16 October 2010

Sedih.. Selangor Tewas Pada Peringkat Suku Akhir

Selasa lepas aku dapat g tgk perlawanan suku akhir pertama antara Selangor lawan Kelantan. Masa petang tu aku ada bwat surveying terakhir yang memberi markah tapi ia dibuat secara berkumpulan. Kami plan nak g pukul 4.30 tp survey tu siap dalam pukul 5. Bayangkan.. masa mesti da lari kan? Tapi lps survey tu aku dgn dua lg ahli kumpulan aku terus balik bilik dan mintak tolong 3 sahabat perempuan ku itu dan sorg lagi sahabat lelaki aku utk hantar semua perkakas yang digunakan. Alhamdulillah, survey tu pun kami dapat siapkan walaupun berlaku masalah pada peralatan kami itu. Dugaan...

Pukul 6 kami bertolak ke Shah Alam. Kteorg berkira-kira mmg tak sempat, jadi lepas isi minyak tu sampai ke betul-betul tepi NSTP kat Shah Alam tu dorg bawak 160km/j. Gila tak giler. Cuwak gak aku. Banyak kali gak ar mengucap. Sampai kat NSTP tu 8.15mlm. Gempak ah. Ingat tak sempat. Jadi kami dapat laa tgk dari awal sehingga tamat. Syukur Alhamdulillah. Tapi yang menghampakan keputusan seri tanpa jaringan.

Semasa aku tiba kat stadium tu kesesakan luar biasa. Perlawanan best kan? Masa nak masuk tu aku call adik aku laki tu. Yela biasa g dgn dye kan. Masa call tu dye ckp "aku nak g doh". Aku dengar dye cakap cmtu sebak terus aku rasa dengan nada suara dye tu. Aduh! Sampaikan aku terasa nak g balik ambek dye tapi apakan daya kan. Dan suasana sepanjang perlawanan tu mmg tegang giler. Setengah jam selepas sepak mula emosi kedua-dua pasukan mula membara. Balingan objek antara kedua-dua penyokong meriah. Tapi aku puas sebab dapat lemparkan botol minuman ke arah refree garisan. hahaha. Naseb tak kena. Pastu aku g baling cawan berisi ais tu. Yang lawaknya, penutup cawan tu terbukak.. jadi ais tu bertaburan laa kena kepala orang. hahahaahahahaahaha. Bodoh giler aku. Mase org yang kena ais tu pandang belakang aku buat tak tau je. hehehe. Lepas tu terus aku cabot dok atas.

Lepas abes tu aku g beli satu jersi Selangor tapi bukan utk aku. Habes game tu kami tunggu sorg member, dye org klate so dudok kat penyokong Kelantan laa. Bila jumpa dye cakap habes game tu penyokong Selangor-Kelantan bergadoh besar. Ye laa kat pintu masuk tu kan biasa nya penyokong tuan rumah dgn penyokong pelawat boleh bertemu. Dye cerita ar ape yang dye nampak. Dye pun cuwak sbb takot kena pukul. Da laa dye sorg. Ape yang mengejutkan kami semua apabila dengar berita selepas kami makan, sorg penyokong Kelantan mati. Tapi berita tu cakap dye sesak nafas. Padahal member aku sendiri nampak dengan mata kepala dye sendiri apa yang berlaku. Tengok... media massa. Taknak cakap apa sebenarnya berlaku. Aku pun malas nak tulis banyak pasal benda ni takot ia akan menaikkan lagi perasaan kemarahan penyokong mereka. Tapi yang penting aku mungkin da serik nak g tgk kalau Selangor bertemu Kelantan lagi. Jagalah adab sikit. Dtg tempat org kott. Mana org tak mara. Buat rosak stadium org. Buat malu MB korang laa. MB tu sebaik-baik manusia tapi rakyat dye.....

Dan dalam pukul 7 sampai kampus balik pastu mandi siap utk g kelas pada pukul8 tu. Giler tak giler laa bro!

Dan semalam perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu, Selangor tewas 0-3 kepada Kelantan. Sedih giler aku dapat berita tu. Tapi sebelum tu aku baca surat khabar yang 20 bas penyokong Selangor batalkan hasrat nak g sbb takot apa-apa berlaku. Tu mungkin faktor pertama yang telah mematahkan semangat skuad Merah Kuning. Apepun terjadi aku tetap setia menjadi penyokong RedGiants. FAM cakap final Piala Malaysia kali ni nak buat kat ShahAlam sbb BukitJalil tengah ubah suai. Jadi maknanya aku dah berkira-kira nak g, tapi sayangnya team kesayangan aku dah kecundang.

Hmm. Sekarang ni semua bebanan aku dalam minggu ni dah berlalu. Kini tinggal satu je utk malam ni(test). Esok aku balik dah beli tiket tadi. Tu yang on9 kejap ni. haha. Rasa memang taknak balik tapi mama suro balik gak.

Banyak lagi benda aku nak tulis tapi masa macam tak sesuai je. Maybe aku dah sampai rumah nanti aku buat laa sume tu.

No comments:

Post a Comment