23 October 2010

Doakan Kejayaan Kita Bersama

Haa. Isnin ni da mula paper. Tapi aku update gak blog. Siot je. Lebih baik study kan? Hmm. Sebenarnya aku nak update mst ada sebab. Bukan saje-saje. Sebenarnya nak update semalam, tapi kedai tu internet macam langsi giler. Bila nak sign-in blog tak boleh. Hampeh!!!

Isnin lepas aku sampai ke Perak semula setelah tak sampai 24 jam dok kat rumah disebabkan ada kerja yang belum disettlekan. Gambar-gambar kerja bengkel kat aku, tu laa aku dapat upload utk entri sebelum-sebelum ni. Tengok-tengok report yang nak kena hantar perlu ada gambar-gambar tersebut. So nak taknak aku memang kena balik semula sebab sahabat perempuan aku(Fatimah) yang kena buat report tu nak balik Kedah selasa tu. Mama pun cakap tak puas lagi aku balik rumah dah kena balik semula. Ye laa. Bayangkan aku sampai rumah hari ahad petang, pastu isnin tu dalam pukul 7 aku dah bertolak balik. Kerja giler kan rasa. Apa boleh buat, demi sahabat aku sanggup berkorban.

Masa isnin malam tu aku terfikir bila laa nak post jersi Selangor yang aku beli bukan untuk aku sepertimana aku ada tulis dalam entri lepas-lepas. Pastu aku fikir betul-betul, aku buat keputusan nak post esok(selasa). So malam tu aku g carik kotak n beli pembalut kotak untuk nak post. Zul(sahabatku) sorg tu tanya, aku nak post apa. Aku tak cakap. Sebab sejak kami g stadium Shah Alam masa Selangor lawan Kelantan tu dye tak tau apa barang yang aku beli sebab aku sorokkan daripada pandangan dye. hahaha. Masa dye takde kat bilik aku cepat-cepat bungkus. Siap bungkus aku tulis alamat, pastu dye tengok alamat tu. Tengok-tengok aku tak tulis nama sape yang aku nak bagi. haha. Bijak kan permainan aku!! Aku tau da cara-cara orang.

Jadi pagi selasa tu aku keluar dengan Zul. Tengah jalan nak keluar, terserempak dengan dua sahabat perempuanku, Niza dan Jehan. Dorg baru lepas g gim. Pergh!!! Giler gempak sahabat-sahabatku ni. Cayalah!! Maen gim kott!!! Pastu g jumpa dorg jap. Pastu dorg tanya aku nak post ape. Aku cakap ar jersi. Pastu dorg tanya kat sape. Aku senyap je. hahaha. Pastu dorg tengok bungkusan tu nama sape yang aku nak bagi... takde. hehehe. Aku dah dapat agak nye kalau org nak tau mst org tengok kat alamat yang kita tujukan tu. Jadi semasa proses pembayaran untuk pos laju tu lah baru aku tulis nama orang yang aku nak bagi tu. So takde lah dorg tau aku nak bagi sape kan. Tapi masa aku tulis nama tu org pos tu suro tulis no fon tapi aku terlupa. Dah sampai bilik baru aku teringat. Time tu aku tawakal je laa. Kalau tak sampai, biya je laa. Silap aku gak tak tulis no fon samada no pihak aku mahupun no pihak sana.

Khamis lepas, aku dapat msg. Bahawasanya barang yang aku post tu da sampai. Alhamdulillah. Menurutnya bungkusan tu da sampai rabu tapi time org pos tu hantar rumah takde org. So khamis tu laa ayahnya baru ambik. Kat Cheras kalau tak salah. Jauh doh!

Dan semalam dia msg aku. Kami bermsg laa tapi banyak berkisar tentang pelajaran. Ye laa, masing-masing akan menghadapi halangan terbesar. Pastu aku cerita kat dia macam mana situasi aku masa aku beli jersi tu. Asalnya memang aku taknak bagi sbb difikirkan demi menjaga hati pihak satu lagi. Tapi bila fikir balik aku nak bagi sape kan. Kalau jersi lelaki tak pe gak. Tu yang membuatkan aku post gak lagipun masa tangan aku bayar duit beli jersi tu memang niat hati ni cakap beli jersi tu utk dia, so buat apa aku sendiri menukar hajat aku tu. Tapi menurut katanya, dia suka sangat jersi tu. Menurut sahabatnya jugak macam tu. Dan paling penting semalam terungkai lagi satu kisah. Tapi tak perlulah aku tulis kat sini kan. Cuma lirik lagu ni je laa sesuai aku letakkan. Sendiri laa buat penilaian tapi isi lirik ni ada yang takde kena mengena, senang cerita tajuk lagu ni laa yang paling dapat menceritakan segala-galanya apa yang aku maksudkan. Nyanyian SCAN...

Kau Dipaksa Aku Terpaksa

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

Hmm. Semalam masa msg-msg tu aku nasihatkan dia banyak doa dan solat hajat supaya dapat menghadapi ujian terbesar dia pada 23 Nov ni. Pastu aku cakap ar yang aku ni cakap je pandai tp buat pun belum tentu. Pastu dia reply "Haha.xpe laa.aslkn nas leyh bg nsht kt owg.thnx yeah..". Ternyata dia memang memahami perangai aku. Aku ni kadang-kadang pandai cakap tapi buat nye tak. Ye laa. Contoh, kadang-kadang aku sound org pakai seluar pendek. Tapi dalam pada masa yang sama aku buat gak. Bukan apa. Aku fikir mungkin kalau sesuatu nasihat aku tu menyebabkan orang berubah menjadi lebih baik kan aku dah dapat pahala. Tapi ade hadith kott yang mengatakan jangan nasihatkan orang sedangkan kita sendiri lakukan perkara tersebut. Dalam hal ni aku taknak komen ar. Hadith kott.

Pastu semalam aku sempat gak hantar msg kat sahabat-sahabatku.. aku mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan yang aku buat pada mereka samada sedar mahupun tidak. Sebab aku nak bersihkan batin dan zahir sebelum aku masuk utk final ni. Berat doh kalau kita banyak buat dosa dengan orang. Tu laa kita selalu kena refresh kemaafan dari sesiapa sebab kita bukannya tau ajal dan maut kita bila kan?

Aku update ni pun sbb aku rasa maybe ni entri terakhir dalam bulan okt nie. Sebab lepas ni da final kan. Tapi aku cakap je 'terakhir' , tapi tengok-tengok ade je entri terbaru aku update. Senang cerita ikut mata kasar memang aku takde masa ar. Tapi kot-kot nnt aku 'ter'free mesti aku updatenye. Da prepare sume gambar-gambar utk publishkan. Takde masa je dan ikut kesesuaian masa.

Akhir kata, jika entri ini ada yang orang-orang baca terutamanya sahabat-sahabatku. Aku sekali lagi mahu mohon ampun sekiranya ade sebarang kesalahan dan kesilapan yang aku buat pada anda semua. Dan doakanlah aku sekiranya tiba-tiba korang semua teringat aku kayh. Kita doakan kejayaan bersama.

Sekian, Salam Sayang Untuk Semua...


nas
06:25 P.M
23Okt2010

No comments:

Post a Comment