05 October 2010

PMR... gudluck!

Waa. Dapat update lagi. Hm. Sebenarnya takde benda nak cakap, tapi still nak update gak. haha. Tangan ni gatal nak menaip jeh.

Semalam dapat msg dari seseorang.. mulanya ingatkan msg dari kwn biase je, aku tak laa layan sgt msg tu. Tengok-tengok... aduyai, terkejut aku. Ada laa dia cakap kat aku. haha. Taknak aku tulis.

Ahad lepas sampai tu aku sempat on9, saje bukak blog sbb nk update yg entri sebelum ni.. Tgh tgk-tgk tu nampak eka baru update entri dye, ape lagi aku bukak ar nak bace... pastu tgk facebook tira komen kat wall eka. Tira cakap tukar status. Haa. Aku da faham da maksud tira tu, ape lg aku masuk laa. hahaha. Eka buat-buat tak faham plak. Anyway eka, congratulation... Semoga berkekalan. Pastu eka cakap dye da bace blog aku, dye ckp "happy nampak". Aku ckp balik, "happy la gak.. takkan nak bersedih selamanya kan.. haha..". Betul laa kan. Sampai bila kita nak sedih je. Masa tetap berlalu. Semua mahukan kecerian aku semula. hehe. Lek lu, sikit-sikit... nnt da lame-lame okey ler.. Aduyai....

Aku macam biasa laa, buat ape kita nak carik musuh kan? Selagi mana boleh buat baek dgn org, kita buat. Tapi skrg ni aku tgk wall facebook ayie ade dye tertulis nama aku.. aduyai.. Dye tulis hati ini asyik memikirkan apa yg tidak kene dgn aku??adakah aku patot berserah??bak kata nas..bialah professional sikit.lupakan apa yg berlaku.... Aku tak sempat lagi tanya dye apa masalah dye. Yang terbaru dye tulis daripada kamu memfitnah..lebih baik kamu membunuh!!!. Hm. Macam kenal je ayat tu...

Kalau kita ade masalah, kita lari daripadanya.. sampai bila pun takkan selesai weyh. Kita jangan lari tapi kita kena tempuhi. Biar kita dapat rasa jatuh-bangunnya. Asam garam kehidupan, biarlah apa yang berlaku. Jadikan ia suatu kenangan dalam hidup kita. Ia memberi kekuatan pada kita seperti kisah rama-rama dalam entri aku sebelum ini.

Aku pon masa cakap dgn ayie time lalu kat jalan tu sabtu lepas, ia telah mengembalikan semula memori 2 minggu lepas. Mungkin kita macam taknak benda tu berlaku dalam perjalanan hidup kita, tapi itu yang berlaku. Terpulang pada diri sendiri samada mahu menjadikan kenangan dalam hidup kita ataupun mahu melupakan saja peristiwa tersebut. Lain orang lain caranya. Buat apa kita nak berdendam kan? Lagi pun dia memang tak pernah berselisih faham dengan aku yang menyebabkan kami berperang besar. Selalunya memang kami berterus-terang. Namun mungkin pada hari tersebut dia tak sedia untuk mengatakan kebenaran padaku dan mungkin dia mahu menjaga hati dan perasaanku. Biarlah benda itu terus berlalu. Aku masih dengan prinsip dan pegangan hidup aku. Walau apa pun berlaku... silaturrahim tetap kena jaga... Da laa, taknak sambung lagi. Biar sikit-sikit tulis. Nak tulis semua memang tak laa kan. Nnt idea tu hilang. Jadi aku akan tulis klau aku rasa nak. Ye la, ni kan da macam diari aku. Cuma nampak modern sikit sbb ni diari elektronik. hahaha.

Haa, hari ni PMR da start, tapi aku takde rapat dgn bdk-bdk pmr. Tapi kat kawasan aku tu ada laa, ape pon aku tetap mengharapkan mereka semua dapat menghadapinya dengan tenang.

Sekian je weyh. Laen masa aku tulis lagi utk entri seterusnya. Idea sentiasa ada. Cuma masa je. Haha. InsyaAllah.

Akhir sekali, terimalah.....

Merana kini aku merana
Kekasih tercinta
Entah kemana

Sendiri kini ku dibalut sepi
Tiada tempat tuk bercurah lagi

Dimana kini entah dimana
Bunga impian
Yang indah dimata
Kurindu tutur sapamu nan manja
saat kau berada disisiku….


Kini tinggallah kusendiri
Hanya berteman dengan sepi

Menanti dirimu kembali
Disini ku terus menanti
Akan kucoba untuk
Menanti dirimu kekasih

Oh bunga….
Dimana kini kau berada
Jangan biarkan diriku
Dalam kesorangan


Oh bunga…
Jangan kau gores luka didada
Sunguh diriku takkan kuasa
Campak kan kenangan

Ho ho ho….
Ohh Bungaku

1 comment: