02 October 2010

Bila Cinta

Alhamdulillah. Allah masih lagi memanjangkan usiaku untuk teruskan kehidupan yang kini telah masuk bulan Oktober. Jika diimbas semula, permulaan entri aku untuk bulan September adalah kisah sedih yang menimpa sahabatku DAN di pengakhiran bulan September pula kesedihan yang menimpa pada diriku. Dengan itu aku selitkan sebuah lirik untuk dihayati dan direnungi bersama-sama.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Syukur Alhamdulillah juga kerana dapat aku menghabiskan puasa 6 di bulan Syawal ini. Dah 19 tahun aku hidup baru sekali dapat buat? Teruknya... Patutlah Allah memberi aku ujian dan dugaan supaya aku tidak terus hanyut selama-lamanya. 

Aku pun baru sampai petang tadi dalam pukul 3.15 petang. Setelah hampir 2 minggu di sana dengan pelbagai-bagai masalah, cabaran, ujian, dan dugaan untuk aku menghadapinya. Kepulanganku ini adalah kepulangan yang aku ingin menguraikan segala masalah yang telah aku hadapi sebelum-sebelum ini.

Semasa dalam train lagi aku dah msg thaisong nak jumpa dye sbb nak settlekan problem laptop aku ni. Dye pon ok je so dapatlah kami berjumpa lebih kurang 2 jam dari pukul 5 sampai hampir pukul 7. Problem tu tak dapat diselesaikan lagi dan dye pesan lebih baek g LowYat lagi cepat benda boleh settle. Lepas bersurai tu aku pasang radio kuat-kuat, bukak tingkap, bawak dengan laju. Biar semua tekanan, bebanan, dan kekusutan yang ada dalam benak fikiran aku ni keluar. Tengah pusing satu bsd tu, aku lalu di satu jalan ni. Aku ternampak seseorang. Yang sememangnya dye kenal sgt aku dan aku pon knl sgt dye. Bila aku ternampak tu aku terus memperlahankan kereta supaya dye tak perasan kahadiranku. Aku nampak dye baru keluar dari kereta, pastu dye terus lari masuk ke area rumah dye. Aku terus pandang nombor plat kereta tu aku terus dapat cam dengan sekali imbas.

Melalui apa yang aku tau tentang org yang pakai nombor pendaftaran kereta tu, bukanlah manusia yang berguna tetapi telah banyak cerita tidak baik aku dengar tentang dirinya dari mulut orang. Jadi aku pun taknak judge dye, cuma org tu pernah menceritakan sendiri pada aku ape yang dye pernah lakukan kat seseorang. Bila aku tengok kejadian tu tadi, aku risau org yang aku kenal sgt tu di apa-apakan org tu. Aku rasa dye tak nampak aku sebab aku taknak dye ckp kat kakak dye yang aku nampak dye. Aku kesian kalau kakak dye tau pasal benda ni. Aku sayang giler kat bdk ni. Aku da anggap dorg-dorg ni macam adk-adk aku. DAN aku harap dye pun tidak diperlakukan apa-apa, dengan harapan apa yang aku sangkakan ini tidak benar sama sekali.

Lepas Maghrib tadi msg ayie, ajak dye teman g LowYat jap sebab nak g hantar laptop ni repair. Dye on jadi dalam pukul 8 da sampai rumah dye dan kteorg gerak. Sepanjang perjalanan tu aku dgn dye bercerita balik tentang kes 2 minggu lepas. Bila da sampai sane terus carik tempat yang boleh repair. Tengok-tengok org tu cakap boleh, lega aku dengar dye cakap camtu. Tapi tak sempat nak hantar malam ni sbb kedai dye pon nak tutup dah. Jadi aku dengan ayie balik ar. Pastu aku ajak ayie pusing-pusing sekitar KL jap. Sebenarnya aku nak carik ketenangan utk jiwa aku ni dengan keindahan suasana alam pada malam hari. Tengah pusing-pusing tu ternampak crew suria wheel tengah buat program luar. Aku terus pusing balik sebab nak g kat situ. Kteorg turun terus g situ. Niat aku nak baju dye je. Tapi tak kesampaian. Dapat benda yang laen plak. Hahaha. Okay laa tu. Hadiah dpt sikit je, tu pon ayie yang nak jawab. Da abes sume kami pon terus balik. Kini aku telah menjadi pendengar setia SuriaFM. Dengar cerita sekarang SuriaFM telah mencatatkan pendengar yang teramai.



2 comments:

  1. pehh!!aku baru perasan dok...ayt kau tulis "ayie yg nk jawab"..aku nk jawab??aku dipaksa jawab..kau paksa aku!!!ah..ahahah!!!

    ReplyDelete