18 October 2010

Dah Kena Balik

Assalamualaikum.Pagi ni dalam pukul 7 aku akan bertolak pulang ke Perak semula. Berat hati rasa tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Ia merupakan amanah kepada aku untuk mereka.

Asalnya aku da beli tiket hari rabu untuk pulang ke sana. Namun kelmarin, selepas test ahli kumpulan aku mengatakan yang mereka nak siapkan report hari ni iaitu report pasal kerja kayu tersebut.

Sebab itu laa semalam sebelum pulang aku g kaunter tiket balik utk jual semula tiket tersebut. Jadi maknanya tak sampai 24jam aku dok rumah kena berkejar ke sana balik semata-mata kerana ini merupakan kerja kumpulan. Aku kena komited utk bersama-sama sahabatku yang lain bagi menyiapkan kerja tersebut.

Kepada sahabatku yang berada di BSD, aku memang kena mohon berjuta kemaafan dari mereka semua. Sebab plannya memang kami nak berjumpa dalam minggu ni. Tapi ada komitmen aku yang lebih penting. InsyaAllah aku akan dapat gak jumpa mereka.

Bak kata pepatah Melayu : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Memang kalau nak lepas tangan boleh je kan? tapi.. aku bukan jenis macam tu. Apa yang aku rasa selagi mana aku boleh buat, aku buat.

Kesian laa family aku. Aku baru sampai, da kena pergi balik. Tapi apa yang aku harapkan hanya doa mereka mengiringi kepulangan ku ini. Abah dan mama, mereka banyak berkorban utk aku. Tu laa org cakap, setitis susu ibu pun kita(anak) takkan terbalas. Setitis peluh ayah pun kita(anak) takkan terbalas.

Kepada sahabat-sahabatku di BSD.... aku rindu mereka semua.

No comments:

Post a Comment