12 October 2010

Selangor vs Kelantan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2010

Hurm.. Asal laa sejak beberapa hari ni aku asyik teringat balik benda-benda tu? Nak lari dari perasaan ni memang tak boleh ar. Perasaan bukannya sesuatu benda yang fixed,ia tetap je kat situ. Kalau perasaan tu sesuatu benda yang fixed da lama aku nak konkritkan pastu buang jauh-jauh.. kat sungai ke kat laut ke. Takde laa perasaan tu datang-datang balik. Ni.. kejap datang… kejap hilang… Haduh!

Tapi takpe.. insyaAllah aku akan lawan sekeras-kerasnya daripada perasaan aku tu menguasai lagi diri aku ni. Feed-up aku! Aku perlu konsistan dalam semua aspek.. tapi kadang-kadang mesti tergelincir. Masa tergelincir tu laa yang kena tepat. Adeh. Satu demi satu peristiwa tu lintas di benak ingatan ku ini.

Aku kalau agak-agak terboring, aku msg ayie je laa. Sape lagi aku nak msg kan? Dulu boleh laa gak. Namun kini… masing-masing dengan haluan hidup sendiri. Dan aku pon tak contact dorg, sebab nnt orang cakap apa plak an? Padahal kita contact dengan dorg sebab kita nak kukuhkan balik silaturrahim kan yang dah renggang. Tapi itu bukan cara nye kot.. Mungkin kata-kata ini boleh memberi kekuatan pada kita,

Ukhuwwah itu bukan terletak pada kerapnya pertemuan,
Bukan juga pada manisnya ucapan dibibir,
Tapi ingatan seseorang terhadap sahabatnya…
dalam setiap doa.

Pada 9hb Okt lalu, pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa’ datang sini. Aku pun turun untuk menghadiri program tersebut. Masa aku sampai salah sorg orang dorg baru memulakan ucapan. Beliau cakap masa awal-awal mereka dapat undangan daripada pihak sini untuk datang ‘membersihkan’ seluruh kawasan sini, mereka macam terasa nak tolong sangat untuk ‘bersihkan’ kawasan ini disebabkan warga yang menetap di dalam ini melebihi 7 ribu orang. Tapi tengok-tengok yang turun bersama-sama solat hajat, baca Yaasin, dan ‘membersihkan’ 9 kawasan panas hanya beberapa orang sahaja. Bayangkan… tempat kita sendiri. Siang malam kita guna keluar masuk, lalu sana.. lalu sini. Tapi bila orang yang berilmu dalam hal ini datang untuk tolong kita, kita tak datang menyertai mereka. Aku rasa semalam orang dorg lagi ramai dari orang kita. Kalau macam ni makhluk tu memang takkan lari ar.. lagi kacau lagi ada. Tapi aku dapat sedikit pengalaman apabila mereka meminta pelajar mengikuti semasa proses ‘pembersihan’ tu. Naik gak laa bulu roma aku. Dinner utk department aku pun terpaksa ditunda utk memenuhi permintaan mereka supaya pada 9hb Okt tu tak dibuat sebarang event.

Semalam 10.10.10… Aku beli paper harini KOSMO! Tajuk depannya TRAGEDI MAUT 10.10.10… astagfirullah al azim… Innalillahi wa inna ilaihi rajiun… Salam takziah buat kesemua mangsa dan keluarga mangsa. Aku tak sempat nak baca lagi kisah tu lagi. Kahkahkah. Itu sebab tak boleh tulis banyak pendapat aku tentang tragedi tersebut.

Dalam cerita lain pula, tadi pagi kelas takde. Jadi aku bersama ahli kumpulan yang lain stay ar sebab nak settlekan benda-benda utk present.Begini kisahnya, plannya kteorg present ahad malam, tapi masa tak sempat… group kami diminta utk present pagi tadi. Tepat pukul 11 kami tunggu lect utk kami present, tengok-tengok dapat msg yang dye tak dpt dtg… jadi presentation kami ditunda lagi. Tah bila lah pulak. Ingatkan dapat laa selesai satu demi satu bebanan. Tapi asalkan sume benda utk present tu da siap, tinggal nak present je.. okayy laa kan.

Lepas da cancel tu, aku terbagi idea kat dorg. Aku cakap kat dorg “jom g bengkel.. nnt cepat projek kita siap”. Kami ditugaskan utk mereka dan menghasilkan sesuatu benda dari kayu. Kumpulan aku nye idea nak buat rak kasut. Tapi minggu lepas… kumpulan aku tak sempat buat apa pun. Cuma sempat potong-potong je. Tu pun simple punya potong. Kumpulan lain siap da dapat buat sambungan menggunakan sambungan yang dipelajari. Kami diminta menggunakan 4 jenis sambungan tersebut. Nak dijadikan cerita.. kami sampai bengkel dalam pukul 12. Kami minta juruteknik yang bertugas di situ untuk menggunakan peralatan tangan utk projek tersebut, tetapi tidak dibenarkan. Jadi kami pun buat je laa ukuran. Mana yang nak dibuang, mana nak dilubangkan.. berdasarkan apa yang dimahukan dalam keempat-empat jenis sambungan. Buat punya buat, azan zohor berkumandang. Kami berhenti dan terus g solat lepas tu g makan.

Selesai semua tu dalam pukul 2 kami datang semula ke bengkel tu. Tengok ahli kumpulan perempuan kami belum sampai. Aku cakap kat dorg “kita jalan je lah terus tak yah tunggu dorg”. Masa tu baru lah juruteknik tu benarkan ambek peralatan semua kerana itu memang time kelas kami. Kalau tak pagi tadi tu kami datang sebab ingatkan boleh buat awal. Ye laa team aku haprak pun tak buat ape. Cuma potong biasa-biasa je. Ni da laa minggu terakhir. Jadi kami mulakan langkah-langkah tersebut. Dipendekkan cerita, semua ahli kumpulan kami ada kerja masing-masing. Kami melakukan semua dengan pantas sebab target nak kejar dorg. Best giler tengok semua ahli kumpulan aku ada benda nak buat. Maknanya takde yang curi tulang ar. Kami diberi masa sehingga pukul 4.45.. selepas itu bengkel akan ditutup.

Semua benda aku buat, tidak kurang juga mereka (ahli kumpulan aku). Aku tengok satu demi satu jenis kayu siap. Siap licin kan lagi lar.. kikis ar.. banyak laa kerja prosesnya. Dipendekkan cerita lagi, masa pukul 4 tu kumpulan lain siap da nampak bentuk nak siap. Kumpulan kami baru tengah buat penyambungan. Jam menunjukkan pukul 4.30.. kami semua sepakat utk buat proses paku plak. Nak licinkan kayu belakang cerita. Jadi kami berkumpul satu meja dengan membawa kayu bahagian masing-masing. Kami pun paku…… satu demi satu kami paku. DAN akhirnya terbinalah projek kami yang telah kami lakarkan di dalam kertas.

Yang menjadi persoalan… kami lah satu-satunya group yang siap complete semuanya. Mana kumpulan lain? Yang sebelum ni da siap penyambungan dari minggu lepas? Da nampak macam nak siap? Dorg sebenarnya tidak berjaya menyiapkan projek tersebut. Ape pun syukur Alhamdulillah. Kami tanya salah sorg ahli kumpulan yang nampak nak siap tu kenapa dorg tak sempat siap sedangkan dorglah yang da nampak rangka projek sebelum ni. Dye cakap dalam kumpulan dye, 3 orang je buat. Yang lain dok tengok. Perempuan laa tu. Ape.. ohh ingat perempuan tak boleh ar buat kerja-kerja macam tu? Bagaimana plak ahli kumpulan aku yang perempuan? Tak buat keje gak ke? Aduyai. Alasan je tu. Tapi kami memang kagum dengan komitmen ahli kumpulan kami sendiri. Alhamdulillah. Nanti ada kesempatan aku upload gambar-gambar proses dari awal group kami sehinggalah siap projek itu.

Dan satu lagi kisah yang penting aku nak kisahkan utk entri kali ini.

Masa kat makmal pagi tadi aku bukak paper metro online, aku bukak bahagian ARENA(sukan)… aku tengok yang esok ada perlawanan Piala Malaysia peringkat suku akhir. Jadi, kenapa? Ape lagi kalau cakap pasal bolasepak Malaysia… Seperti mana yang semua tau, keFANATIKan aku terhadap pasukan yang aku sayangi… iaitu SELANGOR DARUL EHSAN. Yeah! Aku cakap dengan member aku ni yang merupakan ahli kumpulan aku gak. Aku cakap, “jom turun Shah Alam esok? Selangor lawan Kelantan kott”. Pastu dye cakap, “jom”. Tiba-tiba kawan aku sorg ni lagi dengar. Orang Selangor gak ar. Dye tanye kenape. Pastu aku cakap semua. Dye pun nak join. Jadi semasa dalam makmal tu, kami bertiga plan nak g stadium esok malam tengok game Selangor-Kelantan.

Selepas bersurai dari makmal tu seperti mana yang aku cerita di atas kami ke bengkel kan. Ingatkan kita bertiga tu plan tak jadi sebab ketika dalam makmal tu kami ajak sape nak follow.. tapi sorg pun taknak. Jadi masa kami g bengkel awal tu kami takde laa cerita pasal benda ni. Apabila kami ke bengkel kali kedua iaitu pada sebelah petang selepas makan tengahari dan solat zohor, tengah kumpulan kami sibuk buat projek tiba-tiba salah sorg tau plan kami. Sebab sorg tu tanya lagi kat kawan-kawan lain. Pastu sorg ni dengar dye cakap nak follow. Pastu aku cakap ar, “jom ar. Lagi bagus. Ramai sikit”. Pastu dye cakap ok. Pastu aku suro cari lagi sorg sebab nnt sewa kereta murah sikit. Tiba-tiba dan dan tu gak dye cakap, “haa.. aku ajak amir laa”. Aku pun tiba-tiba macam terkejut dari lamunan. “haa. Betul gak. Dye kan org Kelantan. Cantek ar tu. G tanya dye dlu ”. Pastu dye tanye, amir tu pun cakap ok. Dye memang nak follow. Maknanya sekarang ni da 5 org konfem nak g stadium Shah Alam. Haa.. Happy giler aku rasa time sebab plan aku dapat sambutan.

Tengah sambung balik kerja-kerja kayu tu, lagi sorang panggil aku. Dye cakap nak follow. Aduyai. Kami plan nak sewa kereta je.. da cukup 5 org. Pastu dye nak ikut. Macam mana? Tak muat ar. Pastu discuss punya discuss dye cakap sewa avanza. Pastu dorg cakap carik lagi 2 org biar cukup 8. Baru tak berat sangat duit kena tampung. Nak dijadikan cerita, ahli kumpulan aku ni yang dari Kedah tiba-tiba bersuara yang dye nak ikut. Hah? Terkejut aku. Sebab masa aku sembang kat makmal pagi tadi dye tak cakap pun nak follow. Jadi kena carik lagi sorang je nak cukupkan kouta 8 org. Tanya punya tanya, sorg ni lagi nak ikut. Org Melaka. Tapi orang yang ke-6 tu payung org Melaka ni (org ke-8). Haaa. Kiranya sekarang ni yang akan g stadium 8 orang. Asalnya org ke-6 tu taknak g sebab kami da tanya dari makmal tu. Dye cakap dye tak layan bola Malaysia. Tu laa bila dye nak follow kawan-kawan laen sume fuck dye.

Sedar laa sikit kita ni orang mana. Jangan sibuk agungkan orang lain sedangkan negara sendiri jatuh. Tak kisah laa dalam apa hal sekalipun.. bola sepak ke, takraw ke, badminton ke, netball? Haha. Pun sama gak. Walaupun tak famous dalam kalangan rakyat Malaysia kita kena sokong gak. Teringat aku masa bulan bila tah netball Malaysia ade buat game lawan negara luar dalam perebutan piala apa tah. Aku sebenarnya nak ajak dorang (sahabat-sahabat netball aku). Tapi tak kesampaian sebab hinggu minggu tu ada ape tah yang lebih penting. Tu yang tak kesampaian tu. Haha.

Berbalik ke cerita asal tu balik, selepas kami menyiapkan projek kayu tu. Kami discuss balik, sebab fikir pasal miyak, tol.. Discuss punya discuss kata sepakat mengatakan yang kami berlapan nak sewa 2 kereta viva. Avanza tak jadi sebab kos. Jadi sekarang ni tak sabar aku nak g stadium esok tengok perlawanan yang dijangka memang menarik kerana kedua-dua pasukan itu merupakan finalis Piala FA 2009 (kalau tak silap). Teringat balik kenangan tu semasa final kat Bukit Jalil. Ramai giler bab*. Yang syoknya gambar aku akan tersiar jika setiap kali melihat semula perlawanan tu ketika sepakan penalti. Sepakan penalti tu lah yang menetukan kejayaan Selangor. Tapi masa tu aku lah satu-satunya penyokong kat stadium tu yang kibarkan bendera PALESTIN. Hahaha. Bendera PAS,PKR, UMNO pun ade ramai orang bawak gak. Tapi aku lebih berminat kibarkan bendera PALESTIN, kalau rakyat dorg tengok youtube ke utk perlawanan tu mesti dorg bangga nampak ade rakyat Malaysia masih ingat mereka walaupun tengah tengok bola. Ceyh.. ceyh.. ye la tu.. perasan sudaa.. hahaha.

Yang lebih manis, Selangor memenangi perlawanan tersebut sekaligus dinobatkan Juara Piala FA 2009. Tapi kali ni kedua-dua pasukan ni terpaksa menghitung nasib terlalu awal iaitu diperingkat suku akhir. Senang cerita mana-mana pasukan yang terleka seketika akan terima padah. Aku dapat rasakan penyokong kedua-dua akan turun beramai-ramai esok memandangkan kedua-dua ni pasukan favourite. Aku pun tak pernah dari jauh g stadium semata-mata nak tengok pasukan kesayangan aku ni beraksi. Ye laa, kalau Kelantan tersingkir di peringkat ni, aku da takde peluang lagi merasakan kedua-dua ni beretap di stadium Shah Alam. Kalau nak g stadium dorg memang tak ar kan?? Apepun aku mengharapkan kebaikan dan keberkatan esok.
Sekian, doakan kemenangan untuk Selangor untuk perlawanan esok.

nas 11 Okt 2010 11:35 P.M.

No comments:

Post a Comment