10 December 2009

Abu Ubaidah Al-Jarrah

Nabi Muhammad telah bersabda:


"Tiap-tiap umat, ada orang yang memegang amanah. Pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."


Di perkarangan pintu utama masjid Abu Ubaidah yang terletak di Jordan Valley

Abu Ubaidah merupakan seorang yang amanah dan antara orang yang pertama memeluk Islam setelah Abu Bakar. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 10 sahabat dijamin syurga. Beliau juga merupakan pahlawan dan panglima Islam yang gagah dan jujur.

Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-jarrah berasal daripada keturunan bani Quraisy yang terhormat. Beliau seorang yang kurus, tinggi, berwajah ceria, selalu merendah diri dan pemalu. Beliau juga disenangi oleh masyarakat kerana sifatnya. Beliau terkenal dengan panggilan Abu Ubaidah.

Beliau telah menyertai pelbagai jenis peperangan bersama nabi antaranya termasuklah perang badar, uhud, yarmuk, perang kota fihl dan berjaya menakluk kawasan yang luas daripada wilayah parsi dan menakluk semula kawasan yang ditakluk Rom. Beliau juga telah menghadapi ujian yang getir, antaranya beliau terpaksa bertarung dengan ayahnya didalam perang badar. Didalam perang ini beliau telah berjaya membunuh ayahnya, hal ini telah menyebabkan beliau sedih dan berdukacita.

Maka Allah berfirman di dalam Al-quran,surah mujadalah,ayat 22


"Engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan rasul-Nya, sekalipun orang itu bapa, anak, saudara ataupun keluarga mereka. Allah telah menetapkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di didalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya. Merekalah penyokong agama Allah, ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya."


Maka legalah hati Abu Ubaidah dengan turunnya ayat ini. Beliau juga seorang yang gagah dan jujur. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa didalam perang uhud dimana salah satu anak panah yang dilepaskan musuh telah tersangkut pada rahang Rasullah. Abu Ubaidah telah mencabut anak panah itu dengan giginya sendiri sehingga giginya tercabut. Maka Rasulullah telah memberinya gelaran gagah dan jujur.

Sifat jujurnya juga dapat dilihat ketika rombongan dari Najran datang menemui Rasullah. Mereka meminta baginda menghantar seorang sahabat yang paling boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran antara mereka dan mengajar mereka mengenai agama Islam. Baginda telah berjanji untuk menghantar orang yang paling dipercayai, gagah dan jujur.

Saidina Umar al-Khatab berharap dialah orang itu tetapi orang yang dimaksudkan ialah Abu Ubaidah. Abu Ubaidah juga seorang yang zuhud dan cintakan akhirat. Hal ini dpt dibuktikan ketika khalifah Umar al-Khatab mengunjungi rumahnya di Baitulmaqdis. Apa yang ada didalam rumahnya hanyalah sebilah pedang, perisai dan pelana kuda. Beliau juga panglima yang menakluk Baitulmaqdis daripada tentera Rom.

Beliau meninggal ketika berumur 58 tahun di syam dan dikebumikan dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom. Punca kematiannya ialah wabak penyakit taun yang menyerang Syam.

Maqam "dharih" Abu Ubaidah Amir Al-Jarrah . Maqam "dharih" bererti bersemadinya jasad tokoh manakala maqam sahaja mungkin bererti "tempat berdiri" (daripada perkataan qa ma = berdiri) ataupun kesan peninggalan seperti tapak kaki dan sebagainya

Sebelum meninggal dunia beliau telah berpesan kepada tenteranya, "dirikan sembahyang, tunaikan zakat, puasa di bulan ramadhan, beri derma, tunaikan ibadah haji dan umrah, dan saling nasihat menasihati. Beri nasihat kepada pemimpin kamu, jangan menipu dan jangan terpesona dengan harta dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian bagi setiap manusia, sebab itu manusia pasti mati. Orang yang paling beruntung adalah org yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk Akhirat."

No comments:

Post a Comment