04 November 2010

November Sudah!

Bismillahi-Rahmani-Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu. Ape habaq semua? Harap semua dalam keadaan sehat. Ehh? Aku cakap seolah-olah macam dengan orang laa pulak. Padahal menaip je pun, kalau cakap pun dengan screen ar..... 'macam orang gila'..

Hmm. Da masuk bulan 11. Sekejap je kan rasa. Tadi baru lepas paper Building Contruction II (BC). Aduh! Aku tak boleh nak cakap ape ar. Apa yang aku harap cuma lulus je. Dorg semua ckp repeat sem depan laa. Aku harap aku da buat yang terbaik tadi, tp.... lepas paper td aku check bnyk aku salah. Hmm. Lupakan laa. Tu laa aku cuma mengharapkan lulus. Kawan-kawan yang pandai pun dorg tak terkata apa pasal paper tadi. Fuhh!!!

Haa. Baru aku teringat. Tahniah pada team RED WARRIOR (Kelantan) kerana menjuarai Piala Malaysia 2010. Akhirnya penantian selama 89 tahun berakhir. Padahal Malaysia baru merdeka 53 tahun kan? logik tak? Tak laa. Aku rasa piala ni daa lame dipertandingkan. Cuma nama piala tu je berubah-ubah. Tapi kalau ikut logik 89 tahun? Mungkin penjajah sesama penjajah kott yang maen bola dulu-dulu. Tentera Jepun lawan Tentera English. Eh? English bukan bahasanya ke? England negaranya. Tapi setahu aku masa belajar sejarah dulu, buku tulis tentera english kan? Entah! Dah ar! Merepek giler. Tu laa. Baca banyak sangat. Nampak! kepala pun da tingtong.

Tapi apa yang aku nak rumuskan pada perlawanan tersebut corak permaianan memang cukup dramatik. Separuh masa pertama, Negeri Sembilan pegang. Separuh masa kedua Kelantan pulak pegang. Tu laa. Dalam bola ni, kalau masa tu 90 minit... 90 minit laa kita kena main betul-betul. Takde alasan penat laa. Letih ar. Tapi apa boleh buat! Kita manusia. Mesti ada penat, letih kan. Bukannya robot. Aku tanya, aku jawab. Aduyai. Pasal sikap penonton pulak amat memuaskan. Cuma ada satu-dua dentuman mercun je. Kalau takde mercun tak syok laa kan. haha. Tapi aku baca suratkhabar bila tah, dye tulis penjual mercun yang menjual mercun kepada orang ramai pada perlawanan tu kena penjara 7 tahun dohh. Giler ah. Drastik giler tindakan kerajaan. Tapi bagus ar demi keselamatan orang ramai. Padahal aku ahad tu ada paper. Tp still gak turun tengok bola walaupun bukan team Selangor. Hmm. Apa boleh buat kalau JIWA BOLA. Tu la menyebabkan MAKAN BOLA, MINUM BOLA, TIDUR BOLA, TENGOK BOLA, MAEN BOLA!! Bola???????

Hmm, nak cakap pasal apa lagi ha? Aku paper seterusnya sabtu ni 6hb, pastu selasa 9hb, dan terakhir 14hb ahad. Haa. Tak sabar nak balik doh. Member-member laen semua daa balik awal dari aku. Naseb aku daa. Fariz lagi laa. 31 okt lepas da balik. Fuhh! Untung giler dye. Aku rasa masa aku balik nnt, dye mst da bosan dok sana. Mesti ada je plan dye. Aku time tu laa baru terhegeh-hegeh nak lepaskan rindu kat rumah.

Daa la. Buat apa nak tulis banyak-banyak. Aku tulis ni pun sebab nak rasmikan entri untuk bulan baru. Ceyhh! Nak rasmi rasmikan plak. Tah pape tah. Saje buat hati sendiri happy. Bukan ada orang nak buat hati aku happy kan. haha. Ish. Bodoh punye statement. Da la. Chalow.

Eh, jap jap. Ada story laa. Haa. Semalam. Niat aku nak g study group dengan Faiz dan Alip kat library. Tapi kami singgah nak solat isya' dulu kat masjid. Tengah tanggalkan kasut tu, tetiba ada sorang ni naek motor nak balik dah... tapi nampak kami dye berhenti jap. Dye tanya aku. Dye cakap "camne student sekarang". Aku cakap "ok je". Ye laa, takkan nak cakap tak ok. Pastu dye cakap "ada kes hilang laptop?". Aku cakap ar, "haa.. ade.. minggu lepas tiga kes..". Pastu dye cakap, "camne nak buat masalah ni? Kita sesama Melayu, sama-sama Islam. Tapi masih ada lagi kes macam ni". Pastu aku kemukakan laa pendapat aku. Panjang gak laa kami bertiga kena 'Brain Wash'. haha. Semua dye masuk.

Tapi yang paling penting aku suka sebab dye ade sebut satu hadith ni yang mengatakan, "sedangkan orang yang buat maksiat pun ada tanggungjawab untuk bagi nasihat kat orang lain". hahaha. Aku suka. Kan sebelum ni aku cakap aku risau sebab aku ni selalu nasihat orang sedangkan aku sendiri buat. Tapi bila semalam dye bagi macam-macam hujah yang mengatakan nasihat ni tanggungjawab semua. Panjang laa hujah dye tu. Tapi yang penting dye cakap selagi jita boleh nasihat orang, kita nasihat. Sebab kalau nak tunggu orang yang betul-betul baik nasihat sampai bila? Betul gak dye cakap. Aku dari dulu terfikir benda tu. Kalau nak tunggu macam tu, rosak ar dunia. Musnah! Semua orang jadi jahat.

Tengok-tengok lepas kami kena 'brain wash' tu jam dah pukul 10 lebih. Ambek kau! Library ke mana. Study ke mana. Tapi takpe. Aku suka benda-benda macam ni. Sebab ia akan menyedarkan kita semula. Kita asek bagi makan jasmani je, rohani? Ni lah antara makanan rohani manusia. Barulah kita hidup kat dunia ni seimbang. Cewah! Pandai cakap. Buat hampeh! hahaha.

Okayy laa. Sampai di sini saja. Entah bila lagi aku dapat update.

Dakwahum fihaa subhanaka Allahumma watahiyyatuhum fihaa salam.. Wa akhiru dakwahhum anilhamdulillahirabbil Alamin.

Waa. Macam penceramah laa pulak. Okayy laa. Asek ok ok ok tapi tak habis-habis lagi. Okayy laa, InsyaAllah bertemu pada entri seterusnya. Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment