sanggup bersengkang mata utk jaga keselamatan dorg.

Plan pukul 4 nak g carik McD, tapi aku kesian tengok mereka berempat. Tidur keletihan. Jadi dalam pukul 5 aku kejut mereka semua, ajak gerak g carik McD. Time tu aku bagi jehan drive sbb niza dari tadi da tidur kat seat depan sebelah pemandu tu. Nak suro jehan dok belakang memang tak ar dgn cara azri tidur yang kejap ke kiri kejap ke kanan tu. haha. So suru laa dye drive. Dalam 4km jumpa. Masuk... parking. Pastu aku keluar.. jehan pun keluar carik tandas. Aku laa berkawal kat situ. Sampai je jehan, aku suro dye sambung tidur kat tempat pemandu tu. Taknak ngantuk punya pasal, aku g beli burger dan air coffee panas. Tengah berjaga dorg tu, azan subuh berkumandang. Jehan sedar cakap nak carik surau nak solat. Aku pun ajak ke Petronas bersebelahan. Aku g mintak kunci surau kat cashier tu, da bukak aku suro niza dan jehan solat dulu. Perempuan mesti ambik masa kan benda-benda tu semua. Semasa dorg solat aku terlena. Sedar-sedar dorg da abes. Giliran kami bertiga pulak.

Siap semua aku cakap dgn jehan yang aku nak drive balik kolej. Dye tak bg, dye nak drive lg. So aku tak kesah ar sebab aku takut dye nak sambung tidur lagi. Tu yang aku nak bawak tu. Aku dok laa belakang. Tak sampai 15 minit, aku terlelap. Sedar... tengok-tengok da sampai pintu masuk belakang. Fuhhh! Alhamdulillah selamat semuanya tanpa berlaku apa-apa yang tidak di ingini.

ZUL, AZRI, NIZA, JEHAN... Peristiwa sepanjang sehari semalam kita bersama-sama ini akan menjadi kenangan manis dalam hidup.

1 comment:

  1. tk ajak aku la shial!
    jap npng tuh aku pon ade yeh..~
    ahahahaah~
    mereka2 tuh sape yg plan pasal netball tuh??
    kita jugak yg settlekan..
    sbb kita ni bagos..
    ahahahaahah~

    ReplyDelete