08 October 2010

Ramalan Ku Mengena

Seperti mana yang telah diramal, sekarang ni pukul berapa? Macam biasa esokkan jumaat.. so ade studio. Kena submit drawing roof. Sekarang ni tgh bersengkang mata laa ni. Kalau masuk pukul 5 pagi nnt, da 24 jam aku tak tdo.. ulang lagi sekali... 24JAM.

Kami sekumpulan da sebulat suara bersetuju utk siapkan semua hasil lukisan kami dari awal selewat-lewatnya hari Isnin. Sbb lepas tu kami nak prepare utk presentation hasil dari drawing kami ini.

Dipendekkan cerita bermula dari 8 Okt iaitu esok (jumaat) sampai lah 16 Okt... aku ada 3 presentation, 4 test, 2 kelas ganti, 5 report kena hantar. SIKIT GILER KAN?????? Mmg paling sikit. Serabot kepala hotak aku.

Itu sebab lah plan nak balik time study week tu tak jadi. Aduyai.. Tadi pon hampir terputus jari aku sbb tulis banyak sgt benda utk tutorial yang kena hantar. 2 plak tu, mana tak terputus. Semalam selesai satu presentation tentang ISU ANAK LUAR NIKAH.. satu-satunya group yang ustaz terima pembentangan kami. ALhamdulillah. Patut laa masa undian nak pilih tajuk ramai yang nak tajuk ni. Tapi kumpulan aku bertuah dapat tajuk ni. Semalam gak aku ade test site.. adoyai. Lepas je dari test tu aku da macam mabok. Rasa hilang bebanan kat kepala hotak ni.

Hurm, presentation aku satu tentang 'Perbezaan Rumah Tradisional dan Rumah Moden'.. lagi satu pasal 'Penswastaan Syarikat Air'. Sesiapa sahabat ku yang disayangi ada maklumat tentang tajuk ni tlg inform kan. Tak kesah lah melalui mana pon. Call ke msg ke fb ke blog ke.. Tapi ade ke org nak tlg ni. haha. Terserah lah..

Okay laa, saje update sbb alang-alang jari dah nak terputus sbb banyak sgt menulis lebih baek aku kasi putus je dengan menaip ni. Hahahaha.

Sekian, Salam Sayang Untuk Semua...

No comments:

Post a Comment