19 January 2010

Ku Menangis

Ku menangis untuk mu wahai negeri yang damai ,
Negeri tempat para syuhada' yang syahid oleh kebrutalan sang kafir zionis laknat ,
Negeri tempat bocah intifada yang terbunuh oleh kebiadaban Israel bengis ,
Negeri suci tiga agama wahai Baitul Maqdis .

Ku menangis untukmu wahai negeri yang damai ,
Tempat desingan peluru dan letusan mortar bagai muzik pengiring malam ,
Tempat curahan air mata dan darah laksana sungai yang mengalir deras ,
Tempat tubuh-tubuh berserakan , hancur tak bernyawa
Tempat setiap orang menanti cemas " esok maut giliran siapa??? "

Dimanakah kalian yang selalu berkobar tentang perdamaian dan kemanusiaan ,
Kala ratusan mayat bergelimpangan memenuhi jalan-jalan Gaza ,
Kala rintihan bayi-bayi tak berdosa menggema di gang-gang Ramalah ,
Kala aroma hangus tubuh manusia membumbung di udara Rafah ,
Kala Israel terang-terangan memperkosa dan membumi hanguskan Palestina lihat...!
Palestina bersimbah darah ....
Palestina sedang sekarat...

Bangkit Islam!

17 January 2010

Bertemu Berpisah Kerana ALLAH

Pertemuan antara kita,
Tidak pernah dirancang,
Tetapi telah diatur kemas oleh Rabbul Jalil,
Yang mengetahui suara hati antara kita,
Yang mengimpikan kehadiran seorang insan,
Bergelar teman...
Walaupun bukan aku yang diharapkan,
Tetapi akulah yang hadir dalam hidupmu,
Mungkin kehadiranku tidak pernah dinanti,
Namun, tiada walau secalit kekecewaan,
Apatah lagi kekesalan di hati ini,
Malah, aku amat menghargai pertemuan ini,
Kerana dengannya,
Terjalinlah sebuah persahabatan...

Perpisahan...
ternyata amat menyakitkan,
Sering kali mengundang air mata,
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama,
Bagaikan disentap pergi serta-merta,

Walaupun begitu, ingatlah, sahabatku........,
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah,
Oleh itu, terimalah dengan penuh keredhaan...
Sekiranya ingatanmu singgah padaku,
Kirimlah sepotong doa tika itu,
Moga masih ada lagi pertemuan selepas ini,
Jika tidak di dunia fana ini,
Di Jannatul Firdaus yang kekal abadi...

Insya-Allah!!!

13 January 2010

Insan Yang Bernama .........

9 Januari 2010 ?

pertamanye aku mst bangga gle sbb selangor mng dgn negeri sembilan 2 -1
dlm piala sumbangsih 2010 .
ckp juare piala malaysia , tp kalah dgn selangor .
haha. jgn mara org negori . tu la namenye adat permaianan. " bola tu bulat "
tp yg aku tensyen sbb aku tak dpt tgk game tu langsung !
ckp je bnyk tv kat sni , tp hampeh sume .
mentang - mentang liga malaysia korg tak bangge ar .
AKU TETAP JIWA ANAK MALAYSIA .
walau ape terjadi aku lahir sbg anak malaysia .
pasal kerajaan tu crite laen ,
tu la klau nk kerajaan btukar.
tugas tu ank malaysia pnye tanggungjawab.
pastu aku dgr crite man utd pon mng.
tak tahu lah betul ke tak.

 di samping tu gak pd tarikh tu
aku ade LDK .
mungkin peristiwa tu takkan aku lupe kot ! ahah .
ade sorg perempuan ni aku respect dgn dye ah .
sbb ble crite psl mak bapak trus menitis air mate dye .
pegh . aku tak bleh tgk pompan nangis doh ! serius !
tmbh2 lg sbb parents dye .
klau time tu aku nak mara gle pon ,
rase mcm nk bunuh org ke
ble tgk pompan nangis aku lemah .

 pastu kebetulan aku satu group dgn dye .
pegh . peluang !
pastu ade program wasiat
dye nangis lagi . aduyai ..
dok sblh aku plak tu .
tp yg peliknye mse dye nangis tu bleh dye nak crite dgn aku .

dye ckp
dye tak pnah bpisah dgn mak bapak
tu yg dye sedih .
pastu ayh dye mule2 bkeras tak bg dye g sni
tp tah mcm mne tah
ayh dye tbuke hati bg dye g gak .
dye ckp dlm family dye lah harapan .
dye golongan family yg susah .
tu yg dye nangis tu sbb mak ayh dye bnyk kuwa duit mse nk g sni .
pstu dgn brg2 yg dye kne bli bkaitan dgn course dye plak tu .

dye course LANDSKAP .
gadis yg aku knal tu nme nye ZIERRA .
nme pnjg aku tak tahu . ahah ! ( dlm proses )
asl melake . ( kmpg mak aku tu )
dye ckp dok kat mlake tgh . ( aku pon tak tahu kat mne , dlm proses gak )

 tp yg best time blk tu .
hahahahahahahahahahahahahah .
sporting gle dye doh .
aku yg segan dgn pompan tp
time otw blk tu bkn main rancak sembang dgn dye .
yg penting aku dpt . . . . . . . . . . . .

 tp yg konfem aku ssh nak jmpe dye .
kolej aku kat utara , dye kat selatan .
fakulti aku kat barat , dye kat timur .
hampeh !
apepon dlm tempoh tak sampai 12 jam kita kenal
tp harap silaturrahim yg terjalin kekal hingga akhir hayat . insyaallah ..

klau ade problem duit nak bli brg keperluan
bg tahu je aku ( dlm ni je aku , hakikatnye - jeng3 )
selagi aku bleh tlg
aku tlg

 allah jdkan manusia tak sempurna
tp allah jdkan manusia utk saling lengkap - melengkapi .
pegang kata2 tu .
so jd tanggungjawab kita klau org mintak tlg
kita tlg ape yg mampu .
tu lah fungsi kita sebenarnye
sbg manusia ..

aku terase cmtu
ble aku hayati entri aku yg baru2 ni tajuknye
' surat untuk adam '
terketuk hati aku bhai.

lg satu
terima kaseh bnyk2 kat eka sbb dah
tlg bwatkan assignment.
pegh.
terhutang budi rase.

kat fariz lg laa.
bnyk tlg aku.
aku harap nnt klau aku berubah
aku jd blagak ke
tlg tegur aku taw kwn2 sume.
korg ingtkan aku yg korg dah bnyk tlg aku.
mungkin aku akn tersedar balik.

mcm dlm surah al-asr
" .......berpesan2 pd kebaikan
dan bpesan pd kebenaran "

walaupun ramai org dah berubah
tahun pon dah berubah
insyaallah
aku tak kot
tp sume bnde bleh jd
betul?

12 January 2010

Tiket Perjalanan Yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet Bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan :

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal soleh
• sedekah jariah
• anak soleh / solehah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu untuk berlepas.

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

11 January 2010

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?

Facebook kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizbullah. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.

Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP). Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175.

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini.

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurangkan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.

08 January 2010

Surat Untuk Adam

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi duhai Adam, lihatlah dunia kini.

Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?

Kini, daku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik. Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, seharusnya kau bertanya kepada dirimu, siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa? Adam, Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu kerana kaulah amir(ketua). Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri.

Wallahualam.

- Luahan Hawa -

05 January 2010

Perutusan 2010 , YB Nas

assalamualaikum !!!!!!!!!!
akhernya aku dpt meng'online'kan sume yang patut..
agak lame menyepi disebabkan masuk tempat yang susah utk aku nk on air..
ahah 
LAME HABES!!!!

baru seminggu lbh bhai , tapi terase lame gak.
semua brg2 aku bwk tak cukup doh..
ubat - ubatan / baju / kasut... aarrrghhhhhh!!!!!!
dah ar aku tgh sakit ni.. nseb baek ade ubat telan , tu pon dah nak abes.
baju ade 3 helai je yg dbenarkan , nak beli fikir dwet plak..
fon plak seboleh - boleh rosak time ni ,
susah nak berhubung dgn bonda / ayahanda yg tercinta

naseb baek sume roomate aku ok
sorg dok sentul tp kelahiran kelantan , sorg lg segamat - johor , sorg lg pasir mas - kelantan , aku KL
tp aku rase terasing doh ble aku smbhyg dlm blk tuh , aduyai..
dlm blk tu aku sorg je course laen , dorg sume same

dah lah aku pnye jadual tahap gaban..
seboleh - boleh jumaat klas smpai pkul 6 ptg.
bistu aku nak blk cmne??
dah lah start klas pkul 8 pg setiap ari..
dorg plak klas lmbt , pastu jumaat free..
khamis tu dah bleyh cabot blk kmpg..
utk bdk2 kmpg , raye cine ni aku blk.

bdk kmpg time aku dah takde bru mcm2 program korg bwat an!!
shiall lah korg..
especially ayie AZIZ , ahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah
mcm ade konspirasi doh..
takpe tape..
naek lori turun bas ,
ade hari ......... ( lu pk lah sndri )
agagaga..

kat sni ade bnyk baju club yg terbaek bhai..
rase mcm nak bli jeh , rambang mate doh..
tp mslhnye ... ( duit oh duit , dmana kau duit )
abg aku klau tgk baju liverpool tu aku konfem dye bli..
dah lah smart gle babeng , adidas , tak de tulis carlsberg plak uwh..
( ntah betul ke tak aku eja tu , aku bukan peminum )
tp adk aku mst frust sbb kt sni baju chelsea yg smart tarak.
setakat tshirt roundneck je lah..

weyh !
brape bnyk da aku dah merepek.
tp merepek bkn yg bkn2 , semua info..
aku klau dah bercerita kalah wakil rakyat berdebat..
ahahah..
( berangan nak jadi YB  la weh.. )
nnt klau aku ade mse lg aku hantar lg ape yg patut..
bkn sng nak dpt peluang nak on air nih..
kayh.. chalow!!