09 November 2010

Nas! Benda Kecik Jangan Kau Peduli..

Allahuakbar! Selesai sudaa paper Building Services I. InsyaAllah result utk paper ni okayy. InsyaAllah. Hmm. Kini tinggal lagi satu paper lg. Tp ahad ni laa. So aku ada masa 4 hari lagi. Aduhh!

Ya Allah. Engkau tahu apa yang sedang aku rasakan ini. Aku tak tahu di mana tempat ingin aku luahkan. Perkara ini sorg pun tak tahu lagi. Boleh kah aku simpan ia sehingga akhir hayatku? Ataupun aku perlu berterus-terang? Tetapi ia seolah-olah mustahil untuk aku berterus-terang padanya. Lagi pun pasti dia tak percaya apa yang mahu aku katakan.

Benda tu awalnya terjadi pada hari Khamis malam yang lepas, aku terdengar benda tu nak gugur rasa jantung aku. Tapi sorg shbtku ini perasan reaksi aku ketika itu. Aku inginkan hasratku itu menjadi kenyataan, namun aku yakin aku tak terdaya melakukannya. Banyak perkara yang aku fikirkan, untuk dalam tempoh masa pendek mahupun dalam tempoh masa yang panjang.

Bukan senang kita nak faham org kan? Tu laa aku rasa terlalu singkat masa tu kalau aku nak terus-terang. Tapi aku masih lagi mampu menerima kenyataan itu, dan yang aku takut perkara tu berlaku betul-betul aku nampak dengan mata kepalaku ini. Tak tau lah apa perasaan aku ketika itu. Mungkinkah air mataku mengalir sekali lagi? Tidak kott.

Kenapalah setiap kali yang aku hasratkan pasti ada halangan? Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik? Mungkin! Itu yang aku fikirkan! Tapi perkara ini berlaku ketika ini, waktu ini, saat ini. Hurmmm. Tak terdaya aku nak fikirkan lagi. Tapi aku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua terutama orang yang rapat denganku dan manusia lain juga.

Ya Allah, aku memohon sekali lagi padaMu. Kau betulkan semula cita-citaku, harapanku, sasaranku. Memang hidup ada pelbagai ujian dan dugaan, tetapi Engkau teguhkanlah semangatku Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Tak sabar aku nak balik. Mungkin aku dapat melupakan benda-benda ni. Aduhh! Susah dohh. Manusia ni pelbagai ragam. Hmm. Biar lah.

Astagfirullah al Azim, Astagfirullah al Azim, Astagfirullah al Azim.

No comments:

Post a Comment