09 December 2009

Untukmu Gaza

Palestine dirampas serta dijajah,
Serangan Israel kian bertambah,
Mangsa jajahan tak pernah mengalah,
Rela mati daripada menyerah.

Palestine diserang bertubi-tubi,
Menanggung derita yang dahsyat sekali,
Belas kasihan tidak diberi,
Ramai terhentinya denyutan nadi.

Bersabarlah wahai kaum muslimin,
Serangan Israel ketentuan Ilahi,
Pertahankan agama Islam wahai mujahidin,
Nescaya syurga setia menanti.

Negara telah pun penjajah miliki,
6o tahun hidup merana,
Perjuang agama rela berbakti,
Mengusir Yahudi yang kejam belaka.


Ya Allah, selamatkanlah perjuang² Islam di Gaza.

Tetapkanlah iman mereka dalam menentang kekejaman zionis.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang berkuasa.

Keadaan Engkau kami meminta, agar kemenangan menyebelahi Palestine.

Ya Allah, Kau tunjukkanlah kepada bangsa² Yahudi ini betapa besarnya kekuasaan Engkau, Ya Allah.

Kami disini ingin menolong, tetapi tidak berdaya.

Hanya setakat doa dan tawakal dapat sumbangkan.

Kau bantulah umat Islam diseluruh dunia ini Ya Allah.

Kau peliharalah kami daripada kejahatan dan kekejaman bangsa yahudi ini.

Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepada Engkau kami berserah.

No comments:

Post a Comment