29 October 2010

Final Piala Malaysia 2010




Esok 30 OKT 2010, Final Piala Malaysia. Aduyai. Asalnya plan memang nak g. Tapi disebabkan ahad tu ade paper laa. ish. Kalau ikut hati memang aku redah je. Tapi ramai gak org nasihatkan jangan g takot jadi apa-apa. Ye laa. Ahad tu da paper. Lagi pun bukannya Selangor yang masuk final kan??? kahkahkah. Kalau Selangor yang masuk memang aku orang pertama yang sampai. Hehe. Teringat memori 2 tahun lepas masa Selangor lawan Kelantan.

Tapi esok pun game finalis season lepas. Ikut atas kertas, sejarah menunjukkan kemenangan memihak ke Negeri Sembilan. Esok tak tau ar camne. Semua kemungkinan boleh berlaku. Cakap bola kann. Bola tu bulat. Ceyhh! Tu ayat skrip yang tertulis dari dulu, kini, dan selamanya. Nanti bila sesuatu pihak menang, mesti pihak yang kalah cakap " nasib je tu ". Haha. Itu skrip yamg memang tak lapuk dek zaman. Aku pun canggitu gak.

Tapi apa yang aku mengharapkan kepada semua penyokong yang akan hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan akhir esok, jagalah tingkah laku korang semua. Tingkatkan kualiti mutu bola sepak kita, kalau kita sendiri dok kutuk industri sukan bola sepak kita, sape lagi yang nak sokong kan??? Kalau team korg kalah, janganlah tunjukkan emosi dengan membakar semua kemudahan yang ada di situ, jagalah imej negeri korg terutamanya Menteri Besar. Faham-faham je laa maksud aku kan!!! Terlalu emosi. Tak beragak. Tu laa dalam lagu Mentera beradu ada cakap " masuk tempat orang... bawak otak bukan pisau ". Tu laa maksud tersirat yang ingin dia sampaikan.

Kalah menang adat bertanding. Tiada siapapun yang mahukan pasukannya kalah tetapi mana mungkin dalam satu kejohanan akan ada dua juara. Walaupun ia pernah berlaku tetapi dengan peraturan terkini yang wujud, mesti ada hanya satu sahaja pemenang yang akan ditabalkan selaku juara.

Penyokong Negeri Sembilan adalah antara golongan yang paling gembira musim lepas berikutan kejayaan mereka merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2009 setelah kempunan tanpa kejuaraan piala berprestij itu selama lebih 60 tahun. Kesabaran mereka ternyata berbaloi lebih-lebih lagi mereka pernah melangkah ke final pada tahun 2000 dan 2006 namun rezeki belum menyebelahi mereka pada ketika itu.

Disiplin dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para penyokong Negeri Sembilan dalam perlawanan kemuncak Piala Malaysia itu seharusnya dipuji. Mungkin ada yang mengatakan sikap itu boleh berubah jika skuad Hoben Jang Hoben adalah pasukan yang tewas dalam perlawanan itu. Namun, sejarah membuktikan walaupun kalah dua kali dalam final sebelum ini, penyokongnya tetap tidak melakukan tindakan liar di luar batasan peraturan.

Bagaimana dengan penyokong Kelantan? Kekalahan sememangnya sesuatu yang amat menyakitkan. Tiada siapapun di dunia ini yang boleh menerima sesuatu kekalahan dengan rasa girang. Cuma yang membezakan suasana adalah sama ada kita dapat mengawal emosi kita atau tidak.

Penyokong Kelantan memang terkenal dengan sikap fanatiknya. Fanatik sebenarnya sesuatu yang baik terutama kepada pasukan yang bertanding kerana kesanggupan para penyokong tersebut melakukan apa sahaja untuk menyokong pasukan mereka. Macam aku laa fanatik sangat dengan skuad MerahKuning. Hehee.

Malah, semua negeri mempunyai penyokong fanatiknya. Bagaimanapun, keupayaan mereka mengawal emosi itulah yang membezakan penyokong tersebut antara satu sama lain.

Bagaimanapun, sikap fanatik penyokong Kelantan amat berlainan dengan penyokong-penyokong dari pasukan lain. Lebih-lebih lagi apabila jumlah kehadiran mereka mencecah puluhan ribu maka sudah tentu suasananya akan lebih gamat dan semangatnya juga akan melimpah-ruah.


Botol-botol air dibaling ke padang, mercun dibakar sesuka hati sehingga membingitkan telinga malahan kerusi stadium turut menjadi mangsa kerasukan sebilangan penyokong yang sanggup membakarnya demi melampiaskan nafsu kemarahan terhadap kegagalan pasukan sendiri.

Musim lepas ikut perancangan awal, para penyokong kedua-dua pasukan akan diperiksa secara ketat untuk mengelakkan kemasukan mercun secara haram namun kekuatan gerombolan penyokong melebihi kekuatan kumpulan anggota keselamatan. Kesudahannya, perancangan cuma tinggal perancangan sahaja dan demi sebuah kejayaan maka undang-undang terpaksa dikorbankan. Dan akhbar semalam mengatakan bahasa pinak keselamatan akan membawa anjing pengesan untuk menjaga di setiap pintu masuk. Tidak tahulah samada ia menjadi atau sebaliknya.

Bukanlah ingin menuduh malah jauh sekali dari berburuk sangka, jika kesemua insiden itu melibatkan penyokong Kelantan, apa lagi yang mahu dikatakan? Manusia dikurniakan dengan akal fikiran dan hanya akal fikiran sahaja yang boleh mengawal perasaan. Jika perasaan dibiarkan menguasai diri maka inilah jadinya. Bukan sahaja harta benda yang musnah silap-silap nyawapun boleh melayang.

Artikel ini ditulis bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak. Sebagai manusia biasa yang amat sayangkan bola sepak, amatlah sedih menyaksikan kejadian sumpama itu masih berlaku tatkala negara kita sudahpun 53 tahun merdeka. Sudahlah pencapaian pasukan bola sepak negara kita masih ditakuk lama, kini sikap penyokong kita juga nampaknya semakin menampakkan kejahilan.

Diharapkan selepas ini, semua peminat bola sepak akan kembali ke bumi nyata dan berpegang semula kepada peraturan sedia ada. Mengimpikan kejayaan itu tidak salah, menyokong pasukan sendiri itu tidak salah, bersorak dalam stadium itupun tidak salah. Yang salah, apabila kita berlebihan dalam segala gerak-geri kita dan tiada semangat kesukanan yang tebal dalam diri kita. Jadi, benarkah penyokong Kelantan tiada semangat kesukanan? Hanya anda dan mereka sahaja yang dapat menjawabnya pada perlawanan malam esok! Adakah tragedi musim lepas bakal berulang??? Kita tunggu dan lihat.

Akhir kata dari aku,
HOBEN JANG HOBEN!!!!
GOMO KLATE GOMO!!!!



P/S: maybe game ni aku tak dapat tengok kott! study... kononnyee... hmm. nie betul-betul entri terakhir aku utk bulan nie. da mmg takde masa lagi nak update. nie pun disebabkan final Piala Malaysia esok. ikut perkembangan semasa la konon. kalau tak memang takde nye aku nak update. kayh! berjumpa lagi di bulan depan. November.. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment